2 0 2 3 S M K P U T R A J A Y A P R E S I N T 1 1 ( 2 ) M E T A V E R S E 03-88903490 03-88903487 [email protected] www.smkpp11-2.edu.my
June Edition | 2023 page 17 SMK PP 11(2) "SETIA USAHA BESTARI" ISI KANDUNGAN METAVERSE 01 SEKAPUR SIRIH 02 03 04 06 07 05 PENGURUSAN PENTADBIRAN PROFIL SEKOLAH KURIKULUM KOKURIKULUM HAL EHWAL MURID (HEM) KKGS
SEKAPUR SIREH
Saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan bagi mencoret sepatah dua kata dalam majalah sekolah tahun ini Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini. Sesungguhnya usaha warga sekolah dalam merakamkan pelbagai peristiwa penting sepanjang tahun termasuklah informasi menarik yang lain membuktikan komitmen dan kerjasama padu semua dalam memberikan yang terbaik. Pendidikan menuntut penglibatan aktif semua pihak bagi memastikan potensi murid dapat dibangunkan selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembangunan dari aspek akademik serta akhlak, adab dan integriti berlandaskan konsep Karamah Insaniah adalah penting bagi memastikan generasi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dapat dilahirkan dalam usaha membangunkan Malaysia Madani. KATA-KATA ALUAN MENTERI PENDIDIKAN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Kebersamaan semua guru dan warga sekolah dalam menyediakan pendidikan berkualiti termasuklah memastikan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh semua tapa mengira status sosioekonomi mahupun keupayaan bagi mengelakkan sebarang keciciran amatlah saya hargai. Keterbukaan serta penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam sama-sama memacu kecemerlangan pendidikan negara juga menunjukkan bahawa peranan pembinaan negara tercinta ini adalah tanggungjawab semua sepertimana ungkapan Fadhlina Binti Sidek Menteri Pendidikan “It takes a village to raise a child”. Akhir kata, syabas sekali lagi atas penerbitan majalah sekolah ini dan semoga segala gerak kerja yang dimainkan oleh semua pihak membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada murid, warga pendidik, sekolah dan negara amnya.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh PENGARAH JPWPP Saya berkeyakinan tinggi seluruh warga sekolah berkerja bersungguh-sungguh dalam memastikan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan Pendidikan terbaik berupaya melahirkan generasi ‘ Anak yang Baik lagi Cerdik ‘ ( ABC ) seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025. fokus dan gerak kerja Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya ( JPWPP ) untuk tahun 2022/2023 adalah tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid melalaui peningkatan kualiti profesionalisme guru yang disokong kepimpinan sekolah yang cemerlang. Indikator keberhasilan murid secara holistik adalah kemampuan sisitem pendidikan melahirkan generasi berketerampilan, rohani yang teguh, sahsiah terpuji, jati diri yang mantap selain cemerlang dari degi kognitif dan psikomotor . justeru, JPWPP komited memastikan aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam PPPM dipenuhi berpadukan 7Teras Utama KPM khususnya isu keciciran pembelajaran dan kebajikan guru. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini menjadi medan penyatuan ukhuwah sseluruh warga sekolah dan saya mendoakan kesejahteraan buat semua hubungan kebersamaan kekal terjalin demi melahirkan masyarakat Malaysia Madani. Alhamdulilah dan sekalung penghargaan kepada warga sekolah kerana sudi memberi kesempatan kepada saya unutk menitipkan secebis wadah dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas atas usaha semua pihak terutamanya sidang ridaksi atas kejayaan menerbitkan majalah ini sebagai dokumen penting merekodkan pencapaian , pahit manis kenangan alam persekolahan dan pengalaman yang akan menjadi kenangan bersejarah setiap insan yang dirancang dalam setiap lembaran. YBrs. Hj Ezaiddin bin Hussain Pengarah Pendidikan JPWPP
PENGETUA SMKPP11(2) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sebagai pembuka bicara, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaanNya, segala perancangan dan usaha yang jitu maka Majalah Sekolah Tahun 2023 dapat diterjemahkan. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah dari semasa ke semasa supaya SMK Putrajaya Presint 11(2) menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan Kerjasama dan komitmen yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua amat mengharapkan adanya peningkatan dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah Pelajar. Oleh yang demikian, melalui kerjasama daripada semua pihak secara berterusan, maka harapan untuk membentuk anak-anak didik di sekolah ini untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum akan terlaksana. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG dan semua AJK Majalah yang telah banyak menabur jasa, buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi pelbagai sumbangan terhadap sekolah ini. Akhir kata semoga Allah swt memberkati usaha dan kerjasama kita dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu, cemerlang dan seterusnya menjadi insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Sekian, Terima Kasih SALLEHA BINTI SALLEH Pengetua SMK Putrajaya Presint 11(2)
YDP PIBG SMKPP11(2) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.Mendepani cabaran era baru globalisasi dan dunia Teknologi Digital, negara memerlukan pembangunan sahsiah dan ilmiah yang seiring dengan kehendak ekonomi semasa. Cabaran pendidikan negara semakin meningkat dan menuntut kepada pendekatan yang tidak lagi terikat dengan kaedah tradisional sebaliknya perlu diolah mengiringi paradigma yang memenuhi perkembangan teknologi semasa. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK Majalah atas kecemerlangan pengurusan tuan/puan sepanjang sesi 2022/2023. Pelbagai program dan aktiviti telah diatur dalam usaha untuk mempertahankan kecemerlangan yang telah dicipta. Justeru, saya amat yakin dengan adanya kolaborasi, komitmen dan kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak PIBG dapat membantu sekolah dalam menjayakan pelbagai program kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid sepanjang tempoh tersebut. Semoga hubungan baik dan kerjasama seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. PIBG mempunyai peranan penting sebagai tulang belakang dan pendokong kepada kejayaan program dan aktiviti sekolah khususnya berkaitan keperluan murid. Dalam situasi kewangan yang terhad, PIBG ialah pihak yang diharapkan oleh sekolah untuk membantu mendapatkan dana dan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak. Saya mewakili seluruh AJK Majalah, ingin menzahirkan sekalung tahniah kepada para murid yang telah mendapat kejayaan cemerlang hasil bimbingan cemerlang daripada para guru dan sokongan ibu bapa masing-masing untuk melihat seluruh warga SMK Putrajaya Presint 11(2) terus cemerlang dan gemilang serta mampu melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa semoga pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa berganding bahu, bergerak dalam satu pasukan serta sentiasa mencari persamaan dalam menuju matlamat yang sama demi keredhaan Allah dunia dan di akhirat. Semoga usaha murni kita ini dilihat oleh Allah sebagai salah satu amalan soleh yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin Sekian, Wassalam. Ir.Ts. Dr. Aziyati Binti Yusoff YDP PIBG SMK Putrajaya Presint 11(2)
KETUA MURID َلِمْيَن َوالَّص َالُة َوالَّساَلُم ِه َرِّب الَعا ّٰل َحْمُد ل َاْل ِحْيِم، ْحَمِن الَّر ِبْسِم ِهّٰللا الَّر َا ْلُمْرَسِلْيَن َسِّيِدن ِبَياِء َوا ل َألْن َعَىل َاْش َرِف ْا ِلِه َوَصْحِبِه َاْجَمِعْين. َنا ُم َحَّمٍد َوَعىَل ٰا َوَمْو ٰل Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Vanakam, 祝你好运, dan salam kepada semua warga E2. Dalam dunia yang sentiasa berubah ini, adalah penting bagi kita untuk terus bersatu, berkongsi pengetahuan, dan saling mengeratkan hubungan tanpa mengira bangsa atau kaum Di SMK Putrajaya Presint 11(2) yang kita semua gelar “E2”, kita semua perlu bersama-sama berusaha demi mencapai keunggulan dalam pelajaran dan membina komuniti yang berwawasan. As the prefect leader of our school for 2023, I am proud to witness the dedication and passion of our students and teachers. Together, we work towards a brighter future, where diversity and creativity are celebrated Let's continue to strive for excellence and make a positive impact not only in our school but also in the world. Keep reaching for the stars and remember ... Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada semua kakitangan yang telah berusaha keras dalam menyiapkan majalah ini. Mari kita bersama sama teruskan menyokong .inisiatif dan projek-projek positif yang akan datang hebatkan E2# "Together, we can achieve greatness” “Bersama kita kuat, bersama kita cemerlang!” WAN AHMAD SYAHIR BIN WAN AHMAD HAZIM KETUA MURID SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2) TAHUN 2023
Syabas di atas kejayaan sidang redaksi sekolah kerana berjaya menghasilkan majalah sekolah untuk tahun 2023 ini dan memberi peluang kepada saya sebagai ketua editor majalah sekolah 'METAVERSE' untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam majalah METAVERSE tahun 2023. Untuk menerbitkan sebuah majalah yang berkualiti dari segi kandungan dan penampilan, kebijaksanaan, ketekunan kesabaran, kreativiti dan semangat kerja berpasukan amatlah diperlukan. Di sinilah nasihat dan bimbingan daripada guru-guru penasihat yang berpengetahuan dan berpengalaman luas diperlukan untuk bersama-sama menceriakan majalah Sekapuh Sireh. Seterusnya, saya berharap keluaran majalah METAVERSE tahun 2023 ini dapat merakamkan nostalgia dan pengalaman pahit dan manis di sekolah ini yang tidak dapat di lupakan para pelajar. Galakan dan iktibar dijadikan pencetus kejayaan kepada para pelajar SMKPP 11(2) untuk terus berusaha. Sebelum saya mengundur diri, saya mewakili ahli editor majalah memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesulitan atau pekara yang mengecewakan pembaca. Saya berharap kata-kata ini menjadi inspirasi kepada para pelajar unutk berjaya. KETUA EDITOR MURID ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH dan Salam Sejahtera Aqyl Izzul Israf Bin Rozaimi
PENYELARAS E-MAJALAH Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,dan Salam Sejahtera. Syabas kepada AJK Sidang Redaksi yang berjaya merealisasikan penerbitan e-MAJALAH METAVERSE sesi 2023/2024. Anda begitu gigih dan bersungguh-sunggun melaksanakan amanah sehingga majalah ini dapat dilihat dan dibaca oleh warga maya. Komitmen yang tinggi dalam menyiapkan majalah ini menjadi tunjang kejayaan. AJK guru dan murid sama-sama berganding bahu dan sentiasa bersatu hati untuk mempersembahkan info yang baik kepada warga sekolah dan masyarakat sekeliling. Konsep e-MAJALAH yang dihasilkan pada kali ini berkonsepkan "korporat". Penghasilan yang sederhana tetapi memberi makna. Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada Puan Pengetua dan para pentadbir yang sentiasa memberi sokongan terutama kepada Encik Mohd Nazri bin Md. Saad, Penolong Kanan Kokurikulum yang tidak pernah jemu memberi inspirasi, idea dan bimbingan. Juga kepada warga sekolah yang telah memberi kerjasama yang amat padu. Sekian, terima kasih. Nurhanani Binti Izhar
profil sEKOLAH
EDITOR MAJALAH Editor Editor Editor Editor Aqyl izzul isyraf Editor Afiqah Sofea Zahra Editor Nur Alanna Laiqa Muhammad hadif Nur Adreana Alesya
LOGO SEKOLAH BIRU Melambangkan perpaduan dan keharmonian. Murid sentiasa memupuk kerjasama serta tolongmenolog. EMAS Melambangkan kepintaran dan kecekapan murid. Warna ini banyak digunakan untuk mencerminkan kebijaksanaan dan keceriaan murid. PUTIH Melambangkan budaya sekolah yang berteraskan nilai-nilai mrni serta budi bahasa.
Melahirkan murid yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Melahirkan murid yang setia kepada sekolah, bangsa dan megara. Melahirkan modal insan yang berbudaya penyayang, hormatmenghormati, berjiwa luhur, cemerlang, berbudi mulia dan yang bersikap positif terhadap ilmu sepanjang hayat. MATLAMAT
VISI MISI Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. USAHA MOTO SEKOLAH Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera. Berusaha bersungguhsungguh menimba ilmu untuk menjadi modal insan yang berkualiti. SETIA Taat kepada perintah Tuhan, patuh kepada ibu bapa, hormat kepada guru-guru, ketua-ketua, berpegang teguh serta patuh kepada peraturan sekolah. Cergas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan Berbudi perketi yang baik. BESTARI
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Usaha, setia, tak jemu menggapai cita-cita mulia, Sekolah bestari, bersinar, Hasrat murni suci. Mari kita menuju wawasan, Negaraku jaya, Rukun Negara kita hayati, Berbudi pada pertiwi, Semangat waja siap siaga, Menjunjung ilmu sentiasa, Mencapai visi dan misi mulia, Ku berjanji untuk Negara tercinta Maju, kita menjana minda, berwibawa pasti, Sekolahku terbilang gemilang, Usaha, Setia Bestari LAGU SEKOLAH 'USAHA SETIA BESTARI'
Bahawasanya kami, Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(2), Berikrar dan berjanji, Akan taat kepada Tuhan, Setia kepada Raja dan Negara, Menghormati ibu bapa,Guru-guru, Rakan-rakan dan masyarakat, Patuh kepada peraturan sekolah, Berusaha bersungguh-sungguh, Demi mencapai cita-cita kami, Menjadi murid-murid yang cemerlang, Dan dapat berbakti kepada bangsa dan negara IKRAR PELAJAR 'USAHA SETIA BESTARI'
PENGURUSAN PENTADBIR DAN J U N E 2 0 2 2 ISSUE NO.16 2023
B A R I S A N P E N T A D B I R P R I S M A I N C . P A G E 0 6
W A R G A P E N D I D I K P R I S M A I N C . P A G E 0 6
G U R U M E N G I K U T B I D A N G P R I S M A I N C . P A G E 0 6 S A I N S & M A T E M A T I K
G U R U M E N G I K U T B I D A N G P R I S M A I N C . P A G E 0 6 K E M A N U S I A A N
G U R U M E N G I K U T B I D A N G P R I S M A I N C . P A G E 0 6 B A H A S A
G U R U M E N G I K U T B I D A N G P R I S M A I N C . P A G E 0 6 T E K N I K & V O K A S I O N A L
A J K P I B G P R I S M A I N C . P A G E 0 6
A N G G O T A K U M P U L A N P E L A K S A N A P R I S M A I N C . P A G E 0 6
lENSA KURIKULUM ISSUE NO.25 2023 J U N E 2 0 2 2
KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN
MINGGU AKADEMIK
PUSAT SUMBER
MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2023
SINAR SABTU / KELAS TAMBAHAN
HARI INTERAKSI AKADEMIK TINGKATAN 5
PERKAMPUNGAN ILMU SPM DI KELAB RAKAN MUDA, KL
PROGRAM TITIAN JAYA SPM DI UNITEN
PROGRAM TITAN TANGENT TINGKATAN 1,2,3
MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5
DINNER PENGAWAS GLASS SUITE BORAOMBAK
SALAM RESTU ILMU TINGKATAN 5
LENSA (hem) ISSUE NO.38 2023 J U N E 2 0 2 2
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN/ORIENTASI TINGKATAN 1&4
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
KURSUS KEPIMPINAN MURID
MINGGU 3K
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2023
MESYUARAT AGUNG PIBG
BULAN PEMANTAPAN DISIPLIN & SAHSIAH MURID
PEMERIKSAAN FIZIKAL BUKU TEKS