The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-08-02 11:39:33

Bab 1

Bab 1

PENGENALAN BAB 1

BAB 1

PENGENALAN MIKROEKONOMI

1.1 Bidang Kajian Ekonomi
1.1.1 Takrif dan konsep asas ekonomi

a) Definisi ekonomi

Ilmu ekonomi ialah satu bidang sains sosial yg mengkaji tentang gelagat manusia

menggunakan faktor pengeluaran yang terhad untuk memaksimumkan kehendak

manusia yang tidak terbatas.

Konsep asas ekonomi

Kehendak manusia tidak terhad kerana cita rasa pengguna sentiasa berubah-ubah
dan kemajuan teknologi membolehkan pelbagai barang dan perkhidmatan dihasilkan
untuk menarik perhatian dan memuaskan kehendak manusia.

Sumber ekonomi seperti tanah, modal, buruh dan usahawan yang diperlukan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan adalah terhad.

Sumber ekonomi yang terhad dan kehendak yang tidak terhad ini menimbulkan
masalah kekurangan. Dalam erti kata lain, kekurangan wujud apabila sumber
ekonomi yang sedia ada tidak mencukupi untuk memuaskan kehendak manusia yang
tidak terbatas.

b) Takrif mikroekonomi dan takrif makroekonomi

Takrif mikroekonomi

Bidang pengkajian ekonomi yang menganalisis aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan
oleh unit-unit kecil di dalam ekonomi seperti gelagat pengguna dan pengeluar atau suatu
pasaran.

Bidang kajian mikroekonomi menumpukan kajian terhadap kelakuan individu,
rumahtangga, firma dan kerajaan. Ketiga-tiga unit ini merupakan pembuat keputusan
dalam sesebuah ekonomi. Antara teori yang terdapat dalam kajian mikro ialah teori
harga, teori pengeluaran dan kos, struktur pasaran dan peranan kerajaan dalam pasaran.

Takrif makroekonomi

Bidang pengajian ekonomi secara menyeluruh yang melibatkan pembolehubah ekonomi
seperti pendapatan negara, guna tenaga, inflasi dan imbangan pembayaran.
Makroekonomi mengkaji kegiatan dan peranan yang dimainkan oleh sektor isi rumah,

1

PENGENALAN BAB 1

firma, kerajaan dan sektor luar negara secara agregat dalam menentukan tingkat kegiatan
ekonomi

Makroekonomi menumpukan kepada kelakuan ekonomi pada keseluruhannya. Bidang
kajiannya tertumpu secara agregat. Ianya meliputi pendapatan negara, tingkat harga
umum, guna tenaga dan imbangan pembayaran.

1.1.2 Unit – unit ekonomi dan faktor-faktor/sumber pengeluaran.

a) Unit – unit ekonomi terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar
(antarabangsa)

i.Isi rumah

Isi rumah bermaksud individu atau kumpulan individu yang tinggal bersama dalam sebuah
rumah. Isi rumah mempunyai permintaan iaitu mereka ialah pengguna. Isi rumah membeli
barangan akhir yang dijual di pasaran. Isi rumah membelanjakan pendapatan yang
mereka peroleh, iaitu hasil jualan perkhidmatan yang dipanggil upah. Upah yang diterima
merupakan sebahagian perbelanjaan firma untuk membayar faktor buruh.

ii.Firma

Sebuah firma merupakan asas unit ekonomi yang menjalankan aktiviti pengeluaran.
Pengelompokan firma yang sejenis dikenali sebagai industri. Matlamat utama firma ialah
memaksimumkan untung. Untuk memaksimumkan untung firma harus memilih gabungan
input yang optimum dan mengeluarkan barangan dengan cekap.

iii.Kerajaan

Kerajaan merupakan badan yang mengurus dan melaksanakan kegiatan ekonomi sebuah
negara untuk menstabilkan dan membangunkan ekonomi negara. Kerajaan akan
mengawasi kegiatan isi rumah dan firma supaya mereka tidak menjalankan aktiviti-aktiviti
yang merugikan masyarakat.

Kerajaan akan melakukan kegiatan ekonomi sendiri dengan mengeluarkan barang-
barang dan perkhidmatan terutamanya barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan
oleh pihak swasta. Untuk membiayai perbelanjaan tersebut kerajaan akan memperolehi
hasil dalam bentuk cukai daripada isi rumah dan firma.

iv.Sektor luar

Sektor luar dikenali sebagai ekonomi empat sektor yang terdiri daripada sektor firma,
sektor isi rumah, sektor kerajaan dan sektor luar negeri. Di dalam ekonomi terbuka, sektor
isi rumah, sektor firma dan sektor kerajaan membuat keputusan dalam menentukan
perbelanjaan pelaburan swasta dan awam serta perbelanjaan penggunaan swasta dan
awam manakala sektor luar negeri menentukan tingkat eksport dan tingkat import dalam
negeri.

2

PENGENALAN BAB 1

b) Faktor-faktor/ Sumber Pengeluaran.

Dalam istilah ekonomi sumber dikenali sebagai faktor-faktor pengeluaran atau input.
Faktor-faktor pengeluaran diperlukan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang-barang.
Secara umumnya faktor pengeluaran terdiri dari tanah, buruh, modal dan usahawan.

i.Tanah.

Tanah adalah anugerah alam. Tanah merujuk kepada bahan galian, hasil hutan, air dan
lain-lain anugerah alam semula jadi. Faktor tanah merupakan satu anugerah alam kepada
manusia. Manusia mendapatnya secara percuma.

Penawaran faktor tanah adalah terhad. Tanah dapat digunakan untuk berbagai tujuan.
Sekiranya tanah digunakan untuk satu kegunaan, maka untuk kegunaan lain tanah tidak
dapat digunakan kerana penawarannya terhad.

Bermobiliti penggunaan, bukan bermobiliti tempat. Tanah dapat digunakan untuk berbagai
tujuan. Oleh itu tanah dikatakan mempunyai mobiliti penggunaan. Walau bagaimanapun
tanah tidak dapat dipindahkan tempat, iaitu tanah tidak dapat dipindahkan dari satu tempat
ke tempat lain. Ganjaran kepada penggunaan tanah ialah sewa.

ii.Buruh

Buruh ialah orang yang bekerja dan mendapat upah. Upah yang mungkin diterima dalam
bentuk wang atau barang. Buruh menjual perkhidmatan sama ada dari segi mental atau
fizikal. Buruh dapat digolongkan sebagai buruh mahir dan bukan mahir.

Buruh mahir meliputi pekerja yang berpendidikan tinggi atau berkemahiran tinggi dalam
bidang tertentu. Contohnya tukang kayu, mekanik kereta, pensyarah dan sebagainya.
Buruh tidak mahir ialah buruh yang tidak berkelulusan tinggi dan tidak mempunyai
kemahiran dalam sesuatu bidang pekerjaan. Contohnya buruh kasar, petani, pekerja
ladang dan pekerja ladang.

iii.Modal

Modal merupakan faktor pengeluaran yang diwujudkan oleh manusia sendiri untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Modal merupakan alat dan mesin yang
dihasilkan oleh manusia sendiri untuk menghasikan barang dan perkhidmatan. Ganjaran
kepada modal ialah bunga atau faedah. Contoh barang modal ialah tali air, jalan raya,
bangunan kilang, jentera dan sebagainya

Proses pengeluaran dan penambahan stok barang modal dikenali sebagai pelaburan.
Wang bukan barang modal kerana wang tidak dapat mengeluarkan barang dan
perkhimatan secara langsung tetapi dapat digunakan untuk membeli barang modal bagi
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

3

PENGENALAN BAB 1

iv.Usahawan

Usahawan ialah seorang pengurus yang mengabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha akan membuat keputusan tentang
apa, berapa dan bagaimana dan untuk siapa barang dihasilkan. Pengusaha akan
menanggung risiko tentang ketidakpastian pada masa depan. Ganjaran yang bakal
diperolehi oleh pengusaha ialah untung.

1.1.3 Masalah ekonomi dan masalah asas ekonomi

a)Punca masalah ekonomi

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh individu dan masyarakat berpunca daripada ketidak
seimbangan antara kehendak manusia yang tidak terbatas berbanding dengan sumber
ekonomi yang terhad.

b) Masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas

Oleh kerana kehendak-kehendak manusia adalah tidak terbatas manakala sumber-sumber
ekonomi adalah terhad maka timbul masalah-masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.

i.Masalah kekurangan

Masalah kekurangan merujuk kepada kekurangan barang dan perkhidmatan yang dapat
dihasilkan berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Masalah kekurangan
wujud disebabkan faktor-faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan
adalah terhad dan tidak dapat memenuhi semua kehendak manusia yang tidak terhad. Ini
bermakna barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi adalah kurang
daripada yang dikehendaki oleh manusia.

ii.Masalah pilihan

Masalah kekurangan telah menimbulkan masalah masalah pilihan. Manusia harus membuat
pilihan di antara barang-barang perkhidmatan yang dikehendaki dan membuat pilihan
antara penggunaan masa kini dengan penggunaan pada masa depan. Pengguna akan
membuat pilihan yang cekap supaya dapat memaksimumkan kepuasan

iii.Kos lepas

Penyelesaian masalah pilihan melibatkan kos lepas. Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik
yang terpaksa dilepaskan kesan dari pilihan pertama. Masalah pilihan dihadapi oleh ketiga-
tiga unit ekonomi iaitu individu, firma dan kerajaan. Contohnya katakan kerajaan
mempunyai hasil sebanyak 100 juta dan ingin membina sama ada hospital atau kolej
matrikulasi. Sekiranya kerajaan memilih membina kolej matrikulasi maka kos lepasnya
ialah hospital.Begitu juga jika kerajaan memilih untuk membina hospital maka kos lepasnya
adalah kolej matrikulasi.

4

PENGENALAN BAB 1

c) Masalah asas ekonomi

Masalah-masalah asas dalam ekonomi boleh dibahagikan kepada tiga masalah iaitu:

i. Apa barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan

Masalah apa dan berapa banyakkah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan
wujud kerana kemampuan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh masyarakat adalah terhad. Oleh itu
masyarakat terpaksa membuat pilihan di antara barang dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan oleh masyarakat

ii. Berapa banyak barangan dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan

Setelah menentukan apakah barang yang hendak dikeluarkan masyarakat juga perlu
menentukan jumlah barang yang hendak dikeluarkan supaya sumber ekonomi yang terhad
dapat digunakan secara cekap dan tidak berlebihan untuk mengeluarkan sesuatu barang.
Kuantiti barang yang dapat dikeluarkan bergantung kepada jumlah faktor pengeluaran yang
dimiliki. Pilihan apa dan berapa banyak sesuatu barang dikeluarkan menentukan corak
peruntukan sumber. Semakin banyak sesuatu barang dikeluarkan semakin banyak sumber
disalurkan kepada pengeluaran barang itu.

iii. Bagaimana cara dikeluarkan

Setelah masyarakat menyelesaikan masalah apakah barang dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan dan berapa banyak,sekarang ia perlu membuat keputusan tentang
bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut. Ia boleh memilih kaedah pengeluaran
intensif buruh atau intensif modal. Oleh kerana sumber-sumber ekonomi adalah terhad,
maka kaedah yang dipilih mestilah boleh menghasilkan output yang maksimum dengan kos
pengeluaran minimum.

iv. Untuk siapa barang dikeluarkan

Masalah untuk siapa barang dikeluarkan berkaitan dengan bagaimana barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan diagihkan kepada pengguna. Biasanya firma akan membuat
kajian pasaran dengan mengkaji gelagat pengguna sebelum barangan dikeluarkan.Ini
mengelakkan berlakunya pembaziran dan kerugian.

1.1.4 Pengkelasan barang

Aktiviti sesuatu sistem ekonomi dalam menghasilkan keluaran boleh dibezakan kepada
benda-benda material dan bukan material. Benda-benda material seperti pakaian, makanan,
rumah dan sebagainya dikenali sebagai barangan. Manakala benda-benda bukan material
seperti perkhidmatan perubatan, pengangkutan, pelajaran dan sebagainya dikenali sebagai
perkhidmatan. Dalam analisis ekonomi kedua-dua barang dan perkhidmatan dikenali
sebagai barangan. Barang yang tersedia dalam ekonomi boleh dibezakan kepada beberapa
jenis.

5

PENGENALAN BAB 1

i) Barang percuma dan barang ekonomi

Barang percuma ialah barangan yang ditawarkan oleh alam semula jadi dengan percuma.
Penawaran barang percuma adalah tidak terhad dan tidak melibatkan sebarang kos, dan kos
melepas adalah sifar. Contoh udara, cahaya matahari, angin dan lain-lain.

Barang ekonomi merupakan barang yang penawarannya adalah terhad berbanding dengan
kehendak manusia yang tidak terhad. Barang ini mempunyai kos lepas dan harga yang
tertentu. Kebanyakkan barang yang ada dalam dunia ini adalah barang ekonomi. Contoh
barang ekonomi ialah semua barang yang ada dalam pasaran seperti komputer, pakaian dan
makanan.

ii) Barang perantaraan, barang modal dan barang pengguna/akhir.

Barang perantaraan ialah barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
Biasanya barang ini diminta oleh pengeluar. Permintaannya dikenali sebagai permintaan
berkait atau permintaan terbitan. Contohnya ialah bahan-bahan mentah seperti getah,
minyak kelapa sawit dan besi waja.

Barang modal dikenali juga sebagai barang pengeluar. Barang modal ialah barang yang
digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Contoh barang
modal ialah mesin, alat-alat jentera dan kenderaan.

Barang pengguna dikenali sebagai barang siap atau barang akhir. Barang pengguna ialah
barang yang dihasilkan oleh sebuah firma untuk kegunaan pengguna-pengguna dan tidak
digunakan untuk mengeluarkan barang lain. Contohnya buku, baju, motosikal dan makanan.

iii) Barang awam dan barang persendirian

Barang awam merupakan barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian. Semua orang
boleh menggunakannya, sama ada ia mampu bayar atau tidak. Barang ini disediakan oleh
kerajaan. Contohnya ialah lampu jalan raya, hospital, sekolah dan taman-taman permainan.

Barang persendirian juga dikenali sebagai barang swasta atau barang milik individu. Orang
yang mampu membayar sahaja yang boleh menggunakannya. Orang lain tidak boleh
menggunakannya tanpa kebenaran pemiliknya. Selalunya barang ini ditawarkan oleh pihak
swasta. Contoh kereta, radio, rumah dan sebagainya.

6

PENGENALAN BAB 1

1.2 Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)

a) Takrif KKP

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh didefinisikan sebagai keluk yang menunjukkan had
maksimum pelbagai kombinasi dua barangan yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi
dengan menggunakan sumber-sumber ekonomi yang cekap pada tingkat teknologi tertentu.

b) Andaian KKP

Beberapa andaian yang perlu dibuat di dalam pembentukan keluk kemungkinan pengeluaran
iaitu:

i.Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
Ini bermakna semua faktor pengeluaran yang tersedia digunakan dengan sepenuhnya. Kesan
dari andaian ini tingkat pengeluaran mencapai jumlah yang paling maksimum.

ii.Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan
Andaian ini digunakan kerana rajah yang digunakan hanya mempunyai dua paksi sahaja.
Misalnya ekonomi hanya mengeluarkan mesin basuh dan kereta.

iii.Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah
Dengan andaian ini daya pengeluaran sut faktor-faktor pengeluaran adalah tetap.

iv.Kuantiti dan kualiti sumber ekonomi adalah tetap
Andaian ini menyatakan bahawa kuantiti dan kualiti faktor-faktor pengeluaran adalah tetap
dan tidak berubah dan kualiti faktor-faktor pengeluaran juga adalah sama.

c) Lakaran dan Tafsiran KKP
Jadual 1.1: Jadual kemungkinan pengeluaran

Kemungkinan Mesin Kereta
pengeluaran Basuh
15
A 0 14
B 1 12
C 2 9
D 3 5
E 4 0
F 5

Jadual 1.1 di atas menunjukkan satu contoh jadual kemungkinan pengeluaran. Jadual tersebut
menunjukkan terdapat enam gabungan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan mesin basuh
dan kereta yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-
sumber yang sedia ada. Beberapa pilihan antara mesin basuh dan kereta dapat dikeluarkan.
Pada titik A, ekonomi menggunakan semua faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada untuk

7

PENGENALAN BAB 1

menghasilkan 15 buah kereta dan tiada pengeluaran mesin basuh. Titik B,C,D,E dan F
menunjukkan beberapa kombinasi mesin basuh dan kereta yang dapat dihasilkan dengan
menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada. Pada titik F, ekonomi menggunakan
semua faktor pengeluaran untuk mengeluarkan 5 mesin basuh dan tiada kereta yang
dikeluarkan. Kombinasi mana yang hendak dipilih oleh masyarakat bergantung kepada cita
rasa mereka
Berdasarkan data dalam jadual 1.1 diatas suatu keluk kemungkinan pengeluaran dapat dibuat
di mana paksi datar menunjukkan jumlah mesin basuh manakala paksi menegak menunjukkan
pengeluaran kereta. Keluk kemungkinan pengeluaran dapat diterbitkan dengan
menyambungkan semua titik-titik A,B,C,D,E dan F seperti di dalam rajah 1.1
Pengeluaran pada titik-titik A,B,C,D,E dan F merupakan pengeluaran yang cekap dan ekonomi
berada dalam guna tenaga penuh. Titik-titik yang terletak di bawah keluk kemungkinan
pengeluaran seperti titik U merupakan kombinasi yang dapat dicapai tetapi pengeluaran pada
titik ini adalah tidak cekap kerana terdapat pembaziran dan pengangguran faktor-faktor
pengeluaran. Sebarang titik yang terletak di luar keluk kemungkinan pengeluaran seperti titik Y,
merupakan titik yang tidak dapat dicapai kerana ketidakcukupan faktor-faktor pengeluaran.

Rajah 1.1: Keluk kemungkinan pengeluaran

Keluk kemungkinan pengeluaran di atas dapat menjelaskan masalah asas ekonomi iaitu
masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas. Masalah kekurangan dapat ditunjukkan oleh
kombinasi yang berada di sebelah kanan keluk kemungkinan pengeluaran seperti pada titik Y.
Masalah pilihan dijelaskan dengan pelbagai kombinasi keluaran optimum yang dihasilkan pada
titik A,B,C,D,E dan F. Kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan konsep kos
lepas kerana ia merujuk kepada jumlah kereta yang terpaksa dilepaskan untuk menambahkan
pengeluaran mesin basuh.

8

PENGENALAN BAB 1

Bentuk-bentuk Keluk Kemungkinan Pengeluaran
i.KKP berbentuk cembung

Rajah 1.2: Keluk kemungkinan pengeluaran bebentuk cembung

Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung menggambarkan kos lepas
yang meningkat. Setiap tambahan satu unit barang x, kuantiti barang Y yang perlu
dilepaskan semakin bertambah. Contoh kos lepas yang meningkat ditunjukkan oleh
jadual 1.1. Penambahan pengeluaran mesin basuh daripada 1 unit kepada 2 unit
menyebabkan 2 unit kereta terpaksa dilepaskan. Seterusnya tambahan pengeluaran
mesin basuh daripada 2 unit kapada 3 unit menyebabkan 3 unit kereta terpaksa
dilepaskan. Rajah 1.2 di atas menunjukkan bentuk keluk kemungkinan pengeluaran
yang meggambarkan kos lepas meningkat.

ii.KKP berbentuk garis lurus.

Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bergaris lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan menggambarkan kos lepas yang malar. Setiap tambahan satu unit barang x, kuantiti
barang Y yang perlu dilepaskan adalah pada kadar yang sama. Contoh kos lepas malar
ditunjukan oleh jadual 1.2 di bawah. Tambahan satu unit barang X akan menyebabkan 2 unit
barang Y terpaksa dilepaskan pada kadar yang sama.

Jadual 1.2: Jadual kemungkinan pengeluaran kos lepas malar

Kombinasi Barang X Barang Y

A 0 8
B 1 6
C 2 4
D 3 2
E 4 0

Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran yang menggambarkan kos lepas malar dapat
ditunjukkan oleh rajah 1.3.

9

PENGENALAN BAB 1

Rajah 1.3: keluk kemungkinan pengeluaran kos lepas malar

d) Keluk kemungkinan pengeluaran dapat menerangkan beberapa konsep
yang berikut:

i. Konsep kekurangan, konsep pilihan dan konsep kos lepas
Konsep kekurangan
Masalah kekurangan wujud apabila sumber ekonomi yang ada tidak dapat memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad. Berdasarkan rajah 1.1 kombinasi barang di
sepanjang KKP AF menunjukkan had maksimum dua barang yang dapat di hasilkan
dengan sumber yang ada pada tingkat teknologi tertentu. Setelah mencapai had
maksimum, masalah kekurangan menghalang masyarakat daripada menambahkan
pengeluaran kedua-dua barang secara serentak. Untuk menambah satu barang maka
satu barang lagi perlu dikurangkan pengeluarannya. Kecerunan negatif KKP
menggambarkan masalah kekurangan iaitu untuk tambah kereta maka mesin basuh perlu
dikurangkan
Konsep pilihan
Masalah kekurangan menyebabkan masyarakat perlu membuat pilihan. Masyarakat dapat
memilih pelbagai kombinasi barang di sepanjang KKP mengikut kehendak masyarakat.
Jika masyarakat lebih mementingkan pengeluaran kereta digambarkan oleh titik A, maka
masyarakat akan memperuntukan lebih banyak sumber ekonomi untuk mengeluarkan
barang tersebut dan hanya sedikit sumber untuk mengeluarkan mesin basuh. Pilihan ini
ditunjukkan oleh pergerakan sepanjang KKP AF.
Kos lepas
Penyelesaian masalah pilihan melibatkan kos lepas. Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik
yang terpaksa dilepaskan kesan dari pilihan pertama. Masalah pilihan dihadapi oleh
ketiga-tiga unit ekonomi iaitu individu, firma dan kerajaan. Contohnya katakan kerajaan
mempunyai hasil sebanyak 100 juta dan ingin membina sama ada hospital atau kolej
10

PENGENALAN BAB 1
matrikulasi. Sekiranya kerajaan memilih membina kolej matrikulasi maka kos lepasnya
ialah hospital.

ii.Kesan perubahan faktor pengeluaran dan teknologi kepada Keluk Kemungkinan
Pengeluaran
Keluk kemungkinan pengeluaran akan berubah kesan daripada pertambahan faktor-faktor
pengeluaran dan kemajuan teknologi.
a. Pertambahan faktor-faktor pengeluaran
Pertambahan faktor-faktor pengeluaran seperti pertambahan buruh, penemuan
bahan-bahan galian baru dan kemasukan modal asing akan menyebabkan
perubahan keluk kemungkinan pengeluaran. Pertambahan faktor-faktor
menyebabkan keupayaan pengeluaran kereta dan mesin basuh bertambah, maka
keluk kemungkinan pengeluaran AB akan berpindah ke keluk kemungkinan
pengeluaran CD seperti di dalam rajah 1.4

Rajah 1.4: peralihan KKP kesan daripada pertambahan faktor pengeluaran.

b. Kemajuan teknologi
Kemajuan teknologi akan meninggikan daya pengeluaran. Keluk kemungkinan
pengeluaran akan berpindah ke kanan. Keadaan ini dapat digambarkan dalam
rajah 1.5 di bawah. Keluk kemungkinan pengeluaran yang asal ialah keluk AB dan
berpindah ke keluk CD.

11

PENGENALAN BAB 1
Rajah 1.5: Peralihan KKP kesan kemajuan teknologi

Apabila berlaku kemajuan teknologi di dalam pengeluaran kereta sahaja, maka
keluk kemungkinan pengeluaran akan bergerak daripada AB ke CD seperti di
dalam rajah 1.6 di bawah.
Rajah 1.6: Perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang

12

PENGENALAN BAB 1
Apabila berlaku kemajuan teknologi di dalam pengeluaran mesin basuh saja, keluk
kemungkinan pengeluaran akan berubah daripada AB ke AD seperti di dalam
rajah 1.7.
Rajah 1.7: perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang

Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran kereta lebih besar
daripada mesin basuh. Ini dapat ditunjukkan di dalam rajah 1.8. Keluk kemungkinan
pengeluaran berpindah dari AB ke CD.
Rajah 1.8: perubahan dalam teknologi

13

PENGENALAN BAB 1

Kemajuan teknologi menyebabkan pertambahan pengeluaran mesin basuh lebih
besar daripada kereta dapat ditunjukkan di dalam rajah 1.9. Keluk kemungkinan
pengeluaran berpindah daripada AB ke CD.

Rajah 1.9: Perubahan dalam teknologi

e) Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas

Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas ditunjukkan oleh
kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran. Kecerunan keluk kemungkinan
pengeluaran diukur oleh kadar transformasi sut bagi satu barangan dengan barangan
lain. Kadat transformasi sut bagi barang X dan Y ditunjukkan oleh rumus berikut:

MRTxy = ∆ QY = jumlah barang Y dilepaskan

∆ QX Jumlah barang X ditambah

Di mana,

∆ QY = perubahan kuantiti barang X
∆ QX = perubahan kuantiti barang X

Kadar transformasi sut mengukur beberapa banyak barang Y yang perlu dilepaskan
untuk memperolehi seunit barang X.

Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran ditentukan oleh jenis kos lepas sama ada kos
lepas adalah malar atau kos lepas meningkat.

Menghitung kos lepas seunit

Kos Lepas Seunit = ∆ brg X barang yg dilepaskan
barang yg ditambah
(MRT) ∆ brg Y

14

PENGENALAN BAB 1

Titik kombinasi AB CDE
Jentera 01 234
Motosikal 100 90 75 55 0

1. Berapakah kos lepas seunit untuk menghasilkan jentera dari kombinasi B ke C?

Kos Lepas = ∆ motosikal (barang yg dilepaskan)
∆ jentera (barang yg ditambah)

• J0 = 1 , M0 = 90

J1 = 2 , M1 = 75

• M1 – M0 = 75 – 90
J1 – J0 = 2 – 1

• - 15

1

= -15
• Maksud : 15 unit motosikal perlu dilepaskan utk menghasilkan tambahan 1 unit jentera.

2. Berapakah kos lepas seunit untuk mengeluarkan motosikal dari kombinasi D ke C?

Kos Lepas = ∆ jentera (barang yg dilepaskan)
∆ motosikal (barang yg ditambah)

• J0 = 3 , M0 = 55
J1 = 2 , M1 = 75

• J1 – J0 = 2 – 3
M1 – M0 75 – 55

= -1
20

• Maksud : 1/20 unit jentera perlu dilepaskan utk menghasilkan tambahan
1 unit motosikal

3. Hitung kos lepas seunit untuk menghasilkan unit ketiga jentera.

Kos Lepas = ∆ motosikal (barang yg dilepaskan)
∆ jentera (barang yg ditambah)

15

PENGENALAN BAB 1

• J0 = 2 , M0 = 75
J1 = 3, M1 = 55

• M1 – M0 = 55 – 75
J1 – J0 = 3 – 2

• - 20
1

= -20
• Maksud : 20 unit motosikal perlu dilepaskan utk menghasilkan unit ketiga jentera

1.3 Sistem Ekonomi
Terdapat empat bentuk sistem ekonomi. Bentuk sistem ekonomi yang berbeza adalah
disebabkan oleh ideologi, nilai kebudayaan dan politik penduduk negara tersebut. Sistem
ekonomi tersebut ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi
campuran dan sistem ekonomi Islam.

1.3.1. Sistem ekonomi
Sistem ekonomi kapitalis (Laissez Faire)
a) Takrifan

Sistem ekonomi kapitalis merujuk kepada sumber ekonomi diagihkan melalui mekanisme
harga iaitu kuasa permintaan dan kuasa penawaran tanpa campur tangan kerajaan dalam
penyelesaian masalah asas ekonomi.
Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis:
i.Objektif pengeluaran
Individu bebas membuat keputusan ekonomi berdasarkan kepentingan persendirian. Objektif
pengguna adalah memaksimumkan kepuasan diri, manakala objektif firma adalah
memaksimumkan keuntungan perniagaan khususnya memaksimumkan keuntungan
pemegang saham. Objektif ini mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi dengan
lebih cekap seperti mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran sumber ekonomi.

16

PENGENALAN BAB 1

ii.Pemilikan sumber

Faktor pengeluaran dimiliki pihak swasta dan individu bebas untuk memiliki dan mengumpul
harta dan kekayaan persendirian. Mereka bebas membuat keputusan menentukan
bagaimana faktor dan harta yang dimiliki digunakan untuk menjalankan kegiatan ekonomi.
Harta persendirian seperti tanah, bangunan, mesin boleh dipindah milik, dijual, dikawal dan
diwarisi. Namun demikian, firma dan individu mesti patuh kepada undang-undang negara
(rules of law).

iii.Persaingan

Pemilik faktor bersaing antara satu sama lain untuk memperoleh pendapatan faktor yang
tertinggi, manakala pengeluar bersaing antara satu sama lain untuk memperoleh untung yang
maksimum. Persaingan mendorong pemilik faktor dan pengeluar menggunakan sumber
dengan lebih cekap. Pelbagai kaedah digunakan seperti 4P’s (Product, Price, Promotion,
Place) dalam memastikan pengguna lebih mengutamakan sesuatu firma berbanding firma
yang lain.

iv.Agihan pendapatan

Sistem ekonomi kapitalis memberi kebebasan dan peluang kepada mana-mana pihak untuk
menjana keuntungan maksimum. Ini memberi kelebihan persaingan kepada pemilik faktor
pengeluaran untuk menjana kekayaan berbanding golongan yang tiada faktor pengeluaran.
Kesannya wujud jurang agihan pendapatan antara golongan pemilik faktor pengeluaran dan
golongan tidak memiliki faktor pengeluaran.

v.Kaedah membuat keputusan

Semua keputusan ekonomi diselesaikan oleh pihak swasta melalui interaksi antara kuasa
permintaan dan kuasa penawaran dalam pasaran barang dan pasaran faktor. Kerajaan tidak
campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Kerajaan hanya berperanan menggubal
dan menguatkuasa undang-undang supaya kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar.

b) Penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis

i.Apa dan berapa banyak suatu barang hendak dikeluarkan?

Penentuan harga melalui interaksi permintaan dan penawaran mekanisme harga di pasaran
barang memberi petunjuk kepada pengeluar tentang jenis dan jumlah barang yang dapat
memaksimumkan kepuasan pengguna serta keuntungan pengeluar. Semakin tinggi
permintaan , semakin banyak sumber disalurkan oleh pengeluar untuk mengeluar barang
tersebut. Sebarang lebihan permintaan dan lebihan penawaran diselaraskan oleh mekanisme
harga tanpa campur tangan kerajaan.

17

PENGENALAN BAB 1

ii.Bagaimana sesuatu barang harus dikeluarkan?

Mekanisme di pasaran faktor menentukan harga faktor dan jumlah faktor yang akan
digunakan dalam proses pengeluaran. Berdasarkan harga faktor, pengeluar dapat mengenal
pasti kaedah pengeluaran yang paling cekap, iaitu sumber ekonomi digunakan untuk
mengeluarkan barang pada kos yang terendah. Sekiranya kaedah intensif modal lebih murah
berbanding dengan kaedah intensif buruh, maka pengeluar akan menggunakan kaedah
pengeluaran yang berintensif modal dan sebaliknya.

iii.Untuk siapa barang itu dikeluarkan?

Mekanisme harga di pasaran faktor menentukan corak agihan pendapatan pemilik faktor.
Corak agihan pendapatan pula menentukan kuasa beli pengguna. Barang yang dihasilkan
akan diagihkan kepada mereka yang mempunyai keupayaan membayar. Semakin banyak
sumber yang dimiliki oleh individu, semakin tinggi pendapatan yang akan diperoleh. Semakin
tinggi pendapatan, semakin banyak barang yang dapat dibeli oleh individu.

c) Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi kapitalis.

i.Kegiatan ekonomi diselaraskan sendiri dengan cekap

Mekanisme harga dalam sistem ekonomi pasaran bebas dapat diselaraskan secara sendiri
tanpa arahan atau campur tangan untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Sebarang
lebihan permintaan dan lebihan penawaran dapat diselesaikan dengan cekap melalui
mekanisme harga. Misalnya harga pasaran cenderung menurun jika lebihan penawaran
berlaku sehingga keseimbangan pasaran tercapai di mana kuantiti diminta sama dengan
kuantiti ditawarkan.

ii.Sumber ekonomi digunakan secara optimum

Kebebasan individu untuk membuat keputusan berdasarkan kepentingan persendirian dan
persaingan yang sempurna mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi secara cekap
dan optimum. Pemilik faktor pengeluaran terdorong untuk menggunakan sumber yang dimiliki
untuk memaksimumkan pendapatan. Persaingan antara pengeluar mendorong pengeluar
untuk meningkatkan teknologi dan menggunakan kaedah yang paling cekap bagi
mengurangkan kos pengeluaran supaya keuntungan yang maksimum diperoleh.

iii.Menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi

Persaingan yang wujud dalam pasaran akan meyebabkan setiap firma berusaha mencari
teknologi baru, berusaha mengadakan inovasi serta menjimatkan kos pengeluaran dan
meningkatkan daya pengeluaran. Persaingan yang wujud akan membawa kemajuan
kepada sesebuah negara.

18

PENGENALAN BAB 1

iv.Individu mempunyai insentif bekerja yang tinggi

Individu mempunyai insentif bekerja yang tinggi kerana pulangan faktor adalah bergantung
kepada kecekapan faktor. Individu akan berusaha untuk meningkatkan kecekapan mereka
bagi memperoleh gaji dan upah yang lebih tinggi. Kebebasan mengumpul kekayaan dan
pemilikan harta persendirian serta cara menggunakan faktor yang dimiliki mendorong individu
untuk berusaha kearah memaksimumkan pendapatan.

v.Menggalakkan perkembangan ekonomi

Kebebasan untuk memiliki harta persendirian menggalakkan masyarakat untuk menabung.
Tabungan yang tinggi menyediakan modal yang diperlukan untuk menyokong pelbagai
aktiviti pelaburan. Wujudnya persaingan dalam pasaran menggalakkan pembaharuan dan
perkembangan teknologi yang seterusnya menggalakkan aktiviti pelaburan sehingga
ekonomi mengalami pertumbuhan yang pesat dan mencapai tingkat kemakmuran yang
tinggi.

Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi kapitalis.

i.Kegagalan menyediakan barangan awam.

Barangan awam ialah barangan jika ditawarkan kepada seseorang terpaksa ditawarkan
kepada orang lain. Barang ini mempunyai ciri penggunaan bersama dan tidak wujud
persaingan sebagaimana terdapat dalam barangan swasta seperti perkhidmatan
pertahanan dan bomba. Barangan awam mempunyi nilai sosial yang tinggi. Barangan ini
tidak dikeluarkan oleh puhak swasta. Oleh itu kerajaan terpaksa campurtangan untuk
mengeluarkannya

ii.Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi

Dikatakan punca wujudnya ketidakstabilan ekonomi adalah disebabkan individu bertindak
besendirian secara bebas tanpa perangcangan. Kesan dari penawaran dan permintaan
yang kerap berubah menyebabkan harga barangan tidak stabil. Ketidakstabilan harga ini
akan menyebabkan ekonomi mengalami inflasi atau kemelesetan serta masalah defisit
dalam imbangan pembayaran. Semua ini menberi kesan negatif kepada rakyat dan negara.

iii.Agihan pendapatan yang tidak setara

Mekanisme pasaran yang bebas tanpa sekatan akan mengakibatkan agihan pendapatan
kekayaan negara tidak setara. Dalam sistem ekonomi yang kaya bertambah kaya dan yang
miskin bertambah miskin. Mereka yang kaya akan menggunakan kekuasaan yang ada bagi
menghalang perkembangan penguasa kecil. Jika keadaan ini terus wujud dalam ekonomi,
maka agihan pendapatan antara individu dan antara wilayah monopoli dalam pengeluaran
dan seterusnya menjejaskan kebajikan pengguna.

19

PENGENALAN BAB 1

iv.Mewujudkan kuasa monopoli

Persaingan yang hebat antara firma dalam pasaran akan melibatkan kos yang tinggi,
terutamanya kos pengiklanan. Kos ini kerapkali dipindah atau dibebankan kepada
pengguna. Kesan dari persaingan ini akhirnya tinggal beberapa buah firma sahaja yang
mungkin dapat terus kekal dan bertahan. Ini akan mewujudkan monopoli dalam pengeluaran
dan seterusnya menjejaskan kebajikan pengguna.

v.Kesan luaran yang negatif

Matlamat utama pengeluar ialah memaksimumkan keuntungan dan proses pengeluaran
kerap kali dikatakan mendatangkan kesan luaran negatif seperti pencemaran air dan udara.
Masalah ini menyebabkan pengeluar mendapat untung dan masyarakat dibebankan dengan
kos pencemaran yang merupakan kos sosial.

Sistem ekonomi sosialis

a) Takrifan

Sistem ekonomi sosialis atau sistem ekonomi perancangan pusat atau sistem ekonomi
arahan pusat ialah sistem ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi dikawal sepenuhnya
oleh kerajaan pusat. Masyarakat tidak mepunyai kebebasan untuk menentukan corak
kegiatan ekonomi yang dikehendaki. Ini adalah menjamin tingkat kebajikan dan
kesejahteraan masyarakat yang tinggi. Pengeluaran yang dihasilkan bukan bertujuan
keuntungan sebaliknya untuk kepentingan masyarakat keseluruhan.

Ciri-ciri sistem ekonomi sosialis

i. Objektif pengeluaran

Perancangan ekonomi dan pelaksanaanya bermatlamat untuk menaikkan kebajikan dan
kesamarataan rakyat. Sumber ekonomi digunakan oleh kerajaan untuk mengeluar dan
mengagihkan barang itu kepada rakyat secara saksama demi meningkatkan kebajikan
rakyat.Kerajaan lebih mementingkan matlamat memaksimumkan kebajikan masyarakat
berbanding daripada memaksimumkan keuntungan. Kerajaan akan memastikan ekonomi berada
dalam keadaan gunatenaga penuh maka pengangguran tidak berlaku.

ii. Pemilikan sumber

Semua faktor ekonomi adalah hak milik kerajaan. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk
memilih faktor dan harta persendirian. Cara penggunaan faktor pengeluaran ditentukan oleh
kerajaan. Kerajaan akan memastikan sumber ekonomi digunakan dengan cekap dan efisien
demi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

20

PENGENALAN BAB 1

iii. Persaingan

Persaingan tidak wujud dalam kalangan pengguna dan pengeluar kerana kerajaan yang
menentukan peruntukan sumber dan jenis barang yang dikeluarkan. Matlamat kerajaan bukan
untuk mendapat keuntungan maksimum tetapi untuk menaikkan taraf dan tingkat kebajikan
rakyat

iv. Agihan pendapatan

Agihan sumber ekonomi ditentukan oleh kerajaan melalui badan perancangan ekonomi. Individu
dan firma tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian dan sumber ekonomi.
Individu tidak berhak untuk memilih pekerjaan. Semua individu bekerja dengan kerajaan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Jadi tidak wujud golongan kaya dan golongan miskin.
Tiada perbezaan dalam tingkat pendapatan antara individu. Agihan pendapatan adalah adil dan
saksama.

v. Kaedah membuat keputusan

Kerajaan berkuasa penuh dalam membuat semua keputusan ekonomi. Kerajaan menentukan
apa dan berapa banyak sesuatu barang dikeluarkan, kaedah mengeluar dan mengagihkan
barang tersebut kepada penduduk. Mekanisme harga tidak memainkan peranan dalam
penyelesaian masalah asas ekonomi. Pihak swasta tidak mempunyai kebebasan untuk memilih
atau mengeluarkan barang kerana semuanya ditentukan oleh kerajaan.

b) Penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi sosialis

i.Apa dan berapa banyak suatu barang hendak dikeluarkan?

Dalam sistem ekonomi ini semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan pusat. Individu
tidak mempunyai kebebasan untuk memilih barang yang sesuai dengan keinginan mereka dan
kuasa beli dikawal oleh kerajaan.

Masalah apa yang hendak dikeluarkan akan ditetapkan oleh kerajaan melalui badan
perancangan ekonomi. Selalunya kerajaan akan mengeluarkan barang-barang yang boleh
meningkatkan kebajikan masyarakat bukannya barangan yang bermotifkan keuntungan.
Jumlah barangan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keputusan kerajaan
berdasarkan keperluan masyarakat semasa serta kawalan dibuat bagi mengelakkan
pembaziran.

ii.Bagaimana sesuatu barang hendak dikeluarkan?

Semasa faktor pengeluaran dimiliki dan dikawal oleh kerajaan. Individu tidak dibenarkan
memiliki harta kekayaan. Oleh yang demikian kerajaan akan menentukan bagaimana barangan
dikeluarkan. Biasanya badan perancangan akan memperuntukan faktor-faktor pengeluaran
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan supaya dapat mempertingkatkan kebajikan
masyarakat dan keselamatan negara.

21

PENGENALAN BAB 1

Keputusan kaedah pengeluaran barang ditentukan oleh kerajaan sama ada intensif buruh atau
intensif modal berdasarkan matlamat yang ingin dicapai. Misalnya untuk mengurangkan
masalah pengangguran, kerajaan akan menggunakan kaedah pengeluaran yang berintensif
buruh. Kebajikan pekerja diberi keutamaan dengan memberikan pelbagai faedah seperti upah
minimum dan pendapatan selepas persaraan semasa kerajaan membuat keputusan
menentukan kaedah pengeluaran yang sesuai digunakan.

iii.Untuk siapa barang itu dikeluarkan?

Kerajaan juga akan menentukan untuk siapa barang harus dikeluarkan. Kerajaan juga
menyediakan barang keperluan asas seperti makanan, pakaian, perlindungan dan sebagainya
untuk diagihkan kepada masyarakat bertujuan meninggikan kebajikan mereka. Kawalan harga
dilakukan untuk memastikan barang itu mampu dibeli oleh rakyat. Jika pengeluaran
sesetengah barang tidak mencukupi, sistem catuan akan digunakan untuk memastikan semua
rakyat dapat menikmati tersebut.

c) Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi sosialis

i. Agihan pendapatan seimbang

Dalam sistem ekonomi sosialis semua faktor pengeluaran dan aset dimiliki oleh kerajaan.
Setiap individu diberi hak yang sama rata untuk memenuhi kehidupan. Setiap penduduk diberi
jaminan hak asasi dan kawalan pembolotan harta kekayaan negara, menjadikan rakyat tiada
yang kaya dan tidak yang miskin. Oleh itu agihan pendapatan menjadi seimbang dan masalah
ketidak seimbangan pendapatan tidak timbul dalam sistem ini.

ii.Matlamat sosial diutamakan

Matlamat kerajaan dalam sistem ini ialah meningkatkan kepentingan dan kebajikan masyarakat
secara menyeluruh bukannya mencapai keuntungan yang maksimum. Oleh yang demikian
kerajaan akan mengeluarkan lebih barang awam berbanding dengan barang yang boleh
mendatangkan kesan luaran negatif. Dengan berbuat demikian, kebajikan sosial sentiasa
dikekalkan pada tahap yang tinggi.

iii. Penggunaan sumber ekonomi yang cekap

Sistem ekonomi ini menerima hakikat bahawa setiap manusia perlu diberi keperluan asas
dalam kehidupan mereka umpamanya makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan
sebagainya. Keperluan ini merupakan hak rakyat. Pengeluaran barangan yang dikawal
kerajaan akan menjamin kecekapan dalam penggunaan sumber-sumber ekonomi.

iv. Kestabilan ekonomi

Kegiatan ekonomi tidak bergantung kepada turun naik permintaan dan penawaran.
Kawalan sepenuhnya terhadap ekonomi menyebabkan ekonomi negara yang mengamalkan
sistem ini lebih stabil. Masalah inflasi, pengangguran dan imbangan pembayaran tidak begitu

22

PENGENALAN BAB 1

ketara kerana kerajaan yang memiliki faktor pengeluaran boleh mengawal pelaburan,
penawaran agregat serta permintaan agregat.

Kelemahan-kelematan sistem ekonomi sosialis

i.Individu hilang kuasa memiliki kekayaan

Individu dilarang dari memiliki harta kekayaan dan tidak bebas memilih barang yang mereka
kehendaki. Walaupun individu diberi jaminan mengenai mata pencarian mereka, tetapi mereka
tidak dibenarkan memilih atau menukar pekerjaan. Ini bermakna mereka telah kehilangan
kebebasan untuk membuat keputusan ekonomi sendiri menyebabkan kebolehan, tanaga serta
kemampuan mereka tidak dapat dimaksimumkan.

ii.Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat

Sistem ekonomi ini menjamin setiap individu mendapat keperluan asas. Indivdu tidak
dibenarkan secara bebas mengumpul kekayaan. Keadaan ini tidak menggalakkan individu
untuk berusaha dan bekerja kuat. Masing-masing mencari jalan untuk mengambil tugas-tugas
yang ringan dan menyeronokkan sahaja dan kesannya daya pengeluaran negara menjadi
rendah.

iii.Teknologi dan reka cipta terhad

Daya cipta oleh anggota masyarakat merupakan penggerak utama kepada perkembangan
teknologi dalam sesebuah negara. Individu berupaya merekacipta kaedah pengeluaran yang
cekap atau barangan baru, yang bukan sahaja boleh mendatangkan keuntungan lumayan
kepadanya malahan dapat mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya. Maka individu yang
bermatlamat ini akan berusaha untuk mencipta teknologi baru. Akan tetapi dalam sistem
ekonomi sosialis, daya cipta manusia adalah terhad kerana tanpa dorongan keuntungan
persendirian adalah sukar untuk memotivasikan individu ke arah penciptaan teknologi yang
baru.

iv. Kelemahan perancangan

Perancangan yang terlalu kompleks tidak dapat dibuat untuk semua kegiatan ekonomi dalam
negara oleh sistem ekonomi sosialis. Dengan demikian sesetengah perancangan tidak cekap
dan ini akan melemahkan pertumbuhan ekonomi. Perancangan juga menjadi lemah kerana
tiada ganjaran yang memuaskan. Kakitangan kerajaan yang jujur dalam manjalankan tugas
juga sukar diperolehi.

Sistem ekonomi campuran

a) Takrifan

Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi di mana pihak swasta dan kerajaan
bersama-sama membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Sistem
ini merupakan perantaraan di antara sistem ekonomi pasaran dan sistem ekonomi perancangan

23

PENGENALAN BAB 1

pusat. Dalam sistem ekonomi ini biasanya kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang
penting sahaja. Masyarakat diberi kebebasan untuk menentukan kegiatan ekonomi yang ingin
dijalankan melalui mekanisme harga.

Ciri-ciri sistem ekonomi campuran

i.Objektif pengeluaran
ii.

Sistem ekonomi campuran memberi kebebasan kepada individu dan firma memaksimumkan
kepuasan dan keuntungan dan pada masa yang sama kerajaan campurtangan dalam penyediaan
barang awam. Kerajaan membuat kawalan dan pemantauan dalam penggunaan sumber oleh
pihak swasta supaya tidak menjejaskan kebajikan masyarakat.

iii. Pemilikan sumber

Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan mengumpul kekayaan persendirian serta
menentukan cara penggunaan faktor pengeluaran. Kerajaan mengawal penggunaan sumber
supaya sumber ekonomi dapat digunakan dengan cekap dan teratur untuk kepentingan bersama,
misalnya kawalan atas aktiviti pembalakan. Kerajaan menggunakan sumber ekonomi yang
dimiliki untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang strategik yang tidak dapat
dikeluarkan oleh sektor swasta seperti penyediaan prasarana dan peralatan pertahanan.

iv. Persaingan

Pengeluar bebas bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
secara cekap pada kos yang minimum. Kerajaan juga campurtangan dalam kegiatan ekonomi
melalui undang-undang dan peraturan untuk menggalakkan persaingan yang sihat dan adil
dalam kalangan pengeluar, misalnya kawalan terhadap kewujudan monopoli.

Kerajaan mengawal bilangan pengeluar dalam pasaran untuk mengelakkan persaingan yang
membazirkan sumber ekonomi supaya pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi bidangan
dan meminimumkan kos pengeluaran.

v. Agihan pendapatan

Kerajaan menggunakan sistem pencukaian dan subsidi untuk mengagih semula pendapatan
dan mengecilkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan yang kaya dengan golongan
yang miskin. Hasil kutipan cukai dapat digunakan untuk membiayai perkhidmatan awam seperti
pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang memanfaatkan golongan kurang berada. Program
pembangunan kerajaan yang lebih seimbang dan menyeluruh juga dapat mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kawasan dan kaum. Hal ini dapat menjamin lagi keharmonian
masyarakat dan kestabilan politik serta ekonomi.

vi. Kaedah membuat keputusan

Mekanisme harga masih berfungsi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Pihak swasta
mengeluarkan barang yang dikehendaki oleh masyarakat dengan matlamat untuk

24

PENGENALAN BAB 1

memaksimumkan keuntungan. Kerajaan campurtangan dalam kegiatan ekonomi dengan
mengeluarkan barang awam dan mengawal kegiatan ekonomi melalui pencukaian, pemberian
subsidi dan kawalan harga untuk meningkatkan taraf kebajikan rakyat.

b) Penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi campuran

i.Apa dan berapa banyak suatu barang hendak dikeluarkan?

Masalah apa dan berapa banyak kualiti barangan yang akan dikeluarkan akan ditentukan
oleh sektor swasta dan sektor kerajaan. Dalam sektor swasta mekanisme harga melalui
interaksi antara kuasa permintaan dan penawaran menentukan apa dan berapa banyak
kuantiti barangan yang akan dikeluarkan. Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan.

Melalui undang-undang dan sistem perlesenan, kerajaan menentukan jenis dan kuantiti
barang yang akan dikeluarkan. Dalam sektor awam, kerajaan mengeluarkan barang sosial
seperti jalan raya, lampu jalan, perkhidmatan pertahanan, bomba, pendidikan dan kesihatan.

Apabila wujud kelemahan mekanisme harga, kerajaan akan campur tangan untuk mengawal
jenis, jumlah dan harga barangan tertentu yang dikeluarkan oleh sektor swasta umpamanya
dasar harga maksimum, dasar harga minimum, kuota dan dasar kawalan harga dilaksanakan
untuk tujuan ini.

ii.Bagaimana sesuatu barang hendak dikeluarkan?

Masalah bagaimana barang dikeluarkan juga diselesaikan oleh sektor swasta dan sektor
kerajaan. Mekanisme harga masih memainkan peranan penting untuk menyelesaikan
masalah bagaimana barangan dikeluarkan. Harga faktor-faktor pengeluaran akan membantu
para pengeluar untuk menentukan teknik pengeluaran supaya kos pengeluaran
diminimumkan. Kerajaan akan campur tangan sekiranya ada kelemahan. Pihak pengeluar
perlu mamatuhi undang-undang pencemaran, penggunaan teknologi dan sebagainya.

iii.Untuk siapa barang itu dikeluarkan?

Kerajaan dan swasta akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah untuk siapa barang
dikeluarkan. Dalam sektor swasta, mekanisme harga akan menentukan harga barang dalam
pasaran barang dan harga faktor dalam pasaran faktor. Mekanisme pasar dan agihan
pendapatan menentukan untuk siapa barang dikeluarkan. Kerajaan pula akan mengeluarkan
barang sosial kepada penduduk untuk kebajikan masyarakat dan keselamatan negara.
Campur tangan kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat.

c) Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi campuran

i.Kegiatan ekonomi stabil

Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang sering berlaku dalam ekonomi menyebabkan
kegiatan ekonomi cenderung untuk turun naik. Kesannya, ekonomi kerap menghadapi masalah
inflasi dan masalah pengangguran. Campurtangan kerajaan melalui dasar fiskal dan dasar

25

PENGENALAN BAB 1

kewangan dapat mengurangkan turun naik kitaran perniagaan dan mencapai matlamat
gunatenaga penuh serta kestabilan tingkat harga umum dalam ekonomi.

ii.Agihan pendapatan lebih setara

Kerajaan menggunakan sistem percukaian dan subsidi untuk mengagih semula pendapatan dan
mengecilkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Hasil
kutipan cukai dapat digunakan untuk membiayai perkhidmatan awam seperti pendidikan dan
perkhidmatan kesihatan yang memanfaatkan golongan kurang berada. Program pembangunan
kerajaan yang lebih seimbang dan menyeluruh juga dapat mengurangkan jurang perbezaan
pendapatan antara kawasan dan kaum. Hal ini dapat menjamin lagi keharmonian masyarakat dan
kestabilan politik serta ekonomi.

iii.Menyediakan barang awam

Sistem ini telah mewujudkan satu mekanisme yang sesuai untuk mengatasi kegagalan
mekanisme harga untuk menyediakan barang awam. Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai
untuk membiayai kos penyediaan barang awam yang strategik dan yang diperlukan oleh
masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

iv.Faedah kegiatan ekonomi yang terkawal

Kegiatan ekonomi yang terkawal memastikan kesan-kesan luaran negatif daripada aktiviti
penggunaan dan pengeluaran pihak swasta dapat dikurangkan. Contoh hukuman dan denda
dikenakan ke atas pengeluar yang mencemarkan alam sekitar. Kawalan terhadap aktiviti haram
seperti perjudian dan pengedaran dadah juga dapat menjamin kesejahteraan dan ketenteraman
masyarakat.

v.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Kerajaan berfungsi sebagai pelengkap kepada pihak swasta dengan membantu pihak swasta
membangunkan sumber manusia melalui penubuhan institusi pendidikan dan latihan, serta
menyediakan pelbagai prasarana untuk memudahkan pembangunan industri. Pelbagai insentif
yang diberikan oleh kerajaan seperti kelonggaran cukai dan elaun pelaburan serta usaha kerajaan
mewujudkan suasana ekonomi yang kondusif dapat menggalakkan aktiviti pelaburan demi
menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.

Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi campuran

i.Birokrasi kerajaan yang menghalang perkembangan sektor swasta

Karenah birokrasi kerajaan seperti kelewatan kerajaan untuk meluluskan projek pihak swasta dan
pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak
swasta. Kelewatan ini menyebabkan pihak swasta tidak dapat merebut peluang perniagaan yang
sedia ada dan menaikkan kos pengeluaran sektor swasta.

26

PENGENALAN BAB 1

ii.Kesukaran menentukan dasar yang sesuai

Kerajaan mungkin membuat kesilapan dalam menentukan dasar yang sesuai untuk mengatasi
masalah pengangguran atau inflasi dalam negara kerana kesukaran untuk menjangka keadaan
ekonomi masa depan ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

iii.Persaingan sektor awam dengan sektor swasta

Penglibatan kerajaan secara langsung dalam kegiatan ekonomi menyebabkan persaingan sektor
awam dengan sektor swasta untuk menggunakan sumber ekonomi, misalnya persaingan antara
pihak awam dan pihak swasta untuk mendapat pinjaman daripada sumber dana dalam negeri
yang terhad.

Pihak swasta juga perlu bersaing dengan perusahaan awam jika barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan adalah sama jenis. Sektor swasta sukar bersaing dengan sektor awam yang
mempunyai modal yang mencukupi untuk menawarkan barang secara percuma atau pada harga
rendah.

iv.Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam

Penglibatan kerajaan secara langsung dalam kegiatan ekonomi menerusi perusahaan awam
merupakan pembaziran sumber jika pengurusan perusahaan ini tidak cekap sehingga mengalami
kerugian yang besar.

Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang
menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan dengan cepat
untuk menghadapi perubahan. Monopoli kerajaan yang tidak menghadapi persaingan juga kurang
motivasi untuk membaiki kaedah pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.

1.3.2 Sebab-sebab campurtangan kerajaan dalam ekonomi
i. Menyediakan barang awam
Barang awam tidak disediakan dalam sistem ekonomi pasaran bebas kerana kos untuk
mengeluarkannya adalah terlalu tinggi dan tidak mendatangkan keuntungan. Ini kerana
firma tidak dapat menghalang orang yang tidak membayar untuk menggunakannya. Oleh
itu, kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam untuk meningkatkan
kebajikan dan pembangunan negara. Barangan yang disediakan oleh kerajaan adalah
seperti pertahanan, lampu jalan raya, pengangkutan kereta api, pendidikan dan
sebagainya.

ii. Membaiki agihan pendapatan
Kerajaan campurtangan dalam kegiatan ekonomi bertujuan supaya jurang perbezaan
pendapatan di antara golongan kaya dengan golongan miskin dapat dirapatkan dan

27

PENGENALAN BAB 1

sumber kekayaan negara dapat diagihkan dengan lebih setara. Melalui sistem percukaian
dan pemberian subsidi kerajaan berjaya menghasilkan agihan pendapatan yang
seimbang supaya golongan kaya tidak menjadi semakin kaya dan golongan miskin tidak
bertambah miskin.

iii. Mengawal kuasa monopoli
Kuasa monopoli yang wujud di bawah mekanisme pasaran perlu dikurangkan atau
dihapuskan kerana monopoli akan menyebabkan firma berupaya menguasai pasaran dan
mengenakan tingkat harga yang tinggi ke atas barang-barang yang sengaja dihasilkan
dengan kuantiti yang sedikit. Kuasa monopoli dapat dibendung melalui kawalan langsung
dan kawalan tak langsung seperti memberi kebenaran pengeluar baru ke dalam pasaran
dengan melonggarkan atau menghapuskan sekatan kemasukan baru dalam pasaran.

iv. Mengawal / mengatasi kesan eksternaliti negatif
Aktiviti ekonomi yang mementingkan matlamat persendirian menyebabkan pelaku
ekonomi mengabaikan kos social dan menimbulkan kesan luaran negative kepada pihak
lain.Campurtangan kerajaan melalui undang-undang dan peraturan bertujuan untuk
mengawal dan menghapuskan eksternaliti negative yang merugikan masyarakat kesan
daripada pengeluaran dan penggunaan pihak swasta yang tidak terkawal, misalnya
undang –undang digubal dan dikuatkuasakan menghentikan penggunaan bahan seperti
CFC yang dapat menjejaskan kualiti alam sekitar.

v. Menstabilkan harga

Permintaan dan penawaran yang sering berubah-ubah menyebabkan kegiatan ekonomi
sentiasa naik turun sehingga menimbulkan masalah ketidakstabilan tingkat harga umum.
Kerajaan campurtangan dalam ekonomi melalui dasar fiskal, dasar kewangan dan
kawalan langsung untuk menstabilkan tingkat harga umum misalnya dasar kawalan harga
seperti dasar harga minimum, dasar harga maksimum. Akta Kawalan Harga 1946
memperuntukkan kuasa kepada Pengawal Harga untuk mengumumkan apa-apa
barangan sebagai barangan harga terkawal dan menetapkan harga maksimum untuk
barangan harga terkawal.

1.3.3. Sistem ekonomi Islam

Ekonomi Islam adalah merupakan “ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras
kehendak-kehandak syariat dalam memperolah, mengguna atau mengurus sumber alam
untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi
mendapat keredaan Allah”.

Islam menangani pengekonomian ini bedasarkan akidah yang kukuh. Rezeki yang Allah
sediakan di alam ini adalah mencukupi untuk seluruh makhlukNya. Kalau ada yang tidak
cukup itu adalah kelemahan manusia sendiri sama ada tamak, atau kekurangan
pengetahuan untuk mengenali atau memperoleh sumber-sumber lain atau yang belum
dapat diterokai.

28

PENGENALAN BAB 1

a) Prinsip ekonomi Islam adalah berasaskan kepada tauhid:

i.Hubungan manusia dengan pencipta

Manusia dan segala sumber adalah ciptaan Allah. Segala sumber yang diusahakan,
dimiliki dan dinikmati manusia mengikut hukum-hukum syariat bagi mendapat keredaan
Allah. Manusia wajib bersyukur terhadap segala nikmat yang dianugerah oleh Allah
SWT.

ii.Hubungan manusia dengan manusia

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah adalah sama rata antara satu sama lain. Prinsip
persaudaraan seperti yang digariskan dalam konsep tauhid membawa implikasi
bahawa manusia perlu bekerjasama untuk menegakkan kesaksamaan dan tidak
menjalankan kegiatan yang boleh mengeksploitasi kebajikan orang lain.Setiap manusia
berhak untuk menikmati sumber-sumber ciptaan Allah.

iii.Hubungan manusia dengan alam sekitar

Kebebasan untuk memiliki dan menikmati alam sekitar perlu mengikut peraturan Allah
kerana Allah adalah pencipta dan penguasa seluruh alam. Peraturan yang dicipta oleh
manusia untuk menjalankan kegiatan ekonomi perlu selari dengan peraturan Allah agar
aktiviti penggunaan dan pengeluaran tidak menimbulkan kesan luaran negatif yang
merugikan masyarakat.

iv.Manusia sebagai pemegang amanah terhadap sumber ekonomi

Allah ialah pemilik muktamad sumber ekonomi dan manusia hanya merupakan
pemegang amanah terhadap sumber itu. Prinsip amanah memberi tanggungjawab
kepada manusia untuk mengurus dan menggunakan sumber ekonomi yang dianugerah
Allah dengan sebaik-baiknya tanpa pembaziran kerana sumber ekonomi manusia
datangnya daripada Allah SWT.

b) Objektif Sistem Ekonomi Islam

Objektif utama kegiatan ekonomi Islam adalah pebcapaian Al-Falah. Skop Al-Falah
merangkumi kejayaan dunia dan akhirat, atas dasar ketaatan dan pengabdian diri kepada
Allah secara ikhlas. Ekonomi kebendaan bukanlah matlamat, tetapi digunakan sebagai
alat bagi mencapai Al-Falah. Oleh itu ekonomi tidak boleh dipandang dari aspek
kebendaan semata-mata, tetapi perlu dilihat aspek kerohaniannya.

i.Mendapat keredhaan Allah SWT

Manusia diciptakan untuk maksud beribadat kepada Allah SWT. Kegiatan ekonomi
dianggap sebagai satu ibadat yang harus dilakukan berdasarkan syariat. Objektif
ekonomi tidak terhad kepada mendapatkan kesejahteraan di dunia malah juga di akhirat
serta memenuhi tuntutan ibadat bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

29

PENGENALAN BAB 1

ii.Keadilan

Sumber ekonomi digunakan secara adil kepada pengeluaran barang yang mencukupi
untuk memenuhi keperluan asas masyarakat dalam tahap yang sesuai seperti
dharuriyat dan hajiyat. Semua manusia patut dibekalkan dengan sara hidupnya. Jurang
perbezaan antara golongan kaya dan yang miskin dikecilkan mewujudkan
keseimbangan dalam masyarakat.

iii.Kecekapan

Manusia sebagai pemegang amanah terhadap sumber ekonomi perlu berusaha dengan
gigih dalam mengurus sumber itu secara cekap untuk mengelakkan pembaziran.
Sumber ekonomi digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan barang yang dapat
memenuhi keperluan hidup dan tuntutan agama.

iv.Kesejahteraan dan kebajikan

Kegiatan ekonomi bertujuan untuk membantu manusia mencapai kesejahteraan dan
kebajikan dalam semua dimensi iaitu meliputi aspek akhlak, kerohanian dan kebendaan.
Kesejahteraan dan kebajikan manusia tidak lengkap tanpa mengambil kira aspek nilai
akhlak dan kerohanian selain kebendaan.

c) Ciri-ciri Ekonomi Islam

i.Objektif pengeluaran

Individu bebas menjalankan kegiatan ekonomi dan bermatlamat untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan akhirat dan bukannya untuk memaksimumkan kepuasan
dan keuntungan semata-mata. Matlamat ekonomi yang lebih utama ialah untuk
mendapatkan keredhaan Allah SWT. Objektif pengeluaran harus mengimbangi
kepentingan individu dan masyarakat dari segi keuntungan dan kebajikan.

ii.Pemilikan sumber

Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki harta dan mengumpulkan kekayaan
persendirian selagi tindakan ini bersifat halal, adil dan tidak bertentangan dengan
syariat Islam. Sumber ekonomi yang dimiliki harus digunakan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan yang halal dan berfaedah kepada manusia dan bukannya
memenuhi kemahuan nafsu yang tidak terhad.

iii.Ekonomi tanpa riba dan spekulasi

Riba atau faedah adalah haram kerana riba boleh menyebabkan berlakunya
penindasan. Amalan riba menyebabkan agihan kekayaan yang tidak saksama kerana
riba membolehkan pemilik modal menjadi semakin kaya dan orang yang berhutang
semakin miskin. Islam tidak melarang keinginan individu untuk memperoleh
keuntungan asalkan matlamat itu diimbangi dengan kejujuran dan tidak melakukan
penipuan atau spekulasi.

30

PENGENALAN BAB 1
iv.Persaingan

Sistem ekonomi Islam menggalakkan persaingan yang sihat iaitu secara adil dan
saksama. Mana-mana kegiatan seperti penipuan, penindasan dan riba yang
menjejaskan persaingan yang sihat dilarang sama sekali.
v.Agihan pendapatan (sistem zakat)
Pemerintah menggunakan sistem zakat untuk mengagihkan sebahagian daripada
pendapatan golongan yang berada kepada golongan yang memerlukannya. Hasil
kutipan zakat itu digunakan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.
vi.Kaedah membuat keputusan
Mekanisme harga mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah asas dalam
ekonomi melalui interaksi kuasa permintaan dan penawaran. Namun, kerajaan sebagai
pemerintah bertanggungjawab memastikan rakyat dapat menikmati keperluan-
keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan rakyatnya.

31


Click to View FlipBook Version