Tokoh Tokoh Johor:
Almarhum Dato Sir Onn
Bin Jaafar
Maklumat Peserta
Nama Peserta: Putri Aisya Darwisha
Nabiha bt Ahmad
Kelas: 6 Anugerah
Alamat e-mail: [email protected]
Sekolah: SK Taman Cendana
Alamat Sekolah: SK Taman Cendana, Jalan
Persiaran Cendana, Taman Cendana,
81700 Pasir Gudang, Johor
Isi Kandungan
Perkara M/S
1.0 Pengenalan 2
2.0 Biodata Dato Onn Jaafar 3-4
3.0 Pendidikan Dato Onn
5
Jaafar
4.0 Kerjaya Dato Onn Jaafar 6
7
5.0 Sumbangan Dato Onn
Jaafar 8
9
6.0 Nilai Kepimpinan Dato
Onn Jaafar 10
7.0 Penutup
Rujukan
2
1.0 Pengenalan
Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan
sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam
sejarah kemerdekaan Negara. Badan Perhubungan
UMNO Negeri Johor mahu Allahyarham dirujuk
demikian setelah mengambil kira sumbangannya
menyatu padukan penduduk negara ini, termasuk
ketika memulakan langkah tersusun menentang
Malayan Union. Sejarah perjuangan dan sumbangan
besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju
bangsa Melayu di zaman sebelum kemerdekaan Tanah
Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh
rakyat Malaysia dan dijadikan sebagai satu pembakar
semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia
sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat
waja dalam menuntut hak berkerajaan sendirian
dipimpin oleh bangsa sendiri. “Cogan Kata ‘Hidup
Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata
ini, orang Melayu akan memelihara semangat, maruah
serta kesopanan bangsa, kita berkehendakan tanah air
dan bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak
keaiban yang menyebabkan kebinasaan dan
terhapusnya bangsa”1 petikan daripada ucapan Dato’
Onn Jaafar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.
3
2.0 Biodata Dato’ Onn Jaafar
- Dato’ Onn Jaafar dilahirkan di Bukit Gambir, Johor
Bahru.
- Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan antara
keluarga yang paling berpengaruh di Johor semenjak
abad ke 19 sehinggalah ke hari ni.
- Ayahandanya, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji
Mohamed merupakan Menteri Besar Johor pertama
dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor.
- Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan
Bugis dan berasal dari Daik.
- Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga,
Singapura.
- Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja
Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
4
- Ibu Dato’ Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah
seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki.
- Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan
perempuan seibu sebapa.
- Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan
Ibrahim sejak daripada kecil lagi.
- Beliau merupakan anak angkat kepada Sultan.
- Beliau telah diasuh oleh seorang wanita inggeris di
Johor Bahru sebelum melanjutkan peajarn ke England
bersma-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu
Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad.
5
3.0 Pendidikan Dato’ Onn Jaafar
- Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu
sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
- Beliau belajar Bahasa Inggeris dengan wanita
Inggeris yang menjaga beliau ketika anak angkat
Sultan Ibrahim.
- Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan
pelajarannya ke Sekolah Alderbury Lodge di Suffolk,
England.
- Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah
pulang ke tanah air pada ( 1910-1911 ) di Maktab
Melayu Kuala Kangsar.
- Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor
Bahrudan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai
kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos.
6
4.0 Kerjaya Dato Onn Jaafar
- Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia
kewartawanan bermula daripada minat dan kebolehan
beliau dalam bidang penulisan.
- Beliau mengambil peluang baik ini apabila beliau
diberi kepercayaan meyumbangkan sebuah rencana
oleh sebuah syarikat akhbar.
- Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya
kesempatan ini untuk mencurahkan isi hati dan
ketidak puasan diri beliau terhadap Sultan Johor.
- Beliau menggangap Sultan Johor tidak bersikap
boros dan tidak mempedulikan nasib rakyat jelata.
- Beliau juga pernah mengkritik Sultan Johor kerana
memaksa Askar Timbalan Setia membuat kerja-kerja
buruh.
7
5.0 Sumbangan Dato Onn Jaafar
- Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan
Melayu Semenanjung Johor yang sebagai Yang
Dipertua.
- Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari
berbagai persatuan Melayu bertemu dalam Kongres
Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan
Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan
menubuhkan satu dan yang mewakili orang Melayu
menentang Malayan Union.
8
6.0 Nilai Kepimpinan Dato Onn
Jaafar
- Nilai bertanggungjawab.
- Nilai muafakat bagi menyatu padukan
rakyat.
- Nilai taat kepada kedua ibu bapa.
- Nilai bersatu padu
9
7.0 Penutup
Jasa Dato’ Onn yang paling besar kepada
bangsa dan nusa yang tidak akan dilupai zaman,
ialah kejayaannya menyatu padukan seluruh
umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh
mala petaka politik yang paling besar pernah
menimpa bangsa Melayu. Beliau membina
landasan untuk mereka meneruskan perjuangan
ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil
mengubah semangat dan konsep perjuangan
kebangsaan daripada “Hidup Melayu” kepada
“Merdeka”. Dato’ Onn menaja RIDA untuk
membuka peluang perdagangan dan perusahaan
orang Melayu yang tertutup sepanjang masa
yang Tanah Melayu dikuasai oleh penjajah.
Beliau menyedari kelemahan orang Melayu
dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin
sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak
boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan
ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah
Negara Merdeka yang moden.
10
Rujukan
Penjajahan dan Proses Membina
Negara, UPSI Ramlah Adam, Abdul
Hakim Samuri, Muslimin Fadzil.
Buku teks Sejarah Tingkatan 3.
Dewan Bahasa dan Pustaka Unit
Media dan Komunikasi Pejabat
Menteri Besar
Johorwww.johordt.gov.my. Dipetik
daripada sumber internet pada
10/3/2012Tributetodatoonnjaafar.
blogspot.com. Dipetik daripada
sumber internet pada
10/3/2012http://sejarah-
tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato
-onn-jaafar-sebelum-malayan-
union.html.
Sekian
Terima Kasih