BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’
iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia
berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih
dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan
rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat
akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat
kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa
kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu
menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah
apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh
seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu
bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup
percaya dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai
Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya
dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh
Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali
semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima
panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang
siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-
doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat
Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah
senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia
berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi
kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada
derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah
memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan
anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu
agar dipelihara oleh orang lain. Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan
bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor
dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal
bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar
sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu
tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam
bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah
dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke
hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa
sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti
tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.
BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya
belakangan ini. Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia
Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor
Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama
aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat
saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak
perempuan yang secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah
perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan
kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya
komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor
Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan
tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani
kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya
walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari
mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka
kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol
merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya
dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan
tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki
Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu
sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil
sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
-KEKUATAN NOVEL
Antara kekuatan yang terdapat di dalam Novel Pantai Kasih ialah novel ini
menceritakan tentang kehidupan seorang doktor. Hal ini dapat memberi inspirasi kepada para
pembaca yang ingin menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Selain itu, novel ini penuh
dengan kehendak pembaca. Dengan idea-idea yang menarik ia dapat membangkitkan jalan
penceritaannya. Seterusnya, latar tempat yang digunakan juga hanya difokuskan pada tempat
yang mempunyai banyak kisah yang berlaku. Hal ini tidak memeningkan para pembaca. Di
samping itu, novel ini mempunyai penceritaan konflik yang hebat. Hal ini dapat menarik
minat pembaca. Akhir sekali, novel ini mempunyai teknik imbas kembali. Hal ini dapat
memudahkan para pembaca memahami jalan cerita.
-KELEMAHAN NOVEL
Antara kekurangan yang terdapat di dalam Novel Pantai Kasih ialah penulis tidak
menceritakan tentang apakah punca tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga
mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah tersebut dengan meminum ubat batuk.
Selain itu,penulis tidak menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana perpisahan Raiha dan
Doktor Sadiz boleh berlaku. Seterusnya, penulis juga tidak memberitahu dalam novel ini
mengapa ayah Raiha melarang dan tidak membenarkan dia untuk menjadi seorang doktor
pakar pembedahan. Akhir sekali, mengapa Unong Siron perlu melakukan pembedahan
berulang kali di tempat yang sama juga tidak diceritakan.
-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan untuk Novel Pantai Kasih ialah penulis perlu
menceritakan punca tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan
singkat untuk mengatasi masalah tersebut dengan meminum ubat batuk. Hal ini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui tentang hal tersebut. Selain itu, penulis perlu
menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana perpisahan Raiha dan Doktor Sadiz boleh
berlaku. Seterusnya, penulis perlu memberitahu dalam novel ini mengapa ayah Raiha
melarang dan tidak membenarkan dia untuk menjadi seorang doktor pakar pembedahan.
Akhir sekali, Unong Siron perlu melakukan pembedahan berulang kali di tempat yang sama
juga perlu diceritakan.
5. SONGKET BERBENANG EMAS KARYA
KHAIRUDDIN AYIP
-PENGENALAN NOVEL
Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila
emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa
keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa
menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila
abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik
dan keperluan rumah mereka. Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.Dahlia
juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di sungai
berhampiran rumahnya.Dahlia juga melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga
Dahlia kerana keluarga mereka hidup dalam kemiskinan berbanding anak-anaknya yang lain
yang hidup senang.Dahlia tetap tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman
ingin menjual tanah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini.Dahlia mengulang kaji
pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat pemindahan banjir. Berkat ketabahan
Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan
pelajaran di Jepun.
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Kini beliau
bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat
Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
-SINOPSIS KESELURUHAN
Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang anak sulung dan pelajar
bernama Dahlia yang menghadapi kesusahan dalam keluarganya. Beliau merupakan seorang
pelajar yang cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan sekolah tetapi tumpuan terhadap
pelajarannya terganggu akibat masalah keluarga. Ibunya, Saleha dimasukkan ke Hospital
Permai kerana menghadapi masalah mental manakala ayahnya telah dipatuk ular dan perlu
dimasukkan ke wad hospital selama beberapa hari. Adiknya pula, kurang minat untuk belajar
kerana terpengaruh dengan rakan-rakan. Dahlia juga terpaksa keluar daripada asrama untuk
melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga adik-adiknya. Walaupun terdapat banyak dugaan
dan musibah yang dihadapi oleh Dahlia, beliau kekal tabah. Tekanan hidup Dahlia bertambah
apabila hubungannya dengan Azhari depandang serong oleh jirannya. Dahlia juga berani
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tetapi dicemuh kerana usahanya gagal untuk
menyelamatkan Said. Satu hari, adik Dahlia iaitu Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur
ayam berwarna hitam yang mengandungi paku , cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa
membersihkan kawasan rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur pulih dan
dibenarkan untuk pulang ke rumah. Nek Kiah tidak lagi membenci dan menghina keluarga
Dahlia dan insaf apabila melihat liku-liku yang diharungi mereka. Dahlia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan selamat ditunangkan dengan Azhari.
-SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1 – Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih
tidak lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang
lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama
Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung
ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung
BAB 2 – Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh
apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia
menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana
sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk
Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia
tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
BAB 3 – Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya
sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad
dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang
berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi
ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar
emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah, ibu
kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia
memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang
tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup
senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang
dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha
mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke
hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
BAB 4 – Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis
yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari
mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk
membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari
pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya
untuk mengelakkan salah faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan
oleh abahnya yang menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa
beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja
mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar
isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan
segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak
suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain.
Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong
juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak kebelakangan ini
beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang
pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
rungsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit
Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang
sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred
tiga dalam SPM.
Bab 5 – Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis.
Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada
hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia
ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya
oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan abahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada
pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari
Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat
emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia
risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran
wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan
Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
Bab 6 – Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat
terpukul dengan perkataan “orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Beliau memberitahu punca emak Dahlia gila kerana
rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain
pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing
sungai yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam
sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh
seorang pemuda yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung
Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
BAB 7 – Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal
Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang
dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
BAB 8 – Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok
ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya.
Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata
orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka. Embong pulang
membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat
Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa ular
itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya.
Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba,
Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India
yang merupakan kawan Dahlia.
BAB 9 – Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya
ke klinik. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang
telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
BAB 10 – Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh
Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan
Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita
yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia
berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
BAB 11 – Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu
bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi
Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi
emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka
berdua sangat baik dan suka membantunya.
BAB 12 – Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor
Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia
terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di
situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan
Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan
Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya
juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
BAB 13 – Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
BAB 14 – Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan
Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan
dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari
yang ingin merisiknya.
BAB 15 – Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,
Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
BAB 16 – Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu
Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat
salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran. Pada petang itu, Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
BAB 17 – Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian
emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke
Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk
bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000
kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
BAB 18 – Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
BAB 19 – Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa
orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual.
Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati
Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia
telah menyebabkan Nek Kiah memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah
memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap
sedia untuk berpindah.
BAB 20 – Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban abahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan
menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau
ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
BAB 21 – Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu, Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut.Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada melakukan
kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih
berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang
terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi
dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar
telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu
Bakar juga telah memeluk abahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing
milik abahnya.
BAB 22 – Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu
mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir
reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah
sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan
ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang
sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
BAB 23 – Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya.Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati
emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.Azhari juga ada
bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah
terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
BAB 24 – Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dan ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya.
Terdengar rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir
yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
BAB 25 – Inilah Kampungku !
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir
pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada
penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling
membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau juga
berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek
di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman,
penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong membina rumah
Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap
penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa
dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.
BAB 26 – STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat
peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia
juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang
untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
BAB 27 – Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang
untuk membeli cincin pertunangan mereka.Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia
belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
BAB 28 – Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali
kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu
Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak
pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin
risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang
diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar
Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa
dengan Dahlia dan memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang
merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan
sehelai songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-
bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai
orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
-KEKUATAN NOVEL
Antara kekuatan yang terdapat di dalam Novel Songket Berbenang Emas ialah plot
dan jalan cerita yang menarik. Hal ini kerana walaupun kisah watak utama agak
menyedihkan, penulis dapat membangkitkan semangat watak utama dengan sangat baik yang
membuat pembaca sangat berpuas hati. Selain itu, banyak nilai yang terdapat di dalam novel
ini. Seterusnya, banyak pengajaran yang dapat di dalam novel ini seperti kita mestilah berani
berhadapan dengan sebarang masalah. Di samping itu, novel ini sangat sesuai dengan
remaja. Walaupun ditindas oleh ramai orang, Dahlia tetap meneruskan hidup dengan kuat.
Akhir sekali, penulisan dan penggunaan Bahasa yang sangat baik.
-KELEMAHAN NOVEL
Antara kekurangan yang terdapat di dalam Novel Songket Berbenang Emas ialah kulit
hadapan buku yang tidak menarik dan muram. Selain itu, penulis terlampau memberikan
nasib malang kepada Dahlia yang membuatkan sesetengah plot itu tidak masuk akal.
Seterusnya, terdapat unsur yang tidak sepatutnya dilakukan dalam novel ini iaitu Dahlia
sudah berpasangan walaupun di usia muda. Di samping itu, terdapat beberapa peristiwa yang
ditulis penulis yang tidak masuk akal jika dijadikan realiti. Akhir sekali, pada awal cerita,
terdapat banyak unsur klise yang agak tidak diperlukan dalam novel ini..
-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan di dalam Novel Songket Berbenang Emas ialah lagi
kulit hadapan novel dengan meletakkan warna yang cerah. Selain itu, penulis patut
mengurangkan nasig malang Dahlia supaya dapat menjadikan watak lebih realistik.
Seterusnya, penulis haruslah mengurangkan peristiwa yang romantik dalam novel ini kerana
ramai remaja mungkin boleh terpesung atau terjebak untuk merasai apa yang dialami oleh
watak. Di samping itu, penulis sepatutnya menjadikan beberapa plot yang terdapat dalam
novel ini lebih realistik agar pembaca dapat mengaitkan peristiwa tersebut dengan realiti yang
dihadap mereka sekarang. Akhir sekali, penggunaan bahasa yang terlebih susah patut
dikurangkan agar pembaca yang bawah muda dapat memahami dan menghayati novel ini
dengan lebih baik.
6. TIRANI KARYA BEN SABARIAH
-PENGENALAN NOVEL
Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan penceritaannya
tetapi turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik
sarawak.Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak
utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.Beliau
lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949.
Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche
BuyongKuching. Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke
SekolahMenengah Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di
MaktabPerguruan Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim,Johor Bahru, Johor.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi dan rencana.
-SINOPSIS SECARA RINGKAS
Novel Tirani mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Waheeda yang mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya yang pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas namanya sendiri dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Untuk menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet telah melakukan
pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
sehingga menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Setelah wajahnya menjadi cantik
datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya
telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu
Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak
menjamin kebahagiaan rumah tangga. Walau bagaimanapun harapannya tidak menjadi
kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu telah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya
itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung
tinggi sehingga Waheeda tidak mampu memikulnya. Dalam novel Tirani ini, cinta Waheeda
terhadap suaminya begitu mendalam sehingga dia mengalami sakit jiwa setelah diceraikan
oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak mewarisi
kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda
bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah
chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya
Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka
dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah
hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu tirani.
-SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1 – Melontar Puing Duka
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan. Di
perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
BAB 2 – Dayang Muda
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira.
Namun disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan
dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik.
Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak
menggalakkankan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk
anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian,
keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah
menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu
telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan
rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan
Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan
menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: Katarsis
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang
dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak.
Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam
Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura,
Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan
tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura
yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4 – Semarak Api Semangat Hati
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan
fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah
Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah
sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang
kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah
kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan
plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari
menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada
masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical
Centre (CMC). Disini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah
menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan
semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
BAB 5 – Doa Selamat
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada
ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada
ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya
membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi
menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan
kehadiran ibunya. Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC.
Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan
keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke
bilik bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.
BAB 6 – Metamorfosis
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa
selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh
ibunya yang menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC
bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu
ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel
Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan
SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
Bab 7 – Ke Pulau Sentosa
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan
kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
BAB 8 – Hadiah Alam
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga
mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus
selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan
Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung
Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mail
Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang
telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mugkin jauh
ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali
ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk
menghadiri satu temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda
telah membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan
diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah
dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan
Singapura.
BAB 9 – Wajah Pesono
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada
itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada minggu pertama di tempat
kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway.
Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak.
Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum
Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang
terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda
terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji
kecantikan Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
BAB 10 – Senyum Sepuluh Ela
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser
berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar
kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam
lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk
Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal
dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading.
Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam
itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan
Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan
sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea tentang pakaian yang sesuai
dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti.
Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai feksyen yang berbelah sampai ke
paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi
Sarawak.
BAB 11 – Orang Rumah Sebelah
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan
punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut. Di Flamingo,
berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua.
Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort.
Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada
Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada
Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan
nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara
merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah
mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
BAB 12 – Bidadari Dari Langit
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan
tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang
sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo
Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan
perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk
Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya
dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh
Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan
Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema. Rentetan
daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel Flamingo tetapi
kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangna,
Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian
Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
BAB 13 – Mati Hidup Semula
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari
sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh
kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara
Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati. Majlis
pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan. Kerunsingan yang
dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam
pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda.. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14 – Bagaikan Puteri
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis sambutan
yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu
sungguh gembira.
BAB 15 – Hidup Ranggi
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan
hati wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin
baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur
kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
BAB 16 – Mimpi Lain-Lain
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia
yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik,
khususnya sector pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam
sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan
rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali
kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun
hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah
hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul.
Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali
terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan
Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda
bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik.
Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung
antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba
membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun
manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan
semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
BAB 17 – Konflik
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri.
Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di
samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu.
Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa
dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami.
Raidah faham bahawa keresahan dan sensitif hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18 – Dilanda Nostalgia
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi. Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya.
Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu
zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia
pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila
mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini
menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan
membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki
benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum
mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda ke dapur. Waheeda berbual
dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima
mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja
dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital
Normah tanpa kehadiran Zahid.
BAB 19 – Bagaikan Bongkah Batu
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut,
fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga,
nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya.
Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda
telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah
mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Dia membaca
berulang kali demi untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. SRaidah berasa senang dan terus
ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang
dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda
juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan
pakar perubatan dan kaunseling.
BAB 20 – Ke Pusat Rawatan Islam
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan
tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan
mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas
bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun
strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin
menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan
berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka
di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
BAB 21 – Sinar Di Hujung Terowong
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-
Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis
kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat
berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan
urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan
pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas
dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan
Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli
perniagaan yang berjaya.
BAB 22 – Bagaikan Air Gunung
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya
mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan
rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda
terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar.
Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah
(nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai
pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati
melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-
Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang
pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.
BAB 23 – Sejuk-Sejuk Tropika
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah
tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada
bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang
akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan
antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam
untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang
mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati
berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang
mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang
Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas
waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat
bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat
meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang
menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang
tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang
sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka Ketika ingin
membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan
yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia
teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati
terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.
BAB 24 – Kama Hati
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah,
bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti
dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin
menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.
-KEKUATAN NOVEL
Antara kekuatan yang terdapat di dalam Novel Tirani ialah tentang kesabaran watak
apabila dituduh perkara yang tidak betul. Sebagai contoh, Waheeda tetap bersabar walaupun
dituduh Zahir mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan
mesra Waheeda yang menginap di chalet mereka. Selain itu, kasih sayang seorang watak
utama kepada watak yang menyakitkan hatinya, Sebagai contoh, Waheeda yang mencintai
suaminya sepenuh hati telah mengalami kemurungan dan meroyan akibat tindakan
menceraikannya. Seterusnya. kekuatan yang ada dalam novel ini ialah pengajaran-pengajaran
yang boleh kita ambil iktibar. Antaranya ialah kita hendaklah gigih menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan dalam hidup agar perkara tersebut tidak menjadi beban kepada hidup
kita. Di samping itu, novel ini memberikan banyak nilai murni untuk hidup iaitu nilai
keinsafan, nilai keberanian dan nilai kegigihan. Akhir sekali, penulis banyak menggunakan
gaya bahasa hiperbola dalam novel ini untuk menarikkan lagi ayat dan peristiwa tersebut.
Salah satunya ialah hujan gerimis hilang di lautan senyap.
-KELEMAHAN NOVEL
Antara kekurangan yang terdapat di dalam Novel Tirani ialah plot yang membosankan
dan tidak menarik. Selain itu, watak utamu Waheeda tidak sepatutnya memaafkan Zahid atas
apa yang Zahid telah lakukan kepada Waheeda. Bukan sahaja memaafkan malah Waheeda
memberikan Zahid peluang kedua. Ini membuatkan jalan cerita yang tidak realistik.
Seterusnya, pengakhiran untuk cerita ini agak tergantung yang membuatkan pembaca
tertanya-tanya tentangnya. Di samping itu, jalan cerita tidak menumpukan kepada tujuan
sebernanya novel tersebut. Akhir sekali, permulaan cerita yang tidak menarik membuatkan
pembaca ingin berhenti membaca tetapi diselamatkan dengan plot sebenar.
-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan untuk Novel Tirani ialah dengan menarikkan lagi
plot supaya pembaca tidak bosan. Selain itu, penulis sepatutnya menjadikan penceritaan lebih
realistik dan memastikan watak yang kejam mendapat apa yang dilakukannya. Seterusnya,
pengakhiran untuk novel ini patut dituliskan atau diterangkan dengan lebih baik supaya
pembaca tidak menganggap ia tergantung. Di samping itu, penulis. juga haruslah
menerangkan atau menceritakan lebih lagi tentang Tirani dalam novel ini. Akhir sekali,
penulis perlulah menyemak semula jika terdapat kesalahan bahasa di dalam novel ini.
7. BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHYU
MOHD YUSOP
-PENGENALAN NOVEL
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini bertemakan kegigihan anak
muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman
telah gigih berusaha dan bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar.
Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala
Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka gigih berusaha untuk mendapatkan
sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor
untuk memastikan bintang-bintang dapat dicerap dan kelip-kelip dapat dilihat oleh semua
pengunjung. Pada masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek
perumahan Ikhtiar Tekno Alam dengan membina rumah mesra alam. Walaupun usaha
mereka ini mendapat bantahan dan tentangan yang hebat daripada pihak tententu yang
mempunyai kepentingan di tempat tersebut terutamanya Dato’ Johann Arlington tetapi
mereka tetap gigih meneruskan usaha ini.
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand
dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
-SINOPSIS KESELURUHAN
Novel BimaSakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul
Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa
terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’
Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua
Nurul Hafsa.
-SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1 – Janji Srikandi
Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan
murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai
cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa
sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah
menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke Kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.
BAB 2 – Wicham
Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun
merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama
Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul
Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan
Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut
janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad
taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial
menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik
menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang
projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
BAB 3 – Sungai Rahsia
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
BAB 4 – Budiman
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira
apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.
BAB 5 – Jiwa Ayahanda
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.
BAB 6 – Cita-Cita
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7 – Lelaki Kelip-Kelip
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.
BAB 8 – Bebas Grid
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9 – Zuriat
Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk menyokong
rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap secara
industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah
membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.
BAB 10 – Sidang Sejuta Kelip-Kelip
Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah
bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan
mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun
akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib
perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan
rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke
Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala
Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11 – Lewat Satu Melinium
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.
BAB 12 – Strategi
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai
membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai
daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan
Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
BAB 13 – Dendam Kembali Mekar
Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid. Beliau
memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan Langit
Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14 – Gelap Dalam Terang
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir.
Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa
terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB 15 – Khianat
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
BAB 16 – Dua Kelip-Kelip Terakhir Di Dunia
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
BAB 17 – Jalan Yang Ditinggalkan
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 18 – Kerasukan
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan
kain gelap.
BAB 19 – Selendang Hitam Manik Kristal
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan
ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad
Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi
tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum
dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20 – Nyawa Untuk Nyawa
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana
tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai
sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka
masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh
mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang
diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa
selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar,
berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan
dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
BAB 21 – Legasi Baju Biru
Kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan CCTV, pihak
polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya, nombor
pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu
menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi
etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah
membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi
tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad
taufik berjaya diselamatkan.
BAB 22 – Cinta Pejuang
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.
-KEKUATAN NOVEL
Antara kekuatan yang terdapat di dalm Novel Bimasakti Menari ialah keberanian
watak dalam bertindak untuk menyelamatkan mangsa culikan. Sebagai contoh, Muhammad
Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas mendapat nota untuk menyelamatkan
Nurul Hafsa yang telah diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid, Selain itu,
kita dapat melihat kerjasama watak-watak dalam novel ini. Sebagai contoh Budiman, Hafsa
dan Taufik bekerjasama menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala
Selangor untuk dibentangkan. Seterusnya, pengajaran yang terdapat dalam novel ini juga
boleh diambil iktibar. Antaranya kita mestilah mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan
sebaiknya agar tidak menjadi seperti kata dibawah tempurung. Di samping itu, terdapat
banyak nilai murni yang boleh kita amalkan dalam hidup iaitu nilai kasih sayang, nilai
tanggungjwab dan nilai kesyukuran. Akhir sekali, latar tempat yang diterapkan dalam novel
sangat menarik iaitu Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor dan Hospital Besar
Tanjung Karang.
-KELEMAHAN NOVEL
Antara kekurangan yang terdapat di dalm Novel Bimasakti Menari ialah terlampau
banyak tragedi yang berlaku yang tidak kena mengena dengan tajuk cerita. Selain itu, jalan
cerita agak sama dengan novel lain dan membosankan. Seterusnya, kulit buku yang juga
tidak dapat menarik minat pelajar atau pembaca untuk membaca. Di samping itu, kisah atau
pilihan tajuk tidak sesuai dengan jalan cerita. Akhir sekali, penggunaan bahasa dalam ini
sangat mudah. Hal ini akan membuatkan pembaca muda tidak dapat mempelajari perkataan
baharu.
-CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan untuk Novel Bimasakti Menari ialah dengan
mengurangkan trageji yang tidak diperlukan dalam novel. Selain itu, tidak mengulang
peristiwa atau cerita yang sama. Seterusnya, mengubah atau mencantikkan lagi kulit buku
agar menjadi lebih menarik untuk membaca. Di samping itu, penulis sepatutnya memastikan
penulisan atau penceritaan lebih menceritakan tentang bimasakti. Akhir sekali, penulis
haruslah menggunakan perkataan yang menarik dan bombastik supaya pelajar yang membaca
dapat mempelajari perkataan-perkataan yang baharu.
8. SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
-PENGENALAN NOVEL
Penulis novel bagi Silir Daksina iaitu Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin
Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan
rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat
menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992. Dari tahun 1994 hingga 1996,
beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak.
Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa
Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.
-SINOPSIS KESELURUHAN
Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan berbekalkan sebuah
manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak
dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi telah menetap di
Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk
mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya. Masyarakat
Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia kemudiannya mula
membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan
ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam manuskrip
tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah
Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah guru
yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan kecintaannya
terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah
dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal.
-SINOPSIS SETIAP BAB
Bab 1 – Tersingkap Rahsia
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,
nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam
alam Abdullah Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,masih di
sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya bahawa ayahnya bukan walid.
Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari
tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah
Kayan.
BAB 2 – Kisah Seorang Teman
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di Pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka
berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip
ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan
cinta ayah dan ibunya. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal.
Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir
mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang
manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3 – Senaskah Manuskrip Lama
Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan
rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan
anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.
Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu
mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil
memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-
mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan
arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama
ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang rajin
sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah. Semasa arwah ayahnya
masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah
kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang
dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah
yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada
peluang untuk rapat dengan Ai Ling.
Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh
Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan
persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul
berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia
dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.
Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta
Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri
akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga
ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta
untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula
berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan
agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat memilih
peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya
dalam bidang tersebut.
Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai
pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar
Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah
berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu
bahawa ibu bapanya membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam.
Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat
mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja
Amirulnizam teringatkan Aiman.
Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah
menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada
Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan
Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen.
Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan
untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi
hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat
mencurahkan kasih sayang.
Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai
orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat
persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di
pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan
selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu
diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh
penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara
peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam dapat
mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama
sebagai perkampungan sastera.
Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya
sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang
Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Amirulnizam berbual-
bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman.
Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling.
Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.
Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan
dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada
ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam. Dia
bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan
menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi
Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi
lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus.
Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga turut bertanya
tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.
Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala
persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga
larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan
menyimpan manuskripnya. Sakit kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam itu dia
rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar
anaknya sambil menangis teresak-esak.
BAB 4 – Desakan Hati
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu
dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan
rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya.
Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia
juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.
BAB 5 – Rindu
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya. Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal
mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai
berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan
kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama
ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar
Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya,
Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa
yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya
untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia
menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan
UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal
amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya
hal itu kepada umi.
BAB 6 – : Satu Ketetapan
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara dam-diam.