INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN (PDP)
(NAMA KURSUS: GURU DAN PROFESIONALISME KEGURUAN)
AMBILAN JUN 2021
NAMA PELAJAR :NOR HASLIZA BINTI MOHD SUKON
NURHAFIZAH BINTI MD NOH
NUR SHAHIDATUL AKMAL BINTI MUSTAFFA
ANGKA GILIRAN :2021302380014
2021302380021
2021302380018
NO KAD PENGENALAN :811008065116
820428075622
940715025114
KUMPULAN/UNIT :PDPP /PAKK1
KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP2132D
NAMA PENSYARAH AKADEMIK :DR SYAMSUL BIN ABDUL HAMID
TARIKH HANTAR :26 OGOS 2022
Saya dengan ini mengaku telah menerima maklum balas kerja kursus saya daripada
pensyarah.
Tandatangan Pelajar : Hasliza Tarikh : 07 Disember 2022
Tandatangan Pelajar : Hafizah Tarikh : 07 Disember 2022
Tandatangan Pelajar : Shahidatul Tarikh : 07 Disember 2022
Tugasan 2 : Laporan - Kumpulan (20%)
Secara kumpulan, anda dikehendaki menyediakan satu laporan hasil temu bual dengan
pemimpin sekolah bagi membincangkan secara kritis aktiviti pembangunan profesionalisme guru.
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang telah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan
amalan pembelajaran sepanjang hayat di sekolah.
Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2 hingga 3 orang sahaja. Panjang laporan hendaklah
tidak melebihi 800 patah perkataan. Bagi menggalakkan pemanfaatan digital, anda digalakkan
menyediakan laporan anda secara kreatif menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Laporan perlu di hantar secara hardcopy dan dimuat naik di pelantar Google
Classroom EDUP2132D.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
4
1.0 PENGENALAN
2.0 AKTIVITI PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU 5-7
- KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) 7
2.1 Sesi Perkongsian Guru 8
2.2 Bimbingan Rakan Sebaya Guru 9
2.3 Kajian Video Pengajaran Guru
3.0 RUMUSAN
4.0 RUJUKAN
5.0 LAMPIRAN
1.0 Pengenalan
Aktiviti pembangunan profesionalisme guru yang dipilih untuk diperincikan di dalam
laporan ini ialah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Ianya merupakan sebahagian
daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan
oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan
kehendak negara ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi
serta cintakan negara. Hasrat utama adalah bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan
pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus,
menggerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan dalam
merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan.
Perlaksanaan PLC berlaku secara santai melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai
pihak bagi menyelesaikan isu berkaitan PdP di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah dalam
memberi kepuasan dan minat yang mendalam ke atas diri setiap murid-murid secara menyeluruh.
Bagi melihat lebih mendalam pelaksanaan PLC di sekolah, kami mengambil inisiatif
melaksanakan satu temu bual bersama salah seorang pemimpin Sekolah Kebangsaan Batu
Payong iaitu Encik Adzrann bin Yakub selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau telah
berkhidmat selama 18 tahun di dalam bidang pendidikan yang melibatkan empat sekolah
kebangsaan berlainan di Sabah. Hasil temu bual ini, kami terjemahkan dalam bentuk laporan.
Semoga laporan ini memenuhi kehendak tugasan.bagi kursus EDUP2132D Guru Dan
Profesionalisme Keguruan.
2.0 Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Guru Sekolah Kebangsaan Batu Payong
- Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
2.1 Sesi Perkongsian Guru
Sesi perkongsian guru di sekolah ini diadakan secara formal setiap sebulan sekali
bagi berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi terbaik yang
dilaksanakan. Perkongsian ini diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu perkongsian bahan
maujud dan bukan maujud. Strategi sesi perkongsian ini menghadkan kepada empat
orang sahaja dalam satu kumpulan.
Topik perkongsian yang sering dibincangkan adalah berkaitan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), lembaran kerja, rancangan pengajaran dan
pembelajaran (PdP), amalan pedagogi dan pengurusan murid di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh, perkongsian lembaran kerja dapat memberi idea yang lebih kreatif dan
kritis melalui gabungan pelbagai perspektif ahli yang terlibat. Tujuan utama aktiviti ini
adalah untuk meningkatkan kualiti perkongsian ilmu di antara guru sekaligus
profesionalisme guru akan berkembang dan membolehkan setiap guru belajar sesama
sendiri bagi memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka (Carroll et al, 2003).
Manfaat daripada aktiviti ini, ianya dapat memberi peluang kepada para guru untuk
berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran, strategi, bahan, pengalaman, amalan
pedagogi dan sebagainya dalam konteks profesionalisme keguruan di samping
membantu mereka mengenalpasti, membiasakan diri, menyediakan ransangan stimulasi
serta mempraktikkan amalan berkolaboratif dan menjadikan amalan perkongsian ilmu
sebagai satu budaya di tempat kerja.
2.2 Bimbingan Rakan Sebaya Guru (Peer Coaching)
Aktiviti ini dilaksanakan di sekolah dalam usaha memperbaiki pelaksanaan
kurikulum terhadap strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran dengan
merujuk kepada strategi yang sistematik untuk memerhati pengajaran guru lain
menggunakan kitaran prakoferensi, pemerhatian dan pascakoferensi. Seperti di Sekolah
Kebangsaan Batu Payong, penglibatan rakan professional dalam aktiviti ini dapat
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kelemahan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Selain itu, mereka dapat menghalusi dan
membina kemahiran baharu yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam amalan PdP
sebagai pencetus idea untuk memantapkan lagi teknik penyampaian kepada murid.
Sekolah ini telah mengguna pakai Model 3 iaitu kaedah Co-teaching di mana
coach dan coachee mengajar bersama-sama. Coach merujuk kepada guru yang lebih
berpengalaman daripada coachee. Proses kaedah ini berlangsung dengan cara coach
dan coachee berbincang untuk mengenal pasti topik, matlamat dan fokus pengajaran.
Kemudian, rakan professional iaitu sebagai pemerhati akan mencatat dan merekod
segala data yang diperolehi. Seterusnya semasa pascakoferensi, pembentang membuat
penilaian kendiri dan pemerhati berkongsi data dan cadangan.
Kesimpulannya, aktiviti ini sangat berkesan dalam membantu guru
mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan menarik
minat murid untuk belajar.
2.3 Kajian Video Pengajaran
Inisiatif pihak sekolah melaksanakan aktiviti ini iaitu menggunakan rakaman video
sesuatu pengajaran bagi membuat analisa dan memberi pendapat bertujuan untuk
meningkat kefahaman serta membantu ahli panitia dalam pembelajaran murid dengan
harapan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Objektif Sekolah Kebangsaan
Batu Payong melalui aktiviti ini ialah mengenal pasti ruang untuk perkembangan
professional keguruan, menjana pemikiran ke arah penilaian kendiri dan menyemai
amalan dialog berkaitan PdP dalam bilik darjah melalui analisis yang tepat.
Pelaksanaan adalah melibatkan tiga langkah iaitu guru merancang rakaman PdP
dalam bilik, guru merakam PdP yang dilaksanakan dan terakhir ialah mengadakan kajian
video pengajaran. Beberapa soalan berbentuk refleksi kendiri dan analisa kritikal akan
diajukan kepada guru merujuk kepada video PdP yang dikongsikan. Ini dapat
memperlihatkan sejauh mana kefahaman guru itu terhadap pengisian mengajar. Antara
soalan berbentuk refleksi adalah bahagian manakah pada video menunjukkan kekuatan
dan kelemahan intruksi anda? Kenapa?. Soalan sebegini lebih melihat kepada
kepelbagaian corak PdP dan matlamat yang hendak dicapai oleh guru itu di penghujung
kelas. Soalan analisa kritikal pula seperti bagaimana objektif pengajaran dinyatakan?
Adakah ianya menyediakan murid untuk proses pembelajaran dan bagaimana dikaitkan
dengan pengetahuan lepas?. Bentuk-bentuk soalan sebegini memerlukan guru untuk
menjawab dengan jawapan yang lebih spesifik agar perbincangan ini mencapai kata putus
yang lebih jelas. Di sini, komunikasi dua hala sangat penting dalam menentukan lima
perkara sebagai hasil dari aktiviti ini iaitu perkara apa untuk diubah, perkara apa untuk
dikukuhkan, perkara apa untuk dieksperementasikan, perkara untuk dielakkan dan
perkara untuk dipelajari.
Terdapat beberapa protokol yang harus di patuhi untuk melaksanakan aktiviti iaitu
mengelakkan kecaman peribadi, memberi fokus kepada aspek professional yang perlu
diperbaiki, memberi penekanan kepada idea-idea atau kaedah yang boleh diteladani dan
mencadangkan ruang untuk dibuat penambahbaikan. Kesimpulannya, aktiviti ini sangat
baik untuk perkembangan professional seseorang guru dan pelaksanaannya harus
diteruskan sepanjang masa agar kualiti PdP dapat ditingkatkan.
3.0 Rumusan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sangat memberi impak yang besar
kepada warga pendidik untuk lebih komited dengan mengamalkan budaya kerja secara
kolaboratif yang berterusan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk pembelajaran
anak didik mereka selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pendidikan
berkualiti insan terdidik negara sejahtera. Melihat segala usaha yang diambil oleh pihak
Sekolah Kebangsaan Batu Payong dalam melestarikan kualiti pendidikan di sekolah
melalui pelaksanaan PLC merupakan satu tindakan yang sangat bijak dan patut dicontohi
oleh mana-mana sekolah. Semoga dengan usaha ini, melalui aktiviti PLC ianya akan
menjadi pemangkin profesionalisme guru ke arah peningkatan pembelajaran murid yang
lebih berprestij tinggi.
4.0 Rujukan
Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah, Abdul Jalil Othman, Salwati Shafie. 2018. Amalan
Komuniti Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu di
Selangor. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Bangi.
Mohd Faiz Mohd Yaacob, Muhamad Rozaimi Ramle, Jamal@Nordin Yunus. 2016.
Konsep Kolaborasi Dalam Komuniti Pembelajaran Professional: Satu Tinjauan
Dari Perspektif Islam. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Gunasegaran Karuppannan , Hatnin Duari , Heng Sze Phing. 2022. Hubungan Antara
Amalan Professional Komuniti Pembelajaran (PLC) dan Efikasi Guru: Analisis
Kuantitatif Ke Atas Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Selangor,
Shah Alam.
Capaian internet :
https://e-plcppdkt.blogspot.com/
http://mudahmengajar.blogspot.com/2022/04/plc-berfokus-mencetus-inovasi.html
http://cikguesmandi.blogspot.com/2015/05/plc-komuniti-pembelajaran-profesional.html
https://www.skwangsamelawati.com/wp-content/uploads/2015/04/MODUL-KOMUNITI-
PEMBELAJARAN-PROFESIONAL.pdf
5.0 Lampiran
Sesi Perkongsian Guru
Bimbingan Rakan Sebaya Guru
Kajian Video Pengajaran Guru