The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kholqulloh, 2023-07-29 07:31:29

5_6109496729797659521peraturan olahraga

5_6109496729797659521peraturan olahraga

PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 1 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) 2020/ 2021, dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu ( MSSD KT ) 2. ACARA – ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT – ALAT PERTANDINGAN BIL ACARA L11 L12 L13 L15 L18 P11 P12 P13 P15 P18 1 100 meter X X X X X X X X X X 2 200 meter - X - X X - X - X X 3 400 meter - - X X X - - X X X 4 800 meter - - - X X - - - X X 5 1500 meter - - - X X - - - X X 6 3000 meter - - - X X - - - X X 7 80 meter Lari Berpagar - X - - - - X - - - 8 100 meter Lari Berpagar - - - - - - - - X X 9 110 meter Lari Berpagar - - - X X - - - - - 10 200 meter Lari Berpagar - - - X - - - - X - 11 400 meter Lari Berpagar - - - - X - - - - X 12 3000 meter Jalan Kaki - - - - - - - - X 13 5000 meter Jalan Kaki - - - X - - - - - X 14 10000 meter Jalan Kaki - - - - X - - - - - 15 Lompat Tinggi - X - X X - X - X X 16 Lompat Jauh - X - X X - X - X X 17 Lompat Kijang - - - X X - - X X 18 Melontar Peluru X X - X X X X - X X 19 Lempar Cakera - - - X X - - - X X 20 Merejam Lembing - - X X - - - X X 21 Mix Medlay Relay X X X X 2.1 Kod 07 : Acara 80 METER LARI BERPAGAR BIL. PAGAR TINGGI PAGAR PAGAR 1 DARI GARISAN PERMULAAN PAGAR KE PAGAR PAGAR 8 KE GARISAN PENAMAT 8 0.762 M 12.00 METER 8.00 METER 12.00 METER


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 2.2 Kod 10 : Acara 200 LARI BERPAGAR KATEGORI BIL PAGAR TINGGI PAGAR PAGAR 1 DARI GARISAN PERMULAAN PAGAR KE PAGAR PAGAR 10 KE GARISAN PENAMAT LELAKI15 TKB 5 0.838 M 20 METER 35 METER 40 METER PEREMPUAN 15 TKB 5 0.762 M 20 METER 35 METER 40 METER 2.3 Kod 25 : Acara Mix Medlay Relay 2.3.1 SEKOLAH RENDAH i. Pelari Pertama hingga Keempat akan gunakan lorong sendiri seperti 4x100m dengan jarak larian 100m setiap pelari ii. Pelari Kelima akan gunakan lorong sendiri dengan jarak larian 200m dan akan potong masuk selepas garisan penamat iii. Pelari Akhir akan gunakan lorong 1 dan menamatkan jarak larian 200m iv. Jarak 100m, 100m,100m, 100m, 200m, 200m 2.3.2 SEKOLAH MENENGAH i. Pelari Pertama akan memulakan larian di 200m dengan jarak larian 100m ii. Pelari Kedua akan gunakan lorong sendiri seperti 4x100m dengan jarak larian 100m iii. Pelari Ketiga akan gunakan lorong sendiri dengan jarak larian 200m dan akan potong masuk selepas garisan penamat iv. Pelari Keempat akan gunakan lorong 1 dengan jarak larian 200m v. Pelari Kelima dan Akhir akan gunakan lorong 1 dengan jarak larian 400m vi. Jarak 100m, 100m,200m, 200m, 400m, 400m 2.3.3 BILANGAN PESERTA Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri dari 3 Lelaki dan 3 Perempuan 2.3.4 SUSUNAN PESERTA Terpulang pada strategi pasukan masing-masing dengan 2 Lelaki dan 2 Perempuan perlu tamatkan larian 100m dan 1 Lelaki serta 1 Perempuan perlu tamatkan larian 400m. 2.3.5 KATEGORI Bawah 12 Tahun Bawah 15 Tahun Bawah 18 Tahun


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 3. HADIAH – HADIAH 3.1 Acara Individu sehingga 1500m – Pertama, Kedua dan Ketiga 3.2 Acara Individu 3000m dan acara Jalan Kaki serta acara Heptathlon dan Octathlon – Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima 3.3 Acara Pasukan – Enam pingat akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga 4. ACARA PERTANDINGAN 4.1 Setiap Sekolah Menengah adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua ( 2 ) orang peserta bagi setiap acara individu kecuali acara 100m,200m dan 400m MAKSIMA tiga ( 3 ) orang peserta dan satu ( 1 ) pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti 4.2 Setiap Sekolah Rendah adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada satu ( 1 ) orang peserta bagi setiap acara individu kecuali acara 100m dan 200m MAKSIMA tiga ( 3 ) orang peserta dan satu ( 1 ) pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti 4.3 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut : KUMPULAN UMUR INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI 18 TKB 3 ( termasuk acara terbuka ) 1 15 TKB 3 ( termasuk acara terbuka ) 1 13 TKB 3 ( termasuk acara terbuka ) 1 12 TKB 2 1 11 TKB 2 1 4.4 Peserta – peserta Heptathlon dan Octathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara individu yang lain 5. KELAYAKAN AM PESERTA 5.1 Pelajar-pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang berdaftarmenjadi ahli Majlis Sukan Sekolah Terengganu layak menyertai pertandingan MSS Daerah Kuala Terengganu. 5.2 Bagi warga negara asing yang mempunyai dokumen permastautinan yang sah layak menyertai pertandingan permainan MSS Daerah. 5.3 Pelajar-pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/SPVM/STPM adalah tidak layak menyertai semua pertandingan MSS Daerah. 5.4 Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM layak menyertai pertandignan permainan MSS Daerah dengan syarat sekolah swasta tersebut bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah Terengganu. 5.5 Penuntut yang masuk ke sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM layak menyertai kejohanan Olahraga MSS Daerah dengan syarat pelajar tersebut mempunyai kedatangan /kehadiran


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 sekurang-kurangnya 75% (kiraan 75% ini bermula daripada satu bulan selepas pengumuman keputusan SPM). 5.6 Pelajar yang ditempatkan di Sekolah Sukan Negeri mahupun Sekolah Sukan Malaysia hendaklah mewakili SEKOLAH ASAL atau FEEDER SCHOOL masing-masing 5.7 Sekolah asal atau Feeder School perlu menguruskan pergerakan pelajar terbabit serta menyediakan kemudahan dan mengambilkira kebajikan pelajar terbabit. 6. PENDAFTARAN PESERTA – PESERTA 6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat sebelum 11.59 malam 11 Julai 2023 melalui link yang disediakan. . 7. PENGESAHAN PESERTA – PESERTA 7.1 Semua nama bagi peserta yang mengambil bahagian hendaklah disahkan dalam Taklimat Penguruspengurus Pasukan pada hari 12 Julai 2023 7.2 Sebarang perubahan selepas tarikh di atas TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN 8. MELAPORKAN DIRI PESERTA 8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. 8.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, sebelum acara mereka dimulakan, Referi Bilik Panggilan boleh membatalkan penyertaan dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri. 8.3 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan 8.4 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan 8.5 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing 9. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN 9.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta 9.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masingmasing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 10. MEMANASKAN BADAN Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh pengelola. 11. BLOK PERMULAAN 11.1 Semua acara di bawah bagi kategori 18 Tahun , 15 Tahun dan 13 Tahun WAJIB menggunakan Starting Block sementara bagi kategori 12 Tahun dan ke bawah adalah PILIHAN Acara : 100m, 200m, 400m, 80m Lari Berpagar, 100 m Lari Berpagar, 110m Lari Berpagar, 400m Lari Berpagar, Mix Medlay Relay 12. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN 12.1 Paku Kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acaraacara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.. 12.2 Baju: Bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang sama mengikut pasukan masing-masing. 13. UKURAN PERMULAAN Bagi acara-acara tersebut di bawah. ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut : 13.1 Lompat Tinggi - Ketinggian permulaan palang. 13.1.1 Lelaki 18 tahun . 1.50m 13.1.2 Perempuan 18 tahun 1.10m 13.1.3 Lelaki 15 tahun 1.40m 13.1.4 Perempuan 15 tahun 1.10m 13.1.5 Lelaki 12 tahun 1.20m 13.1.6 Perempuan 12 tahun 1.00m 13.1.7 Perempuan Terbuka Heptathlon 1.10m


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 13.1.8 Lelaki Terbuka Octathlon 1.40m Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran jarak yang akan mula diukur adalah seperti berikut : 13.2 Lontar Peluru – jarak had kelayakan . 13.2.1 Lelaki 18 tahun 9.00m 13.2.2 Perempuan 18 tahun 7.00m 13.2.3 Lelaki 15 tahun 9.00m 13.2.4 Perempuan 15 tahun 6.00m 13.2.5 Lelaki 12 tahun 7.00m 13.2.6 Perempuan 12 tahun 6.00m 13.2.7 Lelaki 11 tahun 6.00m 13.2.8 Perempuan 11 tahun 5.00m 13.3Lompat Jauh – jarak had kelayakan 13.3.1 Lelaki 18 tahun 5.00m 13.3.2 Perempuan 18 tahun 3.50m 13.3.3 Lelaki 15 tahun 4.50m 13.3.4 Perempuan 15 tahun 3.50m 13.3.5 Lelaki 12 tahun 4.00m 13.3.6 Perempuan 12 tahun 3.50m


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 14 PAPAN LONJAKAN ACARA LOMPAT KIJANG 14.3.3 Jarak Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut : PERINGKAT UMUR LELAKI PEREMPUAN 15 TKB dan 18 TKB 9 / 11 m 7 / 9 m 15 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN 15.3 Penentuan Peserta Terbaik 15.3.1 Hadiah Anugerah peserta terbaik adalah untuk kategori berikut: L18 P18 L15 P15 L12 P12 Olahragawan Olahragawati 15.3.2 Penentuan Pemenang anugerah ini adalah berdasarkan kepada kateria berikut; 15.3.1.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada peserta berdasarkan pemecah rekod baru dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambilkira bilangan pingat emas, perak dan gangsa. Sekiranya kedudukan sama usia rekod diambil kira. . 15.3.1.2 Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira. 15.3.1.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira. Sekiranya kedudukan pingat masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta (walaupun ukuran berat bagi acara lontaran tidak sama dengan kehendak IAAF) Bagi acara yang tiada dalam Jadual Mengira Mata IAAF.Penentuan pemenang akan ditentukan oleh Panel Pemilihan . 15.3.1.4 Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan di beri kepada peserta terbaik keseluruhan Sekolah Rendah (lelaki dan perempuan). 15.3.1.5 Olahragawan dan Olahragawati di beri kepada peserta terbaik keseluruhan Sekolah Menengah (lelaki dan perempuan).


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 15.4 Johan Keseluruhan Sekolah 15.4.1 Johan Keseluruhan Sekolah Menengah ialah sekolah yang memenangi pingat emas terbanyak bagi keseluruhan kategori P13, P15 , P18, L13, L15 dan L18. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan di ambil kira; jika masih seri, piraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. 15.4.2 Johan Keseluruhan Sekolah Rendah ialah sekolah yang memenangi pingat emas terbanyak bagi keseluruhan kategori P11, P12 , L11 dan L12. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan di ambil kira; jika masih seri, piraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. 16 SARINGAN 16.1 Saringan bagi acara 100m, 200m, 400m, lari berpagar serta relay akan dijalankan pada 17 hingga 18 Julai 2023 hari Isnin hingga Selasa Sesi pagi 8.00 pagi – 10.30 pagi dan Sesi Petang 3.00 petang hingga 5.30 petang. 16.2 8 peserta mahupun pasukan dengan masa terpantas layak ke memasuki Peringkat Akhir 16.3 Sususan bagi kedudukan lorong Peringkat Akhir , sistem akan akan guna pakai peraturan IAAF 20.3 dan 20.4 untuk susun Lorong peringkat akhir. 17 BIB NOMBOR PENGENALAN PESERTA 17.1 Kod-kod warna dan nombor berikut akan digunakan 18.1.1 Sekolah Rendah - Nombor warna hitam atas kain putih 18.1.2 Sekolah Menengah - Nombor warna merah atas kain kuning 17.2 Huruf dan Nombor Peserta BIL SEKOLAH RENDAH KOD 1 SJK(C) CHUNG HWA WEI SIN WN0001 - WN0030 2 SK ATAS TOL AT0031 - AT0060 3 SK BANGGOL KATONG BK0061 - BK0090 4 SK BANGGOL PERADONG BP0091 - BP0120 5 SK BELADAU KOLAM BU0121 - BU0150 6 SK BUKIT BAYAS BY0151 - BY0180 7 SK BUKIT LOSONG BL0181 - BL0210 8 SK BUKIT PETITI BT0211 - BT0240 9 SK CHENDERING CH0241 - CH0270


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 10 SK DURIAN BURUNG DB0271 - DB0300 11 SK DURIAN MAS DM0301 - DM0330 12 SK DUYUNG DU0331 - DU0390 13 SK GELUGOR GE0361 - GE0390 14 SK GONG KAPAS GK0391 - GK0420 15 SK GONG TOK NASEK GN0421 - GN0450 16 SK KAMPUNG BHARU KB0451 - KB0480 17 SK KAMPUNG BUKIT KU0481 - KU0510 18 SK KEBOR AIR KA0511 - KA0540 19 SK KEBOR BESAR KR0541 - KR0570 20 SK KEDAI BULUH KD0571 - KD0600 21 SK KEPONG KP0601 - KP0630 22 SK KESOM KS0631 - KS0660 23 SK KG TENGAH KT0661 - KT0690 24 SK KUBANG IKAN KF0691 - KF0720 25 SK LADANG LA0721 - LA0750 26 SK LOSONG LO0751 - LO0780 27 SK MANIR MN0781 - MN0810 28 SK PADANG HILIRAN PH0811 - PH0840 29 SK PADANG MIDIN MD0841 - MD0870 30 SK PALOH PL0871 - PL0900 31 SK PASIR PANJANG PP0901 - PP0930 32 SK PAYA BUNGA PB0931 - PB0960 33 SK PENDIDIKAN KHAS (P) PK0961 - PK0990 34 SK PULAU BAHAGIA PG0991 - PG1020 35 SK PULAU MANIS MS1021 - MS1050 36 SK PULAU RUSA PR1051 - PR1080 37 SK PUSAT BUKIT BESAR BE1081 - BE1110 38 SK PUSAT CABANG TIGA CT1111 - CT1140 39 SK PUSAT KUALA IBAI KI1141 - K11170 40 SK RENGGAS BEKAH RB1171 - RB1200 41 SK SERADA SR1201 - SR1230 42 SK SERI BUDIMAN 1 BD1231 - BD1260 43 SK SERI BUDIMAN 2 BM1261 - BM1290 44 SK SERI NILAM SN1291 - SN1320 45 SK SULTAN SULAIMAN I SL1321 - SL1350 46 SK SULTAN SULAIMAN II SU1351 - SU1380 47 SK TELOK MENARA TN1381 - TN1410 48 SK TELUK PASU TP1411 - TP1440 49 SK TENGKU AMPUAN MARIAM TM1441 - TM1470


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 50 SK TENGKU BARIAH TB1471 - TB1500 51 SK TOK DIR TD1501 - TD1530 52 SK UNDANG UN1531 - UN1560 53 SK WAKAF MEMPELAM WM1561 - WM1590 54 SR IBNU QAYYIM IQ1591 - IQ1620 BIL SEKOLAH MENENGAH NOMBOR 1 SMK SERI BUDIMAN SB101 – SB199 2 SMK SHEIKH ABDUL MALEK SM201 – SM299 3 SMK CHENDERING MC301 – MC399 4 SMK MEGAT PANJI ALAM PA401 – PA499 5 SMK SULTAN SULAIMAN SS501 – SS599 6 SMK TENGKU BARIAH TH601 – TH699 7 SMK CHUNG HWA WEI SIN WS701 – WS799 8 SMK SULTAN AHMAD SA801 – SA899 9 SMK PADANG MIDIN PM901 – PM999 10 SMK SULTAN MANSOR MR1001 – MR1099 11 SMK BUKIT BESAR BB1101 – BB1199 12 SM IMTIAZ IM1201 - IM1299 13 SMK DATO’ RAZALI ISMAIL DR1301 – DR1399 14 SM SAINS KUALA TERENGGANU ST1401 – ST1499 15 SMK SRI NILAM NL1501 – NL1599 16 SMK PADANG NEGARA PN1601 – PN1699 17 SMA KHAIRIAH AK1701 - AK1799 18 SMA (A) SULTAN ZAINAL ABIDIN AZ1801 - AZ1899 19 SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG AL1901 - AL1999 20 SMK TENGKU MUHAMMAD ISMAIL TA2001 - TA2099 21 SMK BELARA BR2101 – BR2199 22 SMK HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG HL2201 – HL2299 23 SMK DATO' HAJI MOHD SAID JR2301 - JR2399 24 SM(A) KAMPUNG LAUT KL2400 - KL2499 18 BANTAHAN Segala bantahan hendaklah dibuat dengan wang mengikut Peraturan 147 KOAM kecuali atas perkara-perkara berikut: 18.1 Jika masalah bantahan berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan ,maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah ”bantahan” dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada pihak MSS Kuala Terengganu.


PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2023 18.2 Bantahan –bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:- 18.2.1 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir. 18.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan disertakan dengan wang pertaruhan RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 19. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 19.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam UndangUndang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini. 20. HAL – HAL LAIN 20.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut 20.2. Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN 20.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederan lain berlaku : 20.3.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium 20.3.2. Semasa kejohanan dijalankan 20.3.3. Di dalam dan di luar kawasan stadium 20.3.4. Di tempat-tempat penginapan 20.4. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah EDIT TERKINI 26/06/2023


Click to View FlipBook Version