The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Doa Sempena Majlis Persaraan En Mohd Nor bin Rahmat SMK Senai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hairulanwarabdrahman, 2021-10-11 09:18:29

Doa Sempena Majlis Persaraan En Mohd Nor bin Rahmat SMK Senai

Doa Sempena Majlis Persaraan En Mohd Nor bin Rahmat SMK Senai

‫بسم الله الرحمن الرحوم‬

‫ والصلاة والسلام على أذرف الأنبوأ والمردلين وعلى اله‬,‫الحمدلله رب العالمين‬
‫وصحبه أجمعين‬

Ya Allah.Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami
menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan
RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan
hidayah, juga kebaikan, ketabahan dan kekuatan kepada En.Mohd

Nor bin Rahmat yang akan bersara, menamatkan
perkhidmatannya sebagai Pembantu Makmal Sains di SMK Senai.

Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,

kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

‫اللهم وا منزل الرحمة‬

Ya Allah Ya Tuhan kami

Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan
atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan

sepanjang berkhidmat di sekolah kami. Kau limpahkanlah Rahmat
dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang
tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam memikul
tanggungjawab serta berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan sekolah dan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan
semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai khalifah di muka bumi ini.

1

‫اللهم وا علوم ووا قاضي الحاجات‬

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu
yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan
yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi
yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di

dunia dan kebaikan di akhirat.

‫اللهم وا ذالجلال والاكرام‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai
pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai

perpisahan yang diberkati.

‫ وَلَا تَ ِجَع ِل الّلَهُ ّمَ ِوَِنا‬،‫ َوَتَف َّرُقََـَنا مِ ِن َبعِ ِدِه َتَف َّرُقًا مَعِ ُصوِمّا‬،‫َالَّلهُ ّمَ ا ِجَع ِل جَ ِمعََنا هَذَا جَ ِمعّا َم ِر ُحوِّما‬
.‫وَلَا َمَعنَا وَلَا َم ِن وَتَِبعَُنا َذِقّوَّا وَلاَ مَ ْطرُ ِودّا وَلاَ مَ ِحرُ ِوّما‬

ِ.‫َرّبَنَا ءَاِتنَا ِي ال ّدَُنِوَا َح َسنَةّ َوِي الَأ ِخ َرةِ حَسََنةّ َوِقَنا عَذَا َب الّنَار‬
.َ‫ َوالْحَمِ ُدلَِّلهِ رَ ِّبَ الَعالَمِِون‬،‫وَ َصّلَى اللُه عَلَى َدّوَِ ِدنَا مُحَ َّم ٍد وَ َعلَى َءاِلهِ وَصَ ِحبِِه َو َدّلَ َم‬

2


Click to View FlipBook Version