The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maisarah Kamarudin, 2019-05-13 01:05:12

Laporan Dokumentasi hari guru_clone

Laporan Dokumentasi hari guru

Laporan Dokumentasi

SAMBUTAN
HARI GURU
PERINGKAT
SEKOLAH

TARIKH SEKOLAH KEBANGSAAN GETANG
MASA KUALA TELEMONG, 21210 KUALA TERENGGANU,
PROGRAM TELEFON: 09-6120072 EMAIL: [email protected]
TEMPAT
ANJURAN LOG LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM

PENGENALAN 02 MEI 2019/ KHAMIS

7.45 PAGI – 1.00 PETANG

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN GETANG

PERSATUAN IBU BAPA & GURU DAN KELAB GURU & STAF

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi
mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam
mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah
bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup
dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang
berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu
“Guru, obor hemah menyinari pertiwi”. Kerjaya suci dan murni
seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual
beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama Islam sendiri
seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama
selepas kedua ibu bapa.Bagi meraikan dan membalas jasa guru-
guru yang tercinta, PIBG SK Getang turut tidak ketinggalan untuk
mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang diadakan
pada 2 Mei 2019.

OBJEKTIF 1. Meraikan guru-guru SK Getang sempena sambutan Hari Guru.

2.Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang
mencurahkan bakti mendidik murid-murid SK Getang.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara
Guru dan ibu bapa.

4. Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru,
kakitangan dan murid SK Getang.

5. Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan murid.

TEMA “GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI”

PROGRAM 1. Gotong- royong Bersama Ibu bapa murid bagi menceriakan
SEMPENA HARI kawasan sekolah pada 12 April 2019.
GURU
2. Perlawananan Persahabatan Bola Sepak PIBG pada 19 April
2019.

3. Program Senamrobik pada 25 April 2019.

CATATAN 4. Program Ziarah Cakna ke rumah orang tua yang uzur pada
29 April 2019.

5. Pertandingan Boling melibatkan guru dan staf pada 29 April
2019.

6. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 2 Mei 2019
melibatkan semua guru, staff dan ibu bapa.

7. Solat Hajat Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2019.

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN
2019 SEKOLAH KEBANGSAAN GETANG.

Pada hari Khamis/ 2 Mei 2019, Sekolah Kebangsaan Getang
telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena
dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei pada setiap tahun.
Sambutan tersebut diadakan di Dewan Al-Hijr dan padang bola
jaring.

Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Al-Hijr pada
jam 7.30 pagi. Tetamu jemputan yang hadir ialah YDP PIBG,
Pn. Norhaiti (PPS PPD), Sarjan Saiful Rezza (PPS Polis),
Pengerusi Alumni dan AJK PIBG. Majlis dimulai dengan
nyanyian lagu Negaraku dan lagu Pendidikan Terengganu.
Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh ketua murid sekolah iaitu
adik Anis Qhairina Binti Mustaffa Kamal. Dalam ucapannya,
ketua murid mewakili semua murid menyampaikan ucapan
selamat hari Guru dan ucapan terima kasih buat guru-guru, serta
mendoakan mereka. Seterusnya, majlis diteruskan dengan
ucapan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zakaria Bin
Mat Amin yang telah membacakan perutusan Pengarah
Pendidikan Negeri Terengganu.

Seterusnya ucapan oleh En. Mohamad Bin Jusoh yang telah
membacakan perutusan Menteri Besar Terengganu. Sambutan
hari guru ini turut diserikan lagi dengan ucapan Selamat Hari
Guru oleh Yang Dipertua PIBG iaitu YM Tengku Shukri Bin
Tengku Hashim. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan
ikrar hari guru yang diketuai oleh Cikgu Mohamad Zapawi Bin
Mamat dan disusuli dengan persembahan nyanyian lagu "Kami
Guru Malaysia". Majlis turut diserikan dengan acara memotong
kek hari guru.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang
bermula pada jam 9.30 pagi. Guru-guru dan ibu bapa menyertai
pelbagai acara sukaneka seperti membaling botol menggunakan
buah kelapa, kail ikan, menjunjung botol dan sambut belon berisi
air. Suasana begitu meriah dengan sorakan padu yang diberikan
oleh murid-murid untuk guru-guru dan ibu bapa kesayangan
mereka. Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan
meriah sekali.

Setelah usai acara sukaneka, murid-murid dan guru berkumpul
kembali ke dewan bagi menyaksikan persembahan guru. Majlis
dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh YM Tengku
Khatijah Bt. Ngah, En. Mohamad Zapawi Bin Mamat dan En.
Zulkifli Bin Ismail. Majlis turut diserikan dengan persembahan
nyanyian oleh Pengerusi Alumnai iaitu Tuan Mohd Nafi B. Tuan
Abu Bakar.

KEKUATAN Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan
acara pemberian cenderamata daripada murid kepada guru
masing-masing dan penyampaian hadiah untuk acara yang telah
dipertandingkan sebelum ini. Semua murid, guru dan ibu bapa
yang hadir dijamu dengan jamuan makan setelah majlis tamat.
1. Sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa hadir ke
sekolah untuk bersama-sama meraikan sambutan hari guru pada
kali ini.

ISU 1 : Acara sukaneka yang agak lewat dijalankan menyebabkan
aktiviti sukaneka dijalankan dalam keadaan cuaca yang panas.
Acara sukaneka terlewat kerana majlis rasmi dimulakan lewat ekoran
tetamu jemputan makan terlebih dahulu.

ISU & CADANGAN ISU 2 : Makan tengahari tidak mencukupi. (Pekerja, guru KAFA dan
PENAMBAHBAIKAN pengawal keselamatan). Hal ini kerana, ada sebilangan yang hadir
makan dua kali.

ISU 3 : Perjalanan sukaneka yang tidak lancar. (Pemarkahan).

ISU 4 : Ada sebilangan guru yang tidak menerima hadiah sukaneka.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………................. ……………………………........................
(SITI NOR MAISARAH BT KAMARUDIN) (MOHAMAD ZAPAWI BIN MAMAT)
AJK Dokumentasi GPK Kokurikulum

Disahkan oleh :

………………….................
(TAN WOON SU)
Guru Besar

SEKOLAH KEBANGSAAN GETANG
KUALA TELEMONG, 21210 KUALA TERENGGANU,
TELEFON: 09-6120072 EMAIL: [email protected]

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
SEKOLAH

ANTARA PROGRAM YANG DIJALANKAN BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU
IALAH :
1. PROGRAM GOTONG-ROYONG

Tarikh : 12 April 2019/ Jumaat
Program gotong-royong telah dijalankan bersempena sambutan perayaan hari guru
peringkat sekolah pada tahun ini. Gotong-royong ini melibatkan semua guru,
kakitangan sekolah dan ibu bapa murid SK Getang. Antara aktiviti yang dijalankan
seperti membaiki pagar yang telah roboh di sebelah kanan sekolah, mengecat pagar
hadapan sekolah, mengecat bangku batu dan mengecat dinding di bahagian luar
kantin. Program ini berjaya dilaksanakan atas sokongan guru dan ibu bapa.

Pada 9 April 2019/ Selasa telah dijalankan aktiviti mencari turus pagar bagi
memudahkan aktiviti membaiki pagar yang roboh di sebelah kanan sekolah. Aktiviti
mencari turus pagar ini turut melibatkan bapa dan guru (Lelaki).

Gambar-gambar semasa aktiviti mencari turus pagar.

Gambar-gambar semasa aktiviti gotong-royong:
i. Membaiki pagar sekolah yang roboh.
ii. Mengecat bangku batu.
iii. Menceriakan dinding hadapan bangunan kantin.
iv. Mengecat pagar hadapan sekolah.

2. PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK LIGA PIBG

Tarikh : 19 April 2019/ Jumaat

Masa : 5.30 Petang

Penglibatan : Guru/ AJK PIBG vs Alumni Gtas/ Bapa murid

Gambar-gambar semasa perlawanan persahabatan bola sepak
antara Guru/ AJK PIBG vs Alumni Gtas/ Bapa murid. Keputusan

seri 5-5

3. PROGRAM SENAMROBIK

Tarikh : 25 April 2019 (Khamis)
Masa
Tempat : 7.30 Pagi
Tentatif
: Dewan AL-Hijr, Sek. Keb. Getang
Penglibatan : 7.30 Pagi – Bacaan Yasin
: 7.45 Pagi – Program Senamrobik

: Semua guru, kakitangan, murid dan ibu bapa.

Gambar-gambar semasa aktiviti senamrobik.

4. PROGRAM ZIARAH CAKNA
Tarikh : 29 April 2019/ Isnin
Masa : 8.30 Pagi – 10.00 Pagi

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan selepas kali pertama diadakan pada tahun
lepas (2018). Objektif ziarah cakna ini adalah untuk memberi sumbangan dari pihak
PIBG dan Kelab Guru Gtas kepada komuniti setempat khususnya kepada orang-
orang tua yang uzur. Ziarah dan pemberian sumbangan ini melibatkan 3 buah
kampong iaitu Kampung Nasi Dingin, Kampung Getang dan Kampung Chepoh.
Program ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak
sekolah dan penduduk kampong.

Ziarah cakna di Kampung Nasi Dingin

Ziarah cakna di Kampung Getang

Ziarah cakna di Kampung Chepoh

5. PERTANDINGAN BOLING MELIBATKAN SEMUA GURU DAN KAKITANGAN
SEKOLAH.

Tarikh : 29 April 2019/ Isnin
Masa : 2.30 Petang
Penglibatan : Semua Guru & Kakitangan Gtas
Keputusan :

KEDUDUKAN KUMPULAN INDIVIDU (LELAKI) INDIVIDU (WANITA)
JOHAN Kump. 5 Muhammad Khairuddin Bin Ali Norhafizah Binti Nordin
NAIB JOHAN Kump. 1 Tan Woon Su Hanoryati Binti Hassan
TEMPAT KE-3 Kump. 6 Zakaria Bin Mat Amin Engku Rosniwati Binti Engku Zahit

Gambar-gambar semasa pertandingan boling

6. SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 02 Mei 2019/ Khamis

Gambar-gambar semasa Majlis Rasmi

Gambar-gambar semasa acara sukaneka

SENARAI KUMPULAN
KUMPULAN 1

KUMPULAN 2
KUMPULAN 3

KUMPULAN 4
KUMPULAN 5

KUMPULAN 6


Click to View FlipBook Version