The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mokhtarppg, 2021-10-21 07:39:42

Aktiviti Riadah - PERKHEMAHAN MAYA SKT 2021

SUKAN RAKYAT

SUKAN
RAKYAT

PERMAINAN
SUKAN
RAKYAT

CONGKAK

CONGKAK

- Congkak biasanya dimainkan oleh kaum
Wanita

- Congkak dimainkan oleh dua orang
pemain

- Alat utama permainan ini ialah papan
congkak yang mempunyai 2 lubang
besar & 14 lubang kecil

CARA BERMAIN

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

❖ Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua
pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing

❖ Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di
kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri

❖ Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati

❖ Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya,
maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan

❖ Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan
jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.

CEPER

CEPER

- Permainan ini menggunakan tudung botol minuman
bikarbonat

- Ianya menggunakan 5 tudung botol
- Tujuan utama permainan ialah mendapat point

melalui menimbang dan tuju tudung botol itu

CEPER

❖ Setiap pemain akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), bagi
menentukan giliran.

❖ Ceper disusun secara bertindih (menegak), kemudian diputarkan ke udara bagi
memastikan ceper tersebut bertebaran

❖ Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh kita

❖ Andai kata ceper yang dijentik oleh kita tidak mengena sasaran atau tersentuh
ceper yang lain, maka, giliran kita tamat

❖ Sekiranya kita berjaya menjentik semua ceper yang diarahkan oleh pemain lain,
pusingan diteruskan dengan menimbang ceper menggunakan tangan

❖ Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh dinobatkan sebagai
pemenang. *markah penuh ditentukan oleh para pemain*

GALAH
PANJANG

GALAH PANJANG

❖ Pemain terdiri daripada regu iaitu tiap-tiap regu mestilah
lingkungan 5-10 orang pemain di dalam satu regu dan terdapat
satu (1) pemain simpanan.

❖ Masa permainan bergantung kepada sepantas mana bilangan
pemaim dapat merempuh atau melintasi halangan ke pihak lawan.

❖ Permainan ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas
tanah lapang dan rata. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2
lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.
Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat
mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang,
gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris.

CARA BERMAIN

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan
dan bilangan pemain.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan
mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan
yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan
ketua pihak lawan. Seterusnya mereka belari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan
kemudiannya berpatah balik.

7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan
permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

BALING
SELIPAR

BALING SELIPAR

- Permainan baling selipar merupakan sebuah permainan yang amat mudah
dan ringkas. Peralatan yang diperlukan hanyalah beberapa pasang selipar.
Para pemain perlulah memastikan selipar yang digunakan adalah tidak
terlalu keras atau tebal bagi mengelakkan sebarang kemalangan terjadi
semasa permainan.

- permainan ini tidak memerlukan keluasan padang yang lebar atau luas.
walaubagaimanapun ia bergantung kepada ramai nya permain. jika ramai
yang bermain keluasan padang itu boleh di perbesarkan. permainan ini juga
tidak memerlukan padang sebesar padang bola sepak kerana permainan ini
memerlukan tektikal ketika bermain.

Cara Bermain

➢ permain pertama akan membaling susunan selipar menggunakan selipar yang
diberi. Sekiranya permain pertama tidak berjaya akan diikuti oleh permain lain
sehinggalah habis permain dalam kumpulan tersebut. Setiap permain hanya
diberikan sebanyak 3 kali percubaan.

➢ Sekiranya balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan jatuh,
pihak lawan akan membaling kepada kumpulan permain yang membuat
balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi haruslah menyusun kembali
susunan selipar tadi. Jika susunan tidak berjaya disusun kumpulan tersebut
dikira kalah dan sekiranya berjaya, kumpulan tersebut akan membuat balingan
kembali.

➢ Pihak ini akan diberi satu selipar untuk mematikan pihak lawan. Setiap ahli
kumpulan tidak dibenarkan bergerak semasa membuat balingan. mereka perlu
membuat asingan kepada kawan ataupun mebaling selipar ke arah ke depan
dan selipar itu haruslah berada di tanah baru boleh bergerak. Jika mereka
berjaya mematikan pihak lawan mereka akan menjadi pembaling pula.

➢ Jarak antara pembaling dan susunan kasut adalah dalam lebih kurang 10 kaki.

GASING

GASING

• Gasing dimainkan dua cara, sama ada sebagai gasing uri ataupun gasing pangkah. Gasing uri biasanya dimainkan
untuk melihat dan menguji ketahanan gasing berpusing. Pemenang akan diadili berdasarkan jangka masa gasing
dapat berpusing. Gasing yang mampu berpusing lama dikira sebagai pemenang pertandingan. Biasanya gasing
mampu berpusing lebih daripada satu jam.

• Gasing pangkah pula dimainkan untuk mengetuk gasing pihak lawan dan dimainkan oleh dua buah kumpulan. Setiap
kumpulan terdiri daripada dua hingga lima orang. Sebelum permainan dimulakan, mereka akan beradu kekuatan
dahulu. Pertandingan uri akan dibuat untuk memilih kumpulan memangkah dan kumpulan menanti. Gasing kumpulan
yang berpusing lebih lama akan menjadi kumpulan memangkah manakala kumpulan yang kedua akan menjadi
kumpulan menanti.

• Kumpulan memangkah akan memangkah gasing kumpulan menanti. Tujuannya adalah untuk memecahkan gasing
pihak lawan atau paling tidak, dapat menghentikan gasing pihak lawan. Tetapi jika gasing kumpulan menanti masih
berpusing, jong cokok akan digunakan. Jong cokok diperbuat daripada kayu dan agak leper. Gasing yang masih
berpusing akan dicokok ke permukaan jong dan jika gasing pihak menanti lebih lama berpusing, kumpulan
memangkah akan bertukar menjadi kumpulan menanti dan begitulah sebaliknya.

Cara Bermain

Ada lima langkah utama dalam permainan gasing, iaitu melilit tali, melilit
gasing, memusing gasing, memangkah, dan mengangkat gasing.

Melilit tali

Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat

dengan kemas akan terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat

berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara melilit tali iaitu:

• Melilit di lengan • Melilit di jari kelingking

Melilit gasing

Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit
menggunakan dua cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan
kemudian dililit pada gasing ataupun melilit tali pada pokok dan kemudian
dililit pada gasing.

Memusing gasing

Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik
atau pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada
dalam keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di
hadapan dan badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah. Gasing akan diayunkan dan
semasa ayunan dibuat, gasing akan ditegakkan. Pusingan secara sentap pula
dilakukan untuk menghasilkan pusingan yang ligat. Pemain akan berdiri dalam
keadaan tegak dengan tangan yang memegang gasing menghala ke atas. Tangan
pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Ketika gasing diayunkan, pemain
akan menyentap sedikit tali supaya gasing menjadi lebih ligat dan mampu berpusing
lama.

Memangkah gasing

Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian
tepat mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan
menghasilkan uri yang ligat. Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah
totok, pangkah hentak, pangkah layang, dan pangkah tebang.

Mengangkat gasing

Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan
pusingan gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat
berpusing, pemain akan cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut
tidak berhenti ketika diangkat. Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu
menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan
bumi. Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan gasing. Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok. Untuk
memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati dan
gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan perlu tegang.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version