KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK BUKIT JEROK Tel: 011-65751586 22020 JERTIH, TERENGGANU Email: [email protected] ____________________________________________________________________________ Ruj kami : SKBJ.100-1/4/ Tarikh : 13 Februari 2023 Kepada; Semua guru SK Bukit Jerok Tuan/Puan MESYUARAT GURU KALI KE EMPAT 2022/2023 Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut : Tarikh : 15 Februari 2023 Hari : Khamis Masa : 11.30 pagi Tempat : Bilik mesyuarat 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Perutusan Pengerusi 3.2 Ucapan PK Pentadbiran 3.3 Ucapan PK Hal Ehwal Murid 3.4 Ucapan PK Kokurikulum 3.5 Hal-hal Lain 3.6 Ucapan Penangguhan 4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “Anjakan Muafakat Nekad” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah ……………………………………………. (TUAN ISMAIL BIN TUAN ISMAIL) Guru Besar s.k – Fail sekolah
MINIT MESYUARAT GURU SK BUKIT JEROK KALI KE 4 2022/2023 Tarikh : 15/02/2023 Hari : Khamis Masa : 11.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : En Tuan Ismail B Tuan Soh (Guru Besar) Kehadiran : Semua guru hadir (Lampiran 1) Tidak Hadir : - AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi - Cikgu Tuan Ismail Bin Tuan Soh (Guru Besar) 1.1 Tuan Guru Besar selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummu Kitab Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke Mesyuarat Guru kali ke 4 2022/2023 ini. 1.2 Pengerusi menerangkan penetapan hala tuju dan pergerakan sesi baru persekolahan 2023/2024 bermula dengan Buku Pengurusan Baru yang berkuatkuasa pada 15/3/2023 nanti. Tindakan : Makluman 1.3 Perubahan Jawatankuasa dan juga Guru Kelas untuk sesi 2023/2024 dilakukan mengikut keperluan dan juga kesesuaian keadaan. Penjelasan ringkas akan diberikan oleh pentadbir yang terlibat. Tindakan : Makluman 1.4 Besar harapan pengerusi agar Sesi persekolahan 2022/2023 dapat diselesaikan dengan kegembiraan dan kesempurnaan semaksima mungkin. 1.5 Ucapan berbanyak terima kasih di atas segala tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan dengan jayanya dalam kerjasama yang mantap dan jitu penuh keharmornian kesamaan semua warga sejok dalam tempoh ini. 1.6 Pengerusi berharap semoga kejayaan yang dicapai dapat dikekalkan dan dapat dibawa pada sesi persekolahan baru dengan anjakan nekad untuk direlisasikan kerana ianya adalah mandat, hasrat dan harapan Tuan Pengarah kita. Tindakan : Semua guru 1.7 Sebagai makluman bahawa Pengawai PPD Besut iaitu Tn Hj Abdullah Zawawi b Hj Yahya menerajui kepimpinan dengan sokongan 4 timbalan iaitu En Rosli b A Rahman, En Zuraidi b Wahid, En Rozaidi b Abdul Majid dan En Hamdan b Abd Ghafar. Tindakan : Makluman 1.8 Sekali lagi kalungan penghargaan buat semua guru atas kerjasama yang telah diberikan semoga amalan ini dapat dikekalkan pada sesi 2023/2024 dengan hala tuju yang lebih jelas dan mantap.
2.0 Ucapan PK Pentadbiran - Cikgu Hajah Wan Yah binti Wan Yusoff 2.1 Cikgu Wan Yah selaku PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih atas kehadiran pentadbir dan guru-guru ke mesyuarat kali ini dengan harapan semuanya bersabar untuk melangkah ke sesi persekolahan 2023/2024. 2.2 Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk mengetahui perjalanan sekolah dan maklumbalas guru-guru berkaitan perjalanan sekolah dalam tempoh ini. Tindakan : semua guru 2.3 Penggunaan E-rph / Rph 2.3.1 Berkaitan dengan penggunaan E-rph ataupun Rph secara manual perlu dibincangkan untuk mendapat kesepaduan dalam penggunaan pada sesi akan datang. 2.3.2 Jika menggunakan E-rph, guru-guru dimohon untuk membuat cetakan dan simpan di dalam fail untuk semakan setiap minggu. Fail ini juga perlu disimpan untuk rujukan dan eviden apabila diperlukan. 2.3.3 Cadangan juga diberikan supaya guru-guru membeli Rph supaya lebih kemas dan dapat diselaraskan pengunaannya. Rph ini perlu disediakan di dalam fail untuk tujuan semakan dan rujukan lanjut nanti. 2.3.4 Walau bagaimanapun, penyediaan E-rph/Rph adalah perlu dilengkapkan dengan kriteria PAK 21 sepertimana yang disarankan dalam setiap pdp di dalam kelas. 2.3.5 Perkara lain yang perlu dititikberatkan adalah penyediaan E-rph/Rph hendaklah bertepatan dengan sukatan dan DSKP untuk Pdp di dalam kelas nanti. Tindakan : semua guru 2.4 Jadual Waktu 2.4.1 Seterusnya Cikgu Wan Yah menerangkan berkaitan Jadual Waktu untuk sesi persekolahan 2023/2024 telah dibuat dan dirancang mengikut kesesuaian dan keperluan yang telah ditetapkan. 2.4.2 Dimaklumkan bahawa jadual waktu sesi akan datang akan memperuntukan 1jam setiap Rabu untuk aktiviti 1M1S. Berikutan itu, murid Tahap 1 akan pulang pada jam 1.15 petang pada hari Ahad dan Isnin, manakala hari Selasa, Rabu dan Khamis pulang pada jam 12.45 tengah hari. Bagi murid Tahap 2 waktu pulang adalah kekal jam 1.15 petang. 2.4.3 Penetapan jadual waktu bagi tahap 1 adalah BM – 10 waktu, BI – 8 waktu, MT – 5 waktu, SN – 3 waktu dan lain-lain subjek adalah kekal seperti biasa. Manakala jadual bagi tahap 2 adalah BM – 9 waktu, BI – 8 waktu, MT – 5 waktu, SN – 5 waktu dan lain-lain subjek juga tiada perubahan. 2.4.4 Secara keseluruhanya masa mengajar guru-guru adalah bersesuaian dengan keperluan Pdp kecuali subjek agama mengalami sedikit kekurangan masa mengajar. Tindakan : makluman 2.4.5 Manakala bagi aktiviti bacaan Yassin setiap hari Khamis jadual perlu diawalkan pada jam 7.30 pagi untuk mengelakkan pertindihan masa pertama pdp. Ekoran itu, guru-guru bertugas dimohon datang lebih awal ke sekolah untuk membuat persediaan yang sewajarnya.
2.4.6 Selain itu, perhimpunan mingguan juga perlu menepati masa jadual yang telah diperuntukkan. Persediaan awal perlu dilakukan oleh guru-guru bertugas untuk melancarkan proses perhimpunan. Tindakan : guru bertugas 2.4.7 Hal yang sama dengan mesyuarat dalaman sekolah yang perlu menepati masa dan ketetapan yang telah diberikan supaya tidak mengganggu jadual pdp kelas. Tindakan : semua guru 2.5 Guru Kelas 2.5.1 Bagi sesi 2023/2024 lantikan guru kelas adalah kekal dan tidak banyak berubahan yang berlaku. 2.5.2 Perubahan terpaksa dilakukan berdasarkan keperluan semasa kelas iaitu Ustazah Che Norshielawati dilantik sebagai guru kelas tahun 2 Cemerlang kerana Tahun 3 telah berubah kepada satu kelas sahaja. 2.5.3 Cikgu Wan Yah juga menegaskan tanggungjawab guru-guru kelas untuk membuat penambahbaikan kelas masing-masing selaras dengan kewujudan sekolah TS25. Pembinaan sudut mata pelajaran, sudut kelas dan item-item PAK 21 seperti kriteria kejayaan, kad traffic light, parking lot dan sebagainya perlu lengkap untuk digunakan semasa pdp nanti. Tindakan : semua guru kelas 2.6 Bilik-bilik Khas 2.6.1 Gpk Pentadbiran juga mengingatkan guru-guru yang terlibat dengan bilik-bilik khas supaya mengemaskini fungsi bilik masing-masing mengikut keperluan sekolah. Penggunaan bilik-bilik khas perlu ada jadual penggunaannya supaya lebih teratur. Makluman awal penggunaan kepada guru bertugas sebelum menggunakannya. 2.6.2 Cadangan gotong royong bilik-bilik khas boleh dilakukan sekiranya guru terlibat memerlukan kerjasama guru-guru lain untuk penambahbaikan yang difikirkan perlu. 2.6.3 Sedikit perubahan pengurusan bilik mesyuarat akan diserahkan tugas dan tanggungjawab kepada Cikgu Wan Aizah untuk tindakan penambahbaikan dan keceriaan untuk kegunaan mesyuarat. Tindakan : semua guru bilik khas 2.7 Pengurusan Panitia 2.7.1 Cikgu Wan Yah juga memaklumkan agar semua unit panitia membuat perancangan awal bagi aktiviti panitia untuk sesi baru persekolahan nanti. 2.7.2 Setiap perbelanjaaan panitia perlu dibelanjakan secara berhemah agar dapat melaksanakan aktiviti berfeadah yang sekaligus memberi impak yang baik kepada muridmurid nanti. Laporan setiap panitia perlu disediakan bagi semua aktiviti yang telah dilakukan. 2.7.3 Peringatan juga bahawa sukatan pelajaran dan DSKP perlu disediakan di dalam fail panitia untuk rujukan guru-guru berkenaan Tindakan : penyelaras panitia
2.7.4 Cikgu-cikgu boleh memberi pendapat dan cadangan dalam penambahbaikan kurikulum sekolah dari secara Bersama. Tindakan : semua guru 3.0 Ucapan PK Hal Ehwal Murid – Cikgu Hasrizal Bin Md. Hashim 3.1 Cikgu Hasrizal selaku PK HEM mengucapkan terima kasih atas kehadiran para pentadbir dan guru-guru yang dapat meluangkan masa kerana mesyuarat hari ini adalah langkah permulaan untuk ke sesi baru 2023/2024 nanti. 3.2 Sebagai maklumat awal dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara penting berkaitan HEM untuk tindakan dan perhatian guru-guru seperti pendaftaran murid, pendaftaran Tahun satu, bantuan murid dan sebagainya yang berkaitan. Tindakan : makluman 3.3 Pendaftaran sekolah 3.3.1 Berkaitan pendaftaran murid SKBJ bagi sesi baru nanti, PK Hem memaklumkan bahawa surat edaran telah dikeluarkan untuk makluman dan tindakan awal ibubapa berkaitan perbelanjaan pendaftaran awal persekolahan. 3.3.2. Bayaran yang telah ditetapkan adalah dengan persetujuan PIBG berdasarkan keperluan pembelajaran semasa murid. Oleh itu, bayaran buku dan keperluan sekolah boleh dibuat kepada guru kelas masing-masing. 3.3.2 Bagi pendaftaran Tahun 1 sesi 2023/2024 adalah seramai 39 murid yang telah berdaftar manakala yang belum berdaftar perlu mendaftar di PPD terlebih dahulu sebelum merujuk sekolah untuk tindakan selanjutnya. 3.3.4 Cikgu-cikgu dimohon menjawab pertanyaan ibubapa berkaitan pendaftaran sekolah mengikut kesesuaian dan keperluan ibubapa. Bayaran persekolahan murid boleh diterima secara tunai ataupun secara beransur-ansur dari ibubapa mengikut keutamaan dan keperluan anak mereka. Tindakan : guru kelas 3.4 Bantuan sekolah 3.4.1 Bagi Bantuan Awal persekolahan (BAP) murid tahun 1 sesi 2023/2024 layak untuk mendapatkannya. 3.4.2 Agihan fasa 2 BAP akan diberikan pada bulan April 2023 apabila arahan dikeluarkan kepada pihak sekolah untuk bertindak. Tindakan : guru penyelaras 3.5 Kebersihan sekolah 3.5.1 PK Hem memaklumkan bahawa maklumat awal yang diterima bahawa lawatan kesihatan untuk melihat kebersihan kawasan sekolah bermula pada 30 Mac 2023 selepas sesi persekolahan baru. Tindakan : makluman
3.5.2 Cikgu Zainuddin sebagai penyelaras denggi perlu merancang gotong royong untuk membersihkan kawasan sekolah dari pembiakan nyamuk. Kerjasama semua guru amatlah diharapkan untuk menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan sekolah. Tindakan : guru penyelaras 4.0 Ucapan PK Kokurikulum – Cikgu Azura Binti Mustafa 4.1 Ucapan pendahuluan Gpk Kokurikulum mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan kejayaan dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi persekolah 2022/2023. Sesungguhnya tanpa sokongan guru-guru kejayaan sekolah tidak dapat dicapai. 4.2 Aktiviti Sukan dan Permainan 4.2.1 Cikgu Azura selaku Gpk Kokurikulum menerangkan bahawa program sukan dan permainan telah dinyatakan menerusi group wassap rasmi sekolah untuk makluman dan tindakan awal guru-guru yang terlibat. Tindakan : makluman 4.2.2 Guru yang dilantik sebagai Jurulatih perlu melatih murid sebagai persediaan awal untuk pertandingan sesi 2023/2024 nanti. Antaranya, Cikgu Junaidi sebagai jurulatih bola baling, Cikgu Zainuddin jurulatih Bola Tampar, Ustaz Yatimi jurulatih Sepak Takraw dan Cikgu Zaki jurulatih Pingpong. 4.2.3 Bagi wakil permainan pingpong, dua orang murid telah dipilih iaitu Muhammad Adam dan Dhia Umairah yang akan berlatih di rumah masing-masing semasa cuti sekolah ini. 4.2.4 Cikgu Azura memaklumkan bahawa maklumat awal yang diterima bagi pertandingan Bola Tampar peringkat zon akan diadakan saringan di SK Anak Ikan apabila sekolah dibuka nanti. 4.2.5 Segala persiapan pertandingan perlu bermula seawal buka sekolah kerana kekangan masa dan kita semua bakal menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba. Tindakan : jurulatih sukan & permainan 4.3 Aktiviti Ko-Akademik 4.3.1 Bagi persiapan penyertaan ko-akademik, guru-guru yang terlibat perlu membuat persediaan awal untuk melatih murid-murid bagi menyertai pertandingan peringkat zon dan seterusnya ke peringkat daerah. 4.3.2 Adalah diingatkan bahawa semua pertandingan ko-akademik akan diadakan secara bersemuka mulai sesi 2023/2024. Tindakan : jurulatih ko-akademik 4.4 Aktiviti 1M1S 4.4.1 Manakala setiap hari rabu selama 1 jam aktiviti 1M1S akan diadakan sepertimana jadual sekolah. Guru-guru dikehendaki menggunakan baju 1M1S yang telah ditempah khas untuk kegunaan semua guru.
4.4.2 Besar harapan PK Kokurikulum agar kejayaan dan kegemilangan sukan SKBJ dapat dicapai dengan kerjasama dan semangat juang semua guru untuk terus terus berjaya. Tindakan : semua guru 5.0 Hal-hal Lain 5.1Ustazah Yusmin Binti Ab.Llah 5.1.1 Mohon guru-guru untuk mengisi semula markah murid menerusi tapak PBD baru yang akan dimasukkan ke dalam m-sim. Perkara ini perlu mengikut mata pelajaran yang diajar dan perlu disiapkan sebelum sesi persekolahan dibuka. PBD ini juga akan digunakan sebagai TOV pada sesi baru nanti. 5.1.2 Murid Plan Tahun 2 dan Tahun 3 adalah bagi mata pelajaran bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja. Walau bagaimanapun mata pelajran matematik perlu membuat persediaan jika diperlukan pada sesi baru nanti. 5.1.3 Bagi memenuhi keperluan jam kredit esplg, guru-guru dimohon untuk mengisi jam kredit bacaan Yassin setiap minggu yang diberikan. 5.2Cikgu Nor Azlina Binti Ayub 5.2.1 Ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama guru kelas atas pemulangan dan pengagihan buku teks. Buku teks Tahun 1 sesi baru akan diagihkan pada hari pendaftaran sekolah nanti. 5.2.2 Bagi guru-guru yang membuat pinjaman buku teks edisi guru, mohon dipulangkan terlebih dahulu buku untuk tindakan lanjut penyelaras. 5.3Cikgu Siti Noor Binti Ab Rahim 5.3.1 Mohon pengesahan berkaitan hari pendaftaran dan penggunaan buku aktiviti transisi bagi murid Tahun 1 sesi 2023/2024. 5.4Cikgu Rokiah binti Ariffin 5.4.1 Memaklumkan bahawa harga jualan baju sukan dan baju 1M1S di koperasi berharga RM18 – RM22 mengikut saiz yang dikehendaki. 5.4.2 Segala bayaran buku transisi dan fail peribadi murid tahun Satu boleh dibuat kepada Pembantu Tadbir sekolah. Manakala lain-lain bayaran seperti buku tulis dan baju perlu diserahkan pada guru koperasi. 5.4.3 Bagi pengurusan koperasi, Guru Besar telah membenarkan 3 orang guru untuk membantu pengurusan jualan koperasi pada hari pendaftaran sekolah nanti.
5.5 Cikgu Zainuddin Bin Hussain 5.5.1 Pemakluman bahawa link esplg belum dibuka dan akan dibuka semula pada bulan Mac nanti. 5.6 Cikgu Muhammad Zaki Bin Ramli 5.6.1 Peringatan bahawa semua guru adalah guru disiplin, maka sistem SSDM sesi 2023/2024 perlu diisi dan dilaporkan amalan baik dan salah laku disiplin murid-murid oleh semua guru. 5.6.2 Portal SSDM berperanan penting kerana segala perilaku dan disiplin murid akan semak oleh PPD dan JPNT. 5.6.3 Segala salah laku murid akan disahkan oleh S/U APDM sebelum diambil tindakan oleh Guru Besar dan PK Hem. 5.6.4 Sijil berhenti sekolah murid Tahun 6 juga akan dinyatakan amalan terbaik murid bagi sepanjang tahun. 5.6.5 Bantahan pada cadangan penggunaan Rph kerana kemudahan ICT telah menyediakan platform Erph untuk kegunaan semua guru. Segala pandangan dan pendapat adalah untuk penambahbaikan ke arah yang lebih baik. 6.0 Ucapan penangguhan 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan pendapat guru-guru dalam mesyuarat akhir guru kali ini. Percambahan idea menjurus kepada kepelbagaian dan variasi ke arah kecemerlangan sekolah. 6.2 Mesyuarat guru pertama sesi 2023/2024 akan diadakan pada 15 Mac 2023. Semua guru diwajibkan hadir. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang. Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, ...................................................... .......................................... (NORHATIKAH BT ABD MAJID ) TUAN ISMAIL B TUAN SOH Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK Bukit Jerok SK Bukit Jerok
KEHADIRAN MESYUARAT GURU SK BUKIT JEROK KALI KE 4 2022/2023 Tarikh : 15/02/2023 Hari : Khamis Masa : 11.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Pengerusi : En Tuan Ismail Bin Tuan Soh (Guru Besar) Kehadiran : Lampiran 1 1. En Tuan Ismail Bin Tuan Soh (Guru Besar) 2. Pn Hjh Wan Yah Binti Wan Yusoff (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. En Hasrizal Bin Md. Hashim (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) 4. Pn Azura Binti Mustafa (Penolong Kanan Kokurikulum) 5. En Hishamuddin Bin Mat Husin 6. En Mohammad Zaki Bin Ramli 7. En Zainuddin Bin Hussain 8. En Junaidi Abdilah Bin Shafie 9. Tn Hj Zuhdi Bin Ariffin 10. En Amli Nujhan Bin Husin 11. En Muhardi Bin Mohamad 12. En Mohd Yatimi Bin Yasin 13. Pn Salwa Binti Sulaiman 14. Pn Rokiah Binti Ariffin 15. Pn Norhatikah Binti Abd Majid 16. Pn Yusmin Bt Ab. Llah 17. Pn Nor Majidah Binti Md Saufi 18. Dr Rosmah Binti Abd Ghani 19. Ustzh Che Norsilawati Binti Omar 20. Pn Azlina Binti Ayub 21. Pn Siti Noor Bt Ab Rahim 22. Pn Syukriyah Hafizah Binti Mohamad 23. Pn. Wan Nor Aizah Binti W. Abd Rahman 24. Pn Sazura Binti Muhd Yasin 25. Pn wan kalsum Binti Wan Omar 26. Pn Nor Azliza Binti Mat Razali 27. Cik Juwairiyah Binti Mat Yusof