The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-01-17 14:20:56

BAB 1

KMP

BAB 1
PENGENALAN
MAKROEKONOMI

AE025 UNIT EKONOMI

1.1 Definisi Makroekonomi
a) mentakrifkan dan menghuraikan makroekonomi

1.2 Pembolehubah Makroekonomi
a) menerangkan pembolehubah makroekonomi yang utama

dengan merujuk data ekonomi Malaysia

1.3 Matlamat dan Dasar Makroekonomi
a) menerangkan matlamat makroekonomi dan kepentingannya.
b) mentakrif dasar makroekonomi iaitu:

AE025 UNIT EKONOMI

1.1 DEFINISI MAKROEKONOMI

a) Mentakrifkan dan menghuraikan makroekonomi

• Satu bidang ilmu yang mengkaji interaksi perlakuan unit-unit
ekonomi secara agregat untuk mencapai matlamat masing-
masing tertakluk pada sumber ekonomi yang terhad.

• Menjelaskan kegiatan ekonomi secara menyeluruh (agregat) iaitu
mengkaji kegiatan dan interaksi sektor isi rumah, firma, kerajaan
dan sektor luar negara yang menentukan tingkat pencapaian
ekonomi.

AE025 UNIT EKONOMI

1.2 PEMBOLEH UBAH
MAKROEKONOMI

Data statistik mengenai kegiatan ekonomi yang
digunakan sebagai alat pengukur untuk menilai
prestasi ekonomi sebuah negara.

Pemboleh ubah yang utama:

a. Guna Tenaga & Pengangguran

b. Tingkat harga umum dan Inflasi

c. Imbangan Pembayaran

d. Pendapatan Negara dan Pertumbuhan ekonomi

AE025 UNIT EKONOMI

i. GUNA TENAGA DAN
PENGANGGURAN

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang aktif
dalam pelbagai sektor ekonomi

Jumlah tenaga buruh adalah jumlah penduduk dalam
usia umur bekerja (antara 15 – 64 tahun) yang sedang
bekerja & yang sedang aktif mencari pekerjaan (tidak
termasuk pelajar, pesara, suri rumah tangga dan Orang
Kelainan Upaya).

AE025 UNIT EKONOMI

Pengangguran
Jumlah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja,
tetapi tidak mendapat pekerjaan pada tingkat upah
tertentu.

Kadar pengangguran merupakan satu ukuran tentang
peratusan penganggur daripada jumlah tenaga buruh.

AE025 UNIT EKONOMI

RUMUS:

1. Jumlah Tenaga Buruh
= Jumlah Guna Tenaga + Jumlah Penganggur

2. Jumlah Guna Tenaga
= Jumlah Tenaga Buruh – Jumlah Penganggur

3. Jumlah Penganggur

= Jumlah Tenaga Buruh – Jumlah Guna Tenaga

AE025 UNIT EKONOMI

RUMUS :

4. Kadar Guna Tenaga .
= Jumlah Guna Tenaga x 100
Jumlah Tenaga Buruh

5. Kadar Pengangguran
= Jumlah Pengangguran x 100
Jumlah Tenaga Buruh

AE025 UNIT EKONOMI

Guna Tenaga Penuh (GTP)

Pada teorinya semua tenaga buruh dalam sesebuah ekonomi
telah digunakan sepenuhnya (mendapat pekerjaan).

(Tiada pengangguran dalam ekonomi)

Pada amalannya, GTP merupakan satu keadaan dimana kadar
pengangguran 4% dan ke bawah.

Semakin tinggi kadar guna tenaga / semakin rendah kadar
pengangguran. Maka semakin tinggi keluaran negara. Begitu
juga sebaliknya.

AE025 UNIT EKONOMI

ii. TINGKAT HARGA UMUM DAN
INFLASI

Tingkat harga umum ialah harga purata barang dan
perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi bagi suatu
tempoh tertentu.

Inflasi ialah keadaan yang menunjukkan kenaikan
tingkat harga umum secara menyeluruh dan
berterusan.

Kadar inflasi ialah satu ukuran peratusan kenaikan
tingkat harga umum suatu tahun berbanding dengan
tahun sebelumnya.

AE025 UNIT EKONOMI

RUMUS:
Kadar Inflasi
= IHPt – IHPt-1 x 100
IHPt-1
di mana,
IHPt = IHP tahun semasa
IHPt-1 = IHP tahun sebelumnya

Inflasi menyebabkan nilai wang semakin kecil, kuasa beli
berkurang & kos hidup masyarakat meningkat seterusnya taraf
hidup rakyat menurun.

AE025 UNIT EKONOMI

iii.IMBANGAN PEMBAYARAN

Merupakan satu penyata kewangan yang menunjukkan nilai
semua urusniaga dan aliran wang di antara negara itu dengan
negara lain dalam tempoh tertentu misalnya setahun.

1. Imbangan lebihan

- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara
melebihi jumlah nilai pembayaran negara tersebut.

2. Imbangan seimbang

- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara = jumlah nilai
pembayaran negara tersebut.

3. Imbangan kurangan (defisit)

- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara lebih kecil
daripada jumlah nilai pembayaran negara tersebut.

AE025 UNIT EKONOMI

iv. PENDAPATAN NEGARA DAN
PERTUMBUHAN EKONOMI

Pendapatan Negara biasanya dirujuk kepada
Keluaran Negara.
Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang-barang
akhir & perkhidmatan yang dapat dihasilkan dalam
sesebuah negara untuk tempoh tertentu biasanya
setahun.

AE025 UNIT EKONOMI

iv. PENDAPATAN NEGARA DAN
PERTUMBUHAN EKONOMI

KONSEP PENDAPATAN NEGARA
• Pendapatan negara yang biasa digunakan adalah seperti

Keluaran Negara Kasar(KNK) / Keluaran Dalam Negeri
Kasar(KDNK)

• KNK/KDNK potensi
KNK/KDNK yang seharusnya dikeluarkan oleh sesebuah
negara jika semua faktor digunakan sepenuhnya.

• KNK/KDNK sebenar
KNK/KDNK sebenarnya dihasilkan oleh sesebuah negara.

AE025 UNIT EKONOMI

PERTUMBUHAN EKONOMI

Satu keadaan tentang perubahan jumlah keluaran negara daripada kegiatan
ekonomi dalam sesebuah negara bagi tempoh tertentu seperti setahun.

@

Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh masa setahun.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi UNIT EKONOMI
= KDNK benar t – KDNK benar t-1 X 100
KDNK benar t-1
atau
= KNK benar t – KNK benar t-1 X 100
KNK benar t-1

KDNK/KNK benar t = tahun semasa
KDNK/KNK benar t-1 = tahun sebelumnya

AE025

1.3 MATLAMAT & DASAR
MAKROEKONOMI

a) Menghuraikan matlamat makroekonomi
iaitu:

i. Mencapai tingkat guna tenaga penuh

ii. Mencapai kestabilan tingkat harga umum

iii. Memperbaiki imbangan pembayaran

iv. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

AE025 UNIT EKONOMI

i. MENCAPAI TINGKAT GUNA
TENAGA PENUH

- Kadar pengangguran pada paras yang sangat terendah,
iaitu 4% dan ke bawah.

- Pengangguran yang berlaku semasa guna tenaga
penuh hanyalah pengangguran semula jadi iaitu
pengangguran geseran .

- Jika GTP tercapai, keluaran negara mencapai ke tahap
maksimum. Ini bererti kebajikan masyarakat dan taraf
hidup meningkat.

AE025 UNIT EKONOMI

i. MENCAPAI TINGKAT GUNA
TENAGA PENUH

KEPENTINGAN

1. Guna tenaga tinggi Meningkatkan Keluaran negara dan
kebajikan masyarakat

2. Pengangguran menyebabkan ketidakcekapan dan
pembaziran sumber.

3. Pengagguran juga menyebabkan kesan negative
terhadap individu dan sosial

4. Pengangguran yg serius menyebabkan ketidakstabilan
politik dan sosial.

AE025 UNIT EKONOMI

ii. MENCAPAI KESTABILAN
TINGKAT HARGA UMUM

- Ekonomi tidak mengalami masalah turun naik harga atau
mengalami perubahan yang minimum sahaja.

- Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
menyebabkan inflasi. Kesannya nilai wang turun, kos sara
hidup naik dan taraf hidup menurun.

- Kejatuhan tingkat harga umum secara berterusan
menyebabkan deflasi dan tidak menggalakkan pelaburan
dalam ekonomi.

AE025 UNIT EKONOMI

ii. MENCAPAI KESTABILAN
TINGKAT HARGA UMUM

KEPENTINGAN
1. Kenaikkan tingkat harga umum yg tidak terkawal menyebabkan

masalah inflasi

2. Inflasi menyebabkan pendapatan benar/ kuasa beli wang merosot

3. Menyebabkan eksport negara merosot (harga brg negara relatif lebih
mahal)

4. Kejatuhan tingkat harga umum berterusan menyebabkan masalah
deflasi

5. Deflasi tidak mengalakkan pelaburan dan kebajikan masyarakat merosot

AE025 UNIT EKONOMI

iii.MEMPERBAIKI IMBANGAN
PEMBAYARAN

- Memperbaiki imbangan pembayaran defisit
- Mengukuh imbangan pembayaran untuk mengalakkan

pertumbuhan negara.

AE025 UNIT EKONOMI

iii.MEMPERBAIKI IMBANGAN
PEMBAYARAN

KEPENTINGAN
1. Meningkatkan rizab antarabangsa
2. Mengelakkan kemerosotan nilai ringgit berbanding

matawang asing
3. Mengurangkan aliran wang keluar
4. Mengurangkan beban hutang luar negara

AE025 UNIT EKONOMI

iv. MENINGKATKAN
PERTUMBUHAN EKONOMI

- peningkatan & perkembangan dalam kegiatan ekonomi
yang menyebabkan pertambahan keluaran negara.

KEPENTINGAN

i. Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, maka
semakin banyak faktor pengeluaran digunakan & kadar
pengangguran menurun.

ii. Jumlah keluaran yang dihasilkan dalam ekonomi
meningkat.

iii. Tingkat kebajikan & taraf hidup meningkat.

AE025 UNIT EKONOMI

b. MENTAKRIF DASAR-DASAR
MAKROEKONOMI

i. Dasar Fiskal
ii. Dasar Kewangan
iii. Dasar Kawalan Langsung
iv. Dasar Sebelah Penawaran

AE025 UNIT EKONOMI

i. DASAR FISKAL

- Dasar yang mengubah perbelanjaan kerajaan(G) dan
pencukaian(T) untuk mempengaruhi perbelanjaan
agregat(AE) dan seterusnya kegiatan ekonomi.

- Terbahagi kepada 2
i. Dasar fiskal mengembang(+G,-T)

 Mengatasi masalah pengangguran

ii. Dasar fiskal menguncup(-G,+T)

 Mengurangkan tekanan inflasi

AE025 UNIT EKONOMI

Dasar fiskal menguncup - Apabila ekonomi melambung
dan inflasi tinggi kerajaan harus mengurangkan
perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai

Dasar fiskal mengembang - Apabila ekonomi meleset
dan pengangguran serius, kerajaan harus menambahkan
perbelanjaan atau mengurangkan cukai

AE025 UNIT EKONOMI

ii. DASAR KEWANGAN

Dasar kerajaan melalui bank pusat untuk mengubah bekalan
wang(Ms) dan kadar bunga(r) bagi mempengaruhi
perbelanjaan agregat(AE) dan seterusnya kegiatan ekonomi.

Dibahagikan kepada 2:-

i. Dasar Kewangan Mengembang(+Ms,-r)

 Mengatasi masalah pengangguran

ii. Dasar Kewangan Menguncup(-Ms,+r)

 Mengurangkan tekanan inflasi

AE025 UNIT EKONOMI

iii.DASAR KAWALAN LANGSUNG

Kawalan kerajaan terhadap kegiatan ekonomi melalui undang-
undang dan peraturan

CONTOH UNIT EKONOMI
1. Dasar harga minimum
2. Dasar harga maksimum
3. Dasar Upah
4. Tarif import

AE025

iv. DASAR SEBELAH
PENAWARAN

Dasar kerajaan melului pelbagai insentif untuk
meningkatkan keupayaan pengeluaran dan penawaran
agregat(AS)

CONTOH UNIT EKONOMI
1. Penurunan cukai keuntungan syarikat
2. Penurunan cukai import bahan mentah
3. Galakan fisikal/insentif pelaburan
4. Galakan menjalankan R&D

AE025


Click to View FlipBook Version