The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norashimahhzawawi, 2021-11-22 05:31:13

KEMULIAAN BERDIKARI

Tajuk PAI Tingkatan 4

Keywords: PAI T4

KEMULIAAN BERDIKARI

Pelajaran 9

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 4

Hadis tentang KEMULIAAN BERDIKARI

Konsep BERDIKARI

Kelebihan BERDIKARI Kawan – kawan dah
Pengajaran Hadis sedia ke ?

Hadis KEMULIAAN BERDIKARI

Maksudnya :
“ Jika seseorang daripada kamu mengumpul kayu api dan
Menanggungnya di atas belakangnya (untuk dijual).Pasti lebih
baik daripada dia meminta – minta kepada seseorang.Lalu orang itu
memberi kepadanya atau menolaknya “

Konsep BERDIKARI

Maksud BERDIKARI :

Berusaha sendiri dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain

1. Menggunakan potensi diri seperti kekuatan tubuh badan dan kecerdikan akal untuk perkara bermanfaat .
2. Membebaskan diri daripada bergantung kepada orang lain demi menjaga maruah diri .
3. Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugas .
4. Berazam untuk meningkatkan kualiti diri , masyarakat dan negara .
5. Berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menyara kehidupan .

Kelebihan BERDIKARI

Aspek Kelebihan

Agama Islam dipandang tinggi kerana umatnya
rajin berusaha .
Ekonomi
Mendapat sumber pendapatan yang
Pendidikan diyakini halal .

Kemasyarakatan Melahirkan modal insan yang
berkepakaran tinggi melalui penerokaan
pelbagai bidang ilmu dan kemahiran .

Memperkasakan daya saing masyarakat
untuk mempertingkat taraf kehidupan

Pengajaran Hadis

Kita hendaklah memandang mulia pekerjaan yang halal walaupun
hasilnya sedikit .
Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan pertolongan
agar hidup dirahmati
Allah SWT .
Kita hendaklah menghindari perbuatan meminta – minta dan
mengharap pertolongan orang lain demi menjaga maruah diri
Kita hendaklah berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik .

SPEKTRUM ILMU

Antara pekerjaan Nabi dan Rasul untuk menyara kehidupan keluarga mereka ialah :

Nabi Adam a.s sebagai Nabi Musa a.s sebagai Nabi Zakaria a.s
petani. penternak kambing. sebagai tukang kayu.

Nabi Idris a.s sebagai Nabi Daud a.s sebagai Nabi Muhammad SAW
tukang jahit. tukang besi. sebagai pengembala
kambing dan peniaga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Tidak makan
seseorang sesuatu makanan yang lebih baik daripada
makanan hasil kerja tangannya sendiri dan sesungguhnya
Nabi Daud a.s makan daripada hasil kerja baginda sendiri.

AMALAN ;

Maksudnya : “ Ya Allah cukupkan untukku dengan rezeki yang
halal tanpa yang haram , dan tidak bergantung kepada
rezeki sesiapa selainMu “

Terima kasih kerana sudah
membaca sehingga habis .
Semoga ini dapat membantu
semua .TERIMA KASIH !!!

Disediakan oleh :
Norashimah Binti Zawawi
SMK Sultan Mansor


Click to View FlipBook Version