The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cyot82, 2022-07-13 01:25:23

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 16(21.10.2021)

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 16(21.10.2021)

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Ucapan Guru Besar
3. Ucapan Perasmian Yang Berhormat Adun N40 Kabong
4. Pengesahan Minit Mesyuarat
5. Perkara-perkara Berbangkit
6. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG
7. Pembentangan Laporan Kewangan
8. Pembentangan dan Perbahasan Usul
9. Hal-hal Lain

(Rujuk Lampiran)


AGENDA 1

1.1 UCAPAN ALUAN PENGERUSI : ENCIK JOHAN BIN HJ. RAHMAN

YANG DIPERTUA PIBG (UCAPAN SEMASA PERASMIAN)

1.1.1 Yang Dipertua (YDP) PIBG mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran
Yang Berhormat Encik Mohamad Chee bin Kadir, ADUN N40 Kabong, semua exco
PIBG, para guru dan ibu bapa ke Mesyuarat PIBG Kali ke 16 ini.

1.1.2 Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program PIBG SKAL

1.1.3 YDP memaklumkan mesyuarat kali ini hanyalah pembentangan tahunan PIBG
manakala Mesyuarat Pemilihan hanya akan diadakan pada Mac 2021.

1.1.4 YDP menzahirkan rasa kecewa atas kelewatan pembangunan sekolah baharu SK.
1.1.5 Abang Leman Kabong.
Selain itu, YDP juga bimbang kelewatan serta permasalahan dalam pembangunan ini
1.1.6 menyebabkan rancangan pembinaan Dewan Sekolah SK. Abang Leman yang
1.1.7 diperuntukkan oleh Ketua Menteri sempena Sambutan 100 tahun juga turut terjejas.
Beliau memaklumkan bahawa Yang Berhormat akan berbincang dengan pihak
kontraktor untuk menyelesaikan perkara ini.
Beliau berharap Yang Berhormat, pihak sekolah serta PIBG sentiasa berganding bahu
demi kemajuan dan pembangunan SK Abang Leman Kabong.

Tindakan : Makluman

1.2 UCAPAN ALUAN EX-OFFICER : TUAN HJ. GHAZALI BIN MAT DAUD
GURU BESAR SK. ABANG LEMAN KABONG (UCAPAN SEMASA PERASMIAN)

1.2.1 Guru besar mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Yang
Berhormat Encik Mohd Chee bin Kadir dan isteri, Yang Dipertua PIBG, Ketua-ketua
1.2.2 Kampung, guru-guru, para exco PIBG serta ibu bapa ke Mesyuarat PIBG kali ke 16 ini.
Guru besar menghulurkan salam ukhwah kepada semua yang hadir sambil
1.2.3 menceritakan sedikit latar belakang perkhidmatan beliau dari Guru Besar SK. Abang
1.2.4 Moh Sessang berpindah ke SK Abang Leman Kabong.
1.2.5 Beliau mengharapkan kehadirannya di SK Abang Leman diterima seadanya dan tidak
meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap beliau.
1.2.6 Guru besar juga memaklumkan bahawa Pandemik Covid 19 yang akan beralih kepada
1.2.7 Endemik merupakan cabaran utama kepada semua pihak.
Beliau turut memaklumkan bahawa semua guru, kakitangan dan pekerja swasta di SK.
Abang Leman telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan ini membolehkan pihak
sekolah bergerak dalam melaksanakan tugasan yang ada.
Menurut guru besar, mesyuarat dalam norma baharu (secara hybrid) bukanlah suatu
yang diimpikan namun bukanlah penghalang untuk menjayakan sesuatu program.
Beliau memaklumkan juga bahawa hampir kesemua murid Tahun Enam juga telah
menerima suntikan vaksin.


1.2.8 Guru besar memberitahu perkara-perkara terkini yang berlaku di SK Abang Leman
seperti :
i. Pemergian Arwah Cikgu Roslan bin Narawi (PK HEM SKAL)

Allahyarham Cikgu Roslan telah meninggal dunia pada 16 Oktober 2021
bersamaan hari Sabtu. Pemergian Allahyarham amat dirasai oleh semua pihak
memandangkan arwah seorang guru yang komited dalam menjalankan tugas-
tugas malah amat perihatin terhadap kebajikan murid-murid di sekolah.

ii. Kemalangan yang berlaku kepada kakitangan sekolah iaitu Encik Bahar bin
Reff
Guru besar memberitahu kemalangan berlaku akibat kecuaian segelintir
masyarakat yang bermain layang-layang di tempat yang tidak sepatutnya.
Guru besar memaklumkan terdapat enam jahitan di dagu serta luka-luka di
badan Encik Bahar sepatutnya diambil perhatian dan tindakan tegas daripada
semua pihak agar kemalangan ini tidak berulang kembali. Beliau mengagumi
masyarakat yang masih mengekalkan permainan tradisional ini tetapi
hendaklah dimainkan di tempat yang sesuai.

iii. Status Pembangunan Gantian Penuh SK Abang Leman Kabong
Guru besar memaklumkan pembinaan sekarang masih dalam Fasa 1 dan Fasa
ke2 akan bermula tidak lama lagi. Untuk Fasa 2, pihak konsultan akan
membina kelas sementara dan selepas itu, barulah bangunan asrama serta
bangunan sekitarnya akan diroboh. Oleh yang demikian , laluan akan sesak
kerana banyak kawasan terpaksa ditutup untuk tujuan pembinaan. Ini
menimbulkan masalah sekiranya sekolah beroperasi nanti. Kesimpulannya,
guru besar berharap sokongan serta kerjasama semua pihak dalam
merealiasikan pembinaan sekolah baharu ini berjalan dengan lancar.

iv Pembukaan Sekolah

Guru besar memaklumkan bahawa Sarawak kini berada pada Fasa ke 3 dan
sekolah hanya dibuka kepada murid Pra Sekolah dan PPKI sahaja. Pembukaan
sekolah rendah di Sarawak hanya akan dibuka sekiranya Sarawak berada pada
Fasa 4. Pada fasa tersebut, murid-murid akan bersekolah secara bergilir-gilir.

v. Pesanan Cikgu Fatimah (Penolong Kanan Pentadbiran)

Guru besar menyampaikan pesanan serta salam kemaafan daripada Puan
Fatimah kerana tidak dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Puan Fatimah juga
mengucapkan terima kasih atas sokongan Yang Berhormat serta isteri kepada
sekolah dan PIBG selama ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga
atas kerjasama pihak exco PIBG, guru-guru serta warga SKAL dan ibu bapa
selama ini.


vi. Isu PdPR

Guru besar memberi respon terhadap persoalan YDP pada ucapan aluannya
tentang masalah yang dihadapi semasa PdPR. Beliau menyatakan semua
sekolah menghadapi masalah yang sama dan situasi ini memerlukan
komitmen dan pengorbanan semua pihak . Kesimpulannya, kejayaan murid-
murid bergantung kepada adanya jalinan kerjasama di antara ibu bapa, guru-
guru, komuniti dan ahli politik. Sesungguhnya setiap individu memikul
tanggungjawab dan amanah dalam menentukan kejayaan anak-anak bukan
sahaja dalam bidang pendidikan malahan mulia dari segi akhlaknya.

Tindakan : Makluman

1.3 UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG BERHORMAT ENCIK MOHD CHEE BIN KADIR

(ADUN N40 KABONG)

1.3.1 Yang Berhormat mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua hadirin
yang hadir pada mesyuarat hari ini.

1.3.2 Beliau juga mengalu-alukan pelantikan guru besar baru, Tuan Haji Ghazali bin
Mat Daud di SK. Abang Leman bagi menggantikan Cikgu Mokhtar yang telah
bersara.

1.3.3 Yang Berhormat juga menyatakan bahawa masyarakat Kabong sememangnya
menantikan kehadiran guru besar yang sememangnya terkenal dengan
reputasi yang hebat dan cemerlang.

1.3.4 Beliau berharap agar Sekolah Kebangsaan Abang Leman juga akan cemerlang
di bawah pimpinan Tuan Haji Ghazali seperti mana sekolah-sekolah yang
pernah dipimpinnya sebelum ini.

1.3.5 Yang Berhormat mengucapkan terima kasih kepada YDP yang sentiasa
berusaha untuk memajukan PIBG SKAL sekaligus menyatakan perbincangan
YDP bersama beliau semasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah
dipertimbangkan.

1.3.6 Beliau juga menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pihak
sekolah serta PIBG yang berjaya mengadakan beberapa aktiviti dengan
jayanya walaupun negara sedang berhadapan dengan COVID 19.

1.3.7 Beliau memaklumkan bahawa kita akan hidup bersama Covid (endemic) dan
menasihati masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

1.3.8 Yang Berhormat juga memaklumkan tentang status dewan baharu yang
hendak dibina adalah inisiatif dari beberapa pihak seperti pihak sekolah, PIBG,
Alumni SKAL dan beliau sendiri.

1.3.8 Untuk makluman, kehadiran Ketua Menteri pada Majlis Sambutan 100 tahun
SKAL pada tahun 2019 telah memperuntukkan RM1.9 juta untuk pembinaan
dewan tersebut.


1.3.9 Yang Berhormat kesal akan kelewatan pembinaan sekolah baharu sehingga
menyebabkan pembinaan dewan sekolah juga tertangguh. Walaupun begitu,
beliau memuji dan mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG yang
menyalurkan sumbangan tersebut dalam akaun PIBG dan memperoleh
dividen sekaligus menambah dana PIBG sekolah.

1.3.10 Beliau bersama pihak PIBG, Alumni SKAL akan berusaha dan berbincang
dengan pihak konsultan agar sekolah dan dewan dapat disiapkan pada masa
yang telah ditetapkan.

1.3.11 Sebelum merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 16, Yang Berhormat
sukacita memaklumkan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada PIBG SK,
Abang Leman Kabong.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 15/2020

Pencadang : Puan Shamsiah binti Abdullah

Penyokong : Puan Warningsih binti Yasimin

Tindakan : Makluman

3 : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 7.12 (Sarapan Pagi dan RMT)
3.1.1 Guru besar memaklumkan bahawa sarapan pagi merupakan program rintis di bawah
perancangan Kementerian Pendidikan terdahulu (Yang Berhormat Dr. Mazlee Malek).
3.1.2 Perubahan dalam pentadbiran kerajaan menyebabkan Program Sarapan Pagi tidak
lagi dijalankan namun RMT masih dikekalkan dan dilaksanakan pada waktu rehat
seperti sebelumnya.
Tindakan : Makluman

AGENDA 4 : PELAPORAN AKTIVITI DARIPADA SETIAUSAHA PIBG

4.1 Laporan dibentangkan oleh Puan Hasnah binti Lee.

4.2 Pelaporan aktiviti adalah dari Mac 2020 hingga September 2021.

(Rujuk Lampiran)

4.3 Semua aktiviti dan perancangan pada tahun 2020 dapat dilaksanakan dengan jayanya
serta mendapat kerjasama daripada ibu bapa.

4.4 Pada tahun 2021 pula, hanya empat daripada 10 perancangan aktiviti sahaja yang
dapat dilaksanakan.


4.5 Walaupun begitu, setiausaha memaklumkan bahawa aktiviti Majlis Khatamal Quran
dan Anugerah Pelajar Cemerlang yang dirancang pada November 2021 akan
dibincangkan semula oleh pihak sekolah jika keadaan mengizinkan nanti.

4.6 Laporan Setiausaha telah dibentang dan diterima oleh ahli mesyuarat :

Pencadang : Puan Norasmah binti Ross

Penyokong : Cik Rafidawati binti Wahab

Tindakan : Makluman

AGENDA 5 : PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN OLEH BENDAHARI
5.1 Laporan dibentangkan oleh Timbalan Bendahari PIBG, Ustaz Muhammed Aiman bin
Bujang.
5.2 (Rujuk Lampiran)
Timbalan Bendahari juga memaklumkan bahawa;
5.2.1 Baki tunai di bank adalah sebanyak RM15535.60.
5.2.2 Baki tunai di tangan adalah sebanyak RM3337.00
5.2.3 Laporan Kewangan telah dibentang dan diterima oleh ahli mesyuarat.

Dicadang : Puan Hani binti Mohd. Salim
Disokong : Tuan Haji Sani bin Mohamad

Tindakan : Makluman

AGENDA 6 : PEMBENTANGAN DAN RUMUSAN USUL DARIPADA AHLI PIBG

6.1 Mohon pihak sekolah sediakan satu bekas air di setiap kelas untuk kemudahan
murid mencuci tangan.

Jawapan : Guru besar memaklumkan bekas air untuk kemudahan murid-murid
mencuci tangan di setiap kelas telah diambil tindakan oleh pihak sekolah.

Sebanyak 20 buah bekas air telah dibeli sebagai tambahan kepada 8 buah bekas air
sedia ada di sekolah.

Bekas-bekas air ini akan diletakkan di setiap kelas sebaik sahaja pengoperasian
sekolah bermula.

Tindakan : Makluman/Ibu bapa


6.2 Mohon diusahakan pemberian RMT kepada semua murid (murid yang tidak layak
diminta bayaran daripada ibu bapa mereka)

Jawapan : Guru besar memaklumkan bahawa bantuan RMT hanya untuk murid yang
layak seperti arahan KPM sahaja. Bagi murid yang tidak layak RMT , jika pihak ibu
bapa atau penjaga berhasrat untuk mendapatkan khidmat makanan tersebut,
terserah kepada persetujuan antara ibu bapa / penjaga untuk membuat perjanjian
(berkaitan syarat dan bayaran) dengan pihak pembekal.

Tindakan : Ibu bapa

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1 Cadangan Melalui Saluran Facebook

7.1.1 Encik Mohamad Arbi Rosli mencadangkan agar ada guru di dalam kelas semasa
murid rehat untuk menjaga SOP murid.

Jawapan : Guru besar memaklumkan bahawa guru-guru yang mengajar masa
terakhir sebelum rehat akan mengawasi murid rehat di dalam kelas. Ini sememangnya
telah dilaksanakan oleh pihak sekolah sejak pembukaan sekolah tahun 2021 ini.

7.1.2 Encik Mohamad Arbi Rosli sekali lagi mencadangkan agar ada guru berada dekat
jalan sebelum ke gate untuk memastikan murid tidak berkumpul dengan kawan-
kawan semasa balik dari sekolah.

Jawapan : Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membuat jadual
bertugas mengawasi murid-murid datang dan balik di pintu masuk sekolah pada
setiap hari. Selain itu, pihak sekolah telah membuat jadual penggiliran masa
balik/penyuraian. Dengan kata lain, murid balik secara berperingkat-peringkat
mengikut jadual tersebut.

7.1.3 Puan Veatrice Lent mencadangkan agar murid yang tidak menerima RMT disediakan
tempat makan khas agar murid tidak berkeliaran.

Jawapan : Guru besar berterima kasih atas cadangan tersebut dan jika ada SOP boleh
makan di luar, maka pihak sekolah akan ambil perhatian. Walaupun begitu, beliau
menyatakan agar sukar dilaksanakan memandangkan tempat yang terhad dan sesak
atas sebab pembinaan sekolah baharu. Guru besar juga menjelaskan pihak sekolah
akan memohon kepada pihak polis untuk meletakkan kereta guru-guru di kawasan
tempat letak kereta balai polis demi mengelakkan kesesakan di kawasan sekolah.

7.1.3 Saranan agar pihak kantin menyediakan makanan berkhasiat

Jawapan : Guru besar akan memaklumkan kepada pengusaha kantin berkenaan
cadangan tersebut. Beliau mencadangkan agar ibu bapa membekalkan makanan dari
rumah kepada anak-anak. Selain daripada makanan berkhasiat, anak-anak juga tidak
perlu membazir masa berbaris dan keluar membeli makanan.


7.1.4 Rumusan Guru Besar

i. Guru Besar menasihati ibu bapa serta hadirin yang hadir agar tidak
menyebarkan berita yang belum sahih lebih-lebih lagi melalui media sosial.
Ini kerana sebaran ini boleh menjejaskan reputasi pihak sekolah, guru dan ibu
bapa.

ii. Beliau turut meminta agar semua kita menanamkan sifat berlapang dada,
bermaaf-maafan agar hidup kita sentiasa aman dan harmoni.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguh pada jam 12:16 tengah hari.

Disediakan oleh; Disemak dan disahkan oleh ,
.................................. ……………………………………
(HASNAH BINTI LEE) (JOHAN BIN HAJI RAHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK. Abang Leman, Kabong SK. Abang Leman, Kabong

.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
bach khoa cuoc song
Next Book
1. 5 NRP algorithm NUSSB 2022