The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Doa Sempena Majlis Persaraan Insan Teristimewa Cikgu Sujak bin Maskan Pengetua SMK Senai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairulanwarabdrahman, 2021-10-11 10:40:14

Doa Sempena Majlis Persaraan Insan Teristimewa Cikgu Sujak bin Maskan Pengetua SMK Senai

Doa Sempena Majlis Persaraan Insan Teristimewa Cikgu Sujak bin Maskan Pengetua SMK Senai

‫بسم رلا هللا‬
‫ والصلاة والسلام على أشرف الأنبيأ‬,‫الحمدلله رب العالمين‬

‫والمرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين‬
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada saat dan detik
yang bersejarah ini, kami dengan rendah hati

menadah tangan penuh pengharapan,
memohon ihsan dan perkenan, agar Engkau

anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan
hidayahmu, serta kebaikan dan perlindungan
kepada Cikgu Sujak bin Maskan yang akan

bersara, menamatkan perkhidmatannya
sebagai Pengetua di Sekolah Menengah

Kebangsaan Senai .
Sesungguhnya kami warga SMK Senai amat

berat hati dan penuh kepiluan untuk
melepaskan beliau. Sungguh kami terasa

sekali akan kehilangannya.

1

‫اللهم وا منزل الرحمة والبركات‬

Ya Allah. Kami iringi persaraan beliau dengan doa dan
harapan semoga dianugerahkan baginya selepas bersara
nanti kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia

serta dikurniakan kesihatan, kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.
Ya Allah Ya Tuhan kami

Jadikanlah pengalaman suka duka puluhan tahun
perkhidmatan beliau yang dinoktahkan di SMK Senai ini
sebagai detik paling bersejarah dan kenangan yang paling

terindah sepanjang kehidupannya.
Kurniakanlah kepadanya ganjaran, syafaat dan
keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah
beliau curahkan sepanjang memimpin kami di sekolah ini.
Limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran
kepada semangat juang beliau yang tidak pernah
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab
sebagai pemimpin kami bahkan sentiasa berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi

kecemerlangan anak bangsa.
Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan dan
semangat beliau menjadi pendorong untuk kami dalam
meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang berjaya.

2

‫اللهم وا علوم ووا قاضي الحاجات‬

Ya Allah. Jadikanlah diri kami, daripada kalangan hamba-
hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya

Allah, daripada melanggari perintahMu.

Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda

yang cerdas, rezeki yang Halalan Toyyiba, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami

segala kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

‫اللهم وا ذالجلال والاكرام‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini
sebagai pertemuan yang dirahmati, dan jadikanlah
perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang diberkati

dan terpelihara.

،‫ وَتَفَ َّرُقَـَنَا مِنِ بَ ِع ِدهِ َتَف َُّرقًا َم ِع ُصوِمّا‬،‫َالَّل ُه ّمَ ا ِجعَ ِل جَ ِمَعنَا َهذَا جَمِعّا َمرِ ُحوِمّا‬
.‫َولَا َت ِجعَلِ الّلَ ُه ّمَ ِفوِنَا َولاَ مََعنَا َولَا مَ ِن وَِتبَعُنَا ذَِقوَّا َولاَ مَ ْط ُروِدّا َولَا مَ ِح ُروِمّا‬

ِ.‫رََّبنَا َءاِتنَا فِي ال ُّدَِنوَا حَسََنةّ وَفِي الَأ ِخ َرِة حَ َسنَةّوَِقنَا َعذَابَ الَّنَار‬
‫ َواْل َح ِمدُلِّلَهِ َر َِّب‬،َ‫وَ َصَّلى اللُه عَلَى َدَّوِدِنَا ُم َح َّم ٍد َوعََلى َءاِلِه وَ َص ِحِبِه وَدََّلم‬

.‫الَعاَل ِموِ َن‬

3


Click to View FlipBook Version