The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Azrii, 2023-05-20 18:27:37

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM TMT 2023

21 Mei 2023
8.00 Pagi
Dewan Sri Ixora

MESYUARAT AGUNG BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU KALI KE - 14 21 MEI 2023 | AHAD | 8.00 PAGI DEWAN SRI IXORA, MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU


KATA-KATA ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke-14 . Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atassokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anak-anak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023


TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU KALI KE-14 SESI 2023 8.00 pagi Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru Jamuan 9.00 pagi Ketibaan Ahli Pengurusan MRSM Tun Mustapha Tawau dan Jawatankuasa Badan MUAFAKAT MRSM Tun Mustapha Tawau Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Amanah Rakyat Bacaan Doa Kata-kata aluan Pengacara Majlis Ucapan YDP Muafakat MRSM Tun Mustapha Tawau, En Hannas Bin Hakmad Ucapan Pengetua MRSM Tun Mustapha Tawau, Encik Jalaini Bin Ismail 09.30 pagi Mesyuarat Agung Tahunan bermula 12.00 pm Bersurai


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU KALI KE-14 SESI 2023 1. Ucapan Yang Dipertua (YDP) MUAFAKAT 2. Ucapan aluan Pengetua MRSM 3. Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Muafakat kali ke-13 MRSM Tun Mustapha Tawau 2022 4. Laporan Setiausaha 5. Laporan Bendahari 6. Pembubaran Jawatankuasa 7. Pemilihan Jawatankuasa Baru 8. Perbahasan Usul 9. Hal-hal lain/berbangkit 10. Penutup dan ucapan penangguhan oleh YDP


JAWATANKUASA PELAKSANA AHLIJAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU KALI KE-14 SESI 2023 Penasihat : En. Jalaini bin Ismail (Pengetua) Timbalan Pengetua : En Zakaria bin Japri (TPPP) : Pn. Diana Theresa Otigil (TPKA) : En. Mussimar bin Berto (TPPB) Pengerusi : En Hannas bin Hakmad (YDP) Naib Pengerusi : En. Suhaimi bin Atal Setiausaha : Pn. Marry Line binti Palimus Timbalan Setiausaha : Nurul Ilyana binti Mamat Bendahari : En. Zulhifi bin Zainal Pn. Nurul Ilyana Binti Mamat : AJK Jemputan / Dokumentasi Pn. Nurul Fatihah binti Mohd Razali / En. Zumadi bin Andi Makkaraseng : AJK Pengacaraan Pn. Norhayati binti Maadom : AJK Pendaftaran Pn. Nor Hazirah binti A. Huzaimi / Nik Mimi Wahedah binti Mustaffa Kamal : AJK Pencatat Minit Pn. Rohaida binti Yahaya : AJK Jamuan En. Muhammad Azri bin Abdul Aziz : AJK Hebahan / Teknikal / Siar Raya En. Zulhifi Bin Zainal : AJK Persiapan Tempat / Helpers


Encik Jalaini Bin Ismail : Pengetua En. Zakaria Bin Japri : TPPP Cik Diana Theresa Otigil : TPKA En. Mussimar Bin Berto : TPPB En Hannas Bin Hakmad : YDP En Suhaimi Bin Atal : NYDP Pn. Marry Line Binti Palimus : Setiausaha Pn. Nurul Ilyana Binti Mamat : Timbalan Setiausaha En. Zulhifi Bin Zainal : Bendahari Pn. Noraini Binti Usman : AJK Ibu bapa Pn. Farha Mohd Fadali : AJK Ibu bapa Pn. Al Prida Yohanis : AJK Ibu bapa En. Haji Yaras Bin Hj Yusof : AJK Ibu bapa En. Muhammad Azri bin Abdul Aziz : AJK Guru Pn. Rohaida binti Yahaya : AJK Guru Pn. Norhayati Bin Maadom : AJK Guru Pn. Nurul Fatihah binti Mohd Razali : AJK Guru AHLI JAWATANKUASA MUAFAKAT MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU SESI 2021/2023


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU KALI KE-13 SESI 2022 Tarikh : 30 Ogos 2022 Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari Tempat : Dewan Selera MRSM Tun Mustapha Tawau 1.0 Ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua Muafakat, En. Hannas bin Hakmad Bermula jam 9.42 AM. 2.0 Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Mesyuarat, En. Jalaini bin Ismail 3.0 Pembentangan laporan oleh pengerusi tentang pencapaian pelajar-pelajar sepanjang tahun 2022 semester 1. 3.1 Takwim peperiksaan pelajar bermula 1/8 hingga 30/8. 3.2 Tingkatan 4 mengambil mock IGCSE seramai 71 orang pelajar. Seramai 28 orang pelajar sahaja yang akan meneruskan program IGCSE. 3.3 Academic Excellence Programme disebabkan keputusan pelajar tidak memuaskan. Jadi pihak MARA BPM telah Menyusun atur 3 program ini iaitu: • National Young Scientist Camp (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun) 12-15 September 2022 selepas naik cuti sekolah • Kem Matematik & Matematik Tambahan MRSM Zon Sabah • Kem Sains Sosial (PAI, Moral, Sejarah) Buat kelas ngaji Al-Quran 3 kali seminggu selepas Maghrib & Isyak. • Program Kemasyarakatan @ CSR Jom Masuk MRSM SK Pekan Pensiangan K9. • Tawau telah menghantar pelajar menyertai KEJORA ke Melaka. MRSM Tun Mustapha Tawau menyumbang 1 emas 7 perak 3 gangsa. • Ragbi mendapat tempat ketiga zon Sabah. • Program CSR • UNGA • CHESS 4.0 Ucapan YDP MUAFAKAT 4.1 Semakan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Kedatangan hari ini dalam 60 orang ibu bapa. En. Mohd Zali Abd Rahim mencadangkan minit mesyuarat diterima. Minit mesyuarat disokong oleh semua yang hadir 5.0 Pembentangan daripada Setiausaha MUAFAKAT, Pn. Marry Line binti Palimus. 5.1 Sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa kebakaran di rumahnya di Tuaran, 24 Februari 2021 5.2 Majlis perpisahan pengetua Tn Hj Nizar, 26 Mac 2021 untuk membeli hadiah sebagai penghargaan kepada beliau. 5.3 Sumbangan pembelian data internet kepada pelajar untuk menghadiri webinar yang dianjurkan oleh BPM MARA. 5.4 Sumbangan untuk Majlis sambutan Hari Guru MRSM Tun Mustapha Tawau, 22 Jun 2021. 5.5 Sumbangan Majlis Sambutan Hari Inovasi, 3 Disember 2021, program berbentuk seminar dan webinar.


5.6 Sumbangan Program Kem Kepimpinan SKP 2021/2022, 26-28 November 2021 secara bersemuka. 5.7 Sumbangan Hari Keluarga MRSM Tun Mustapha Tawau, 5 Disember 2021 5.8 Sumbangan Program Aspirasi untuk Inspirasi pelajar Tingkatan 5, 12 November 2021. Terdapat beberapa hadiah yang ditawarkan kepada pelajar bagi memberi semangat untuk belajar. 5.9 Sumbangan pembelian modul Latihan SPM Matematik Tambahan, 17 November 2021. 5.10 Mesyuarat Agong MUAFAKAT Kali ke 12, 28 November 2021, berlangsung secara atas talian. 6.0 Laporan kewangan oleh Bendahari MUAFAKAT, En. Zulhifi bin Zainal. 6.1 Sumbangan kepada pelajar sebanyak RM 2125. 6.2 Dana terkumpul 31/12/2021: RM 39651.66. 6.3 Yuran pelajar yang terkumpul sebanyak RM 7530. Sumbangan dan derma berjumlah RM 910. Dividen daripada bank: RM 48.70 6.4 Membayar yuran MUAFAKAT Kebangsaan 2020 sebanyak RM 2690 & RM 188.70. Wang yang telah dibelanjakan sebanyak RM 6376.70. Sumbangan-sumbangan berjumlah RM 11 792 Sepanjang 2021 jumlah perbelanjaan RM 18768.70. telah disahkan oleh juruaudit dalaman dan luaran Pn Rohaida Binti Yahaya dan Pn Rosinah binti Salleh. Secara sebulat suara, semua setuju dengan laporan kewangan ini. 7.0 Maklum balas usul/cadangan. 7.1 Mesin dobi, mesin pengering tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan baju berbau. • Tindakan koperasi, En Mussimar bin Berto: Kapasiti mesin hanya 7kg sahaja. Jika pelajar mengisi pakaian lebih daripada kapasiti, mesin tidak mampu untuk berfungsi dengan baik 7.2 Kad dobi yang dijual pihak sekolah adalah terhad. 7.3 Mengadakan mesyuarat pada hari tidak bekerja. Dijalankan hari ini kerana sekaligus terus jemput anak untuk cuti sekolah. 7.4 Membenarkan ibubapa membawa makanan masuk ke asrama dan menambah bilangan seterika di asrama. • Tindakan TPPP, En. Zakaria Bin Japri: Makanan bermasak yang dihantar di pondok pengawal masih berstatus haram kerana risau kesihatan pelajar. Jika ibubapa datang melawat & makan bersama ia dibenarkan. • Menghadkan satu bilik hanya boleh membawa 3 biji seterika sahaja. Pihak maktab tidak sediakan kerana pelajar tidak menghargai dan sering rosak. 7.5 Memastikan pelajar tidak keciciran dalam hal-hal agama. • Tindakan TPPP, En. Zakaria Bin Japri: Berharap ibu bapa dapat menyumbangkan sedikit dana untuk program dilaksanakan. 7.6 Penambahan air mineral untuk para pelajar. • Akan diletakkan mesin berbayar di setiap asrama. 7.7 Kes kecurian • Ibubapa tidak perlu beri duit yang banyak kepada pelajar. Digalakkan penggunaan perkhidmatan cashless. 7.8 Gangguan benda halus di maktab. • Pihak maktab maklum tentang hal ini. Telah dipesan kepada pelajar untuk minta ibu ayah mencari garam kasar sekurang-kurangnya satu dorm ada 2kg. Ada pelajar yang membawa sendiri kerana keturunan. Perlu berubat dengan keluarga dan amalanamalan doa untuk dilindungi.


. 7.9 Memantau penggunaan telefon bimbit dikalangan pelajar. • MARA BPM membenarkan penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran. Pelajar menyalahgunakan telefon bimbit. YDP MUAFAKAT mencadangkan supaya pihak maktab menyimpan telefon pelajar seperti musim peperikasaan sekarang. Diambil pada waktu malam. 7.10 Berkongsi dengan ibu bapa tentang KPI MRSM TMT terutama dalam pencapaian tahunan SPM sekiranya ada. Adakah mencapai target, melebihi target atau di bawah target. Berkongsi juga tentang tindakan-tindakan untuk meningkatkan prestasi pelajar. • Telah dikongsi di muka surat 17, 18 & 19 Buku Program MAT kali ke 13, 2022. 7.11 Membantu pelajar yang menggunakan pengangkutan udara seperti mendapatkan harga diskaun pelajar ketika urusan pembelian tiket sepanjang menuntut di MRSM TMT. • Akan diperhalusi oleh MUAFAKAT dan maktab. 7.12 Mohon agar ditubuhkan group whatsapp untuk ibu bapa homeroom bagi tujuan penyaluran terus maklumat anak-anak. • Sudah ditubuhkan 7.13 Berharap pihak sekolah dapat mewujudkan kedai gunting rambut dalam persekitaran maktab untuk memudahkan pelajar lelaki mengemaskini rambut mereka mengikut peraturan untuk mengelakkan pelajar dari didenda atau dikenakan tindakan disiplin. • Akan diperhalusi oleh MUAFAKAT dan maktab. 7.14 Mengadakan perjumpaan ibu bapa bersama guru Homeroom dan mengadakan gotong royong membersihkan dan mencantikkan asrama pelajar. • Sudah dibuat dan akan diteruskan. 7.15 Prestasi penilaian disebabkan tiada PT3. • Pihak sekolah akan keluarkan keputusan pelajar di maktab. 7.16 Mohon melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat secara atas talian kerana ada ibubapa yang tidak boleh hadir kerana tinggal jauh dari Tawau. • Digalakkan datang ke maktab supaya ibubapa dapat melihat suasana sekolah. 7.17 Memohon agar warden membuat lawatan ke asrama setiap Isnin , Rabu dan Sabtu untuk meninjau jika terdapat pelajar yang sakit supaya dapat diberikan rawatan kerana ada masanya anak - anak yang sakit seperti demam yang teruk sehingga tidak dapat bergerak dan tidak dapat membuat report kepada warden. • Sentiasa dilakukan. 7.18 Mengurangkan kelas pada waktu malam. • Tiada kelas pada waktu malam kecuali jika pelajar yang lemah menjalankan intervensi. 7.19 Menyediakan perkhidmatan seperti mencetak gambar passport dan fotokopi. • Fotokopi disediakan, mesin gambar terlalu mahal tidak wajar dibeli kerana penggunaannya tidak kerap. 8.0 Ucapan terakhir KGA, Ustaz Syukri bin Roslan kerana beliau akan berpindah ke HQ MARA berkuatkuasa 12 September 2022. 9.0 Mesyuarat ditangguhkan pada 12.04 tengahari.


Disediakan oleh: Disahkan oleh: Pn. Nur Zarina Hanis binti Zainal En. Hannas bin Hakmad AJK Pencatat Minit YDP Muafakat. Cik Nor Farina binti Thomas AJK Pencatat Minit


LAPORANSETIAUSAHA BADAN MUAFAKAT MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU BIL PROGRAM TARIKH CATATAN 1 Majlis Restu dan Solat Hajat 21 Januari 2022 • Majlisini diadakan bertujuan untuk memberi ruang kepada calon SPM 2022 untuk bertemu guru matapelajaran demi mendapatkan restu ilmu sebelum menghadapi peperiksaan SPM. • Majlis ini juga dilihat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dan pelajar. 2 Majlis Graduasi kali ke-13 MRSM Tun Mustapha Tawau 29 Januari 2022 • Majlis ini merupakan simbolik bagi meraikan para pelajar tingkatan 5 yang lulus dan berjaya menamatkan pengajian di MRSM. • Majlis ini juga diadakan untuk menyuntik motivasi pelajar menjelang SPM yang semakin hampir. 3 Sumbangan Pembelian Blazer Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) MRSM Tun Mustapha Tawau 22 Mac 2022 • Sumbangan ini bagi menyokong usaha Jawatankuasa Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) MRSM Tun Mustapha Tawau yang ingin mewujudkan penampilan yang baharu dalam kalangan ahli SKP. • Penampilan ini turut merangkumi pemakaian blazer untuk urusan rasmi para pelajar sama ada yang berkaitan dengan program maktab mahupun melibatkan diri dalam manamana pertandingan di peringkat daerah, negeri, mahupun kebangsaan. • Penggunaan blazer in tidak terhad kepada ahli SKP sahaja, tetapi juga boleh digunakan oleh pelajar lain yang mewakili maktab dalam apa jua program dan pertandingan. 4 Majlis Sambutan Hari Raya, Hari Guru Dan hari Pekerja MRSM Tun Mustapha Tawau 2022 13 Mei 2022 • Majlis Sambutan Hari Raya, Hari Guru dan Pekerja MRSM Tun Mustapha Tawau 2022 merupakan acara tahunan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dan juga untuk menghargai sumbangan dan khidmat bakti para guru serta kakitangan yang bertugas di MRSM Tun Mustapha Tawau. • Majlis ini dilihat dapat meningkatkan lagi semangat warga kerja dalam memacu kecemerlangan di MRSM Tun Mustapha Tawau serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara guru dan kakitangan MRSM Tun Mustapha Tawau. 5 Program Corporate Social Responsibility (CSR) : Jom Masuk MRSM di SK Pekan Pegalungan Komprehensif 9 24 Mei 2022 • Program ini bertujuan untuk menjalin kerjasama antara pihak MRSM dengan sekolah-sekolah terpilih di samping menyampaikan maklumat tentang cara-cara dan peluang melanjutkan pelajaran di MRSM. 6 Program Superbmind 17 Jun 2022 • Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kaunseling dan Kerjaya dan Gerak Gemilang Tingkatan 5 MRSM Tun Mustapha ini diadakan untuk menyentuh berkaitan motivasi bangkit pasca Covid-19 dan teknik pembelajaran kepada semua pelajar tingkatan 5. • Penceramah luar dijemput dari Puncak Himmah Resources iaitu En. Jumat bin Mat Salleh.


7 Pertandingan Merentas Desa Peringkat MSS Negeri Sabah 2022 2 Julai 2022 • MRSM Tun Mustapha menghantar dua orang pelajar bagi mewakili Daerah Tawau ke pertandingan yang dilangsungkan di SMK Mat Saleh, Ranau, Sabah. • Peluang ini dilihat dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat pelajar dalam sukan ini. 8 Kejohanan Olahraga MRSM Tun Mustapha Tawau 2022 2 Julai 2022 • Muafakat MRSM Tun Mustapha Tawau memberikan sumbangan untuk perkhidmatan sewa bas bagi memudahkan pergerakan pelajar dari maktab ke Kompleks Sukan Tawau. 9 Kejohanan Olahraga (KEJORA) Zon Sabah 2022 15-17 Julai 2022 • Seramai 34 orang pelajar MRSM Tun Mustapha Tawau telah mewakili maktab ke kejohanan ini yang berlangsung di Kota Kinabalu. • Sumbangan telah diberikan pagi menampung kos sewaan bas sepanjang pertandingan tersebut berlangsung. 10 Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2022 25 Julai 2022 • Sumbangan wang tunai diberikan untuk pembelian cenderamata untuk diberikan kepada pelajar cemerlang SPM 2021. 11 Kejohanan Olahraga Peringkat MRSM SeMalaysia 2022 1-5 Ogos 2022 • Seramai 10 orang pelajar MRSM Tun Mustapha Tawau telah mewakili Daerah Tawau ke Kejohanan Olahraga yang berlangsung di MRSM Tun Ghaffar Baba. 12 Pembayaran yuran IGCSE 15 Ogos 2022 • Sumbangan bagi membantu seorang pelajar untuk membayar yuran pendahuluan yuran IGCSE 2022. 13 Mesyuarat Agung Muafakat Kali Ke-13 2021 30 Ogos 2022 • Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) berlangsung di Dewan selera, MRSM Tun Mustapha Tawau. 14 Kejohanan Hoki MRSM Se-Malaysia kali Pertama 2022 1-7 September 2022 • MRSM Sabah menghantar penyertaan bagi kejohanan ini. Pasukan yang dihantar terdiri daripada pelajar dan guru dari MRSM Tun Mustapha Tawau, MRSM Semporna dan MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan. • Seramai 7 orang pelajar dan guru dari MRSM Tun Mustapha Tawau yang dihantar ke MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. 15 Kejohanan Olahraga Peringkat MSS Negeri Sabah 2022 4 – 8 September 2022 • Seramai 4 orang pelajar MRSM Tun Mustapha telah mewakili Daerah Tawau yang berlangsung di Likas, Kota Kinabalu. 16 Program National Young Scientist Camp (MNYSC) MRSM Tun Mustapha Tawau 2022 12-15 September • Program yang dianjurkan oleh MRSM Tun Mustapha Tawau ini melibatkan pelajar tingkatan 5 2022. • Sumbangan Muafakat diberikan untuk menampung pembelian barang keperluan makmal. 17 United Nations General Assembly 2022 (UNGA) 18-19 September 2022 • Unit Bahasa Inggeris MRSM Tun Mustapha telah menganjurkan Program United Nations General Assembly 2022 (UNGA) yang melibatkan semua pelajar. • Program ini melibatkan penyertaan dari semua kelas Tingkatan 1 hingga 5. • Program tahunan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi pengetahuan berkenaan bahasa dan budaya negara-negara yang mereka wakili. • Ia juga bertujuan untuk memupuk kreativiti dan menyuntik semangat bekerjasama di kalangan pelajar kerana penyertaan adalah mengikut kelas masing-masing.


18 Program Majlis Apresiasi Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) Tahun 2022 14 Oktober 2022 • Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian dan penglibatan pelajar SKP sesi 2021/2022. 19 Program Mohon Restu Ilmu IGCSE 2022 3 Oktober 2022 • PGG Tingkatan 4 dan Unit Kaunseling MRSM Tun Mustapha Tawau telah mengadakan program ini untuk pelajar Tingkatan 4 yang mendudukan peperiksaan IGCSE yang bermula pada 5 Oktober 2022. • Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk berkumpul dan memohon maaf sesama mereka. 20 Program Perkhemahan Pandu Puteri MRSM SeMalaysia 14 – 16 Oktober 2022 • Seramai 4 orang pelajar dari Unit Beruniform Pandu Puteri MRSM Tun Mustapha Tawau telah menyertai Perkhemahan Pandu Puteri di ILD UITM Tanjung Tualang, Kampung Gajah. • Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta dari seluruh MRSM Malaysia untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran berkenaan aktiviti berkaitan Pandu Puteri. 21 Kem Pemantapan Sahsiah dan Teambuilding Ahli Badan Tertinggi (BTA) bagi sesi 2022/2023 5 – 6 November 2022 • Seramai 36 orang pelajar MRSM Tun Mustapha Tawau telah menyertai kem ini yang bertempat di Taman Rekreasi Hutan Simpan Membalua, Batu 10 Tawau. 22 Pembelian Buku Latihan Sains Tingkatan 1 7 November 2022 • Unit Sains, Jabatan Sains MRSM Tun Mustapha Tawau telah membuat pembelian buku latihan sains untuk kegunaan pelajar Tingkatan 1. • Buku ini digunakan sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan dapat membantu pelajar untuk lebih memahami tajuk yang diajar oleh guru. 23 Program Gerak Gemilang SPM 2022 21 Oktober 2022 • Jawatankuasa PGG Tingkatan 5 telah merancang untuk menyediakan modul khas bagi setiap subjek sepanjang bulan November 2022 sehingga Februari 2023 sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM nanti. 24 Pertandingan Seni Khat Jawi MRSM SeMalaysia 7 November 2022 • Kelab Khat dan Kaligrafi MRSM Tun Mustapha Tawau dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Menengah dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Sabah menganjurkan Pertandingan Seni Khat dan Kaligrafi. • Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang khat disamping memupuk minat pelajar khususnya dalam penulisan jawi serta memenuhi KPI tertinggi PAJSK. 25 Program Sky High Science Camp 2022 25 – 27 November 2022 • Seramai 4 orang pelajar Tingkatan 2 MRSM Tun Mustapha Tawau telah terpilih untuk menyertai Sky High Science Camp yang diadakan di Pusat Minda Emas (PuMAS), University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). • Kem in bertujuan untuk memupuk sikap dan minat pelajar yang berpotensi terhadap subjek Sains dengan lebih mendalam melalui aktiviti gamifikasi. 26 Malam Gemerlapan 2022 3 Disember 2022 • MRSM Tun Mustapha Tawau mengadakan program Malam Gemerlapan yang bertempat di Dewan Selera, MRSM Tun Mustapha Tawau. • Program ini merupakan jamuan akhir tahun yang diadakan setiap tahun bagi meraikan dan menghargai usaha pelajar dalam menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masingmasing.


LAPORANBENDAHARI BADAN MUAFAKAT MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU PENGELUARAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1 K1 - SETIAUSAHA (KHAS) / PENGURUSAN 3,564.90 2 B1 - BIRO PENDIDIKAN DAN DAKWAH 8,289.00 3 B2 - BIRO SUKAN DAN REKREASI 5,020.00 4 B3 - BIRO EKONOMI DAN KEBAJIKAN 18,580.50 5 B4 - BIRO PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR - 6 B5 - BIRO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA - JUMLAH 35,454.40 PENDAPATAN BIL PERKARA JUMLAH (RM) A1 YURAN MUAFAKAT 20470.00 A2 SUMBANGAN DAN DERMA 3,713.00 A3 SUMBANGAN MENGAJI 260.00 A4 LAIN - LAIN 47.59 JUMLAH 24,490.59


PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN BERMULA 1 JANUARI 2022 DAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 BUTIRAN NOTA RM RM PENDAPATAN Yuran A1 20,470.00 Sumbangan & Derma A2 3,713.00 Sumbangan Mengaji A3 260.00 Hibah A4 47.59 24,490.59 PERBELANJAAN Biro Pendidikan & Dakwah B1 8,289.00 Biro Sukan & Rekreasi B2 5,020.00 Biro Ekonomi & Kebajikan B3 18,580.50 Biro Pembangunan & Infrastruktur B4 - Biro Penerbitan & Multimedia B5 - Setiausaha (Khas) K1 3,564.90 35,454.40 KURANGAN -10,963.81 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN BUTIRAN PADA 31 DISEMBER 2022 RM ASET SEMASA Bank 33,140.75 Tunai di tangan (Peti Keselamatan) 269.60 JUMLAH ASET 33,410.35 DANA TERKUMPUL Dana Terkumpul (1 Januari 2022) 44,374.16 (+) Lebihan / (-) Kurangan -10,963.81 DANA TERKUMPUL 31 DISEMBER 2022 33,410.35


MAKLUM BALAS USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU KALI KE-14 SESI 2023 BIL USUL/CADANGAN MAKLUM BALAS 1 Perlu ada hari permuafakatan atau majlis tandatangan rekod kemajuan anak agar ibu bapa ada ruang berbincang dengan guru matapelajaran mengenai pencapaian dan cara membantu meningkatkan pencapaian akademik anak. Hari Transformasi Akademik akan diadakan. Usul tersebut akan dilaksanakan. 2 Membenarkan penggunaan tudung sarung warna hitam bagi perempuan untuk aktiviti sukan, riadah dan selain waktu kelas dan aktiviti formal/rasmi. Tudung sarung warna hitam dibenarkan tetapi perlu mengikut garis panduan pemakaian (labuh). 3 Menambah mesin penapis air di asrama kerana mesin yang sedia ada tidak mencukupi untuk keperluan pelajar. Usul diterima dan dalam proses tindakan. 4 Kes kecurian dan kehilangan barang di asrama perlu ditangani. Spotcheck. Hadkan wang saku Rm20 dalam tangan pelajar. Bayaran yuran secara tunai oleh pelajar juga tidak digalakkan. Hal ini di dalam proses tindakan dan sentiasa dalam pantauan. Pemantauan akan dipergiatkan dari masa ke semasa. 5 Kipas dalam bilik asrama mohon di tambah atau diperbaiki dan mohon tambah bilangan sumber air minuman pelajar kerana tidak mencukupi bagi kesejahteraan pelajar di waktu cuaca panas sekarang atau gelombang haba yg melanda. 14 unit kipas telah dimasukkan dalam permohonan peruntukan dan akan dilaksanakan secepat mungkin. 6 Mempertingkatkan prestasi akademik dan akhlak pelajar Program Gerak Gemilang bagi setiap tingkatan. 7 Tidak hadir mesyuarat atau aktiviti tanpa alasan yang kukuh dikenakan denda RM10 atau nilai yang difikirkan sesuai. Usul akan dibincangkan. 8 Menyarankan Laptop dan HP diguna di asrama untuk tujuan pembelajaran (teknologi IT sekarang memang mencabar) terpulang kepada individu pelajar sama ada menggunakan secara baik atau tidak baik, tetapi kalau mahu maju, teknologi IT sebagai pembelajaran jangan diketepikan, jika tidak faham guru mengajar, mereka boleh search di google untuk mengulangkaji. Telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Muafakat tahun 2022 bahawa penggunaan handphone dan laptop di asrama tidak dibenarkan. 9 Mohon pihak MRSM bagi nombor acct.untuk sumbangan mengaji anak- anak.. Sudah diberikan. 10 Kelas tambahan bagi pelajar gagal sejarah Usul diterima.


11 Aktiviti luar perlu ditangguh untuk sementara kerana keadaan cuaca yang panas untuk mengelakkan keadaan yg tidak dingini berlaku kepada pelajar. Tindakan telah dibuat. 12 Memberi ruang kepada ibubapa untuk melawat asrama (Sekurang-kurangnya 2 Kali setahun) bagi melihat bilik anak2. Menambah baik sekiranya perlu. Usul diterima. 13 Harap pihak sekolah dapat membenarkan pelajar pulang ke asrama sehari lebih awal agar ibu bapa dapat merancang perjalanan dengan lebih baik. Diharap pihak sekolah membenarkan pelajar yang tinggal di luar daerah dapat pulang ke asrama sehari lebih awal agar ibu bapa merancang perjalanan pulang pelajar dengan baik. Tertakluk kepada peraturan sedia ada. 14 Kembalikan pengunaan runner dan pos. Susah bagi ibu bapa yang jauh. Sistem penghantaran barang ke asrama akan dipertingkatkan tetapi penggunaan runner tidak dibenarkan. 15 Mohon pihak MRSM minta pengurangan 50 %, harga tiket kapal terbang bagi pelajar - pelajar yang tinggal jauh daripada MRSM. Tiket penerbangan di luar kawalan pihak muafakat dan maktab. 16 Mohon pihak. Majlis Pemuafakatan adakan sesi Google Meet semasa mesyuarat diadakan untuk kemudahan ibu bapa yang tinggal jauh di luar bandar Tawau yang tidak berkemampuan untuk datang ke MRSM TMT. Akan dipertimbangkan. 17 Pengurangan pembayaran yuran muafakat bagi pelajar miskin Banyak bantuan dan sumbangan telah disediakan. 18 Saya menghadapi masalah mengetahui baki yuran yang perlu dibayar atau belum dijelaskan mengakibatkan tunggakan yuran persekolahan anakanak saya. Saya cadangkan agar adanya makluman diberikan kepada ibubapa pelajar sama ada melalui email atau mesej berkenaan bayaran yuran tahun semasa atau tunggakan yang masih belum dijelaskan. Ketika ini pemakluman dibuat setiap semester melalui guru homeroom. Dicadangkan jumlah pemberitahuan akan dilaksanakan dua kali setahun. 19 Setiap aktiviti yang dilakukan di sekolah terutamanya melibatkn pembayaran harus di maklumkan ibu bapa lebih awal sebelum pembayaran tersebut. Usul diterima. 20 Tingkatkan tahap keselamatan di kawasan maktab. Akan dilaksanakan sekiranya keadaan memerlukan. 21 Pelajar tingkatan 1,2,3 kurang perhatian, hanya tertumpu kepada tingkatan 4 dan 5 sahaja. Berharap dapat tingkatkan mutu pelajaran dan lebih ambil tahu terhadap pelajar. Ambil maklum.


22 Mohon disediakan pengangkutan balik semasa cuti. Harap pihak MRSM dapat memudahkan urusan pelajar untuk pergi dan balik ke MRSM. Perkhidmatan yang disediakan sekarang adalah menghantar pelajar ke terminal pengangkutan awam. 23 Menggalakkan pelajar Kristian (Roman Catholic) berdoa Rosary. Tiada halangan. 24 Adakan program Hari Bertemu Pelanggan bagi membincangkan perkembangan anak di MRSM. Program Transformasi akademik. 25 Outing bersama ibu bapa dibenarkan pada setiap minggu. Outing dilaksanakan setiap minggu mengikut jantina. 26 Bekerjasama Dalam setiap aktiviti sekolah. Ambil maklum. 27 Prasarana bilik asrama seperti almari pakaian perlu diperbaiki. Dalam tindakan. 28 Membuka semula laluan terdekat utk ke asrama. Atas faktor kelancaran lalulintas dan keselamatan pelajar. 29 Mewujudkan student activity center (pusat pembelajaran pelajar) bagi tujuan perkongsian aktiviti dan informasi maktab. Kemudahan sudah tersedia. 30 Ada keluhan dari anak-anak tingkatan 3 mengenai baju batch mereka iaitu design dan warna tidak menarik. Boleh cadangkan kepada penyelaras PGG utk bincang dan dapatkan persetujuan ibu bapa dan pelajar sebelum mencetak baju. Akan dibincangkan dan diperhalusi. 31 Baju PE dan baju outing yg baharu dari koperasi mempunyai design dan kualiti tidak memuaskan. Kain jersi yg nipis dan printed logo, baju muslimah pelajar juga singkat. Akan dibincangkan dan diperhalusi. 32 Keputusan anak tingkatan 2 tahun lepas sangatsangat teruk. Mohon pihak MRSM bagi tahu ibu bapa tentang apa yang patut dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Program Gerak Gemilang. 33 Mohon kad pelajar ditandatangan awal waktu outing untuk mengelakkan pembaziran masa menunggu untuk mengambil anak semasa outing pelajar. Sudah dilaksanakan namun pelajar menghantar kad outing lewat. 34 Awalkan waktu outing memandangkan hari ahad adalah setengah hari, jadi jam 12tgh hari kedai di bandar sudah mula tutup, ganguan utk pelajar membeli barang keperluan. Masa outing ketika ini sudah mencukupi.


35 Ambil berat tentang sticker kenderaan sebelum masuk kawasan sekolah. Akan dipertingkatkan. 36 Kenapa dobi, bila pelajar tidak gunakan masih di kenakan bayaran? Ketetapan MARA. 37 Anak tidak di benarkan outing hanya menggunakan maxim/grab bersama kawan(tanpa ibu bapa,penjaga) Maxim/grab dibenarkan secara berkumpulan.


Click to View FlipBook Version