BUKU
SCRAP
ALAT MUZIK
NAMA : MUHAMMAD HAKIMI BIN ZULFI
KELAS : 6 GIGIH
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
ANGKLUNG
Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat
daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga
empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung
biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak
dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini
berlaga ketika ia digetarkan
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
BIOLA
Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan
dengan mengunakan penggesek biola . Biola mempunyai empat tali dan
leher yang tidak mempunyai fret . Ia dimainkan dengan cara menggesek
tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Terdapat
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional
berupa gegendang bagi masyarakat Melayu dalam
kepulauan Nusantara. Selain itu, kompang juga kadangkala
digunakan oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia, meskipun
tidak termasuk dalam tradisi asli mereka.Ia tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga
diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
GITAR
Gitar adalah sejenis alat muzik bertali. Ia terdiri daripada suatu
badannya seakan-akan berbentuk biola dengan batang leher yang
panjang dan padat serta terdapat ruas-ruas yang dipanggil "fret"; ia
dipasangkan dengan sebilangan tali atau senar (enam biasanya,
tetapi antara empat hingga dua belas ada wujud) yang boleh
dimainkan dengan memetik umumnya
menggunakan jari mahupun plektrum.
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
HARMONIKA
Harmonika ialah sejenis angin alat tiup berid bebas yang digunakan
dalam pelbagai gaya muzik di seluruh dunia, temasuk
genre blues, muzik rakyat Amerika (country music) serta rock and roll.
Alat ini dimainkan menggunakan bibir dan lidah untuk memaksa udara
masuk satu atau dua lubang pada hujung peniup. Setiap lubang ini
mempunyai rid yang merupakan spring panjang daripada loyang, keluli
tahan karat atau tembaga yang disematkan pada satu hujungnya atas
satu lubang keluar. Apabila bahagian hujung peniup dimasuki udara, rid
tersebut saling membuka tutup lubang keluar lalu menghasilkan bunyi
yang tersendiri.
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan
bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana
sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di
sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi
lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar
yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan
bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
TAMBORIN
Tamborin ialah sebuah alat perkusi yang terdiri daripada bingkai,
biasanya kayu atau plastik, dan sepasang loceng kecil logam yang
dipanggil zill.
Tamborin berasal dari Mesir, alat ini digunakan dalam hal
keagamaan.Tamborin dapat dipegang dengan tangan atau diletakkan
di tiang, dan boleh dimainkan dengan beberapa cara, daripada
membelainya atau menggoncangkannya atau memukulnya secara
kuat dengan tangan atau pemukul, atau menghentakkan tamborin
pada kaki atau paha.
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
SERULING
Seruling ataupun flut ialah sebuah alat muzik dari famili alat tiup
kayu atau woodwind. Berlainan dengan alat berlelidah, seruling ialah
sebuah alat aerofon atau alat tiup tanpa rid yang mengeluarkan bunyi
daripada aliran udara yang merentasi lubang.
Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling
moden ada diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara
memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup
seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH
Terima
Kasih
M.HAKIMI ZULFI
6GIGIH