The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puterialia499, 2022-05-15 11:02:49

TUGASAN 2 EDUP3073

TUGASAN 2 EDUP3073

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN PISMP

-KERJA KURSUS -
KURSUS: BUDAYA DAN

PEMBELAJARAN
KOD KURSUS : EDUP 3073

KANDUNGAN: Tugasan 1: LAPORAN TEMU BUAL
i. Tugasan 2: PENULISAN AKADEMIK
ii.

Nama Guru Pelatih : MOHAMMAD AMIR FAISAL BIN MOHAMMAD

SHAMIL

No. Kad Matrik : P19071514

Kumpulan : BMSJKC 1

Ambilan : JUN 2020

Semester/Sesi : SEMESTER 3 TAHUN 2 (SEM 5)

No. Telefon Bimbit : 0179835580

Alamat E-mel : mohammad24‑[email protected]

Nama Pensyarah Kursus : DR JOANNA TING HIE PING

Markah : Laporan Temu Bual Penulisan Akademik Jumla
KRITERIA (20%) (30%) h( 50

Pemeriksa 1 %)
Pemeriksa 2

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya.Saya

faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan iniadalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan maklumbalas daripada pensyarah)

Prakata
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya,
dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan
kepada Dr. Joana Ting Hie Ping, Pensyarah Kursus EDUP3073, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada
saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya
mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yann dapat saya rungkai sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka
bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga
pembangunan dalam bidang pendidkan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata
dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya
lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus”

Isi Kandungan 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Langkah-langkah Menyediakan Bilik Mesra Budaya 2
3
2.1 Aspek Fizikal 3
2.2 Aspek Emosi 4
2.3 Aspek Sosial 5
2.4 Aspek Sosiolinguistik 6
3.0 Penutup
Rujukan

1.0 Pengenalan
Persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan
masyarakat yangharmonis dan aman di peringkat nasional dan global (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2012). Bagi
negara kita yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, penerapan nilai-nilai sivik dalam
diri setiap individu adalah sangat penting untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara kita misalnya nilai
hormat-menghormati, kasih sayang dan toleransi. Oleh itu, guru-guru di sekolah khususnya guru sekolah rendah
perlu memastikan elemen mesra budaya adalah disemai di dalam kelas semasa berlangsungnya sesi pengajaran
dan pembelajaran (PdP) untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan positif dalam kalangan murid-murid.
Justeru, penulisan ilmiah ini akan membincangkan beberapa cadangan pelaksanaan PdP yang dapat dilaksanakan
oleh guru untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.

1

2.0 Langkah-Langkah Menyediakan Bilik Darjah Mesra Budaya
2.1 Aspek Fizikal

Dari aspek fizikal guru mestilah tidak boleh memandang enteng hal ini. . Pengurusan bilik darjah adalah
perlu untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif (Woolfolk, 2001). Ini boleh menjana
satu bentuk rangsangan kepada murid agar bersemangat ke sekolah dan belajar. Persekitaran pembelajaran yang
dimaksudkan ini adalah merangkumi aspek susunan kerusi meja murid dan hiasan. Susunan kerusi meja yang baik
akan memberi peluang kepada murid-murid untuk saling bergaul dan bercampur dengan ahli kelas yang berbeza
kumpulan. Hal ini membolehkan mereka saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Bukan itu sahaja,
pemupukan rasa tanggungjawab dalam diri murid boleh dilakukan melalui pemberian kebebasan kepada mereka
terhadap hiasan kelas sendiri.

Seterusnya, aspek susunan kerusi dan meja murid, guru juga boleh menyediakan suatu sudut dan ruang
bacaan di dalam bilik darjah tersebut untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Guru sepatutnya
mewujudkan suatu sudut khas di dalam bilik darjah untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap kepelbagaian
kaum di Malaysia. Guru juga boleh menyediakan bahan bacaan yang mengandungi nilai-nilai perpaduan dan
persefahaman antara pelbagai kaum untuk ditampal pada sudut tersebut dengan mengaplikasikan penggunaan
peta Ithink seperti mana yang diberi penekanan dalam pembelajaran abad ke-21. Hal ini bertepatan dengan
pernyataan yang diberikan oleh Noriati A. Rashid et al. (2014) yang menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah
yang baik seharusnya membolehkan murid meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Penggunaan peta
I-think dapat memudahkan murid dalam memahami konsep dan mesej yang terkandung dalam bahan bacaan. Hal
ini secara tidak langsung mendorong murid untuk mengimplementasikan pengetahuan yang diperoleh daripada
sudut khas tersebut dalam konteks kehidupan seharian untuk mewujudkan budaya yang mesra.

2

2.2 Aspek Emosi
Selain itu, cadangan yang kedua dibuat berpandukan kepada aspek pengurusan persekitaran emosi.

Pengurusan emosi ini turut perlu difokuskan oleh guru dalam usaha membina sebuah kelas yang mesra budaya.
Layanan yang sama rata kepada semua murid adalah langkah terbaik dalam menjamin kestabilan emosi murid-
murid. Guru tidak berhak mengelaskan murid mengikut latar belakang mereka dan melayan mereka sesuka hati.
Hal ini demikian kerana, amalan tersebut akan membuatkan murid-murid berasa mereka disisihkan atau
didiskriminasi. Layanan yang adil boleh dilakukan melalui penglibatan semua murid dalam setiap aktiviti dan
bukannya memfokuskan kepada satu-satu kumpulan sahaja. Menjadi satu kelebihan jika satu kelas tersebut
mempunyai latar belakang budaya yang berbeza. Penyatuan mereka di dalam satu kumpulan dengan layan guru
yang sama akan membuatkan mereka saling menghargai antara satu sama lain.
Menurut Woolfook dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit,
mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, semasa melaksanakan aktiviti PdP, seseorang
guru boleh memberi galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun
soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid untuk
terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Selain itu, seseorang guru juga perlu mengelakkan dirinya mengeluarkan kata-
kata yang negatif seperti ‘kamu memang bodoh la…’, ‘pemalas betul kamu ni…’ dan sebagainya (Anita et.al, 2015).
Hal ini demikian kerana, situasi sebegini akan memberi impak negatif terhadap emosi murid-murid dan akhirnya
mereka akan berkelakuan pasif pada kelas yang akan datang.
2.3 Aspek Sosial

Dalam pada itu, cadangan cadangan yang ketiga pula ialah yang berkaitan dengan aspek pengurusan sosial.
Perkataan ‘sosial’ merujuk kepada ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk masyarakat (Noriati a. Rashid,
2017). Melalui proses sosiolisasi, murid-murid sentiasa belajar untuk berhubung dengan orang di sekelilingnya. Ini
membuatkan mereka sentiasa berinteraksi dengan orang lain dan mencari keselesaan sendiri. Impak yang berlaku
ini adalah disebabkan oleh tingkah laku memerhati yang menjadi satu proses pembelajaran berdasarkan teori
pembelajaran sosial. Guru perlu cakna akan persekitaran yang telah tersedia terhadap murid-muridnya. Penelitian
yang maksimum terhadap persekitaran sosial murid di dalam kelas adalah amat penting kerana ia akan membantu
guru dalam membina rancangan pembinaan bilik darjah yang mesra. Contohnya aktiviti yang membolehkan
wujudnya persekitaran positif adalah sambutan ulang tahun kelahiran ahli kelas. Hal ini boleh melahirkan perasaan
saling menghargai antara ahli-ahli dan seterusnya membuatkan kelas tersebut mesra budaya.

Konsep komuniti pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dilaksanakan oleh guru. Komuniti pembelajaran
dapat diwujudkan melalui pembinaan persekitaran bilik darjah yang prihatin dan penyayang. Dalam hal ini, murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai rasa tanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang sempurna dan berkesan. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2014), komuniti pembelajaran dalam dibina melalui
pendekatan pembelajaran secara koperatif yang mana murid diberi peluang untuk bekerjasama dalam mencapai
matlamat dan hasil pembelajaran. Misalnya, menerusi kerjasama yang dilaksanakan dalam suatu kumpulan, murid

3

tersebut dapat membina persefahaman sesama mereka dan saling menerima pendapat antara satu dengan lain
secara terbuka meskipun berbeza latar belakang. Komuniti pembelajaran juga boleh diwujudkan menerusi
perkongsian nilai yang memupuk pemahaman dan kepercayaan terhadap nilai sehingga mampu mewujudkan
suasana bilik darjah yang mesra budaya.
2.4 Aspek Sosiolinguistik

Akhir sekali, cadangan yang dibuat adalah berdasarkan kepada aspek pengurusan sosiolinguistik.
Pendidikan di Malaysia telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu berdasarkan Akta Pelajaran
1961. Walau bagaimanapun, guru tidak boleh mengabaikan murid yang menggunakan bahasa ibunda mereka
ketika berada di dalam kelas. Guru perlu bijak dalam menguruskan murid yang menggunakan bahasa selain bahasa
Melayu di dalam kelas. Contohnya, apabila sebuah kelas tersebut mempunyai murid yang pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India, guru boleh melaksanakan aktiviti yang menggunakan bahasa-bahasa lain secara berkala.
Aktiviti yang sesuai adalah seperti nyanyian bersama menggunaakan lagu bahasa Cina atau Inda. Ini bertujuan
untuk meraikan murid-murid yang berbeza bangsa di samping memupuk semangat perpaduan di antara murid-
murid.

4

3.0 Penutup
Kesimpulannya, guru perlulah bijak dalam mengurus bilik darjah agak sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan lancar. Dalam pada itu, bilik darjah yang mesra budaya dapat merealisasikan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu
aspirasi sistem pendidikan negara. Apabila negara kita mencapai perpaduan kita akan mudah untuk mencapai
aspirasi negara iaitu menjadi antara negara maju yang terdapat di Asia Tenggara. Oleh itu, sebagai agen paling
berautoriti, guru perlu berusaha sedaya upaya dalam memupuk kesedaran generasi muda mengenai
tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Maka, didikan terhadap permata negara ini perlu dibuat
sehabis baik supaya masa depan negara terjamin dengan keharomonian yang sedia ada ini.

5

Rujukan
Abd Rahman Abd Rashid. (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ab Samad, R. S., & Jamaluddin, S. (2005). Peranan Kepimpinan Guru dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah.
Masalah Pendidikan, 28, 117-130.
Afzan Ali Hussin. (2018). Langkah-Langkah Untuk Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya. Langkah-langkah
untuk Mewujudkan Bilik Darjah Mesra Budaya.

https://cikguafzan96.blogspot.com/2017/05/normal-0-false-false-false-en-my-x none.html.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Pelajar Bahasa Melayu (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan.
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Faizah. (2013). Bilik Darjah Mesra Budaya. BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.
https://faizahembi.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html.

Noriati a. Rashid, Boon, Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya Dan Pembelajaran: Edisi Kedua. Selangor: Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi. (2011). Pengaruh
Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Murid. Asia Pacific Journal of Educators and
Education. 26(1). 125-144. https://core.ac.uk/download/pdf/83543478.pdf

Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian. (2011). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah. 292– 312.

Sing Kiat Lee. (2017). EDUP 3073 Budaya Dan Pembelajaran - Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya. docx.
Academia.edu.
https://www.academia.edu/34006920/EDUP_3073_Budaya_dan_Pembelajaran_Penguru
san_Bilik_Darjah_Mesra_Budaya_docx.

Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir. (2014). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Yong. Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Zaitul himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim. (2018). Peranan
Guru Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Membentuk Perpaduan Kaum Di Sekolah. Akademika. 88(2). 95-108.

6

http://journalarticle.ukm.my/12833/1/18914- 81005-1-PB.p
7


Click to View FlipBook Version