The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAZLIZA BINTI IBRAHIM KPM-Guru, 2024-06-29 06:36:11

PENCALONAN ANUGERAH NILAM MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI

MUHAMMAD FAWWAZ TOKOH NILAM BM

MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI PENCALONAN ANUGERAH NILAM BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH TINGKAT KIKIK 2, TAMAN INDERAWASIH 13600 PERAI PULAU PINANG SK TAMAN INDERAWASIH 5 ALFA TDAAHEURNAH2024 DAERAH


PROFIL MURID ANUGERAH NILAM ISI KANDUNGAN KURIKULUM KOKURIKULUM PENCAPAIAN NILAM PENCAPAIAN KHAS LAMPIRAN


MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI PROFIL MURID


BORANG PENCALONAN


BORANG PENCALONAN


BORANG PENCALONAN


BORANG PENCALONAN


BORANG PENCALONAN


BORANG PENCALONAN


BORANG PENCALONAN


[email protected] NAMA IBU: NORAZLIZA BINTI IBRAHIM PEKERJAAN : GURU NAMA BAPA : MUHAMMAD FITRI BIN MD.AMIN PEKERJAAN : GURU TOKOH IDOLA : TUN DR.MAHATHIR BIN MOHAMAD MOTO HIDUP : USAHA TANGGA KEJAYAAN HOBI : MEMBACA BUKU & BERMAIN BOLA SEPAK BIODATA TOKOH PENGAWAS SEKOLAH : 2022-2024 NAIB PENGERUSI : TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH NAIB BENDAHARI : PERSATUAN BAHASA ARAB & PENDIDIKAN ISLAM AJK : KELAB BOLA SEPAK NAMA: MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI KELAS: 5 ALFA SEKOLAH: SK TAMAN INDERAWASIH ANAK : ANAK KEDUA DARI ENAM ADIK BERADIK


Seawal Nabi Adam A.S dicipta, saat itulah penerokaan ilmu bermula. Dengan membaca segala petanda kebesaran Yang Maha Esa terbukti ada, maka terbinalah ketamadunan bangsa yang hebat dan berjaya. Benarlah kata-kata pujangga … Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Assalamualaikum , dan salam Nadi Ilmu Amalan Membaca.. Mekar angsana pandang tak jemu, Bunganya luruh ke dalam raga, Buku Laksana lautan ilmu , Dasarnya penuh mutiara berharga. Izinkan saya memperkenalkan diri, nama diberi Muhammad Fawwaz bin Muhammad Fitri . Panggilan manja Fawwaz yang membawa maksud kejayaan .Berumur 11 tahun dan Lahir pada tanggal 17 Ogos 2013 di Pearl Maternity , Pulau Pinang. PROFIL BIODATA DIRI


Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih bersama rakan-rakan yang berbilang bangsa dan kebudayaan . Kini ,saya menetap bersama keluarga di Taman Lakeside,Bertam Perdana 2, Pulau Pinang. Saya merupakan anak kepada pasangan Muhammad Fitri bin Md. Amin dan Norazliza binti Ibrahim yang memberi khidmat baktinya kepada pendidikan negara. Dalam keluarga , Saya merupakan anak kedua dari enam adik-beradik beradik dan bercita-cita mahu menjadi seorang ustaz . Hobi saya adalah membaca buku dan bermain bola sepak . Saya gemar membaca pelbagai jenis bacaan.Dengan membaca saya dapat mengetahui dan menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Satu kata-kata insan bijak pandai yang membuatkan saya teruja untuk membaca ialah membaca mebolehkan kita mengembara ke dunia luar walaupun kita tidak pernah sampai ke tempat tersebut.


Ibu bapa dan seluruh ahli keluarga amat menyokong minat saya ini. Selain membeli bahan-bahan bacaan yang dijadikan koleksi, mereka sering membawa saya ke Perpustakaan Negeri dan mendaftarkan saya sebagai ahli Pusat Sumber negeri bagi saya meminjam bahan bacaan di sana. Di sekolah, pada setiap waktu terluang saya akan berada di pusat Sumber Sekolah untuk mengisi masa dengan membaca. Terinspirasi dengan kedua ibu bapa saya yang mana mereka merupakan seorang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah membuatkan saya memasang cita-cita untuk menjadi seorang ustaz dewasa nanti. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad merupakan idola saya.Ini kerana beliau suka membaca buku sehingga membawa kejayaan dalam membangunkan negara serta memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia telah menjadi suntikan untuk saya untuk menngikut jejak langkah beliau.


Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyertai sebuah pertandingan yang sangat bermanfaat ini. Jutaan terima kasih ke pada rakan-rakan , pihak sekolah,kedua ibu bapa dan guru-guru terutamanya Cikgu Raja Zuriyani yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya sehingga saya tercalon dalam Anugerah Tokoh Nilam kategori Bahasa Melayu peringkat Daerah Seberang Perai Tengah bagi tahun 2024 ini. Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang calon Anugerah Tokoh NILAM. Program NILAM ini menyumbang kepada proses pembangunan generasi berfikir dan bernilai tinggi. Malah ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan generasi dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekian terima kasih.


KAD PENGENALAN


SIJIL LAHIR


MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI KURIKULUM


BIL. PENILAIAN KELAS/ TAHUN PENCAPAIAN 1. PBD PERTENGAHAN TAHUN 4 ALFA (2023/04) RUJUK LAMPIRAN 2. PBD AKHIR TAHUN 4 ALFA (2023/04) RUJUK LAMPIRAN PENCAPAIAN AKADEMIK


PBD


PBD


PBD


PBD


PBD


BM & BI


BM & BI


MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI KOKURIKULUM


PAJSK


PAJSK 1.Jom Membaca 10 minit- Peringkat Negeri 2.Semarak Nilam- Peringkat Sekolah Mencipta Lagu & Puisi Anti Dadah - Peringkat Negeri 3. 4.Pertandingan Kuiz HePiLI - Peringkat Kebangsaan 5.Science Fair - Peringkat Kebangsaan Majlis Tadarus Al-Quran & Khatam Perdana - Peringkat Negeri 6. 7.Kursus Asas Perkhemahan Peringkat Negeri 8.Klinik Asas Kawad Kaki -Peringkat Negeri 9.Tilawah Al-Quran (L)- Peringkat Daerah.


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


SIJIL


MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FITRI PENCAPAIAN NILAM


ADVANCE INTEGRATED NILAM SYSTEM


SENARAI


DI MANA AKIF? KOMIK PENDIDIKAN BRITANNICA DINOSOUR SCIENCE UP! KUTUB UTARA DAN KUTUB SELATAN SCIENCE UP! BUMI KOMIK PENDIDIKAN BRITANNICA SERANGGA DAN LABAH-LABAH BICARA 5 BUAH BUKU


Assalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh,bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Izinkan saya Si Teruna Idaman ini. memperkenalkan diri. Nama saya Muhammad Fawwaz bin Muhammad Fitri .Saya merupakan murid Tahun 5 Alfa dari Sekolah Kebangsaan Taman Inderawasih.Kod Sekolah Saya ialah PBA0020.Saya Suka membaca semua jenis bahan bacaan. Fiksyen, Bukan Fiksyen Bahan Digital dan sebagainya. Saya suka membaca kerana melalui pembacaan saya dapat menambahkan pengetahuan dan meningkatkan Perbendaharaan kata. Dalam video ini, akan saya kongsikan tentang sebuah ‘buku yang Saya sukai yang mempunyai isi yang menarik untuk dikongsikan Bersama. Jadi....ayuh! kita dengarkan. Buku yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah dari Siri Novel Pengembaraan Akif .Di Mana Akif? Hasil tangan N Hadzmy. Buku ini diterbitkan oleh Blue-T publication Sdn.Bhd. Cetakan pertama kalinya adalah pada 2008 dan cetakan kedua pada 2011.Buku ini mengandungi 92 halaman bercetak dengan ketinggian 0.5 cm. Buku ini berharga Ringgit Malaysia 8.90.Saya memilih buku ini kerana ilustrasi dan jalan ceritanya yang menarik serta tidak membosankan BUKU 1 DI MANA AKIF?


Tema yang dibawa adalah pengembaraan dan penyiasatan. Memandangkan saya juga meminati cerita pengembaraan dan penyiasatan. Jadi amat bersesuaianlah dengan diri saya. Bahasa yang digunakan Oleh pengarang pula sangat jelas ,ringkas dan mudah difahami.Mengandungi 10 bab. Apa yang lebih menarik tentang buku ini ialah di setiap permulaan bab terdapat gambar watak atau gambar yang menggambarkan penceritaan tentang bab tersebut. Jadi melalui gambar ini pun kita secara tidak langsung dapat meneka jalan cerita dalam Bab itu. Ada lagi menarik ya kawankawan, tentang buku ini ada diselitkan penceritaan dalam bentuk ilustrasi komik dari muka surat 39 hingga 60. Bagi saya, buku ini sangat-sangat menarik untuk dibaca. Jom kita berkenalan dulu dengan watak utama nya iaitu Akif. Akif adalah seorang kanak-kanak pendiam dan suka berangan tetapi bijak dan kreatif. Akif sering terlibat dalam masalah-masalah yang tidak diduga ke mana sahaja dia pergi. Namun, dengan menggunakan kreativiti Akif bijak mengaplikasi ilmu yang dipelajari di sekolah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.


Melalui pengalaman-pengalaman ini serta sokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang ditemuinya,Akif juga dapat mempelajari nilai-nilai kehidupan.Dalam cerita Dimana Akif ? ceritanya bermula begini.Akif dan keluarganya bercuti di Pulau Pangkor. Akif telah jatuh sakit semasa bercuti di Pulau Pangkor. Ini menyebabkan Akif terpaksa tinggal bersendirian di bilik penginapan keluarganya.Di masa yang sama, kegiatan kecurian sedang berleluasa di kawasan penginapan Akif. Modus operandi mereka ialah mensasarkan pelancong yang datang ke Pulau tersebut. Mereka memerhatikan gelagat pelancong untuk memastikan tempat penginapan mereka kosong kemudian, sebahagian daripada mereka akan memecah masuk ke bilik penginapan pelacong untuk mencuri barang-barang berharga milik pelancong.


Alkisahnya, semasa di sana Akif yang tidak sihat ditinggalkan seketika oleh keluarganya yang keluar ke pantai. Kumpulan penyamun yang berkumpulan itu rupa-rupanya mensasarkan bilik mereka untuk dipecah masuk.Tanpa mereka sedari , terdapat Akif di dalam bilik sewaktu mereka masuk ke bilik keluarga Akif. Mereka telah menahan Akif dan setelah menggeledah bilik, mereka telah membawa Akif bersama untuk mengelakkan rahsia mereka bocor. Akif telah dibawa bersama menaiki bot dan ditinggalkan bersendirian di pulau berdekatan dalam keadaan terikat. Akif sekali lagi menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan dirinya. Akhirnya dengan bantuan pelancong tempatan yang ternampak Akif datang memberikan pertolongan dan membawa Akif ke hospital. Akif bertemu semula dengan keluarganya. Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada buku ini ialah Sikap prihatin Akif juga akhirnya membawa keinsafan kepada salah seorang penjahat yang telah bersubahat menculik Akif.Selain daripada itu, kita janganlah mengambil jalan mudah untuk mencapai kesenangan dan hidup mewah dengan menyamun dan merompak. Kita seharusnya sentiasa berbuat baik dan hidup biarlah memberi manfaat kepada orang lain. Sekian dulu dari saya si Teruna Idaman dari SKTI. Sekian,Wabiilahitaufikwalhidayah,wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version