The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Nurul Fatin Naddirah binti Risahuddin

Unit: 5PISMP BM2

Kursus: Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan

Kod: BMMB 3283

Tugasan: Pentaksiran Berterusan (1)

Pensyarah: Puan Zulaini binti Husin

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatinnaddirah8904, 2025-03-03 12:23:51

KISAH UNTA SAYIDINA ALI

Nama: Nurul Fatin Naddirah binti Risahuddin

Unit: 5PISMP BM2

Kursus: Kesusasteraan Kanak-kanak dalam Pendidikan

Kod: BMMB 3283

Tugasan: Pentaksiran Berterusan (1)

Pensyarah: Puan Zulaini binti Husin

UUUUUUNNNNNNTTTTTTAAAAAASSSSSSAAAAAAYYYYYYIIIIIIDDDDDDIIIIIINNNNNNAAAAAAAAAAAALLLLLLIIIIII EDISI CERITA KANAK - KANAK ISLAMIK ED NGAN SUKU KA AT Naddirah R.


Judul Buku: Unta Sayidina Ali Penulis: Naddirah Risahuddin Ilustrator: Nurul Fatin Penyunting: Fatin Naddirah Hak cipta © 2025 oleh Naddirah Risahuddin Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pemulihan, atau dihantar dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Edisi Pertama 2025 Diterbitkan oleh: Penerbit CeriaKids No. 12, Jalan Ilmu, 43000 Kajang, Selangor www.ceriakids.com Percetakan Maju Sdn. Bhd., Malaysia Sebarang pertanyaan mengenai penerbitan ini boleh diajukan kepada: E-mel: [email protected] | Telefon: +603-8765 4321 Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas..


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang ke dunia penuh keajaiban dan tauladan dalam Kisah Unta Sayidina Ali! Buku ini ditulis dengan penuh kasih sayang untuk mencetuskan imaginasi dan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Melalui kisah ini, anak-anak akan belajar tentang keikhlasan, kejujuran, dan nilai - nilai murni. Saya berharap buku ini dapat membawa kegembiraan serta memberikan inspirasi kepada pembaca kecil untuk meneroka dunia melalui cerita. Semoga ia menjadi permulaan kepada lebih banyak pengalaman membaca yang menyeronokkan! Selamat membaca dan selamat berfantasi! Naddirah R.


Nama Penuh Ali bin Abi Talib bin Abdul Muttalib Tarikh Lahir / Tempat Lahir 13 Rejab, 600 Masihi / Kaabah, Mekah Nama Bapa Abu Talib bin Abdul Muttalib Nama Ibu Fatimah binti Asad Isteri Fatimah az-Zahra Anak-anak Hasan, Husain, Zainab, Ummu Kulthum, dll. Gelaran Asadullah (Singa Allah) Keistimewaan Sepupu & menantu Rasulullah SAW, khalifah ke-4 Tarikh Wafat 21 Ramadan 40 Hijrah (661 Masihi) Biodata Sayidina Ali


S A Y I D I N A A L I


1 Pada suatu hari, Sayidina Ali pulang daripada menziarahi Rasulullah SAW. Pada suatu hari, Sayidina Ali pulang daripada menziarahi Rasulullah SAW.


2


Ada makanankah untukku? Ada makanankah untukku? 3 Tiada, aku hanya mempunyai 6 dirham untuk membeli makanan anak-anak. Tiada, aku hanya mempunyai 6 dirham untuk membeli makanan anak-anak. Setibanya di rumah, Sayidina Ali terus menemui isterinya, iaitu Sayidatina Fatimah. Setibanya di rumah, Sayidina Ali terus menemui isterinya, iaitu Sayidatina Fatimah.


4 Sayidina Ali meminta wang enam dirham itu untuk membeli makanan anak-anaknya. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari rumah lalu menuju ke pasar yang berdekatan. Sayidina Ali meminta wang enam dirham itu untuk membeli makanan anak-anaknya. Tanpa berlengah, dia terus keluar dari rumah lalu menuju ke pasar yang berdekatan.


Sayidina Ali ialah seorang bapa yang sangat sayang kepada anak-anaknya. Sayidina Ali ialah seorang bapa yang sangat sayang kepada anak-anaknya. 5


Biarlah dirinya berlapar, namun beliau tidak akan membiarkan anak-anaknya kelaparan. Biarlah dirinya berlapar, namun beliau tidak akan membiarkan anak-anaknya kelaparan. 6


Dalam perjalanan ke pasar itu, tiba-tiba Sayidina Ali terjumpa seorang pemuda. Dalam perjalanan ke pasar itu, tiba-tiba Sayidina Ali terjumpa seorang pemuda. Siapakah yang ingin meminjamkan wang? Allah pasti akan membalas dengan sesuatu yang baik. Siapakah yang ingin meminjamkan wang? Allah pasti akan membalas dengan sesuatu yang baik. 7


Sebaik sahaja mendengar kata-kata pemuda itu, Sayidina Ali pun menyedekahkan wang enam dirham itu kepada pemuda tersebut. Sebaik sahaja mendengar kata-kata pemuda itu, Sayidina Ali pun menyedekahkan wang enam dirham itu kepada pemuda tersebut. 8


Sayidina Ali tidak mempunyai wang lagi. Dia terus pulang. Sayidina Ali tidak mempunyai wang lagi. Dia terus pulang. 9


Dengan sedih, Sayidina Ali pun menceritakan perihal yang telah berlaku di pasar tadi. Isterinya meredakan kesedihan suaminya itu. Dengan sedih, Sayidina Ali pun menceritakan perihal yang telah berlaku di pasar tadi. Isterinya meredakan kesedihan suaminya itu. Bersabarlah wahai suamiku. Bersabarlah wahai suamiku. 10


Tidak berapa lama kemudian, Sayidina Ali keluar menuju ke rumah Rasulullah SAW. Tidak berapa lama kemudian, Sayidina Ali keluar menuju ke rumah Rasulullah SAW. 11


Dalam perjalanan ke rumah Rasulullah SAW, Sayidina Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang mengheret seekor unta. Dalam perjalanan ke rumah Rasulullah SAW, Sayidina Ali bertemu dengan seorang lelaki yang sedang mengheret seekor unta. 12


13 Lelaki itu merayu kepada Sayidina Ali agar membeli untanya. Bayaran itu boleh dijelaskan pada kemudian hari. Lelaki itu merayu kepada Sayidina Ali agar membeli untanya. Bayaran itu boleh dijelaskan pada kemudian hari.


14


Setelah berunding, Sayidina Ali pun membeli unta itu dengan harga 100 dirham secara hutang. Sayidina Ali pulang ke rumah dengan membawa unta itu. Setelah berunding, Sayidina Ali pun membeli unta itu dengan harga 100 dirham secara hutang. Sayidina Ali pulang ke rumah dengan membawa unta itu. 15


Sebelum tiba di rumahnya, seorang saudagar menemuinya. Saudagar itu ingin membeli unta tersebut dengan harga 300 dirham. Sebelum tiba di rumahnya, seorang saudagar menemuinya. Saudagar itu ingin membeli unta tersebut dengan harga 300 dirham. 16


Sayidina Ali pun bersetuju dengan tawaran itu. Saudagar itu membayar secara tunai. Sayidina Ali pun bersetuju dengan tawaran itu. Saudagar itu membayar secara tunai. 17


Beliau berasa amat gembira lalu pulang untuk memberitahu isterinya. Beliau berasa amat gembira lalu pulang untuk memberitahu isterinya. 18


Apabila sampai di rumah, Sayidatina Fatimah kehairanan melihat suaminya yang sangat gembira itu. Dia pun bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu begitu gembira, wahai suamiku?” . Sayidina Ali pun menceritakan perihal jual beli unta tadi. Apabila sampai di rumah, Sayidatina Fatimah kehairanan melihat suaminya yang sangat gembira itu. Dia pun bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu begitu gembira, wahai suamiku?” . Sayidina Ali pun menceritakan perihal jual beli unta tadi. 19


20 Sayidina Ali pun keluar semula untuk menemui Rasulullah SAW. Dia ingin menceritakan peristiwa yang telah berlaku kepadanya sebentar tadi. Sayidina Ali pun keluar semula untuk menemui Rasulullah SAW. Dia ingin menceritakan peristiwa yang telah berlaku kepadanya sebentar tadi.


21 Apabila sampai di masjid, Rasulullah SAW tersenyum lalu menyapa Ali. Apabila sampai di masjid, Rasulullah SAW tersenyum lalu menyapa Ali. Eloklah jika kamu menceritakan terlebih dahulu kepadaku, ya Rasulullah! Eloklah jika kamu menceritakan terlebih dahulu kepadaku, ya Rasulullah!


22 Wahai Ali, apakah ada cerita yang ingin kamu sampaikan kepada aku? Wahai Ali, apakah ada cerita yang ingin kamu sampaikan kepada aku? Baginda mula bercerita kepada Sayidina Ali tentang unta yang dijual dan dibeli itu. Baginda mula bercerita kepada Sayidina Ali tentang unta yang dijual dan dibeli itu.


23 Wahai Ali, kamu sungguh beruntung kerana meminjamkan wang enam dirham itu kerana Allah SWT. Tahukah kamu, orang yang menjual unta kepada kamu tadi ialah Malaikat Jibrail dan saudagar yang membeli untamu dengan harga 300 dirham itu pula ialah Malaikat Israfil? Wahai Ali, kamu sungguh beruntung kerana meminjamkan wang enam dirham itu kerana Allah SWT. Tahukah kamu, orang yang menjual unta kepada kamu tadi ialah Malaikat Jibrail dan saudagar yang membeli untamu dengan harga 300 dirham itu pula ialah Malaikat Israfil? Apabila mendengar cerita itu, Sayidina Ali segera menadah tangan menunjukkan rasa syukurnya kepada Allah SWT. Apabila mendengar cerita itu, Sayidina Ali segera menadah tangan menunjukkan rasa syukurnya kepada Allah SWT.


24


Allah SWT Akan Memudahkan Rezeki bagi Orang yang Pemurah Contoh peristiwa: Walaupun Sayidina Ali pada asalnya tiada wang selepas bersedekah, Allah SWT menolongnya dengan cara yang luar biasa, di mana Malaikat Jibrail menjual unta kepadanya secara hutang dan Malaikat Israfil membeli unta itu dengan harga lebih tinggi Keikhlasan dalam Bersedekah Akan Dibalas dengan Kebaikan Contoh peristiwa: Sayidina Ali memberikan wang enam dirham kepada pemuda yang meminta pertolongan di jalanan tanpa mengharapkan balasan, dan akhirnya Allah SWT menggantikannya dengan keuntungan 300 dirham melalui jual beli unta. 25


Sabar dan Reda dengan Ujian yang Menimpa Contoh peristiwa: Apabila Sayidina Ali pulang tanpa membawa makanan, Sayidatina Fatimah tidak marah atau merungut, sebaliknya meredai perbuatan suaminya dan percaya bahawa Allah SWT pasti akan memberikan jalan keluar. Setiap Amal Perbuatan yang Ikhlas Akan Mendapat Ganjaran daripada Allah SWT Contoh peristiwa: Rasulullah SAW menjelaskan kepada Sayidina Ali bahawa peristiwa yang berlaku bukan kebetulan, tetapi merupakan ganjaran daripada Allah SWT kerana keikhlasannya dalam membantu orang lain. Keutamaan Melebihkan Orang Lain Berbanding Diri Sendiri Contoh peristiwa: Sayidina Ali lebih mengutamakan kebajikan anakanaknya dengan keluar membeli makanan, tetapi apabila melihat pemuda yang memerlukan bantuan, beliau tetap mendahulukan keperluan pemuda itu daripada kepentingan sendiri. 26


Mata wang perak yang digunakan pada zaman dahulu dalam perdagangan. Wujud atau ada dalam bentuk nyata. Peniaga atau pedagang yang menjalankan urusan jual beli secara besar-besaran. Nama malaikat dalam Islam yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada para nabi. Nama malaikat dalam Islam yang ditugaskan untuk meniup sangkakala pada hari kiamat. Petunjuk atau pertolongan daripada Allah SWT dalam melakukan kebaikan. 27


Surah Al-Baqarah (2:261) ا َم َت ِةِإاَّل َر ا ِفي اآْل ِخ َي ُّد ْن ال ُة ا َي َح ا اْل َو َم اۖ َي ُّد ْن اِة ال َي َح وا ِباْل ُح َفِر َو ۚ ُر ْق ِد ُء َو َي ا َش َي ن َم ْزَق ِل ُه َي ْب ُس ُط ال ِّر الَّل Maksud: "Perumpamaan (pahala) orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui." Kaitan dengan cerita: Sayidina Ali menyedekahkan enam dirham dengan penuh keikhlasan, lalu Allah SWT menggantikannya dengan keuntungan 300 dirham melalui urusan jual beli unta. Ini menunjukkan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan kerana Allah akan dibalas dengan kebaikan yang lebih besar. MANFAAT BERSEDEKAH Al - Quran: 28


Rasulullah SAW bersabda: اٍل َم ْن َق ٌة ِم َنَق َصْت َص َد ا َم Maksud: "Sedekah tidak akan mengurangi harta." (Hadis Riwayat Muslim) Kaitan dengan cerita: Sayidina Ali menyedekahkan enam dirham tanpa ragu-ragu, walaupun itu adalah satusatunya wang yang ada untuk keluarganya. Sebagai balasan, Allah SWT menggantikannya dengan keuntungan 300 dirham melalui jual beli unta. Ini membuktikan bahawa sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya Allah menggandakan rezeki seseorang yang bersedekah dengan ikhlas. KEUTAMAAN BERSEDEKAH Hadi s : 29


S A J A K :


Ikhlas itu seperti angin, bertiup tanpa meminta dipuji, menderu tanpa berharap kembali, hilang, tetapi meninggalkan sejuk di hati. Sedekah bukan tentang jumlah, bukan tentang mata yang melihat, tetapi tentang hati yang memberi dengan rela, dengan cinta, tanpa menunggu sebarang balasan. Ada tangan yang memberi dalam senyap, seperti hujan menyubur tanah, seperti cahaya membelah gelap, diam-diam, tetapi membawa rahmat. Jangan takut kekurangan, kerana tangan yang memberi tidak pernah kosong terlalu lama. SAJAK 30


SAJAK Maksud Makna Sebenar Sedekah – Sedekah bukan diukur dari jumlah yang diberikan atau perhatian yang diterima, tetapi dari keikhlasan hati dalam membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan. Keikhlasan dalam Memberi – Ikhlas diumpamakan seperti angin yang berhembus tanpa meminta pujian atau balasan. Ia menggambarkan seseorang yang memberi dengan tulus hati, bukan kerana ingin dipandang orang lain. R A N G K A P 1 R A N G K A P 2 31


Sedekah yang Diam-Diam Membawa Berkat – Seperti hujan yang menyuburkan tanah dan cahaya yang menerangi kegelapan, sedekah yang dilakukan tanpa riak tetap memberi manfaat besar kepada penerima dan mendatangkan rahmat kepada pemberi. R A N G K A P 3 Rezeki Tidak Akan Berkurang Dengan Sedekah – Jangan takut untuk memberi, kerana tangan yang suka bersedekah tidak akan dibiarkan kosong. Allah akan menggantikannya dengan lebih banyak keberkatan dalam hidup. R A N G K A P 4 32


1.Sedekah perlu dilakukan dengan ikhlas Kita harus memberi tanpa mengharapkan pujian atau balasan kerana nilai sedekah terletak pada keikhlasan hati, bukan jumlah yang diberikan. 2. Sedekah bukan hanya dalam bentuk harta Senyuman, pertolongan kecil, dan kebaikan hati juga merupakan sedekah yang memberi manfaat kepada orang lain. 3. Sedekah membawa keberkatan dalam hidup Seperti hujan yang menyuburkan tanah dan cahaya yang menerangi kegelapan, sedekah membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama memberi ketenangan serta keberkatan kepada pemberi. 4. Rezeki tidak akan berkurang dengan bersedekah Jangan takut kekurangan apabila bersedekah, kerana tangan yang memberi akan sentiasa mendapat ganjaran daripada Allah dalam pelbagai bentuk, termasuk kebahagiaan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. PENGAJARAN SAJAK 33


Sayyidina Ali menyedekahkan enam dirham kepada seorang pemuda yang memerlukan, meskipun wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli makanan anak-anaknya. Dalam perjalanan pulang, beliau membeli seekor unta secara hutang dan tidak lama kemudian menjualnya dengan keuntungan besar. Rasulullah SAW kemudian memberitahu bahawa keuntungan itu adalah balasan atas keikhlasannya dalam bersedekah. Kisah ini mengajar bahawa setiap kebaikan yang dilakukan kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda. UNTA SAYIDINA AL I oleh: Naddirah R.


Click to View FlipBook Version