The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKB 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bintyusuff, 2023-06-12 03:39:46

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKB 2023

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKB 2023

TENTATIF MAJLIS 2.30 petang : Pendaftaran ibu bapa/guru/tetamu Ketibaan tetamu jemputan 3.00 petang : Nyanyian lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan Guru Besar Ucapan YDP PIBG SKKB Ucapan Perasmian - Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak 3.45 petang : Mesyuarat Agung PIBG bermula Penyampaian sijil penghargaan Cabutan bertuah Sesi bergambar Bersurai 2


Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKKB kali ke-27 2023 1. Ucapan Penasihat (Guru Besar) 2. Ucapan YDP PIBG serta melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke -26/2022 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan 5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Dis 2022 6. Membahaskan usul (jika ada) 7. Hal-hal lain 8. Pembubaran AJK/lantikan AJK baharu 9. Ucapan Penangguhan 3


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHAGIA AHLI JAWATANKUASA MAT PIBG KALI KE-27 SESI 2023-24 PENASIHAT/PENGERUSI : EN AHMAD JAMHARI BIN DAUD YANG DIPERTUA ; TUAN INSP. AL-IKHSAN BIN BORHAN TIMBALAN PENGERUSI : TN HJ AZLAN BIN MAT ZAIN NAIBPENGERUSI 1 : PN IDAYU BT HASSAN NAIB PENGERUSI 2 : PN SUZANAWATI BT MOHAMED IDRIS NAIB PENGERUSI 3 : PN RAJA NORMALA BT BAHARIN SETIAUSAHA : EN.MOHD PUAD BIN SAMSUDIN BENDAHARI : EN. AHMAD KHAIRI BIN JAMALUDIN TARIKH/HARI : 13 JUN 2023/SELASA MASA : 2.30 PTG TEMPAT : ARENA SK KAMPONG BAHAGIA AJK PELAKSANA 4 1 PENYAMBUT TETAMU Penolong Kanan. 2 BACAAN DOA En. Ahmad Khairi Bin Jamaludin 3 PENGACARA MAJLIS Muhammad Hafifi bin Muntasim Pn. Hjh. Asma bt Husin 4 JEMPUTAN Mohd Puad bin Samsudin 5 PENDAFTARAN Pn. Faradilla Fadhlina Bt Mohamed Rani Pn. Loliza bin Baharudin Puan Siti Munirah Binti Zakaria Pn. Nurul Ezana binti Zainal Pn. Nurul Hafizah binti Mohd Ariff 6 HADIAH/CABUTAN BERTUAH Pn. Isnani Bt Basir PN. Sharina bt Piai Pn. Tengku Nurul Hanis Binti Tuan Yaacob Cik Norzatul Azimah Binti Mohd Nazri Pn. Maizatun Akmar Binti Nordin Pn. Rosdinariza Bt Muhimin Pn Hasliza Bt Abu Hassan Pn Siti Fairuz Binti Fadzil Pn. Suhada Binti Mohamad Pn. Rozieyana Bt Ashari 7 BENDAHARI/ DANA En. Ahmad Khairi bin Jamaludin. 8 BUKU PROGRAM Pn.Salina Binti Yusuff Pn. Norul Aida Binti Mat Isa


5 9 SIARAYA / TEKNIKAL/DOKUMENTASI En. Asrul Izwan Bin Abd Razak En. Khairul Fuad Bin Johari En. Mohd Hafiz bin Mohd Isa 10 JAMUAN Pn Siti Rabiatuladwiyah bt Mohd Ramli Pn. Zaiton Bt Mokhtar Pn. Nawwar Bt Mahmud Pn. Farhana Binti Hamdan Pn. Nor Asmah Bt Mohd Aini Pn. Hjh Faridah Bt Mohd Amin Pn. Sharina Binti Piai Pn. Maizathul Asmaat Binti Satapa Pn. Mariayani Binti Saad Pn. Noorliah binti Salleh Pn. Hjh. Rohhanim binti Mohd Noor Pn. Rozita binti Ahmad Pn. Soviah binti Ishak 11 KAWALAN LALU LINTAS/DEWAN En. Aminuddin Bin Ahmad En. Mohd Husni Bin Azmi En. Kamarul Faizal Bin Salehuddin En Lua Chung Liang En. Isma Kamal Bin Ismail 12 JURUFOTO En. Mohamad Zulsyarfi Bin Basarudin Pn.Nazatul Ashikin bt Mohd Nayan Pn. Umi Samra bt Md Saidan 13 PERSIAPAN TEMPAT En Hashim Bin Md Desa En. Mohd Asri Bin Abd Rashid En Dzulkifli bin Mat Lazim Pn Ezzaty Emilea Binti Mazlan Pn. Anisah Binti Basir Pn. Lai Poh Chan Pn. Devikee A/P Govidarajoo Pn Noor Suhana Binti Mohd Nasir Cik Siti Norbaya binti Md Nooh Pn Lakshimi a/p Subramaniam Pekerja-pekerja sekolah. 14 PENTAS / BACKDROP En. Azizul Bin Amri Pn Aezril Balinda Binti Baharuddin Pn. Maslina bt mohamad Hesham Pn Nurizyan Binti Asli Cik Nor Hidayah Binti Su Pn Nor Sharina Binti Frey Khan Pn Asmidah Binti Ahmad Pn.Rosnah Bt Mohd Ali Pn. Noor Hanidah Bt Mohd Derus En Mohd Razif Bin Abdul Samad 15 PENCATAT UCAPAN GURU BESAR/ YDP/MINIT MESYUARAT Pn. Kamaliah binti Mior Ahmad Puan Rashidah bt Md Rashidi Pn. Nurul Farihah Binti Othman Pn. Amirah bt Aziz


6 SENARAI ANGGOTA JAWATAN KUASA PIBG SK KAMPONG BAHAGIA SESI 2022/2023 YANG DIPERTUA PIBG TN. INSP AL-IKHSAN BIN BORHAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG EN. MOHD SAFFEK BIN MOHD SALLEH SETIAUSAHA EN. MOHD PUAD BIN SAMSUDIN NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI EN. AHMAD KHAIRI BIN JAMALUDIN AJK EN. MOHD HAFIZ BIN MD ESA PN. ROZITA BT AHMAD PN. HJH. ROHHANIM BT MOHD NOOR PN. NURUL HAFIZAH BINTI MUHD ARIFF PN. NURUL EZANA BT ZAINAL PN. NORHASLIZA BT MOHD AZMI EN. AZIZUL BIN AMRI HAJAH ASMA BT HUSIN PN ISNANI BT BASIR JURU AUDIT 1. PN. SOVIAH BT ISHAK 2. PN NURIZYAN BT ASLI


7


8


9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 MAJLIS PERASMIAN (BACAAN DOA) Ustaz Ahmad Khairi bin Jamaluddin, Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia membacakan doa. AGENDA 1 : UCAPAN PENASIHAT PIBG SKKB (Pn. Hjh. Anita Salmi binti Yang Ghazali) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran semua dan ucapan terima kasih meluangkan masa menghadiri mesyuarat hari ini. 1.2 Bersyukur dapat menjalankan program-program sekolah seperti biasa selepas 2 tahun berada dalam suasana PKP dan dapat bersemuka tanpa lagi PDPR. 1.3 Memaklumkan aktivit-aktiviti sekolah telah dapat dijalankan secara bersemuka seperti perhimpunan yang diadakan di Arena namun masih mengekalkan pemakaian pelitup muka walaupun murid-murid duduk dalam barisan kelas tanpa penjarakan antara satu sama lain. 1.4 Banyak juga program-program yang telah dirancang untuk tahun ini seperti hari sukan sekolah, hari kokurikulum, hari anugerah dan sebagainya. 1.5 Program lain yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti ceramah perdana Bersama sahabat strategik SKKB iaitu Ustaz Syamsul Debat, projek tanaman cili SKKB sejak PKP lagi namun buat masa ini terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan tenaga untuk menguruskan ladang cili. 1.6 Sekolah juga sering dikunjungi dan menerima lawatan daripada pihak balai polis dan PPD semasa lawatan pemantauan SOP ketika pembukaan sekolah. 1.7 Pada bulan puasa yang lepas pihak sekolah telah berkolaborasi dengan pihak Adabi untuk memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada murid-murid SKKB dan juga ibu bapa yang datang menjemput anak-anak Ketika pulang dari sekolah. Program ini turut dihadiri oleh ayahanda angkat SKKB iaitu Dato’ OBJ Hilir Perak, Ketua PPD dan juga YDP PIBG, Tuan al- Ikhsan. 1.8 Pada minggu ini juga telah diadakan sambutan hari guru dan hari raya AIdilfitri secara gilang-gemilang setelah hampir 2 tahun tidak dapat menyambutnya di sekolah. Ia juga hasil kerjasama dengan Tuan al-Ikhsan, YDP PIBG SKKB.


10 1.9 Memaklumkan ini mesyuarat Agung PIBG terakhir beliau sertai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen sepanjang beliau bertugas di SKKB. Beliau berharap agar komitmen sebegini dapat diteruskan lagi selepas beliau bersara wajib dan diganti dengan kehadiran Guru Besar SKKB yang baharu nanti. 1.10 Beliau memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang beliau men jalankan tugas dan bekerjasama dengan semua yang terlibat. AGENDA 2 : UCAPAN YDP PIBG SKKB (Tuan Insp. Al-Ikhsan bin Borhan) 2.1 Ucapan salam dan kesyukuran kerana dapat berkumpul secara maya dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKKB pada tahun 2021. 2.2 Melahirkan rasa dukacita kerana belum berkesempatan bersua muka dengan ibu bapa dan para guru setelah dilantik sebagai YDP kerana perlu mematuhi SOP. 2.3 Berazam untuk menjalankan tugas sebagai YDP dengan penuh iltizam dan komited atas kepercayaan yang telah diberikan. 2.4 Menegaskan bahawa keutamaan PIBG adalah untuk menambahbaik prasana sekolah demi kemenjadian dan kecemerlangan murid-murid SKKB. Justeru kolaborasi antara sekolah dan PIBG perlu digembeleng untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. 2.5 Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh PIBG untuk menambah dana dan pendapatan tabung PIBG untuk membantu murid-murid. Antara projek mega yang dijalankan ialah Ladang tanaman cili dengan kerjasama Imperia Asia. Bantuan Smart Board pdpc dan Smart Phone kepada murid yang kurang berkemampuan bagi menjalani pembelajaran secara PdPR. 2.6 Beliau juga memohon kepada ibu bapa dan penjaga yang berkemampuan untuk samasama memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau sumbangan idea bagi merealisasikan kecemerlangan sekolah. 2.7 Ibu bapa dan penjaga diminta untuk lebih cakna bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti PdPR dengan baik.


11 2.8 Keselamatan guru-guru dan murid-murid apabila pembukaan semula sekolah perlu juga dititikberatkan iaitu sentiasa mematuhi SOP supaya sentiasa selamat. Ibu bapa atau penjaga pula perlu memastikan anak-anak sihat untuk hadir ke sekolah. 2.9 Merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir secara maya dalam mesyuarat sebagai suatu tanggungjawab dalam memberi sumbangan terbesar kepada kejayaaan anak- anak. AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 25 BAGI TAHUN 2021. 3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 25 bagi tahun 2021. Cadangan pengesahan oleh Encik Muhammad Faizal bin Zulkarnain dan disokong oleh Puan Rohhanim binti Mohd Noor. AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021. 4.1 Setiausaha Kehormat membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG bagi tahun 2020/2021. Cadangan pengesahan oleh Puan Soviah binti Ishak dan disokong oleh Puan Nurul Hidayah binti Mohd Hanafi. AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021. 5.1 Bendahari Kehormat membentangkan Penyata Tahunan Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021 untuk diterima. Cadangan bagi pengesahan dibuat oleh Puan Rozita binti Ahmad dan disokong oleh Puan Aminah binti Ismail.


12 AGENDA 6 : PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 2022. BIL USUL 1 LALUAN BERBUMBUNG Membina laluan berbumbung berhadapan parking kereta guru,dan di antara makmal konputer dengan kantin sekolah. Maslina binti Mohamad Hesham Guru Besar dan YDP PIBG memaklumkan bahawa isu telah dibincangkan. Pihak sekolah cuba mencari sumbangan atau dana dan berharap ibu bapa dapat memberi Kerjasama utuk menyumbang dana atau kepakaran untuk mengatasi masalah tersebut. 2 MELETAKKAN KON DI HADAPAN SEKOLAH Mohon pihak sekolah meletakan sekurang-kurangnya 3 kon di persimpangan masuk dari jalan besar ke Lorong pintu masuk utama dan pintu pagar PPKI kerana selalu ada kereta parking di situ dan boleh menyebabkan kemalangan. Robiah binti Md Raya Pihak sekolah menjelaskan bahawa tindakan meletakkan kon telah dibuat, namun kedapatan ibu bapa atau penjaga yang masih tidak mengikut arahan pengawal keselamatan. Pihak polis juga akan membuat rondaan dan memberi peringatan. 3 PROGRAM TUISYEN DAN MOTIVASI Berharap sekolah dan PIBG dapat merangka lebih banyak aktiviti seperti tuisyen dan kursus motivasi berteraskan akademik bagi memastikan setiap murid berjaya dalam pelajaran. Robiah binti Md Raya Pihak sekolah memaklumkan bahawa satu slot motivasi untuk ibu bapa, guru-guru dan murid-murid akan dilaksanakan pada masa terdekat anjuran MGB. Tarikh bergantung kepada kekosongan slot. Tiada bayaran dikenakan namun boleh memberi sumbangan.


13 4 MAKANAN DI KANTIN SEKOLAH Mohon pihak sekolah memantau makanan yang disediakan pihak kantin sekolah dari segi kebersihan dan juga pengendalian makanan yang dibeli atau RMT. Nurkamalia binti Mohd Lazim Pihak sekolah memaklumkan bahawa pihak kantin telah mendapat Sijil Pengiktirafan Pengoperasian Kantin dengan markah sebanyak 93% daripada KKM. Oleh itu, tiada masalah dalam penyediaan dan pengendalian makanan oleh pihak kantin. Guru Besar berharap ibu bapa atau penjaga dapat hadir berbincang dengan beliau atau pihak pengurusan sekiranya ada masalah berkenaan kantin sekolah. 5 TANDAS SEKOLAH Kebersihan tandas sekolah yang selalu mendapat aduan dari anak bahawa tandas tidak bersih kerana tiada bekalan air terutama di blok yang baru digunakan pada musim pendemik. Nurkamalia binti Mohd Lazim Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan membuat laporan kepada pihak yang berkenaan. Masalah akan diselenggarakan oleh pihak PPD dan masih menunggu proses baikpulih. 6 PEMBINAAN BONGGOL JALAN Mohon pihak sekolah membuat 2 bonggol di Kawasan hadapan sekolah untuk mengelakkan kenderaan bergerak laju yang boleh mengakibatkan kemalangan di situ. Memandangkan kita berkongsi jalan Bersama penduduk di taman Kawasan sekitar sekolah, saya berharap pihak sekolah mengambil inisiatif ini demi keselamatan anakanak murid. Huzaimah binti Harun Pihak sekolah menjelaskan bahawa kawasan hadapan atau luar pagar sekolah adalah di bawah selenggaraan atau bidang kuasa JKR Persekutuan. Guru Besar telah berjumpa dengan jurutera daerah, En Rosli ( Mantan YDP PIBG). Pihak PIBG akan menulis surat permohonan kepada pihak JKR.


14 7 SUMBANGAN PIBG Usul/cadangan bayaran sumbangan PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut : Cadangan di atas dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. BIL. TAJUK/JENIS BAYARAN TAHAP 1 TAHAP 2 1. Sumbangan PIBG (1 keluarga) RM20 RM20 2. Kecemerlangan akademik RM35 RM50 3. Sukan dan permainan RM5 RM5 4. Hari Anugerah RM5 RM5 Jumlah besar RM65 RM80


15 AGENDA 7 : PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/ 2023 7.1 AJK dalam kalangan ibu bapa dan penjaga; YDP : Tuan Inspektor Al-Ihsan bin Borhan NYD : En Mohd Safeek bin Mohd Salleh AJK : Pn. Hjh. Rohhanim binti Mohd Noor Pn. Rozita binti Ahmad Pn. Soviah binti Ishak Pn. Nurul Ezana binti Zainal Pn. Nurul Hafizah binti Mohd Ariff En. Mohd Hafiz bin Mohd Isa 7.2 AJK dalam kalangan guru akan ditentukan dan dipilih oleh Guru Besar. AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN 8.1 Guru Besar menjelaskan bahawa sumbangan bayaran tambahan PIBG amat diperlukan untuk menampung program yang dianjurkan serta kegunaan mencetak bahan-bahan untuk Pentaksiran Bilik Darjah.


AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Memaklumkan dengan seikhlas hati, YDP dan barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 memohon maaf atas salah silap dan berharap agar kerjasama yang tidak berbelah bagi dapat diberikan kepada barisan AJK PIBG yang baru. 9.2 Mohon ibu bapa sentiasa menyokong keputusanan-keputusan yang diambil semasa mesyuarat adalah demi kepentingan semua terutama anak-anak. 9.3 Ibu bapa juga disaran agar sentiasa memberi Kerjasama atau sokongan dalam bentuk kepakaran atau tenaga dalam segala program sekolah demi kecemerlangan dan pembangunan sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Dicatat dan disediakan oleh : Disahkan oleh : (Mohd Puad bin Samsudin) (Tn. Insp Al-Ikhsan bin Borhan) Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG SK Kampong Bahagia SK Kampong Bahagia 36000 Teluk Intan 36000 Teluk Intan Perak. Perak. 16


17 Laporan Aktiviti PIBG SKKB 2022-2023 BIL AKTIVITI TARIKH/CATATAN 1. Operasi Pemantauan Keselamatan Pengguna Jalan Raya oleh YDP PIBG. 31 Mei 2022 2. Sumbangan Iqra(40 set). 13 Jun 2022 3. Majlis Persaraan Puan Hajah Anita Salmi binti Yang Ghazali (Mantan Penasihat PIBG). 20 Jun 2022 4. Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah 29 Ogos 2022 5. Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2022/23 26 Ogos 2022 6. Menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah 29 Ogos 2022 7. Mesyuarat AJK PIBG kali kedua 2022/23 3 Oktober 2022 8. Menjayakan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke-23 2022 6 Oktober 2022 9. Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga 2022/23 26 Januari 2023 10. Menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum 2022/23. 7 Februari 2023 11. Menjayakan Anugerah Kecemerlangan Murid 2022/23 13 Februari 2023


18 Laporan Aktiviti PIBG SKKB 2022-2023 (Mohd Puad bin Samsudin) Setiausaha Kehormat PIBG SK Kampong Bahagia 36000 Teluk Intan Perak. BIL AKTIVITI TARIKH/CATATAN 12. Ziarah Cakna bil 1/2023 7 April 2023 13. Menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim SKKB 14 April 2023 14. Menjayakan Sambutan Hari Raya dan Hari Guru peringkat sekolah 16 Mei 2023 15. Sumbangan roti kepada guru-guru dan kakitangan SKKB oleh YDP PIBG 18 Mei 2023 16. Mesyuarat AJK kali keempat 2022/23 24 Mei 2023 17. Menerima sumbangan laptop daripada PTPTN untuk kemudahan murid. 2022 18. Merealisasikan Bilik PTPTN untuk memudahkan murid belajar menggunakan teknologi maklumat. 2022/23 19. Menyumbang meja/kerusi batu untuk kemudahan murid di kantin. 2023 20.. Menjayakan Kursus Pemimpin Cilik SKKB melalui ceramah oleh YDP PIBG. 10 Jun 2023


19 Laporan Kewangan PIBG SKKB 2022-2023


20 Usul / Cadangan 2022-2023 Bil. Nama Pencadang Usul Keputusan/ catatan 1. Zamri bin Mohamed Kepada ibu bapa yang mengambil anak-anak dengan kereta,elakkan kereta parking berhampiran pagar sekolah/kawasan motosikal terutama pada waktu balik kerana memberi masalah kepada penunggang motosikal untuk mengambil anak-anak dan mengganggu lalu lintas penduduk taman. 2. Ubadillah Tempatkan murid-murid tahun 1 di kelas paling bawah untuk keselamatanmurid-murid dan mengelakkan kemalangan. Sekian, terima kasih. 3. Halimatun Sa’diah binti Saad Mohon YDP dan Guru besar berurusan dgn pihak yang sepatutnya untuk pastikan jalan raya depan sekolah kita ni lebih selamat. Lampu isyarat sudahlah semua tak berfungsi. Zebra crossing pun sudah tidak nampak. Sangat menyusahkan anak-anak untuk melintas. Mohon buat garisan kuning tu tebal-tebal. Saya pernah ke JKR berkaitan hal ini. Namun hingga sekarang dan setahun lebih tiada apa-apa perubahan. Harap pihak PIBG ambil serius perkara ini. Terima kasih.


21 Usul / Cadangan 2022-2023 Bil. Nama Pencadang Usul Keputusan/ catatan 4. Mohd Fauzi bin Yunus Sediakan parking atau bumbung untuk kemudahan ibu bapa semasa mengambil anak di sekolah. 5. Rahimah binti Martajan Saya mewakili ibubapa PPKI, sekiranya kami mendapat panggilan telefon seperti anak tiba-tiba tidak sihat atau mengamuk tanpa dapat dikawal, mohon beri kebenaran untuk membawa kenderaan ke dalam kawasan sekolah bagi memudahkan kami membawa anak pulang. 6. Rahimah binti Martajan Saya mahu beri cadangan, pihak sekolah memberi perhatian kepada murid-murid yang lemah iaitu tahun 4 dan 5 sebelum melangkah ke tahun 6. Jika mereka sudah diasah lebih awal, mereka tidak bermasalah dalam pembelajaran semasa di kelas tahun 6. Sekian.


22 Usul / Cadangan 2022-2023 Bil . Nama Pencadang Usul Keputusan/ catatan 7. Maizatulazra Berkenaan saiz baju aktiviti dan baju sukan, mohon pihak sekolah sediakan contoh saiz baju semasa proses pembelian buku pada sesi buka sekolah. Perkara ini penting untuk mengelakkan kekeliruan berkaitan saiz baju tersebut. 8. Maizatulazura Mohon pihak sekolah dan PIBG kemukan permohonanl kepada JKR Teluk Intan untuk sekolah : Garisan kuning (transverse bar)untuk perlahankan kenderaan atau Mohon bonggol di jalan utama, waktu puncak sebelah pagi kenderaan dari kiri dan kanan jalan masih laju. Kereta yang hantar ambil anak nak keluar dan masuk pun agak sukar. Sekolah juga boleh mohon garisan pejalan kaki untuk kanak-kanak melintas. Memandangkan traffic light yg ada tidak berfungsi sepenuhnya di hadapan sekolah. Harap usul saya dapat perhatian dr pihak sekolah .terima kasih. 9. Mazlina binti Mohammad Kempen sumbangan 1 Keluarga 1 rim kertas A4 untuk membantu pihak sekolah dalam pelaksanaan semua aktiviti di sekolah 2. Cadangan kutipan minima RM5.00 untuk keceriaan kelas. Pengecualian kepada murid RMT. Kelas yang cantik dan ceria membuatkan murid gembira. 3.Seperti pengalaman sebelum ni, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Kanak-kanak akan diadakan pertandingan pakaian beragam. Harap guru kelas maklumkan terlebih awal 'TEMA' pakaian beragam tersebut, paling kurang 3 minggu lebih awal. 4. SKKB the best, Terima Kasih diatas setiap jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak2-anak kami. Semoga segala kebaikan yang diberikan akan dibalas dengan kebaikan...Aamiin.


23 Usul / Cadangan 2022-2023 Bil. Nama Pencadang Usul Keputusan/ catatan 10. Nurul Safinah binti Abdul Hakim Minta penambahbaikan jalan/tempat menunggu pagar untuk PPKI kerana pada waktu hujan, air bertakung menyebabkan kasut anak-anak basah. 11. Mohd Puad bin Samsudin 1. Awalkan waktu pulang pada hari Jumaat iaitu pada 11.35 pagi. 2. Bayaran tambahan (sumbangan untuk PIBG) dikenakan mengikut bilangan murid/anak. 12. Nurul Saidatul Azwa binti Bakar Mohon cikgu (jika tiada keberatan) untuk update homework/kerja sekolah dalam whatsapp/tele group selepas sesi subjek tersebut. Perkara ini bertujuan memudahkn murid yang tertinggal utk menyalin,atau sebagai rujukan ibu bapa yg bekerja membantu menyemak kerja sekolah pada hari tersebut. 13. Zainal bin Tarmizi Saya menyatakan penghargaan syabas buat semua pendidik dan AKP SKKB dalam menyantuni anak anak kami khusus nye kelas PPKI yang mempunyai pelbagai karenah untuk di layan dan di harungi. Jesteru itu ,pengorbanan dan tingginya kesabaran sahaja yang boleh mengatasi segala nya.Jasa kalian kami tidak dapat balas dengan wang ringgit hanya Allah sahaja yang akan memberi Ganjaran kepada Kalian semua.Terima Kasih Cikgu-cikgu . Tulus ikhlas dari saya bapa dan ibu anak PPKI. Usul penghargaan


24 Penghargaan Merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada Semua pihak yang memberikan Kerjasama dan sokongan bagi menjayakan mesyuarat ini dengan jayanya. Letih berjalan di tengah pekan, Singgah sebentar di gerai siti; Terima kasih kami ucapkan, Atas segala jasa dan bakti.


Click to View FlipBook Version