The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-98228311, 2024-03-26 04:23:50

BUKU PENGURUSAN SK BUKIT GAMBIR 2024

PENGURUSAN SEKOLAH

Keywords: SKBG

Nama Tarikh Lahir : No. Kad Pengenalan : Tempat Bertugas : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR JALAN CHANGKAT MINDEN 1 , 11700 GELUGOR, PULAU PINANG No. Telefon : 04-6582201 E-mel sekolah : [email protected] Alamat kediaman : No. Telefon : No. Telefon Bimbit : E-mel : No. RS : No. Gaji : No. KWSP : No. Cukai : Opsyen : TARIKH PENTING Tarikh Bertugas Semasa : Tarikh Lantikan : Tarikh Sah Jawatan : Tarikh Berpencen : BIODATA DIRI


ISI KANDUNGAN 1. Biodata Diri 2. Sekapur Sirih Seulas Pinang Daripada Guru Besar 3. Profil Sekolah 4. Visi dan Misi Sekolah 5. ProfilSekolah 6. LaguSekolah 7. Lokasi sekolah 8. Pelan Sekolah 9. Lencana Sekolah 10. Bendera Sekolah 11. Nilai Bersama SKBG 12. Pelan Kecemasan Sekolah 13. Kemudahan Fizikal Sekolah 14. Pentadbiran Sekolah 15. Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 16. Cuti Perayaan Sesi 2024/2025 17. Carta Organisasi SK Bukit Gambir 2024/2025 18. Objektif SK Bukit Gambir 19. Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 20. Piagam Pelanggan Sekolah 21. S.O.P Pengurusan Sekolah 22. Analisa Guru/AKP, Analisa Enrolmen Murid 2024 23. Senarai Nama Guru/AKP 24. Bilangan Waktu Mengajar Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan 25. Tatacara Pengurusan Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan 26. Waktu Persekolahan SK Bukit Gambir


27. Senarai Tugas Untuk Guru Bertugas MIngguan 28. Senarai Kesalahan dan Hukuman (Tatacara Pengurusan Disiplin Murid) 29. Takwim Pengurusan Sekolah 2024/2025 30. Carta Organisasi Pengurusan Pentadbiran Sekolah 2024/2025 31. Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran Sekolah 20242025 32. Senarai Guru Kelas dan Guru Pembantu 2024/2025 33. Senarai Guru Bertugas Mingguan 2024/2025 34. Senarai Penilai Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2023 35. Jadual Pencerapan Guru 2024 36. Jadual Semakan Buku Latihan Murid 2024 37. Unit Kurikulum SK Bukit Gambir 2024/2025 38. Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum 2024/2025 39. Jawatankuasa Unit Kurikulum 2024/2025 40. Jawatankuasa Panitia Matapelajaran 2024 41. Jawatankuasa Induk & Kerja Pusat Sumber Sekolah 2024/2025 42. Takwim Perancangan Unit Kurikulum 2024/2025 43. Penerapan Nilai Murni Sekolah Sepanjang Tahun 2024 44. Unit Hal Ehwal Murid SK Bukit Gambir 2024/2025 45. Carta Organisasi Induk Unit Hal Ehwal Murid Sekolah 2024/2025 46. Jawatankuasa Kerja Unit Hal Ehwal Murid 2024/2025 47. Unit Ko-Kurikulum SK Bukit Gambir 2024/2025 48. Carta Organisasi Unit Ko-Kurikulum 2024/2025 49. Jawatankuasa Pengurusan Kelab & Persatuan 2024/2025 50. Jawatankuasa Pengurusan Unit Beruniform 2024/2025 51. Jawatankuasa Pengurusan Unit Sukan & Permainan 2024/2025 52. Jawatankuasa Pengurusan Rumah Sukan 2024/2025 53. Rumusan Tugas Guru Unit Ko-Kurikulum 2024 54. Takwim Unit Kokurikulum 2024


55. Unit Pendidikan Khas SK Bukit Gambir 2024/2025 56. Definisi, Konsep, Falsafah dan Objektif Pendidikan Khas 57. Carta Organisasi Unit Pendidikan Khas 2024/2025 58. Jawatankuasa Kerja Unit Pendidikan Khas 2024/2025 59. Senarai Penyelaras Matapelajaran Pendidikan Khas 2024/2025 60. Senarai Nama Guru Kelas Pendidikan Khas 2024 61. Senarai Tugas Guru-Guru PPKI 2024 62. Jadual Bertugas Guru PPKI 2024/2025 63. Takwim Aktiviti PPKI 2024/2025 64. Unit Pra Sekolah 65. Konsep Pendidikan Pra Sekolah 66. Sejarah Pra Sekolah SK Bukit Gambir 67. Carta Organisasi Pra Sekolah Sk Bukit Gambir 2024/2025 68. Jadual Pdp Pra Sekolah 2024/2025 69. Aktiviti Tahunan Pra Sekolah SK Bukit Gambir 2024/2025 70. Pentaksiran, Kaedah Pentaksiran & Keselamatan MuridPra Sekolah 71. Perancangan Tahunan Pra Sekolah SK Bukit Gambir 2024/2025 **********************************************************************************


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera Guru-guru SK Bukit Gambir yang saya hormati sekalian. Marilah sama-sama memahami dan mendalami hasrat dan harapan saya kepada semua warga SK Bukit Gambir. Perubahan semasa dunia Pendidikan dan persepsi masyarakat Malaysia masa kini membawa kepada tuntutan kepada warga pendidik berubah mengikut arus perubahan zaman dan arah tuju pendidikan Malaysia. Kita perlu menyesuaikan diri dengan segera dalam tindakan dan gerak kerja yang lebiih baik terancang, dan memberi impak besar kepada murid-murid, serta mempunyai nilai tambah secara holistik untuk tahun 2024 Saya panjatkan segala kesyukuran ke hadrat Illahi, pencapaian prestasi sekolah dan prestasi kerja guru-guru menampakkan peningkatan dan berada di arus perubahan yang betul . Bekerja secara berfokus dan terancang serta mengaplikasikan strategi dan juga kaedah yang berkesan bagi memastikan peningkatan pencapaian akademik murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pendidikan Khas serta penglibatan murid dalam ko-kurikulum dan sahsiah murid-murid dari segi rohani, jasmani dan emosi dapat dimantapkan pada tahun 2024 Guru-Guru Sekalian, Justeru itu, saya meletakkan tanggungjawab ini kepada semua guru bagi memastikan KRA dan PdPc di bilik darjah pada tahap “Pengajaran dan Pembelajaran Effektif”. Guru-guru perlu kreatif dan inovatif, mempunyai ilmu dan kemahiran berkaitan PdPc dan membudayakan “Pembelajaran Abad Ke-21”. Guru-guru juga perlu merangka strategi baharu dalam pelaksanaan PdPc bagi memastikan perkembangan murid secara seimbang dan holistik serta memberi impak yang tinggi kepada murid-murid. Guru-guru yamg cemerlang seharusnya mempunyai hati yang baik dan memberi inspirasi, menjadi pendorong dan motivasi kepada rakan sejawat serta berkongsi ilmu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan. Transformasi digital yang sedang rancak berlangsung, menjadikan guru-guru sebagai agen transformasi negara demi menjadikan pendidikan ke a rah lebih berimpak dan berbudaya digital. Yakinlah kalau kita lebih berfokus dan terancang dalam tindakan, kejayaan bakal ditempa. Marilah bersatu hati untuk memacu peningkatan pencapaian organisasi SK Bukit Gambir supaya lebih cemerlang dan gemilang. Sekian, terima kasih. Wassalam. En. Ahmad Azmi bin Haji Aiyob Guru Besar, SK Bukit Gambir, Pulau Pinang. MAC 2024


VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah Suatu usaha yang berterusan ke arah Memperkembangkan potensi individu Untuk melahirkan insan yang Seimbang dan harmonis dari segi Intelek, rohani, dan jasmani Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan Usaha ini adalah bertujuan untuk Melahirkan warga Negara Malaysia yang Berilmu pengetahuan, berketerampilan, Berakhlak mulia, bertanggungjawab dan Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Serta memberikan sumbangan terhadap Keharmonian dan kemakmuran keluarga


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR DITUBUHKAN PADA TAHUN : 1996 NO TEL : 04-6582201 NO. TEL (Direct Line GB) : 04-6583481 ALAMAT SEKOLAH : JALAN CHANGKAT MINDEN 1, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG. KOD SEKOLAH : PBA 1017 LOKASI : BUKIT GAMBIR DAERAH : GELUGOR PPD : PPD TIMUR LAUT PARLIMEN : BAYAN BARU DUN : BATU UBAN JENIS BANTUAN : SEKOLAH KERAJAAN GRED : A KELUASAN TANAH : 4 EKAR (1.62 HEKTAR) NAMA GURU BESAR : AHMAD AZMI BIN HAJI AIYOB NAMA GPK PENTADBIRAN : KAMALUDIN BINSHAWAL HAMID NAMA GPK HEM : MUHAMAD IZWAN FIRDAUS B. MOHAMAD YAHAYA NAMA GPK KO-KURIKULUM : ZURAYDAH BINTI ABOO BAKAR @ ABU BAKAR NAMA GPK PEND. KHAS : NORAZILLA BINTI ABDULLAH SESI PERSEKOLAHAN : PAGI SAHAJA BILANGAN GURU : 59 ORANG BILANGAN AKP : 9 ORANG ENROLMEN MURID : 710 ORANG BILANGAN KELAS : 26 KELAS E-MAIL SEKOLAH : [email protected] : [email protected]


Di bukit indah berdiri SKBG berwawasan Berjaya dan berkualiti Ke arah kecemerlangan Berdisiplin berdikari Cergas minda cergas diri Berjiwa berakhlak tinggi Itulah amalan kami Berilmu tujuan murni Berjaya harapan mulia Berjasa tunaikan nanti Pada agama dan nusa Kuning hijau serta jingga Belajar dan berusaha Menjadi insan yang mulia Ibu dan ayah gembira


TENTANG LENCANA SEKOLAH ❖ Buku berlapis - simbol ilmu pengetahuan dunia dan akhirat yang menjadi pegangan hidup. ❖ SK Bukit Gambir Pulau Pinang 1996 - Sekolah Kebagsaan Bukit Gambir dibuka pada tahun 1996. ❖ Warna Hijau – melambangkan semangat perpaduan seluruh warga sekolah ❖ Warna Kuning – kebersihan hati dan minda. ❖ Warna Jingga – berani menghadapi Cabaran untuk mencapai kecemerlangan dan Kegemilangan. ❖ Moto “ BERILMU, BERJAYA, BERJASA” - akan menjadi budaya pelajar sekolah ini.


o Saiz Bendera Sekolah ialah 170 cm x 75 cm o Bendera sekolah berwarna biru dengan Lencana Sekolah dipaparkan di Bahagian Tengah. o Warna Biru melambangkan keharmonian dan keceriaan


S - SEMANGAT K - KREATIF DAN KRITIS B - BERDAYA SAING G - GIGIH NILAI-NILAI BERSAMA ➢ Kami memberi keutamaan kepada pelanggan dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. ➢ Integriti dalam setiap urusan menjadi keutamaan kami. ➢ Kami bekerja dalam satu pasukan dan bersemangat. ➢ Kami prihatin terhadap komuniti dan alam sekitar. ➢ Kami komited ke arah mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan segala tugas. ➢ Kami komited ke arah meningkatkan tahap profesionalisme dengan membentuk sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan bermotivasi. ➢ Kami menggalakkan pendekatan yang inovatif dan kreatif dalam penyelesaian masalah.


BIL JENIS KEMUDAHAN SELIAAN JUMLAH 1 Pejabat Am Pekerja 1 2 Bilik Guru Besar Pekerja 1 3 Bilik Penolong Kanan Pekerja 4 4 Pusat Sumber/Perpustakaan GPM 1 5 Bilik Guru Kelab Guru 2 6 Bilik Mesyuarat PK Pend. Khas 1 7 Bilik Komputer Guru Data/J.Teknik Guru ICT/SPS 1 8 Bilik JQAF Setiausaha j-Qaf 1 9 Bilik Makmal Sains KP Sains 1 11 Bilik PAK21 Guru Multimedia 1 12 Bilik Bimbingan dan Kaunseling Guru B & K 1 13 Bilik RBT KP RBT 1 14 Bilik SPBT Penyelaras SPBT 1 15 Bilik Peralatan Sukan Setiausaha Sukan 1 16 Bilik Darjah Semua Guru Kelas 18 17 Bilik Stor Pekerja Pegawai Setor 1 18 Kedai Buku PO 1 19 Kantin Pengusaha Kantin 1 20 Padang Sekolah Pekerja 1


21 Gelanggang Serbaguna Guru PJ 1 22 Tandas Murid Pekerja 7 23 Tandas Guru Pekerja 4 24 Ruang Seni KP Pendidikan Seni Visual 1 25 Pondok Pengawal Keselamatan Pengawal Keselamatan 1 26 Kelas Pra Sekolah Guru Pra Sekolah 2 27 Kelas Pendidikan Khas Guru Pendididkan Khas PPM 6 28 Dewan Sekolah Pekerja 1 29 Kawasan Pakir Kereta Pekerja 40 30 Dataran Perhimpunan Pekerja 1 31 Laluan Semua PK 1 32 Tapak Permainan Pra Sekolah Guru Pra Sekolah 1 33 Bilik Muzik Guru Muzik 1


KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025 KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 31.03.2024 15 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 24.05.2024 16 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 - 02.06.2024 9 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 22 01.09.2024 13.09.2024 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 14.09.2024 - 22.09.2024 9 3 23.09.2024 30.09.2024 6 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 20.12.2024 15 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 21.12.2024 -29.12.2024 9 30.12.2024 31.12.2024 2 01.01.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 20242025 4 18.01.2025 - 16.02.2025 30


CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) dan 11.04.2024 (Khamis) 07.04.2024 (Ahad) 08.04.2024 (Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 08.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (Selasa) 09.04.2024 (Selasa) 12.04.2024 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) (kecuali Negeri Sarawak) 30.10.2024 (Rabu) 30.10.2024 (Rabu) dan 01.11.2024 (Jumaat) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 31.10.2024 (Khamis) Negeri Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya CATATAN: Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2024/2025) Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2024/2025) Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024 : 10 & 11 Februari 2024 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024) Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)


Memastikan sekolah diterajui SLT dan MLT berkepimpinan prestasi tinggi dan guru-guru yang berkualiti serta melaksanakan amalan terbaik ke arah menjana kecemerlangan dalam pelbagai aspek Mengoptimumkan pelaksanaan program dan aktiviti berfokuskan pengupayaan kecemerlangan murid di setiap bidang dan peringkat Trasformasi sistem penyampaian dan tadbir urus yang cemerlang ke arah peningkatan ketelusan, intergriti dan keefisienan perkhidmatan


1 • MEMANTAPKAN KUALITI PDPC GURU 2 • MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN SLT & MLT 3 • MEMPERKUKUHKAN JARINGAN & JALINAN STRATEGIK 4 • MENINGKATKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH MURID 5 • MEMPERKUKUH BUDAYA CEMERLANG DALAM PENGURUSAN 6 • MENGUPAYAKAN MURID PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI MATLAMAT STRATEGIK • MENAMBAH BAIK KEMUDAHAN WARGA GURU


AMALAN GERAKERJA SEKOLAH R - RENTAK E - ETIKA MURID N - NANTI T - TERTIB ADAB A - AKAN K - KE ARAH PINTAR A - AKAL INTELEK .S - SEJAHTERA (GERAKERJA) (KOKURIKULUM) (HAL EHWAL MURID) (KURIKULUM) (KPM)


PENCAPAIAN SEKOLAH KURIKULUM • PENGURANGAN 60 % TP1 DAN TP2 DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK • PENINGKATAN 70 % PENCAPAIAN MURID TAHUN 6 BOLEH KHATAM AL-QURAN PENCAPAIAN SEKOLAH HEM • MENCAPAI KEHADIRAN 85.00 % MURID DALAM PURATA KEHADIRAN BULANAN SEKOLAH • MENINGKATKAN 10 % PENCAPAIAN MERIT DALAM PELAPORAN SSDM PENCAPAIAN SEKOLAH KOKO • MENDAPAT TEMPAT PERTAMA, KEDUA ATAU KETIGA / PINGAT EMAS, PERAK ATAU GANGSA DALAM PERTANDINGAN STEM PERINGKAT KEBANGSAAN • PENCAPAIAN PINGAT EMAS DALAM KEJOHANAN MSSPP PENCAPAIAN SEKOLAH KEWANGAN • MENGEKALKAN STATUS AUDIT KEWANGAN CEMERLANG • MENGAWAL-SELIA TATACARA KEWANGAN SUPAYA SENTIASA AKUR TATACARA KEWANGAN YANG BETUL PENCAPAIAN SEKOLAH ASET • MELAKSANAKAN PELUPUSAN ASET SELEPAS 6 BULAN DARIPADA TARIKH KELULUSAN PENCAPAIAN SEKOLAH KESEJAHTERAAN GURU • PENINGKATAN 15 % PENAMBAIKAN KEMUDAHAN GURU DI SEKOLAH


OBJEKTIF SK BUKIT GAMBIR 2024/2025 • Memahami dasar KPM dan memikul tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar serta perubahan tersebut sebaik mungkin. Kepatuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa. • Mentadbir ‘Pentaksiran Berasaskan Sekolah’ secara sistematik, telus dan berintergriti yang berteraskan kognitif, afektif dan psikomotor. • Melestarikan dan meningkatkan kecemerlangan SKH dari aspek akademik dan kemenjadian murid secara holistik dalam usaha kita untuk mencapai KPI Sekolah. Keutamaan kepada penguasaan 3M (membaca, menulis mengira)+1M (menaakul) +1M (Memanusiawi) • Menyediakan pembelajaran terbaik melalui PAK21 dan menitikberatkan Standard 4 SKPMg2 dalam usaha kita membina modal insan. • Membina murid berdisiplin tinggi dan nilai-nilai murni dititikberatkan serta kesejahteraan murid diutamakan. • Memenuhi keperluan murid yang pelbagai kebolehan dan kecerdasan, mengandungi kemahiran bernilai tambah dan unsur didik hibur serta mempunyai impak yang tinggi.. • Bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga, meningkatkan keupayaan melalui penganalisaan data, pentaksiran data, perancangan strategik dan perkongsian ilmu serta memastikan proses dokumentasi dan post mortem yang telus dan berintergriti. • Membudayakan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai medium interaksi di kalangan warga sekolah. • Menjalankan Pdpr secara berterusan sebagai medium tambahan dalam pendidikan di sekolah secara kreatif dan inovatif.


BIL BIDANG FOKUS KRA 1 KEPIMPINAN BERKESAN ✓ MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU ✓ MEMPERKASA PENGURUSAN DATA & ASET SEKOLAH KRA 2 GURU BERKUALITI ✓ MEMPERKASAKAN KOMPETENSI GURU ✓ MENAMBAH NILAI PEMIKIRAN KREATIF GURU KRA 3 PERSEKITARAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERMAKNA ✓ MENAMBAH NILAI PEMBELAJARAN BERMAKNA MURID ✓ MENAMBAH BAIK PERSEKITARAN SUPAYA KONDUSIF DALAM PEMBELAJARAN ✓ MENAMBAH KEMAHIRAN MURID KE ARAH KECEMERLANGAN DALAM PBD KRA 4 SAHSIAH MURID TERPUJI ✓ MEMPERKASAKAN SAHSIAH MURID ✓ DIDIKAN DAN DORONGAN GURU TERHADAP AMALAN MULIA DAN SIKAP TERPUJI MELALUI MEDIA, AKTIVITI DAN PDPc KRA 5 SOKONGAN PIBG DAN KOMUNITI ✓ MEMPERKASAKAN JALINAN STRATEGIK DENGAN KOMUNITI BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) 2024


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR KOMITED DAN BERJANJI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BAIK KEPADA SEMUA PELANGGAN KAMI MURID ❖ PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKAN BERMULA DALAM TEMPOH 5 MINIT WAKTU JADUAL BERMULA. ❖ LATIHAN AKAN DISEMAK DAN DIKEMBALIKAN DALAM TEMPOH 2 HARI SELEPAS LATIHAN DISERAHKAN. ❖ MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM IAITU KELAB DAN PERSATUAN, BADAN UNIFORM, DAN SUKAN DAN PERMAINAN. KEPADA GURU DAN KAKITANGAN ❖ BAHAN DAN PERALATAN YANG TELAH DILULUSKAN PEMBELIAN AKAN SERAHKAN KEPADA PEMOHON DALAM TEMPOH 1 MINGGU SELEPAS PESANAN DITERIMA. ❖ MENINGKATKAN KUALITI GURU DAN KAKITANGAN DENGAN MENGADAKAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKURANG-KURANGNYA LIMA HARI SETAHUN. ❖ MEMENTINGKAN KEBAJIKAN GURU DENGAN MENYEDIAKAN TEMPAT YANG SELESA & BERSIH. KEPADA WARIS (IBU BAPA / PENJAGA) ❖ SETIAP ADUAN AKAN DIBERI MAKLUM BALAS DALAM TEMPOH 1/3/7 ADUAN DITERIMA. ❖ LAPORAN UJIAN, PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN AKAN DISERAHKAN DALAM TEMPOH 2 MINGGU SELEPAS DILAKSANAKAN. ❖ AKAN DILAYAN SAMA ADIL TANPA MENGIRA STATUS ❖ SETIAP ADUAN AKAN DISIASAT DAN MAKLUM BALAS AKAN DIBERIKAN TIDAK LEBIH DARI 3 HARI BEKERJA ❖ SETIAP CADANGAN DAN USUL YANG BAIK DAN MUNASABAH AKAN DIPERTIMBANGKAN OLEH PIHAK SEKOLAH STAKE HOLDERS ❖ MEMASTIKAN SEMUA ARAHAN JPN/KPM MELALUI SURAT MAKLUMAN DAN PEKELILING DIAMBIL TINDAKAN SEGERA ❖ SEMUA SURAT JPN/KPM AKAN DIJAWAB DALAM MASA 3 HARI JIKA DIPERLUKAN PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH


1. AKU JANJI 1.1 Semua guru perlu menandatangani Surat Aku Janji sebagai Penjawat Awam. 1.2 Pegawai Kerajaan adalah terikat dan perlu mematuhi Akujanji tersebut. 1.3 Salinan akujanji perlu dilampirkan didalam Dokumen Persediaan Mengajar guru. 2. BILIK GURU , KELAB GURU & STAF 2.1 Bilik guru merupakan tempat larangan bagi murid. 2.2 Bilik Guru adalah di bawah tanggungjawab Kelab Guru & Staf dari aspek menjaga susunan, kebersihan dan keceriaan pada setiap masa. 2.3 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik menjadi ahli Kelab Guru&Staf . 2.4 Kadar bayaran yuran adalah tertakluk kepada keputusan dalam mesyuarat agung kelab tersebut. 2.5 Jawatankuasa bertanggungjawab ke atas kebajikan guru dan kakitangan di bawah kawalan bidang mereka. 3. KEHADIRAN GURU DAN STAF 3.1 Semua guru dan staf dikehendaki hadir di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu rasmi mula bekerja.(Contoh :10 minit sebelum pukul 7.40pagi) 3.2 Waktu hadir dan waktu pulang hendaklah direkodkan dalam mesin perakam waktu.Semua guru dan staf diwajibkan untuk mengetip kad perakam waktu waktu hadir ke sekolah dan waktu balik .Jika lewat atau terlupa ,hendaklah ditulis waktu pada kad dan maklumkan kepada pentadbir untuk ditandatangani. (Ruj : Arahan Perkhidmatan Bab & Para 1, SPI BIL. 2/1981 – Ketepatan Masadi Sekolahsekolah) 4. TIDAK HADIR BERTUGAS 4.1 Sila maklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran / pejabat melalui telefon Jika tidak dapat hadir bertugas pada hari berkenaan sebelum atau pada jam 7.00 pagi supaya pihak sekolah dapat mengatur jadual ganti waktu mengajar anda. 5. KEBENARAN KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH 5.1 Adalah tidak dibenarkan guru-guru meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu mengajar bagi tujuan peribadi kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan atau setelah mendapat arahan/kebenaran Guru Besar atau arahan daripada PPD/JPN dengan syarat mendapat terlebih dahulu kebenaran daripada Guru Besar. 5.2 Sebelum meninggalkan kawasan sekolah ,pastikan guru tersebut telah mencatatkan nama,masa, tujuan serta tandatangan Guru Besar di dalam Borang Rekod Keluar di pejabat. (tidak melebihi 4 jam) 6. GURU BERTUGAS S.O.P PENGURUSAN SEKOLAH


6.1 Guru bertugas perlu hadir lebih awal 15 minit sebelum loceng berbunyi semasa datang dan selepas loceng berbunyi semasa balik. 6.2 Bertugas sepanjang tempoh bertugas dan membuat laporan harian. 6.3 Bertanggungjawab mengawal keadaan , kebersihan , keselamatan , mengurus perhimpunan, kantin , tandas dan bangunan sekolah serta mengambiltindakan sekiranya perlu berbuat demikian. 7. MASA BERSURAI 7.1 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah menentukan murid disuraikan dengan teratur tanpa membuat bising. 7.2 Murid beratur dengan didahului oleh ketua darjah dan diiringi oleh guru yang mengajar pada waktu akhir keluar dari bilik kelas dan berkumpul di dewan. 7.3 Guru bertugas diminta ada bersama murid di dewan untuk memantau pergerakan murid semasa balik.. 7.4 Guru sila pastikan semua : a) Pintu dan tingkap ditutup b) Kipas dan lampu dipadam c) Sampah sarap dikumpul d) Meja dan kerusi disusun kemas. 7.5 Semua guru digalakkan pulang hanya selepas 10 minit loceng akhir dibunyikan untuk mengelakkan kesesakan bersama murid. 8. PERHIMPUNAN RASMI 8.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan seminggu sekali pada setiap hari Isnin jam 7.30 pagi atau pada hari-hari dan masa-masa yang lain yang ditetapkan oleh Guru Besar . 8.2 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan. 8.3 Semua guru dikehendaki memakai tag nama dan guru lelaki dikehendaki memakai tali leher pada setiap hari Isnin semasa perhimpunan diadakan. 8.4 Guru Besar/ guru bertugas akan membuat pengumuman-pengumuman yang perlu dan juga membuat apa-apa teguran atau memberi nasihat kepada murid. [ Ruj : Per. Ikhtisas KP Bil.9/1975-KP 86-9/1 (79)]. 9. KEGIATAN KOKURIKULUM 9.1 Kegiatan kokurikulum adalah wajib bagi semua guru. 9.2 Perancangan bagi kelab/persatuan dan permainan hendaklah melibatkan semua murid Tahun 4 hingga 6. 9.3 Guru hendaklah memberi latihan kepada murid dalam bidang kepimpinan, displin, bertanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara dan memberi galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan dan sebagainya. 9.4 Guru dikehendaki menyimpan rekod-rekod mengenai semua aktiviti yang telah dijalankan. Rekod digunakan sebagai eviden hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum mengikut ketetapan dalam mesyuarat. 10. TATATERTIB 10.1 Adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaga dan mengekalkan displin murid-murid semasa di dalam atau di luar kelas. 10.2 Guru hendaklah melaporkan murid yang kerap melanggar peraturan sekolah, tidak mengikut teguran dan nasihat dan sebagainya kepada Guru Displin atau Guru Besar. 10.3 Guru diingatkan jangan mengarahkan murid balik atau keluar dari bilik darjah atau melarang mengikuti PdP sebagai hukuman kerana tidak berdisplin. 10.4 Guru TIDAK DIBENARKAN merotan murid untuk sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid. 11. BUKU RAMPAIAN


11.1 Semua latihan bertulis hendaklah diperiksa pada hari itu atau pada hari yang berikut. 11.2 Semua kesalahan yang didapati dalam tiap-tiap latihan bertulis hendaklah dibuat pembetulan sebelum menjalankan latihan baru. 11.3 Tahun 3 hingga tahun 6 hendaklah mengadakan Karangan Bertulis sekurang-kurangnya empat kali dalam satu bulan. 11.4 Buku rampaian/latihan Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains hendaklah dihantar kepada Guru Besar/Penolong Kanan apabila diarahkan oleh Guru Besar. 12. UJIAN DAN PEPERIKSAAN 12.1 Ujian dan Peperiksaan hendaklah berpandukan seperti tercatat di dalam Takwim Sekolah/Takwim Peperiksaan. 12.2 Keputusan Penilaian pencapaian murid perlu disiapkan dan dihantar kepada Guru Besar lengkap dengan markah, mata Pendidikan bersama-sama dengan gred, jumlah markah keseluruhan, peratus dan kedudukan dalam kelas dan juga kedudukan dalam semua kelas. 12.3 Analisa Keputusan Penilaian perlu disiapkan dan diserahkan kepada Guru Penolong Kanan/Setiausaha Peperiksaan. 13. e-RPH 13.1 Semua guru dikehendaki mengajar seperti mana yang tercatat di dalam e-RPH 13.2 Butiran-butiran dalam e-RPH perlulah sentiasadikemaskini. 13.3 e-RPH mestilah dihantar secara atas talian selewat-lewatnya pada hari Jumaat pukul 4.30 petang setiap minggu untuk semakan Guru Besar. Sekiranya guru tidak menghantar e-RPH sebanyak 3 kali , surat amaran akandikeluarkan. 13.4 e-RPH yang telah lengkap hendaklah dihantar bagi kali pertamanya pada hari JUMAAT 25 Mac 2023. Walaubagaimanapun rancangan persediaan mengajar harian perlulah ditulis setiap hari mulai hari pertama persekolahan 20 Mac 2023 14. CUTI REHAT KHAS (CRK) 14.1 Setiap guru diberi peruntukan cuti rehat khas sebanyak 10 hari setahun. 14.2 Guru layak memohon cuti tetapi kelulusan atas budi bicara Guru Besar. 14.3 Semua permohonan borang CRK dalam 2 salinan diserah sendiri kepada penolong kanan Pentadbiran untuk sokongan sebelum mendapat kelulusan daripada Guru Besar. 14.4 Permohonan cuti yang dirancang perlu dibuat permohonan 3 hari lebih awal sebelum tarikh permohonan cuti tersebut. 14.5 Sekiranya ada kecemasan dan ingin memohon cuti rehat khas ,silapastikan guru berkenaan menghubungi pihak pentadbir sekolah bagi tujuan guru ganti dan setelah kembali semula pastikan borang cuti diisi. 14.6 Guru tidak dibenarkan bercuti selagi permohonan belum mendapat kebenaran atau kelulusan Guru Besar. Layak memohon sahaja tetapi bukan hak mutlak. 15. CUTI SAKIT 15.1 Sekiranya cuti sakit ,serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar pada hari berikutnya. 15.2 Andainya cuti sakit lebih dari 2 hari,sila dapatkan pengesahan daripada doktor kerajaan. 15.3 Sijil cuti sakit dari klinik swasta hanya terhad kepada hanya 15 hari bagi setiap tahun. Perlu diingat, setiap cuti sakit yang diambil boleh menjejaskan kiraan ganjaran pencen kelak 15.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus- putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan KementerianPendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.(Rujuk : SPP Bil.2/2006)


16. CUTI HJ / CUTI UMRAH/ CUTI BERSALIN / CUTI TANPA REKOD / CUTI TANPA GAJI 16.1 Segala dokumen/sijil/surat perlu dikemukakan bersama borang permohonan melalui Guru Besar sebelum dihantar ke JPN untuk kelulusan. 16.2 Permohonan perlu dibuat lebih awal mengikut prosedur yang sedia ada. 16.3 Istilah ‘keluarga terdekat ‘ ialah isteri/suami ,anak-anak, ibu bapa dan mertua guru itu sahaja.,Adik-beradik tidak termasuk dalam istilah keluarga terdekat. i)Cuti Haji - 40 hari (Perintah Am Bab C) ii) Cuti Umrah -7 hari bekerja (SPP Bil. 3/2017) iii)Cuti Bersalin- 90 hari @ 60 hari ,suami layak 7 hari (Layak untuk 5 kali sepanjang perkhidmatan (SPP Bil.5/2017) iv) Cuti Tanpa Rekod –tidak melebihi 14 hari setahun ( Perintah Am Bab C) v) Cuti Tanpa Gaji – tidak ada had/tempoh yang ditetapkan tetapi mengikut tempoh perkhidmatan.Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.(SPP Bil.4/2009) 17. CUTI KELUAR NEGARA 17.1.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan JPN (Unit Perhubungan Dan Pendaftaran) 17.1.2 Borang permohonan perlu di kemukakan sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh mula bercuti.(Online ke unit Perhubungan JPN). 18. CUTI MENGHADIRI PEPERIKSAAN 18.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut. 19. CUTI PENGGAL 19.1 Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tahunan . Walau bagaimana pun ,guru boleh dipanggil bertugas oleh guru besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugasmengajar. 20. CUTI KUARANTIN 20.1 Guru layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/angkat)di bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar) diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta menghidap penyakit berjangkit. 20.2 Tempoh yang diluluskan terhad kepada 5 hari bekerja.(Rujuk : SPP Bil.11/2016) 21. FAIL-FAIL BIDANG / UNIT/JAWATANKUASA 21.1 Fail-fail yang dalam simpanan peribadi guru seperti fail meja,fail panitia,fail unit dan sebagainya perlu disimpan di tempat selamat dalam bilik fail dan sebagainya. 21.2 Kandungan fail hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. 21.3 Fail-fail bukanlah milik peribadi dan tidak dibenarkan bawa pulang ke rumah. 21.4 Semua fail perlu ada nombor yang telah ditetapkan menggunakan sistem fail arked yang sedang digunapakai sekarang. 21.5 Semua fail merupakan dokumen penting sebagai bahan dokumentasi dan bukti serta menjadi bahan rujukan /semakan/panduan kepada guru.


22. FAIL-FAIL SEKOLAH 22.1 Fail peribadi guru adalah fail sulit dan guru dilarang mengambil atau melihat kandungan fail tersebut kecuali pentadbir. 22.2 Fail-fail di pejabat yang hendak dirujuk /diambil perlulah melalui Pembantu Tadbir/Pembantu Operasi dan dikembalikan dengan kadarsegera. 23.4 Fail-fail sekolah di pejabat adalah dilarang di bawa keluar dari pejabat. 23. PENGESAHAN JAWATAN & KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN 23.1 Sekolah akan uruskan pengesahan jawatan guru dan kemasukan ke dalam jawatan berpencen 23.2 Boleh memilih skim pencen atau KWSP 23.3 Pengesahan boleh dibuat setelah lulus kursus induksi (hadir dan lulus dalam tempoh 3 tahun) 23.4 Tempoh pengesahan bergantung kepada surat tawaran. 24. GAJI 24.1 Persediaan gaji dibuat dua bulan lebih awal 24.2 Potongan yang diuruskan oleh pihak sekolah melibatkan hal yang berkaitan dengan kerajaan seperti; cukai pendapatan, pinjaman perumahan, KWSP dan tabung Hj. 24.3 Potongan pinjaman bank & koperasi melalui ANGKASA dibuat terus oleh Akautan Negara Malaysia. 24.4 Jika ada masalah tentang potongan koperasi dan ANGKASA, sila hubungi terus dengan yang berkenaan. 24.5 Bagi guru yang bertukar masuk ke sekolah ini, gaji hanya akan diproses bila sekolah menerima Sijik Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal. 24.6 Kew 8 diproses setelah sekolah mendapat LPC 24.7 Tuntutan gaji dibuat setelah mendapat kelulusan Kew 8 24.8 Bagi yang bertukar masuk, gaji masih diuruskan oleh sekolah lama sehingga LPC diterima 24.9 Sebarang masalah berkaitan gaji, uruskan dengan pihak sekolah dahulu sebelum ke JPN. 25. PERSARAAN PILIHAN • Boleh pilih tarikh sama ada pada 1/6 atau 1/12 • Had umur mesti 50 tahun bagi guru lelaki dan 45 tahun bagi guru perempuan • Permohonan dibuat satu tahun sebelum tarikh • Dapatkan borang melalui JPN dan hantarkan melalui sekolah 26. JADUAL WAKTU GURU GANTI 26.1 Jadual guru ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan / Guru Jadual Waktu apabila seseorang guru tidak dapat hadir atau menjalankan tugas di luar. 26.2 Guru ganti hendaklah memastikan mereka mendapat slip butiran gantian yang akan dilakukan dengan menandatangani pada buku rekod jadual waktu guru ganti. 26.3 Guru yang akan berkursus / mesyuarat dan sebagainya,dikehendakimenyediakan kerja/latihan Pendidikan bagi kelas yang diajarnya supaya guru ganti dapat memanfaatkan waktu ganti tersebut dengan aktiviti yang berfaedah.(MMI) 26.4 Guru ganti diminta menyambung latihan Pendidikan berkenaan atau MengajarPendidikan yang difikirkan perlu atau memberi latihan/kerja yang telahdisediakan oleh guru ganti.


27. JADUAL WAKTU MENGAJAR 27.1 Semua guru dikehendaki mematuhi jadual waktu mengajar yang telah ditetapkan. 27.2 Guru bersedia untuk masuk ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi. 27.3 Guru yang mengajar hendaklah berada di dalam kelas sepanjang tempoh PdPc. 27.4 Sekiranya seseorang guru tidak dapat masuk ke kelas dalam waktu tertentu ,sila maklumkan pada Penolong Kanan yang bertugas untuk membuat guru ganti. 28. KEHADIRAN MURID 28.1 Kehadiran murid hendaklah ditulis oleh guru masa pertama di dalam Buku Rekod Pemantauan Kelas secara teratur dan kemas pada setiap hari sebelum permulaan waktu pertama. Tanggungjawab ini tidak boleh ditugaskan pada murid. Guru kelas hendaklah menandakan kehadiran murid pada waktu pertama dalam sistem e-kehadiran APDM dan kemaskini maklumat tersebut sekiranya ada pembetulan.Sekiranya guru kelas berkenaan tidak hadir, maka tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan oleh guru pembantu. 28.2 Semua butiran dan maklumat murid di dalam sistem APDM perlulah lengkap diisi dengan tepat. 28.3 Guru perlu mendapatkan bukti tentang sebab murid tidak hadir ke sekolah seperti surat dari waris atau sijil sakit dari doktor. 28.4 Sekiranya seseorang murid didapati tidak hadir melebihi hari yang ditetapkan, maka guru perlu mengambil tindakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 29. KAWASAN LARANGAN MURID 29.1 Murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan sekolah iaitupejabat, bilik Penolong Kanan, bilik guru, makmal komputer, makmal sains, pusat sumber sekolah, bengkel RBT selain mendapat kebenarandaripada guru dengan menggunakan pas. 30. PAKAIAN GURU DAN STAF 30.1 Semua guru/kakitangan dikehendaki berpakaian lengkap dan kemas seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kasut sukan, seluar jeans, slacks dan tracksuit, baju T, jersi, seluar pendek, ketat , sendat dan apa-apa pakaian menutup muka serta lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata tidak boleh dipakai.(Rujuk : SPI Bil.6/1985 dan SPP Bil.2/1985) 30.2 Pakaian uniform lengkap hendaklah dipakai pada setiap hari Rabu dan berbaju batik pada hari Khamis sepertimana yang telah ditetapkan oleh KPM dan JPN. 30.3 Guru dibenarkan memakai pakaian sukan lengkap sepanjang hari persekolahan semasa hari kegiatan Pendidikan Jasmani atau pun mengikut kesesuaian aktiviti dengan kebenaran guru besar.(Contoh:Aktiviti Sukan/ Gotong Royong ) 30.4 Semua guru dan staf mesti memakai tanda nama sepanjang waktu persekolahan . (latar hitam dan tulisan nama berwarna putih). 30.5 Guru lelaki tidak digalakkan berambut panjang atau membuat rambut yang berfesyen. 31. KELAS TAMBAHAN/INTENSIF 31.1 Guru yang ingin mengadakan projek/aktiviti/kelas tambahan di luar waktu persekolahan iaitu selepas masa persekolahan atau pada hari sabtu atau ahad perlu mendapat kebenaran Guru Besar dengan mengisi borang yang telah disediakan di pejabat. 31.2 Pihak kawalan keselamatan sekolah perlu di maklumkan. 31.3 Pastikan guru berkenaan hadir dan bertanggungjawab sepenuhnya pada kelas tersebut.


32. PENGLIBATAN LUAR 32.1 Guru tidak boleh terlibat dengan perniagaan atau kerja-kerja sampingan yang boleh menjejaskan tugas 32.2 Perlu mendapat kebenaran JPN untuk membuka kelas tusyen luar, menulis buku atau terlibat aktif di dalam pertubuhan politik. 33. LAIN-LAIN TEMUJANJI 33.1 Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah. 33.2 Jika tidak dapat dielakkan dan terpaksa dibuat pada waktu bertugas,guru berkenaan hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja selesai temujanji jika waktu persekolahan belum berakhir.’Time slip” hendaklah dikemukakan sebagai bukti temujanji tersebut. 33.3 Sebarang temujanji lain atau urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu bertugas/persekolahan. 34. PBPPP/LAPORAN NILAI PRESTASI TAHUNAN (LNPT) 34.1 Borang Keberhasilan (PBPPP)/ LNPT perlu diisi dan lengkapkan pada awal tahun bersama sasaran kerja tahunan yang telah dirancang bagi tempoh tahun semasa. 34.2 Semakan dan penilaian semula terhadap rancangan /sasaran kerja bagi tujuanpenambahbaikan dilakukan pada pertengahan semester. 34.3 Pastikan borang tersebut diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak pentadbir sebelum tamat sesi persekolahan tahun tersebut. 35. LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 35.1 LDP perlu dihadiri oleh guru sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun 35.2 Guru perlu memastikan Laporan LDP diisi dan disahkan oleh ketua jabatan/pihak penganjur. 36. MELAKSANAKAN ARAHAN/TUGAS/PERINTAH 36.1 Apabila diarahkan/ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan / tugas /perintah atau lainlain sebagai contoh menghadiri mesyuarat/ seminar/taklimat/bengkel/kursus dan sebagainya ,dimintamembawa murid maka guru berkenaan perlu hadir dan tidak boleh diganti dengan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar .Sekiranya ada pertukaran ,maka perlu mendapat persetujuan guru yang sanggup jadi pengganti serta memaklumkan pertukaran ini kepada Guru Besar secara bertulis. 36.2 Setiap guru yang hadir mesyuarat /bengkel/taklimat/kursus perlu membuat laporan kepada Guru Besar melalui borang minit curai yang disediakan. 36.3 Guru juga perlu akur pada arahan melalui edaran/pekeliling sekolah terutama berkaitan dengan tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesulitan dan mengganggu perjalanan pengurusan pentadbiran sekolah. 37. MEMBAWA MURID UNTUK AKTIVITI LUAR 37.1 Guru yang terlibat dengan aktiviti luaran bersama murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada waris dan senarai terlibat diserahkan kepada GB/PK untuk makluman. 37.2 Sekiranya guru perlu membawa murid dengan kenderaan sendiri,peraturan jalanraya perlu dipatuhi.Kebenaran bertulis membawa kenderaan sendiri perlu diperolehi daripada Guru Besar 37.3 Guru tidak dibenarkan membawa murid secara berlebihan di dalam sesebuah kenderaan. 37.4 Guru yang mengiringi murid tertakluk kepada 10 murid bagi seorang guru.


38. MENGHADIRI KURSUS/MESYUARAT/TAKLIMAT/SEMINAR/BENGKEL ANJURAN SEKOLAH/PPD/JPN/KPM 38.1 Kehadiran guru adalah wajib. 38.2 Sila lengkapkan minit curia sekembalinya daripadamesyuarat/seminar/taklimat/kursus/bengkel untuk makluman serta tindakan pentadbir seterusnya. 38.3 Sekiranya tidak dapat hadir ,sila berjumpa terus lebih awal dengan Guru Besar bersama surat tunjuk sebab. 38.4 Buku Rekod Mengajar perlu disediakan seperti biasa dan buat catatan. 38.5 Siapkan minit curai dan adakan ‘in-house training’ selepas menghadiri kursus. 39. MESYUARAT GURU DAN JAWATANKUASA SEKOLAH 39.1 Setiap guru mesti hadir pada mesyuarat guru yang diadakan. 39.2 Setiap guru yang menjadi ahli jawatankuasa induk sesuatu bidang juga perlu hadir pada mesyuarat yang di adakan. 39.3 Sekiranya guru berkenaan tidak dapat hadir ,sila maklumkan kepada Guru Besar sekurangkurangnya sehari sebelum mesyuarat diadakan. 39.4 Pastikan guru membuat catatan semasa mesyuarat dijalankan . 39.5 Pencatat minit/setiausaha dikehendaki menyediakan minit mesyuarat selewat-lewatnya 3 hari selepas mesyuarat diadakan dan kemudiannya diedarkan untuk tindakan guru. 40. PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) 40.1 Guru perlu bersedia lebih awal untuk mengajar sebelum masuk ke kelas. 40.2 Pastikan guru tidak mengajar sambil duduk kerana ini budaya atau amalan yang tidak baik bagi seorang guru . 40.3 Guru mengajar berdasarkan perancangan yang telah dibuat sepertimana tercatat di dalam buku dokumen Persediaan Mengajar. 40.4 Guru perlu sentiasa bersedia untuk menerima pemantauan / pencerapan dari pentadbir /pelawat sekolah (Nazir,PPD,JPN,KPM) berdasarkan skor standard 4 SKPMg2. 41. PAS KELUAR MURID 41.1 Semua kelas diberi dua pas keluar murid. 41.2 Pas ini perlu disimpan di dalam kelas pada setiap masa. 41.3 Pas keluar diberi kepada murid yang difikirkan perlu sahaja terutama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. 41.4 Guru bertanggungjawab ke atas murid yang dibenarkan keluar. 42. PEMBELIAN DAN PEMESANAN BARANGAN 42.1 Sebarang pembelian dan pesanan alatan/barangan hendaklah melalui Ketua Panitia masingmasing dengan menggunakan Borang Nota Minta untuk mendapat kelulusan daripada Guru Besar/Penolong Kanan. 42.2 Pastikan semua pembelian hendaklah ada dalam perancangan terlebih dahulu dan dirujuk pada baki peruntukan yang sedia ada, bajet tahunan/jumlah PCG. 42.3 Pesanan barangan sendiri secara ‘online’ tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah. 43. PENGAWASAN PEPERIKSAAN AWAM 43.1 Guru tidak boleh menolak lantikan kecuali atas sebab sarat mengandung , sakit berterusan dan berkursus, tidak digalakkan untuk SPM/STPM/ SVM.


44. PENGGUNAAN ALATAN / HARTA BENDA SEKOLAH 44.1 Sebarang penggunaan alat hendaklah digunakan dengan betul mengikut tatacara/kaedah penggunaan . 44.2 Perlu mendapat kebenaran Ketua Panitia atau penjaga stok dan perlu direkodkan. 44.3 Sekiranya meminjam alat / benda ,pastikan dikembalikan dengan kadarsegera dan tidak rosak/hilang. 44.4 Alatan / harta benda tidak dibenarkan dibawa ke rumah tanpa kebenaran Guru Besar. 45. PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT DAN RISOGRAF 45.1 Sebarang bahan cetakan adalah untuk edaran dalaman sekolah sahaja. 45.2 Sebarang bahan yang hendak di cetak perlu mengisi borang yang telah disediakan di pejabat. 45.3 Guru dilarang menggunakan kedua-dua mesin tersebut tanpa kebenaran Guru Besar. 45.4 Borang permohonan perlu dihantar lebih awal sebelum bahan cetak itu hendak digunakan iaitu 3 hari sebelum tarikh bahan cetak digunakan. 46. PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH 46.1 Penggunaan telefon sekolah hanya tujuan urusan rasmi sahaja dan perlu direkodkan dalam buku daftar telefon. 46.2 Guru dan murid yang hendak menggunakan telefon sekolah hanya atas urusan kecemasan maka perlu mendapat kebenaran terlebih daripada Guru Besar. 47. PENGGUNAAN WAKTU ‘FREE PERIOD’ 47.1 Guru diminta membuat perancangan / persediaan mengajar. 47.2 Memeriksa buku latihan murid. 47.3 Perbincangan secara profesional dengan rakan-rakan untuk PLC. 47.4 Menyediakan alat bantu mengajar ,menyediakan laporan/analisis dan sebagainya. 48. PENGISTIHARAN HARTA 48.1 Setiap guru diminta mengistiharkan harta mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun. 48.2 Sekiranya terdapat pertambahan dalam harta perlu diistiharkan melalui mengisi borang tambahan harta dan hantar ke pejabat. 48.3 sebarang pelupusan harta / pelucutan hakmilik harta juga perlu diistiharkan. 49. RAHSIA SEKOLAH 49.1 Guru adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah. 49.2 Guru adalah dilarang sama sekali membuat kenyataan akhbar berkaitan dengan sekolah (Rujuk Perintah Am). 49.3 Guru mestilah menjaga nama baik Jabatan/Kementerian .Tindakantatatertib boleh diambil mengikut Perintah Am Bab D(24) 50. PERINTAH AM 50.1 Guru sebagai pegawai kerajaan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan di dalam Perintah Am Persekutuan.Guru-guru dinasihatkan meneliti ,memahami dan mematuhi isi kandungan dokumen-dokumen yang terdapat di dalam buku tersebut,khasnya Bab C dan Bab D. 50.2 Sebagai Pendidik ,guru juga hendaklah memahami dan menghayati serta mempraktikkan tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.


51. PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI 51.1 Pemohon perlu mendapatkan kebenaran /kelulusan PPD/JPN. 51.2 Pastikan jumlah potongan tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. 51.3 Guru besar hendaklah memastikan peraturan ini dipatuhi oleh pemohon. 52. PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN/KENDERAAN/KOMPUTER 52.1 Pemohon perlu mendapatkan borang samada dari pejabat sekolah atau PPD/JPN/KPM. 52.2 Pastikan borang lengkap diisi bersama –sama dokumen sokongan yang dikehendaki. 52.3 Semua permohonan mestilah melalui guru besar sekolah untuk sokongan dan pengesahan. 53. PERTUKARAN GURU 53.1 Permohonan dan semakan pertukaran guru antara negeri dibuat secara onlinesepanjang tahun.Namun proses pertukaran hanya berlaku dua kali setahun iaitu Jun dan Disember. 53.2 Pertukaran guru antara daerah dan dalam daerah perlu dibuat kepada JPN melalui PPD. 53.3 Pengesahan dan perakuan daripada ketua jabatan adalah diperlukan. 53.4 Pastikan maklumat EMIS/HRMIS guru yang bertukar dibawa bersama. 54. TUGASAN LUAR (JURULATIH UTAMA/FASILITOR/KAKITANGAN SUMBER). 54.1 Guru yang terlibat dengan tugasan-tugasan rasmi luar masih tertakluk kepada kelulusan/kebenaran guru besar 54.2 Guru perlu mengutamakan tugasan sekolah tempat bertugas. 55. SENARAI SEMAK BUDAYA TUTUP DAN BUKA SEKOLAH 55.1 Pastikan semua butiran dalam Senarai Semak dipatuhi dan dilaksanakan. 55.2 Senarai Semak yang telah lengkap diisi hendaklah diserah ke pejabat 56. URUSAN DENGAN PPD DAN JPN 56.1 Setelah mendapat kebenaran dan kelulusan atau arahan Guru Besar. 56.2 Berpakaian rasmi (pakaian kerja). 57. SURAT ATAU PEKELILING KELUAR/MASUK DARI PPD / JPN /KPM UNTUK TINDAKAN 57.1 Bertindak segera apabila surat diminitkan kepada guru berkenaan. 57.2 Bincang dengan pihak Pentadbir dan serah kepada pentadbir berkenaan untuk semakan/ simpanan fail. 57.3 Pastikan semua surat yang keluar perlu disertakan surat iringan dan perlu ada salinan sekolah mengikut format surat yang telah ditetapkan. 57.4 Semua surat keluar yang menggunakan kepala surat alamat sekolah perlu ditandatangani oleh Guru Besar selaku Ketua Jabatan. 58. SURAT KELUAR KE PPD/JPN/KPM 58.1 Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan hal sekolah atau perjawatan hendaklah melalui dan salinan Guru Besar terlebih dahulu. 58.2 Semua surat rasmi perlu mengikut format surat rasmi yang telah ditetapkan.


59. VISI DAN MISI SEKOLAH (DIPAMERKAN) 59.1 Semua guru perlu memahami serta menghayati visi dan misi sekolah selaras dengan kehendak semasa 59.2 Semua guru perlu memperingatkan kepada semua warga sekolah tentang visi dan misi sekolah 60. URUSAN DENGAN PELAWAT/TETAMU 60.1 Pastikan semua pelawat melaporkan diri di pondok pengawal sekolah dan berurusan di pejabat/ guru gesar. 60.2 Pihak tertentu / syarikat/wakil insuran atau orang perseorangan yang hendak berjumpa dengan guru hendaklah melapor atau mendapat kebenaran guru besar di pejabat terlebih dahulu. 60.3 Orang luar juga dilarang berjumpa atau berurusan dengan murid di bilik darjah atau semasa guru sedang mengajar.(SPI bil 8/2011) 60.4 Orang luar yang mendapat kebenaran daripada guru besar /pentadbir akan dibekalkan dengan pas lawatan.


JANTINA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH LELAKI 13 0 1 0 1 0 0 0 15 PEREMPUAN 0 33 0 2 0 7 0 1 43 JUMLAH 13 33 1 2 1 7 0 1 58 Bil. Nama Kelas Bil. Kelas Melayu India Cina Lain-lain Jumlah L P L P L P L P 1. PRA SEKOLAH 2 25 25 0 0 0 0 0 0 50 2. PPKI 6 24 10 1 0 5 1 1 0 62 3. TAHUN 1 3 43 45 2 3 0 0 1 0 99 4. TAHUN 2 3 46 43 3 3 1 0 4 0 101 5. TAHUN 3 3 49 40 4 0 0 0 4 5 91 6. TAHUN 4 3 52 41 3 2 0 0 3 4 99 7. TAHUN 5 3 31 38 3 4 0 0 4 1 100 8. TAHUN 6 3 43 38 5 2 0 0 6 3 101 JUMLAH 26 312 279 22 15 6 1 23 13 703 Enrolmen Murid-Murid 2024


Click to View FlipBook Version