The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DARIPADA : NUR QAIREEN QHALISYA BINTI ROSHIDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10587580, 2021-09-04 09:04:29

TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (1)

DARIPADA : NUR QAIREEN QHALISYA BINTI ROSHIDI

TUN HUSSEIN BIN
DATO’ ONN

ISI
KANDUNGAN :

1 BIODATA DIRI
2 PENGHARGAAN

3-4 MARI KENALI TUN
HUSSEIN BIN DATO'
5
ONN

SEJARAH
PEMIMPIN

6-7 PERANAN TUN
HUSSEIN ONN

8-9 SUMBANGAN

KEPADA NEGARA

10-11 CIRI-CIRI
KEPIMPINAN

BIODATA DIRI :

NAMA : NUR QAIREEN QHALISYA BINTI ROSHIDI
KELAS : 6 MAGENTA

SEKOLAH : SK CONVENT (1) BUKIT NANAS
UMUR : 12 TAHUN

TARIKH LAHIR : 7 APRIL 2009
JANTINA : PEREMPUAN

WARGANEGARA : MALAYSIA

PENGHARGAAN :

Saya Nur Qaireen Qhalisya Binti
Roshidi ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada

keluarga saya, guru-guru dan
rakan-rakan saya kerana telah

membantu saya untuk
melaksanakan buku skrap ini

dengan cemerlang sekali.

Saya juga berharap agar buku
skrap ini dapat memberi
banyak manfaat dan

pengetahuan kepada pembaca
tersebut.

MARI KENALI TUN HUSSEIN
BIN DATO' ONN

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29
Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia
ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga
1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat

ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai
perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk
bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba
membangkitkan kekacauan perkauman di dalam
negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan

perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia,
Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa

Perpaduan".

Beliau dilahirkan di Johor Bahru

serta merupakan anak sulung

kepada Dato' Onn Jaafar yang

menubuhkan Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO) pada tahun 1946.

Ibunya bernama Datin Halimah

Hussein.

Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan
hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden
UMNO sekaligus mengundurkan diri daripada kepimpinan

negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 1981 atas
sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato'
Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada

18 Julai 1981. Selepas beliau meletakkan jawatannya
sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata
dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada
negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun
yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di

Malaysia.

SEJARAH

PEMIMPIN

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam
peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia,

beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat
Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya
dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan
melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang
tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun

Hussein merancang dan menggerakkan operasi
peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah
Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik

sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau
kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan

dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup
cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan
British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau
dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati
masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam
Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat,
Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai

pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

PERANAN TUN

HUSSEIN ONN

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula
pada September 1970 apabila dilantik menjadi
Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah
pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus
meningkat maju. Beliau maju setapak lagi apabila
dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972,
beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga

orang Naib Presiden yang dipilih. Dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos
1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden
UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail.
Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada

13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri
Perdagangan dan Perindustrian. Pemergian Tun
Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976
telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis
Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah disahkan
sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari
Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga di Istana Negara. Pada tahun 1978, beliau
menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden

UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah
meneruskan agenda pembangunan yang telah

digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam
menggerakkan Dasar Ekonomi Baru. Sebagai

seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal
keselamatan. Beliau juga memberi penekanan
kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan
terhadap ancaman dadah. Di bawah pentadbirannya,
angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan
dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu rantau di
Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran
jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan
komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino"
komunis. Semasa pentadbirannya pada temboh
darurat, usaha membenteras pengganas komunis di
hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan
menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang

dikatakan berjaya.

SUMBANGAN KEPADA
NEGARA

Dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada

17 ,Januari beliau telah disahkan sebagai pemangku
. , 15 1976,Presiden UMNO Pada hari Khamis
Januari Beliau

mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia

. 1978,yang ketiga di Istana Negara Pada tahun beliau

.menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO
,Ketika menjadi Perdana Menteri beliau telah meneruskan

agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun

Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar

. ,Ekonomi Baru Sebagai seorang pemimpin beliau arif
.tentang hal ehwal keselamatan Beliau juga memberi

penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan

.perjuangan terhadap ancaman dadah Di bawah
,pentadbirannya angkatan bersenjata Malaysia telah

diperbesar dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika

itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran

jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke tangan komunis

- " " .dan terbinalah cita cita Teori Domino komunis Semasa
,pentadbirannya pada temboh darurat usaha

membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar

telah diperhebat malah golongan yang bersimpati dengan

-aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan gerakan
.pengnitipan yang dikatakan berjaya

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin

yang menyebabkan Malaysia meniti arus

pembangunan dengan konsisten tanpa banyak

. - -kontroversi Dasar dasar dan program program

yang diketengahkannya tidak pernah lari dari

.sasaran Dasar Ekonomi Baru Walaupun pada ketika

itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan

,ekonomi dunia beliau berjaya untuk mengawal

keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari

.segi ekonomi dan sosial Beliau pernah menjalani

rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal

1981. Beliau juga telah berjaya melancarkan
1981.Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April

Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya

yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf

hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika

-dibandingkan dengan kaum kaum lain terutamanya
. , 20 1981,dari segi ekonomi Dengan itu pada
April

beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham

( )Nasional ASN yang merupakan satu dana amanah

bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti

.bumiputera dalam ekonomi negara Keamanan

negara yang diperkukuhnya telah menarik pelabur

luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

.negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi

Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan

.tiang keamanan yang kukuh

CIRI-CIRI

KEPIMPINAN

- Tun Hussein Onn ialah seorang
yang amat berhati-hati apabila

membuat keputusan yang
melibatkan hal ehwal negara.

- Beliau sangat tegas dan
berpegang teguh kepada
prinsip hidupnya. Pengalaman
dalam bidang ketenteraan
telah menjadikan beliau

sebagai seorang yang
berdisiplin dan mementingkan

ketepatan masa.

- Beliau telah memberikan
kebebasan kepada akhbar dan
majalah untuk melontarkan kritikan
dan ulasan dengan harapan bahawa
perkara itu akan meningkatkan
prestasi pentadbirannya. Beliau ialah
seorang negarawan yang disegani dan
dihormati. Beliau juga terkenal
dengan sifat merendah diri serta jujur.

- Dalam sejarah, beliau akan
sentiasa dikenang sebagai
"Penyambung Warisan Yang

Terbilang". Usaha beliau dalam
memupuk semangat perpaduan

antara berbilang kaum telah
berjaya dicapai dalam konteks

masyarakat Malaysia

RUJUKAN : TERIMA
KASIH
https://ms.wikipedia.
org/wiki/Hussein_Onn

https://anyflip.com/ufhgl/oooq/
basic


Click to View FlipBook Version