The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AINA MURFIQAH BINTI AMIRUDDIN IPG-Pelajar, 2024-03-21 03:19:40

TUGASAN 2 EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN 2 EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

1 NAMA : AINA MURFIQAH BINTI AMIRUDDIN KELAS : 22A NAMA PENSYARAH : DR. SUZANA BINTI ABD MUTALIB KAMPUS : IPGK SULTAN ABDUL HALIM TUGASAN 2 EDUP3153 – PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


2 ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT 1 1.0 Pengenalan 3 2 2.0 Instrumen I 3-4 3 2.1 Kaedah 4 4 2.2 Aktiviti 4-5 5 2.3 Tajuk 5 6 2.4 Standard Pembelajaran / Standard Prestasi 5 7 2.5 Kebolehtafsiran 5-6 8 2.6 Cadangan Penambahbaikan 6 9 3.0 Instrumen II 6-7 10 3.1 Kaedah 7 12 3.2 Aktiviti 7-8 13 3.3 Tajuk 8 14 3.4 Standard Pembelajaran / Standard Prestasi 8 15 3.5 Kebolehtafsiran 8 16 3.6 Cadangan Penambahbaikan 9 17 4.0 Instrumen III 9-10 18 4.1 Kaedah 10 19 4.2 Aktiviti 10-12 20 4.3 Tajuk 13 21 4.4 Standard Pembelajaran / Standard Prestasi 13 22 4.5 Kebolehtafsiran 13 23 4.6 Cadangan Penambahbaikan 14 24 5.0 Kesimpulan 14 25 6.0 Rujukan 15


3 1.0 PENGENALAN Menurut Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses mentaksir perkembangan murid-murid secara berterusan sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Melalui PBD, guru berupaya mengesan kemajuan, potensi, tahap perkembangan dan penguasaan semasa murid bagi suatu tempoh pembelajaran. PBD bukan sahaja membantu dalam mengesan perkembangan murid, malah turut membolehkan guru menambah baik kaedah pengajaran untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran ke arah yang lebih berkesan (Ng Pei et. al, 2023). Malahan, guru dapat mengenal pasti keperluan murid-murid dalam pembelajaran sama ada murid tersebut memerlukan pemulihan atau pengukuhan. Melalui PBD, pembelajaran tidak lagi berpusatkan kepada peperiksaan di atas kertas semata-mata, malah turut menitikberatkan kemahiran dan nilai yang diperoleh daripada sesebuah pembelajaran. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah mendapatkan instrumen PBD yang telah dilaksanakan oleh seorang guru bahasa Melayu, Puan Lathifah binti A. Rahman ke atas muridmurid Tahun Enam Berlian Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman. 2.0 Instrumen I: SENARAI SEMAK Senarai semak merupakan suatu alat alternatif untuk menyenaraikan item yang diukur untuk mengetahui tahap pencapaian semasa individu bagi setiap item. Senarai semak berupaya membantu guru menilai kelemahan dan kekuatan murid terhadap sesuatu aspek. Cikgu Lathifah telah menggunakan instrumen senarai semak untuk mentaksir pencapaian muridmurid dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Cikgu Lathifah telah menyediakan senarai


4 semak yang ringkas seperti berikut. Beliau merupakan guru yang berpengalaman dan sudah lama mengajar, jadi kriteria bagi setiap Tahap Penguasaan telah dihadam oleh beliau. Oleh kerana itu, beliau tidak menyatakan kriteria terhadap sesebuah TP di dalam senarai semak tersebut. 2.1 KAEDAH Kaedah pentaksiran yang digunakan oleh Cikgu Lathifah bagi instrumen senarai semak ialah kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengukur tahap pencapaian murid dengan mengumpul data setiap murid melalui pencapaian yang ditonjolkan semasa penilaian. Cikgu Lathifah telah melaksanakan kaedah pemerhatian dengan memanfaatkan instrumen senarai semak bagi mengukur kemahiran mendengar dan bertutur murid Tahun 6 Berlian dalam mata pelajaran bahasa Melayu. kaedah pemerhatian telah membantu beliau untuk mengukur sejauh mana murid boleh bertutur mengenai sesuatu perkara yang dipelajari serta memberi respon terhadap arahan dan soalan yang dikemukakan. Instrumen senarai semak dikatakan sesuai dengan kaedah pemerhatian kerana instrumen ini berupaya membolehkan guru memberikan fokus terhadap tingkah laku yang positif atau negatif murid terhadap pembelajaran dengan lebih jelas. Namun, pemerhatian yang dilaksanakan telah dinilai tanpa menggunakan senarai semak. Keputusan daripada kaedah pemerhatian hanya dicatat dan direkod di dalam buku nota guru sahaja. 2.2 AKTIVITI Pelaksanaan aktiviti penilaian oleh Cikgu Lathifah yang dilihat sesuai menggunakan instrumen senarai semak dan kaedah pemerhatian bagi mengukur kemahiran mendengar dan bertutur ialah aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Berdasarkan buku teks bahasa Melayu tema 5 unit 13 iaitu ’Lemak Manis Tepung Pelita’, murid perlu merujuk halaman 98 untuk membuat pembacaan mengenai resepi dan cara penyediaan Kuih Tepung Pelita. Kemudian, guru juga akan memberikan penerangan dengan lebih lanjut berkenaan bahan yang digunakan serta cara penyediaan Kuih Tepung Pelita. Secara berkumpulan, murid perlu berbincang dan melaksanakan pembentangan berkenaan cara membuat kuih tersebut daripada pembacaan dan informasi yang didengar. Guru akan mengajukan beberapa soalan semasa murid-murid menjalankan pembentangan. Aktivit ini diyakini berkesan dalam menilai kemahiran lisan


5 kerana guru berupaya mentaksir perkembangan murid berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain (Muhammad Affan & Abdul Hamid, 2023). Melalui pembentangan, guru akan merekodkan data ke dalam senarai semak dan membuat catatan kendiri tentang hal-hal yang perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, terdapat catatan berkenaan murid yang memerlukan bimbingan pada bahagian bawah lampiran senarai semak tersebut. 2.3 TAJUK Tajuk yang digunakan oleh guru dalam menjalankan penilaian ini diambil daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 Tema 5 Unit 13 iaitu ’Lemak Manis Tepung Pelita’. Tajuk ini dipilih bagi melaksanakan penilaian terhadap kemahiran mendengar dan bertutur murid kerana kandungannya sangat bersesuaian dengan Standard Pembelajaran yang hendak dicapai. 2.4 STANDARD PEMBELAJARAN / STANDARD PRESTASI Instrumen senarai semak sesuai dilaksanakan dalam Standard Pembelajaran 1.3.2 iaitu murid boleh menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya dan ekspresi yang sesuai telah dipilih. Tahap Penguasaan 5 iaitu mendengar, menyebut dan memberikan respons melalui pertuturan untuk menyatakan maklumat, rumusan dan ramalan di samping berhujah dengan kritis untuk bersoal jawab dan bercerita tentang sesuatu perkara secara bertatasusila pada tahap terperinci telah dipilih dalam Standard Prestasi kemahiran ini untuk menjalankan pentaksiran. 2.5 KEBOLEHTAFSIRAN Pada pandangan saya, instrumen senarai semak sangat efisien digunakan untuk menilai Standard Pembelajaran 1.3.2 kerana instrumen ini membantu guru lebih cakna akan tahap penguasaan murid di samping membolehkan guru merancang strategi pengajaran seterusnya untuk meningkatkan penguasaan murid. Namun, senarai semak yang telah disediakan oleh guru ini untuk menilai murid-muridnya ini kurang lengkap kerana senarai semak tersebut tidak ada pernyataan kriteria yang perlu dicapai untuk membolehkan murid layak menerimanya. Pernyataan kriteria sangat penting untuk murid tahu akan perkara yang perlu ditambah baik untuk mencapai TP yang lebih tinggi. Malahan, guru sepatutnya menambah bahagian ’catatan’


6 pada hujung jadual senarai semak supaya guru dapat memberikan komen terhadap setiap murid. 2.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan saya, guru ini perlu menambah baik instrumen senarai semak beliau dengan menyatakan kriteria yang perlu dipenuhi bagi mencapai TP tertentu. Hal ini adalah bagi memudahkan pihak lain merujuk sebab murid tersebut layak berada pada TP itu. Borang senarai semak yang lebih terperinci membolehkan guru memperoleh pengetahuan tentang kekuatan dan kelemahan setiap murid dengan lebih spesifik. Melalui data daripada senarai semak, perekodan TP ke atas setiap murid adalah lebih tepat dan mudah. Pernyataan kriteria dalam senarai semak juga penting untuk menentukan sejauh mana murid telah mencapai sesebuah hasil pembelajaran. Hasil data membolehkan guru merancang inisiatif lain untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid. 3.0 Instrumen II : RUBRIK Menurut Mustaqim Roslan (2024), rubrik merupakan suatu panduan yang menjadi kayu ukur yang autentik terhadap pemarkahan sesuatu tugasan yang hendak dinilai oleh guru terhadap penilaian ke atas murid. Cikgu Lathifah telah melaksanakan pentaksiran melalui


7 aktiviti berkumpulan dengan menggunakan kaedah pembentangan. Malahan, Cikgu Lathifah telah menggunakan instrumen rubrik bagi menilai pembentangan murid-murid. 3.1 KAEDAH Kaedah yang telah digunakan menggunakan instrumen rubrik ialah kaedah pembentangan. Guru dapat melihat tahap penguasaan murid terhadap sesebuah Standard Pembelajaran menggunakan kaedah pembentangan. Cikgu Lathifah telah melaksanakan kaedah pembentangan untuk menilai kemahiran membaca murid. Semasa pembentangan, Cikgu Lathifah turut menguji kefahaman murid melalui soal jawab terhadap perkara yang dibentang tersebut serta menguji kebolehan murid membuat ramalan melalui cetusan pernyataan masalah. Melalui kaedah pembentangan, murid dapat mengeluarkan informasi dan pemahaman yang mereka peroleh daripada bahan bacaan sama ada pengetahuan berbentuk tersurat atau tersirat dalam bentuk lisan. Guru pula dapat menilai perkembangan kemahiran kognitif murid-murid melalui pembacaan. 3.2 AKTIVITI Aktiviti yang Cikgu Lathifah gunakan dalam penilaian ini ialah aktiviti berkumpulan di mana beliau telah membahagikan murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah yang diguna pakai untuk penilaian ini ialah pembentangan. Aktiviti dimulakan dengan guru mengedarkan brosur mengenai Baja Foliar Fertilizer kepada setiap kumpulan. Brosur ini diperoleh daripada program TS25 yang dilaksanakan oleh sekolah tersebut. Daripada brosur


8 tersebut, murid dikehendaki mencipta sebuah Peta i-Think mengenai manfaat dan kebaikan Baja Foliar Fertilizer. Guru akan menilai tahap penguasaan kemahiran membaca murid melalui pembentangan hasil kerja setiap kumpulan di hadapan guru. Semasa pembentangan, guru akan bersoal jawab dengan murid berkenaan hasil kerja mereka. Hasil pembentangan disemak menggunakan rubrik untuk melihat kriteria yang sepatutnya dicapai bagi memperoleh suatu Tahap Penguasaan. 3.3 TAJUK Aktiviti ini terletak di bawah tema ’Pertanian dan Penternakan’ namun bahan yang digunakan untuk penilaian tidak diperoleh daripada buku teks. Bahan bacaan yang digunakan untuk mentaksir kemahiran membaca murid merupakan bahan berbentuk brosur berkenaan Baja Foliar Fertilizer. Cikgu Lathifah telah menggunakan brosur tersebut sebagai bahan untuk menilai kemahiran membaca murid-murid. Guru perlu mencipta rubrik untuk bahan ini agar dapat dirujuk untuk tujuan penilaian hasil kerja murid. 3.4 STANDARD PEMBELAJARAN / STANDARD PRESTASI Instrumen rubrik ini sesuai digunakan untuk mentaksir Standard Pembelajaran 2.3.1 iaitu membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan bagi kemahiran membaca tahun enam. Standard Prestasi yang telah ditetapkan bagi penilaian ini ialah TP5 iaitu membaca, memahami dan menaakul dan mentafsir maklumat daripada bahan multimedia dan bahan sastera untuk membuat rumusan dan ramalan serta menyatakan ilmu dan nilai dalam pelbagai bentuk persembahan pada tahap terperinci. 3.5 KEBOLEHTAFSIRAN Pada pandangan saya, rubrik yang telah disediakan oleh Cikgu Lathifah dalam menilai kemahiran membaca murid bersifat umum dan tidak spesifik dari segi penetapan Tahap Penguasaan ke atas sesuatu kriteria. Guru mungkin sudah mahir untuk menilai murid-murid kerana guru ini sudah berpengalaman dan sudah lama berkhidmat sebagai guru, tetapi instrumen yang tidak jelas sebegini tidak begitu fleksibel bagi guru baru atau ibu bapa untuk merujuknya.


9 3.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan saya adalah lebih baik sekiranya guru merangka rubrik dengan lebih terperinci merangkumi semua kriteria Tahap Penguasaan. Selain itu, instrumen cadangan yang boleh dilaksanakan bagi kaedah ini ialah instrumen penilaian rakan sebaya. Guru boleh melibatkan murid dalam mentaksir supaya mereka lebih faham akan kriteria yang perlu dicapai untuk memperoleh skor yang tinggi. Malahan, pentaksiran rakan sebaya juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk melaksanakan pembentangan dengan sangat baik. 4.0 Instrumen III: LEMBARAN KERJA


10 Lembaran kerja merupakan instrumen penilaian yang bertindak mentaksir tahap penguasaan murid terhadap suatu sesi pembelajaran untuk mengukur perkembangan semasa murid-murid. Cikgu Lathifah telah melaksanakan instrumen lembaran kerja bagi membuat penilaian terhadap kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Cikgu Lathifah hanya memberi lembaran kerja kosong kerana beliau tidak menyimpan gambar hasil lembaran kerja murid. 4.1 KAEDAH Kaedah yang digunakan oleh Cikgu Lathifah dalam mengaplikasikan instrumen lembaran kerja ini ialah kaedah penulisan. Instrumen penilaian berbentuk lembaran kerja sesuai dimasukkan dalam kaedah penulisan kerana guru dapat menilai hasil kerja murid secara maujud. Hal ini memudahkan guru untuk menilai tahap perkembangan semasa murid melalui penghantaran hasil kerja. Hasil kerja murid perlulah dilaksanakan di dalam kelas dan bukan kerja rumah. Kaedah penulisan membantu guru mengukur kebolehan murid dalam mengeluarkan informasi yang diperoleh daripada hasil pembacaan dalam bentuk yang terperinci dan berstruktur. Kaedah penulisan juga memudahkan murid untuk menterjemah hasil analisis mereka ke atas bahan bacaan ke dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami. Kaedah penulisan dengan instrumen lembaran kerja ini amat sesuai dilaksanakan bagi mentaksir kemahiran bukan lisan seperti kemahiran membaca dan menulis. Cikgu Lathifah menggunakan kaedah dan instrumen ini dalam menilai kemahiran membaca dan menulis. 4.2 AKTIVITI Terdapat dua aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Lathifah menggunakan kaedah penulisan dan instrumen lembaran kerja.


11 i. Aktiviti 1 Aktiviti yang dirancang oleh Cikgu Lathifah untuk menilai kemahiran membaca murid ialah aktiviti latihan individu. Pada awalnya, guru telah meminta murid membaca cerita ‘Sereban Tidak Sebulu’ daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam halaman 76. Murid diberikan masa untuk membaca dan memahami cerita secara mentalis. Bagi penilaian kemahiran membaca, setiap orang murid diberikan lembaran kerja berkenaan cerita ‘Sereban Tidak Sebulu’. Lembaran kerja tersebut meminta setiap murid untuk mengeluarkan sebab dan kesan yang berlaku dalam cerita tersebut. Guru mengumpulkan semua hasil kerja murid dan menyemak hasil kerja tersebut untuk mengukur kemahiran membaca setiap murid. Lembaran kerja yang dilaksanakan secara individu dapat ditaksir dengan mudah kerana hasil kerja tersebut adalah sepenuhnya daripada seorang murid. Jadi, guru dapat menilai perkembangan murid dalam kemahiran membaca dengan lebih tepat.


12 ii. Aktiviti 2 Aktiviti yang kedua pula merupakan aktiviti pentaksiran untuk mengukur kemahiran menulis menggunakan instrumen lembaran kerja. Aktiviti yang dirancang oleh Cikgu Lathifah ialah aktiviti latihan dalam kumpulan. Daripada buku teks Bahasa Melayu Tahun Enam halaman 20, murid perlu meneliti maklumat berkenaan piramid makanan pada halaman tersebut dan murid perlu memikirkan sajian sarapan pagi atau makanan tengah hari. Murid dibimbing untuk memahami maklumat yang terdapat dalam bahan sajian. Murid menjana idea melalui soalan yang dikemukakan oleh guru dan dicatat oleh murid. Secara berkumpulan, murid akan merancang menu sihat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pembacaan dan pengajaran guru.


13 4.3 TAJUK Tajuk yang digunakan dalam ’Aktiviti 1’ ialah ’Perpaduan Sesama Masyarakat’. Tajuk ini adalah berdasarkan buku teks Bahasa Melayu Tahun Enam Tema Perpaduan halaman 76. Aktiviti yang terkandung dalam tema ini sesuai untuk menilai kemahiran membaca muridmurid. Selain itu, tajuk yang digunakan dalam ’Aktiviti 2’ ialah berkenaan ’Hidangan Makanan Seimbang’ yang diambil daripada Tema Kesihatan dan Kebersihan daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam halaman 20. Tajuk ini tidak asing lagi dalam kehidupan individu. Oleh hal yang demikian, murid seharusnya dapat melengkapkan penilaian terhadap kemahiran menulis melalui lembaran kerja yang diberikan oleh guru dengan cemerlang. 4.4 STANDARD PEMBELAJARAN / STANDARD PRESTASI ‘Aktiviti 1’ menfokuskan kepada penilaian membaca murid-murid. Standard Pembelajaran bagi ‘Aktiviti 1’ ialah 2.3.1 iaitu membaca dan menganalisis kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera untuk membuat ramalan. Standard Prestasi yang dipilih bagi aktiviti ini ialah TP 5. Selain itu, ’Aktiviti 2’ pula telah digunakan oleh guru untuk menilai kemahiran menulis. Standard Pembelajaran bagi ’Aktiviti 2’ ialah 3.2.3 iaitu mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. 4.5 KEBOLEHTAFSIRAN Pada pandangan saya, instrumen lembaran kerja amat sesuai digunakan untuk menguji kemahiran menulis dan membaca murid-murid. Melalui lembaran kerja, guru dapat menyemak penulisan murid dan mengambil tindakan lanjut untuk meningkatkan kemahiran menulis murid-murid.


14 4.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan saya, lembaran kerja mungkin dapat dilaksanakan secara individu kerana dikhuatiri terdapat murid yang tidak memberi komitmen semasa aktiviti dilaksanakan. Hal ini akan menyebabkan pentaksiran tidak dapat dijalankan dengan tepat dan guru tidak dapat mengetahui penguasaan murid yang sebenar. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, rasional pengamalan PBD dalam sesi pembelajaran adalah supaya murid tidak hanya belajar semata-mata untuk peperiksaan manakala guru bukan sahaja mengajar demi peperiksaan, sebaliknya ilmu dan kemahiran tersebut adalah untuk dipraktikkan sepanjang kehidupan. Menurut Vinoothini dan Nor (2023), instrumen PBD mampu bertindak sebagai kayu ukur dalam menilai tahap perkembangan murid dari semasa ke semasa. Oleh hal yang demikian, guru perlulah bersikap professional terhadap perubahan semasa dalam pendidikan supaya dapat melahirkan murid yang berdaya saing pada peringkat yang lebih tinggi.


15 6.0 RUJUKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH. (2018) PORTAL RASMI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Hak Cipta Terpelihara © 2018 Bahagian Pembangunan Kurikulum Retrieved March 17, 2024, from http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pentaksiran-bilik-darjah Muhammad Affan & Abdul Hamid (2023). Pembelajaran Bahasa Melayu Berasaskan Projek untuk Meningkatkan Kemahiran Bahasa dalam Kalangan Murid Tahun Enam: Project-based Malay Language Learning to Improve Language Skills among Year Six Pupils. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 13(2), 53-68. Mustaqim Roslan, M. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam/Classroom Assessment Method (PBD) And Its Impact On Level One Pupils: Analysis Of Islamic Education Subjects. UMRANJournal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63-78. Ng Pei Juan, Saemah Rahman, Shahlan Surat (2023). Tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002339-e002339. Vinoothini dan Nor (2023), Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e001958- e001958.


Click to View FlipBook Version