Program Bermesra dengan SASTERA ( Fokus Bahagian SATU )
1.
Rasaku ini sangatlah dahaga, Burung kekek burung di hutan,
Puisi A Barang sedikit carikanlah juga, Puisi B Terbang naik berlegar-legar;
Pergilah berjalan menteri ketiga, Mari encik marilah tuan,
Mencari sungai dengan telaga. Barang baik baru keluar.
(a) Apakah jenis Puisi A, dan Puisi B di atas? === Puisi A ialah syair. Puisi B ialah pantun.
(b) Berikan dua perbezaan ciri yang terdapat antara Puisi A dan Puisi B tersebut. [2 markah]
i. Rima akhir puisi A ialah a a a a, manakala rima akhir puisi B ialah a b a b.
ii. Setiap baris puisi A mempunyai maksud, manakala puisi B mempunyai bahagian pembayang dan bahagian maksud.
Daripada dua puisi di atas, manakah puisi yang menunjukkan ciri bahawa setiap baris syair adalah maksud? == Puisi A
2.
Puisi A Aduhai resam, wahai adat! Puisi B Banyak udang banyak garam,
Lembaga -- di mana telah berpudat?
Banyak orang banyak ragam.
(a) Bandingkan dua ciri-ciri Puisi A dan Puisi B di atas. [4 markah]
[4 markah]
i. Kedua-dua puisi itu mempunyai dua baris dalam satu rangkap.
ii. Puisi A ialah jenis seloka, manakala puisi B ialah pantun dua kerat.
(b) Nyatakan tiga unsur gaya bahasa pengulangan berserta contoh dalam petikan Puisi B .
i. Gaya bahasa anafora.
Contohnya, Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
ii. Gaya bahasa responsie.
Contohnya, Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
iii. Unsur asonansi, iaitu pengulangan huruf vokal dalam baris-baris puisi.
Contohnya, Banyak udang banyak garam
Huruf vokal a diulang sebanyak tujuh kali dalam baris pertama.
3.
Setelah sudah turun ia ke dalam kolam itu, maka budak itu pun segeralah mengambil tongkat itu serta dipalunya kepada tepi kolam itu tiga kali berturut-
turut. Maka naga itu pun tiadalah dapat bergerak bergeri di dalam kolam itu dan budak itu pun berjalanlah dari tempat itu bertiga dengan anak helang dan
anak tikus itu.
Maka tiada berapa lamanya ia berjalan itu maka bertemulah kepada suatu padang dan perutnya pun berasalah lapar. Maka digertaknya tongkat itu.
Maka keluarlah nasi sehidang, cukup lengkap dengan sepertinya. Maka ia pun makanlah bertiga-tiga. Setelah sudah makan maka berjalanlah ia pula
ketiga-tiganya. Dipetik daripada Sastera Hikayat, Budak Miskin Mendapat Parang Puting.
(a) Nyatakan satu ciri Sastera Hikayat berserta satu contoh yang terdapat dalam petikan prosa tradisional itu. [2 markah]
Satu ciri Sastera Hikayat ialah terdapat unsur sakti atau luar biasa.
Contohnya, nasi sehidang muncul apabila budak miskin menggertakkan tongkatnya.
(b) Terangkan tiga ciri Sastera Hikayat lagi yang terdapat dalam keseluruhan teks yang anda kaji.
(i) Watak dalam cerita meliputi manusia biasa, raja-raja, dewa-dewi, jin, hantu syaitan dan juga binatang. Contohnya, terdapat watak
binatang seperti naga, burung helang, dan tikus dalam kisah Budak Miskin Menghadap Raja.
(ii) Latar tempat ceritanya sangat luas; contohnya latar alam nyata iaitu di bumi, dan juga alam ghaib seperti di kayangan.
(iii) Isi cerita biasanya melibatkan unsur percintaan, pengembaraan dan juga peperangan. Contohnya, budak miskin bersama anak helang
dan anak tikus itu meneruskan perjalanan jauh atau pengembaraan tanpa henti menuju ke Tasik Hijau.
(c) Nyatakan satu latar tempat berserta peristiwa yang berlaku dalam petikan di atas. [2 markah]
Satu latar tempat dalam petikan ialah di padang. Peristiwa yang berlaku di situ; ketika tiba di padang itu, budak miskin sakit perut dan berasa lapar.
* (d) Berikan satu unsur gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan tersebut. [2 markah]
Gaya bahasa inversi. Contohnya, Setelah sudah turun ia ke dalam kolam itu; sepatutnya setelah ia turun ........
4.
Sebermula Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Siam. Maka pada hari baginda duduk semayam, maka baginda pun bertitah, “Hai mamak Bendahara, akan
sekarang kita hendak mengutus ke Benua Siam, minta beli gajah pada raja barang empat ekor yang jantan, dua ekor yang betina!
Siapa baik kita suruhkan?” Maka sembah Bendahara, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun dan kurnia; jikalau lain
daripada Laksamana adalah lambat pergi datang .” Maka raja pun memandang kepada Laksamana, Laksamana pun menyembah,
“Daulat tuanku, patiklah ke Benua Siam itu.” Dipetik dpda Sastera Epik, Hang Tuah Diutus ke Siam
(a) Nyatakan satu perwatakan Laksamana berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [4 m]
Laksamana seorang yang taat kepada pemimpin. Contohnya, Laksamana bersedia untuk menjadi ketua rombongan ke Siam.
(b) Nyatakan satu ciri Sastera Epik beserta contoh dalam petikan di atas. [4 markah]
Sastera Epik mempunyai latar tempat yang luas. Contohnya dalam petikan itu latar tempatnya merangkumi Melaka, dan benua Siam.
(c) Terangkan tiga ciri Sastera Epik lagi yang terdapat dalam keseluruhan teks Hang Tuah Diutuskan ke Siam.
i. Wiranya adalah tokoh yang agung dalam sejarah bangsanya dan dianggap lambang kemegahan bangsa. Contohnya Laksamana Hang
Tuah adalah pahlawan agung dan handal dalam masyarakat atau bangsa Melayu.
ii. Latar masa dalam sastera epik adalah sangat lama, iaitu melibatkan latar masa yang panjang sehingga berpuluh-puluh tahun.
iii. Epik menonjolkan sifat kepahlawanan wiranya, contohnya, Hang Tuah adalah tokoh Melayu yang handal dan bijak.
iv. Di dalam cerita epik, terdapat unsur-unsur luar biasa atau unsur sakti, iaitu melibatkan campur tangan kuasa bukan manusia. Misalnya,
meriam askar Jepun tidak meletup apabila Hang Tuah membaca pustaka atau mantera.
5.
Titah Sang Nata, “Hai adinda, Janganlah adinda berkata demikian! Sudahlah dengan kuasa Dewata Mulia Raya anakanda kita berkahwin
dengan Ken Tambohan itu. Janganlah adinda terlalu sangat murka kepada Raden Menteri itu. Nanti hiba hatinya dan lari ia kelak. Biarlah
ia duduk di Istana Ken Tambohan itu.”
“Adapun Ken Tambohan itu, sungguhpun orang tawanan, tetapi anak raja juga. Lagi pun parasnya gilang-gemilang dan patut sungguh
menjadi isteri anakanda Menteri.” Dipetik daripada Sastera Panji, Raden Menteri Diperintah Pergi Berburu
(a) Nyatakan satu ciri Sastera Panji berserta contoh yang terdapat dalam petikan itu. [2 markah]
Satu ciri Sastera Panji ialah terdapat penggunaan gelaran Raden. Contohnya, dalam petikan di atas ada gelaran Raden Menteri.
(b) Terangkan tiga ciri Sastera Panji lagi yang terdapat dalam keseluruhan teks yang anda kaji.
i. Watak utama atau wira dan wirawati terdiri daripada anak-anak raja. Contohnya, Raden Inu Kertapati adalah anak kepada Raja
Sang Nata dan pasangannya Raden Puspa Kencana (Ken Tambohan)
ii. Terdapat watak pembantu watak utama. Contohnya, Ken Penglipur dan Ken Tadahan merupakan pembantu kepada Ken Tambohan.
iii. Tema cerita panji adalah tentang percintaan antara anak-anak raja. Cerita ini memaparkan percintaan antara Raden Inu Kertapati
dengan Raden Puspa Kencana (Ken Tambohan)
iv. Terdapat unsur mimpi yang dialami oleh watak-watak penting. Contohnya Ken Tambohan dan Raden Menteri masing-masing
bermimpi iaitu bulan jatuh ke penagkuan mereka.
v. Terdapat peranan dewa dalam menyelesaaikan masalah. Contohnya, dewa Betara Guru menitahkan Betara Kala untuk turun ke
bumi (dunia) dan menghidupkan kembali Raden Menteri serta Ken Tambohan.
(c) Terangkan tiga unsur pengaruh Hindu dalam Sastera Panji berdasarkan keseluruhan teks yang anda kaji.
i. Tema berkaitan kisah-kisah pengembaraan, percintaan serta peperangan sehingga watak itu mendapat kejayaan dan kesenangan dalam hidup. Contohnya dalam teks
Sastera Panji, mengisahkan percintaan antara Raden Inu dan Ken Tambohan yang mendapat halangan daripada permaisuri. Akhirnya mereka berjaya ditabalkan menjadi raja
dan permaisuri menggantikan ayahanda dan bonda yang sudah tua.
ii. Terdapat unsur luar biasa atau unsur sakti. Contohnya dalam teks Sastera Panji, Betara Kala menghidupkan semula Raden Menteri dan Ken Tambohan menggunakan
bunga Kembang ganda pura dan kembang wijaya mala yang disapunya ke seluruh badan mereka.
iii. Terdapat peranan atau penglibatan dewa. Dewa dianggap makhluk yng berkedudukan mulia dan mempunyai kuasa luar biasa. Contohnya dalam teks Sastera Panji, dewa
Betara Kala telah turun dari kayangan untuk menghidupkan semula Raden Inu dan Ken Tambohan.
iv. Dewa menjadi penyelamat kepada watak/manusia di bumi. Contohnya dalam teks Sastera Panji, dewa Betara Kala telah turun dari
kayangan untuk menghidupkan semula Raden Inu dan Ken Tambohan.
v. Ceritanya mengandungi falsafah hukum karma, iaitu balasan kepada kejahatan. Contohnya, permaisuri yang menyebabkan kematian Ken Tambohan dan
Raden Inu telah dihukum oleh raja Sang Nata dengan tinggal di luar istana sambil menjaga anjing perburuan.
6.
akulah insan paling ceria
merenung redup matanya sebening embun pagi
menatap raut wajahnya setulus sinar mentari
betapa di dada tuanya
teranyam kelongsong kesabaran
di hati penuh makna Dipetik daripada sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda
(a) Nyatakan dua ciri bentuk puisi jenis sajak di atas. [2 markah]
i. Bilangan perkataan setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam perkataan.
ii. Rima akhirnya juga bebas, iaitu a b c d e f
(b) Apakah maksud gaya bahasa metafora? [2 markah]
Metafora ertinya satu perbandingan secara terus. Terdiri daripada dua perkataan, iaitu satu berunsur abstrak dan satu lagi konkrit.
Berikan satu contoh gaya bahasa metafora yang terdapat dalam puisi tersebut. == kelongsong kesabaran [2 markah]
7.
ZAKI (memotong cepat): Anna, engkau terlalu mengikut perasaanmu. Bertenang, Anna. Cuba kaudengar dulu. Dengar ni Anna.....
ANNA: Zaki, hari ini bukan hari semalam. Aku telah berubah. Anna yang kaulihat ini pun bukan Anna semalam.
ZAKI: Aku tak mengerti sikapmu, Anna.
ANNA (mengejek): Engkau memang tak mahu mengerti. Dan memang sikapku tak mudah nak dimengertikan orang.
(a) Berikan satu ciri drama berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah}
Satu ciri drama di atas ialah terdapat dialog antara watak. Contohnya, dalam petikan ada dialog antara Zaki dan Anna.
(b) Nyatakan satu ciri drama aliran realisme berserta contoh yang terdapat dalam petikan itu. [2 markah]
Satu ciri drama aliran realisme dalam petikan ialah bahasa yang digunakan itu sama seperti bahasa pertuturan kita sehari-hari.
Contohnya, “Aku telah berubah”.
(b) Terangkan tiga ciri drama lagi selain daripada kehendak soalan di atas.
i. Drama mesti ada dialog, iaitu di dalam drama tersebut terdapat dialog atau percakapan dua antara pelakon. Contohnya, dalam petikan
di atas ada dialog antara Ana dengan Zaki.
ii. Drama mesti ada pelaku atau pelakon. Ada pelakon atau tokoh yang berwatak baik disebut protagonis; ada juga pelakon yang berwatak
jahat atau antagonis. Contohnya, dalam petikan di atas protagonis ialah Zaki. Antagonis pula adalah Anna.
iii. Dalam drama ada aksi. Aksi dalam teks drama bermaksud arahan oleh pengarah yang ditulis dalam kurungan. Aksi itu menjadi panduan
kepada watak untuk berlakon. Contohnya, dalam petikan drama di atas, aksi ditulis dalam kurungan ( ).
(c) Nyatakan satu perwatakan Anna berserta contoh yang terdapat dalam petikan tersebut. [2 markah]
Anna adalah seorang yang keras hati. Contohnya, Anna tidak peduli lagi kata-kata suaminya, malah dia terus bertegang leher dengannya.
8.
Perkara pertama yang biasa aku lakukan apabila laptop itu diaktifkan ialah memeriksa kotak e-mel. Mataku singgah pada nama setiap
pengirim. E-mel baharu yang terakhir menerjah pandanganku. Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik, oleh Nisah Hj. Haron
(a) Nyatakan maksud teknik suspens. [2 markah]
Teknik suspens ertinya peristiwa atau unsur ketegangan yang menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri pembaca.
(b) Berikan satu contoh teknik suspens dalam petikan di atas. [2 markah]
Pembaca tertanya-tanya atau ingin tahu siapakah pengirim e-mel yang muncul dalam laptop Rafik.
9.
BLACKWAY: Bukan. Sudah beratus tahun saya berasa bersalah atas penipuan dan pengkhianatan yang saya dan Light lakukan terhadap
Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Abdullah dan orang Melayu. Saya malu... Malu... What a shame! Nasib baik orang tak kenal sama saya.
Nama saya masih bersih, masih suci. Tak disenaraihitamkan walaupun saya Blackway. Thank you, God!
Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain.
(a) Berikan satu nilai kemanusiaan (nilai murni) berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama tersebut. [2 markah]
Nilai keinsafan. Contohnya, Blackway berasa bersalah atas pengkhianatan yg mereka lakukan kepada Sultan Muhammad Jiwa.
(b) Nyatakan satu unsur sejarah berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]
Satu unsur sejarah dalam petikan ialah terdapat perjanjian antara Francis Light dengan Sultan Abdullah.
Contohnya, dalam sejarah negeri Kedah/Pulau Pinang, Francis Light berjanji untuk membantu Kedah apabila diserang musuh, tapi janji itu
dimungkiri (tidak ditepati) oleh pegawai British itu.
(c) Berikan satu latar masyarakat berserta contoh yang terdapat dalam petikan itu. [2 markah]
Terdapat anggota masyarakat yang mungkir janji.
Contohnya, Blackway dan Light tidak menepati janji dengan Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdullah.
(d) Nyatakan satu unsur gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan drama itu. [2 markah]
Unsur gaya bahasa kata-kata pinjaman dari bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Contohnya, What a shame
10.
“Justeru, KTN perlulah bertanggungjawab atas kerugian yang saya alami ini,” kata lelaki itu lagi.
Reaksi mereka yang menatap akhbar pada pagi itu pula, juga seperti malam tadi, penuh pelbagai ragam. Hanya kali ini, salah seorang
yang turut sama membaca, ialah seorang hakim yang tidak sempat menonton berita malam tadi kerana sedang lagi ripuh berkurung di
dalam kamarnya menyiapkan menulis hujah penghakiman yang panjang. Dipetik daripada cerpen Res Judicata, karya Aidil Khalid
(a) Nyatakan sudut pandangan berserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen itu. [2 markah]
Sudut pandangan orang ketiga serba tahu.
Contohnya, reaksi mereka yang menatap akhbar pada pagi itu pula, juga seperti malam tadi, penuh pelbagai ragam.
(b) Berikan satu teknik plot berserta contoh yang terdapat dalam petikan tersebut. [2 markah]
Teknik pemerian. Contohnya, Reaksi mereka yang menatap akhbar pada pagi itu pula, juga seperti malam tadi, penuh pelbagai
ragam. Hanya kali ini, salah seorang yang turut sama membaca.....
(c) Nyatakan satu perwatakan lelaki itu berserta contoh yang terdapat dalam karya berkenaan. [2 markah]
Lelaki itu adalah seorang yang gigih mempertahankan haknya. Contohnya, lelaki itu tetap mahu menyaman atau mendakwa syarikat KTN.
11.
Tiga bulan lalu, dia isteri seorang pemimpin yang disegani. Dia berkelakuan mengikut protokol. Pakaian mesti begini dan begitu. Cara
jalannya mesti begini dan begitu. Apabila bersalaman, jangan genggam erat, tapak tangan mesti turus dan sentuh sedikit sahaja tapak
tangan orang yang bersalaman dengannya. Jangan seperti wanita-wanita lain. Apabila bersalam, digenggam erat seluruh tapak tangan
sehingga terasa ke hati. Dipetik daripada cerpen Perspektif, karya NF Abdul Manaf
(a) Berikan satu teknik plot berserta contoh yang terdapat dalam petikan tersebut. [2 markah]
Teknik imbas kembali. Contohnya, pengarang menceritakan semula peristiwa yang telah berlaku tiga bulan sebelum itu.
(b) Nyatakan satu persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]
Persoalan tentang formaliti (peraturan yg perlu menjadi amalan) pemimpin ketika bertemu rakyat.
Contohnya apabila bersalaman dengan orang, jangan genggam erat, tapak tangan mesti turus dan sentuh sedikit sahaja
(c) Nyatakan satu perwatakan isteri pemimpin itu berserta contoh yang terdapat dalam petikan. [2 markah]
Isteri pemimpin itu adalah seorang yang telah insaf tentang perubahan kehidupannya.
Contohnya, wanita itu terkenang bahawa ketika dulu dia mesti mengikut protokol sebagai isteri pemimpin.
12.
Dia teringat hari terakhir di kamar itu, kira-kira empat bulan lalu sebelum berangkat ke Jepun. Segeralah dia memasukkan data hari, bulan
dan tahun sebagai entri kalendar elektronik. Tiba-tiba data waktu pada bahagian belakang kameranya berkelip-kelip, minta entri tepat
antara pukul 00:01 hingga 24:00. Dia pun memasukkan 13:25 sebagai entri, waktu terakhir sebelum bergegas ke lapangan terbang
Tatamanu empat bulan dahulu. Dipetik dpd novel Naratif Ogonshoto, karya Anwar Ridhwan.
(a) Senaraikan dua latar masa yang terdapat dalam petikan novel tersebut. [2 markah]
i. Empat bulan yang lalu ii. Pukul 00.01 hingga 24.00
(b) Senaraikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]
i. Negara Jepun ii. Tatamanu iii. Di kamar
(c) Apakah maksud teknik imbas kembali? [2 markah]
Teknik imbas kembali ertinya mengingati atau menceritakan semula peristiwa yang pernah berlaku dahulu.
(d) Nyatakan satu teknik imbas kembali berserta contoh yang terdapat dalam petikan novel itu. [2 markah]
Contoh teknik imbas kembali; Dia teringat hari terakhir di kamar itu, kira-kira empat bulan lalu.
13.
Dia akhirnya berjaya memegang tali sauh yang kasar itu. Mainan batang ombak yang menolaknya dirasakan seolah-olah paus
terserampang sedang menarik tali serampangnya. Bawalah aku ke mana sahaja, fikirnya. Daripada novel Naratif Ogonshoto, karya
A.R.
(a) Apakah maksud teknik monolog dalaman? [2 markah]
Teknik monolog dalaman ertinya pengucapan dalam hati watak itu, kata-kata itu hanya timbul dalam hati atau fikirannya.
(b) Nyatakan satu contoh teknik monolog dalaman pada petikan di atas. [2 markah]
Contoh teknik monolog dalaman daripada petikan; Bawalah aku ke mana sahaja, fikirnya.
14.
Ini tanah kita, pesan bonda
kau akan bersemadi di bawahnya
kita perlu menjadi seorang tua
kala petang, dia berseorangan
di bawah pohon
kemboja - menatap langit, menadah
tangan; menzikiri nama Tuhan
bertubi-tubi, air matanya membasahi pipi. Dipetik daripada sajak “Ini Tanah Kita”, karya Salman Sulaiman
(a) Nyatakan maksud nada dalam sajak di atas. [2 markah]
Nada ertinya bunyi tinggi atau rendahnya suara ketika membaca atau menghasilkan sajak.
(b) Nyatakan nada sajak di atas. == Nada melankolik. [2 markah]
15.
Sementara anak-anak muda juga dilantik menganggotai lembaga masjid. "Ini untuk menjadi pelapis," kata Pak Mid yang berpandangan
jauh ke hadapan. Dan hari ini aku melihat kampungku cukup aman, maju dan bersepadu penduduknya. Tidak lagi kedengaran panggilan-
panggilan menghina dalam kalangan masyarakatnya. Yang ada ialah perpaduan. Berat hatiku hendak meninggalkan kampung halamanku
apabila aku lulus nanti. Dipetik daripada cerpen, Namun itulah Hakikat.
(a) Berikan satu latar masyarakat (gambaran masyarakat) berserta contoh dalam petikan cerpen di atas. [2 mark]
Ada anggota masyarakat yang insaf akan perbuatan buruknya. Contohnya, tiada lagi penduduk yang menghina Pak Mid.
(b) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan itu. [2 markah]
Persoalan tentang keinsafan daripada perbuatan buruk. Contohnya, tiada lagi kedengaran yang menghina Pak Mid.
(c) Berikan satu perwatakan Pak Mid dalam petikan itu. === Pak Mid ialah seorang yang berpandangan jauh.
Contohnya, Pak Mid telah melantik anak-anak muda menjadi ahli lembaga masjid sebagai pelapis untuk masa depan.
(d) Nyatakan sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang berserta contoh dalam petikan di atas. [2 markah]
Sudut pandangan orang pertama. Contohnya, berat hatiku hendak meninggalkan kampung halamanku apabila aku lulus nanti.
16.
“Heh, di bawah pokok mana peguam ini belajar undang-undang?” jerkahnya seolah-olah ada orang lain di dalam kamar itu yang ingin
sama mendengar pandangannya. Dipetik daripada cerpen Res Judicata, karya Aidil Khalid
(a) Apakah maksud teknik monolog (monolog luaran) [2 markah]
Monolog (monolog luaran) ertinya pertuturan watak itu seorang diri, tiada orang lain lawannya bercakap.
(b) Berikan satu contoh teknik monolog (monolog luaran) dalam petikan tersebut. [2 markah]
Watak itu seorang diri saja bercakap. “Heh, di bawah pokok mana peguam ini belajar undang-undang?” jerkahnya.
17. Apakah maksud gaya bahasa perbandingan? Terangkan berserta contoh.
Gaya bahasa perbandingan ertinya terdapat unsur membuat perbandingan antara satu benda atau objek dengan benda lain. i.
Gaya bahasa personifikasi ertinya memberikan sifat manusia kepada sesuatu yang bukan manusia atau tidak bernyawa) cth, daun
kelapa melambai-lambai. pen ligat menari.
ii. Gaya bahasa metafora ertinya membuat perbandingan secara terus antara dua perkataan atau objek; iaitu yang bersifat konkrit dan
yang bersifat abstrak). Contoh: lautan rezeki; selaut kasih
iii. Gaya bahasa hiperbola ertinya perbandingan atau pernyataan melampau-lampau. Contoh: ...dalam mendidih darahku.
iv. Gaya bahasa simile ertinya perbandingan sesuatu benda dengan yang lain menggunakan kata-kata bandingan, iaitu bak, macam,
bagai, seperti, ibarat, laksana, umpama).
Contoh: parasmu cantik bagai dipagar bintang
18. Apakah maksud gaya bahasa pengulangan dalam puisi? Terangkan berserta contoh.
Gaya bahasa pengulangan ertinya terdapat unsur-unsur bahasa diulang-ulang:
i). Asonansi. Asonansi ertinya pengulangan huruf vokal dalam sebaris puisi, iaitu antara huruf-huruf vokal a, e, i, o, u.
ii). Aliterasi. Aliterasi ertinya pengulangan huruf konsonan dalam sebaris puisi.
iii). Anafora Anafora ertinya pengulangan perkataan di awal dua baris atau lebih dalam puisi.
Contoh: Jika hendak mengenal orang berbangsa,
Jika mahu tahu siapa yang berbahagia
iv). Responsie - Responsi merupakan pengulangan perkataan di tengah dua baris atau lebih dalam puisi.
Contoh: Ada ternakan tidak dibela dijaga
Memiliki kebun tidak diusaha
v). Epifora - Epifora ertinya pengulangan perkataan di hujung dua baris atau lebih dalam puisi.
Contoh: Susah buatan sendiri,
Akhirnya menyesal diri sendiri.
vi. Repitasi - Repitasi ertinya pengulangan perkataan dalam ayat yang sama atau dalam beberapa ayat.
Contoh: Siapakah memetik mawar. Kepada siapakah diberinya bunga itu?