RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 3 UKM Bilangan Murid : /39 orang Tarikh : 5 Oktober 2023 Hari : Rabu Masa : 11.00 pagi hingga 11.30 pagi (1 jam) Tema : Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika Tajuk : Seronoknya Bermain Gasing Kemahiran Fokus : Aspek Tatabahasa Standard Kandungan : 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks. Standard Pembelajaran : 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata ganda mengikut konteks. (i) kata ganda penuh, (ii) kata ganda separa, dan Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat; i. Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kata ganda penuh dan kata ganda separa yang terdapat dalam teks bertajuk “Seronoknya Bermain Gasing”. ii. Membina ayat baharu menggunakan tiga kata ganda penuh dan kata ganda separa berdasarkan teks “Seronoknya Bermain Gasing” dengan betul. Kriteria Kejayaan : i. Saya dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kata ganda penuh dan kata ganda separa yang terdapat dalam teks bertajuk “Seronoknya Bermain Gasing”. ii. Saya dapat membina ayat baharu menggunakan tiga kata ganda penuh dan kata ganda separa berdasarkan teks “Seronoknya Bermain Gasing” dengan betul. Sistem Bahasa : • Tatabahasa: Morfologi (Kata Ganda)
Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) • Ilmu: Keusahawanan • Nilai Murni: Kerajinan Amalan Pedagogi Masa Kini : • PAK 21 : Komunikasi dua hala • Pembelajaran Berasaskan Bahan Kemahiran Insaniah : • Pembelajaran berterusan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) : • Pendekatan : Tematik, Eklektik • Strategi : Berpusatkan guru, Berpusatkan murid • Kaedah/Teknik : Soal jawab, Latih Tubi • KP : Interpersonal, Verbal-Linguistik • KB : Memahami, mengingat, menganalisis dan mengaplikasi Bahan Bantu Belajar Bil. Perkara Jumlah 1 Komputer riba 1 2 LCD 1 3 Pen Marker 6 4 Kertas teks “Seronoknya Bermain Gasing”” 6 5 Lembaran kerja 39 Pengetahuan Sedia Ada • Murid pernah menggunakan kata ganda.
Langkah Pengajaran dan Pembelajaran : Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Jawapan guru: Waalaikumussalam Doa Soalan guru: Adakah murid tahu nama permainan tersebut? Tajuk: " Seronoknya Bermain Gasing” 1. Murid memberi salam kepada guru. 2. Seorang murid diminta untuk mengetuai bacaan doa. 3. Murid dipaparkan oleh guru tayangan video cara bermain gasing di Youtube. 4. Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan video yang telah ditonton. 5. Murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini dan guru menulisnya di papan putih. Kaedah/Teknik : - Soal Jawab KB : Memahami BBB: - Sampul surat gambar - Kertas mahjong Strategi Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan PAK 21 : Komunikasi dua hala Langkah 1 (10 minit) Aktiviti: Penerangan kata majmuk Aktiviti: Menulis kata ganda 1. Murid diberi penerangan oleh guru tentang kata ganda penuh dan kata ganda separa. 2. Kemudian, setiap kumpulan diedarkan petikan teks bertajuk “Seronoknya Bermain Gasing”. 3. Dalam kumpulan masingmasing, murid dikehendaki membaca petikan teks lalu mencari kata ganda penuh dan separa yang terdapat dalam petikan teks. 4. Secara serentak, seorang wakil bagi setiap kumpulan dikehendaki datang ke hadapan kelas untuk menulis satu kata KB : Mengingat dan menganalisis KP: VerbalLinguistik BBB: Kertas teks “Seronoknya Bermain Gasing” - Pen marker Strategi : Berpusatkan guru dan Murid
ganda yangdijumpai oleh mereka. 5. Setelah selesai, ahli lain pula yang akan menulis satu kata ganda sehinggalah kesemua kata ganda penuh dan kata ganda separa dapat disenaraikan oleh setip kumpulan di papan putih. 6. Murid dan guru berbincang tentang jawapan yang telah ditulis. Penilaian Objektif I: i Menyenaraikan sekurang-kurangnya empat kata ganda penuh dan kata ganda separa yang terdapat dalam teks bertajuk “Seronoknya Bermain Gasing”. Langkah 2 (10 minit) Latihan Pengukuhan: Bina ayat menggunakan kata majmuk 1. Murid diedarkan lembaran kerja membina ayat menggunakan tiga kata ganda penuh dan tiga kata ganda separa yang terdapat dalam teks “Seronoknya Bermain Gasing”. 2. Murid dikehendaki membina ayat baharu yang pendek menggunakan enam kata ganda yang telah dipilih oleh guru. 3. Setelah selesai, beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk membaca jawapan masing-masing. Strategi: Latih tubi KB : Menjana idea. BBB: Lembaran kerja Penilaian Objektif II: ii .Membina ayat baharu menggunakan tiga kata ganda penuh dan kata ganda separa berdasarkan teks “Seronoknya Bermain Gasing” dengan betul. Penutup (5 minit) Rumusan isi pelajaran : Kognitif: - Jawapan guru: Kesimpulannya, kata ganda ialah kata yang terhasil daripada proses pengulangan perkataan. Sosial: 1. Murid dan guru bersoal jawab tentang perkara yang telah dipelajari pada hari ini. 2. Murid diberikan pujian oleh guru kerana berjaya melakukan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Kaedah/Teknik : - Soal jawab KB : - Menghubung kait Nilai : Rasional
Bertepuk tangan untuk diri sendiri. Refleksi: ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... Ulasan Pembimbing/ Penyelia: ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ................................................................................................................................................... ........................................