DISEDIAKAN OLEH : 1.NUR ADILLA BINTI ABDULL HALIM 54221223028 2. SABRINA BINTI ABDUL MUTALLIB 54221223036 3. NUR AINAA BINTI MAT ISA 54221223099 4. BATRISYIA KHAN BINTI YASSIR KHAN 54221223014 5. MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN BIN MUHAMMAD FAUZI 54221223015 6. MOHAMAD FARIS SYAZWAN BIN MOHAMAD 54214122062 7. AIMAN SYAKIR BIN NORASRY 54211223114 8.AMIR FATHI BIN ABD RAZAK 54221223014 UNIKL- MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE TUGASAN MPU34102 INTEGRITI DAN ANTI RASUAH SEMESTER FEBRUARI 2023 TAJUK : KAJIAN KES : SKANDALRASUAH DATUK HARUN IDRIS 1975
MAKLUMAT PELAJAR: AHLI-AHLI KUMPULAN NAMA : NUR ADILLA BINTI ABDUL HALIM NO ID : 54221223028 KURSUS: BUSSINESS TECHNOLOGY IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : SABRINA BINTI ABD MUTALLIB NO ID : 54221223036 KURSUS: BUSSINESS TECHNOLOGY IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : NUR AINAA BINTI MAT ISA NO ID : 54221223099 KURSUS: BUSSINESS TECHNOLOGY IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : BATRISYA KHAN BINTI YASSIR KHAN NO ID : 54221223014 KURSUS: BUSSINESS TECHNOLOGY IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT
NAMA : AMIR FATHI BIN ABD RAZAK NO ID : 54215122152 KURSUS: APPLIED ELECTRONIC NAMA : MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN BIN MUHAMMAD FAUZI NO ID : 54221223015 KURSUS: BUSSINESS TECHNOLOGY IN AUTOMOTIVE MANAGEMENT NAMA : MOHAMAD FARIS SYAZWAN BIN MOHAMAD NO ID : 54214122062 KURSUS: MANUFACTURING DESIGN NAMA : AIMAN SYAKIR BIN NORASRY NO ID : 54211223114 KURSUS: BETA MECHANICAL (AUTOMOTIVE)
ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN KOMEN DAN ULASAN LATAR BELAKANG DATUK HARUN IDRIS DEFINISI RASUAH KESIMPULAN FAKTA DAN HURAIAN KES BIBLIOGRAFI 1-2 3 4 5-6 7-8 9 10
Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah mendifinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang tidak baik dan dilaknat.Menurut undang-undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) telah mentafsirkan rasuah ialah: " menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya." Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2. Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah: " wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya." PENDAHULUAN
Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah. International Transparency telah mendedahkan indeks persepsi rasuah global pada tahun 2009. Mengikut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia adalah ditangga ke 50 berbanding 180 negara. Ini dapat membuktikan betapa parahnya masalah rasuah di negara kita. Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kunsa yang telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan din sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermuka-muka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui umum.
Rasuah adalah tindakan yang tidak jujur atau penipuan oleh mereka yang berkuasa. Rasuah menawarkan, memberi atau menerima apa-apa yang bernilai dengan tujuan untuk mendorong seseorang untuk bertindak atau memberi penghargaan kepada seseorang kerana telah bertindak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rasuah membawa maksud sesuatu pemeberian untuk ‘menumbuk rusuk’ iaitu bertujuan ‘menyogok’ atau ‘menyuap’ pihak lain. Menurut SPRM, rasuah merupakan penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Menurut tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Abdul Aziz mendefinisikan jenayah rasuah sebagai; “Memberi harta kepada seseorang sebagai imbalan atau upah kerana perlaksanaan maslahat iaitu tugas atau kewajipan yang mana tugas itu harus dilaksanakan tanpa menunggu imbalan atau wang komisen”. Hal ini dikatakan demikian kerana kamus bahasa melayu turut menegaskan bahawa rasuah adalah penyakit masyarakat yang berbahaya dan jenayah yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti sesebuah negara dan haram hukumannya di sisi agama Islam . DEFINISI RASUAH
Dato' Seri Haji Harun bin Haji Idris ialah Menteri Besar Selangor yang ke-8 yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu. Beliau dilahirkan di Petaling,Selangor pada 22 Disember 1925.Pada awal kehidupan beliau, beliau mula bekerja dengan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau belajar undang-undang di Middle Temple, London, United Kingdom. Beliau menjadi Ketua Pemuda Umno yang ke-5 pada tahun 1971.Pada tahun 1976 beliau dipecat daripada kerana memiliki beberapa pertuduhan rasuah. Datuk Harun Idris menjadi Ketua Pemuda Umno dan juga Menteri Besar Selangor yang berkhidmat selama 12 tahun.Beliau meletak jawatan Menteri Besar pada 27 Mac 1976 dan dipecat daripada UMNO. Beliau dituduh menerima rasuah sebanyak RM 250000 dari Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation agar bang-bank tersebut membina bangunan di Kuala Lumpur. Datuk Harun Idris juga mengadakan perlawanan tinju diantara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka.Pada Ketika itu beliau yang memegang jawatan Pengerusi Bank Rakyat dan dituduh menyalahgunakan wang bank sebanyak Rm 8 Juta untuk perlawanan tersebut. LATAR BELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT DALAM RASUAH DATUK HARUN IDRIS 1975
FAKTA DAN HURAIAN KES 1. MB Selangor Harun Idris, dipenjara kerana perlawanan tinju Muhammad Ali di Malaysia. Pada tahun 1975, Datuk Harun Idris bertanggungjawab mengadakan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka. Tapi perlawanan tu tak dapat sebarang keuntungan. Harun yang ketika itu adalah Pengerusi Bank Rakyat dituduh menyalahguna wang bank sebanyak RM8 juta untuk perlawanan tersebut. Keputusannya: Datuk Harun dijatuhi hukuman penjara 2 tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM 250,000. Dia juga dihukum penjara 6 tahun kerana terlibat dalam skandal Bank Rakyat. Harun masuk ke Penjara Pudu pada tahun 1978 dan dibebaskan selepas mendapat pengampunan Diraja dari Yang Dipertuan Agong lepas jasa-jasanya dipertimbangkan pada 30 Ogos 1982. Yang diPertuan Agong Mengampunkan Datuk Harun Idris.
Bagaimanapun, selepas menjalani hukuman penjara 3 tahun, Yang diPertuan Agong berkenaan mengampunkan Harun pada 1981, menurut laporan itu. Kertas Putih dibentangkan di Parlimen pada Jun 1979 mendedahkan pada Disember 1975, berlaku kerugian terkumpul sebanyak RM65 juta. Kertas Putih itu, berdasarkan kepada laporan syarikat akaun Price Waterhouse & Co memetik wujudnya penyelewengan seperti kekurangan pelan dan kajian operasi yang sempurna dan pengembangan aktiviti, kelemahan sistem dan kurang kawalan dalam aktiviti memberi pinjaman dan juga ketidakjujuran
Kes Dato’ Harun Idris Dalam sejarah kehakiman Malaysia, banyak juga para pemimpin dan ahli perniagaan berpengaruh yang pernah dibawa ke muka keadilan sekalipun dia masih memegang jawatan di dalam kerajaan. Kes-kesnya pelbagai termasuklah dakwaan terlibat dengan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.Namun, ada beberapa kes yang menggemparkan pernah berlaku melibatkan para pemimpin dan ahli perniagaan, dan mereka terlepas atas sebab-sebab tertentu. Nama Dato’Harun Idris telah pun dicemari dan dikaitkan dengan rusuhan kaum Mei 1969 yang bermula di kawasan perumahannya dan dia juga terlibat dalam dua pertuduhan berasingan menyalahgunakan dana bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin politik. Di sebalik apa yang berlaku, cucunya, Dr Ashaari Azman Shah sedang berusaha untuk mencuba membuat penilaian semula terhadap reputasi Harun.Dia telah berjumpa dengan ramai tokoh yang mengenali Dato’Harun Idris semasa era MB Selangor itu yang juga seorang tokoh pemimpin sukan tanah air yang terkemuka.Walaupun keterangan mereka ini memberi gambaran lebih jelas tentang keperibadian Dato’ Harun Idris yang agak kompleks itu, namun tidak ada bukti kukuh yang muncul untuk membersihkan namanya, seperti yang diharapkan olehnya.Menurut Dr Ashaari Azman Shah, yang merupakan seorang doktor perubatan, arwah datuknya menyimpan satu set diari bermula tahun 1977 sehingga 1981. Ia merangkumi kemuncak perbicaraan rasuahnya dan tempohnya menjalani hukuman di Penjara Pudu.“Dia menulis bahawa dia berharap satu hari nanti keturunannya akan bertindak membersihkan namanya. KOMEN DAN ULASAN
Kegiatan rasuah telah meninggalkan pelbagai kesan yang akan melumpuhkan kewibawaan sesuatu negara. Malah, sekiranya amalan rasuah tidak dibanteras, maka ia akan terus merebak dan membawa pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Kesan pertama ialah sistem pemerintahan menjadi lemah sekali gus menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Setiap kali berlaku rasuah, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan yang sepatutnya. Rasuah mejejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila peraturan dan undangundang diabaikan Contohnya, rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dalam badan perundangan menghancurkan akauntabiliti. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan individu yang berfikiran kritis dan berani untuk menegakkan keadilan dan mentadbir negara. Kegiatan rasuah yang berlaku menyebabkan birokrasi negera menjadihuru-hara kerana terdapat pegawai-pegawai yang memperoleh jawatan melalui amalan rasuah.Maka terhakislah kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran negara dan menjejaskan imej negara di mata dunia. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi huru-hara dan hancur sekiranya pentadbiran negara menjadi kucar-kacir. Perbuatan rasuah yang bagai duri dalam daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi .Kesan seterusnya adalah kemerosotan ekonomi negara. Rasuah dalam politik secara tidak langsung mengurangkan keyakinan perlabur-pelabur sama ada dalam mahupun luar negara untuk melabur di negara kita. Hal ini kerana sistem pentadbiran negara yang menjadi kucar-kacir menyebabkan peraturan dan undang-undang pelaburan tidak dilaksanakan dengan cekap dan bersih. Kekurangan pelaburan asing di negara kita akan menjejaskan ekonomi negara dan ekonomi negara menjadi tidak stabil. KESAN RASUAH DALAM POLITIK
Berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor pada tahun (22 Disember 1925 sehingga 19 Oktober 2003 itu, bahawa kuasa atau jawatan yang dimiliki haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin. Hal ini kerana, jawatan yang dimiliki oleh seseorang yang berkuasa bukanlah jalan mudah untuk seseorang itu melakukan penyelewenggan. Penyelewenggan kuasa bukan sahaja dari sudi duit semata-mata malah dari semua sudut yang ada seperti hak bersuara dan bersaing secara sihat. Hal ini terjadi apabila, seseorang yang mempunyai kuasa telah menyalah gunakan kuasa yang dimiliki. Oleh hal demikian, pihak tersebut haruslah disiasat dan dikenakan tindakkan sewajarnya. Kesalahan menerima dan memberi rasuah dalam kalangan masyarakat kita hari ini menjadi lebih mudah kerana ianya dipandang remeh orang semua golongan masyarakat tanpa rasa takut akan kesalahan itu. Sejujurnya, jawatan atau kuasa yang dimiliki oleh seseorang itu haruslah digunakan sebaik mungkin bagi memajukan negara ini. Hal ini, kurang berlaku kerana dikelilingi oleh rasuah yang sangat berleluasa di dalam negara ini. Sebagai generasi 2020, saya berpendapat bahawa amalan rasuah dalam kalangan masyarakat haruslah dihapuskan dengan cara menggenakan denda atau hukuman yang lebih berat bagi memastikan amalan rasuah merasuah ini dapat dihapuskan dengan segera. Akhirnya sekali, amalan rasuah yang dilalukan oleh pihak atasan atau orang yang berkuasa itu haruslah dihentikan dan diambil sebagai ikhtibar bagi semua masyarakat agar rasuah ini tidak terjadi lagi. KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI Nurul Izzah Mustafa (2011) Rasuah di Malaysia: penelitian terhadap kes rasuah Datuk Harun Idris, 1975-1982: Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Dato’ Harun Idris & Kamal Amir (2019) Diari dari penjara, 1977-1981: Mediarama Sdn. Bhd. Marwilis Haji Yusof (1976) Datuk Harun di Mahkamah: Amir Enterprise. Ghazali Ismail (1990) Kemungkaran kemungkaran Harun Idris: Penerbitan Mutiara. 5 kes pecah amanah dan rasuah menggemparkan Malaysia, tapi kena lepas? , july/30/2020, https://soscili.my/5-kes-rasuah-terbesar-katmalaysia-apa-jadi-pada-mereka-sekarang/?amp=1 Azar Ishak ( 30 July 2020 ) 5 kes Pecah amanah dan rasuah menggemparkan Malaysia, tapi kena lepas? https://soscili.my/5-kesrasuah-terbesar-kat-malaysia-apa-jadi-pada-mereka-sekarang/?amp=1 Mohamad Fauzi bin Husin (18 Januari 2016). Jenayah rasuah dari perspektif undang-undang http://integritimoa.blogspot.com/2016/01/jenayah-rasuah-dari-perspektifundang.html? m=1#:~:text=Tokoh%20ilmuan%20Islam%20seperti%20Syeikh,menungg u%20imbalan%20atau%20wang%20komisen%E2%80%9D. Zahirulnukman ( 1 Februari 2022) Haris bin Idris https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Harun_bin_Idris