The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIRUDDIN ZAKI BIN SAHDON, 2024-03-11 00:43:09

Buku Pengurusan 2024

02 PELAN PEMBANGUNAN_2024

PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA#


PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 PENGENALAN Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui 1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. 2. Disokong kepimpinan berkualiti/berwawasan 3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi 4. Komitmen komuniti yang padu PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan danberkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guruyang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru: “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung serta menyanjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memeliharasuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.” Visi Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Matlamat Strategik Keberhasilan Utama (Pelan Pembangunan Malaysia 2013- 2025) 1. Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. 2. Pencapaian kemahiran insaniah yang tinggi oleh semua murid. 3. Pencapaian prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid. 4. Pencapaian prestasi pengurusan yang cemerlang.


PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# OBJEKTIF 1. Mengaplikasi konsep dan amalan pdpc terbaik 2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan 3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid. MATLAMAT KONSEP TS25 JAWATANKUASA INDUK TS25


PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# PERANAN RAKAN ELIT TS25


PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# STRATEGI PELAKSANAAN TS25 7 TERAS UTAMA KPM 2023 Tema / Slogan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”


PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA#


PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# VISI DAN MISI SEKOLAH VISI SEKOLAH PERLUASAN KBAT Pendidikan Berkualiti Melalui Pengaplikasian KBAT, Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH PERLUASAN KBAT Pembudayaan KBAT Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara NILAI SEKOLAH PERLUASAN KBAT Bagi merealisasikan KBAT sebagai nilai dan amalan, warga SM Sains Batu Pahat sentiasa bersiap-siaga untuk berKOLABORATIF dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang urusan selain memastikan kePELBAGAIAN pendekatan dalam pedagogi dan pengurusan, demi memastikan KECEMERLANGAN dan peningkatan INOVASI tanpa memperjudi INTEGRITI daan terus mengamalkan budaya HORMAT-MENGHORMATI.


BUKU PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# MAKLUMAT SEKOLAH SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Sains Batu Pahat diserahkan oleh pihak kontraktor kepada kerajaan Malaysia pada 21 Mac 2012. Serentak dengan itu, pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah melantik Cikgu Mohamad Azman bin Abdul Hamid sebagai “caretaker” ataupun Penyelaras Sekolah. Dengan keluasan 50 ekar, sekolah yang berlokasi di KM 8, Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat, Johor merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-65 di negara kita ketika itu. Sesuai dengan matlamat penubuhannya, sekolah ini telah dilengkapi dengan prasarana pendidikan terkini bagi melahirkan modal insan yangberdaya saing di pentas dunia. Keadaan ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan selaras dengan aspirasi pendidikan Sekolah Berasrama Penuh. Lokasi sekolah yang dikelilingi pergunungan dan diserikan dengan kejernihan tasik menenangkan suasana. Kedudukannya berjajaran dalam hub pendidikan Parlimen BatuPahat seperti Sekolah-sekolah, Institut Pengajian Pendidikan Tinggi dan juga Kem Tentera Darat. Pada 2 Mei 2012 sekolah mula beroperasi dengan seramai 90 orang pelajar Tingkatan 1 telah mendaftar di sekolah ini selain 16 orang tenaga pengajar. Pelajarpelajar dan tenaga pengajar ini merupakan kumpulan pertama yang menjadi perintiskepada kecemerlangan masa akan datang. Sekolah ini dikenali sebagai SEHEBAT yang merupakan gabungan huruf-huruf daripada perkataan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Sehebat membawa maksud sangat hebat, paling hebat, hanya satu yang hebat atau sama hebat. Dalam bahasa Inggeris Sehebat membawa maksud as great as atau bolehlah dikenali sebagai SCHOOL of ENDURANCE , EXCELLENCE, BRILLIANCE, AMBITION and TACT.


BUKU PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# LENCANA SEKOLAH Gelung Bulatan – Melambangkan bumi dan global. Anak-anak SEHEBAT merentasi dunia dalam kebersamaan. Huruf ‘b’ dan ‘p’ membawa maksud Batu Pahat. Sekolah ini terletak di BatuPahat, Johor Darul Takzim. Huruf–huruf ini juga kelihatan seperti bentuk seni pertahanan diri. Hubungan rapat antara hurufhuruf ini menggambarkan ikatan ukhwah dan kasih sayang sesama warga SEHEBAT dan sejagat. Tanda Wifi bermaksud internet menjadi medium perantaraan dan ilmu diperoleh bukan sahaja secara formal di dalam bilik darjah malahan jugasecara tidak formal melalui alam maya. Nombor 2012 membawa maksud sekolah ini beroperasi pada tahun 2012. Terdapat lima gelung yang tertera dalam lencana membawa maksud bahawa target pencapaian kokurikulum sehingga ke peringkat tertinggi. Warna Biru melambangkan pendidikan. Warga SEHEBAT dilingkari denganpengetahuan yang tiada batasannya. Warna Kuning bermaksud kesejagatan. Warga SEHEBAT tidak memandangrendah atas kebolehan orang lain. Tulisan Jawi melambangkan jati diri bangsa Melayu terutama Negeri Johoryang memang terkenal dengan ketegasan terhadap warisan bangsa. Integriti bermaksud kejujuran, ketelusan, keikhlasan dalam apa-apa jugaperkara yang dilakukan. Kredibiliti bermaksud anak-anak SEHEBAT boleh dipercayai, mampumelakukan, diterima pakai dan tidak dipertikaikan kebolehan dan keupayaannya. Inovatif bermaksud sentiasa melakukan perubahan, pembaharuan, penambahbaikan dan berani mencuba dan melakukan sesuatu yangbaharu. Dua tangan menadah ke langit bermaksud bertawakal setelah berusaha. Segala apa-apa yang dilakukan tidak pernah melupakan Allah sebagai pencipta. Semuanya yang dilakukan kerana Allah swt dan menganggapnya sebagai ibadah.


BUKU PANDUAN RASMI PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT TAHUN 2024/2025 #SEHEBAT BITARA DAN BERBUDAYA# LAGU SEKOLAH GENERASI BERJAYA Kami hadir di sini kotakan janji Demi cita-cita yang murni Kepada negara kami berbakti Lahir bangsa berintegriti Doa dan restu ayah bonda Teguh bertakhta dalam jiwa Seiring usaha dan semangat membara Menadah curahan ilmu sempurna Kepada Tuhan kami munajat Generasi Berjaya dunia akhirat Moga perjuangan dilimpahi rahmat Hingga akhirnya sejahtera dan selamat Kami generasi pembina negara Kredibiliti inovatif jadi amalannya Berdiri bergerak seiring bersama Sekolahku megah selamanya. Lagu : Cikgu Nursuriany bt Mohd. Zahir : Cikgu Mohd.Hamy Faizal bin Othman Gubahan : Cikgu Mohd. Hamy Faizal bin Othman Lirik : Cikgu Zainudin bin Dirin


Click to View FlipBook Version