The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-09-10 06:45:37

Bab 5

Bab 5

SOALAN LATIHAN BAB 5

Soalan Objektif

1. Hukum pulangan berkurangan berlaku apabila
A. firma menjalankan pengeluaran secara besar besaran.
B. jumlah input tetap jangka pendek ditambah dalam jangka panjang.
C. pengkhususan yang berlaku dalam jangka panjang menjemukan buruh.
D. jumlah input berubah ditambah untuk meningkatkan pengeluaran jangka pendek.

2. Istilah ‘kos marginal’ menunjukkan
A. sebahagian daripada kos tetap.
B. jumlah semua kos berubah.
C. sebahagian daripada kos berubah.
D. sebahagian kos berubah dan kos tetap.

3. Pada tingkat output semasa kos purata berkurangan, kos marginal pengeluaran mestilah
A. berkurangan.
B. sama dengan kos purata
C. tetap.
D. kurang daripada kos purata.

4. Kos tetap purata pengeluaran sebuah firma
A. turun jika output bertambah.
B. naik jika output bertambah.
C. tidak berubah pada semua tingkat output.
D. turun jika output bertambah, dengan kadar yang sama dengan kos berubah purata.

5. Kos berubah sesebuah firma akan
A. sentiasa lebih besar daripada kos tetapnya.
B. berkurangan pada titik memaksimum untung.
C. meningkat bersama tingkat output.
D. Menjadi malar pada setiap tingkat output.

6. Apabila keluk kos purata menurun, keluk kos marginal mestilah
A. menurun.
B. menaik.
C. di titik minimum.
D. di bawah daripada keluk kos purata.

7. Apabila kos marginal pengeluaran sama dengan kos purata pengeluaran,
A. kos marginal malar.
B. kos purata sedang menurun.
C. kos purata berada pada titik yang minimum.
D. kos marginal berada pada titik minimumnya.

77

SOALAN LATIHAN BAB 5

Jadual 1: Hubungan keluaran purata pada pelbagai tingkat penggunaan buruh
Unit Keluaran Purata
buruh
14
29
3 16
4 20
5 15

8.Pada tingkat buruh manakah keluaran sut mencapai maksimum?
A. 2
B. 3
C. 4
D. 5

Rajah 2: Hubungan keluk keluaran sut (MP) dan jumlah buruh

Q

0 12 3 4 Buruh
MP
A. 1
B. 2
C. 3
D. 4

7. Apabila keluaran purata (AP) maksimum, keluaran sut (MP)
A. maksimum.
B. malar.
C. meningkat.
D. bersilang dengan AP.

10.Kenyataan yang manakah tidak benar mengenai tentang hukum pulangan sut berkurangan?
A. Terdapat sekurang-kurangnya satu faktor tetap.
B. Keluaran hanya boleh ditambah dengan faktor berubah.
C. Tingkat teknologi tidak berubah.
D. Proses pengeluaran boleh berlaku dalam jangka pendek atau jangka panjang.

78

SOALAN LATIHAN BAB 5

11.Seorang pemaju mempunyai sebidang tanah untuk membina rumah. Jika ia membina 8 buah
rumah, ia akan melibatkan kos sebanyak RM10,000 sebuah dan boleh dijual dengan harga RM
25,000 sebuah. Jika dia membina 9 buah, ia akan melibatkan kos sebanyak RM 9400 sebuah
dan boleh dijual dengan harga RM 20,000 sebuah. Kos marginal rumah yang kesembilan ialah
A. RM 500
B. RM 600
C. RM 1,500
D. RM 4,600

12. Apabila kos marginal pengeluaran sama dengan kos purata pengeluaran,
A. kos marginal itu malar.
B. kos purata sedang menurun.
C. kos purata berada pada titik yang minimum.
D. kos marginal berada pada titik minimum.

Soalan 13 dan 14, rujuk jadual di bawah.

Jadual 2: Hubungan kos dan output sesebuah firma

Output/unit Kos total/RM Kos tetap Kos total
purata/RM
purata/RM
10.00
X 300 3.33 9.75

Y 390 2.50

13.Berapakah unit output yang diwakili oleh X?

A. 20

B. 30

C. 40

D. 45

14. Berapakah kos berubah total yang bersabit dengan output Y?
A. RM 100
B. RM 200
C. RM 290
D. D. RM 300

Jadual 3: Hubungan di antara output dengan kos purata.

Output Kos purata (RM)

(unit)

8 19.50

9 19.10

10 19.00

11 19.00

12 21.40

79

SOALAN LATIHAN BAB 5

15. Berdasarkan jadual 3, kos purata sama dengan kos marginal pada tingkat output ke:
A. 8
B. 9
C. 10
D. 11

16. Yang manakah di antara pernyataan berikut tidak benar mengenai kos marginal?
A. Kos marginal merupakan tambahan kepada kos total apabila output bertambah satu unit.
B. Kos marginal sama dengan kos purata apabila kos purata adalah minimum.
C. Kos marginal boleh jadi menurun, malar atau menaik.
D. Kos marginal adalah lebih besar daripada kos purata apabila kos purata menurun.

17. Kos Pengeluaran jangka panjang bagi suatu firma menjadi semakin kecil apabila bidang
pengeluaran dibesarkan kerana
A. faktor-faktor tetap telah digunakan dengan cekap.
B. firma itu mendapat saingan daripada firma-firma lain.
C. firma itu mendapat faedah daripada ekonomi bidangan dalaman.
D. firma itu dapat menghalang kemasukan firma-firma lain.

Jadual 4: Hubungan di antara tingkat output dengan kos bagi sebuah firma.

Output (unit) Kos total(RM) Kos purata (RM)

X 400 20

Y 800 16

18.Berdasarkan jadual 4, jika jumlah kos tetap ialah RM100, berapakah
kos berubah purata bagi output sebanyak Y unit?
A. RM21
B. RM14
C. RM10
D. RM 9

Jadual 5: Hubungan di antara tingkat output dengan kos purata.

Output(unit) Kos Purata(RM)

1 20.00

2 17.50

3 15.00

4 12.50

5 11.00

6 10.00

19. Berdasarkan jadual 5, firma ini mempunyai kos marginal yang

A. berkurangan keseluruhannya.

B. bertambah keseluruhannya.

C. bertambah kemudiannya malar.

80

SOALAN LATIHAN BAB 5

D. berkurang kemudiannya malar.

20.Sebuah firma akan mencapai tingkat keupayaan pengeluaran yang optimum dengan
mengeluarkan output pada tingkat
A. kos marginal sama dengan kos purata.
B. kos purata sama dengan hasil purata.
C. kos marginal sedang menurun.
D. kos purata sedang menurun.

21.Jika jumlah kos untuk menghasilkan 21 unit meja ialah RM5000 dan kos marginal untuk
menghasilkan unit ke 21 ialah RM200, berapakah kos seunit untuk mengeluarkan 20 unit
meja?
A. RM238.10
B. RM240.00
C. RM247.60
D. RM250.00

22. Kos tetap sebuah firma bermaksud
A. kos yang berkadar tetap dengan tingkat output.
B. kos yang wujud walaupun output dalam jangka pendek adalah sifar.
C. pembayaran ke atas penggunaan input berubah.
D. kos bagi input yang mempunyai harga tetap.

23.Kos implisit merujuk kepada
A. bayaran terhadap faktor pengeluaran milik firma itu sendiri.
B. bayaran terhadap faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran.
C. perbelanjaan semasa firma
D. kos lepas.

24.Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai kos sut?

A. Keluk kos sut berada di atas keluk kos purata apabila kos purata menurun.
B. Keluk kos sut biasanya berbentuk ‘U’.

C. Kos sut sama dengan kos purata semasa kos purata adalah minimum.
D. Kos sut sama dengan kos berubah purata semasa kos berubah purata adalah minimum.

Jadual 6: Hubungan di antara tingkat output dengan kos sebuah firma.

. Output(unit) Jumlah kos(RM) Kos berubah purata(RM)

W 4000 120

Z 5500 150
b.

25. Berdasarkan jadual 6, hitung kos sut firma tersebut pada tingkat output Z jika jumlah kos

tetap ialah RM1000.

A. RM50

B. RM200

81

SOALAN LATIHAN BAB 5

C. RM300
D. RM350

26. Jarak keluk kos purata dengan keluk kos berubah purata semakin hampir apabila output
meningkat kerana

A. kos tetap purata semakin berkurangan.
B. kos sut semakin berkurangan.
C. jumlah kos semakin meningkat.
D. hukum pulangan berkurangan berlaku.

Jadual 7: Hubungan di antara tingkat output dengan kos berubah purata.

Output (unit) Kos berubah purata (RM)

15 550

18 750

27. Berdasarkan jadual 7, berapakah kos sut pada tingkat output 18 unit?
A. RM1650
B. RM1750
C. RM1850
D. RM2000

28. Jika kos sut kurang daripada kos berubah purata ketika output sedang meningkat, ini
menunjukkan
A. kos berubah purata adalah minimum.
B. kos berubah purata sedang menurun.
C. kos berubah purata sedang meningkat.
D. kos berubah purata menurun dan meningkat.

29.Jumlah kos jangka pendek bagi sebuah firma diberi seperti berikut:
TC=1000 + 25X di mana,
X = Tingkat output (unit)

Hitung kos purata, firma mengeluarkan 10 unit output.
A. RM100
B. RM125
C. RM150
D. RM 200

Jadual 8: Hubungan antara tingkat output dengan kos purata.

Output (unit) Kos purata (RM)

3 13

4 14.80

5 15

6 15

7 17

82

SOALAN LATIHAN BAB 5

30.Berdasarkan jadual 8, kos sut mencapai tahap minimum pada tingkat output
A. 3 unit.
B. 4 unit.
C. 5 unit.
D. 6 unit.

31. Jika jumlah kos untuk mengeluarkan 10 unit barang ialah RM8300 dan kos sut untuk
mengeluarkan unit ke 10 ialah RM2000, berapakah kos purata untuk mengeluarkan 9 unit
barang?
A.RM722

B.RM700

C.RM800

D. RM900

.Jadual 9:Jumlah kos-kos bagi sebuah firma dalam jangka pendek

Jumlah kos RM50000

Jumlah kos tetap RM20000

Kos berubah purata RM250

32.Berdasarkan jadual 10, berapakah tingkat output firma ini?
A. 100 unit.
B. 120 unit.
C. 200 unit.
D. 250 unit.

33..Kos purata jangka panjang bagi sebuah firma akan menurun apabila output firma bertambah
kerana
A. pulangan semakin meningkat.
B. faktor tetap digunakan dengan lebih cekap.
C. firma tersebut menikmati ekonomi bidangan dalaman dan luaran
D. faktor tetap dan faktor berubah digunakan dengan lebih cekap.

34..Ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan menyebabkan
A. keluk kos purata jangka panjang berbentuk ‘U’.
B. keluk kos purata jangka pendek berbentuk ‘U’.
C .keluk kos sut jangka pendek berbentuk ‘U’.
D .keluk kos berubah purata dan keluk kos sut berbentuk ‘U’

35..Keluk kandung bagi sebuah firma merujuk kepada
A. keluk kos purata jangka panjang.
B. keluk kos purata jangka pendek.
C. keluk kos sut jangka panjang.
D. keluk kos berubah purata jangka pendek.

83

SOALAN LATIHAN BAB 5

36. Ekonomi bidangan luaran wujud apabila
A. pengurusan firma semakin cekap.
B. berlaku pemusatan firma disebuah kawasan perindustrian.
C. firma menjalankan pengkhususan
D. firma membeli input pengeluaran secara pukal.

Soalan Kuantitatif dan Esei

Latihan 5.1 Teori Pengeluaran

1. Jadual 1: Hubungan antara bilangan buruh dengan tingkat output.

Buruh (unit ) 01 2 3 4 5 6

Jumlah Keluaran (unit) 0 20 50 70 80 80 70

a. Jelaskan maksud keluaran sut dan keluaran purata.

b. Hitungkan keluaran sut dan keluaran purata pada setiap tingkat buruh yang digunakan.

c. Lakarkan keluk jumlah keluaran, keluk keluaran purata dan keluk keluaran sut.

d. Terangkan hubungan antara jumlah keluaran,keluaran purata dan keluaran sut.

2. Jadual 2: Jumlah keluaran pada pelbagai bilangan buruh.

Buruh (unit) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Jumlah Keluaran ( unit) 4 14 22 28 32 34 34 32 28 22

a. i. Terangkan maksud hukum pulangan sut berkurangan ii. Nyatakan andaian-andaian yang
digunakan untuk menerangkan hukum pulangan berkurangan.

b. Hitungkan keluaran sut dan keluaran purata buruh pada setiap tingkat buruh yang
digunakan.

c. Lakarkan keluk-keluk jumlah keluaran, keluaran sut dan keluaran purata
d. Kuantiti buruh yang ke berapakah yang menggambarkan berakhirnya hukum pulangan sut

berkurangan.

3. Jadual 3: Keluaran sut firma yang menggunakan buruh sebagai input berubah.

Buruh (unit) Keluaran Sut Jumlah Keluaran (unit) Keluaran Purata

(unit) (unit)

1 20
2 22
3 18
4 14
5 10
66
72
8 -2

84

SOALAN LATIHAN BAB 5

a. Lengkapkan jadual di atas.
b. Lakarkan keluk jumlah keluaran , keluaran purata dan keluaran sut.
c. Apabila keluk keluaran sut melebihi keluk keluaran purata, apakah akan berlaku kepada

keluk keluaran purata?
d. Apabila keluk keluaran sut bernilai di bawah paksi X, apakah akan berlaku kepada keluk

jumlah keluaran

4. Rajah 1: Keluk keluaran sut, keluk keluaran purata dan keluk jumlah keluaran

i ii iii

Keluaran Keluaran Keluaran

TP TP AP
MP
Q Q1 Q Q1
Input
Input MP Input

Soalan dibawah berdasarkan rajah 1:-
a. Berasaskan gambarajah (i), pada input berubah yang manakah keluaran purata adalah

maksimum?
b. Berasaskan gambarajah (ii), apakah hubungan di antara keluk jumlah keluaran dengan

keluk keluaran sut?
c. Berasaskan gambarajah (iii), beri tiga hubungan di antara keluk keluaran purata dengan

keluk keluaran sut
d. Pada penggunaan input berubah 10 unit, keluaran purata sebuah firma ialah 100 unit.

Apabila input berubah ditambah kepada 11 unit, keluaran purata ialah 120 unit. Hitung
keluaran sut untuk input berubah ke 11?

85

SOALAN LATIHAN BAB 5

Latihan 5.2 Teori Kos

1. Jadual 4: Kuantiti keluaran, kos tetap purata (AFC) dan kos berubah purata (AVC) bagi sebuah
firma dalam jangka pendek.

Keluaran (unit) Kos Tetap Purata (RM) Kos Berubah Purata
(RM)
1 20 22
2 10 17
3 6.67 13.33
4 5 11.5
5 4 10.4
6 3.33 10

a. Bina jadual yang menunjukkan kos tetap, kos purata dan jumlah kos firma ini.
b. Lakarkan keluk jumlah kos tetap, jumlah kos berubah dan jumlah kos firma ini.

2. Fungsi kos pengeluaran firma diberi seperti berikut:

C = 80 + 30Q, di mana
C = Jumlah kos (RM)
Q = Kuantiti output (unit)

a. Hitungkan dan bina jadual yang menunjukkan jumlah kos, jumlah berubah dan jumlah kos

tetap, bermula dari output sifar hingga output ketujuh.

b. Lakarkan keluk-keluk jumlah kos tetap jumlah kos berubah dan jumlah kos

c. i. Berapakah kuantiti output, apabila jumlah kos tetap sama dengan jumlah kos

berubah?

ii. Berdasarkan soalan (c i), berapakah kos tetap purata dan kos berubah purata.

d. Berapakah kos sut firma tersebut?

Jadual 5: Hubungan di antara tingkat output dengan kos bagi sebuah firma.

Output (unit) Kos total (RM) Kos purata (RM)

P 500 20
Q 900 15

Berasaskan maklumat di atas,
a. Hitungkan nilai P dan Q,
b. Jika jumlah kos tetap ialah RM100, berapakah jumlah kos berubah dan kos berubah purata

pada output P unit.

86

SOALAN LATIHAN BAB 5

3. Rajah 2: Keluk kos purata, keluk kos berubah purata dan keluk kos purata sebuah firma dalam
jangka pendek.

Kos (RM)

AC

AVC

X

12

4

AFC

34 Output

Andaikan kos purata mencapai tahap minimum pada 4 unit keluaran. Berdasarkan rajah 2, a.
Hitungkan jumlah kos tetap firma ini.
b. Hitungkan nilai kos purata apabila 4 unit output dikeluarkan.
c. Hitungkan jumlah kos apabila 4 unit output dikeluarkan.
d. Pada unit output keberapakah kos sut adalah sama dengan kos putara. Nyatakan alasan

anda.
e. Pada unit output yang keberapakah jumlah keluaran maksimum. Nyatakan alasan anda.

4. Fungsi kos sebuah firma diberi sebagai C = 1000 + 50X, di mana C ialah kos total dan X ialah
unit output. Jika output ialah 30 unit, hitungkan
a. kos tetap,
b. kos berubah purata,
c. kos total

5. Jadual 7: Output dan kos-kos Firma AA.

Output Kos Total Kos Total (RM) Kos Berubah Kos Tetap
(unit) Purata (RM) (RM) (RM)

1 80.00 87
2 50.00
3 40.00
4 35.00
5 32.00
6
7 30
8 28.57
27.50

SOALAN LATIHAN BAB 5
Bardasarkan jadual 7.

a. Lengkapkan jadual berikut, jika kos tetap ialah RM60,
b. Lakarkan keluk kos tetap, keluk kos berubah dan keluk kos total.
c. Jika C ialah kos total dan X ialah unit output, terbitkan persamaan linear yang menyatakan

C dalam sebutan X,
d. Berapakah kos berubah purata pada tingkat output 5 unit?
e. Berapakah kos sut? Mengapakah nilainya sama untuk semua tingkat output.

Bahagian C
1. a. Apakah maksud fungsi pengeluaran?

b. Takrifkan konsep berikut:
i. Loji
ii. Firma
iii. Industri
2. a. Bezakan konsep jangka masa pendek dengan jangka masa panjang dalam teori

pengeluaran.
b. Terangkan hubungan antara keluaran sut( MP) dengan keluaran purata (AP)?
3. a. Takrifkan kos implisit dan kos eksplisit. Dengan menggunakan contoh yang sesuai,

bezakan kos implisit dengan kos eksplisit
b. Huraikan faktor ekonomi bidangan dalaman dan luaran dan kesannya kepada keluk kos

jangka panjang.

88


Click to View FlipBook Version