The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyafiqah0240, 2022-05-16 00:50:35

SI ARNAB YANG PENYABAR

SI ARNAB YANG PENYABAR

Pada suatu hari,si arnab berjalan-jalan di hutan untuk mendapatkan
makanan.Si arnab berusaha mencari makanan kerana kawasan
kediamannya telah berkurang.Si arnab juga mahu menolong rakannya,si
kura-kura yang sedang sakit untuk mencari makanan.Si arnab terpaksa
mencari makanan di luar kawasan dan ia amat jauh.”Hah…mana aku nak
cari ni?”keluh si arnab.

Ketika itu,cuaca amat panas dan ini membuatkan si arnab kehausan.Terus
si arnab berusaha mencari sungai terdekat.Setelah mengelilingi kawasan
hutan,akhirnya si arnab menjumpai aliran sungai.Lalu,si arnab minum
sepuas-sepuasnya.Air sungai yang dingin itu telah menghilangkan rasa
dahaganya.

Tiba-tiba,dia terdengar suara daripada semak.Si arnab pun melihat si
monyet yang berehat bersama pisang yang banyak dan berkata “Wah
banyaknya pisang yang kau dapat,monyet!”.Si monyet pula berkata “ini hasil
usaha aku sendiri tau?.”Bolehkah kalau aku minta sikit?”kata si arnab
dengan mata yang bersinar.”Maaf,aku tak boleh berikan kepada kau kerana
ini untuk keluargaku juga”.Si arnab faham apa yang dikatakan si
monyet.”oh…kalau begitu,tidak apa.Aku akan cari di tempat lain.”Si monyet

hanya mampu mengangguk dan melihat si arnab pergi.Si arnab pun

menyambung perjalanannya ke tempat lain.

Apabila sampai di kawasan yang penuh dengan sayuran,iaitu kebun.Si
arnab mula tersenyum gembira. “Akhirnya aku telah jumpa-”kata-kata si
arnab terhenti oleh kehadiran si tupai. “Apa kau buat disini?”kata si tupai.
“Aku mencari makanan di kawasan ini.Adakah kebun ini milik kau?” si tupai
tahu bahawa si arnab mahu meminta makanan daripadanya dan terus
berkata dengan sombong “Ya,ini kebunku.Jangan kau ambil apa pun disini
kerana ini hasil usahaku sendiri.Pergilah cari makanan di tempat lain!” kata-
kata itu membuat si arnab kecewa dan berlalu pergi.

“Aku perlu bersabar jika ingin mendapat makanan yang banyak dan
sedap”.si arnab berkata kepada dirinya dan kembali menjalankan pencarian
makanan.

Dengan tiba-tiba,si arnab terdengar suara meminta tolong. “Tolong!Tolong
aku!”.Lalu dengan pantas,si arnab berlari ke suara itu dan di depan matanya
ada si Rusa.Keadaan tanduk si Rusa itu yang tersangkut kepada dahan
pokok telah menyebabkan dia tidak dapat bergerak. “Aku akan tolong
kau,tetapi tunggu dulu.Akan aku panggil haiwan yang lain ke sini!”si arnab
pun terus bergegas mendapatkan pertolongan.

Si arnab pun melihat sekumpulan monyet yang sedang bergayut keriangan
di atas pokok dan berkata “Tolong!si Rusa dalam kesusahan!”.kata si arnab
dengan panik.Tanpa membuang masa,mereka terus berlari kearah si
Rusa.Si arnab berasa pelik kenapa mereka dengan pantas ke tempat
tersebut tanpa apa-apa pertanyaan lagi.

Sekumpulan monyet itu pun memanjat pokok tersebut untuk menarik tanduk
si Rusa dan ada yang berusaha menarik anggota kaki si Rusa untuk
melepaskannya.Tanduk si Rusa pun terlepas daripada pokok itu.

“Maaf si Rusa.Kami tidak tau yang kau dalam kesusahan.Mujurlah ada si
arnab beritahu kami.”kata salah seorang monyet selepas si rusa berjaya
melepaskan dirinya.

“Terima kasih si arnab.Kau telah membantuku.”si Rusa berterima kasih
kepada si arnab. “Sama-sama.Kebetulan aku lalu dikawasan ini untuk
mencari makanan dan terdengar suaramu,si Rusa”

“Oh begitu.Baiklah.Aku terhutang budi denganmu.Jadi sebagai ketua di
kawasan ini,akan aku beri makanan daripada hasil hutan ini.”Si arnab pun
terus faham mengapa sekumpulan monyet bergegas dengan pantas
tadi.Rupa-rupanya si Rusa ialah ketua kawasan ini,haiwan yang penting
buat mereka.

“Si monyet,pergilah panggil semua haiwan kawasan ini dan suruh mereka
bawa sedikit makanan untuk tetamu kita ini”Si monyet terus memberitahu
apa yang dikatakan si Rusa kepada penduduk hutan rimba itu.
Tidak lama selepas itu,sekumpulan haiwan telah datang dan mengumpulkan
segala jenis makanan untuk si Arnab.Si monyet dan si tupai turut dating
membawa sedikit makanan untuknya.

“Maafkan aku si Arnab.Tadi aku berbohong kepada kau kerana aku takut
makanan ini akan habis.”si monyet memohon maaf kepada si arnab. “aku
juga mahu minta maaf atas sikapku yang sombong tadi.Aku seharusnya
melayani kau dengan baik kerana kau orang baru di sini.Terimalah sedikit
makanan daripada kebun aku ini.”si tupai menunjukkan sayuran yang ada di
kebun tadi.

Si arnab melihat semua makanan itu dengan wajah yang tersenyum.Si
arnab berasa sungguh terharu apabila segala hasil usaha mencari makanan
akhirnya berjaya.Sikap sabar yang ada pada si Arnab telah memberi
ganjaran yang amat hebat untuk dirinya.

TAMAT


Click to View FlipBook Version