PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dibahagikan kepada lima elemen utama iaitu: PENDAFTARAN AHLI: 1) KEAHLIAN TERBUKA ● Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. 2) KOMPOSISI KEAHLIAN ● Ahli kanak-kanak (9 hingga 12 tahun) ● Ahli Belia (13 hingga 18 tahun) ● Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup (18 tahun ke atas) ● Ahli Kehormat Seumur Hidup (Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan) 3) JENIS AHLI AHLI BIASA ● Yuran tahunan RM2.00 setahun ● Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. ● Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. AHLI BELIA (PERMOHONAN AKAN DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA CAWANGAN) ● Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak. ● Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. ● Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD). AHLI SEUMUR HIDUP ● Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan ● Bayaran yuran ialah RM500
2 AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP ● Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan ● Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun PASUKAN BANTUAN SUKARELA ● Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun REKOD & KAD KEAHLIAN ● Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. ● Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. ● Kad keahlian diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. ● Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang BORANG & KELULUSAN KEAHLIAN ● Borang keahlian perlulah lengkap dengan gambar. ● Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada: ○ Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan ○ Salinan kedua disimpan oleh Cawangan ○ Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang @ Unit ○ Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup PENDAFTARAN KUMPULAN ● Pasukan kanak-kanak ● Pasukan Belia ● Pasukan Belia Terbuka ● Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
3 ● Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam ● Pasukan Bantuan Sukarela IPT PENDAFTARAN BAGI PASUKAN KANAK-KANAK / BELIA ● Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM. ● Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan. ● Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. ● Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. PENDAFTARAN BAGI PASUKAN BELIA TERBUKA ● Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. ● Bilangan minimum ahli adalah seramai 15 orang. ● Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. PENDAFTARAN BAGI PASUKAN BANTUAN SUKARELA ● Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. ● Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. ● Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak / Belia. KUASA PENGANJUR: Antara kuasa penganjur yang digariskan ialah: ● Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. ● Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. ● Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. ● Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. ● Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. ● Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. ● Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. ● Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi.
4 Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas. Nombor ini akan menunjukkan unit itu berasal dari Cabang dan bahagian tertentu. Contohnya : Unit PK(Y) 118 PK - Unit ini berasal daripada Cabang Perak (Y) - Kumpulan Belia atau Youth 118 - Unit ke-118 yang didaftarkan
5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pemimpin dalam badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah : ● Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) ● Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. ● Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. ● Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. ● Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. ● Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi. ● Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. ● Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya. PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEGAWAI Pemakaian pakaian seragam bertujuan untuk: ● Mempamerkan identiti BSMM ● Memupuk semangat disiplin ● Dipakai dengan kemas dan bangga
6 PAKAIAN SERAGAM LELAKI JENIS-JENIS PAKAIAN Terdapat pelbagai jenis pakaian seragam yang dikhaskan kepada para pegawai dan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Antaranya ialah: 1) PAKAIAN ISTIADAT NO. 1 - PEGAWAI LELAKI KEGUNAAN: ● Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Persekutuan / Negeri / BSMM dan lain-lain. ● Perbarisan kehormatan dan menghadiri jemputan rasmi. ● Mengikut arahan.
7 2) PAKAIAN SERAGAM NO. 2 - PEGAWAI LELAKI KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi sebagai Ketua Kontinjen atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus / seminar dan lain-lain. ● Mengikut arahan.
8 3) PAKAIAN SERAGAM NO. 3 - PEGAWAI LELAKI KEGUNAAN: - Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus / seminar dan lain-lain. - Menghadiri Tugas Khas dan Latihan Medan. - Mengikut arahan.
9 4) PAKAIAN SERAGAM NO. 4 - PASUKAN BANTUAN SUKARELA LELAKI KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menerima Pingat / Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
10 5) PAKAIAN SERAGAM NO. 8 - BELIA & KANAK-KANAK (LINK) - LELAKI KEGUNAAN: ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
11 6) PAKAIAN SERAGAM NO. 9 - PEGAWAI / PASUKAN BANTUAN SUKARELA (PBS) BELIA DAN KANAK-KANAK (LINK) - LELAKI KEGUNAAN: ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
12 PAKAIAN SERAGAM WANITA 1) PAKAIAN SERAGAM NO. 3 - PEGAWAI WANITA KEGUNAAN: ● Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus / seminar dan lain-lain. ● Tugas khas dan Latihan Medan. ● Mengikut arahan.
13 2) PAKAIAN ISTIADAT NO. 1 - PEGAWAI WANITA KEGUNAAN: ● Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Persekutuan / Negeri / Bsmm dan lain-lain. ● Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. ● Mengikut arahan.
14 3) PAKAIAN SERAGAM NO. 2 PEGAWAI WANITA KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus / seminar dan lain-lain. ● Mengikut arahan.
15 4) PAKAIAN SERAGAM NO. 48 & 4B - PASUKAN BANTUAN SUKARELA (PBS) / BELIA - WANITA KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menerima Pingat /Sijil Penghargaan BSMM dan lain-lain. ● Tugas Khas dan Latihan Medan. ● Tiap-tiap Kawalan Kehormat hendaklah seragam dengan memilih sama ada Pakaian Seragam No. 4A atau 4B. ● Mengikut arahan.
16 5) PAKAIAN SERAGAM NO. 8 - BELIA / KANAK-KANAK KEGUNAAN: ● Terlibat dengan perbarisan rasmi atau menghadiri sebagai jemputan rasmi. ● Menghadiri mesyuarat rasmi / kursus /seminar dan lain-lain. ● Mengikut arahan.
17 6) PAKAIAN SERAGAM NO. 9 - PASUKAN BANTUAN SUKARELA / BELIA DAN KANAK-KANAK - WANITA KEGUNAAN: ● Tugas Khas dan Latihan Medan ● Mengikut arahan
18 7) PAKAIAN SERAGAM NO. 10 PEGAWAI DAN LAIN-LAIN ANGGOTA - WANITA (PILIHAN) KEGUNAAN: ● Menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang Kebesaran Persekutuan / Negeri / BSMM dan lain-lain. ● Perbarisan kehormatan atau menghadiri jemputan rasmi. ● Mengikut arahan.
19 DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ZULHAZWAN BIN MOHD RASIP KELAS: PISMP PAKK1621/MEI 2026 KOD KURSUS: MPU3451a