1
BUAYA PUTIH
Bahagian Satu
" Lah...ooo...Lah" Ibu terjerit-jerit memanggil.
" Lah ikut bapak ke sungai ibu,ibu tak nampak dia bawa baldi tadi?"
Jawab kak Tie
"Nampak,ibu ingat dia mahu ambilkan air untuk ibu masak"
Kak Tie berlalu mengambil baldi lain untuk ke perigi belakang rumah
demi memenuhi permintaan ibu.Dia tahu ibu sangat suka memanggil
nama Lah untuk memenuhi permintaannya.Lah anak yang baik,mudah
menurut kata dan tidak pernah membantah.
Dalam 12 orang anak ibu dan bapak,Lah sangat disenangi semua
orang.Sinonim dengan maksud namanya Saifullah bermaksud pedang
Allah.Dialah kaki tangan ibu bapak yang selalu memudahkan urusan adik
beradik lain.
Mengangkat air sebaldi dengan tangan terketar-ketar,Kak Tie sedar
adiknya Lah sangat diperlukan tika itu.Usai melangkah bendul,kain baju
kurung anak berusia 11 tahun itu tersangkut bucu tikar." Aduh !" Semua
air di dalam baldi tertumpah.Bibir kak Tie berdarah tersembam.
" Kenapa Tie?" Ibu berlari dari ruang tamu yang tidak sebesar mana.
" Kain Tie tersangkut,maafkan Tie, ibu”. Berjurai air mata Tie sambil
mengelap bibir yang berdarah dengan hujung baju.
2
" Ibu tak suruh Tie angkat air.Biarlah abang ngah balik nanti tolong
ibu.Dia pergi ikut Pak Man menebas di kebun. Ibu nak sudahkan dulu
jahit seluar bapak yang koyak."
Ibu rasa bersalah dengan Tie.Anak dara keduanya yang manja.Tie tahu
ibunya mahu masak untuk makan tengah hari.Takut bapak dan Lah
pulang nasi belum sempat ditanak.Sudahlah kayu api di luar rumah
ditimpa hujan malam tadi.
Rumah kecil usang itu pemberian ketua kampung setelah bapak
menikahi ibu dan dihalau keluarga bapak.Tok ketua tahu bapak orang
baik dan rajin.Di mata keluarga bapak berdosa kerana menikah dengan
perempuan seberang yang tidak berdokumen,tidak tahu asal usul.
Keluarga bapak tidak tahu,bapak nekad mengahwini ibu kerana tahu ibu
mengajar mengaji anak-anak kampung itu semasa menumpang di pondok
kecik Mak Yam yang berniaga nasi lemak.Mak Yam menjadikan ibu
pembantu di gerainya.
"Ibu...." Tie memegang tangan ibunya yang termenung di muka pintu.Di
tangan ibu tergenggam seluar bapak yang sudah separuh bertampal
kerana koyak.
" Ibu...kenapa??" Tanya Tie lagi.
" Hari macam mendunglah Tie...pergi panggil abang- abang dan adik-
adik kamu masuk.Mereka main sorok-sorok dan tuju selipar tadi ibu
tengok di hadapan rumah Mbah Senah.
3
Ibu turun ke perigi,mengambil air dan membasuh beras sebelum
menghidupkan api dapur kayu.Hati tiba-tiba berdebar laju.Ibu tidak
tahu kenapa.
Teringat kisah tengah malam tadi.
" Bang..kenapa merenung anak-anak yang sedang tidur?Lama dah Meha
perhatikan abang"
" Abang kasihan pada anak-anak kita.kita tak dapat beri kemewahan
macam orang lain.Sekolah pun tak semua dapat pergi.Risau pula
kenangkan mereka.Kecil-kecil bersusah payah.Abang long ,kak cik dah
ada keluarga sendiri.malu pula mahu menyusahkan mereka.Kasihan pada
abang ngah kerja berat membantu keluarga Kita" nampak kesedihan di
hujung mata bapak.
" Rezeki tu Dia yang beri.Meha reda bang...janji anak-anak kita pandai
membaca dan pandai mengaji.7 orang sudah khatam quran.Mereka
terang hati bang.Yang lain Meha akan usahakan ajar sampai pandai."
Bapak tersenyum dalam samar lampu pelita yang meliuk lintuk
dihembus bayu malam.Ibu meneruskan menghabiskan melipat kain
baju,sambil mata tidak lepas memandang bapak yang sudah berbaring
memeluk anak bongsu berumur 2 tahun,Pijoi yang tidak berbaju.
"Ibu....ibu.......ibu........" Lamunan ibu yang sedang melihat periuk nasi
terhenti mendengar suara Lah.Dari pintu hadapan...ibu mendengar
derap kaki Lah berlari mendapatkan ibu.Sampai betul- betul di hadapan
ibu,Lah yang comot dengan selut terduduk menggeletar sambil
tangannya menekup muka dengan air mata berjurai.
4
Ibu panik..." Kenapa Lah...kenapa nak?Bapak mana?"
Lah tambah meraung,tambah terketar-ketar.
Ibu tidak pernah melihat Lah sebegini takut,sedih dan
menangis.Bersunat pun Lah tak menangis.Lah anak kuat.Ibu memeluk
Lah erat..menenangkan anak yang tidak keruan.Sedangkan hati ibu
sendiri gundah gulana tidak tahu apa yang terjadi.
"Lah..istighfar ingat Allah,” beritahu ibu.
Lah menggeletar memeluk erat ibu tanda ketakutan. .Dalam esak tangis
Lah bersuara
" Bapak....buaya...."
Lah meraung.
Kata-katanya tidak mampu disambung.
Ibu tersentak mendengar kata-kata Lah.
Tanpa menanti Lah menyambung cerita,ibu berlari keluar rumah
menuju sungai dengan tangisan.Air mata bercucuran bagaikan hujan.
Lah berlari mendapatkan ibu.....
5
BUAYA PUTIH
Bahagian Dua
Adegan kejar-mengejar ibu Meha dengan Lah yang
bertangisan,mendapat perhatian jiran berdekatan.
Mak Yam yang berselisih dengan ketua kampung juga rasa tidak keruan
melihat ketua kampung sibuk memanggil jiran- jiran lelaki untuk
mengikutnya ke sungai.Apa yang sudah berlaku sebenarnya.Fikir Mak
Yam.Tanpa bertanya Mak Yam terus mengikut rombongan orang-orang
kampung yang berjalan kaki, berbasikal dan bermotosikal.Masing-
masing berjalan dan bergerak laju seperti tidak cukup tanah.
Di persimpangan menuju ke Sungai Labian,ibu Meha dan Lah yang
sedang bertangisan bertembung dengan Tok ketua dan
rombongannya.Tok ketua mendekati ibu Meha " sabar ya Meha,aku
tahu Razif dibaham buaya.Saif dan Ali yang menjala udang di hilir
nampak Si Lah menjerit semasa bapaknya ditarik.Mereka cuba berlari
mendekati tapi kejadian terlalu pantas.Mereka berjaya menarik Lah
daripada terjun menyelamatkan bapaknya.Buaya itu terlalu besar
Meha"
Tok ketua menangis.Dia tidak malu lagi mengeluarkan air mata
mengenangkan Razif yang baik budi menjadi mangsa buaya ganas
itu.Tiba-tiba Lah terduduk di tanah dan menyembah kaki ibunya.Air
mata dan raungan Lah semakin meruntun rasa.
6
"Ampunkan Lah ibu...Lah tak sempat selamatkan bapak.Lah anak tak
berguna.Lah biarkan bapak mati.Ampunkan Lah, ibu....."Lah menggigil
memeluk kaki ibunya.
Semua yang melihat mengalirkan air mata.Mak Yam menerpa ibu
Meha.Memeluk erat isteri malang itu.Ibu Meha berhenti
menangis,kedengaran keluar kalimah Allah dan istighfar berkali-
kali.Mak Yam menyapu air mata pembantu gerainya suatu ketika
dulu.Diangkatnya tubuh Lah yang menyembah bumi.
"Lah ...bukan salah mu nak.Ibu mu pasti tidak menyalahkanmu.Buaya itu
terlalu besar.Mungkin buaya bulan lepas yang membaham pekerja
Filipine ladang sebelah,”pujuk Mak Yam.
Ibu Meha memeluk Lah dan langkah mereka longlai bersama-sama
menuju sungai tempat tragedi berdarah sebentar tadi.Bomba,orang-
orang kampung sudah penuh mengelilingi kawasan kejadian.Ali dan Saif
sudah melaporkan kepada polis.Pawang buaya juga sudah
dipanggil.Entah mantera apa yang dibawa,kelibat buaya itu sudah
sejam tidak kelihatan.
Air tenang dan keruh Sungai Labian mengundang rasa perit yang sangat
menghiris ibu Meha ,Lah dan keluarga.Orang-orang kampung kelihatan
sangat marah dan geram dengan buaya yang telah membaham sahabat
mereka.Baru bulan Lepas dia meratah daging manusia.Kini dia muncul
lagi.Puas dicari tak jumpa.
Lah yang berteleku mengadap sungai berwajah sugul,air mata sudah
kering.Esaknya sudah berhenti,seperti berhentinya nafas bapak
7
dibaham sang pemangsa yang kelaparan.Lah tidak sanggup untuk
membayangkan semula saat bapak ditarik buaya.
Hari sudah meninggi.Dari pelantar tempat sampan orang kampung
berlabuh,Lah melihat bapak sudah menarik kailnya naik ke darat.Lah
tahu bapak mahu pulang.Tadi lagi bapak sudah beritahu Lah,ikan yang
dipancing sudah cukup untuk mereka sekeluarga.
Bapak berjalan menuju Lah berdiri dan memberikan kail dan baldi
kepada Lah."Wah bapak,banyaknya dapat udang dan ikan hari ini !
Mewah hidangan tengah hari kita"Lah ketawa kegirangan seraya
menyambut huluran baldi tersebut."Ya Lah....mesti ibu,abang-abang
dan adik-adik Lah gembira."
Lah merenung Kak Tie yang mendukung Pijoi bersama abang-abang dan
adik -adik lain,mengelilingi ibu sambil menangis.Hati Lah hancur.
Lah merenung lagi sungai itu seperti dia mahu terjun mencari
bapak.Lah kecewa.sakit hati.dendam.Dia rasa mahu cepat menamatkan
riwayat sang buaya yang kejam.
"Lah....lauk kita dah ada.Bapak mahu petik kangkung di tepi tu buat
sayur.Mesti tambah selera kita" Bapak berkata lembut seraya
mengusap kepala Lah."Baik bapak,hati-hati ya"Bapak melangkah
menuju pinggir sungai yang penuh kangkung menjalar dan keladi
bunting.Bunga- Bunga keladi bunting cantik menghiasi permukaan
sungai berwarna ungu dan putih.
8
Tapi 10 saat kemudian,dari pelantar itu,Lah nampak kangkung yang
banyak menjalar bergerak laju.Seolah ada sesuatu dibawahnya.Lah
menjerit " bapak....bapak...lariiii" jerit Lah.Lah seperti dapat
mengagak...
9
BUAYA PUTIH
Bahagian Tiga
Tatkala kangkung yang Lah lihat terangkat dan terkuak ketepi,Lah
lihat seperti seekor raksasa besar sudah menganga bersedia untuk
membaham bapak.Bapak menjerit..."Allahuakbar....Allahuakbar"...Lah
menjerit juga dengan badan menggeletar.Tapi kaki Lah terpasak di
pelantar itu.Hanya raungan Lah dan jeritan kesakitan bapak
kedengaran.Tangan bapak sudah direntap sang bedal.Darah merah
mewarnai permukaan air.
Lah terjelepuk melihat buaya ganas itu melibas ekornya dan mengenai
kepala bapak.Bapak terhumban.Darah merah makin banyak.Lah
gagahkan diri bangun dan terjun ke tepi sungai.Tapi kaki Lah terjerlus
ke dalam selut.Lah melihat segala-galanya...Lah meraung.Lah cuba
untuk keluar dari selut dan menyelamatkan bapak.Tapi Lah tidak
berjaya keluar.
Di saat nyawa bapak semakin di penghujung,Lah nampak buaya itu
menyeret bapak ke tengah sungai.Lah semakin lemah.Raungannya
semakin kuat melihat bapak ditarik pergi.Buaya itu tidak mempedulikan
Lah.Dia sudah dapat mangsanya, dalam keributan itu Lah merasakan
ada 2 pasang tangan menariknya ke tebing.
" Lah...lah...sabar nak.Jangan terjun,bahaya ! " Lah mengenali suara
itu.Pak Cik Saif dan Ali.Paginya memang sebelum Lah dan bapak
memancing,Lah jumpa mereka di pelantar itu.Mereka juga turun ke
sungai untuk menjala.
10
Saif dan Ali memeluk Lah sekuatnya.Mereka sedar anak itu sedang
berusaha untuk terjun menyelamatkan bapak.Lah menangis dan terus
menangis..." Lepaskan Lah pak cik,Lah nak selamatkan bapak.Buat apa
bapak ajar Lah berenang kalau Lah tak mampu selamatkan bapak"Saif
dan Ali juga menangis melihat Lah merayu.
" Jangan nak..buaya itu bukan lawanmu.Kita tak mampu.Nanti kamu pula
jadi mangsa.Kami pun tak mampu menarik bapak mu Lah" pujuk Ali."Kita
Minta tolong bomba dan polis cepat Saif" Arah Ali.Saif bergerak
melepaskan rangkulannya pada Lah.Dia faham,perkara itu harus
disegerakan.
Lah bangun dan berlari meninggalkan mereka berdua.Lah hanya
fikirkan ibu.Ibu harus tahu.Lah tahu ibu pasti ada jalan untuk
selamatkan bapak.Ali terkedu.Saif tercengang melihat Lah berlari
laju.Tadinya anak itu sudah longlai seperti hilang upaya melihat tragedi
menakutkannya."
"Biar dia Ali...rasanya dia mahu beritahu keluarganya." Saif
mematahkan hening mereka yang tidak keruan."Kau tunggu sini
Ali.Tengok kalau buaya jahanam itu muncul lagi.Aku mahu report polis
dan beritahu Tok ketua"Ali menggangguk lemah.Tanda faham arahan
Saif.
Seketika kemudian,sungai itu sudah jadi tumpuan orang
kampung.Berita telah tersebar.Angin kuat tepi sungai dengan hujan
gerimis seolah mengerti kepedihan hati Lah dan keluarga.Semua yang
11
mengenali keluarga Lah menangis dan terpempan menerima berita
menyayat hati itu.
****
Hari sudah hampir Maghrib,kelibat buaya yang menyerang bapak tetap
tidak kelihatan.Bomba dan polis yang membantu juga hilang idea untuk
mempercepatkan penemuan.Pawang mengatakan mayat bapak sudah
dibawa jauh dari kawasan itu.
Memang ada penduduk asal kampung itu yang menyatakan ada beberapa
lubuk buaya yang menggerunkan orang kampung yang selalu ke sungai
itu.Tiada siapa berani terjun kerana ada penduduk pernah nampak
buaya yang tersangat besar di sungai itu.
Tapi yang pasti,buaya yang menyerang bapak bukan buaya yang
menyerang pekerja ladang Filipina bulan lepas.Kata saksi kejadian
sebelumnya,buaya yang menyerang orang tersebut tidak terlalu besar
seperti yang Lah ceritakan.
Lah tahu buaya itu terlalu besar.Sebab kelibatnya sahaja sudah
membuatkan kocakan air yang begitu dahsyat.Dalam beberapa saat
sahaja buaya itu berjaya menewaskan bapak.Sebelum buaya itu
pergi,Lah nampak kaki bapak di permukaan sungai.Lah menangis lagi
membayangkan kepala dan badan bapak sudah berada dalam mulut sang
bedal.Lah tak mampu memejam mata pun.
12
Dia sangat berharap,ini cuma mimpi.Mimpi ngeri Lah di saat tidurnya
lupa basuh kaki seperti pesanan ibu.Tapi....bila Lah memandang orang
sekeliling,Lah tahu harapannya seperti kaca terhempas ke batu.Lah
pasti tidak mampu mengembalikan bapak pada keluarga.Lah
kecewa...semakin kecewa
13
BUAYA PUTIH
Bahagian Akhir
Dua minggu berlalu sejak tragedi buaya membaham bapak,tapi buaya
yang dicari langsung tidak kelihatan.Kelibatnya sahaja tidak nampak
membuatkan pasukan polis dan bomba mengambil langkah tunggu dan
lihat sebelum operasi pencarian dihentikan. Orang kampung berusaha
meredah denai,belukar,tepi-tepi sungai dan muara sungai namun tetap
gagal menemui mayat bapak.Lah kecewa mendengar khabar duka
itu.Namun tiada apa yang mampu anak kecil seperti dia lakukan untuk
merubah keadaan.
Air mata ibu Meha semakin kering.Adik-beradik Lah yang lain juga mati
akal untuk mencari bapak.Tok ketua juga sudah berusaha keras untuk
mencari bapak.Pawang dan bomoh datang membantu.Tapi jejak buaya
tersebut terus lesap tanpa tanda.Pelik tapi benar,kes kali ini sangat
berbeza dengan tragedi buaya membaham mangsa sebelumnya.
Selalunya orang kampung dan pawang buaya akan jumpa pemangsa dan
dapat menangkapnya sebelum buaya tersebut dibunuh dan dibelah
perut untuk mengambil mayat yang dibaham.Tapi kali ini sangat
berbeza.Mayat bapak seperti disorokkan dan dibawa pergi jauh oleh
sang bedal yang kejam.Membayangkan sahaja tidak sanggup ,tentulah
Lah yang melihat lebih tertekan.
Setelah berbincang,Tok ketua menyarankan diadakan solat jenazah
ghaib untuk bapak.Ibu Meha setuju kerana kesedihan yang mereka
alami mungkin sudah tidak mampu mengembalikan bapak.Saksi sudah
14
melihat keadaan bapak saat akhir diragut sang buaya,masakan bapak
boleh bernyawa lagi.
" Lah...Kita redha ye nak.Walaupun ibu tahu susah bagimu untuk
melupakannya,ibu cuma mahu bapak tenang menemui sang
Pencipta.Buaya itu cuma asbab untuk bapak mati" Ibu Meha memeluk
Lah yang longlai disaat jemaah sudah bersedia untuk melakukan solat
jenazah berimamkan Tok Imam Kiyai.Lah memeluk ibu erat seperti
tidak mahu melepaskan.Air matanya laju seperti pecah dari takungan.
Ibu memujuk semua anak-anaknya untuk redha dengan pemergian
bapak.Walaupun nampak kemarahan di wajah abang ngah dan abang
long yang terpendam terhadap buaya itu.Segalanya di luar kuasa
manusia untuk menidakkan takdir mereka.Lah juga semakin berubah
pendiam sejak bapak pergi.Nampak wajah kesal Lah tidak dapat
menyelamatkan bapak.Malamnya Lah sering menjerit-jerit ketakutan
bermimpikan tragedi hitam itu.
****
Dalam remang senja,Lah merenung permukaan Sungai Labian yang
telah merenggut bapak daripada mereka.Sebulan berlalu mayat bapak
langsung tidak ditemui.Lah berkira-kira kalau dia punya kuasa ajaib dia
mahu terjun dan menyelam ke dasar lubuk buaya yang dikatakan orang
kampung.Tapi jaguh menyelam kampung pun mengalah,takkan dia yang
masih kecil berani menyabung nyawa.
Lah tertunduk lesu.Dari pelantar tempat dia berdiri,Lah nampak
sesuatu di atas pasir.Lah amati dari jauh tapi remang senja itu tidak
15
memungkinkan penglihatan Lah jelas.Lagak berani dalam takut Lah
berlari mendekati objek yang dilihat.Lah mengambil kain hitam yang
seolah berlipat di atas pasir itu.Lah angkat dan kelihatan jelas seluar
bapak.Lah menangis...cepat Lah memeluk seluar itu dan berlari balik ke
rumah.
" Ibu....ibu...." Jerit Lah sekuat hati.
" Kenapa Lah?" Ibu yang lengkap bertelekung menunggu azan Maghrib
terkejut melihat Lah berlari laju.
"Ini seluar bapak kan ibu?" Lah tercungap cuba mengeluarkan kata-
kata.
"Ya Lah....mana kamu jumpa?" Soal ibu Meha tercengang..Ibu membelek
seluar yang lembap tapi bersih itu.Cuma ada sedikit pasir
melekat.Tiada kesan darah bapak....ibu Meha berasa sangat
terharu.Siapa pula yang memulangkan seluar bapak yang telah lama
hilang.
Ibu Meha mencium seluar itu,bau lumpur dan bau bapak masih
bersisa.Entah keajaiban apa yang berlaku,menyebabkan seluar bapak
tetap elok tanpa koyak."Macamana seluar bapak ada di situ ya ibu??"
Soal Lah rasa tidak percaya.Ibu Meha terdiam.
Dia hilang kata-kata untuk menjawab soalan Lah."Kita simpan seluar ini
Lah,anggaplah ini kenangan terakhir yang bapak hadiahkan untuk
kita.Nanti ibu cuci.." pujuk ibu Meha seraya mengusap kepala Lah yang
kesedihan.Ibu Meha juga bercakap dengan mata yang berkaca,namun
dia perlu kuat untuk anak-anaknya.
16
Malam itu ibu Meha bermimpi bapak datang bersama buaya
putih.Wajah bapak bersih dengan jubah putih dan tersenyum
memandang ibu Meha.Ibu lari sekuat hati untuk memeluk
bapak.Kesedihan dan air mata dihamburkan pada bapak yang dipeluk
erat.Bapak kaku di situ tanpa kata dan terus tersenyum memegang
wajah dan tangan ibu.Ibu Meha meraung ...esaknya semakin kuat bila
menemui bapak yang dirindu.
"Ibu...ibu....kenapa ibu??" Kak cik terkejut mendengar ibu Meha
menangis dalam tidur.Suami kak cik juga terbangun dan melihat
ibu.Sejak bapak pergi,Kak cik lama tinggal di rumah ibu untuk
mengurangkan kesedihan yang dialami keluarganya.
" Kenapa ibu??" Lah pula menjengah ibu yang berada di dalam kelambu
memeluk Pijoi.
" Ibu jumpa bapak..ibu jumpa dan peluk bapak dalam mimpi.Bapak
pulang dengan buaya putih itu.Ibu rasakan pelukannya sebentar tadi."
Air mata ibu menyebabkan semua anak-anaknya yang terbangun tengah
malam itu juga menangis.Mereka faham kesedihan ibu.Lah memeluk
ibu." Kenapa ibu tak ajak bapak pulang??" Soalan Lah menyebabkan ibu
berhenti menangis.
17
" Bapak mahu kita reda pemergiannya.Walau mayatnya kita tak
temui,Allah pasti jaga dia di sana.Bapak orang baik.cuma kematiannya
tanpa nisan." Ibu Meha mengesat air mata dan memeluk anak-anaknya."
Esok kita buat tahlil buat arwah bapak ya".Abang ngah
menggangguk.Dia faham mereka perlu teruskan kehidupan walaupun
perit.Lah mengesat air mata yang gugur bagai hujan." Pak....nanti kita
jumpa di syurga ya...Lah pun nak peluk bapak,Lah rindu bapak...Lah akan
jaga ibu dan keluarga kita " bisik Lah dalam hati.
SEKIAN