LANGKAH MENJAWAB SOALAN
GRAF BAR PIRAMID/BERPASANGAN KOMPONEN
Langkah 1: Mengenalpasti kata kunci graf bar piramid komponen dalam soalan
1.1 Kata kunci/’hint’ graf bar piramid komponen adalah seperti di bawah :
a) terdapat 4 pembolehubah dalam soalan
b) Mesti ada pembolehubah yang berpasangan
c) Dalam soalan ada perkataan jumlah/nilai keseluruhan/komposisi/nilai
tambah/amaun/komponen
Jenis Graf Kata Kunci Contoh soalan
menunjukkan Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di
jumlah/amaun bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penumpang penerbangan dalam negeri dan
antarabangsa yang berlepas dari lapangan terbang di
Sabah dan Sarawak pada tahun 2005,2006 dan 2007.
Bar menunjukkan Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan
Piramid di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
Komponen bilangan menunjukkan bilangan keseluruhan pengguna air
keseluruhan/ mengikut negeri pada tahun 1990,1993 dan 1995
nilai tambah antara bandar dengan luar bandar di Malaysia.
Menunjukkan Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di
komposisi bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
komposisi guna tenaga mengikut pekerjaan dan
kumpulan etnik pada tahun 1990 dan tahun 1995
Menunjukkan Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di
komponen bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
komponen guna tenaga mengikut pekerjaan dan
kumpulan etnik pada tahun 1990 dan tahun 1995
Langkah 2: Kenalpasti pembolehubah dalam soalan dan tentukan pemboleh ubah
Contoh soalan :1 (pembolehubah 2) (pembolehubah 1)
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang
sesuai untuk menunjukkan jumlah penumpang penerbangan dalam negeri dan antarabangsa
yang berlepas dari lapangan terbang di Sabah dan di Sarawak pada tahun 2005,2006 dan 2007
(pembolehubah 4) (pembolehubah 3)
Contoh soalan 2 (pembolehubah 1) (pembolehubah 2)
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan perbandingan antara rekod daftar pemilih masuk dengan pemilih keluar
di negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 27 Disember 2001 hingga
24 Februari 2003 (pembolehubah 4)
(pembolehubah 3)
Contoh soalan 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan bilangan keseluruhan pengguna air mengikut negeri pada tahun
1990,1993 dan 1995 antara bandar dengan luar bandar di Malaysia
Langkah 3 :Bina jadual berpandukan pembolehubah
3.1. Panduan rangka jadual.
(a) Pastikan jadual ada 5 atau 7 lajur(columm) dan jumlah baris bergantung kepada
soalan(6 atau 7 baris).Pastikan baris terakhir adalah untuk jumlah.
(b) Pastikan baris yang pertama ditulis label dan unit – jumlah penumpang penerbangan
(orang)
(c) Pastikan baris yang kedua ditulis pembolehubah berpasangan (penerbangan dalam
negeri(pembolehubah 1) dan penerbangan antarabangsa(pembolehubah 2)
(d) Pastikan baris yang ketiga ditulis pembolehubah berdasarkan soalan. Ct. (tahun
2005,2006 dan tahun 2007) (pembolehubah 4)
(e) Pastikan lajur(columm) yang pertama ditulis pembolehubah yang akan digunakan
sebagai petunjuk.(Sabah dan Sarawak) (pembolehubah 3)
(f) Lajur (columm) ke-2,3,4,5 dan baris ke-4,5,6 dan 7 ditulis (dimasukkan)data-data
yang berkaitan.
3.2. Contoh jadual Pemboleh ubah berdasarkan soalan Label 1
(pemboleh ubah 4) dan
Label 2 Unit
Pemboleh ubah berpasangan
Label 3 (pemboleh ubah 1 dan 2)
Pemboleh Data
ubah dalam
petikan
petunjuk
(pemboleh
ubah 3)
Sumber (salin sepenuhnya dari petikan )
3.2. Perkara-perkara penting yang perlu ada dalam jadual:
(a) Tajuk(Tempat,Perkara,Tempoh)- mesti ditulis ditengah-tengah jadual
(b) Data(lengkap dengan unit)- dapatkan daripada petikan
(c) Sumber(perlu salin seperti dalam petikan)
* Unit dan label mesti/wajib ditulis dengan selengkapnya
* Data mesti ada 2 titik perpuluhan
* Penulisan tajuk mesti/wajib ikut soalan
* Jika ada perkataan anggaran/ramalan/jangkaan/unjuran pada soalan atau
petikan, calon perlu menulis pada tajuk dan maklumat tahun
(d) Teknik Penulisan Tajuk dalam Jadual PERKARA/ISU
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan
graf yang sesuai untuk menunjukkan (jumlah penumpang penerbangan
TEMPAT/NEGARA MASA/TEMPOH
dalam negeri dan antarabangsa yang berlepas dari lapangan terbang di
Sabah dan di Sarawak) (pada tahun 2005,2006 dan tahun 2007
Contoh penulisan tajuk dgn teknik yang betul
SABAH DAN SARAWAK: JUMLAH PENUMPANG PENERBANGAN DALAM NEGERI
DAN ANTARABANGSA YANG BERLEPAS DARI LAPANGAN TERBANG PADA TAHUN
2005,2006 DAN TAHUN 2007
Langkah 4 : Baca petikan dengan teliti untuk pindahkan data ke dalam jadual
Langkah 5: Tentukan skala yang sesuai.
4.1: Kaedah pengiraan skala : Jumlah terbesar dalam data/jadual
-------------------------------------------------
6
Contoh : 5 743 997
--------------- = 957 332
6
1 cm = 957 332 (skala ini kurang sesuai) maka,
sesuikan kepada 1 cm = 1000 000
Langkah 6 : Teknik memplot bar dengan menggunakan skala
* Pastikan semua data dalam jadual dibahagikan dengan skala yang digunakan
Skala : 1 cm = 1000 000 orang
Contoh : 311 196
----------- = 0.31 cm ( ukuran panjang bar )
1000 000
Langkah 7 : Teknik Membina Graf Bar Piramid/Berpasangan Komponen
TAJUK 2 CM
LABEL
LABEL LABEL
12 CM/60 petak kecil
7 CM
LABEL(UNIT LABEL(UNIT)
PETUNJUK SUMBER
Langkah 8: Tentukan jarak antara bar dan lebar bar
8.1. Pastikan bilangan jarak antara bar (bilangan tahun atau bilangan maklumat di paksi
menegak + 1 )
Contoh: ada 4 jarak antara bar ( 3 tahun + 1 )
8.2. Pastikan bilangan bar – bar komponen (bilangan bar bergantungkepada
bilangan tahun atau bilangan maklumat di paksi
menegak).
Contoh : ada 3 bar ( ada 3 tahun atau 3 maklumat di paksi
menegak)
8.3. Pastikan jumlah petak kecil dipaksi menegak 60 petak kecil yang akan digunakan
untuk jarak dan bar.
NILAI TIDAK TETAP
8.4. Andaikan 6 petak kecil digunakan untuk 1 jarak antara bar. Jika ada 4 jarak antara bar
maka sebanyak 24 petak kecil akan digunakan ( 6 x 4 )
[Jumlah petak kecil yang digunakan(6) x Bilangan jarak antara bar(4)]
8.5. Daripada 60 petak kecil, sebanyak 24 petak kecil digunakan untuk 4 jarak antara bar
dan lebihan sebanyak 36 petak kecil akan digunakan untuk 3 bar.
8.6. 36 petak kecil digunakan untuk 3 bar, maka untuk 1 bar sebanyak 12 petak kecil akan
digunakan.( 36 petak kecil bahagi 3 bar = 12 petak kecil )
8.7. 6 petak kecil digunakan untuk1 jarak antara bar manakala
12 petak kecil digunakan untuk1 bar
* Peringatan penting : pastikan jumlah petak kecil untuk 1 jarak antara bar
kurang daripada jumlah petak kecil untuk 1 bar atau
jumlah petak kecil untuk 1 bar lebih banyak
daripada jumlah petak kecil untuk 1 jarak.
Pemboleh ubah Berpasangan
CONTOH: SOALAN 1 Pemboleh ubah 2
Pemboleh ubah 1
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah penumpang penerbangan dalam negeri dan antarabangsa yang berlepas dari lapangan terbang di Sabah
dan Sarawak pada tahun 2005,2006 dan 2007.
5 222 384 + 399 805 (pembolehubah 3) (pembolehubah 4) 4 244 518 + 1 210 652 5 743 997 - 1 499 479
=5 622 189 = 5 455 170 = 4 244 518
Perkembangan sistem pengangkutan udara di Sabah dan di Sarawak selari dengan perkembangan ekonomi
dan sosial di kedua-dua negeri tersebut. Kemampuan penduduk menggunakan pengangkutan ini bertambah sama
ada bagi penerbangan dalam negeri maupun penerbangan antarabangsa. Pada tahun 2005, jumlah penumpang
penerbangan dalam negeri di Sabah dan Sarawak sebanyak 5 222 384 orang dan meningkat sebanyak 399
805 orang pada tahun 2006. Jumlah penumpang penerbangan dalam negeri yang menggunakan lapangan
terbang di kedua-dua negeri ini terus meningkat kepada 5 627 555 orang pada tahun 2007. Pada tahun 2005,
jumlah penumpang penerbangan antarabangsa paling ramai menggunakan lapangan terbang di kedua-dua negeri
ini, iaitu melibatkan 5 743 997 orang penumpang dan merosot sebanyak 1 499 479 orang pada tahun berikutnya
dan meningkat semula sebanyak 1 210 652 orang pada tahun 2007.
Pada tahun 2005, jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di Sabah ialah 2 311 196 orang
penumpang penerbangan dalam negeri manakala 2 612 941 orang penumpang penerbangan antarabangsa. Di
2 581 202 +459 785
= 3 040 987
Sarawak, jumlah penumpang penerbangan dalam negeri jauh lebih rendah daripada di Sabah pada tahun yang
sama, iaitu terdapat sebanyak 3 131 056 orang penumpang untuk penerbangan antarabangsa dan 2 911 188 orang
penumpang untuk penerbangan dalam negeri.
Pada tahun 2006, jumlah penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang di Sabah masih lagi mengatasi
Sarawak untuk penerbangan antarabangsa. Jumlah penumpang penerbangan dalam negeri di Sabah ialah
sebanyak 2 581 202 orang iaitu kurang 459 785 orang daripada jumlah penumpang bagi penerbangan dalam
negeri di Sarawak dalam tahun yang sama. Jumlah penumpang penerbangan antarabangsa di Sabah dan
Sarawak pada tahun ini ialah sebanyak 2 359 938 orang dan 1 884 580 orang.
Pada tahun 2007, jumlah penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang di Sabah bagi kedua-dua jenis
penerbangan menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Jumlah penumpang untuk penerbangan
dalam negeri ialah sebanyak 2 708 302 orang iaitu kurang sebanyak 210 951 orang daripada jumlah penumpang
penerbangan dalam negeri di Sarawak bagi tempoh yang sama. Bagi penumpang penerbangan antarabangsa,
jumlah penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang di kedua-dua negeri meningkat dari tahun
sebelumnya. Di Sabah, pertambahan ialah sebanyak 760 236 orang dan di Sarawak pula meningkat sebanyak
450 416 orang dari tahun sebelumnya.
Jumlah penumpang ini tidak termasuk mereka yang transit di lapangan terbang tersebut. Peningkatan ekonomi
dan taraf hidup penduduk menjadikan mereka mampu menggunakan pengangkutan udara untuk ke destinasi
dalam dan luar negara.
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia
2008. Putrajaya:Jabatan Perangkaan Malaysia,Mac 2009)
1. Jadual dari petikan (Graf Bar Piramid Komponen)
TEMPAT/NEGARA PERKARA/ISU
SABAH DAN SARAWAK: JUMLAH PENUMPANG PENERBANGAN DALAM NEGERI
DAN ANTARABANGSA YANG BERLEPAS DARI LAPANGAN TERBANG PADA TAHUN
2005,2006 DAN TAHUN 2007 MASA/TEMPOH
Label Pemboleh ubah berdasarkan Pemboleh ubah berdasarkan soalan Label
soalan (pemboleh ubah 4) (PEMBOLEH UBAH 4) dipaksi
Label di paksi menegak mendatar
Pemboleh ubah berpasangan dan Unit
Label Pemboleh ubah petunjuk (PEMBOLEH UBAH 1 DAN 2)
Tahun Jumlah Penumpang Penerbangan yang berlepas
dari Lapangan Terbang(orang)
Pemboleh
ubah petunjuk
(PEMBOLEH
UBAH 3)
Penumpang Penerbangan Penumpang Penerbangan
Dalam Negeri Antarabangsa
Negeri
2005 2006 2007 2005 2006 2007
Sabah 2 311 196 2 581 202 2 708 302 2 612 941 2 359 938 3 120 174
Sarawak
(2.31 cm) (2.58 cm) (2.70 cm) (2.61 cm) (2.35 cm) (3.12 cm)
Jumlah
2 911 188 3 040 987 2 919 253 3 131 056 1 884 580 2 334 996
(2.91 cm) (3.04 cm) (2.91 cm) (3.13 cm) (1.88 cm) (2.33 cm)
5 222 384 5 622 189 5 627 555 5 743 997 4 244 518 5 455 170
(5.22cm) (5.62 cm) (5.62 cm) (5.74 cm) (4.24 cm) (5.45 cm)
(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan
Malaysia 2008, Putrajaya: Jabatan Perangkaan
Malaysia, Mac 2009)
2: Tentukan skala yang sesuai.
Kaedah pengiraan skala : Jumlah terbesar dalam data/jadual
------------------------------------------
6
Contoh : 5 743 997
--------------- = 957 332
6
1 cm = 957 332 orang (skala ini kurang sesuai) maka, sesuikan kepada 1 cm = 1000 000 orang
3: Hitung ukuran panjang bar dengan menggunakan skala.
Contoh : 5 222 384/1000 000 = 5.22 cm
4: Tentukan jarak antara bar dan lebar bar
4.1. Pastikan bilangan jarak antara bar (bilangan tahun atau bilangan maklumat di paksi
menegak + 1 )
Contoh: ada 4 jarak antara bar ( 3 tahun + 1 )
4.2. Pastikan bilangan bar – bar komponen (bilangan bar bergantungkepada bilangan
tahun atau bilangan maklumat di paksi menegak)
Contoh : ada 3 bar ( ada 3 tahun atau 3 maklumat di paksi menegak)
4.3. Pastikan jumlah petak kecil dipaksi menegak 60 petak kecil yang akan digunakan
untuk jarak dan bar.
NILAI TIDAK TETAP
4.4. Andaikan 6 petak kecil digunakan untuk 1 jarak antara bar. Jika ada 4 jarak antara bar
maka sebanyak 24 petak kecil akan digunakan ( 6 x 4 )
[Jumlah petak kecil yang digunakan(6) x Bilangan jarak antara bar(4)]
4.5. Daripada 60 petak kecil, sebanyak 24 petak kecil digunakan untuk 4 jarak antara bar
dan lebihan sebanyak 36 petak kecil akan digunakan untuk 3 bar.
4.6. 36 petak kecil digunakan untuk 3 bar, maka untuk 1 bar sebanyak 12 petak kecil akan
digunakan.( 36 petak kecil bahagi 3 bar = 12 petak kecil )
4.7. 6 petak kecil digunakan untuk1 jarak antara bar manakala
12 petak kecil digunakan untuk1 bar
* Peringatan penting : pastikan jumlah petak kecil untuk 1 jarak antara bar
kurang daripada jumlah petak kecil untuk 1 bar atau
jumlah petak kecil untuk 1 bar lebih banyak
daripada jumlah petak kecil untuk 1 jarak.
5. Lukis Graf Bar Piramid Komponen