PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
BAB 2
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN
PASARAN
2.1 Permintaan
2.1.1. Teori permintaan
a) Mentakrif permintaan
Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan
perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu dengan andaian
perkara-perkara lain tidak berubah (ceteris paribus).
b) Menerangkan jadual dan bentuk keluk permintaan individu.
Permintaan individu
Permintaan individu adalah permintaan ke atas sesuatu barang atau perkhidmatan oleh
individu pada suatu tingkat harga tertentu dalam tempoh masa tertentu.
Keluk permintaan individu
Keluk permintaan individu ialah keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti diminta
oleh seseorang pengguna terhadap sesuatu barang pada pelbagai tingkat harga dalam
satu jangka masa tertentu, ceteris paribus.
Jadual permintaan individu
Jadual permintaan ialah jadual yang menunjukkan kuantiti barang yang diminta oleh
pengguna pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh masa tertentu, ceteris paribus.
Jadual 2.1 menunjukkan permintaan En. Juraimi terhadap shampoo bagi beberapa tingkat
harga. Katakan pada harga RM8 sebotol, sebanyak 6 botol diminta iaitu pada titik B. Apabila
harga turun kepada RM6 sebotol, kuantiti yang diminta meningkat kepada 9 botol iaitu di
titik C. Apabila harga meningkat kepada RM10 sebotol, kuantiti diminta menurun kepada 3
botol iaitu di titik A. Ini menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah
songsang iaitu apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah dan sebaliknya apabila
harga meningkat kuantiti diminta akan berkurangan.
Jadual 2.1: Permintaan shampoo oleh En. Juraimi
Titik Harga (RM) Kuantiti diminta (botol)
A 10 3
B8 6
C6 9
D4 12
1
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
E2 15
Daripada jadual tersebut, kita boleh membina keluk permintaan individu seperti rajah 2.1.
Rajah 2.1: Keluk permintaan En. Juraimi untuk shampoo
Harga (RM)
Do
A
10
B
8
C
6
D
4
E
2 Do
0 3 6 9 12 15 Kuantiti shampoo (botol)
Dari jadual 2.1, keluk permintaan individu terhadap barang (shampoo) dapat dilukis. Keluk
permintaan individu dihasilkan dengan menyambungkan setiap titik kombinasi harga dan
kuantiti diminta iaitu titik A,B,C,D dan E (Rajah 2.1)
Keluk permintaan D0D0 yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan ini menunjukkan
bahawa hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah negatif atau songsang
iaitu apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah dan sebaliknya apabila harga
meningkat kuantiti diminta akan berkurangan.
c) Hukum permintaan
Menyatakan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah secara songsang
(negatif). Apabila harga jatuh, kuantiti diminta terhadap sesuatu barang akan meningkat
dan apabila harga naik, kuantiti diminta terhadap sesuatu barang akan jatuh, dengan
andaian ceteris paribus.
d) Fungsi dan persamaan permintaan
Fungsi permintaan menunjukkan permintaan sesuatu barang bergantung kepada
beberapa faktor yang mempengaruhinya. Ianya boleh ditulis seperti berikut:
Qdx = f (Px, Py,Y,T,M,L,Pd,G,K)
Dimana:
2
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Px = Harga barang itu sendiri Py
= Harga barang lain
Y = Pendapatan
T = Citarasa
M = Musim
L = Agihan pendapatan
Pd= Jumlah penduduk
G = Dasar kerajaan
K = Kemudahan kredit
Persamaan permintaan menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti
yang diminta. Secara umumnya persamaan permintaan boleh ditulis seperti berikut:
Qd = a – bP
Dimana:
Qd = Kuantiti diminta
a = Pemalar yang menunjukkan kuantiti diminta pada
harga kosong = Harga
b = ∆Qd /∆P @ (1/kecerunan keluk DD) P
Untuk membentuk fungsi permintaan, boleh menggunakan beberapa cara.
Jadual 2.2: Permintaan Shampoo oleh Kamarul
Keadaan Harga Kuantiti diminta (Qd)
(RM) (Botol)
A 3
B 10 6
C 8 9
D 6 12
E 4 15
2
Pembentukkan fungsi permintaan Kamarul terhadap shampoo.
i. Cara persamaan serentak
Fungsi permintaan ialah Qd = a – bP, di mana a dan b ialah pemalar sementara P ialah
harga. Berdasarkan jadual 2.2, katakan harga asal ialah RM10 dan kuantiti diminta adalah
sebanyak 3 botol dan apabila harga jatuh kepada RM8, kuantiti diminta meningkat kepada
6 botol.
Fungsi permintaan : Qd = a - bP
P0 = RM10
Q0 = 3
3
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P1 = RM8
Q1 = 6
Maka;
3 = a – 10b ............... (1)
6 = a – 8b ................ (2)
(2) – (1); 3 = 2b b
= 3/2 b
= 1.5
Gantikan b dalam mana-mana persamaan, katakan dalam persamaan (1), maka:
3 = a – 10(1.5) a
= 3 + 15 = 18
Maka fungsi permintaan Kamarul terhadap shampoo ialah Qd = 18 - 1.5 P.
Daripada fungsi permintaan , boleh dilukis keluk permintaan individu seperti rajah 2.2.
Berdasarkan fungsi ini, nilai a ( kuantiti diminta pada harga = 0 @ pintasan pada paksi
kuantiti) adalah 18, manakala; pintasan pada paksi harga (harga pada Qd = 0) adalah
12.
Cara lain:
Langkah 1 : Tentukan nilai b
b = Q1 – Q0 P1 – P0
=6–3
8 – 10
= -1.5 (** Nilai mutlak b = 1.5 dimasukkan dalam fungsi Qd. Tanda negatif
menunjukkan hubungan songsang P dan Q)
Langkah 2 : Tentukan nilai a
Qd = a – bP , jika P = 10, Q = 3
3 = a – 1.5 (10) a
= 18
Fungsi permintaan ialah: Qd = 18 - 1.5 P
Rajah 2.2 : Keluk permintaan Kamarul untuk Shampoo
4
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Harga(RM)
12 Do Do
A 18 kuantiti shampoo (botol)
10
B
8
C
6
D
4
E
2
0 3 6 9 12 15
Rajah 2.2 di atas menunjukkan bentuk keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri
ke kanan ataupun bercerun negatif. Ini menunjukkan bahawa hubungan antara harga
dengan kuantiti diminta adalah songsang iaitu apabila harga jatuh, kuantiti diminta
akan bertambah dan sebaliknya.
e) Permintaan pasaran
Permintaan pasaran ialah jumlah permintaan semua individu dalam pasaran pada pelbagai
tingkat harga dalam tempoh masa tertentu.
Jadual 2.3:Permintaan individu dan permintaan pasaran bagi shampoo
Harga (RM) Kuaantiti diminta Qd (botol) Qd Pasaran
sebotol (botol)
King + Kong =
10 3 +4= 7
8 6 +6= 12
6 9 +8= 17
4 12 + 10 = 22
2 15 + 12 = 27
Daripada jadual 2.3, andaikan dalam pasaran hanya terdapat dua individu iaitu King dan
Kong. Lajur dua dan tiga menunjukkan permintaan mereka bagi shampoo pada pelbagai
tingkat harga. Permintaan pasaran diperolehi dengan mencampurkan kuantiti permintaan
mereka pada setiap tingkat harga. Contohnya pada harga RM10 sebotol, kuantiti
permintaan oleh King dan Kong adalah 3 dan 4 masing-masing. Jadi permintaan pasaran
ialah 7 botol iaitu (3 + 4 = 7). Daripada jadual di atas, dapat dibina keluk yang menunjukkan
permintaan individu dan permintaan pasaran seperti rajah 2.6.
Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti
diminta oleh semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu. Keluk
permintaan pasaran adalah lebih landai berbanding dengan keluk permintaan individu.
5
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Orang yang banyak tidur
melihat dunia pada kadar
yang singkat.
Rajah 2.3: Permintaan individu dan permintaan pasaran.
P (RM) P (RM) P (RM)
D
D Do
10 A
4 D B
D
Do
0 3 12 Q0 4 10 Q 0 7 22 Q (botol)
Permintaan King Permintaan pasaaran
+ Permintaan Kong =
Berdasarkan rajah 2.3, pada harga RM10 sebotol,kuantiti yang diminta oleh King dan
Kong adalah 3 dan 4 masing-masing. Oleh itu, pada harga RM10 sebotol, permintaan
pasaran adalah 7 botol dan ini digambarkan oleh titik A pada keluk permintaan pasaran.
Apabila harga turun kepada RM4 sebotol, kuantiti yang diminta oleh King dan Kong
meningkat menjadi 12 dan 10 masing-masing. Maka permintaan pasaran pada harga RM4
sebotol, adalah 22 botol dan ini digambarkan oleh titik B. Apabila titik-titik seterusnya
diperolehi dan disambungkan, maka satu keluk permintaan pasaran bagi shampoo
terbentuk.
2.1.2 Penentu permintaan
1. Harga barang itu sendiri
Dengan andaian ceteris paribus (faktor lain diandaikan tetap), semakin tinggi harga
sesuatu barang, semakin kurang kuantiti diminta oleh individu. Sebaliknya, semakin
rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti diminta oleh individu.
2. Harga barang lain
6
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
i.Harga barang pengganti
Barang pengganti ialah dua barang yang boleh menggantikan fungsi antara satu
sama lain tanpa menjejaskan tingkat kepuasan. Contohnya telefon bimbit dengan
tablet.
Berdasarkan rajah 2.4 di bawah, mulanya kuantiti diminta telefon bimbit sebanyak 0Q0
pada harga 0P0 dan kuantiti diminta bagi tablet sebanyak 0Q0 pada tingkat harga 0P0.
Katakan harga telefon bimbit meningkat dari 0P0 ke 0P1. Kesannya kuantiti diminta
terhadap telefon bimbit akan berkurangan dari 0Q0 ke 0Q1. Kenaikan dalam harga
telefon bimbit secara relatifnya menyebabkan harga tablet menjadi murah berbanding
telefon bimbit . Ini menyebabkan kuantiti diminta telefon bimbit berkurangan dan dalam
masa yang sama pengguna akan meningkatkan permintaan terhadap tablet dari 0Q0
ke 0Q1 dengan syarat harga tablet tidak berubah. Kesannya keluk permintaan tablet
akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1.
Rajah 2.4: Kesan perubahan harga terhadap barang pengganti
Harga Harga D1
D Do
P1
P0 P0 Do D1
D
0 Q1 Q0 kuantiti 0 Q0 Q1 kuantiti
Tablet
Telefon bimbit
Kesimpulannya, apabila harga telefon bimbit (X) meningkat, permintaan terhadap
tablet (Y) akan meningkat. Maka bagi barang pengganti, hubungan antara harga
barang (X) dengan kuantiti permintaan barang (Y) adalah positif apabila kedua-
duanya adalah barang pengganti.
Harga X naik (Px↑) Barang pengganti (Y) relatif lebih murah
Permintaan barang pengganti(Y) bertambah (DDy↑)
i. Harga barang penggenap
Barang penggenap ialah dua barang yang digunakan secara bersama-sama atau
serentak. Jika tiada satu barang, barang yang satu lagi tidak berfungsi. Contohnya
komputer dengan pencetak.
Rajah 2.5: Kesan perubahan harga terhadap barang penggenap
7
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Harga(RM) Harga(RM)
Do
D D1
P1 P0
Do D1
D
P0
0 Q0 Q1 kuantiti 0 Q0 Q1 kuantiti
Komputer Pencetak
Berdasarkan rajah 2.5 di atas, katakan pada mulanya harga komputer ialah 0P0
dan kuantiti diminta untuk komputer ialah 0Q0. Bagi pencetak pula, pada harga
0P0 kuantiti diminta ialah 0Q0. Andaikan berlaku kejatuhan harga komputer dari
0P0 ke 0P1. Ini menyebabkan kuantiti diminta komputer meningkat dari 0Q0 ke
0Q1. Komputer dan pencetak perlu digunakan bersama-sama kerana hubungan
antara keduanya adalah barang penggenap. Kesannya permintaan untuk
pencetak akan meningkat ditunjukkan oleh keluk permintaan pencetak beralih ke
kanan dari D0D0 ke D1D1 walaupun harga pencetak tak berubah.
Kesimpulannya, bagi barang penggenap, hubungan antara harga komputer
dengan permintaan untuk pencetak adalah songsang (negatif) iaitu harga
komputer jatuh(Px↓) permintaan untuk pencetak akan meningkat. (DDy↑)
Harga X jatuh (Px↓) Kuantiti diminta X naik (Qdx ↑) Permintaan
barang penggenap naik (DDy↑)
3. Citarasa
Perubahan dalam citarasa pengguna akan melibatkan peralihan keluk permintaan sama
ada ke kiri atau ke kanan. Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh pengiklanan
melalui pelbagai media dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo. Sekiranya perubahan
citarasa pengguna menyebabkan permintaan bertambah pada setiap tingkat harga yang
asal, keluk permintaan akan beralih ke kanan. Keadaan adalah sebaliknya dimana keluk
permintaan akan beralih ke kiri jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang
berkurangan.
8
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Berdasarkan rajah 2.6, andaikan pada mulanya keluk permintaan ialah D0D0 iaitu pada
tingkat harga 0P0 dan kuantiti diminta sebanyak 0Q0. Katakan citarasa pengguna
terhadap barang tersebut meningkat. Ini menyebabkan keluk permintaan beralih ke
kanan dari D0D0 ke D1D1 dan pada harga yang sama 0P0 permintaan meningkat dari
0Q0 ke 0Q1.
Katakan citarasa pengguna terhadap barang tersebut jatuh. Ini menyebabkan keluk
permintaan barang tersebut beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2. Pada tingkat harga yang
sama (0P0), permintaan berkurangan dari 0Q0 ke 0Q2. Kesimpulannya, apabila citarasa
terhadap sesuatu barang meningkat keluk permintaan akan beralih ke kanan dan pada
tingkat harga yang sama permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat.
Sebaliknya apabila citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan, keluk
permintaan akan beralih ke kiri dan pada tingkat harga yang sama permintaan terhadap
barang tersebut akan jatuh.
Rajah 2.6: Perubahan citarasa dan kesan ke atas keluk permintaan
Harga(RM )
D2 Do D1
D1
P0
D2 Do kuantiti
0 Q2 Q0 Q1
4. Pendapatan
Perubahan pendapatan pengguna boleh mempengaruhi permintaan pengguna ke
atas barang-barang dan perkhidmatan dalam 3 kategori:
i. Barang biasa
Bila pendapatan meningkat, permintaan terhadap barang biasa bertambah. Keluk
permintaan berpindah ke kanan. Ini kerana pada tingkat harga yang sama,
semakin banyak kuantiti barang yang mampu dibeli. Sedangkan apabila
pendapatan berkurangan, keluk permintaan akan beralih ke kiri. Ini kerana pada
tingkat harga yang sama, semakin sedikit kuantiti yang mampu dibeli. Hal ini
ditunjukkan oleh rajah 2.7.
9
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Pada rajah 2.7, katakan keluk permintaan asal ialah D0D0 di mana harga 0P0 dan
kuantiti diminta 0Q0. Katakan pendapatan pengguna meningkat. Ini menyebabkan
keluk permintaan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 dan pada tingkat harga yang
sama 0P0, permintaan telah bertambah dari 0Q0 ke 0Q1. Jika pendapatan
pengguna jatuh, keluk permintaan akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D2D2 dan pada
tingkat harga yang sama 0P0, permintaan telah jatuh dari 0Q0 ke 0Q2.
Rajah 2.7: Peralihan keluk permintaan kerana perubahan pendapatan pengguna
D2 Do D1
D2 Do D1
0 Q2 Q0 Q1 kuantiti
Harga(RM )
P0
ii. Barang bawahan
Permintaan barang bawahan berhubung negatif dengan perubahan pendapatan.
Bila pendapatan pengguna meningkat, pengguna berkemampuan untuk
mengalihkan permintaan mereka kepada barang yang lebih berkualiti. Oleh itu,
permintaan barang bawahan akan menurun dan keluk permintaannya berpindah
ke kiri.
Rajah 2.8: Perubahan pendapatan dan kesannya terhadap permintaan barang
bawahan.
Harga(RM)
10
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
D1 Do D2
D1 Do D2
0 Q1 Q0 Q2 kuantiti
P0
Daripada rajah 2.8, andaikan asalnya permintaan barang bawahan ditunjukkan
oleh keluk permintaan D0D0 di mana tingkat harga 0P0 dan kuantiti diminta
sebanyak 0Q0. Apabila pendapatan pengguna meningkat, keluk permintaan
barang bawahan akan beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 dan pada tingkat harga
yang sama (0P0), permintaan barang bawahan telah berkurang dari 0Q0 ke 0Q1.
Sebaliknya apabila pendapatan pengguna jatuh, mengurangkan kemampuan
pengguna untuk membeli barang yang lebih berkualiti. Kesannya permintaan
terhadap barang bawahan akan semakin meningkat. Daripada rajah 2.8, apabila
pendapatan pengguna jatuh, permintaan terhadap barang bawahan akan
meningkat. Ini ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D2D2.
Pada tingkat harga yang sama (0P0), permintaan barang bawahan telah
bertambah dari 0Q0 ke 0Q2.
iii. Barang mesti
Permintaan barang mesti seperti beras, garam dan air minuman tidak dipengaruhi
oleh perubahan pendapatan pengguna. Pengguna tetap perlu menggunakan
barang tersebut untuk keperluan sehari-hari. 5Contohnya, jika pendapatan
pengguna meningkat, permintaan terhadap nasi adalah tetap atau tidak berubah.
Hubungan antara pendapatan pengguna dengan barang mesti adalah sifar.
5. Saiz dan struktur penduduk
Saiz (bilangan) dan struktur penduduk (seperti faktor jantina dan umur) sesebuah
negara dapat mempengaruhi permintaan pasaran.
Pertambahan penduduk yang disebabkan oleh kadar kelahiran yang lebih tinggi
daripada kadar kematian atau penghijrahan penduduk yang masuk ke dalam negara
lebih daripada penduduk yang berhijrah ke luar negara akan menambahkan
permintaan terhadap sesuatu barangan seperti makanan dan perumahan . Maka keluk
permintaan akan beralih ke kanan.
Sebaliknya, apabila penduduk berkurangan, permintaan ke atas barang dan
perkhidmatan juga akan berkurangan. Maka keluk permintaan akan beralih ke kiri.
11
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
6. Jangkaan masa depan
Sekiranya pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan meningkat pada
masa depan, mereka akan membeli lebih banyak barang tersebut pada masa
sekarang. Ini akan menyebabkan keluk permintaan berpindah ke kanan. Sebaliknya
jika pengguna menjangkakan harga sesuatu barang akan turun, permintaan terhadap
barang tersebut akan berkurangan.
7. Kemudahan kredit
Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit daripada institusi kewangan
seperti syarat pinjaman yang longgar, tempoh pembayaran balik yang lebih panjang
dan kadar faedah yang rendah, maka permintaan barang di pasaran akan meningkat.
Sebaliknya, kesukaran untuk mendapatkan pinjaman akan menyebabkan permintaan
terhadap barang tersebut menurun.
8. Dasar kerajaan
Kerajaan dapat menggubal dasar-dasar yang menggalakkan atau tidak menggalakkan
penggunaan sesuatu barang dengan mengubah struktur pencukaian dan pemberian
insentif kepada pengguna. Contohnya apabila kerajaan mengenakan cukai
pendapatan, kuasa beli masyarakat akan berkurang kerana pendapatan yang boleh
digunakan oleh masyarakat untuk berbelanja telah berkurang. Ini akan mengurangkan
permintaan barang di pasaran.
9. Musim
Permintaan terhadap sesetengah barang dan perkhidmatan dipengaruhi oleh musim.Contoh:
Pada musim hujan, permintaan terhadap baju hujan bertambah.
2.1.3. Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan
a. Perubahan kuantiti diminta (perubahan pada satu keluk permintaan)
Perubahan dalam kuantiti diminta bermaksud perubahan hanya berlaku di sepanjang
keluk permintaan sahaja apabila harga barang itu sendiri meningkat atau menurun
sedangkan faktor-faktor lain diandaikan tidak berubah (ceteris paribus). Perubahan ini
tidak menyebabkan keluk permintaan berpindah ke kiri atau ke kanan. Perubahan
yang berlaku hanya menyebabkan berlaku pengembangan atau penguncupan dalam
permintaan.
Rajah 2.9: Perubahan dalam kuantiti diminta
12
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Harga Do
P1 B
P0 Penguncupan
P2 A
Pengembangan
C
Do
0 Q1 Q0 Q2 kuantiti
Berdasarkan rajah 2.9, apabila harga naik dari 0P0 ke 0P1 kuantiti diminta berkurang
dari 0Q0 ke 0Q1, berlaku penguncupan dalam permintaan. Bila harga turun dari 0P0
ke 0P2, kuantiti diminta bertambah dari 0Q0 ke 0Q2, berlaku pengembangan dalam
permintaan.
b. Perubahan permintaan (peralihan keluk permintaan)
Perubahan permintaan bermakna perubahan dalam permintaan yang menyebabkan
keluk permintaan asal berpindah ke kiri atau ke kanan. Ia disebabkan oleh faktor-
faktor yang mempengaruhi permintaan berubah seperti perubahan harga barang
lain, citarasa pengguna, pendapatan pengguna, saiz dan struktur penduduk
sedangkan harga barang itu sendiri diandaikan tetap atau tidak berubah.
Daripada rajah 2.10, keluk permintaan yang asal ialah D0D0 pada harga 0P0, kuantiti
yang diminta ialah 0Q0. Jika berlaku perubahan dalam faktor yang mempengaruhi
permintaan sedangkan harganya (harga barang itu sendiri) tetap, maka keluk
permintaan akan berpindah sama ada ke kiri atau ke kanan bergantung kepada
perubahan dalam faktor. Jika keluk berpindah ke kiri iaitu menjadi D2D2, ini bermakna
pada tingkat harga yang sama iaitu 0P0, permintaan telah berkurang dari 0Q0 ke 0Q2.
Sebaliknya berlaku bila keluk permintaan bergerak ke kanan. Rajah
2.10 : Perubahan permintaan
D2 Do D1
D2 Do D1
0 Q2 Q0 Q1 kuantiti
Harg a
13
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P0
2.2 Penawaran
2.2.1. Teori penawaran
a) Mentakrif penawaran
Penawaran bermaksud kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu
dijual oleh pengeluar pada berbagai-bagai tingkat harga dan dalam tempoh masa
tertentu dengan andaian perkara-perkara lain tidak berubah.
b) Menerangkan jadual dan bentuk keluk penawaran firma
Penawaran individu (penawaran firma) ialah penawaran ke atas suatu barang
atau perkhidmatan oleh sebuah firma atau seorang pengeluar pada pelbagai
tingkat harga dalam tempoh tertentu.
Jadual penawaran ialah jadual yang menunjukkan kuantiti barang yang sanggup
dikeluarkan oleh pengeluar untuk dijual pada pelbagai tingkat harga dalam satu jangka
masa tertentu, ceteris paribus.
Jadual 2.4 ialah jadual penawaran firma Mutajaya terhadap shampoo bagi beberapa
tingkat harga. Didapati apabila harga turun, kuantiti penawaran akan berkurangan.
Katakan pada mulanya harga RM10 sebotol, sebanyak 15 botol ditawar iaitu pada titik
A. Apabila harga turun kepada RM8 sebotol, kuantiti shampoo yang dijual berkurang
kepada 12 botol iaitu di titik B.
Sebaliknya, apabila harga meningkat contohnya dari RM2 sebotol ke RM4 sebotol,
kuantiti shampoo yang ditawar meningkat daripada 3 botol kepada 6 botol. Kuantiti
ditawarkan akan terus meningkat selagi harga terus naik.
Jadual 2.4: Penawaran shampoo oleh firma Mutajaya dalam masa sebulan
Titik Harga (RM) Kuantiti ditawar
(botol)
A 10
B 8 15
12
14
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
C6 9
D4 6
E2 3
Daripada jadual tersebut, boleh dibina keluk penawaran individu seperti rajah 2.11.
Keluk penawaran ialah satu keluk yang menunjukkan hubungan antara kuantiti
ditawar dengan tingkat harga oleh sesebuah firma bagi sesuatu barang atau
perkhidmatan.
Rajah 2.11: Keluk penawaran firma Mutajaya untuk Shampoo
Harga (RM) A So
B
10
8 C
6 D
4
E
2
So
0 3 6 9 12 15 Kuantiti (botol)
Berdasarkan jadual 2.4, apabila harga shampoo RM10 sebotol, sebanyak 15 botol
ditawar oleh firma Mutajaya iaitu ditandakan pada titik A di rajah 2.11. Apabila harga
jatuh kepada RM8 sebotol, sebanyak 12 botol telah ditawarkan oleh firma Mutajaya
iaitu pada titik B. Apabila kelima-lima titik tersebut disambungkan akan terbinalah
keluk penawaran yang bercerun ke atas dari kiri ke kanan ataupun berkecerunan
positif. Bentuk ini menunjukkan bahawa hubungan antara harga dengan kuantiti
ditawar adalah positif/selari iaitu apabila harga jatuh, kuantiti ditawar akan
berkurangan dan sebaliknya.
c) Hukum penawaran
Hukum penawaran menerangkan apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti yang
ditawarkan akan meningkat dan sebaliknya apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti
ditawar akan jatuh dengan andaian ceteris paribus.. Dengan itu bentuk keluk penawaran
adalah bercerun positif. Pernyataan ini menggambarkan wujud hubungan positif antara
tingkat harga dan kuantiti ditawar. Ini disebabkan:-
i. Harga yang tinggi memberi keuntungan yang lebih kepada pengeluar, jadi pengeluar
akan menawarkan lebih banyak barang.
ii. Harga yang tinggi, menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat
diminta oleh pengguna tetapi penawarannya kurang dipasaran. Pengeluar akan
menambahkan penawaran untuk memenuhi permintaan.
15
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
d) Fungsi dan persamaan penawaran
Fungsi penawaran menunjukkan penawaran sesuatu barang bergantung kepada
beberapa faktor yang mempengaruhinya. Ia boleh ditulis seperti berikut:
Qsx = f (Px, Py, Pi, Mp,T,M) dimana
Px = harga barang itu sendiri
Py = harga barang lain
Pi = harga input
Mp = matlamat pengeluar
T = teknologi
M = musim
Persamaan penawaran menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti yang
ditawar. Secara umumnya persamaan penawaran boleh ditulis seperti berikut:
Qs = c + dP
Di mana:
Qs = Kuantiti ditawar
C = Pemalar yang menunjukkan kuantiti ditawar pada harga kosong
d = ∆Qs / ∆P atau 1/kecerunan keluk penawaran P
= Harga
Untuk mencari fungsi penawaran, boleh menggunakan beberapa cara.
i. Cara persamaan serentak
Berdasarkan jadual 2.4, katakan harga asal ialah RM10 dan kuantiti ditawar adalah 15
botol pada titik A dan apabila harga jatuh kepada RM8, kuantiti ditawar berkurang kepada
12 botol iaitu di titik B.
Maka: Q0 = 15
Q1 = 12
P0 = RM10
P1 = RM8
Qs = c + dP
Dapatkan 2 persamaan;
15 = c + 10d ................ (1)
12 = c + 8d ................. (2)
(1) – (2);
3 = 2d d =
1.5
16
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Gantikan
nilai d
dalam
mana-
mana
persamaa
n, katakan
dalam
persamaa
n (1),
maka:
15 = c + 10(1.5)
c = 15 – 15 c =
0
Maka fungsi penawaran firma Mutajaya terhadap shampoo ialah Qs = 1.5P.
ii. Cara lain Langkah 1 : Tentukan nilai d d = Q1 – Q0 P1 – P0
= 15 – 12
10 – 8
= 1.5
Langkah 2 : Tentukan nilai c
Qs = c + dP , jika P = 10, Qs = 15
15 = c + 1.5 (10) c
= 15 – 15
c=0
Fungsi penawaran ialah: Qs = 1.5 P
e) Penawaran pasaran
Penawaran pasaran ialah jumlah kuantiti barang yang ditawarkan oleh semua
pengeluar/firma dalam pasaran pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh tertentu.
Jadual 2.5: Penawaran individu dan penawaran pasaran bagi shampoo sebulan
Harga (RM) Kuantiti ditawar Qs Pasaran
sebotol (Qs)(botol) (botol)
Firma + Firma =
Mutajaya Kutujaya
17
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
10 15 + 12 = 27
8 12 + 10 = 22
6 9 + 8 = 17
4 6 + 6 = 12
2 3+ 4 = 7
Daripada jadual 2.5, andaikan dalam pasaran hanya terdapat dua firma iaitu firma
Mutujaya dan firma Kutujaya. Ruangan dua dan tiga menunjukkan penawaran kedua-dua
firma bagi shampoo pada pelbagai tingkat harga. Bagi memperoleh penawaran pasaran,
harus dicampurkan kuantiti penawaran mereka pada setiap harga. Contohnya pada harga
RM10 sebotol, kuantiti penawaran firma Mutujaya ialah 15 dan kuantiti penawaran
Kutujaya ialah 12. Jadi penawaran pasaran ialah 27 botol. ( 15 + 12 = 27). Daripada jadual
di atas , dapat dibina keluk yang menunjukkan penawaran individu/firma dan penawaran
pasaran seperti rajah 2.12.
Rajah 2.12: Keluk penawaran individu dan pasaran
Harga(RM) Harga(RM) Harga(RM) S
S S
10
6 S S
2
S
0 3 9 15 kuantiti 0 4 8 12 kuantiti 0 7 17 27 kuantiti (botol)
Firma Mutujaya + Firma Kutujaya = Pasaran
2.2. Penentu Penawaran
a. Harga barang itu sendiri
Perubahan harga sesuatu barang akan menyebabkan berlakunya perubahan kuantiti
yang ditawarkan oleh firma. Peningkatan harga sesuatu barang menyebabkan
pertambahan kuantiti yang ditawarkan dan sebaliknya, apabila harga jatuh, kuantiti
penawaran akan berkurangan. Turun naik harga barang itu sendiri menyebabkan
berlakunya pergerakan di sepanjang keluk penawaran itu sendiri. Keadaan ini
ditunjukkan oleh rajah 2.13.
Rajah 2.13 : Pergerakan di sepanjang keluk penawaran
18
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Harga (RM) S
P2
pengembangan
P0
penguncupan
P1
S
0 Q1 Q0 Q2 kuantiti (unit)
Katakan harga dan kuantiti asal ialah 0P0 dan 0Q0. Jika harga meningkat dari 0P0 ke
0P2 kuantiti ditawarkan bertambah dari 0Q0 ke 0Q2. Ini dikenali sebagai
pengembangan penawaran. Pengembangan penawaran bermaksud berlaku
pertambahan dalam penawaran disebabkan berlaku kenaikan dalam harga barang itu
sendiri tetapi masih di atas keluk penawaran yang sama.
Jika harga turun dari 0P0 ke 0P1 kuantiti ditawarkan berkurang dari 0Q0 ke 0Q1. Ini
dikenali sebagai penguncupan penawaran. Penguncupan penawaran bermaksud
berlaku pengurangan dalam penawaran disebabkan berlaku kejatuhan dalam harga
barang itu sendiri tetapi masih di atas keluk penawaran yang sama.
b. Harga barang lain
i. Harga barang bersaing
Barang bersaing / bertanding ialah hubungan antara dua barang dimana apabila
satu barang dikeluarkan, barang yang satu lagi tidak dapat dikeluarkan kerana
menggunakan input yang sama. Pengeluar akan menggunakan input itu untuk
mengeluarkan barang yang lebih menguntungkan. Contoh barang bersaing ialah
getah dan kelapa sawit yang menggunakan faktor pengeluaran yang sama iaitu
tanah.
Apabila ditanam kelapa sawit , tanaman getah tidak boleh diusahakan di atas
tanah tersebut. Jika harga kelapa sawit meningkat sedangkan harga getah tetap,
secara relatifnya harga kelapa sawit telah menjadi mahal berbanding getah. Ini
menyebabkan paladang akan menanam lebih banyak kelapa sawit dan
mengurangkan tanaman getah. Keluk penawaran getah akan beralih ke kiri seperti
rajah 2.14.
Rajah 2.14: Kesan perubahan harga barang penawaran bersaing
19
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
harga S harga S2 S1
P1 P0
P0
S S2 S1
0 Q0 Q1 kuantiti 0 Q0 Q1 kuantiti
Getah
Kelapa sawit
Daripada rajah 2.14, katakan mulanya harga kelapa sawit ialah 0P0 di mana
kuantiti penawaran 0Q0 iaitu ditunjukkan oleh keluk penawaran SS. Dalam masa
yang sama penawaran getah ditunjukkan oleh keluk S1S1 di mana harga getah
ialah 0P0 pada kuantiti 0Q1.
Andaikan harga kelapa sawit meningkat dari 0P0 ke 0P1. Kenaikan harga ini
menyebabkan kuantiti penawaran kelapa sawit meningkat dari 0Q0 ke 0Q1. Ini
kerana peladang yang selama ini menanam getah akan beralih kepada tanaman
kelapa sawit. Kesannya keluk penawaran getah beralih ke kiri dari S1S1 ke S2S2
dan pada harga yang sama 0P0, penawaran getah telah berkurang dari 0Q1
kepada 0Q0.
ii. Harga barang penawaran bersama
Barang penawaran bersama atau barang yang ditawarkan serentak ialah
hubungan dua barang di mana apabila dikeluarkan satu barang, barang yang satu
lagi akan dikeluarkan bersama-sama. Contohnya, apabila pengeluar menawarkan
daging kambing, kulit kambing akan ditawarkan bersama-sama.
Kenaikan harga daging kambing menyebabkan kuantiti penawaran daging
kambing akan meningkat. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan
penawaran kulit kambing walaupun harga kulit kambing tidak berubah.
Dalam rajah 2.15, katakan asalnya harga daging kambing sekilogram ialah 0P0
dan kuantiti penawaran daging kambing adalah sebanyak 0Q0. Dalam masa yang
sama harga kulit kambing ialah 0P0 dan penawaran kulit kambing adalah 0Q0.
Kemudian harga daging kambing meningkat dari 0P0 ke 0P1sekilogram
menyebabkan kuantiti penawaran daging kambing meningkat dari 0Q0 ke 0Q1.
Daging kambing dan kulit kambing ditawarkan serentak. Kesannya apabila
penawaran daging kambing meningkat, penawaran kulit kambing turut meningkat
walaupun harga kulit kambing tidak berubah. Daripada rajah, keluk penawaran
kulit kambing akan bergerak dari S1S1 ke S2S2. Walaupun harga kulit kambing
tidak berubah, tetapi penawaran kulit kambing meningkat dari 0Q0 ke 0Q1.
Rajah 2.15: Kesan perubahan harga barang penawaran berkait
20
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Harga (RM) S Harga (RM) S1 S2
P1 P0
P0
S S1 S2
0 Q0 Q1 kuantiti (kg) 0 Q0 Q1 kuantiti
Kulit kambing
Daging kambing
c. Kos pengeluaran
Jika harga faktor pengeluaran meningkat, kos pengeluaran sesuatu barang akan
meningkat. Pengeluar cuba memindahkan kenaikan dalam kos pengeluaran tersebut
kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga. Bagi menaikkan harga, pengeluar
akan mengurangkan penawaran. Keluk penawaran akan beralih ke kiri dan sebaliknya
akan berlaku jika harga faktor pengeluaran turun.
d. Matlamat pengeluar
Matlamat pengeluar boleh dibahagikan kepada dua iaitu matlamat untuk
memaksimumkan keuntungan atau matlamat untuk memaksimumkan jualan. Jika
matlamat pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan, pengeluar akan
mengurangkan penawarannya. Dengan ini, keuntungan yang boleh diperoleh
daripada setiap unit output yang dikeluarkan dapat dimaksimumkan. Sebaliknya, jika
matlamat pengeluar adalah untuk memaksimumkan jualannya tanpa mementingkan
keuntungan seunit output, pengeluar akan menambahkan penawarannya.
e. Teknologi
Penggunaan teknologi moden dan canggih dapat meningkatkan daya pengeluaran
sesebuah firma. Selain itu, kos dan masa dapat dijimatkan dan kualiti barang dapat
dipertingkatkan. Melalui penggunaan teknologi moden, semakin banyak keluaran
dapat ditawarkan oleh firma. Maka keluk penawaran akan beralih ke kanan.
f. Dasar kerajaan
Dasar kerajaan seperti pengenaan cukai dan pemberian subsidi dapat mempengaruhi
penawaran sesuatu barang. Sekiranya kerajaan menaikkan cukai atau mengurangkan
pemberian subsidi kepada pengeluar, kos pengeluaran akan meningkat. Peningkatan
kos pengeluaran ini akan mendorong firma untuk mengurangkan pengeluarannya.
Maka keluk penawaran akan beralih ke kiri.
Sebaliknya, jika kerajaan mengurangkan cukai dan menambahkan pemberian subsidi
kepada pengeluar, kos pengeluaran akan menurun. Pengurangan kos pengeluaran ini
akan mendorong firma untuk meningkatkan pengeluarannya. Maka keluk penawaran
akan beralih ke kanan.
21
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
g. Bilangan pengeluar
Secara umumnya, semakin ramai pengeluar, semakin banyak barangan yang dijual di
pasaran dan sebaliknya. Jika bilangan pengeluar bertambah ramai, keluk penawaran
akan beralih ke kanan. Sebaliknya, jika bilangan pengeluar semakin berkurang di
dalam pasaran kesan daripada kos pengeluaran barang yang tinggi atau kerugian
yang dialami sehingga menyebabkan pengeluar terpaksa keluar daripada pasaran,
jumlah penawaran akan berkurang. Maka keluk penawaran akan beralih ke kiri.
h. Musim
Faktor musim boleh mempengaruhi penawaran sesuatu barang. Contoh: Pada musim
buah-buahan, maka buah-buahan akan banyak ditawarkan di pasaran.
2.2.3. Perubahan kuantiti ditawar dan perubahan penawaran
Perubahan kuantiti ditawar dan perubahan penawaran merupakan dua konsep yang
berbeza.
a. Perubahan kuantiti ditawar
Perubahan dalam kuantiti ditawar disebabkan oleh perubahan harga barang itu
sendiri. Kenaikan harga sesuatu barang akan menyebabkan kenaikan dalam kuantiti
ditawarkan. Manakala penurunan harga sesuatu barang akan menyebabkan
penurunan dalam kuantiti ditawarkan. Kenaikan dan penurunan dalam kuantiti ditawar
ini hanya berlaku di sepanjang keluk penawaran yang sama iaitu pergerakan di
sepanjang keluk penawaran. Ini ditunjukkan oleh rajah 2.16.
Rajah 2.16: Pergerakan di sepanjang keluk penawaran.
harga So
B
P1
pengembangan
A
P0 penguncupan
C
So
P2
0 Q2 Q0 Q1 kuantiti
Apabila harga naik dari P0 ke P1 menyebabkan kuantiti penawaran meningkat dari Q0
ke Q1, berlaku pengembangan panawaran dari titik A ke titik B. Sebaliknya apabila
harga turun dari P0 ke P2 kuantiti penawaran berkurangan dari Q0 ke Q2. Ini
menyebabkan berlaku penguncupan penawaran dari titik A ke titik C.
b. Perubahan penawaran
Perubahan dalam penawaran adalah disebabkan oleh semua faktor yang
mempengaruhi penawaran kecuali harga barang itu sendiri. Faktor-faktor lain adalah
seperti harga barang lain, kos pengeluaran, tingkat teknologi, matlamat pengeluar dan
22
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
daya pengeluaran buruh. Perubahan dalam penawaran akan menyebabkan peralihan
keluk penawaran asal ke kanan atau ke kiri seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.17.
Rajah 2.17: Peralihan keluk penawaran
harga S2 S0 S1
S2 S0 S1
0 Q2 Q0 Q1 kuantiti
P0
Harga dan kuantiti asal 0P0 dan 0Q0. Pengurangan dalam kos pengeluaran
menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. Pada harga 0P0,
kuantiti penawaran meningkat dari 0Q0 ke 0Q1. Perubahan ini dikenali sebagai
pertambahan dalam penawaran. Kenaikan dalam kos pengeluaran akan
menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S2S2. Pada harga 0P0,
kuantiti penawaran berkurang dari 0Q0 ke 0Q2. Perubahan ini dikenali sebagai
pengurangan dalam penawaran.
2.3 Keseimbangan pasaran
a) Definisi Keseimbangan pasaran
Keseimbangan pasaran ialah satu keadaan apabila kuantiti yang diminta (Qd) sama
dengan kuantiti yang ditawar (Qs) pada suatu tingkat harga tertentu.
Pada tingkat keseimbangan pasaran, lebihan permintaan atau lebihan penawaran tidak
wujud dan harga dan kuantiti keseimbangan tidak berkecenderungan untuk berubah.
Lebihan permintaan merupakan satu keadaan apabila kuantiti diminta lebih besar
daripada kuantiti ditawarkan apabila harga lebih rendah daripada harga keseimbangan
pasaran.
Lebihan penawaran merupakan satu keadaan apabila kuantiti ditawarkan lebih besar
daripada kuantiti diminta apabila harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan
pasaran.
23
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
b) Proses penentuan keseimbangan pasaran
Keseimbangan pasaran boleh ditulis seperti persamaan
berikut: Qd = Qs Di mana:
Qd = kuantiti diminta
Qs = kuantiti ditawar
Proses penentuan keseimbangan pasaran boleh diperjelaskan dengan menggunakan tiga
pendekatan iaitu:
i. Pendekatan Jadual ii.
Pendekatan Rajah iii.
Pendekatan Rumus
i. Pendekatan Jadual
Keseimbangan pasaran yang diperoleh dengan menggunakan pendekatan jadual
ditunjukkan oleh jadual 2.6.
Jadual 2.6: Harga dan kuantiti Shampoo yang diminta dan ditawar sebulan
Harga Kuantiti Kuantiti Keadaan pasaran Keadaan harga
(RM) ditawar diminta
10 Lebihan penawaran Cenderung
27 7 (27 – 7 = 20) jatuh
8
22 12 Lebihan penawaran Cenderung
6 (22 – 12 = 10) jatuh
4 17 17 Stabil
12 22 Seimbang
2 Cenderung naik
7 27 Lebihan permintaan
(22 – 12 = 10) Cenderung naik
Lebihan permintaan
(27 – 7 = 20)
Berdasarkan jadual di atas, keseimbangan pasaran tercapai pada tingkat harga
RM6.00 sebotol dan kuantiti 17 botol shampoo. Pada tingkat harga tersebut kuantiti
yang ditawar adalah sama dengan kuantiti yang diminta.
Pada tingkat harga lebih rendah daripada RM 6.00 sebotol, tidak berlaku
keseimbangan pasaran kerana kuantiti diminta lebih besar daripada kuantiti ditawar
atau berlaku lebihan permintaan. Harga cenderung naik sehingga mencapai
keseimbangan.
Pada tingkat harga lebih tinggi daripada RM6.00 sebotol, juga tidak berlaku
keseimbangan pasaran kerana kuantiti ditawar adalah lebih besar dari kuantiti diminta
atau berlaku labihan penawaran. Harga cenderung turun sehingga mencapai
keseimbangan.
24
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
ii. Pendekatan rajah
Harga dan kuantiti keseimbangan boleh diperolehi apabila keluk permintaan bersilang
dengan dengan keluk penawaran seperti ditunjukkan pada rajah 2.18.
Rajah 2.18: keseimbangan pasaran
Harga (RM) Lebihan penawaran
10 DS
8
6 E
4
2 SD
Lebihan permintaan
0 7 12 17 22 27 Kuantiti (botol)
Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan
keluk penawaran (SS) pada titik E di mana harga keseimbangan ialah RM6.00 dan
kuantiti keseimbangan ialah 17 botol.
Ketidakseimbangan pasaran berlaku apabila harga melebihi atau kurang daripada
harga keseimbangan.
Sebagai contoh, pada harga RM10 sebotol dimana kuantiti ditawar adalah sebanyak
27 botol dan kuantiti yang diminta sebanyak 7 botol. Berlaku lebihan penawaran
sebanyak 20 botol. Ini akan menyebabkan kejatuhan harga. Apabila harga jatuh,
permintaan akan mengembang dan dalam masa yang sama penawaran akan
menguncup sehinggalah tercapai semula keseimbangan pada tingkat harga RM6
sebotol dan kuantiti keseimbangan sebanyak 17 botol.
Pada harga RM2 sebotol dimana kuantiti ditawar adalah sebanyak 7 botol dan kuantiti
yang diminta sebanyak 27 botol. Berlaku lebihan permintaan sebanyak 20 botol. Ini
akan menyebabkan kenaikan harga. Apabila harga naik, permintaan akan menguncup
dan dalam masa yang sama penawaran akan mengembang sehinggalah tercapai
semula keseimbangan pada tingkat harga RM6 sebotol dan kuantiti keseimbangan
sebanyak 17 botol.
iii. Pendekatan rumus
Keseimbangan tercapai apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar pada
satu tingkat harga (Qd = Qs). Secara umum, persamaan permintaan dan penawaran
boleh ditulis seperti berikut:-
Persamaan permintaan : Qd = a – bP
25
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Persamaan penawaran : Qs = c + dP
Dimana:-
Qd = kuantiti diminta Qs = kuantiti
ditawar
P = harga
a,c = pemalar yang menunjukkan harga pada kuantiti kosong
b= ∆Qd/∆P d
= ∆Qs/∆P
Contoh:
Berdasarkan jadual 2.6, persamaan permintaan ialah Qd = 32 - 2.5P dan persamaan
penawaran ialah Qs = 2 + 2.5P.
Penyelesaian:
Syarat keseimbangan pasaran Qd = Qs, maka
Qd = Qs
32 – 2.5P = 2 + 2.5P
32 – 2 = 2.5P +2.5P
= 5P
30 = 30/5
= RM6.00
P
P
Gantikan P = RM 6.00 dalam persamaan permintaan dan penawaran
Qd = 32 – 2.5P
Qd = 32 – 2.5(6)
Qd = 32 - 15
Qd = 17
Berdasarkan pengiraan di atas, harga keseimbangan ialah RM6.00 sebotol dan kuantiti
keseimbangan ialah 17 botol.
D1 S0
D0
D2 F
E
G
D1
S0 D0
D2
0 Q2 Q0 Q1 kuantiti
harga
26
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P1 P0 P2
Rajah 2.19 : Perubahan keseimbangan pasaran
C. Perubahan keseimbangan pasaran
Sebarang perubahan permintaan atau penawaran atau kedua-duanya akan
mempengaruhi keseimbangan pasaran dibezakan dalam tiga keadaan, iaitu:-
1. Perubahan permintaan sahaja
2. Perubahan penawaran sahaja
3. Perubahan permintaan dan penawaran secara serentak
1) Perubahan permintaan sahaja
Sekiranya diandaikan hanya permintaan sahaja yang berubah, dua keadaan berikut akan
berlaku iaitu:-
i) Peningkatan permintaan akan menyebabkan berlaku kenaikan harga
keseimbangan dan kuantiti keseimbangan serentak.
ii) Penurunan permintaan akan menyebabkan penurunan harga keseimbangan
dan kuantiti keseimbangan serentak.
Rajah 2.19: Permintaan berubah, penawaran tetap.
Berdasarkan rajah 2.19, katakan keseimbangan asal pada tingkat harga 0P0 dan kuantiti
0Q0 apabila keluk penawaran (S0S0) bersilang dengan keluk permintaan (D0D0) iaitu di
titik E. Andaikan penawaran tetap. Jika permintaan meningkat, keluk permintaan beralih
dari D0D0 ke D1D1 di mana keseimbangan pasaran berubah ke titik F. Kesannya, harga
dan kuantiti keseimbangan pasaran meningkat ke 0P1 dan 0Q1. Jika permintaan
berkurangan, keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D2D2 dimana keseimbangan
pasaran berubah ke titik G. Harga dan kuantiti keseimbangan pasaran jatuh dari
keseimbangan asal ke 0P2 dan 0Q2.
Kesimpulannya, apabila keluk penawaran tidak berubah, kenaikan permintaan akan
menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan meningkat dan jika permintaan jatuh
harga dan kuantiti keseimbangan akan berkurangan.
Ianya juga boleh di lihat berdasarkan persamaan (rumus). Katakan asalnya fungsi
permintaan dan penawaran ialah:
27
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Qd= 32 – 2.5P dan Qs = 2 + 2.5P
Penyelesaian:
Syarat keseimbangan pasaran Qd = Qs, maka
Qd = Qs
32 – 2.5P = 2 + 2.5P
32 – 2 = 2.5P + 2.5P
5P
30 = 30/5
RM6.00
P=
P=
Gantikan P = RM6.00 dalam persamaan permintaan atau penawaran
Qd = 32 – 2.5P
Qd = 32 – 2.5(6)
Qd =
Qd = 32 - 15
17
Berdasarkan pengiraan di atas, harga keseimbangan asal ialah RM6.00 sebotol dan
kuantiti keseimbangan asal ialah 17 botol.
Andaikan permintaan meningkat disebabkan kenaikan dalam citarasa pengguna
terhadap barang tersebut. Jadi fungsi permintaan berubah menjadi Qd = 40 – 2.5P
sedangkan fungsi penawaran tetap. Keseimbangan baru ialah:
Penyelesaian:-
Syarat keseimbangan pasaran Qd = Qs, maka
Qd1 = Qs
40 – 2.5P = 2 + 2.5P
40 – 2 = 2.5P + 2.5P
38 = 5P
P = 38/5
P = RM7.60
Gantikan P = RM7.60 dalam persamaan permintaan atau penawaran
Qd = 40 – 2.5P
Qd = 40 – 2.5(7.60)
Qd = 40 - 15
Qd = 21
Berdasarkan pengiraan di atas, harga keseimbangan baru ialah RM 7.60 sebotol dan
kuantiti keseimbangan baru ialah 21 botol. Ini menunjukkan permintaan meningkat
sedangkan penawaran tetap, harga dan kuantiti keseimbangan akan meningkat.
28
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
2. Perubahan penawaran sahaja
Sekiranya diandaikan hanya penawaran yang berubah, dua keadaan berikut akan berlaku
iaitu:-
i. Peningkatan penawaran menyebabkan harga keseimbangan jatuh dan kuantiti
keseimbangan meningkat.
ii. Kejatuhan penawaran akan menyebabkan harga keseimbangan meningkat dan
kuantiti keseimbangan berkurangan. Keadaan ini ditunjukkan dalam rajah 2.20
Katakan keseimbangan asal pada tingkat harga (0P0) dan kuantiti asal (0Q0) apabila
keluk permintaan (D0D0) bersilang dengan keluk penawaran (S0S0). Diandaikan
permintaan tetap. Jika berlaku peningkatan penawaran, keluk penawaran beralih ke
kanan dari S0S0 ke S1S1. Harga keseimbangan jatuh dari 0P0 ke 0P1 dan kuantiti
keseimbangan meningkat dari 0Q0 ke 0Q1. Jika penawaran berkurangan, keluk
penawaran akan beralih ke kiri iaitu dari S0S0 ke S2S2. Harga keseimbangan meningkat
dari 0P0 ke 0P2 dan kuantiti keseimbangan berkurangan dari 0Q0 ke 0Q2.
Rajah 2.20: Penawaran berubah, permintaan tetap
D0 S2
G
S0
S1
E
F
S2
S0 D0
S1
0 Q2 Q0 Q1 kuantiti
harg a
P2
P0 P1
Kesan perubahan permintaan sahaja atau penawaran sahaja terhadap keseimbangan
pasaran dapat dirumuskan seperti Jadual 2.7 di bawah.
29
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Jadual 2.7: Kesan perubahan permintaan atau penawaran terhadap keseimbangan
pasaran
Keadaan Keadaan Kesan kepada harga Kesan kepada kuantiti
permintaan penawaran keseimbangan keseimbangan
Bertambah Naik Meningkat
Berkurang Tetap Turun Berkurang
Turun Meningkat
Tetap Bertambah Naik Berkurang
Berkurang
Ianya juga boleh di lihat berdasarkan persamaan. Katakan asalnya fungsi permintaan
dan penawaran ialah:
Qd = 32 – 2.5P dan Qs = 2 + 2.5P
Penyelesaian:-
Syarat keseimbangan pasaran Qd = Qs, maka
Qd = Qs
32 – 2.5P = 2 + 2.5P
32 – 2 = 2.5P + 2.5P
5P
30 = 30/5
RM6.00
P=
P=
Gantikan P = RM6.00 dalam persamaan permintaan atau penawaran
Qd = 32 – 2.5P
Qd = 32 – 2.5(6)
Qd =
Qd = 32 - 15
17
Berdasarkan pengiraan di atas, harga keseimbangan asal ialah RM 6.00 sebotol dan
kuantiti keseimbangan asal ialah 17 botol.
Andaikan penawaran meningkat disebabkan kejatuhan harga input-input. Jadi
fungsi penawaran berubah menjadi Qs1 = 8 + 2.5P sedangkan fungsi permintaan
tetap. Keseimbangan yang baru ialah:
Penyelesaian:
Qd = Qs1
32 – 2.5P = 8 + 2.5P
32 – 8 = 2.5P + 2.5P
5P
24 = 24/5
P=
30
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P = RM4.80
Gantikan P = RM4.80 dalam persamaan permintaan atau penawaran
Qd = 32 – 2.5P
Qd = 32 – 2.5(4.8)
Qd = 32 - 12
Qd = 20
Berdasarkan pengiraan di atas, harga keseimbangan baru ialah RM4.80 sebotol dan
kuantiti keseimbangan baru ialah 20 botol. Ini menunjukkan apabila penawaran
meningkat sedangkan permintaan tetap, harga akan jatuh dan kuantiti keseimbangan
akan meningkat.
3. Perubahan dalam permintaan dan penawaran secara serentak
Perubahan dalam kedua-dua permintaan dan penawaran yang mempengaruhi
keseimbangan pasaran dapat dibezakan dalam beberapa kes iaitu:-
i. Permintaan dan penawaran bertambah
Pertambahan dalam permintaan dan penawaran serentak boleh di lihat dari tiga sudut
iaitu:
Pertama: Kenaikan permintaan dan penawaran dengan kadar yang sama. Apabila
permintaan dan penawaran naik dengan kadar yang sama, kesannnya harga
keseimbangan tidak berubah tetapi kuantiti keseimbangan telah meningkat.
Rajah 2.21: Kenaikan permintaan dan penawaran dengan kadar yang
sama.
harg a
D1 S0
D0 S1
EF
P0
S0 D1
S1 D0
0 Q0 Q1 kuantiti
Daripada rajah 2.21, mula-mula keseimbangan pasaran di titik E iaitu harga
keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0. Katakan permintaan meningkat
yang ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam
masa yang sama penawaran juga meningkat dengan kadar yang sama dari S0S0 ke
31
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
S1S1. Keseimbangan baru di titik F di mana harga keseimbangan tetap pada 0P0
tetapi kuantiti keseimbangan telah meningkat dari 0Q0 kepada 0Q1.
Kedua: Kenaikan penawaran lebih besar daripada kenaikan permintaan. Apabila
pertambahan dalam penawaran lebih besar daripada pertambahan dalam permintaan,
harga keseimbangan akan jatuh dan dalam masa yang sama kuantiti keseimbangan
akan meningkat.
Dalam rajah 2.22, mula-mula keseimbangan pasaran di titik E iaitu harga
keseimbangan 0P0 kuantiti keseimbangan 0Q0. Katakan permintaan meningkat yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa
yang sama penawaran juga meningkat tetapi dengan jumlah yang lebih besar
daripada kenaikan permintaan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari
S0S0 ke S1S1. Keseimbangan baru di titik F di mana harga keseimbangan jatuh dari
0P0 ke 0P1 tetapi kuantiti keseimbangan telah meningkat dari 0Q0 kepada 0Q1.
Rajah 2.22: Pertambahan penawaran lebih besar daripada pertambahan permintaan.
harg a S0
D0 D1 S1
E F
D1
S0
S1 D0
Q1 kuantiti
0 Q0
P0 P1
Ketiga: Kenaikan penawaran lebih kecil daripada kenaikan permintaan Apabila
pertambahan dalam penawaran lebih kecil daripada pertambahan dalam permintaan,
harga keseimbangan akan meningkat dan dalam masa yang sama kuantiti
keseimbangan akan meningkat.
Rajah 2.23: Pertambahan penawaran lebih kecil daripada pertambahan permintaan.
harg a
32
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P1 P0 D1 S0
D0 S1
E F
S0
D1
S1
D0
0 Q0 Q1 kuantiti
Daripada rajah 2.23, mula-mula keseimbangan pasaran di titik E iaitu harga
keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0. Katakan permintaan meningkat
yang ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam
masa yang sama penawaran juga meningkat tetapi dengan jumlah yang lebih kecil
daripada kenaikan permintaan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari
S0S0 ke S1S1. Kesannya, keseimbangan baru di titik F di mana harga keseimbangan
meningkat dari 0P0 ke 0P1 dan dalam masa yang sama kuantiti keseimbangan telah
meningkat dari 0Q0 ke 0Q1.
Kesimpulan: Apabila berlaku pertambahan permintaan dan penawaran secara
serentak, kuantiti keseimbangan sentiasa meningkat tetapi perubahan harga
keseimbangan bergantung kepada kadar pertambahan permintaan dan penawaran.
ii. Permintaan dan penawaran berkurang
Pengurangan dalam permintaan dan penawaran serentak boleh di lihat dari tiga
sudut iaitu:
Pertama: Pengurangan permintaan dan penawaran dengan kadar yang sama
Apabila permintaan dan penawaran jatuh dengan kadar yang sama, kesannya harga
keseimbangan tidak berubah tetapi kuantiti keseimbangan telah berkurangan.
Rajah 2.24: Pengurangan permintaan dan penawaran dengan kadar yang
sama
harg a
D0 S1
S0
D1
FE
P0
S1 D0
S0 D1
0 Q1 Q0 kuantiti
33
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Daripada rajah 2.24, mula-mula keseimbangan pasaran di titik E iaitu harga
keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0. Katakan permintaan
berkurangan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1
dan dalam masa yang sama penawaran juga berkurangan dengan kadar yang sama
yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1. Kesannya,
keseimbangan baru di titik F di mana harga keseimbangan tatap pada 0P0 tetapi
kuantiti keseimbangan telah berkurangan dari 0Q0 kepada 0Q1.
Kedua: Pengurangan penawaran lebih besar daripada pengurangan permintaan.
Apabila pengurangan dalam penawaran lebih besar daripada pengurangan dalam
permintaan harga keseimbangan akan meningkat dan dalam masa yang sama kuantiti
keseimbangan akan jatuh.
Daripada rajah 2.25, mula-mula keseimbangan pasaran di titik E iaitu harga
keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0. Katakan permintaan jatuh yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa
yang sama penawaran juga jatuh tetapi dengan jumlah yang lebih besar daripada
kejatuhan permintaan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke
S1S1. Kesannya, keseimbangan baru di titik F di mana harga keseimbangan
meningkat dari 0P0 ke 0P1 tetapi kuantiti keseimbangan telah jatuh dari 0Q0 kepada
0Q1.
Rajah 2.25: Pengurangan penawaran lebih besar daripada pengurangan permintaan.
harg a S1
D1 D0 S0
F
E
S1
S0 D0
D1
0 Q1 Q0 kuantiti
P1 P0
34
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Ketiga: Pengurangan penawaran lebih kecil daripada pengurangan permintaan.
Apabila pengurangan dalam penawaran lebih kecil daripada pengurangan dalam
permintaan, harga keseimbangan akan jatuh dan dalam masa yang sama kuantiti
keseimbangan akan jatuh.
Rajah 2.26: Pengurangan penawaran lebih kecil daripada pengurangan permintaan.
D0 S1
D1 S0
E
F D0
S1 kuantiti
S0
0 Q1 D1
harg a Q0
P0 P1
Daripada rajah 2.26, mula-mula keseimbangan pasaran di titik E iaitu harga
keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0. Katakan permintaan jatuh yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa
yang sama penawaran juga jatuh tetapi dengan jumlah yang lebih kecil daripada
kejatuhan permintaan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke
S1S1. Kesannya, keseimbangan baru di titik F di mana harga keseimbangan jatuh dari
0P0 ke 0P1 dan dalam masa yang sama kuantiti keseimbangan telah berkurangan
dari 0Q0 kepada 0Q1.
Kesimpulan: Apabila berlaku pengurangan permintaan dan penawaran secara
serentak, kuantiti keseimbangan sentiasa menurun tetapi perubahan harga
keseimbangan bergantung pada kadar pengurangan permintaan dan penawaran.
35
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Kesan perubahan permintaan dan penawaran secara serentak pada arah yang sama
terhadap keseimbangan pasaran dapat dirumuskan seperti Jadual 2.8 di bawah.
Jadual 2.8: Kesan perubahan permintaan dan penawaran secara serentak terhadap
keseimbangan pasaran
Perubahan Perubahan Kesan kepada harga Kesan kepada
permintaan penawaran keseimbangan kuantiti
Bertambah Bertambah Tidak dapat ditentukan keseimbangan
Berkurang Berkurang (mungkin naik atau turun, Meningkat
atau tidak berubah) Berkurang
Tidak dapat ditentukan
(mungkin naik atau turun,
atau tidak berubah)
iii. Pertambahan permintaan tetapi pengurangan penawaran
Pertambahan dalam permintaan dan pengurangan penawaran boleh di lihat dari tiga
sudut iaitu:
Pertama: Pertambahan permintaan dan pengurangan dalam penawaran dengan
kadar yang sama
Maksudnya ialah di sebelah permintaan meningkat sebanyak 10% dan dalam masa
yang sama berlaku pengurangan dalam penawaran sebanyak 10%. Apabila ini
berlaku, kesannya harga keseimbangan akan meningkat tetapi kuantiti keseimbangan
tidak berubah.
Berdasarkan rajah 2.27, keluk permintaan dan penawaran asalnya D0D0 dan S0S0 di
mana keseimbangan di titik E iaitu pada tingkat harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti
keseimbangan 0Q0. Andaikan permintaan meningkat yang ditunjukkan oleh peralihan
keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa yang sama penawaran jatuh
yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1. Kesannya,
harga keseimbangan meningkat dari 0P0 ke 0P1 tetapi dalam masa yang sama
kuantiti keseimbangan tetap pada 0Q0.
Rajah 2.27: Pengurangan penawaran dan pertambahan permintaan dengan kadar
yang sama.
harg a
36
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P1 S1
D1 S0
P0 D0
F
E
S1 D1
Kedua: Pertambahan S0 D0 permintaan lebih
besar berbanding 0 pengurangan
penawaran.
Q0 kuantiti
Maksudnya ialah di sebelah permintaan meningkat sebanyak 10% dan dalam masa
yang sama berlaku pengurangan dalam penawaran sebanyak 5%. Apabila hal ini
berlaku, kesannya harga keseimbangan akan meningkat dan kuantiti keseimbangan
juga akan meningkat.
Rajah 2.28: Pertambahan permintaan lebih besar berbanding pengurangan
penawaran.
harg a
D0 D1 S1
P1 S0
F
E
P0 S1
S0 D1
D0
0 Q0 Q1 kuantiti
Berdasarkan rajah 2.28, asal keluk permintaan dan penawaran masing-masing ialah
D0D0 dan S0S0 di mana keseimbangan pada titik E pada harga dan kuantiti
keseimbangan 0P0 dan 0Q0. Kemudian andaikan permintaan meningkat yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa
yang sama penawaran berkurangan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran
dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, keseimbangan berubah dari titik E ke titik F di mana
harga keseimbangan telah meningkat dari 0P0 ke 0P1 dan dalam masa yang sama
kuantiti keseimbangan meningkat dari 0Q0 ke 0Q1.
Ketiga: Pertambahan permintaan kecil berbanding pengurangan penawaran.
Maksudnya ialah di sebelah permintaan meningkat sebanyak 6% dan dalam masa
yang sama berlaku pengurangan dalam penawaran sebanyak 10%. Apabila ini
berlaku, kesannya harga keseimbangan akan meningkat dan kuantiti keseimbangan
akan jatuh.
Rajah 2.29: Pertambahan permintaan kecil berbanding pengurangan penawaran
37
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
harg a S1
D0 D1 S0
F
P1
S1 E
D1
0
P0 S0 D0
Q1 Q0 kuantiti
Berdasarkan rajah 2.29, asalnya keluk permintaan dan penawaran masing-masing
ialah D0D0 dan S0S0 di mana keseimbangan pada titik E dengan harga dan kuantiti
keseimbangan 0P0 dan 0Q0. Kemudian andaikan permintaan meningkat yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa
yang sama penawaran berkurangan yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran
dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, keseimbangan barubah ke titik F di mana harga
keseimbangan telah meningkat dari 0P0 ke 0P1 dan dalam masa yang sama kuantiti
keseimbangan jatuh dari 0Q0 ke 0Q1.
Kesimpulan: Apabila berlaku pertambahan permintaan dan pengurangan penawaran
secara serentak, harga keseimbangan sentiasa naik, tetapi perubahan kuantiti
keseimbangan bergantung pada kadar pertambahan permintaan dan pengurangan
penawaran.
iv. Pengurangan permintaan dan pertambahan penawaran
Pengurangan dalam permintaan dan pertambahan dalam penawaran boleh di lihat
dari tiga sudut iaitu:-
Pertama: Pengurangan permintaan dan pertambahan penawaran dengan kadar
yang sama.
Maksudnya ialah di sebelah pemintaan berkurangan sebanyak 10% dan dalam masa
yang sama berlaku kenaikan dalam penawaran sebanyak 10%. Apabila hal ini berlaku,
kesannya harga keseimbangan akan jatuh tetapi kuantiti keseimbangan tidak
berubah.
Rajah 2.30: Pengurangan permintaan dan pertambahan penawaran dengan kadar
yang sama.
harg a
38
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P0 D0 S0
S1
D1
P1 E
S0 F
S1 D0
D1
0 Q0 kuantiti
Berdasarkan rajah 2.30, keluk permintaan dan penawaran asalnya D0D0 dan S0S0 di
mana keseimbangan di titk E iaitu tingkat harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti
keseimbangan 0Q0. Andaikan permintaan jatuh yang ditunjukkan oleh peralihan keluk
permintaan dari D0 ke D1 dan dalam masa yang sama penawaran meningkat yang
ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1. Kesannya, harga
keseimbangan jatuh dari 0P0 ke 0P1 dan pada masa yang sama kuantiti
keseimbangan tetap pada 0Q0.
Kedua: Pengurangan permintaan lebih besar berbanding kenaikan penawaran.
Maksudnya ialah di sebelah permintaan berkurang sebanyak 10%dan dalam masa
yang sama berlaku pertambahan dalam penawaran sebanyak 5%. Apabila hal ini
berlaku, kesannya harga keseimbangan akan jatuh dan kuantiti keseimbangan juga
akan jatuh.
Berdasarkan rajah 2.31, asalnya keluk permintaan dan penawaran masing-masing
ialah D0D0 dan S0S0 di mana keseimbangan pada titik E dengan harga dan kuantiti
keseimbangan 0P0 dan 0Q0. Kemudian andaikan permintaan jatuh yang ditunjukkan
oleh peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa yang sama
penawaran meningkat yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke
S1S1. Kesannya, keseimbangan berubah ke titik F di mana harga keseimbangan telah
jatuh dari 0P0 ke 0P1 dan dalam masa yang sama kuantiti keseimbangan jatuh dari
0Q0 ke 0Q1.
Rajah 2.31: Pengurangan permintaan lebih besar berbanding kenaikan penawaran
harg a
39
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
P0 D0 S0
D1 S1
E
P1
F
S0
D0
S1
D1
0 Q1 Q0 kuantiti
Ketiga:Pengurangan
permintaan lebih kecil berbanding kenaikan penawaran Maksudnya ialah di
sebelah permintaan jatuh sebanyak 6% dan dalam masa yang sama berlaku kenaikan
dalam penawaran sebanyak 10%. Apabila ini berlaku, kesannya harga keseimbangan
akan jatuh dan kuantiti keseimbangan akan meningkat.
Rajah 2.32: Pengurangan permintaan lebih kecil berbanding kenaikan penawaran
harg a S0
S1
D1 D0
E
P0
S0 F
0 D0
P1 D1
S1
Q0 Q1 kuantiti
Berdasarkan rajah 2.32, asalnya keluk permintaan dan penawaran masing-masing
ialah D0D0 dan S0S0 di mana keseimbangan pada titik E dengan harga dan kuantiti
keseimbangan 0P0 dan 0Q0. Andaikan permintaan jatuh yang ditunjukkan oleh
peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1 dan dalam masa yang sama
penawaran meningkat yang ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke
S1S1. Kesannya, keseimbangan berubah ke titik F di mana harga keseimbangan telah
jatuh dari 0P0 ke 0P1 dan dalam masa yang sama kuantiti keseimbangan meningkat
dari 0Q0 ke 0Q1.
Kesimpulan: Apabila berlaku pengurangan permintaan dan pertambahan penawaran
secara serentak harga keseimbangan sentiasa jatuh, tetapi perubahan kuantiti
40
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
keseimbangan bergantung pada kadar pengurangan permintaan dan pertambahan
penawaran.
Kesan perubahan permintaan dan penawaran secara serentak pada arah yang
bertentangan terhadap keseimbangan pasaran dapat dirumuskan seperti Jadual 3.0
di bawah.
Jadual 2.9: Kesan perubahan permintaan dan penawaran secara serentak terhadap
keseimbangan pasaran
Perubahan Perubahan Perubahan harga Kesan kepada kuantiti
permintaan penawaran keseimbangan keseimbangan
Naik
Bertambah Berkurang Tidak dapat ditentukan
Jatuh (mungkin bertambah atau
Berkurang Bertambah berkurang, atau tidak berubah)
Tidak dapat ditentukan
(mungkin bertambah atau
berkurang, atau tidak berubah)
2.4 Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar
a. Lebihan pengguna
Lebihan pengguna merujuk kepada faedah yang diterima oleh pengguna akibat
perbezaan antara harga yang sanggup dibayar dengan harga pasaran. Lebihan
pengguna ditunjukkan oleh rajah 2.33.
Rajah 2.33: Lebihan pengguna
Harga (RM)
C
0 Q0 DD
P1 Kuantiti (unit)
P0
41
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Tingkat harga 0P0 merupakan harga yang ditetapkan di pasaran (harga
keseimbangan). Pengguna sanggup membayar pada tingkat harga 0P1. Wujud
lebihan pengguna yang ditunjukkan oleh kawasan di bawah keluk permintaan DD dan
di atas tingkat harga P0 atau sebesar kawasan segi tiga berlorek P1P0C.
Contoh 1.
Diberi maklumat seperti rajah 2.34 di bawah.
Rajah 2.34: Kawasan lebihan pengguna
0 40 Qd = 60 – 4P
harg a P1 kuantiti
P0
Berapakah nilai lebihan pengguna?
Pada harga P1, Qd = 0. Gantikan nilai Qd dalam persamaan Qd =60 – 4P 0
= 60 – 4P
4P = 60 P =
15
42
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Maka P1 = RM15.00
Pada harga P0,Qd = 40.Gantikan nilai Qd dalam persamaan Qd =60 – 4P
40 = 60 – 4P
4P = 20
P =5
Maka P0 = RM5.00
Lebihan pengguna:
= ½ (40) (15 – 5)
= ½ (40) (10)
= RM200
b. Lebihan pengeluar
Perbezaan di antara harga yang sebenar yang ditetapkan oleh pasaran dengan harga
yang sanggup ditawarkan oleh pengeluar.
Rumusan lebihan pengeluar.
Lebihan pengeluar = ½ (Pe – Ps) (Qe)
Di mana:
Pe = Harga sebenar ( ditetapkan oleh pasaran)
Ps = harga yang sanggup ditawarkan pengeluar Qe =
kuantiti keseimbangan
Lebihan pengeluar ditunjukkan seperti kawasan berlorek dalam rajah 2.35 Rajah
2.35: Lebihan pengeluar
Harga (RM)
S
15
10 D
15 Kuantiti
Lebihan pengeluar = ½ (15 – 10)(15)
43
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
= ½ (5) (15)
= ½ (75)
= RM37.50
2.5 Dasar kerajaan
Bagi mengatasi masalah kelemahan sistem ekonomi pasaran, kerajaan telah menggunakan
pelbagai kaedah. Antaranya, adalah melalui dasar kawalan harga, dasar pencukaian dan
subsidi. Dalam bab ini, kita akan membincangkan empat jenis campurtangan kerajaan iaitu
dasar harga maksimum, dasar harga minimum, cukai dan subsidi.
2.5.1 Dasar Kawalan Harga
Dasar ini terbahagi kepada dua iaitu dasar harga maksimum dan dasar harga minimum.
a. Harga maksimum
Dasar harga maksimum (harga bumbung/siling) ialah harga yang ditetapkan oleh
kerajaan pada tingkat harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan di
pasaran.
Harga maksimum merupakan harga paling tinggi yang dapat dijual beli di pasaran.
Harga maksimum biasanya dikenakan ke atas barang keperluan seperti beras, gula,
minyak, susu dan tepung.
Tujuan kerajaan menetapkan harga maksimum adalah untuk menjaga kebajikan
pengguna.
Rajah 2.36: Harga maksimum
Harga
D
S
P1
Pe E
Pc a b Harga
maksimum
SD
0 q1 qe q2 Kuantiti
Berdasarkan rajah 2.36, harga dan kuantiti keseimbangan bagi tepung gandum yang
ditentukan oleh mekanisma harga ialah masing-masing pada 0Pe dan 0qe. Oleh kerana
harga keseimbangan pasaran didapati terlalu tinggi dan membebankan pengguna,
kerajaan telah campurtangan dengan menetapkan harga maksimum pada 0Pc.
44
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Kesan penetapan harga maksimum pada OPc ialah:
i. Kuantiti diminta untuk tepung gandum ialah pada 0q2 manakala kuantiti
ditawar bagi tepung gandum ialah pada 0q1. Berlaku lebihan permintaan
tepung gandum sebanyak q1q2 atau sebesar ab.
ii. Lebihan permintaan yang berlaku di pasaran akan menggalakkan berlakunya
pasaran gelap iaitu kegiatan membeli tepung gandum pada tingkat harga
maksimum (0Pc) dan menjual semula pada tingkat harga yang lebih tinggi iaitu
pada 0P1.
iii. Lebihan pengguna meningkat daripada PeDE kepada PcDb dan lebihan
pengeluar berkurang daripada SPeE kepada SPca.
Kerajaan akan mengambil langkah berikut:
i. Bagi mengatasi masalah lebihan permintaan, kerajaan akan mengimport
tepung gandum dari luar negeri.
ii. Untuk mengelakkan daripada berlakunya pasaran gelap, kerajaan boleh
mengadakan dasar catuan, iaitu pembeli membeli tepung gandum
berdasarkan kuantiti yang dinyatakan di kupon-kupon. Dasar pencatuan
dapat memastikan bahawa setiap pengguna tidak mempunyai kuantiti tepung
gandum yang lebih untuk dijual semula dalam pasaran gelap. Selain dasar
catuan, kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang seperti
mengenakan denda dan hukuman berat ke atas pihak-pihak yang terlibat
dengan pasaran gelap.
iii. Memberi subsidi atau pelepasan cukai kepada pengeluar untuk meningkatkan
penawaran.
b. Harga minimum
Dasar harga minimum (harga lantai) ialah harga yang ditetapkan oleh kerajaan pada
tingkat harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan pasaran.
Harga minimum merupakan harga paling rendah yang dapat dijual beli di pasaran.
Tujuan kerajaan menetapkan harga minimum adalah untuk: i.
Menjaga kebajikan pengeluar.
ii. Meningkatkan pendapatan pengeluar, terutama pengeluar komoditi (seperti barang
pertanian) yang sering mengalami turun naik harga yang hebat, serta
mempunyai permintaan dan penawaran yang tidak anjal harga.
Rajah 2.37: Harga minimum
45
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Harga
D
S
Pf g h Harga minimun
E
Pe
SD
0 q1 qe q2 Kuantiti
Berdasarkan Rajah 2.37, harga dan kuantiti keseimbangan bagi padi yang ditentukan
oleh mekanisma harga ialah masing-masing pada 0Pe dan 0qe. Oleh kerana harga
keseimbangan pasaran didapati terlalu rendah dan menjejaskan pendapatan
pengeluar, kerajaan telah campurtangan dengan menetapkan harga minimum pada
0Pf.
Kesan penetapan harga minimum pada OPf ialah:
i. Kuantiti diminta padi ialah pada 0q1 manakala kuantiti ditawar bagi padi ialah
pada 0q2. Berlaku lebihan penawaran padi sebanyak q1q2 atau sebesar gh.
ii. Lebihan pengguna berkurang daripada PeDE kepada PfDg dan lebihan
pengeluar meningkat daripada SPeE kepada SPh.
iii. Pendapatan pengeluar meningkat daripada OPeEqe kepada OPfhq2.
Kerajaan boleh menjayakan dasar harga minimum melalui cara berikut:
i. Membeli lebihan penawaran atau memberi subsidi (OPf seunit) sebanyak
q1q2 untuk mengekalkan harga minimum pada OPf. Jumlah perbelanjaan
kerajaan ialah q1q2gh.
ii. Mengeksport lebihan penawaran ke luar negara.
2.5.2 Cukai dan Subsidi
a. Cukai Jualan
Cukai jualan ialah cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang. Cukai
jualan biasanya dikenakan berdasarkan peratusan tertentu daripada nilai barang
tersebut. Cukai jualan akan menyebabkan kos pengeluaran pengeluar meningkat.
Kesannya harga barangan akan meningkat. Bagi menaikkan harga, pengeluar akan
mengurangkan penawaran menyebabkan keluk penawaran akan beralih ke kiri.
Kesannya fungsi penawaran akan berubah menjadi:
Fungsi penawaran asal (sebelum cukai) : Qs = a +bP
Fungsi penawaran baru (selepas cukai) : Qs = a + b(P- t)
46
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Rajah 2.38: Kesan cukai ke atas keluk penawaran.
Harga
D St
P1 E1 S
AE
P0 B D
P St Kuantiti
S
q0 q1
Rajah 2.38 menunjukkan pada titik keseimbangan asal (E), harga keseimbangan asal
ialah pada Po dan kuantiti keseimbangan asal ialah pada q1. Apabila kerajaan
mengenakan cukai sebanyak RMt seunit, keluk penawaran akan beralih ke kiri dari
SS ke StSt. Cukai yang dikenakan telah meningkatkan harga keseimbangan dari 0P0
ke 0P1 dan kuantiti keseimbangan berkurangan dari 0q1 ke 0q0. Jumlah hasil
kerajaan adalah PP1E1B. Beban cukai yang ditanggung oleh pengeluar adalah
PP0AB dan beban cukai yang ditanggung oleh pengguna adalah P0P1E1A.
Aplikasi konsep: Kesan Cukai
Diberi fungsi permintaan (Qd) dan fungsi penawaran (Qs) suatu barang adalah seperti
berikut:
Qd = 120 – 6P
Qs = 6P
a. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan.
b. Bentukkan fungsi penawaran yang baru jika kerajaan telah mengenakan cukai
RM2.00 per unit ke atas output tersebut.
c. Tentukan kesan cukai terhadap harga dan output keseimbangan.
d. Hitung jumlah hasil kerajaan.
e. Hitung jumlah beban cukai pengguna dan pengeluar.
f. Lakarkan rajah keseimbangan pasaran sebelum dan selepas cukai dikenakan.
g. Hitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar sebelum dan selepas cukai.
Jawapan:
a. Pada keseimbangan: Qd = Qs
120 – 6P = 6P
12P = 120
P = RM10 (harga keseimbangan asal)
Qs = 6(10)
= 60 unit (kuantiti keseimbangan asal)
b. Fungsi penawaran baru selepas cukai: (t = RM2 perunit)
Qst = 6(P – 2)
47
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Qst = 6P – 12
c. Kesan cukai terhadap keseimbangan pasaran Qd = Qst
120 – 6P = 6P – 12
12P = 132
P = RM11 (harga keseimbangan meningkat)
Qs = 6(11) – 12
= 54 unit (kuantiti keseimbangan berkurang)
d. Jumlah hasil kerajaan = RM2 x 54
= RM108
e. Beban cukai pengguna = (RM11 – RM10) x 54
= RM54
Beban cukai pengeluar = (RM2 – RM1) x 54
= RM54
f. Rajah keseimbangan pasaran sebelum dan selepas cukai dikenakan
g. Sebelum cukai
Lebihan pengguna = ½ x 60 x (20 – 10)
= RM300
Lebihan pengeluar = ½ x 60 x 10
= RM300
Selepas cukai
Lebihan pengguna = ½ x 54 x (20 – 11)
= RM243 (lebihan pengguna berkurang sebanyak RMRM57)
48
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Lebihan pengeluar = ½ x 54 x (11 – 2)
= RM243 (lebihan pengeluar berkurang sebanyak RMRM57)
b. Subsidi
Subsidi ialah pemberian kerajaan kepada sesuatu pengeluaran supaya firma dapat
mengurangkan kos pengeluaran dan harga barang. Kesannya kos pengeluaran akan
berkurangan menyebabkan pengeluar akan menambahkan keluaran iaitu keluk
penawaran akan beralih ke kanan. Keluk penawaran akan bergerak ke kanan menjadi:
Fungsi penawaran asal (sebelum subsidi): Qs = a +bP
Fungsi penawaran baru (selepas subsidi): Qs = a + b(P+s)
Rajah 2.39: Kesan pemberian subsidi oleh kerajaan ke atas keluk penawaran
Harga
D S
P Ss
A
EB
E1
S D
Ss
P0P1
q0 q1 kuantiti
Rajah 2.39 menunjukkan pada titik keseimbangan asal E, harga keseimbangan asal
ialah pada Po dan kuantiti keseimbangan asal ialah pada qo. Apabila kerajaan
memberi subsidi sebanyak sebanyak RMs seunit, keluk penawaran akan beralih ke
kanan iaitu ke Ss. Subsidi yang diberikan telah menurunkan harga keseimbangan
kepada P1 dan kuantiti keseimbangan meningkat kepada q1. Jumlah subsidi kerajaan
adalah P1PAE1. Faedah subsidi yang diterima oleh pengguna adalah P1P0BE1.
Faedah subsidi yang diterima oleh pengeluar adalah P0PAB.
Kesimpulannya, cukai yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan penawaran
berkurangan. Kesannya harga barangan akan meningkat, manakala subsidi yang di
berikan oleh kerajaan menyebabkan kos pengeluaran menjadi rendah. Jadi
penawaran akan bertambah dan harga akan jatuh.
49
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Aplikasi konsep: Kesan Subsidi
Diberi fungsi permintaan (Qd) dan fungsi penawaran (Qs) suatu barang adalah seperti
berikut:
P = 80 – 2Q
P = 10 + 1/2Q
a. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan.
b. Bentukkan fungsi penawaran yang baharu jika kerajaan telah memberi subsidi
RM5.00 per unit ke atas output tersebut.
c. Tentukan kesan subsidi terhadap harga dan output keseimbangan.
d. Hitung jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.
e. Hitung faedah subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar.
f. Lakarkan rajah keseimbangan pasaran sebelum dan selepas pemberian subsidi .
g. Hitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar sebelum dan selepas subsidi.
Jawapan:
a. Pada keseimbangan: Qd = Qs
80 – 2Q = 10 + 1/2Q
2.5Q = 70
Q = 28 (kuantiti keseimbangan asal)
P = 80 - 2(28) P
= 80 - 56
P = RM24(harga keseimbangan asal)
b. Fungsi penawaran baru selepas subsidi: (s = RM5 perunit) Ps = 10 + 1/2Q – 5
Ps = 5 + 1/2Q
c. Kesan subsidi terhadap keseimbangan pasaran
Qd = Qs
80 – 2Q = 5 + 1/2Q
2.5Q = 75
Q = 30 (kuantiti keseimbangan meningkat)
Ps = 5 + 1/2Q
Ps = 5 + ½(30)
Ps = RM20 (harga keseimbangan berkurang)
d. Jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan:
= RM5 x 30
= RM150
e. Subsidi yang dinikmati pengguna = (RM24 – RM20) x 30
= RM4 x 30
50