The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Khalil Nordin, 2023-11-27 08:59:07

BukuResepiSabunDanSkinCare

BukuResepiSabunDanSkinCare

Cold And Hot Proses Bab 6 151 Penimbang Digital. Pemotong Sabun Minyak Kelapa : Coconut Minyak Zaiton : Olive Oil. Minyak Carnola: Carnola Oil. Minyak Sawit : Palm Oil. Minyak Bunga Matahari : Sun Flower Oil.


Cold And Hot Proses Bab 6 152 MINYAK PEMBAWA (CARIER OIL) YANG SELALU DIGUNAKAN DALAM PEMBUATAN SABUN CP ATAU HP. Berikut adalah beberapa minyak pembawa (carrier oil) yang selalu dan biasa digunakan dalam membuat sabun CP atau HP serta tahap maksimum penggunaannya yang disarankan. • Minyak Kelapa (Coconut melebihi15-30%). • Minyak Zaitun (Olive oil) melebihi 100%. • Minyak Sawit (Palm oil) melebihi 50%. • Sunflower oil at 5-20%. • Canola oil at 10-15%. • Shea butter at 5-15%. • Castor oil at 3-10%. Minyak Castor : Castor Oil.


Cold And Hot Proses Bab 6 153 BAGAIMANA MEMFORMULAKAN SABUN COLD PROSES. (Menggunakan formulasi dari sistem SoapCalc) Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum merumuskan resepi sabun proses sejuk. Ini adalah resepi asas dan anda tidak boleh salah dan selamat dengan nisbah 34/33/33, Iaitu: • 34% minyak zaitun, • 33% minyak kelapa dan, • 33% minyak sawit. Mereka biasa digunakan kerana saling melengkapi dengan baik. Minyak kelapa sawit bertindak sebagai agen pembersih kedua dan boleh mengeraskan sabun, minyak kelapa membersihkan dan menghasilkan buih dan gelembung besar dan minyak zaitun melembapkan dan memberi rasa lembut kepada sabun. Resipi standard yang lain adalah 30/30/30/10. Iaitu: • 30% minyak zaitun, • 30% minyak kelapa, • 30% minyak sawit, dan • 10% minyak-minyak lain yang istimewa – seperti minyak Rice Bran, minyak sweet almond, mentega shea, atau mentega mangga adalah semua pilihan yang baik. Minyak tambahan dan mentega masing-masing menambah rasa unik pada resipi. Untuk mencipta resipi anda sendiri, mulakan dengan memilih


Cold And Hot Proses Bab 6 154 minyak asas anda. Anda boleh menggunakan setiap daripada minyak tersebut masing-masing sekitar 20-30%. Untuk baki tambahan, pertimbangkan apa yang anda mahukan “look & feel” kepada sabun anda, adakah anda mahukan sabun yang super lembap, mempunyai bueh yang tebal, atau sabun yang keras dan tahan lama? Kemudian, periksa senarai minyak yang selalu dan biasa digunakan. Ia akan menyenaraikan sifat dan kadar penggunaan minyak untuk membantu anda dapat memilih yang tepat untuk resipi anda. Terdapat beberapa peraturan umum yang menjadikan perumusan resipi menjadi lebih mudah. • Minyak yang cair pada suhu bilik cenderung mendapat TRACE lebih perlahan. Peratusanya yang tinggi dalam resipi, sesuai untuk reka bentuk yang rumit. Sabun akan memakan masa lebih lama untuk mengeras dalam acuan dan akan terasa lebih lembut daripada resipi dengan peratusan minyak keras yang tinggi. • Minyak keras - minyak yang mudah membeku pada suhu bilik – mendapat TRACE lebih cepat. Sabun akan mudah dikeluarkan daripada mold dan batangnya akan terasa lebih padat daripada resipi dengan lebih banyak minyak cair. • Sebarang sabun boleh dibuat dengan hanya satu minyak, tetapi satu-satunya sabun yang kami sarankan Penghasilan sabun yang baik bergantung kepada kandungan bahan dan peratusan yang betul. Setiap minyak mengandungi ciri-ciri yang berbeza serta fungsi yang berlainan.


Cold And Hot Proses Bab 6 155 menggunakanya hingga 100% adalah minyak zaitun atau minyak kelapa. Minyak yang lain akan membuatkan anda merasa terlalu melekit, terlalu keras, dan lain-lain. Jadi sebilangan besar resipi adalah gabungan minyak keras dan lembut. Walaupun kita telah melakukan yang terbaik memilih minyak yang sesuai sehingga kita dapat meramalkan dengan tepat bagaimana perilakunya nanti, tetapi terdapat juga kejadian menyebabkan hasil yang tidak dijangka. Jadi, kaedah terbaik untuk mengetahui apa yang sesuai untuk anda adalah dengan bereksperimen. Mulakan dengan peraturan ini dan kemudian sesuaikan berdasarkan pilihan anda. Berikut adalah beberapa resepi yang telah dicuba dan mendapat hasil seperti yang dikehendakki. Superfat adalah pada 5%. 1. Resepi ini adalah yang ini mudah dan boleh dipercayai, jadi bagus untuk mereka yang baru bermula. Minyak jarak memberikannya busa yang halus, • Minyak Kelapa 32%. • Minyak Sawit 32%. • Minyak Zaitun 32%. • Minyak Kastor 4%. 2. Cara swirl. Ini adalah resipi yang cukup standard dengan beberapa tambahan pelembap seperti minyak badam manis dan mentega mangga. Mentega shea sebagai ganti mangga juga terasa indah. • 25% Minyak Kelapa. • 25% Kelapa Sawit. • 30% Minyak Zaitun. • 15% Minyak Badam Manis . • 5% Mangga Mentega/ Mentega shea.


Cold And Hot Proses Bab 6 156 Menggunakan Kaedah Formulasi (Sistem) Mengira Formula Sabun. Mengikut formula asas pembuatan sabun C&P, tiga bahan asas yang diperlukan adalah, 1. Minyak 100%. 2. Lye Concentration 40%. 3. Superfat 4%. Di dalam pembuatn sabun C&P diperlukan, • Air _______ g • Lye yang diperlukan _______ g Kedua-dua bahan ini dapat dikira ketepatan jumlahnya dengan menggunakan perisian “SoapCacl” . Di dalam adunan ini bahan asas seperti minyak boleh menggunakan bahan minyak yang lain seperti, Bahan Minyak Peratusan. Oilive Oil 80% 1000 g. Coconat Oil 10% 100 g. Palm Oil 10% 100 g. Layari alamat berikut untuk mendapatkan ukuran tepat terutama apa bila melibatkan Lye dan bahan penting lain.


Cold And Hot Proses Bab 6 157 Sabun Hot Process (Proses Panas) Proses pembuatan sabun dibahagi menjadi dua kaedah, proses panas dan proses sejuk (cold process-CP). Proses panas menggunakan sumber haba luaran untuk membawa sabun ke fasa gel. Ia kemudian dituangkan ke dalam acuan. Ini bertentangan dengan proses sejuk, yang tidak menggunakan haba luaran. Haba dijana secara dalaman semasa saponifikasi dan sabun mungkin atau mungkin tidak masuk ke fasa gel. Sabun proses panas dibuat menggunakan kaedah yang melibatkan pembuatan sabun dari awal dengan menggabungkan campuran lye dengan minyak dan/atau lemak. Campuran sabun dipanaskan untuk mempercepatkan proses saponifikasi. Penggunaan haba bermakna bar sabun proses panas sedia untuk digunakan lebih awal. Ia adalah proses menggunakan tahap kepanasa rendah. Proses membuat sabun ini memang mudah. Langkah-


Cold And Hot Proses Bab 6 158 langkah berikut digunakan dalam “hot process”(HP). 1. Panaskan minyak. 2. Campurkan larutan Sodium Hydroxide atau Lye dengan air, masukkan dalam minyak. 3. Kacau rata guna emulsion blender. 4. Masak. 5. Masuk acuan dan sejukkan. 6. Keluarkan dari acuan dan keringkan. Merupakan kaedah pembuatan sabun menggunakan cara pemanasan untuk mempercepat proses saponifikasi. Proses saponifikasi sendiri sudah menghasilkan panas kerana reaksi, tetapi memerlukan waktu yang lama hingga sabun menjadi keras dan siap digunakan. Kerana fungsinya mempercepat proses, kaedah ini banyak digunakan industri dan makmal. Beberapa resipi dipaparkan seperti berikut meggunakan beberapa kaedah dalam “Hot Process”. “Double Boiller sering digunakan untuk pemanasan bahan secara perlahan. Terdedah kepada api yang besar akan menyebabkan bahan menjadi hangus.


Cold And Hot Proses Bab 6 159 Sabun HP Tomato & Red Clay Sabun Hot Process Tomato & Red Clay. Bahan-Bahan: 3.3 oz Coco Butter (10%) - 93.5 g 8.3 oz Minyak Kelapa (Coconut Oil 25%) - 235.3 g. 13.2 oz Minyak Zaitun (Olive Oil - 40%) - 374.2 g 8.3 oz Minyak Sawit (Palm Oil - 25%) - 235.3 g 4.6 oz Lye (NaOH) - 130.4 g 9.8 oz Air - 277.8 g Selepas Sebati(Trace) masukkan: 3 sudu teh(teespoon) tomato puree. 1 sudu teh Tanah Liat Merah (Red Clay). Selepas sabun masak masukkan: 1.75 oz lemon EO(Sential Oil) - 49.6 g 1 sudu kecil serbuk Glutathione.


Cold And Hot Proses Bab 6 160 Cara Membuatnya: Sebelum dimulakan. Gaulkan Tanah Liat Merah (Red Clay) dengan minyak Almond agar tidak berketul-ketul ketika masukkan dalam adunan. 1. Gaulkan atau cairkan Lye dengan Air dan kacau hingga sebati. Ukur suhunya (katakan 48oC). 2. Panaskan bahan Coco Butter, Coconut Oil, Olive Oil untuk mencairkan sedikit jika ada minyak yang memebeku kecuali minyak sawit(Palm Oil). 3. Setelah cair, masukkan Minyak Sawit (Palm Oil). Kacau hingga sebati. 4. Ukur suhu minyak setelah ditambah Palm Oil (contoh biasanya 52o). 5. Masukkan minyak dalam periuk (cooker) - (gunakan crock pot atau slower cooker) dan kacau hingga sekata. Campurkan Lye yang telah dicairkan dengan air tadi. Pastikan suhu Lye bawah dari 40oC, lagi kurang lagi bagus. 6. Kacau sehingga menjadi trace(sekata). 7. Kemudian masukkan Red Clay yang telah digaul dengan sedikit minyak Almond tadi. Gaul lagi sehingga sekata (trace). 8. Masukkan Puri Tomato (100 g). Kacau lagi hingga pekat atau mencapai sekata (trace). Sabun akan kelihatan seperti transparent walau pun kelihatan merah kerana warna Red Clay. 9. Periksa setiap 15 minit. 10. Setelah itu masak kembali selama 2 jam dan check setiap masa 30 minit atau 15 minit.


Cold And Hot Proses Bab 6 161 11. Setalah 2 jam asukkan serbuk Glutathione dan Essential Oil (di sini elok gunakan yang ada bau Lemon) dan gaul dan sebatikan. Lemon dianggarkan sebanyak 1.76 g. 12. Masukkan dalam acuan (Mould) ikut kesukaan dan hias. Biarkan selama sehari atau dua hari.


Cold And Hot Proses Bab 6 162 Lye. Tomato Pure. Coco Butter Coconut Oil Minyak Kelapa Sawit. Barang keperluan yang harus digunakan semasa membuat sabun Hot Proses (HP) menggunakan Puri Temato . Olive Oil


Cold And Hot Proses Bab 6 163 Hot Processed Sabun HP Papaya Kojic Asid. Bahan-Bahan: • 454g Minyak Zaitun(Olive Oil). • 227g Minyak Kelama (Coconut Oil). • 85g Minyak Sun Flower. • 85g Mentega Cocos (Coco Butter). • 119g Natrium Hidroksida(Lye- Soda Api). • 198g air (tambah lagi 283g) jika nak buat hot processed. • 85g Puri Buah Betik asli (Puree Papaya). • 30g Minyak Wangi/wangian (Fragrance oilFO). • 5g Asid Kojik (Kojic Acid). • 5g Madu (Honey).


Cold And Hot Proses Bab 6 164 Cara Membuatnya: 1. Campurkan Mentega Cocos ke dalam periuk (Warm Cooker” bersama minyak Sun Flower. 2. Masukkan Lye yang telah dicampur air tadi ke dalam campuran minyak yang dipanaskan dalam cooker slower tadi. Kacau hingga sekata dengan menggunakan pengisar batang (stick blender). 3. Kacau sehingga menjadi sebati (trace). Kacau dan Masak hingga satu jam atau lebih sehingga pekat/likat dan periksa setelah 15 minit dan kacau. 4. Setelah masak selama sejam atau lebih, keluarkan dari periuk (warm cooker) dan biarkan sejuk sedikit. 5. Masukkan bahan-bahan lain secara perlahan-lahan seperti: • Madu • Puri Betik (Puree Papaya). • Kojic Asid (1/2 sudu teh). • Essential Oil atau Fragrance Oil. Jika guna betik elok EO jenis Rosmery. Gunakan 10 - 30 titik. Biasanya sekilo bahan letakkan 20 ke 30 titik. 6. Masukkan dalam acuan dan hiasankan. Lye : Persediaan larutan Lye (Sodium Hidroksida) harus disedia seawal sebelum pemanasan bahan lain. Gunakan periuk “Warm Cooker” yang mampu mengawal suhu. Gunakan suhu sederhana (50 o C-60 o C). Sabun Hot proses boleh digunpakai setelah sehari pembuatan berbanding sabun buatan “Cold Process”.


Cold And Hot Proses Bab 6 165 Coco Butter Pappaya Puree Madu. Essential Oil (Rosemary) Kojic Acid.


Cold And Hot Proses Bab 6 166 Sabun Pure Betik menggunakan kaedah HP .


Cold And Hot Proses Bab 6 167 Cold Proses: 1. Adunkan Lye solution seperti dalam resepi. 2. Timbang dan panaskan minyak. 3. Campurkan perlahanlahan Lye Solution dengan minyak. 4. Kacau sehingga mencapai keadaan trace. 5. Titiskan Minyak Essensi (EO) dan lain-lain. 6. Tuangkan ke dalam mold. 7. Tutup mpld dan biarkan kering selama 2 ke tiga hari(24 - 48 jam). 8. Keluarkan dan potong mengikut sais. 9. Dedahkan pada udara segar dalam 4 minggu. Hot Proses: 1. Adunkan Lye solution, tambah air kepada 10 oz (283 g). 2. Timbang dan panaskan minyak. 3. Campurkan perlahanlahan Lye Solution dengan minyak. 4. Kacau sehingga mencapai keadaan trace. 5. Masak di dalam “crock pot” untuk satu jam dalam kepanasan rendah. 6. Sejukkan 10 ke 15 minit 7. Masukkan minyak essential dan kacau bersama bahan lain jika ada. 8. Masukkan dalam mould. 9. Biarkan tanpa tutup 24 - 48 jam. 10. Keluarkan dan potong. 11. Biarkan 2 atau 3 minggu sebelum guna. “Cold Process” Dan “Hot Proses” Satu Perbandingan.


Cold And Hot Proses Bab 6 168 Sabun Ekzema & Kulit Sensitif Cara Membuat Sabun Untuk Ekzema & Kulit Sensitif. Sabun ini berfungsi untuk membantu merawat keradangan, kekeringan gatal dan iritasi pada kulit yg mempunyai masaalah ekzema dan kulit sensitif. Bahan-Bahan: Minyak Zaitun(Olive Oil) 47% (470g). Minyak Kelapa 27% (270g). Minyak Sun Flower 14%(140g). Minyak Castor 7%(70g). Coco Butter 5%(50g). Total 100% (1000g). Chamomile Hydrosol 285.3g. Lye 140.52 g.


Cold And Hot Proses Bab 6 169 Bahan additive: Madu Asli 5.00 g. Hiasan. Bunga Calendula. Kaedah: 1. Adunkan Lye solution dahulu kerana ia panas dan mudah disejukkan awal. Masukkan Lye ke dalam Haydrosol perlahan-lahan, sedikit sedikit (Pastikan anda memakai Mask, Sarung Tangan dan gogle). Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam 5 minit kerana ada Butter. Keluarkan dan tunggu suhu turun dalam 40oC - 50oCkedua-duanya (Lye). 3. Blend minyak dengan campuran Lye Hydrosol secara sedikit demi sedikit hingga bahan jadi trace. Kacau dengan stick blender agar Lye menjadi Emultion dan pekan sedikit. 4. Masukkan madu. Sebagai anti bacteria dan pelembab(Seeloknya jangan masuk pewangi atau apaapa bauan kerana ia sabun berubat). 5. Masukkan dalam bekas 1.5 kg dan padatkan. Hiasan untuk nampak cantik dan menarik.


Cold And Hot Proses Bab 6 170 Produk Kaum Lelaki


Cold And Hot Proses Bab 6 171 Produk Untuk Orang Lelaki, Recipe Kaum lelaki mempunyai citarasa yang berbeza dengan kaum wanita. Cara pemakaian, jenis bahan atau kandungan dan bau-bauan di dalam alatan bodycre mereka juga berbeza. Beberapa kajian, sebahagian lelaki tidak menggemari bauan yang terlalu tajam atau semerbak. Sebaliknya menggunakan beberapa bahan yang memaparkan sikap kelakian mereka. Beberapa bahan telah dikaji dan ia amat sesuai pada mereka yang suka menjaga keterampilan diri secara lelaki. Pasaran Skincare kaum lelaki semakin mendapat sambutan sejak akhir-akhir ini.


Cold And Hot Proses Bab 6 172 Cocoa Butter dan Sagatan Kulit Limau Manis adalah adunan sesuai produk lelaki. Distrilled Water (Air Tersuling) digunakan dalam adunan pembuatan Sabun. Pumice stone : Batu Pumice digunakan dalam pembuatan sabun lelaki.


Cold And Hot Proses Bab 6 173 Sabun Makenik Sabun ini bertujuan untuk membersihkan kesan gris dan minyak daripada anggota badan. Ia bersifat membersih dan juga melakukan exfoliation untuk mengeluarkan kesan degil daripada permukaan kulit. Berikuta adalah beberapa minyak carrier yang selalu dan biasa digunakan dalam membuat CP soap serta tahap maksimum penggunaannya yg disarankan. Bahan-Bahan:9.6 oz( 272.16 grm) Coconut Oil (30%). 9.6 oz (272.16 grm) Olive Oil (30%). 9.6 oz (272.16 grm) Palm Oil (30%). 16 oz(453.60 grm) Castor Oil (5%). 16 oz(453.60 grm) Coco Butter (5%). 9.4 oz (266.50 grm) Distilled Water. 1.7 oz (48.20 grm) Lye. 17 oz (481.94 grm) Sweet Orange (Essential Oil). 5 tbs Pumice. 8 tbs Serbuk Kulit Walnut. 8 tbs Parutan Kulit Oren.


Cold And Hot Proses Bab 6 174 Cara Membuat. 1. Buat Lye solution terlebih dahulu dengan memasukkan Lye ke dalam air (jangan masukkan air ke dalam Lye). Suhu Lye agak panas dan berhatihati. Ketepikan terlebih dahuli. 2. Panaskan minyak untuk cairkan Coco Butter yang dimasukkan sekali. 3. Setelah bahan 1 dan 2 siap, ukur suhu minyak dan Lye dengan anggaran 45 - 50 darjah celcius untuk dicampurkan. 4. Masukkan Lye ke dalam minyak. Gunakan speed blender untuk mengacau adunan tadi sehingga sebati dan pekat. 5. Masukkan Pumice dan kacau, serbuk kulit walnut dan kacau, masukkan parutan kulit oren dan kacau. 6. Kemudian masukkan essential oil (sweet orange- 28 g sahaja untuk 500 g sukatan) dan kacau hingga sebati. 7. Setelah siap, masukkan dalam acuan dan ratakan. 8. Biarkan semalaman atau sehingga keras seperti sabun.


Cold And Hot Proses Bab 6 175 Sabun Clay Charcoal & Clay Untuk Lelaki. Sabun khusus untuk lelaki. “Cold Process soap”. Bahan-Bahan: Minyak. 306 g Minyak Kelapa. 306 g Minyak Olive. 126 g Minyak Rice Brand. 90 g Shea butter. 72 g Minyak Avocado. Lye Solution. 256 g Air Suling (distilled water). 127 g Lye. Essential Oil(EO) - Blend untuk lelaki. 15 g Limau Manis (Sweet Orange). 8 g Limau Purut(Bergamot). 5 g Minyak Nilam(Patchouli Oil). 5 g Bunga Cengkih(Clove). Bahan additive/scrubing. 1 sudu besar quaker oats/kisar. 1 sudu kecil green clay atau bentonite clay. 1 sudu kecil activated charcoal. Cara Membuat. Arang Batu atau Chacoal digunakan dalam pembuatan sabun


Cold And Hot Proses Bab 6 176 1. Masukkan Lye ke dalam air dan kacau perlahan-lahan hingga sebati (agak panas dan hati-hati). Biarkan dahulu. 2. Panaskan minyak untuk mencairkan butter ke dalamnya. 3. Setelah butter sebati mencair, masukkan Lye ke dalam campurn minyak dan butter (tunggu Lye turun ke suhu 45-50 darjah celcius). Blend perlahan-lahan hingga Lye dan Minyak sebati (pekatan permulaan). * Anda boleh asingkan untuk pilihan warna atau jenis (di sini oat dan chacoal). 4. Untuk warna chacoal, masukan satu sudu besar. 5. Untuk bahagian satu lagi masukkan oat. 6. Masukkan Essential Oil (EO) ke dalam adunan berchacool. 7. Setelah sebati, masukkan adunan chacoal tadi ke dalam adunan Oat. Kacau. 8. Masukkan ke dalam acuan. 9. Hiasakan dan lakukan patern yang anda minati. Patchouli


Cold And Hot Proses Bab 6 177 Bergamot - Limau Purut : Bahan Pembuatan Sabun. Patchouli Essential Oil: Bahan Pembuatan Sabun. Bunga Cengkih (Clove). Minyak Avocado. Shea Butter Shea butter adalah lemak kacang yang berasal dari pohon Shea-Karite, yang hanya dapat ditemukan di Afrika.


Cold And Hot Proses Bab 6 178 Green Clay - Bahan pembuatan sabun (sesuai untuk scrub badan-lelaki). Bentonite Clay - Bahan pembuatan sabun (sesuai untuk scrub badanlelaki). Charcoal : Bahan pembuatan sabun (sesuai untuk scrub badan-lelaki). Di campurkan sebagai bahan aditive untuk pembersihan badan yang sukar dibersihkan.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 179 Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Bab 7


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 180 Cara membuat sabun pencuci pinggan mangkuk dari minyak yang telah terpakai. Pencuci pinggan magkung adalah sebahagian dari projek pembuatan sabun. Pada kali ini diberikan resepi untuk membuat sabun cuci Pinggan dari minyak terpakai. Cuba perhatikan perubahan warna minyak semasa sebelom dicampurkan larutan LYE dan selepas. Sabun ini perlu melalui proses saponifikasi selama 4 minggu sebelom sedia untuk digunakan. Bahan-Bahan: 1000 g minyak terpakai 140 g Lye 330 g air 20 g cuka Cara Membuatnya. 1. Pakai PPE untuk keselamatan. 2. Timbang semua bahan. Timbang semua minyak dan masukkan dalam bekas tahan panas. 3. Timbang Lye dan masukkan dlm bekas berasingan. Timbang Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk- Pepejal Proses Membuat Sabun Cuci Pinggan Pepejal Dari Minyak Terpakai


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 181 air masukkan dalam bekas berasingan. 4. Timbang cuka dan masukkan dlm bekas berasingan. 5. Buat LYE solution dengan memasukkan LYE kedalam air sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau sehingga larutan menjadi jernih dan lye hancur di dalam air. Ketepikan. 6. Panaskan minyak sehingga 60-70 darjah celcius. Angkat minyak dari api. 7. Tunggu sehingga suhu LYE turun sekitar 40-50 darjah Celcius dan minyak juga turun pada suhu sekitar 40-50 darjah cecius. Satukan Lye ke dalam minyak. Blend menggunakan stick blender selang seli dgn kacau beberapa kali sehingga adunan mencapai trace. 8. Masukkan cuka dan kacau hingga sebati. 9. Masukkan adunan sabun ke dalam bekas atau mould. 10. Sejukkan sehingga 24jam. 11. Boleh keluarkan atau sambung proses pengeringan/curing selama 4 minggu sebelom sabun sedia untuk digunakan. ** simpan sabun untuk proses pengeringan dalam bilik yang kering, agak dingin dan mempunyai edaran udara sekitarnya. Boleh pasang kipas untuk mempercepatkan proses pengeringan.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 182 Berbagai-bagai jenis sabun pencuci pinggan di pasaran. (Gambar Hiasan). Pembuatan Sabun Pencuci Pinggan. Minyak Masak Yang Terpakai Boleh Digunakan Untuk Membuat Sabun.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 183 Membuat Cecair Pencuci Pinggan Proses Membuat Cecair Cuci Pinggan Cara membuat cecair pencuci pinggan mangkuk. Cara Membuat Cecair Pencuci Pinggan. Bahan-Bahan: Distilled water 860 g Sodium Hydroxide/ LYE 12.5g Labsa ( Lineal Alkyl Benzone) 94g Cdea (Cocamide DEA) 27g Preservative (Liquid Germal Plus) 1g Chelating agent (EDTA) 1g Garam (Sodium Chloride) 2g Pewarna 0.5g Pewangi 1g Cara membuat. 1. Cairkan dengan mencampur Lye ke dalam air ditrilled dan kacau sehingga menjadi trace. Tunggu sehingga suhu 40oC atau bawah darinya. 2. Masukkan Lapsa kedalam trace Lye yang telah menyejuk. 3. Adunkan Chelatin + Air + Garam (Sodium Cloride)


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 184 untuk pelarutan. 4. Desolve (cairkan) SDEA (Cocomedia) demgan Pengawet (Liquid Germal Plus) dan kacau. 5. Masukkan baki air tadi ke dalam Labsa solution (Bila Lye telah menjadi sejuk). 6. Kemudian masukkan bahan CDEA Solution tadi. 7. Pewangi/Fragrance. 8. Botolkan. CDEA (Cocamide)


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 185 LYE (Sodium Hydroside). EDTA (Chelating Agent) Labsa (Lineal Alkyl benzene). Preservative.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 186 Gel Mandian Untuk Kulit Sensitif Gel Mandian Untuk Kulit Sensitif. Gel Mandian Kanak-Kanak dan Kulit Sensitif untuk 500 ml Bahan-bahan: Fasa 1. Distilled water (boiled) - 318 g. Natural Thickener (PEG-120 Methyl Glucose Diolate)- 20g. Fasa 2. Dissodium Cocoamphodiacetate (mild surfactant)- 50g. Coco Glucoside (sucrose based surfactant) - 30g. Cocamidopropyl Betaine - 40g. Glycerine - 15g. Olive oil - 10g. Aloevera extract - 5g.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 187 Preservative - 5g. EO chamomile/lavender - 5g. Citric Acid (ph reducer) - 2g. Kaedah: 1. Cairkan Natural Thickener dengan air panas sehingga kesemuanya larut. Tunggu sehingga sejuk ke suhu bilik. 2. Masukkan bahan di fasa 2 satu persatu dan kacau. 3. Ubahsuai(Adjust) PH. 4. Simpan dalam botol yg ada pump. * warna optional boleh titikkan beberapa titik pewarna dan kacau.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 188 PEG-120 Methyl Glucose Diolate. Aloevera Extract Dissodium Cocoamphodiacetate Cocamidopropyl Betaine Glycerine


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 189 Citric Acid. Coco Glucoside (sucrose based surfactant)


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 190 Belajar Buat Gel Mandian berkrim Ala-Ala Dove. Belajar buat gel mandian berkrim 500ml. Resipi gel mandian. Purified/Filtered water. 300g Gelling thickener. 40g Sodium Lauryl Sarcosinate (Mild cleansing agent). 60g Decyl Glucoside (Cleansing agent). 25g Betaine (Foam booster) . 40g Vegetable Glycerine (Humectant). 15g Macadamia Nut Oil/Sweet Almond(Moisterising agent). 15g Colorant (optional). 5g Natural preservative. 5g Fragrance. 5g Cara membuat. 1. Timbang bahan dan satukan kesemuanya satu persatu sambil mengacau. 2. Masukkan dalam botol berpump p/s : 10 drop 1 g. Recipe


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 191 Pewarna (Jenis Moca). Sodium Lauroyl Sarcosinate Gelling thickener. Betaine.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 192 Vegetable Glyserine Macadamia Nut Oil


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 193 Pencuci Tangan Anti Bacteria PENCUCI TANGAN ANTI BACTERIA. (ANTI BACTERIAL HANDWASH) UNTUK 500ml. Gel pencuci tangan anti bakterial yang menggunakan bahan-bahan anti septik dan anti bakterial dari bahan semula jadi dan natural. Menggunakan Natural Surfactant dan ejen pencuci yang lembut. Gel Pencuci Tangan ini juga memelihara tangan dengan mengekalkan kelembapan, menyegarkan dan memberi kesan membersih kepada kulit. Bahan-bahan: • Distilled Water - Solvent. 300g. • Gelling Thickener (Acrylates Copolymer) -Thickener. 40g. • Sodium Lauryl Sarcosinate - Mild Cleansing Agent. 60g. • Coco Glucoside - Coconut based surfactant. 25g. • Cocomidopropyl Betaine - Foam Booster. 40g. • Glycerine - Humectant. 15g. • Olive Oil - Emollien. 5g. Aloe Vera Extract - Conditioning 5 g.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 194 Liquid Germal Plus - Preservative 5g. Lavender Essential Oil - Fragrance, Anti Bacterial, 3g. Tea tree Essential Oil - Anti Bacterial 2g Total 500g Kaedah: 1. Timbang semua bahan seperti yang diperlukan dan masukkan satu persatu ke dalam bekas. 2. Kacau perlahan lahan sehingga sebati. ** boleh digantikan dengan essential oil yang lain yang mempunyai nilai anti bacterial seperti eucalyptus, peppermint, lemon, bergamot, serai, citraneola Daun atau poko Eucalyptus, penganti anti baktiria dalam pembuatan Balm.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 195 Ada banyak cara untuk membuat sabun serbuk pencuci pakaian. Ini adalah salah satu caranya, dengan membuat sabun dari asal dan menjadikannya serbuk. Cara kedua adalah dengan menggunakan sabun natural yang telah siap (castile soap) dan memarutnya menjadikan serbuk dan boleh di campur samada dengan baking soda (Sodium Bicorbonate), washing soda (Sodium Carbonate) atau borax, atau campuran antara mereka. Jadi untuk cara membuat Serbuk Pembersih lihat bahanbahan berikut: Sabun Serbuk Mencuci Pakaian. Sabun Serbuk Pencuci Pakaian. Sodium Bikarbonate.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 196 Bahan-Bahan: 28 oz coconut oil. 10 oz air. 5.15 oz LYE. Sodium Bicarbonate. Sodium Carbonate (opt). Borax (opt). Fragrance oil / Essential oil. 1. Buat sabun CP menggunakan bahan-bahan tersebut. 2. Tunggu sehingga sabun keras. 3. Parut sabun. Gunakan pemarut cheese. Lebih halus pemarut lagi baik. 4. Campurkan serbuk parutan sabun tadi dengan sodium bicarbonate atau sodium carbonate atau boleh campurkan keduanya. Ukurannya 1:1. 1 serbuk sabun : 1 serbuk sodium bicarbonate/sodium carbonate/borax. 5. Masukkan dalam mesin food processor untuk menghaluskan dan mensebatikan campuran. Boleh tambah EO atau FO untuk memberikan haruman kepada sabun. 6. Simpan dalam balang yang bertutup dan tunggu sehinga 3 minggu sebelum digunakan. *jika menggunakan sabun yang telah siap/matured boleh terus menggunakannya. Sodium Karbonate. Recipe


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 197 Gel Mandian Bidara Rose. Sekarang kita akan belajar buat Gel Mandian. Oleh itu kita boleh tengok video untuk fahami caracara buat gel mandian. Video ni untuk cara-cara buat Gel Mandian Bidara Rose. Bagus untuk rawatan untuk orang yang ada masaalah dalaman terutamanya wanita. Khasiat bidara akan K shida jelaskan nanti dalam tutorial bertulis untuk topik megenai Bidara. Resepi Gel Mandian Bidara Ros. Resipi. • Purified water - 296g • Gelling thickener - 40g • Sodium Lauryol Sarcosinate (Mild cleansing agent) - 60g • Coco Glucoside (Cleansing agent) - 5g • Betaine (Foam booster) - 40g • Vegetable Gliserine (Humectant) - 15g • Sweet Almond Oil (Emollient) - 5g • Bidara Ekstrak - 4g. • Rose Eo - 5g. • Warna - 5g (optional). • Natural preservative-5g.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 198 Cara membuat. 1. Timbang bahan dan satukan kesemuanya satu persatu sambil mengacau. 2. Masukkan dalam botol berpump.


Cecair Gel Pencuci Dan Mandian. Bab 7 199 Minyak Bidara Guna Minyak Kelapa.


Soap Software Calcultor Bab 8 200 Soap Software Calculator Bab 8


Click to View FlipBook Version