1
`
DISEDIAKAN OLEH:
MAIZATUL ILMA BINTI ISMAIL
SM SAINS KUALA SELANGOR
2
PENGENALAN
Nota Mamerang (Mahir Mengarang) merupakan panduan penulisan
karangan secara dalam talian berdasarkan formula. Murid-murid juga
boleh merujuk nota ini untuk menulis karangan dengan menggunakan
formula. Dalam nota ini, saya menyediakan formula menulis perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
Perenggan pendahuluan iaitu IKaTan 2 Hati membantu murid
memulakan karangan dengan bertaut. Formula perenggan pendahuluan
ini juga akan mengelakkan murid menggunakan masa yang lama untuk
memulakan penulisan mereka. Formula perenggan isi, Ikut Hati CUma
Perasaan pula merangkumi perkara-perkara yang penting dalam
mengembangkan sesuatu isi. Seterusnya, formula perenggan penutup
Rasa Cemas Aku Hilang membantu murid mengakhiri karangan mereka
dengan berkesan. Formula perenggan penutup ini perlu dikuasai supaya
murid dapat menjimatkan masa dan dapat menggunakan masa
selebihnya untuk memurnikan karangan mereka. Ringkasnya, formula
penulisan karangan ini membantu murid untuk mencambah idea dengan
cepat dan berkesinambungan. Formula-formula ini juga mudah dihafal
oleh murid kerana pemilihan kata kuncinya berkait rapat dengan
kehidupan manusia, iaitu hati.
Seterusnya, nota ini juga menyediakan peribahasa yang boleh
digunakan dalam penulisan karangan berdasarkan 17 tema yang telah
dipilih. Hal ini demikian kerana peribahasa merupakan suatu elemen
penting untuk menjadikan sesebuah karangan itu menarik untuk dibaca.
Dengan ini, diharap Nota Mamerang dapat dimanfaatkan oleh murid-
murid, guru-guru dan pembacanya dalam menghasilkan penulisan yang
cemerlang.
3
FORMULA PENDAHULUAN
I K A T AN 2 H ATI
1. ISU (I) 4. HASIL TINDAKAN (H)
• Meliputi isu-isu yang • Kesan daripada tindakan yang
dibangkitkan dalam soalan. telah diambil
• Senario umum berkaitan isu • Kesan mungkin positif atau
berkenaan perlu dijelaskan. sebaliknya bergantung kepada
• Ayat isu boleh dimulakan isu dan kehendak soalan.
dengan takrif isu. • Mulakan ayat Hasil Tindakan
dengan; Hasilnya,
2. KESAN ISU (K) 5. HUBUNG KAIT DENGAN
• Kesan isu merupakan kesan SOALAN (H)
• Hala tuju menghubungkaitkan
umum yang sudah diketahui kehendak soalan dengan
akibat isu yang dibincangkan. pendahuluan.
• Kesan isu boleh dalam situasi • Fokus kepada perkara yang akan
positif atau situasi negatif dibincangkan dalam bahagian isi
bergantung pada isu. karangan
3. TINDAKAN UMUM (T)
• Memasukkan tindakan umum pihak-
pihak tertentu secara umum dan tidak
terperinci, contohnya, pihak kerajaan.
• Pihak kerajaan yang melaksanakan
tindakan umum perlu dispesifikkan
nama kementerian atau jabatan yang
terlibat.
• Mulakan ayat Tindakan Umum dengan:
Oleh hal yang demikian, Oleh sebab
itu, Sehubungan dengan itu.
Pendahuluan karangan ini akan
lebih menarik jika menggunakan 8
jenis pendahuluan. (Definisi,
Peribahasa, Berita, Sejarah,
Pendapat tokoh, Puisi, Suasana &
Gabungan)
4
CONTOH PENDAHULUAN
CONTOH 1:
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dalam memupuk minat membaca dalam
kalangan anak-anak. Berikan pendapat anda.
Membaca merupakan proses yang penting dalam menuntut ilmu. Dewasa ini,
tahap kesedaran akan kepentingan membaca dalam kalangan masyarakat masih
rendah.(ISU) Kesan amalan membaca memang tidak dapat disangkal lagi kerana
amalan ini sememangnya mendatangkan manfaat yang tidak terkira. (KESAN ISU)
Sehubungan dengan hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk
menjadikan membaca sebagai satu cara hidup. (TINDAKAN UMUM) Kesannya,
masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan. (HASIL TINDAKAN) Sesungguhnya ibu
bapa memainkan peranan penting untuk melahirkanmasyarakat yang berilmu.
(HUBUNG KAIT DENGAN SOALAN)
CONTOH 2:
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) merupakan bidang baharu yang
perlu dikuasai oleh masyarakat masa ini. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-
kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap masyarakat.
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menjadi agenda
penting dalam proses pembangunan negara. Rata-rata masyarakat negara ini
menyedari akan kepentingan TMK dalam kehidupan seharian pada zaman moden ini.
(ISU) Aplikasi teknologi maklumat memberi banyak manfaat kepada individu,
masyarakat dan negara. (KESAN ISU) Sehubungan itu, kerajaan telah berusaha
untuk menjadikan teknologi maklumat sebagai fokus yang perlu dikuasai. (TINDAKAN
UMUM) Hasilnya, masyarakat yang celik teknologi maklumat kini semakin meningkat
peratusnya. (HASIL TINDAKAN) Sesungguhnya, bidang TMK mendatangkan banyak
kebaikan terhadap masyarakat. (HUBUNG KAIT DENGAN SOALAN)
CONTOH 3:
Kejadian buli di sekolah semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Terdapat pelbagai
kesan yang timbul akibat kejadian buli di sekolah. Bincangkan.
Gejala buli di sekolah menjadi perbincangan hangat dalam kalangan
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini seorang pelajar Sekolah Agama
Menengah di Kuala Lipis, Pahang mengalami kecederaan serius akibat buli. (ISU) Hal
ini telah mencetuskan kebimbangan masyarakat, terutamanya ibu bapa yang
menghantarkan anak untuk belajar di sekolah-sekolah berasrama. (KESAN ISU)
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah mengambil
beberapa langkah drastik untuk menangani masalah ini, termasuklah membawa
mereka yang terlibat untuk dihadapkan di mahkamah. (TINDAKAN UMUM) Namun
begitu, tindakan ini hanya seperti mencurah air ke daun keladi kerana gejala ini
semakin menjadi-jadi. (HASIL TINDAKAN) Sesungguhnya, gejala ini akan
mendatangkan pelbagai kesan sekiranya tindakan segera tidak diambil untuk
mengawalnya. (HUBUNG KAIT DENGAN SOALAN)
5
LATIHAN PENDAHULUAN
LATIHAN 1
Susun ayat-ayat di bawah dengan melabelkan sama ada ayat ISU, KESAN ISU, TINDAKAN UMUM,
HASIL TINDAKAN dan HUBUNG KAIT DENGAN SOALAN menjadi satu perenggan pendahuluan
yang lengkap.
BIL AYAT KATEGORI AYAT
1 Masalah yang dianggap barah masyarakat ini memberikan implikasi negatif
kepada negara kerana mampu menggugat sistem pemerintahan dan
menumbangkan sesebuah kerajaan.
2 Marcapada, fenomena rasuah, makan suap dan tumbuk rusuk ini semakin
mendapat tempat untuk dibincangkan oleh pelbagai pihak di negara ini.
Media massa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai
kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam kes rasuah.
3 Hasilnya, masyarakat semakin celik ilmu berkaitan gejala rasuah ini dan
mula sedar akan kesan rasuah kepada masyarakat dan negara, namun untuk
membanteras gejala ini secara total pasti agak sukar.
4 Jelaslah, fenomena sosial ini perlu dicari gali puncanya supaya langkah yang
efektif dan pragmatik dapat dilaksanakan.
5 Oleh hal yang demikian, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program,
kempen dan penyiasatan untuk memerangi rasuah di negara kita yang
dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
LATIHAN 2
Berdasarkan soalan di atas, bina satu perenggan pendahuluan yang menepati formula IKATAN 2 HATI
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang
dan beriadah.
Jelaskan kelebihan aktiviti bersukan kepada remaja.
_________________________________________________________________________________________

__
6
FORMULA ISI
ISI IKUT HATI CUMA PERASAAN
“Ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jadi
ikutlah akal dan minda yang rasional
dalam membuat keputusan anda,
termasuklah menghasilkan karangan
yang cemerlang.
• Ayat untuk mengetengahkan isi karangan yang
terdiri daripada idea utama atau perkara penting
merujuk kepada kehendak soalan
• Kata kunci dalam soalan perlu digaris sebelum
menyenaraikan isi karangan.
HURAIAN • Huraian lengkap terhadap isi yang dikemukakan
• Menghuraikan isi dengan menjawab soalan
berdasarkan kata tanya mengapa dan bagaimana
• Dua atau tiga ayat untuk menghuraikan isi sudah
memadai.
• Penanda wacana ayat huraian: Hal ini dikatakan
demikian kerana/ Fenomena ini berlaku kerana/
Keadaan ini demikian disebabkan oleh/ Situasi ini
demikian/ berlaku kerana,
CONTOH • Kemukakan contoh berkaitan isi yang dihuraikan.
• Contoh - sesuatu yang sama dengan keadaan atau
huraian yang dinyatakan sebelum ini.
- boleh dihuraikan dalam bentuk situasi
- Contoh perlu spesifik dan jelas.
UNGKAPAN MENARIK
• Ungkapan menarik merupakan elemen penting yang menjadikan sesebuah
perenggan ini menarik untuk dibaca.
• Ungkapan menarik termasuklah, peribahasa, pendapat tokoh, frasa menarik
dan hadis.
PENEGASAN
• Setiap perenggan perlu disimpulkan dengan penegasan untuk menegaskan
atau merumuskan isi yang telah dihuraikan.
• Contoh penanda wacana :Sudah terang lagi bersuluh, Oleh hal yang
demikian, ,Tidak dapat dinafikan lagi, Dengan ini, Jelaslah bahawa.
7
CONTOH PERENGGAN ISI
CONTOH 1:
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dalam memupuk minat membaca dalam
kalangan anak-anak. Berikan pendapat anda.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek
membaca.(ISI) Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah memulakan budaya
membaca di rumah dengan menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat
anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Perbuatan ibu bapa yang suka
membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah
menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, (HURAIAN) Sebagai misal, ibu
bapa hendaklah mengisi masa senggang dengan membaca buku-buku ilmiah atau
surat khabar. Selain itu, ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama dengan
anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah (CONTOH).
Hal ini bertepatan dengan pendapat Albert Bandura melalui teori Pembelajaran Sosial,
iaitu tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui proses peniruan dan permodelan.
(UNGKAPAN MENARIK) Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik
kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu
amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi
menjadi penawar. (PENEGASAN)
CONTOH 2:
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan bidang baharu yang
perlu dikuasai oleh masyarakat masa ini. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-
kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap masyarakat.
Dari segi sosial, pembangunan TMK dapat mengeratkan hubungan antara rakyat
Malaysia.(ISI) Hal ini demikian kerana, rakyat Malaysia sama ada yang berada di
dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan
dapat berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa.
Selain itu, hubungan kerjasama diplomatik dan persefahaman antara negara yang
melibatkan pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar.(HURAIAN)
Sebagai contoh medium perhubungan melalui TMK ialah pengaplikasian mel
elektronik dan aplikasi media sosial, seperti Whatsapp dan Telegram. Mel elektronik
boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia dan pada bila-bila masa
dengan mudah. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh
ClseuObriahNt.TmO(uCrHaOhN3dT:aOriHpa).daDpeannggagnilainnit,elkeefojanudhaann jauh lebih pantas daripada penghantaran
tidak lagi menjadi penghalang untuk
menjadikan hubungan semakin akrab bagai isi dengan kuku.(UNGKAPAN MENARIK)
Jelaslah bahawa kemajuan ICT dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain walaupun dipisahkan oleh samudera.(PENEGASAN)
8
LATIHAN PERENGGAN ISI
LATIHAN 1
Susun ayat-ayat di bawah dengan melabelkan sama ada ayat ISI, HURAIAN, CONTOH, UNGKAPAN
MENARIK dan PENEGASAN menjadi satu perenggan isi yang lengkap.
BIL AYAT KATEGORI AYAT
1 Oleh hal yang demikian, mereka sanggup membelakangi undang-undang semata-
mata untuk mendapat habuan kebendaan terhadap sesuatu penyelesaian yang
dilakukan.
2 Pengaruh materialistik yang menjadi kiblat manusia moden dengan pantas
menukar prinsip seseorang untuk melakukan rasuah.
3 Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa kecenderungan untuk hidup
mewahlah sering kali menjerumuskan seseorang melakukan rasuah dan pelbagai
penyelewengan yang mencecah berjuta-juta ringgit.
4 Sebagai contoh, gejala makan suap ini sering berlaku apabila seseorang penguasa
yang diberikan hak cuba mengeksploitasi kuasa yang ada untuk kepentingan diri.
Hal ini demikian termasuklah kuasa melulus, menilai, melonggarkan dan
melepaskan pesalah dengan hemat peribadi sendiri.
5 Keadaan inilah menyebabkan gejala rasuah ini diibaratkan api dalam sekam,
gunting dalam lipatan dan musuh di dalam selimut kepada masyarakat dan negara.
LATIHAN 2
Berdasarkan peta minda di bawah, pilih satu isi dan bina satu perenggan isi yang menepati formula Ikut Hati
CUma Perasaan.
___________________________________________________________________________________________

9
FORMULA PENUTUP
RASA CEMAS AKU HILANG
R ASA= RUMUSAN • Merumuskan semula isi-isi
yang diutarakan di perenggan
isi secara ringkas.
• Mengaitkan dengan kehendak
soalan.
C EMAS= CADANGAN
• Cadangan penulis kepada masyarakat untuk
menjadikan ‘isu’ itu lebih baik
• Perkataan yang boleh digunakan: digalakkan,
perlu, hendaklah, seyogianya
• Cadangan yang sesuai untuk semua isu:
kerjasama pelbagai pihak untuk memastikan
isu lebih baik.
A KU= AMARAN
• Ayat amaran menunjukkan sesuatu perkara
yang negatif yang akan berlaku sekiranya
cadangan (di atas) tidak dilaksanakan.
• Ayat boleh dimulakan : Sekiranya perkara ini
tidak dilaksanakan/ Jika hal ini tidak diambil berat
H ILANG= HARAPAN • Perkara yang diharapkan oleh
penulis terhadap isu yang
dibincangkan.
• Harapan perlulah bercita-cita
tinggi dan umum
• Perkataan yang boleh
digunakan : Diharap
10
CONTOH PENUTUP
CONTOH 1:
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-
anak. Berikan pendapat anda.
Sebagai penutup bicara, ibu bapa merupakan golongan yang paling penting dalam
memainkan peranan untuk menyemai dan menanam minat membaca dalam diri permata hati
mereka. (RUMUSAN) Namun begitu, pihak-pihak lain seperti pihak sekolah, kerajaan, dan
media massa seyogianya bekerjasama dengan ibu bapa bagai aur dengan tebing dalam
memupuk amalan membaca kepada generasi muda kini. (CADANGAN) Jika tidak, budaya
membaca dalam kalangan generasi muda sukar untuk dicapai. Generasi yang kurang
membaca pasti tidak mampu memimpin negara dan bersaing di peringkat global (AMARAN).
Dengan ini, diharap budaya membaca yang dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia dapat
memacu negara ke arah kemajuan sejagat. (HARAPAN)
CONTOH 2:
Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan bidang baharu yang perlu
dikuasai oleh masyarakat masa ini. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan
teknologi maklumat dan komunikasi terhadap masyarakat.
Akhir kalam, bidang TMK sememangnya memberikan seribu satu kemaslahatan
kepada masyarakat dan negara. Kebergantungan manusia terhadap kecanggihan TMK tidak
dapat disangkal lagi, pada era modenisasi ini. (RUMUSAN) Oleh hal yang demikian, semua
pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengatur langkah sederap ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni memajukan bidang TMK ini supaya faedahnya dapat dimanfaatkan oleh
semua lapisan masyarakat, sama ada di bandar, mahupun di luar bandar. (CADANGAN)
Sekiranya, semua pihak memandang enteng perkara ini, dikhuatiri rakyat Malaysia akan
ketinggalan dalam arus ledakan teknologi yang berinformasi dan dianggap seperti katak di
bawah tempurung. (AMARAN) Sehubungan dengan itu, diharap impian nusa tercinta untuk
melahirkan masyarakat yang maju dan berintelektual tinggi dapat direalisasi.(HARAPAN)
CONTOH 3:
Kejadian buli di sekolah semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Terdapat pelbagai
kesan yang timbul akibat kejadian buli di sekolah. Bincangkan.
Gejala buli atau gangsterisme merupakan wabak yang perlu ditangani dengan
segera kerana gejala ini menyumbang pelbagai kesan negatif kepada individu,
masyarakat dan organisasi. (RUMUSAN) Oleh sebab itu, seluruh masyarakat
hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani masalah buli ini
yang telah menjadi barah dalam masyarakat kita. (CADANGAN) Jika masyarakat
hanya membutakan mata, memekakkan telinga terhadap isu ini, masalah buli akan
terus menghantui masyarakat kita, sekali gus hal ini menggambarkan imej yang buruk
terhadap negara kita di mata dunia. (AMARAN) Kewujudan masyarakat yang bebas
daripada gejala buli diharap dapat melahirkan warganegara yang penyayang dan
mempunyai etika diri yang tinggi. (HARAPAN)
11
LATIHAN PERENGGAN
PENUTUP
LATIHAN 1
Susun ayat-ayat di bawah dengan melabelkan sama ada ayat RUMUSAN, CADANGAN, AMARAN
dan HARAPAN menjadi satu perenggan penutup yang lengkap.
BIL AYAT KATEGORI AYAT
1 Oleh hal yang demikian, seluruh rakyat Malaysia hendaklah berpadu tenaga,
bersatu hati seperti bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat dalam membanteras masalah rasuah di negara kita.
2 Oleh hal yang demikian, diharap, negara yang tercinta ini bebas daripada gejala
rasuah dan melahirkan masyarakat, khususnya kakitangan awam yang berintegriti
dan berminda kelas pertama.
3 Jika kita terus membutakan mata dan memekakkan telinga, isu makan suap ini
pasti akan tetap menjadi barah dalam masyarakat kita serta mampu meruntuhkan
pembangunan negara kita.
4 Sebagai menggulung bicara, masalah rasuah dalam kalangan masyarakat
seyogianya dibendung secara total dengan pelbagai langkah yang pragmatik.
LATIHAN 2
Berdasarkan soalan di atas, bina satu perenggan penutup yang menepati formula RASA CEMAS AKU
HILANG.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan ataupun untuk mengisi masa lapang
dan beriadah.
Jelaskan kelebihan aktiviti bersukan kepada remaja.
__________________________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
12
LATIHAN
PENULISAN KARANGAN
TEMA 1: KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
Jelaskan usaha-usaha menjaga kebersihan alam sekitar.
Pada zaman pascamodenisasi ini, masyarakat sering terleka dek arus pembangunan sehingga
mengabaikan segala permasalahan yang mengancam khazanah negara, iaitu alam sekitar. Pada tahun
2021, Jabatan Alam Sekitar mencatatkan sebanyak 600 juta tan sampah telah dibuang di pusat
pelupusan sampah dalam masa sehari. ______________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Ekoran daripada permasalahan ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melaksanakan
pelbagai kempen dan program alam sekitar yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat peri
pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada sejagat. Program-program ini
sedikit sebanyak mula menyedarkan masyarakat Malaysia, khususnya untuk menjaga kebersihan
alam sekitar di kawasan persekitaran mereka. _______________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Beralih kepada skop perbincangan pertama, langkah-langkah memelihara alam sekitar adalah
dengan melaksanakan amalan kitar semula. Amalan kitar semula dapat mengurangkan penggunaan
bahan mentah baharu, sekali gus dapat mengurangkan pembuangan sisa pepejal di pusat pelupusan
sampah sebanyak 50 peratus. Hal ini dikatakan demikian kerana proses mengitar semula bahan
buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama. Sebagai contoh,
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Oleh hal yang demikian, khazanah alam dapat diselamatkan selain menjimatkan penggunaan sumber
bahan mentah bak peribahasa _______________________________________. Dengan ini,
jelaslah bahawa _____________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Sehubungan dengan itu, tindakan masyarakat awam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan
membersihkan kawasan sekeliling sebagai suatu langkah menjaga kebersihan alam sekitar
seharusnya dipuji dan dihargai. Hal ini dikatakan demikian kerana sukarelawan yang bergotong-
royong membersihkan kawasan-kawasan persekitaran ini mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi
untuk memastikan alam sekitar bagi kawasan tertentu bersih dan terjaga. Dengan aktiviti gotong-
royong ini, kita dapat menjalankan pelbagai aktiviti harian dan rekreasi dengan selesa.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________.
13
Misalnya, organisasi swasta, antaranya Kelab Pencinta Alam atau UNESCO sering menggalakkan
orang ramai menyertai aktiviti kesukarelawanan membersihkan kawasan sungai, kawasan pantai dan
taman rekreasi untuk memastikan pengunjung dapat menjalankan aktiviti rekreasi dengan selesa.
Realitinya, tempat-tempat rekreasi tidaklah hanya sekadar indah khabar dari rupa. ____________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Seterusnya, langkah menjaga kebersihan alam sekitar yang boleh dilaksanakan ialah
masyarakat hendaklah mengurangkan penggunaan beg plastik. Hal ini demikian kerana
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Plastik yang dipanaskan pula akan membebaskan bahan kimia yang berbahaya. Ekoran daripada itu,
orang ramai hendaklah menggunakan beg kertas atau beg yang boleh diguna pakai berulang-ulang
kali semasa membeli-belah barangan keperluan. Bertitik-tolak daripada ini, kerajaan negeri
Selangor melaksanakan Kempen Tiada Beg Plastik secara menyeluruh di seluruh negeri Selangor,
iaitu orang ramai akan dicaj sebanyak 20 sen bagi setiap helaian plastik yang digunakan. Masyarakat
hendaklah bersatu padu menyokong sepenuhnya kempen Tiada Beg Plastik
kerana_________________________________________. Sudah terang lagi bersuluh,
pengurangan penggunaan beg plastik sekali guna sememangnya dapat membantu dalam melestarikan
kebersihan aam sekitar.
Sebagai menggulung bicara, _______________________________________________
__________________________________________________________. Oleh hal yang
demikian, __________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________.
Sekiranya masyarakat hanya memandang remeh isu kebersihan alam sekitar, _________________
_________________________________________________________________________.
Dengan ini, generasi yang cinta akan kebersihan dapat dilahirkan, sekali gus menjadikan tanah air
kita bersih dan dipandang tinggi oleh pelancong asing.
14
PERIBAHASA BERDASARKAN
TEMA
KEKELUARGAAN KERJASAMA
❖ melentur buluh biarlah dari rebungnya ❖ bagai aur dengan tebing
❖ bagaimana acuan begitulah kuihnya ❖ ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
❖ bapa borek anak rintik ❖ hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
❖ bagai menatang minyak yang penuh
❖ bagai kaca terhempas ke batu dicecah
❖ bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus ❖ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
❖ seperti menyapu arang ke muka ❖ terendam sama basah, terampai sama kering
❖ biduk lalu kiambang bertaut ❖ bulat air kerana pembetung, bulat manusia
❖ carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum
kerana muafakat
jua
❖ ibarat di air yang bening terpancar bayang PERPADUAN/
KEJIRANAN
yang jernih
❖ jiran sepakat membawa berkat
USAHA/ KEGIGIHAN ❖ orang memberi kita merasa, orang berbudi
❖ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kita berbahasa
❖ bagai lebah menghimpun madu ❖ seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
❖ genggam bara api biar sampai jadi arang ❖ Bersatu teguh bercerai roboh
❖ usaha tangga kejayaan ❖ adat pulau limburan pasang
❖ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ❖ mulut biar manis hati biar baik
❖ yang bulat datang bergolek, yang pipih ❖ bagai duri dalam daging
❖ air orang disauk, ranting orang dipatah, adat
datang melayang
❖ alang-alang mandi biar basah orang diturut
❖ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
EKONOMI/ BERJIMAT
masing-masing
❖ sedikit sedikit, lama lama jadi bukit
KEINSAFAN
❖\ sediakan payung sebelum hujan
❖ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
❖ ukur baju di badan sendiri berguna
❖ secupak tidak akan jadi segantang
❖ yang sejengkal takkan jadi sehasta ❖ sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
❖ ingat sebelum kena, jimat sebelum habis ❖ bumi mana yang tidak ditimpa hujan
❖ mendengar guruh di langit, air tempayan ❖ bagai kaca terhempas ke batu
❖ sudah terhantuk baru tengadah
dicurahkan ❖ nasi sudah menjadi bubur
❖ sambal menyelam minum air/ serampang dua ❖ seperti kacang melupakan kulit
mata
15
WARISAN BANGSA KEMALANGAN/
KESUSAHAN
❖ tak kenal maka tak cinta
❖ tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ❖ malang tidak berbau, jika berbau busuk
❖ biar mati anak jangan mati adat baunya
❖ hidup dikandung adat mati dikandung tanah
❖ bangsa merdeka bangsa mulia ❖ berat mata memandang, berat lagi bahu
❖ yang lama dikelek, yang baharu didukung memikul
❖ hanya jauhari mengenal manikam
❖ hidup segan mati tak mahu ❖ sudah jatuh ditimpa tangga
❖ patah tumbuh hilang berganti ❖ hari ini hari orang, mungkin esok hari kita
❖ biar lambat asal selamat
KESIHATAN/ ❖ bumi mana yang tidak ditimpa hujan
KEBERSIHAN/ ALAM ❖ kusangka panas hingga petang, kiranya hujan
SEKITAR di tengah hari
❖ telur di hujung tanduk
❖ mencegah lebih baik daripada mengubati ❖ menjolok sarang tebuan
❖ badan cergas otak cerdas ❖ jika takut dilambung ombak, jangan berumah
❖ tepuk dada tanya selera
❖ sudah terhantuk baru tengadah di tepi pantai
❖ alah bisa tegal biasa ❖ bagai kaca terhempas ke batu
❖ negara bersih, rakyat sihat
❖ jangan sudah terperosok baru hendak TEKNOLOGI/
PEMBANGUNAN
membaiki lantai
❖ belukar sudah menjadi rimba ❖ ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
❖ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
PENDIDIKAN ❖ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
❖ katak di bawah tempurung
❖ melentur buluh biarlah dari rebungnya ❖ lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
❖ guru kencing berdiri, murid kencing berlari ❖ bagai isi dengan kuku
❖ ilmu penyuluh hidup ❖ gunting dalam lipatan
❖ berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke ❖ sekali air bah, sekali pantai berubah
tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang- PATRIOTISME
senang kemudian
❖ bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus ❖ biar putih tulang, jangan putih mata
❖ kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam ❖ hujan emas di negeri orang, hujan batu di
jangan diduga
❖ benih campak ke laut menjadi pulau, campak negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
ke darat menjadi gunung ❖ bagai sirih pulang ke gagang
❖ mencurah air ke daun keladi ❖ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
❖ masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ❖ masuk kandang kambing mengembek, masuk
❖ laut budi tepian akal
❖ ibarat menarik rambut di dalam tepung, kandang kerbau menguak
rambut tidak putus, terpung tidak berserak ❖ bahasa jiwa bangsa (Bahasa Kebangsaan)
❖ ikan pulang ke lubuk
❖ duri dalam daging
❖ setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya
hinggap di belakang kerbau juga
❖
❖
16
INTEGRITI/ RASUAH PELANCONGAN
❖ Makan suap ❖ Jauh perjalanan, luas pemandangan
❖ Duit kopi ❖ Menyelam sambil minum air
❖ Duri dalam daging ❖ Indah khabar dari rupa
❖ Harapkan pagar, pagar makan padi ❖ Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
❖ Mengepit kepala harimau
❖ Menangguk di air keruh ngeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
❖ Kerbau dipegang pada talinya, manusia ❖ Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
dipegang pada janjinya tak kata
❖ mencurah air ke daun keladi ❖ Batu loncatan
❖ seekor kerbau membawa lumpur, semuanya ❖ Makan angin
terpalit SUKAN
❖ gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di
❖ Badan sihat otak cerdas
tengah-tengah ❖ Alang-alang mandi biar basah
❖ bagai durian dengan mentimun ❖ Genggam bara api biar sampai jadi arang
❖ menag jadi arang kalah jadi abu ❖ Masa itu emas
❖ lepas tangan ❖ Kecil jangan disangka anak, besar jangan
KEPIMPINAN/ JATI disangka bapa
DIRI ❖ Majulah sukan untuk negara
❖ Hendak belajar berenang, dapatkan itik,
❖ Badan sihat otak cerdas
❖ Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa hendak belajar memanjat dapatkan tupai
❖ Ular menyusur akat takkan hilang bisanya ❖ Masa itu emas
❖ Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan
❖ Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara MASYARAKAT
❖ Gajah mati meninggalkan gading, harimanu PENYAYANG
mati meninggalkan belang, manusia mati ❖ yang tua dihormati yang muda disayangi
meninggalkan nama ❖ bagai kacang lupakan kulit
❖ Darah masih panas ❖ melukut di tepi gantang
❖ Ibarat laut budi tepian akal ❖ patah tumbuh hilang berganti
❖ Ikut suka duka, ikut hati mati, ikut rasa
binasa, ikut nafsu lesu ❖ hancur badan dikandung tanah, budi yang
❖ Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis
bicara baik dikenang juga
❖ Harapkan pagar, pagar makan padi
❖ Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan
kitabullah
❖ Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tuduk
❖ Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi
berkarat
TERIMA KASIH