The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK DIGITAL PSS SK SRI KINTA,IPOH, 2021-12-15 03:06:11

2.PBL Sains Tahun 5

2.PBL Sains Tahun 5

PEMBELAJARAN
BERASAsKAN
PROJEK

SAINS TAHUN 5

Peluang kepada Murid

Mendorong murid untuk memahami konsep dengan jelas dan

mendalam.

Mengkehendaki murid membuat keputusan yang wajar dan
mempertahankannya.

Memenuhi SK/SP yang hendak dicapai dan berkaitan dengan

pengetahuan terdahulu/sedia ada.

Mempunyai tahap kerumitan yang bersesuaian bagi memastikan murid

dapat bekerjasama untuk menyelesaikannya.

Terbuka dan menarik untuk memotivasikan dan meningkatkan minat

murid menyelesaikannya.

Sumber: DSKP KSSR (Semakan 2017) - MS 27

TEMPOH TEMA

2 minggu Sains Hayat

TAJUK

Haiwan

STANDARD
KANDUNGAN

3.2 Mereka cipta model haiwan

Standard Objektif
Pembelajaran Pembelajaran

3.2.1 Mencipta model haiwan imaginasi yang boleh (i) Murid boleh mereka bentuk model haiwan
melindungi diri daripada musuh dan cuaca imaginasi yang boleh melindungi diri daripada
melampau. musuh dan cuaca melampau.

3.2.2 Menaakul ciri khas pada model haiwan (ii) Murid boleh membuat penaakulan tentang ciri
imaginasi bagi melindungi diri daripada musuh khas pada model haiwan imaginasi bagi
dan cuaca melampau. melindungi diri daripada musuh dan cuaca
melampau.
3.2.3 Berkomunikasi tentang ciri khas haiwan bagi
mengagumi ciptaan Tuhan dalam memastikan
keseimbangan alam semula jadi.

3.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang model
haiwan imaginasi melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan secara kreatif.

Sebelum Mulakan Aktiviti

1. Kenal pasti tahap penguasaan murid.
2. Bahagikan murid kepada tiga kumpulan.

Kumpulan 1 ( TP1-TP2)
Kumpulan 2 (TP3-TP4)
Kumpulan 3 (TP5-TP6)
3. Laksanakan set induksi - gunakan contoh video atau
bahan lain yang boleh menarik minat murid.
4. Memberikan tugasan mengikut kumpulan
murid.

Set Induksi

Murid menonton video tentang ciri dan tingkah laku khas
haiwan melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

Contoh Video
https://www.youtube.com/watch?v=fK4YZ_I97LM
https://www.youtube.com/watch?v=ianxjP2rHrw

Sumber:portal pembelajaran myGuru

TUGASAN KUMPULAN 1

1.Murid diberikan lembaran tugasan untuk suaikan haiwan kepada ciri dan tingkah
laku khas.

2.Murid ditunjukkan satu contoh haiwan imaginasi dan murid diminta untuk
melakar haiwan mengikut imaginasi mereka.

3.Murid memilih senarai bahan yang diperlukan berdasarkan senarai yang telah
disediakan oleh guru untuk disesuaikan dengan lakaran haiwan imaginasi mereka

4.Murid membina model haiwan imaginasi berdasarkan lakaran yang telah dibuat.
5.Murid mempamerkan hasil kerja bersama dengan maklumat tentang model

haiwan imaginasi yang dibina.

TUGASAN KUMPULAN 2

1.Murid membina peta minda tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk
melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

2.Murid diminta melakar haiwan berdasarkan ciri dan tingkah laku khas haiwan
bagi melindungi diri yang diberikan oleh guru.

3.Murid menyenaraikan bahan-bahan serta langkah-langkah untuk membina
model haiwan imaginasi berdasarkan lakaran dengan melengkapkan lembaran
tugasan yang disediakan oleh guru.

4.Murid membina model haiwan imaginasi berdasarkan lakaran yang telah dibuat.
5.Murid mempersembahkan hasil kerja bersama maklumat tentang model dan

aplikasi pengetahuan kepada situasi lain secara galeri walk . Rakan kelas
memberi penilaian dan cadangan penambahbaikan.

TUGASAN KUMPULAN 3

1.Murid diberikan situasi tentang keadaan di satu kawasan yang waktu siang
terlampau panas dan terlampau sejuk pada waktu malam. Murid senaraikan ciri
dan tingkah laku khas haiwan bagi melindungi diri dalam situasi tersebut.

2.Murid melakar haiwan imaginasi mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan
ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi melindungi diri.

3.Murid menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah
untuk membina model haiwan imaginasi berdasarkan lakaran yang telah
dihasilkan.

4.Murid membina model haiwan imaginasi berdasarkan lakaran yang telah dibuat.
5.Murid diminta mempersembahkan haiwan imaginasi yang dibina dan

menerangkan tentang ciri dan tingkah laku khas serta membuat penaakulan dan
aplikasi pengetahuan kepada situasi lain.

PENTAKSIRAN

TP1-Menyatakan ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya.
TP2-Memerihalkan ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya.
TP3-Menjelaskan dengan contoh ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian spesiesnya.
TP4-Membina pengurusan grafik tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan bagi memastikan kemandirian
spesiesnya.
TP5-Meramal tentang cara haiwan lain melindungi diri berdasarkan pengetahuan tentang ciri atau tingkah laku
khas haiwan tersebut.
TP6-Mereka bentuk model haiwan imaginasi dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang ciri dan tingkah
laku khas haiwan serta membuat penaakulan tentang ciri tersebut.

Menyediakan rubrik penilaian projek.
memastikan murid mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan.
pemerhatian secara individu atau kumpulan.

terima
kasih


Click to View FlipBook Version