SALINAN SIJIL,SURAT PENGHARGAAN DAN SOKONGAN LAIN
I-SUMBANGAN
A) ANTARABANGSA
B) KEBANGSAAN
C) NEGERI
D) DAERAH
E) INSTITUSI
II-PROGRAM/LATIHAN
III-KAJIAN/KERTAS KERJA/PENULISAN PROFESIONAL
IV-ANUGERAH
V-INOVASI
MUHAMAD AIZUDDIN BIN ABD RAZAK
SMK Sultan Abdullah
[email protected]
TAJUK KAJIAN
PENGGUNAAN AKRONIM KECENDERONGAN ION UNTUK DINYAHCAS DALAM
SIRI ELEKTROKIMIA UNTUK FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HASIL
ELEKTROLISIS SAINS TINGKATAN 5 IK
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan pemahaman murid untuk menerangkan
hasil elektrolisis bagi faktor kedudukan ion dalam siri elektrokimia. Dalam sel elektrolitik, antara
faktor yang mempengaruhi ion untuk dinyahcas adalah kedudukan ion dalam siri elektrokimia.
Bagi murid Sains Tulen, perkara ini menjadi suatu kewajipan untuk menganalisis ion yang akan
terpilih untuk dinyahcas. Namun , ia merupakan perkara baru bagi murid bukan aliran Sains
Tulen untuk memahami dengan lebih terperinci tentang ion dan cas bagi setiap ion dalam siri
elektrokimia. Adalah dengan harapan akronim ini dapat membantu murid dalam menentukan
pemilihan ion untuk dinyahcas dengan lebih mudah. Kaedah akronim ini telah lama digunapakai
dan terbukti membantu murid terutama murid yang lemah dalam KPS (Kemahiran Proses
Sains ) utuk menjawab soalan. Walaubagaimanapun, saya berharap kajian ini ditambahbaik
bagi mengukuhkan pemahaman murid terutama terhadap elektrokimia.
Kata kunci : akronim , ion, nyahcas, siri elektrokimia, sel elektrolitik
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Elektrokimia adalah tajuk baru dalam KSSM dan merupakan pecahan dari tajuk Tenaga dalam
KBSM tingkatan 4. Saya mendapati, huraian yang lebih mendalam tentang tajuk elektrokimia ini,
kerana murid didedahkan dengan faktor pemilihan ion untuk dinyahcas. Murid 5 IK
menghadapi masalah dalam soalan berkaitan dengan faktor pemilihan ion untuk dinyahcas
semasa pra ujian. Murid-murid tidak berjaya mengingati ion yang akan terpilih untuk dinyahcas.
Dalam standard pembelajaran ini (6.1.3) , murid terkeliru semasa menjawab soalan penentuan
ion dalam elektrolit untuk dinyahcaskan.(3 faktor).Untuk membantu murid mengingati faktor-
faktor ini, kaedah akronim dicadangkan.
1
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian saya memfokuskan terhadap usaha meningkatkan ingatan murid terhadap sel
elektrokimia dan juga meningkatkan pemahaman murid tentang elektrokimia
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
I. Menguasai sel elektrolitik dan komponennya
II. Meningkatkan tahap penguasaan murid hingga TP3.
Objektif Khusus :
I. Dapat memudahkan pelajar dalam menyelesaikan soalan melalui kaedah
akronim.
II. Dapat membantu murid yang lemah dalam subjek Sains
4.0 KUMPULAN SASARAN
20 murid dari kelas 5 Ibnu Khaldun ( 5IK)
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Ujian pra
Ujian pra dijalankan ke atas 20 orang murid 5 IK setelah mereka mengikuti sesi pengajaran dan
pemudahcaraan atas talian dengan menggunakan ‘PPT’ dan buku teks digital. Ujian meliputi
standard pembelajaran 6.1.3 (Faktor pemilihan ion untuk dinyahcas)
5.2 Menganalisis Ujian Pra
a) Pemerhatian terhadap latihan menjawab soalan di lembaran yang diberikan. Murid tidak
dapat memilih dengan tepat ion yang akan dinyahcas dengan baik bagi standard
pembelajaran yang ingin dicapai.
b) Setelah membuat pemerhatian sepanjang pdp serta latihan dan Ujian Pra yang
dilaksanakan, saya mendapati murid perlukan kaedah yang mudah untuk
mereka mempraktikan konsep yang dipelajari. Murid didedahkan dengan akronim siri
elektrokimia bagi menyelesaikan soalan berkaitan sel elektrolitik.
2
5.3 Pendedahan kaedah akronim “Kalau Nak Kahwin…”
Murid didedahkan dengan akronim siri elektrokimia bagi ion untuk dinyahcas. Nama murid
dalam kelas tersebut dan Teknik penceritaan digunakan bagi memudahkan akronim untuk
dihafal.
3
5.6 Menganalisis ujian pos
Setelah uijan pos dilaksanakan, didapati majoriti murid dapat menjawab soalan dengan baik
sekali.
5.7 Perbandingan ujian pra dan pos
4
6.0 REFLEKSI KAJIAN
Akronim siri elektrokimia diharap dapat membantu murid yang lemah di dalam subtopik ini
(6.1.3) dalam memahami ion untuk dinyahcas . Murid yang lemah lebih mudah mengingati siri
tersebut kerana akronim yang mudah diingati. Saya berpuas hati dengan hasil yang
ditunjukkan murid 5 IK. Walaupun dari kelas yang lemah, namun mereka boleh mengingati
akronim siri elektrokimia dengan baik.
8.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Saya mendapati telah berlaku perubahan positif pada budaya pembelajaran murid, terutama
bagi murid yang lemah.Berlaku juga perubahan positif pada saya dalam meningkatkan ‘self
esteem’ dan memberi impak dalam meningkatkan lagi profesionalism sebagai seorang guru.
Dicadangkan kajian lanjutan yang lebih spesifik kepada permasalahan yang dihadapi murid
terutamanya dalam subjek STEM.
5