SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
(MPU21032)
PN. ZALEHA BINTI SULONG
PN.ZALEHA BINTI SULONG
AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD AMYRUL ARIFF BIN ROSLEY
(26DHR22F1004)
MUHAMMAD HAZIQ BIN SHAABAN
(26DHR22F10011)
MUHAMMAD SYAHMI HAIKAL BIN MOHD SHAFIE
(26DHR22F10023)
1
1.0 PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik.
Kerana kepelbagaian kaum dan etnik ini maka wujudlah pula kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti
ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan
ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh
dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh
orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum
lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan
masayarakat majmuk.
2
1.1 MASYARAKAT
Apa itu masyarakat?
• Merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-
kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
3
1.2 MASYARAKAT MAJMUK
Apa itu masyarakat majmuk?
• Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa.
Namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak bercantum. Setiap
kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara
hidupnya sendiri.
• Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik.
Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum dan etnik.
4
1.3 MASYARAKAT DI MALAYSIA
Malaysia merupakan negara yang memiliki sebanyak kira kira 80 kaum etnik.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia :
MELAYU
CINA
INDIA
5
1.4 SEJARAH PEMBENTUKAN MASYRAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
• Pada abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
• Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang
ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing.
• Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa
masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam
sektor ekonomi.
6
1.5 FAKTOR KEMASUKAN IMIGRAN CINA KE TANAH MELAYU
• Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah
Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti
diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem
tiket yang sangat popular.
• Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan
masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
• Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam
Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu
akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya
golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia.
• Bangsa Cina biasanya tinggal di perbandaran dan melakukan kerja-kerja pelombongan dan
membuat jalan raya.
7
1.6 FAKTOR KEMASUKAN IMIGRAN INDIA DI TANAH MELAYU
• Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras.
• India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya
berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang
mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah
Melayu ketika itu.
• Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu
bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai
negeri-negeri Melayu.
• Kaum india yang datang ke Tanah Melayu bekerja sebagai peladang dan tinggal di
kawasan estet.
8
1.7 KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
KESAN POSITIF KESAN NEGATIF
• Penggunaan bahasa malaysia • Perbalahan antara kaum contohnya peristiwa 13
menjadi sebagai bahasa Mei 1969.
berkomunikasi di negara Malaysia.
• Perbezaan pekerjaan mewujudkan pendapatan
• Pemupukan rasa saling faham- yang tidak seimbang dan menimbulkan masalah
memahami aspirasi dan pandang perkauman.
dunia budaya dalam konteks antara
kaum. • Sistem pendidikan yang berbeza yang menjadi
punca masalah perpaduan kerana masyarakat
• Pemupukan sikap toleransi antara membawa ideology yang berbeza dalam
kaum di antara masyarakat dan pembangunan negara.
perpaduan rakyat berbilang kaum.
• Fahaman politik merupakan factor penting yang
• Dapat mengenali adat resam kaum mempengaruhi masalah perpaduan kerana berbeza
lain dan merasai dan mengali aliran,fahaman dan sering berpecah kerana
makanan,pakain dan adat tradisi. perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.
9
PERISTIWA 13 MEI 1969
• PERISTIWA 13 MEI 1969 TELAH MENCATATKAN SEJARAH PAHIT MALAYSIA
KERANA PADA TARIKH ITULAH BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM, TERUTAMANYA
ANTARA KAUM MELAYU DENGAN CINA. TRAGEDI INI BERLAKU SEBAIK-BAIK
SAHAJA PILIHAN RAYA 1969. PILHAN RAYA KETIKA ITU DIMENANGI OLEH PARTI
PEMBANGKANG, PARTI TINDAK RAKYAT (DAP) DAN GERAKAN. WALAUPUN
PARTI PERIKATAN MASIH BOLEH MEMBINA KERAJAAN, NAMUN
KEMENANGAN MEREKA MEROSOT BERBANDING DENGAN PILIHAN RAYA
YANG SEBELUMNYA.
10
Saling hormat-
menghormati antara
satu sama lain
Mengekalkan bagi PENGAJARAN Bahasa Melayu
mewujudkan PERISTIWA menjadi Bahasa
13 MEI 1969 pengantar utama
integrasi nasional
di sekolah
Melahirkan
masyarakat yang
berdiri sama tinggi
duduk sama rendah
Langkah Untuk Mengatasi Masalah Perpaduan 11
Penyatuan Penyeragaman
Fahaman POLITIK Sistem
PENDIDIKAN
Aspek-Aspek Integrasi
SOSIAL lain EKONOMI
12
CADANGAN
• Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan
pengagihan yang saksama.
• Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan
daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
• Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk
menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripertumbuhan
secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
• Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara Kawasan
Bandar dan luar Bandar.
13
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah
menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa
dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.
Oleh itu,sebagai rakyat Malaysia kita harus bersatu padu dan mengambil iktibar di
atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas.
SUMBER RUJUKAN
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-1-
pengenalan-padatahun-1948-seorang.html
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-1-
pengenalan-padatahun-1948-seorang.html
http://ohmypengajianadui.blogspot.com/