EDISI KHAS PACE UUM2021
KESENIAN
BATIK MALAYSIA
KESENIAN
BATIK
MALAYSIA
Sejarah Jenis-Jenis
Batik Malaysia Batik Malaysia
DITERBITKAN OLEH Memartabatkan
PACE UUM PUBLICATION Seni Batik Negara
ISI KANDUNGAN
03 08
Tinta Editor Memartabatkan
Seni Batik
04 Malaysia
Sejarah Batik 10
Malaysia
Ruangan Kreatif
06
13
Tokoh Pelopor
Batik di Malaysia Ruangan Berita
07 14
Jenis-Jenis Iklan dan Promosi
Batik Malaysia Batik Malaysia
Tinta Editor
MOHD HAZIZEE HOSEN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
ALHAMDULILLAH,BERSYUKUR SAYA KE HADRAT ILLAHI DENGAN LIMPAH KURNIA DAN
HIDAYAH-NYA DAPAT JUGA E-MAJALAH KESENIAN BATIK MALAYSIA
EDISI KHAS PACE UUM DISEMPURNAKAN BAGI TAHUN 2021.
SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DIBERI PELUANG UNTUK MEMIKUL
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI EDITOR E-MAJALAH KESENIAN BATIK MALAYSIA EDISI KHAS
PACE UUM.
SEPANJANG SAYA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB INI PELBAGAI CABARAN TERPAKSA
SAYA HARUNGI. WALAU BAGAIMANAPUN,KOMITMEN SEMUA AHLI SIDANG REDAKSI
TELAH MEMBANTU MENGHASILKAN E-MAJALAH YANG BEGITU BERERTI INI.
TEMA YANG DIPILIH UNTUK E-MAJALAH EDISI KHAS PACE UUM TAHUN 2021 INI
IALAH “KESENIAN BATIK MALAYSIA” YANG MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG
TERSENDIRI DAN MERUPAKAN WARISAN TURUN TEMURUN. CORAK BATIK
MERUPAKAN HASIL SENI YANG SANGAT KREATIF DAN DIAMBIL BERASASKAN
KEINDAHAN UNSUR ALAM SEMULAJADI. KREATIVITI PENGHASILANNYA
DITONJOLKAN SECARA UNGGUL DAN BERADA DALAM KELASNYA TERSENDIRI.
WAJARLAH KITA GENERASI ALAF BARU INI TERUS MEMARTABATKAN WARISAN
NEGARA INI.
SEBELUM SAYA MENUTUP TIRAI, SAYA INGIN MEMOHON MAAF ATAS SEGALA
KESILAPAN DAN KEKURANGAN DALAM MENGHASILKAN E-MAJALAH KESENIAN
BATIK MALAYSIA EDISI KHAS PACE UUM INI. SESUNGGUHNYA, SEGALA YANG BAIK
ITU DATANGNYADARI ALLAH S.W.T.
AKHIR KATA DARIPADA SAYA,SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MAKLUMAT DAN
PENGETAHUAN YANG BERMANFAAT DARIPADA MAKALAH INI.
Hazizee Hosen
SEJARAH
BATIK MALAYSIA
PENGENALAN
BATIK MALAYSIA MERUPAKAN SENI TEKSTIL BATIK DARI MALAYSIA, TERUTAMANYA
DI BAHAGIAN PANTAI TIMUR MALAYSIA IAITU KELANTAN, TERENGGANU DAN
PAHANG. BATIK MALAYSIA MENGGUNAKAN MOTIF FLORA DAN JARANG
MENGGUNAKAN MOTIF MAKHLUK HIDUP SEPERTI MANUSIA DAN HAIWAN SELARAS
DENGAN LARANGAN DALAM ISLAM MENGGUNAKAN IMEJ HAIWAN SEBAGAI HIASAN.
NAMUN BEGITU TEMA RAMA-RAMA MASIH BANYAK DIGUNAKAN DALAM BATIK
MALAYSIA.
BATIK MALAYSIA JUGA TERKENAL DENGAN REKAAN GEOMETRIK. CARA PENGHASILAN
BATIK MALAYSIA AGAK BERBEZA DARI BATIK JAWA DI INDONESIA IAITU CORAKNYA
LEBIH BESAR DAN LEBIH RINGKAS. SELAIN ITU, CANTING JUGA JARANG ATAU TIDAK
DIGUNAKAN DALAM MENCIPTA CORAK-CORAK YANG RUMIT. WARNA-WARNA YANG
DIGUNAKAN DALAM BATIK MALAYSIA JUGA LEBIH CERAH BERBANDING BATIK JAWA.
SEJAJAR DENGAN KONSEP MALAYSIA, KERAJAAN MALAYSIA TURUT MENGIKTIRAF
BATIK MALAYSIA SEBAGAI PAKAIAN KEBANGSAAN UNTUK SETIAP PERINGKAT
PENDUDUK UMUM, DENGAN MENYEDIAKAN PEREKA TEMPATAN BAGI MENCIPTA
REKA BENTUK BATIK BARU YANG MENCERMINKAN IDENTITI MALAYSIA.
SEJARAH BATIK MALAYSIA
ASAL PENGHASILAN BATIK DI MALAYSIA AGAK SUKAR UNTUK DIKETAHUI. BEBERAPA ARTIFAK
SEJARAH WUJUD, NAMUN IA LEBIH KEPADA HUBUNGAN PERDAGANGAN ANTARA KERAJAAN MELAYU DI
JAMBI DENGAN KOTA-KOTA PESISIR JAWA TELAH BERKEMBANG SEJAK ABAD KE-13 IAITU KAWASAN
PENGHASILAN BATIK PESISIR UTARA JAWA (CIREBON, LASEM, TUBAN, AND MADURA) BANYAK
MEMPENGARUHI BATIK JAMBI. BATIK JAMBI DAN BATIK JAWA BANYAK MEMPENGARUHI KRAF BATIK DI
SEMENANJUNG MALAYSIA.
MENURUT MUZIUM SEJARAH BUDAYA DI OSLO, IA DIKETAHUI DENGAN PASTI JAWA BANYAK
MEMPENGARUHI PEMBUATAN BATIK MELAYU SECARA TEKNIKALNYA DAN JUGA DALAM
PENGHASILAN CORAK. PADA PERINGKAT AWAL, MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA MENGGUNAKAN BLOK
KAYU BAGI MENGHASILKAN TEKSTIL MENYERUPAI BATIK. PADA PENGHUJUNG 1920-AN, PENGUSAHA BATIK
JAWA MEMPERKENALKAN PENGGUNAKAN LILIN DAN BLOK TEMBAGA KE BAHAGIAN PANTAI TIMUR
MALAYSIA. PENGHASILAN BATIK LUKISAN TANGAN DI MALAYSIA PADA HARI INI MEMPUNYAI KAITAN
DENGAN BATIK TULIS JAWA.
PENGELUARAN KOMERSIAL BERMULA PADA TAHUN 1960-AN. KRAF INI TELAH MEMBANGUNKAN ESTETIKA
DAN REKA BENTUK TERSENDIRI, KHUSUS KEPADA MALAYSIA. BATIK MALAYSIA YANG BARU JELAS BERBEZA
DARI TRADISI BATIK JAWA YANG DILUKIS TANGAN. BATIK MALAYSIA MUDAH DIDAPATI DI PANTAI TIMUR
MALAYSIA SEPERTI DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG, MANAKALA BATIK DI JOHOR PULA
MEMPUNYAI BANYAK PENGARUH JAWA DAN SUMATERA.
TOKOH PELOPOR BATIK
DI MALAYSIA
Haji Che Su Bin Haji Ishak
(Kelantan)
Awal tahun 1920-an
Pelopor perusahaan batik
(batik pelangi-1911, batik
blok kayu-1926, batik blok
bahan besi-1930)
Haji Ali Bin Ismail
(Terengganu)
Awal tahun 1930-an
Bawa masuk blok kayu dan
blok tembaga.Dipengaruhi oleh
batik jawa dari Singapura
(1930-an)
Haji Mohamad Yussof
(Kelantan)
Tahun 1933 (mulakan batik
skrin)-terkenal di Kelantan
Guna pewarna batik Eropah
Haji Yusoff Bin Haji Abdullah
(Kelantan)
Dikenali sebagai Ayah Soh
Pakar dalam bidang batik blok,
batik tulis dan batik skrin
Dilantik sebagai guru pelatih di
Kraftangan Malaysia
JENIS-JENIS BATIK MALAYSIA
1. BATIK COP/BATIK TERAP/BLOK
·
Batik Blok merupakan batik yang mempunyai corak pengulangan yang
sama,
yang diterap daripada blok kayu atau tembaga yang telah
diukir.Tumpuan jenis batik ini adalah pada batik sarung atau kain
untuk pakaian
seragam. Ia timbul di sekitar tahun 1920, apabila Haji Che Su Ibrahim
(di
Kelantan) dan Haji Ali (di Terengganu)bereksperimentasi dengan blok
kayu untuk
mencetak corak. Di perkembangan awal,blok dibuat menggunakan kayu
dengan kemudian
perkembangan membawa kepada penggunaan blok tembaga.
2. BATIK
TULIS/BATIK CANTING/BATIK CONTENG
·
Perkembangan batik ini bermula disekitar 1960-an. Batik yang dilukis
menggunakan canting telah diperkenalkan oleh Chuah
Theah Teng dan batik tulis mula diindustrikan sekitar 1970-an. Batik
ini dipercayai warisan daripada Jawa (Kraton) kerana menggunakan
kaedah sama, canting. Canting merupakan bekas tembaga untuk
menakunglilin cair yang panas yang
akan digunakan untuk melukis pada permukaan kain. Kain yang
diregang diatas pemidang,dilukis atau dicantingkan,
diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna
dan direbus untuk dibuang lilin sebelum dijemur sekali lagi.
3. BATIK SKRIN/BATIK STENSIL
·
Teknik ini sebenarnya berasal dari Thailand. Di Malaysia, ia
dimulakan pada tahun 1933 di Kelantan di dalam pembuatan
sarong. Perusahaannya telah dikembangkan oleh Mohd Yusoff dan Haji
Che Su. Teknik batik skrin, tidak menggunakan lilin dan menggunakan
teknik cetak
sutera saring. Perusahaannya menjadi industri kampung selepas Perang
Dunia ke-2. Warnanya lebih tahan lama dan tidak luntur. Proses
pembuatannya cepat dan harganya lebih murah.
4. BATIK PELANGI
·
Melalui aplikasi ikat dan celup, bekas kain akan menghasilkan kesan
lingkaran warna apabila proses pencelupan warna dilakukan. Diperkenalkan di
kepulauan Melayu sekitar 1770-an. Perusahaannya di mulakan oleh Batik Munah
pelangi di Terengganu pada
abad ke-18. Perusahaan menghasilkannya pula telah dipelopori oleh Hj. Che Su
bin Hj.
Ishak di Kota Bharu (1911). Teknik ini dipercayai bermula dari India. Batik
pelangi adalah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan menurut R.O
Winsteadt, kain pelangi juga disebut “Rawa” dan ia dibawa ke Singapura oleh
penenun Bayan sebelum ditiru oleh penenun tempatan.
MEMARTABATKAN
SENI BATIK NEGARA
Sebenarnya dalam menyingkap usaha yang dapat diambil untuk mengembalikan
keagungan batik, kerajaan telah memainkan peranan yang cukup penting untuk
memartabatkan batik di negara kita dan juga di seluruh dunia. Pada tahun 2003
kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan industri ini.
Kerajaan juga telah menguatkuasakan peraturan baru dalam kalangan penjawat awam
iaitu mereka diwajibkan untuk memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis dan
juga di majlis-majlis rasmi. Hal ini secara tidak langsung dapat melonjakkan lagi
industri batik di negara kita.
Di samping itu, Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan dan Perbadanan Pembangunan
Luar Malaysia turut membantu untuk merealisasika hasrat kerajaan. Perbadanan
kemajuan Kraf Tangan telah berfungsi untuk membangun dan mempromosikan
pengusaha dan industri kraf negara seperti industri batik. Pelbagai agenda dan
program yang tersusun dan sempurna telah diadakan oleh perbadanan-perbadanan
ini. Kraftangan Malaysia juga telah mengambil beberapa pendekatan dengan
menyertai pameran perdagangan utama di beberapa negara seperti di United Kingdom,
Hong Kong dan juga di Singapura. Kerajaan juga telah memperkenalkan Skim Intensif
Galakan Dagangan yang bertujuan untuk membantu usahawan kraf menerokai
pasaran baru di Timur Tengah seperti di United Arab Emirates (UAE). Sememangnya
kerajaan telah melakukan pelbagai strategi dan usaha untuk memartabatkan kembali
industri batik bukan sahaja di negara kita bahkan di persada dunia.
Seterusnya, untuk memartabatkan batik, kita juga perlu
menggiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara
agresif. Agensi-agensi kerajaan seperti institut pengajian tinggi
awam (IPTA) dan juga institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
perlulah bijak dalam memainkan peranan untuk menaiktarafkan
batik Malaysia. Pepatah ada mengatakan ‘ kalau tak dipecahkan
ruyung, di manakan dapat sagunya” membenarkan lagi bahawa
institut-institut pengajian tinggi perlulah berusaha melatih
tenaga mahir dalam industri pembuatan batik agar kita dapat
menghasilkan pelbagai corak batik yang terkini di samping
mendapatkan pasaran yang luas melalui tenaga yang mahir.
Sebagai contoh, kewujudan Institut Kraf Negara telah dapat
melatih Pengusaha-pengusaha batik yang baru dan juga yang
ingin menambah ilmu. Hal ini secara tidak langsung menjadikan
Institut Kraf Negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
kraf yang dapat melahirkan tenaga mahir yang
berteknologi tinggi. Di samping itu, IPTA dan juga IPTS perlulah
menawarkan atau membuka jurusan kesenian batik dan warisan
kebudayaan sebagai salah satu subjek yang boleh diambil oleh
para pencinta seni warisan demi menaiktarafkan lagi industri
batik dan kraf tangan di Negara kita. Universiti Teknologi
Mara(UiTM) merupakan salah sebuah universiti yang
menawarkan jurusan ini. Maka benarlah bahawa melalui
peningkatan usaha penyelidikan dan pembangunan kita dapat
memartabatkan lagi batik Malaysia.
Di samping itu, program promosi dan pemasaran
batik secara agresif dapat membantu menaiktarafkan batik kita secara meluas.
Kerajaan turut mengambil langkah responsif dan drastik dalam mempromosikan
batik ke seantero dunia. Pepatah ada mengatakan ‘ hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih’, setiap usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh
pasti membuahkan hasil yang cukup lumayan. Perbadanan Kraf Tangan Malaysia
telah mengadakan promosi secara berterusan di dalam dan di luar Negara.
Baru-baru ini, batik Malaysia mula menerjah ke seantero dunia apabila kerajaan
berjaya mendapatkan tempat untuk membuat pameran di pusat membeli- belah
terkemuka dunia iaitu di Harrods,London. Promosi kraf Malaysia di Harrods telah
membuka mata banyak pihak bahawa batik Malaysia sememangnya mempunyai nilai
estetika yang cukup tinggi dan juga kelihatan mewah apabila digayakan di pentas
peragaan. Selain itu, di bawah usaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Negara, banyak aktiviti promosi telah diaturkan seperti
Program Promosi Antarabangsa bersama Kraftangan Malaysia Tahun 2009, Hari Kraf Kebangsaan
2009 dan lain-lain. Promosi dan jualan turut diadakan di pusat beli- belah,
hotel, lapangan terbang, dan tempat-tempat lain. Pada tahun 2003, hasil jualan
batik ialah RM33 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM39.7 juta pada tahun
2004 berkat usaha dan dorongan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood. Promosi
dan pemasaran yang agresif sememangnya dapat menaiktarafkan batik Malaysia di
seantero dunia
Selain usaha-usaha di atas, pengusaha batik
perlulah memainkan peranan yang penting. Mereka perlulah berani melaburkan duit
untuk dijadikan modal bagi perniagaan mereka. Di samping giat menjalankan
perniagaan, para pengusaha batik perlulah rajin dalam menimba ilmu pengetahuan
bak kata pujangga berkayuh sambil bertimba. Kini pelbagai jurusan dan kursus
telah ditawarkan oleh pihak tertentu dan para pengusaha batik perlulah
memanfaatkan peluang keemasan ini dengan sebaik yang mungkin. Pengusaha batik
juga perlulah mewujudkan kesepakatan dan kerjasama dengan agensi kerajaan bak
kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kesepakatan dan kerjasama
yang baik dapat menghasilkan idea dan produk yang berkualiti dan bervariasi
yang dapat memenuhi dasar kerajaan dan aspirasi rakyat. Misalnya,
pengusaha-pengusaha batik boleh mewujudkan institut latihan batik dan juga
syarikat pemasaran bersepadu bagi melatih tenaga-tenaga mahir. Hal ini secara
tidak langsung dapat memartabatkan lagi batik kita melalui persaingan yang
sihat antara pengusaha-pengusaha batik di negara kita.
RUANGAN KREATIF
Pantun Budi Puisi
BApa guna berkain batik, BUDAYA YANG TERPELIHARA
Kalau tidak berbaju kasa;
Apa guna memandang cantik, Lenturan muzik dimainkan
Kalau tidak berbudi bahasa. Lantunan nada-nada indah
Sungguh cantik berkebaya batik, Suara yang dinyanyikan
Dipakai si dara waktu petang; Begitu merdu memikat hati yang mendengarnya
Mulut manis hatinya baik,
Itulah budi dikenang orang. Tarian dan lenggok yang penuh kesenian
Menjadi ikutan zaman berzaman
Burung pipit burung kedidi, Seperti kata orang tua
Hinggap di pokok di tepi sawah; Biar mati anak jangan mati adat
Jika hidup tidak berbudi, Ada puisi-puisi dibacakan
Ibarat pokok tidak berbuah. Ada alat muzik dimainkan
Ada dogengan menjadi tauladan
Hendak memetik daun palas,
Buat isi buah berangan; Janganlah dipersia
Budaya yang indah harus dikekalkan
Berbudi bukan minta balas,
Hanya untuk kenang-kenangan. Sehingga akhir zaman
KOMIK
RUANGAN BERITA SEMASA
IKLAN DAN PROMOSI
BATIK MALAYSIA
BATIK TRENDY