The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ananurfarhana25, 2023-10-30 03:36:51

RPH BAHASA MELAYU TAHUN 3

RPH BM (MENULIS)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 3 UKM Bilangan Murid : /39 orang Tarikh : 2 November 2023 Hari : Khamis Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi Tema : Lindungi Alam Tajuk : Hentikan Pemburuan Haiwan Kemahiran Fokus : Kemahiran Menulis Standard Kandungan : 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. Standard Pembelajaran : 3.2.4 Menulis sesuatu yang diimlakkan: (i) ayat. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat; i. Menulis sekurang-kurangnya enam ayat yang diimlakkan daripada teks bertajuk “Hentikan Pemburuan Haiwan” secara berkumpulan dengan betul. ii. Menghasilkan sekurang-kurangya dua perenggan karangan menggunakan ayat yang diimlakkan daripada teks “Hentikan Pemburuan Haiwan” secara individu dengan tepat. Kriteria Kejayaan : i. Saya dapat menulis sekurang-kurangnya enam ayat yang diimlakkan daripada teks bertajuk “Hentikan Pemburuan Haiwan” secara berkumpulan dengan betul. ii. Saya dapat menghasilkan sekurang-kurangya dua perenggan karangan menggunakan ayat yang diimlakkan daripada teks “Hentikan Pemburuan Haiwan” secara individu dengan tepat. Sistem Bahasa : • Sistem Ejaan: Tanda baca dan ejaan yang betul dan sesuai. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) : Ilmu: Sains Nilai Murni: Bekerjasama, Kasih sayang Kemahiran Insaniah: Kemahiran kerja berpasukan Amalan Pedagogi Masa Kini : • PAK 21 : Komunikasi dua hala, Kolaborasi • Pembelajaran Berasaskan Bahan – Teks Kemahiran Insaniah :


• Kemahiran berpasukan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) : • Pendekatan : Berpusatkan murid, Tematik, Berpusatkan Bahan • Strategi : Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Koperatif • Kaedah/Teknik : Soal jawab, Permainan, Latih tubi • KP : Verbal-Linguistik, Interpersonal • KB : Menghubung kait, mengingat dan menjana idea Penggabungjalinan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahan Bantu Belajar Bil. Perkara Jumlah 1 Gambar barangan daripada kulit/bulu haiwan 4 2 Kertas mahjong 6 3 Pen marker 6 4 Kertas A4 3 5 Teks “Hentikan Pemburuan Haiwan” 6 6 Nombor urutan 39 Pengetahuan Sedia Ada • Murid pernah membina ayat. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran : Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Jawapan guru: Waalaikumussalam Doa Adakah murid tahu barangan ini diperbuat daripada kulit haiwan? Tajuk: "Hentikan Pemburuan Haiwan" 1. Murid memberi salam kepada guru. 2. Seorang murid diminta untuk mengetuai bacaan doa. 3. Murid ditunjukkan oleh guru gambar barang-barang yang diperbuat daripada kulit dan bulu haiwan seperti beg tangan dan baju sejuk. 4. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar tersebut. 5. Murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini dan guru menulisnya di papan putih. Kaedah/Teknik : - Soal Jawab KP : Verbal Linguistik KB : Menghubung kait BBB: Gambar barangan daripada kulit/bulu haiwan Strategi : Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan.


Langkah 1 (20 minit) Aktiviti: Ingat dan Tulis 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diedarkan kertas mahjong, pen marker dan nombor urutan oleh guru. 2. Setiap ahli kumpulan perlu memegang satu nombor urutan. 3. Murid yang memegang nombor 1 bagi setiap kumpulan perlu datang ke hadapan dan diberikan kertas teks yang berbeza ayat bertajuk “Hentikan Pemburuan Haiwan”. 4. Kemudian, murid bernombor 1 perlu menghafal satu ayat di dalam kertas yang diberikan tersebut selama 20 saat. 5. Setelah murid nombor 1 dapat mengingat, mereka perlu kembali ke kumpulan masing-masingt dan memberitahu ayat yang dihafal tersebut pada ahli kumpulan yang memegang nombor urutan 2 dan murid bernombor 2 tersebut perlu menulis ayat tersebut di atas kertas mahjong. 6. Setelah selesai menulis, ahli kumpulan yang memegang nombor 2 pula datang ke hadapan untuk menghafal manakala ahli bernombor urutan 3 pula menulis. 8. Aktiviti ini diulang sehingga semua ahli kumpulan dapat menghafa dan menulis keenam-enam ayat yang diimlakkan. 9. Ahli kumpulan masing-masing melekatkan hasil kerja di papan putih. Kaedah/Teknik : - Permainan KB : Mengingat BBB: - Kertas mahjong - Pen marker - Kertas ayat “Henikan Pemburuan Hutan” KP : - Interpersonal - Verbal Linguistik PAK-21 : Kolaboratif Kemahiran Insaniah : Kemahiran berpasukan Penggabungjalinan: Kemahiran mendengar dan bertutur Nilai : Bekerjasama Penilaian Objektif I: Menulis sekurangkurangnya enam ayat yang diimlakkan daripada teks bertajuk “Hentikan Pemburuan Haiwan” secara berkumpulan dengan betul.


Langkah 2 (15 minit) Aktiviti: Pembentangan 1. Setiap kumpulan membentangkan hasil tulisan mereka di papan putih. 2. Murid dan guru berbincang tentang ayat yang ditulis. 3. Sekiranya ayat tersebut mempunyai kesalahan ejaan atau tanda baca, guru akan memperbetulkan kesalahan tersebut. 4. Kumpulan lain akan menyambung pembentangan sehinggalah selesai bagi semua kumpulan. 5. Kumpulan yang paling kurang kesalahan dalam ayat yang ditulis dikira sebagai pemenang dan diberikan ganjaran. PAK 21 : - Komunikasi dua hala Pendekatan : Berpusatkan guru dan murid Langkah 3 (15 minit) Aktiviti: Menghasilkan perenggan karangan 1. Murid diedarkan sehelai kerta berjalur oleh guru. 2. Kemudian, murid dikehendaki menulis ayat yang telah diimlakkan pada Langkah 1 dalam bentuk perenggan dengan bimbingan guru. 3. Murid hanya perlu menulis dua perenggan karangan sahaja berdasarkan ayat yang diimlakkan daripada teks bertajuk “Hentikan Pemburuan Hutan”. 4. Setelah selesai, murid menghantar hasil penulisan kepada guru untuk disemak. Kaedah/Teknik : Latih tubi KB : Menjana idea BBB : - Kad perkataan Ilmu : Sains Penilaian Objektif II Menghasilkan sekurang-kurangya dua perenggan karangan menggunakan ayat yang diimlakkan daripada teks “Hentikan Pemburuan Haiwan” secara individu dengan tepat.


Penutup (5 minit) Rumusan isi pelajaran : (Penutup Kognitif) 1. Aktiviti soal jawab (Penutup sosial) 2. Pujian daripada guru 1. Murid dan guru bersoal jawab tentang perkara yang telah dipelajari pada hari ini. 2. Murid diberikan pujian oleh guru kerana berjaya melakukan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Kaedah/Teknik : - Soal jawab KB : - Menghubung kait Nilai Murni: Bertanggungjawab Refleksi: ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ......................................... Ulasan Pembimbing/ Penyelia: ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... .........................................


Click to View FlipBook Version