The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD KHAIRUL AKLI BIN AB GHANI, 2023-10-14 22:19:45

INDUSTRIAL EMPOWERMENT DAY 2023

IED 2023

Keywords: empowerment day

ISI KANDUNGAN i 1. Pengenalan Program 1 2. Kata Aluan Pengarah PSMZA 2 3. Kata Aluan Pengarah Program 3 4. Tentatif Program 4 5. Senarai Industri CoC 5 6. Senarai Jawatankuasa 6-8 7. Rakan Kolaborasi Strategik 9-10 8. Autograf 11


PENGENALAN PROGRAM 1 Program Industrial Empowerment Day 2023 merupakan satu program besar yang melibatkan program Industrial Talk bersama YBhg. Dato’ Seri (Dr) Michael Tio, majlis penyerahan sijil pengiktirafan The Malaysia Book of Records dan Majlis Tandatangan Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) di antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd (PKT), Seikou Systec Sdn. Bhd. (Seikou), Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd. Program ini merupakan satu langkah yang dapat membantu Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mengeratkan hubungan bersama industri dan sekaligus mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kehadiran para pensyarah dan pelajar PSMZA ke Industrial Talk merupakan satu peluang yang cukup bermakna bagi mendapatkan idea berkaitan isu-isu dan teknologi yang terkini yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri (Dr) Michael Tio. Program Majlis penyerahan sijil pengiktirafan The Malaysia Book of Records First Polytechnic With Sundial adalah merupakan rentetan tercetusnya idea menghasilkan jam matahari pertama dan terkecil di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin daripada mantan Pengarah PSMZA Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail. Sekali lagi pihak PSMZA dibawah pimpinan Pengarah Politeknik PSMZA Hajah Zamra binti Derahman telah mengambil satu inisiatif dengan mengabadikan hasil ciptaan ini dalam Malaysia Book Of Records. Keterlibatan sektor awam dan swasta khususnya pihak industri bersama-sama dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, bidang kejuruteraan dan pengajian am yang merupakan sasaran dan fokus utama kerjasama PSMZA dengan PKT, Seikou, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd. Selain daripada itu, kerjasama PSMZA dengan industri akan mendapat manfaat dari segi penajaan terhadap pelajar, peluang mendapat tempat bagi latihan industri kepada pelajar dan latihan sangkutan industri kepada pensyarah selain berpeluang meningkatkan kompetensi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Diharapkan program-program seperti ini akan menjadikan graduan TVET lebih cemerlang pada masa akan datang.


KATA ALUAN 2 YBRS. HAJAH ZAMRA BINTI DERAHMAN PENGARAH POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan buku program Industrial Empowerment Day 2023 ini. Ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan buat barisan jawatankuasa pelaksana serta semua yang terlibat dalam menyumbang masa dan tenaga bagi memastikan kelancaran program ini. Saya begitu teruja menantikan impak yang bakal kita perolehi hasil dari program ini yang mana mampu membawa kepada pemerkasaan dan peningkatan imej TVET di PSMZA sejajar dengan visi Politeknik untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul. Program Industrial Empowerment Day 2023 ini merupakan satu program yang melibatkan perkongsian dialog industri, jalinan kolaborasi serta majlis penyerahan sijil pengiktirafan The Malaysia Book of Records First Polytechnic With Sundial. Program pada hari ini bukan sahaja mampu memberi nilai kompetensi dalam kalangan pensyarah, malahan juga dapat memberi pengiktirafan dan impak yang besar kepada PSMZA dalam pengurusan Pendidikan TVET di Malaysia. Pasaran kerja dewasa ini lebih bersifat dinamik ekoran berlakunya perubahan yang pesat dalam penggunaan teknologi termaju dan kepelbagaian keperluan oleh pihak majikan. Oleh yang demikian, kolaborasi yang kita jalinkan bersama pihak industri pada hari ini boleh dijadikan satu usaha dalam melatih dan melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri berpadanan mengikut kelayakan dan keperluan pasaran kerja. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan buat YBhg. Datuk Seri Michael Tio, Ketua Pegawai Eksekutif, PKT Logistics Group Sdn Bhd atas kesudian hadir dan menyempurnakan program ini. Dan juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program yang cukup bermakna ini. Sekian, terima kasih.


KATA ALUAN 3 PENGARAH PROGRAM INDUSTRIAL EMPOWERMENT DAY 2023 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Pertama kalinya, terima kasih diucapkan atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk menyusun kata di ruangan ini. Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba iaitu hari berlangsungnya program Industrial Empowerment Day 2023 di PSMZA. Industrial Empowerment Day 2023 merupakan cetusan idea daripada Puan Pengarah PSMZA iaitu Puan Hajah Zamra binti Derahman untuk mengaktifkan kolaborasi berimpak tinggi bersama pihak industri. Kelapangan masa dan kesudian Dato’ Seri Michael Tio yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistics Group Sdn. Bhd. untuk menjadi penceramah dialog industri juga menjadi titik tolak kepada perancangan program ini. Beberapa aktiviti kolaborasi lain seperti majlis tandatangan sijl kolaborasi strategik, penyampaian watikah pelantikan, penyampaian sijil pengiktirafan MBR dan mesyuarat penasihat industri PSMZA menjadi pengisian di dalam program ini. Program yang mensasarkan staf dan pelajar PSMZA ini diharap dapat memberi impak yang besar di dalam peningkatan program kolaborasi di antara PSMZA dengan pihak industri. Sijil kolaborasi strategik merupakan perjanjian awal yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak PSMZA dan industri bagi memulakan aktiviti kolaborasi. Seterusnya program perkongsian oleh CEO@PolyCC, sesi dialog industri dan mesyuarat bersama penasihat industri dapat memenuhi keperluan KPI 12 iaitu kolaborasi berimpak tinggi selain memenuhi kehendak badan-badan akreditasi dan penarafan seperti Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Center of Technology (COT). Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bermula dari perancangan program hingga berlangsungnya program. Semua usaha dan kerjasama yang telah ditunjukkan membuktikan bahawa semua ahli jawatankuasa sentiasa berusaha gigih untuk menyempurnakan tugas masing-masing tidak mengira masa. Setiap cadangan dan idea bernas daripada semua ahli jawatankuasa sangat membantu dalam membuat persediaan program. Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap di sepanjang menguruskan program ini dan berharap agar kita dapat berjumpa lagi di program yang akan datang. Sekian, terima kasih.


TENTATIF PROGRAM 4 INDUSTRIAL EMPOWERMENT DAY 2023 17 OKTOBER (SELASA) 9.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI DEWAN DAGANG, PSMZA MASA TENTATIF 9.00 pagi 9.15 pagi 9.30 pagi 9.45 pagi 10.00 pagi 10.15 pagi 12.30 tgh : Pendaftaran Pensyarah dan Pelajar : Ketibaan dif-dif Jemputan dan AMP : Ketibaan Pengarah PSMZA dan VVIP : Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Selamat Sultan : Aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Tayangan Video Keselamatan : Tayangan Video Korporat PSMZA : Ucapan Aluan Pengarah PSMZA : CEO@PolyCC Talk - Elektro Serve (M) Sdn. Bhd. : Penyampaian Watikah dan Cenderahati : Majlis Tandatangan Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) : Tayangan Video Jam Matahari PSMZA : Penyampaian Sijil Pengiktirafan MBR : Tayangan Video Korporat PKT Logistics Group Sdn. Bhd. : Dialog Industri oleh YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Michael Tio “Transformational Leadership Journey” : Penyampaian Cenderahati : Nyanyian Lagu Politeknik Malaysia & Lagu PSMZA : Sesi bergambar : Majlis bersurai


SENARAI INDUSTRI CoC 5 Pkt Logistics Group Sdn Bhd The Ship, No. 1, One Logistics Hub Persiaran Sungai Hampar Section 32, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd. Lot PT 3559, No. 100, Tingkat 1 Jalan Sultan Zainal Abidin 20000 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman. Pejabat Pendidikan Daerah Dungun Jalan Sekolah 23000 Kuala Dungun Terengganu Darul Iman. Seikou Systec Sdn. Bhd. N-0-11, Pusat Perdagangan Kuchai No. 2, Jalan 1/127 Off Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur Malaysia.


6 SENARAI JAWATANKUASA SENARAI JAWATANKUASA NAMA PENAUNG HAJAH ZAMRA BINTI DERAHMAN PENGERUSI Ts. MOHYIDDIN BIN SALLEH TIMBALAN PENGERUSI 1 Ts. DR. MOHD HAFIZIL BIN MAT YASIN TIMBALAN PENGERUSI 2 ISKANDAR ZULKHAIRI BIN MOHD PENGARAH PROGRAM FAUZIAH BINTI BASOK SETIAUSAHA 1 YM RAJA NOOR ALINA BINTI RAJA ALI SETIAUSAHA 2 EMILAWATI BINTI OTHMAN BENDAHARI ZAINAL ANUAR BIN BAKRI JK FLOOR MANAGER MOHD ZAHIR @ MOHD ZAID BIN ABDUL KADIR (K) AZLIN BINTI YAJID NOOR AZLYN BINTI AB GHAFAR JK SAMBUTAN DAN PROTOKOL WAN MOHD ZAWAWI BIN WAN YUNUS (K) AHMAD ZUMALI BIN MOHAMMAD HASLIZA BINTI HASHIM NORHAFIZA BINTI IDRIS NOOR RULHANIM BINTI MOHAMAD ARIFIN NOR JULIHA BINTI SAID JK PERSEGARAN MOHD SHAHREZAL BIN ABD HAMID (K) NOR AFZAN BINTI ARIFFIN SITI MARIAM BINTI YUSOFF NOR FAIZAH BINTI ISMAIL ADORAINA BINTI EMBONG@ADANAN MARIAH BINTI JAAFAR Ts. NOR AZIAH FATMA BINTI ABDUL AYAH @ ABDUL AZIZ JK PERSIAPAN TEMPAT FARIH BIN DERAMAN (K) MOHD AFIQ BIN MUHAMAD AHMAD NAZRUL BIN ALI @ YUSOF AHMAD AIRFAN BIN KHALID MOHD FARID BIN ABDUL SALLAM MOHD GADAFFI BIN OSMAN Ts. ASRUDIN BIN MAT ALI ZURINA BINTI ISMAIL Ts. MASTURA BINTI IBRAHIM NORSIHAN BINTI MOKHTAR MARYATI BINTI MARZUKI JK PENGINAPAN AHMAD TARMIZI BIN MUHAMAD (K) NORIZAN BINTI MOHD NOR


SENARAI JAWATANKUASA 7 SENARAI JAWATANKUASA NAMA JK CENDERAHATI DAN SIJIL AIDA AZMILA BINTI AZMI (K) NOR SYAHADATAINI BINTI AWANG NURAIDA BINTI MUSA NIK FAZLINDA BINTI NIK ISMAIL SUZANA BINTI YUSOF RAJA INTAN SARIAH BINTI RAJA MAHMOOD WAN NOOR AISHAH BINTI WAN CHEK Ts. MUHD HASANUL ISYRAF BIN MAT JUNOH JK JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN SAIFUL AZIZI BIN ABDULLAH (K) ISAMUDIN BIN MAMAD NOR HAFIZAH BINTI CHE HASSAN NORAZLINAWATI BINTI MAT YAACOB ROSLI BIN A.RASID TENGKU SUZI MAS AYU BINTI TUAN AMERI MOHD DASRI BIN CHE MOK@ADNAN AZLIN BINTI YAJID JK LAPORAN DAN SOAL SELIDIK MAZLINA BINTI MUSTAPHA (K) NURU MAZLIA BINTI MUSA NUR SYARAFINA BINTI ABDUL RAHMAN LIYANA BINTI MAT RANI JK MULTIMEDIA DAN BANNER DR. SHAIFFUDDIN BIN ANUAR (K) NUR AIN BINTI SHAMSULKAMAL YM RAJA NUR SYAHIZAD BIN RAJA MOHD YAZIT MOHD ZAHARI BIN PUTEH ISMAIL BIN BADRULHISHAM MUHAMMAD TAUFIQ BIN ALIAS MUHAMMAD NAZRIN ASRAF BIN MD NUNZAKI JK TEKS UCAPAN DAN PUBLISITI MOHD KHAIRULAZMAN BIN HJ. ABU BAKAR (K) NOR DAYANA BINTI AB GHAFAR NORAZELINA BINTI GHAZALI JK BUKU PROGRAM MOHD ZAIN BIN ABDUL RAHIM (K) MOHD KHAIRUL AKLI BIN AB GHANI MOHD ANUAR BIN MOHD BUNYAMI JK PENGACARAAN MAJLIS & DOA NORSALIZA BINTI OSMAN (K) NORITA BINTI ABD AZIZ AZMAN BIN AZIZ


8 SENARAI JAWATANKUASA SENARAI JAWATANKUASA NAMA JK KESELAMATAN, LALULINTAS DAN KECEMASAN CHE SEMAN BIN CHE COB (K) QAIRUL RIDWAN BIN MUHAMAD FAIZUL BIN MOHD NOOR AHMAD RASHIDI BIN RAZALI JK UTILITI DEWAN MOHD ADAM FARHAN BIN MOHD FARID (K) KAMARUDDIN BIN ALIAS MD MAZUKI BIN MAT ZIN MOHD HAZROL BIN HASSIM ZAMRI BIN AHMAD @ MOHD JK PENGANGKUTAN & LO KAMARUDIN BIN RIPIN (K) MOHD REDZUAN BIN ROSLY ISWADI BIN MAMAT MOHAMED BIN PATAH JK DEWAN SITI SATILAWATI BINTI MOHAMED (K) AHMAD SYAFIQ BIN MOHAMAD RUDZALAN


RAKAN KOLABORASI STRATEGIK 9


10 RAKAN KOLABORASI STRATEGIK


AUTOGRAF 11


Click to View FlipBook Version