The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athrahazmny, 2022-04-04 02:45:29

Tugasan 1 BMMB1104

Tugasan 1 BMMB1104

TUGASAN 1
BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PELAJAR DAN
KELAS

ATHIRAH AZMANY BINTI AHMAD
BAHASA MELAYU D

ANGKA GILIRAN

2021232310083

NO MATRIKS

P21230037

NO KAD PENGENALAN

020919-08-0914

NAMA PENSYARAH

NOR ANITA BINTI MAT ISA

Kandungan

Puisi Tradisional Melayu

Definisi
Bentuk

Ciri
Jenis
Fungsi

Pantun

Bentuk dan Ciri
Jenis
Fungsi

Syair

Bentuk dan Ciri
Jenis
Fungsi

Gurindam

Bentuk dan Ciri
Jenis
Fungsi

Seloka

Bentuk dan Ciri
Jenis
Fungsi

Penutup

PUISI MELAYU

TRADISIONAL

Bentuk

PUISI PUISI
TERIKAT BEBAS

Pantun Seloka

Gurindam

DEFINISI

Puisi Melayu tradisional merupakan warisan
bahasa Melayu yang sangat unik serta pancaran
masyarakat Melayu lama (Saludin, M. R. , 2013).

Dalam puisi Melayu tradisional juga jelas
kelihatan tentang persatuan masyarakat,
kekuatan adat dan setiap penyair itu juga

mestilah membina sesuatu puisi itu
berdasarkan idea sendiri.

Jenis-jenis

Ciri-ciri Puisi Melayu Pantun Syair
Tradisional Gurindam Seloka

Mempunyai bentuk Bahasa yang mengandungi
tertentu, berkerat-kerat unsur kiasan yang bersifat
atau berurutan dalam baris tradisional untuk menyatakan

yang sejajar sesuatu perasaan

Ia menggunakan binaan yang Mempunyai nilai murni serta
terikat oleh aturan tertentu menimbulkan kesan kepada
atau menyatakan idea seperti pengalaman dan perasaan

dua baris serangkap pembaca

Untuk dijadikan sebagai
hiburan, ritual, keramaian,
keagamaan dan sebagainya

Pantun

Pantun adalah puisi tradisional masyarakat
Melayu yang telah wujud sejak zaman masyarakat
Melayu tidak tahu membaca dan menulis. Pantun
dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk

menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap
seseorang (Saludin, M. R. ,2013). Ia juga bertujuan
untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat.

Bentuk & Ciri-ciri
Pantun

Setiap baris Bentuk pantun yang
mempunyai empat popular ialah pantun dua
hingga lima patah kerat dan empat kerat
perkataan

Pantun enam kerat, Setiap baris mempunyai lapan
pantun lapan kerat serta
pantun dua belas kerat 2hingga dua belas suku kata
juga antara bentuk- serta setiap rangkap
bentuk pantun mempunyai kesatuan idea

Setiap rangkap yang lengkap
melengkapkan idea yang
Baris pertama dan kedua bagi
hendak disampaikan. pantun empat kerat ialah
pembayang manakala baris

2yang seterusnya ialah maksud

Mengandungi skema Pantun yang berkait
rima di tengah atau di memerlukan lebih daripada
hujung baris iaitu a-b-a-
b, a-a-a-a, a-b, b-a dan satu rangkap untuk
melengkapkan idea yang
lain-lain
hendak disampaikan

Jenis-Jenis Pantun

Pantun Nasihat

Pantun ini adalah untuk mengajar sesuatu atau memberi nasihat agar
melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan sesuatu yang buruk.

Pantun ini juga terdapat kata-kata yang mempunyai makna untuk
menegur seseorang itu agar dia menjadi lebih baik.

Pantun Jenaka

Pantun jenaka ini bertujuan untuk menghiburkan pendengar. Selain itu,
pantun ini juga seringkali dijadikan sebagai media untuk menyindir dalam

suasana yang penuh keakraban tetapi tidak menyinggung perasaan
mana-mana pihak.

Pantun Peribahasa

Pantu ini merupakan pantun yang mudah dikenali oleh pelbagai
peringkat umur. Hal ini kerana terdapat penggunaan peribahasa-

peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya ketika
penyampaian isinya.

Pantun Agama

Pantun ini bertujuan untuk memberikan pesanan moral serta mengandungi
kata-kata nasihat yang mempunyai makna yang mendalam untuk dijadikan
sebagai pedoman hidup. Pantun agama ini juga membincangkan tentang

manusia dengan pencipta-Nya.

Pantun Dagang

Pantun dagang atau dikenali juga sebagai pantun nasib ini merupakan kata-
kata yang menunjukkan tentang nasib seseorang itu. Sebagai contoh, pantun
ini dibacakan oleh orang yang berada di perantauan jika dia teringat akan

kampung halamannya.

Pantun Teka-teki

Dalam pantun ini, terdapat teka-teki yang perlu dijawab. Pantun ini adalah
salah satu alat untuk menggerakkan otak agar berfikir secara spontan dan

dapat membina kemahiran berfikir dengan tepat.

Pantun Adat

Pantun ini adalah pantun yang menggunakan gaya bahasa sendiri dan
terdapat unsur adat kebudayaan tanah air. Pantun ini juga lebih serius
membincangkan tentang persoalan adat yang berkaitan dengan norma-

norma adat ini.

FUNGSI PANTUN

Untuk meluahkan rasa kasih sayang
dan kerinduan kita terhadap orang
yang tersayang.
Menyampaikan mesej berunsur
keagamaan atau melakukan sindiran.
Sebagai contoh, masyarakat Melayu
melakukan teguran dengan menggunakan
bahasa kiasan agar mesej yang hendak
disampaikan terlihat indah dan lebih
berkesan
Untuk menzahirkan penghargaan
dan ucapan terima kasih terhadap
seseorang itu.

Pantun memainkan peranan yang
penting dalam masyarakat Melayu
seperti upacara meminang, majlis
berbalas pantun dan sebagainya.

Contoh-contoh Pantun

Contoh Jenis Manis jangan lekas ditelan,
Pantun Pahit jangan lekas dimuntahkan,
Nasihat Mati semut karena manisan,
Manis itu bahaya makanan.

Kemumu di dalam semak, Contoh Jenis
Jatuh melayang selaranya, Pantun
Agama
Walau ilmu tinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.

Contoh Jenis Kalau tuan bawa keladi,
Pantun Teka- Bawakan juga si pucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
teki Binatang apa tanduk di hidung.

Syair

Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan orang
Melayu yang dipengaruh oleh Arab dan Parsi. Kata syair
ini berasal daripada kata 'syi'r' dalam bahasa Arab yang
bermaksud puisi (Razak, Z. A., & Salleh, C. I. ,2015). Ia

juga merupakan sebuah syair yang berlagu

Bentuk & Ciri-ciri Syair

BENTUK SYAIR CIRI-CIRI SYAIR

Setiap rangkap syair Syair merupakan
mempunyai baris yang sebuah puisi yang
sama. Contohnya, satu terikat dan tidak
rangkap tersebut terdiri
daripada empat baris, maka mempunyai
semua rangkap dalam syair pembayang.
tersebut akan terdiri
daripada empat baris.

Setiap rangkap syair Terdapat lapan hingga dua
memerlukan beberapa belas suku kata dalam
sebaris dan rima akhir
rangkap syair yang
berurutan untuk bagi setiap rangkap ialah
memberikan idea yang a-a-a-a.

lengkap

Syair juga merupakan Terdapat empat hingga
satu pernyataan yang lima perkataan dalam

berlarutan untuk sesebuah baris itu.
mengemukakan
sesebuah cerita, kisah,
buah fikiran, nasihat

serta pujian.

JENIS-JENIS

SYAIR

SYAIR ROMANTIS

Syair romantis ditakrifkan sebagai syair
yang mengisahkan tentang percintaan.
Kebiasaanya syair ini hanya terdapat
pada cerita pelipur lara rakyat dan
SYAIR KIASAN
cerita rakyat.

SYAIR PANJI Syair kiasan adalah syair yang
menyampaikan sesuatu pesanan
berbentuk kiasan . Syair ini juga disebut
sebagai syair binatang dan bunga-
bungaan serta isinya juga ditulis sebagai
kiasan bagi sesuatu peristiwa.

Syair panji merupakan syair yang berkaitan
tentang apa yang berlaku dalam istana. Syair
ini juga menceritakan kisah-kisah yang dilalui
oleh individu-individu yang berada atau berasal
dari istana.

SYAIR SEJARAH

Syair sejarah ini berkaitan dengan syair yang
mencatat peristiwa-perIstiwa penting dalam
sejarah. Sebahagian besar konteks syair
sejarah ini adalah mengenai peperangan.

SYAIR AGAMA

nSyaasiihr aatgabmerauniasularkhasnyaaigratmenataunntguakjapkenanegaatsau
omleehnaggerajmakaa. nSypaeirrkianriajuygaanmg ewnagjiabnddiulankgsianakan
peringatan tentang perbuatan-perbuatan
dilarang dilakukan dalam sesebuah agama. yang

Fungsi Syair

Secara umumnya, syair berfungsi
dalam kegiatan kesenian dan
kebudayaan masyarakat. Ia
dijadikan sebagai hiburan.

Untuk dijadikan hiburan. Syair Alat untuk menyampaikan
sering dilagukan dalam majlis- pengajaran melalui cerita dan
lagu terutama dalam hal-hal
majlis tertentu seperti pesta,
upacara-upacara adat. yang menyentuh aspek
pengajaran agama islam

Dinyanyikan bagi mengiringi
tarian-tarian tertentu seperti

dalam dabus dan boria

Contoh-contoh Syair

Contoh Syair Kiasan

Tak ada daya pada diri yang biasa,
Merasa cinta pada sang bijaksana,

Cukuplah tahukan diri sahaja,
Yang tak layak bersanding dengannya.

Contoh Syair Romantis

Dengan bismillah permulaan tulisan,
Diambil kertas yang kalam diangkat,

Pena dan tinta menjadi serikat,
Menyampaikan sebuah hakikat dan

hasrat.

Contoh Syair Agama

Jangan lalaikan perintah-Nya,
Kerjakan yang disuruh-Nya,
Bertaubatlah kepada-Nya,

Dia pasti menerimanya.

GURINDAM

Gurindam dikategori dalam salah satu puisi Melayu lama.
Gurindam ini berasal dari perkataan Sanskrit “kirindam”
yang bermaksud perumpaan dan dibaca dengan lagu
tersendiri. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat
dan kebiasaannya mempunyai rima akhir yang sama.
Baris pertama dipanggil syarat (protatsis) dan baris kedua
dipanggil jawab (apodotis).

CIRI-CIRI DAN
BENTUK GURINDAM

Gurindam terdiri daripada dua bentuk
iaitu puisi bebas atau puisi terikat.

Rangkap dalam gurindam mengandungi dua
baris dalam serangkap atau beberapa baris
dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap
terdapat isi atau maksud dan perlu
mempunyai pertautan dengan baris-baris
dalam rangkap untuk membawa makna yang
lengkap.

Baris pertama (syarat) dalam gurindam merupakan
sebuah fikiran atau peristiwa manakala dalam baris
kedua (jawap) menyatakan sesuatu keterangan atau
menjelaskan perkara berkaitan dengan baris atau
ayat pertama. Setiap baris biasanya mengandungi
tiga atau empat, enam atau lebih perkataan.

Perkataan dalam gurindam tidak
mempunyai ketetapan yang perlu
dipatuhi. Jumlah perkataan dalam sesuatu
baris itu tidak tetap .

Suku kata dalam gurindam
mempunyai persamaan dengan
perkataan kerana jumlah
sukukata juga tidak tetap.

Rima bagi gurindam adalah berbentuk
a/a;a/b ataupun berbentuk serima yang
dikenali sebagai Monoryme.

Fungsi Gurindam

Pendidikan dan hiburan

Gurindam berfungsi sebagai puisi
yang digunakan dalam
menyampaikan pendidikan dan
sebagai salah satu bentuk hiburan.

Dokumentasi

Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi.
Dokumentasi gurindam ini berkaitan dengan
gambaran masyarakat untuk mengasah
kreativiti dan daya intelektual masyarakat
Melayu lama dalam menangani masalah yang
dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

Komunikasi
Gurindam juga dapat dijadikan media
komunikasi. Masyarakat menggunakan
gurindam untuk berkomunikasi dengan
ahli masyarakat yang lain, terutama
dalam majlis-majlis yang formal.

Jenis & Contoh
Gurindam

Gurindam serangkap dua baris

Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.

Gurindam serangkap empat baris

Tiada siapa yang besar ,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Gurindam bebas

Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

Seloka

Seloka merupakan salah satu puisi Melayu bebas yang
mempunyai bentuk tertentu dari beberapa aspek seperti
segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama

atau tidak.



Ciri dan bentuk seloka

Bentuk seloka

Bentuk seloka
terbahagi kepada puisi
bebas atau tidak
terikat.

Boleh digubah

Seloka boleh digubah
dalam beberapa bentuk
seperti pantun, syair
atau perumpamaan.

Pembayang

Puisi berbentuk seloka
tidak mempunyai
pembayang.

Rangkap

Bilangan baris dalam
serangkap tidak
mempunyai penetapan.

Perkataan, baris dan
rima

Jumlah perkataan dan baris dalam serangkap
tidak tetap. Rima akhir seloka juga tidak tetap.

Fungsi Seloka

Seloka berfungsi untuk menggambarkan
masyarakat yang melahirkannya iaitu
masyarakat yang amat mementingkan
penerapan sifat keharmonian dan
ketatasusilaan.


Seloka amat bersesuaian dengan sifat halus orang
Melayu, fungsi puisi seloka digunakan oleh masyarkat
melayu untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif
anggota masyarakat dengan halus tanpa
menyinggung perasaan individu sasaran.Seloka juga
digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak
seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu
kelakuan manusia dan sebagainya

Jenis Sel

oka

1

Seloka Gurau Senda

Seloka Pengajaran 2

3

Seloka Khayal

Seloka Nasihat 4

5

Seloka Sindiran

6

Seloka Mengejek

Contoh Seloka

Seloka anak dan
ibu

Wahai anak,
Sembilan bulan kau dikandung,
Dikandung pula ke sana ke mari,
Tanpa mengenal erti jemu,
Cukup masa kau dilahirkan,
Diberi nama yang cukup indah,
Semasa kecil dijaga dengan baik,
Tanpa sebarang rungutan,
Diberi pula pelbagai didikan ilmu,
Walaupun tiada ayah membantu;
Namun malang tidak berbau,
Apabila besar kau menderhakai ibu,
Kau pergi membawa diri,
Bersama isteri kau sayangi,
Kau pergi tanpa sebarang khabar,
meninggalkan ibu tunggalmu,
Hidup sebatang kara.

Seloka Pak Kadok

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

PENUTUP

Akhir kata, puisi tradisional Melayu telah
membentuk cara masyarakat Melayu
berkomunikasi. Puisi tradisional telah
terpahat dalam jiwa masyarakat melayu
dan menjadi salah sebuah kesenian
kebanggaan bangsa Melayu. Ia menjadi
media untuk menyampaikan pesanan,
nasihat, adat, ajaran dan sebagainya. Puisi
terdiri daripada pelbagai jenis seperti
pantun, syair, gurindam dan seloka.
Kesenian bahasa puisi ini perlulah
disanjung dan dijaga kesuciannya agar
tidak ditelan oleh zaman moden. Generasi-
generasi muda dan yang akan datang
perlulah menjadi perintis untuk
memelihara puisi tradisional Melayu.

Rujukan

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu
Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8,
1-13.

Razak, Z. A., & Salleh, C. I. (2015).
Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab
dalam puisi Melayu tradisional. Jurnal
Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu
(Iman), 3(2), 121-129.


Click to View FlipBook Version