The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-08-02 12:19:28

Bab 3

Bab 3

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

BAB 3

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Pengenalan

Keanjalan merupakan suatu konsep yang mengukur darjah tindakbalas dalam kuantiti
permintaan dan penawaran kesan daripada perubahan sesuatu pembolehubah tertentu.

Dalam konteks keanjalan permintaan, pembolehubah-pembolehubah tersebut terdiri daripada
harga barang itu sendiri, harga barang lain dan tingkat pendapatan pengguna. Manakala
konteks keanjalan penawaran pembolehubahnya ialah harga barang itu sendiri sahaja.

3.1 Keanjalan permintaan

Keanjalan permintaan merupakan satu konsep yang menerangkan ukuran kadar atau
darjah gerak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan perubahan dalam
tingkat harga barang tersebut atau perubahan harga barang lain atau perubahan tingkat
pendapatan pengguna.

Terdapat tiga jenis keanjalan permintaan, iaitu:

1. Keanjalan permintaan harga (Ed)
2. Keanjalan permintaan silang (Exy)
3. keanjalan permintaan pendapatan (Ey)

3.1.1 Keanjalan permintaan harga

a) Definisi keanjalan permintaan harga

Keanjalan permintaan harga ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta apabila harga barang itu sendiri berubah dengan andaian ceteris paribus.

Rumusnya ialah nisbah di antara peratus perubahan kuantiti diminta sesuatu
barang dengan peratus perubahan tingkat harga barang tersebut.

b) Pengiraan keanjalan permintaan harga

Terdapat dua cara bagi mengira keanjalan permintaan harga iaitu keanjalan
lengkuk dan keanjalan titik.

1. Keanjalan lengkuk
Keanjalan lengkuk digunakan bagi mengukur kadar perubahan yang berlaku
ke atas permintaan satu barang apabila berlaku perubahan harga di mana
keadaan tersebut membolehkan kita melihat kewujudan dua titik di atas satu
lengkuk permintaan yang sama.

Keanjalan lengkuk mengukur keanjalan antara dua titik di atas keluk
permintaan yang sama.

1

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Keanjalan permintaan harga dapat dikira dengan menggunakan rumus berikut:

Ed = % ∆Qd
% ∆P

Ed = Qd1– Qd0 X 100

Qd0
P1 – P0 X 100

P0

Ed = Qd1 – Qd0 X P0

Qd0 P1 – P0

Di mana:

Ed = keanjalan permintaan harga

Qd1 = kuantiti diminta baru

Qd0 = kuantiti diminta asal
%∆ Qd = peratus perubahan kuantiti diminta

%∆ P = peratus perubahan harga

P1 = harga baru

P0 = harga asal

Berikut adalah contoh-contoh pengiraan keanjalan lengkuk.

Apabila harga buah duku naik daripada RM 4.00 ke RM6.00 sekilogram,
maka kuantiti yang diminta bagi buah duku berkurang dari 30 kilogram ke
20 kilogram. Berapakah nilai keanjalan pemintaan harga bagi buah duku?

Penyelesaian:

Ed = Qd1 – Qd0 X P0

Qd0 P1 – P0

Ed = 20 – 30 X 4
30 6 – 4

Ed = - 10 X4
30 2

Ed = - 0.67

Ini bermakna apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti diminta
berkurangan sebanyak 0.67%.

2

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
2. Keanjalan titik

Keanjalan titik mengukur darjah tindakbalas kuantiti diminta sesuatu barang
apabila berlaku perubahan harga yang sangat kecil ke atas barang tersebut
sehinggakan tidak menampakkan kewujudan dua titik di atas keluk permintaan
yang sama. Keadaan ini seolah-olah hanya wujud satu titik sahaja di atas keluk
permintaan tersebut.
Rumus keanjalan titik boleh dibina dan dinyatakan berdasarkan rajah 3.1.

Rajah 3.1: Keanjalan titik

Keanjalan pemintaan harga bagi titik X pada rajah 3.1, berdasarkan rumus
berikut.

a. Ed = q1 – q2
0 – q2

b. Ed = 0 – P
P1 – P

c. Ed = q1 – X
P1 – X

3

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Harga (RM) Keanjalan permintaan harga

1. Titik A = 10 – 6 = 4 = – 0.67 (tidak anjal)
0–6 –6

4B

2. Titik B = 10 – 2 = 8 = – 4 (anjal)

2A 0–2 –2

02 6 10 Kuantiti (unit)

Nilai keanjalan bagi titik-titik sepanjang keluk permintaan adalah berbeza-
beza.
a. Pada tingkat harga yang melebihi harga OP, nilai keanjalan (Ed) akan

melebihi daripada satu dan menuju ke nilai infiniti.
b. Pada tingkat harga OP, nilai keanjalan (Ed) adalah sama dengan satu.
c. Pada tingkat harga yang kurang daripada harga OP, nilai keanjalan (Ed)

adalah kurang daripada satu dan menuju ke nilai kosong

Rajah 3.2: Keanjalan permintaan harga

Berdasarkan rajah 3.2, semakin tinggi tingkat harga semakin tinggi nilai
keanjalan titik dan sebaliknya.
Nilai keanjalan permintaan bagi setiap titik juga akan berbeza-beza pada
satu tingkat harga tertentu jika titik-titik tersebut berada pada keluk
permintaan yang berlainan tetapi bersifat linear dan mempunyai kecerunan
yang sama.
Nilai keanjalan titik akan menjadi semakin kecil ( tidak anjal ) apabila keluk
permintaan terletak semakin jauh dari titik origin ( asalan ) seperti rajah 3.3.

4

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Rajah 3.3: Keanjalan titik.

Nilai keanjalan titik-titik A dan B pada harga Po di atas keluk permintaan
masing-masing ialah:
a. Ed bagi titik A = 16 – 8 / 0 – 8 = 8 / -8 = -1
b. Ed bagi titik B = 24 – 16 / 0 – 16 = 8 / -16 = -0.5
c) Darjah keanjalan permintaan harga
Keanjalan permintaan harga dapat dibezakan kepada lima darjah keanjalan yang
berlainan.
i. Anjal
Permintaan anjal apabila peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar
daripada peratus perubahan harga.
Keluk permintaan yang lebih landai seperti rajah 3.4 di bawah. Nilai keanjalan
permintaan harga adalah lebih daripada satu tetapi kurang daripada infiniti.
Rajah 3.4: Keluk permintaan anjal

Dari rajah 3.4, didapati peratus perubahan kuantiti yang diminta melebihi
peratus perubahan harga. Dengan itu permintaan adalah anjal. Boleh juga
dikira seperti berikut: (Apabila harga meningkat RM 2 seunit ke RM 3 seunit,

5

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

kuantiti diminta jatuh dari 40 kepada 10 unit.) Jadi keanjalan permintaannya
ialah:

Ed = Qd1 – Qd0 X P0
Qd0 P1 – P0

Ed = 10 – 40 X 2
40 3 – 2

Ed = - 30 X2
40 1 Ed

= - 1.5

Dengan mengabaikan tanda negatif ( hanya menunjukkan hukum permintaan)
nilai keanjalan permintaan di atas ialah 1.5 iaitu anjal.

ii. Tidak anjal
Permintaan tidak anjal apabila peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil
berbanding peratus perubahan harga.
Keluk permintaan yang lebih curam seperti rajah 3.5 di bawah. Nilai keanjalan
permintaan harga adalah kurang daripada satu tetapi lebih besar daripada
kosong (sifar).

Rajah 3.5: Keluk permintaan tidak anjal

Dari rajah 3.5, didapati peratus perubahan kuantiti yang diminta kecil
berbanding peratus perubahan harga. Dengan itu permintaan adalah tidak
anjal. Boleh juga dikira seperti berikut: (Apabila harga meningkat dari RM2
seunit ke RM3 seunit, kuantiti diminta jatuh dari 7 unit ke 6 unit). Jadi keanjalan
permintaannya ialah:

Ed = Qd1 – Qd0 X P0
Qd0 P1 – P0

Ed = 6 – 7 X 2
7 3–2

Ed = - 1 X 2
7 1

Ed = - 0.29

6

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Dengan mengabaikan tanda negatif (hanya menunjukkan hukum permintaan)
nilai keanjalan permintaan di atas ialah 0.29 iaitu tidak anjal.

iii. Anjal satu
Permintaan anjal satu apabila peratus perubahan kuantiti diminta sama dengan
peratus perubahan harganya.
Keluk permintaannya berbentuk hiperbola iaitu melengkung ke titik asalan
seperti rajah 3.6 di bawah. Nilai keanjalan permintaannya bersamaan dengan
satu.

Rajah 3.6: Keluk permintaan anjal Satu

P
D

%P

%Q

Q

Dari rajah 3.6, didapati peratus perubahan kuantiti yang diminta sama dengan
peratus perubahan harga. Dengan itu permintaan adalah anjal satu. Boleh juga
dikira seperti berikut: (Apabila harga menurun dari RM4 seunit kepada RM2
seunit, kuantiti diminta meningkat dari 400 unit kepada 600 unit). Jadi keanjalan
permintaannya ialah:

Ed = Qd1 – Qd0 X P0
Qd0 P1 – P0

Ed = 600 – 400 X 4

400 2 – 4

Ed = 200 X4
400 -2

Ed = - 1

Dengan mengabaikan tanda negatif (hanya menunjukkan hukum pemintaan)
nilai keanjalan permintaan di atas ialah 1 iaitu anjal satu.

iv. Tidak anjal sempurna
Permintaan tidak anjal sempurna jika sebarang perubahan harga tidak akan
menyebabkan perubahan dalam kuantiti diminta.
Keluk permintaan adalah garisan menegak yang selari dengan paksi harga
seperti rajah 3.7. Nilai keanjalannya bersamaan dengan kosong (sifar).

7

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Rajah 3.7 : Keluk permintaan tidak anjal sempurna

Dari rajah 3.7, didapati apabila harga meningkat daripada RM2 kepada RM3
seunit, kuantiti permintaan tidak berubah iaitu tetap 10 unit. Boleh juga dikira
seperti berikut: (Apabila harga meningkat dari RM2 seunit kepada RM3 seunit,
kuantiti diminta tetap 10 unit). Jadi keanjalan permintaannya ialah:

Ed = Qd1 – Qd0 X P0
Qd0 P1 – P0

Ed = 10 – 10 X 2
10 3 – 2

Ed = 0 X 2
10 1

Ed = 0
Dari contoh di atas, nilai keanjalan permintaan harga ialah 0 (sifar) iaitu tidak
anjal sempurna.
v. Anjal sempurna
Permintaan anjal sempurna apabila perubahan harga yang sedikit akan
menyebabkan perubahan dalam kuantiti diminta tidak terhingga. Penurunan
harga yang sedikit menyebabkan peningkatan kuantiti diminta tidak terhingga
manakala apabila harga meningkat sedikit, kuantiti berkurang hingga sifar iaitu
barang tersebut hanya diminta pada satu tingkat harga sahaja.
Keluk permintaanya bergaris lurus selari dengan paksi mendatar seperti rajah
3.8. Nilai keanjalannya bersamaan dengan infiniti.

8

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Rajah 3.8: Keluk permintaan anjal sempurna

d) Penentu-penentu keanjalan permintaan harga

i. Kewujudan barang pengganti.
Sekiranya sesuatu barang mempunyai banyak barang pengganti permintaan
ke atas barang tersebut adalah anjal terhadap perubahan harga iaitu
perubahan harga yang kecil saja akan menyebabkan perubahan yang besar
ke atas kuantiti diminta sesuatu barang. Contoh barangan yang mempunyai
banyak pengganti ialah minuman. Sebaliknya permintaan ke atas barang yang
tidak banyak mempunyai barang pengganti adalah tidak anjal. Ini menunjukkan
bila harga naik, pembeli sukar memperolehi barang pengganti dan oleh kerana
itu tetap membeli barang tersebut. Oleh itu permintaan tidak anjal. Contohnya
minyak petrol tidak banyak pengganti.

ii. Peratus perbelanjaan daripada pendapatan
Besarnya bahagian dari pendapatan yang dibelanjakan untuk membeli sesuatu
barang dapat mempengaruhi keanjalan permintaan harga ke atas barang
tersebut. Ini dapat dilihat melalui sikap pengguna membeli barang-barang yang
harganya murah. Contohnya sabun yang hanya memperuntukkan
perbelanjaan yang kecil sahaja dari pendapatan. Maka permintaannya adalah
tidak anjal. Kenaikan harga barang itu tidak akan banyak mempengaruhi
permintaanya. Sebaliknya pembelian ke atas sesuatu barang yang
memerlukan peruntukkan yang besar dari pendapatan, permintaannya adalah
anjal. Contohnya kereta, pengguna perlu memperuntukkan perbelanjaan yang
besar dari pendapatan untuk membeli kereta. Jika harga kereta meningkat
kuantiti diminta akan berkurang dengan banyak. Jadi peratus kenaikan harga
kereta adalah lebih kecil berbanding peratus kejatuhan kuantiti kereta yang
diminta.

iii. Kepentingan sesuatu barang
Jika barang tersebut merupakan barang mesti atau barang keperluan asas
kepada pengguna seperti makanan dan pakaian, permintaan barang tersebut
tak anjal terhadap perubahan harga. Ini menunjukkan walaupun harganya
meningkat dengan banyak, permintaan akan berkurang sedikit sahaja
disebabkan kepentingan barang tersebut kepada pengguna. Tetapi sekiranya
barang yang kurang kepentingan kepada pengguna, permintaannya adalah
9

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

anjal. Jika harga meningkat sedikit sahaja permintaan akan berkurang dengan
banyak.

iv. Kesetiaan kepada jenama
Kepercayaan dan kepuasan hati pengguna terhadap sesuatu jenama barang
menyebabkan permintaan menjadi tidak anjal apabila pengguna semakin setia
terhadap jenama barang tersebut. Ini kerana pengguna tetap membeli barang
itu walaupun harga barang tersebut meningkat dengan banyak.

v. Kepelbagaian kegunaan sesuatu barang
Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan permintaan barang
tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga. Contohnya komputer
mempunyai banyak kegunaan seperti menaip, alat untuk belajar, internet,
permainan dan sebagainya. Kegunaan yang banyak ini menyebabkan ia
mempunyai ramai pengguna. Penurunan harga akan menyebabkan kuantiti
diminta bertambah dengan banyak dan kenaikan harga akan menyebabkan
kuantiti diminta berkurang dengan banyak.

e) Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil/jumlah
perbelanjaan

Jumlah hasil ialah hasil yang diperolehi oleh penjual apabila barangannya dijual
kepada pengguna. Jumlah hasil diperoleh dengan mendarabkan harga barang
tersebut dengan kuantiti yang dijual.

Jumlah Hasil = Harga X Kuantiti

TR = P X Q

Jumlah perbelanjaan ialah perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna apabila
membeli barang dari penjual. Jumlah perbelanjaan diperoleh dengan
mendarabkan harga barang dengan kuantiti barang yang dibeli.

Jumlah Perbelanjaan = Harga X Kuantiti

TE = P X Q

Oleh itu, sebarang perubahan dalam mana-mana pembolehubah tersebut atau
kedua-duanya boleh membawa kepada perubahan dalam jumlah hasil dan jumlah
perbelanjaan.

Sejauh mana perubahan harga yang berlaku boleh memberi kesan kepada jumlah
hasil dan jumlah perbelanjaan sebenarnya bergantung kepada keanjalan
permintaan barang tersebut. Keadaan ini dapat diperjelaskan dengan terperinci
mengikut darjah-darjah keanjalannya.

10

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil/jumlah
perbelanjaan di sepanjang keluk permintaan yang sama.

Harga
Ed = α

Anjal

P1
Ed = 1

P0

Tidak anjal

P2

Q1 Q0 Q2 Ed = 0
Kuantiti

Jumlah Hasil
(TR)

TR0
TR1
TR2

Kuantiti

Pada harga P0, jumlah Hasil/jumlah perbelanjaan = P0 x Q0 = TR0.
Pada harga P1, jumlah Hasil/jumlah perbelanjaan = P1 x Q1 = TR1.
Pada harga P2, jumlah Hasil/jumlah perbelanjaan = P2 x Q2 = TR2.

Pada masa keluk permintaan anjal, apabila harga meningkat dari P0 ke P1 menyebabkan
jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan akan menurun dari TR0 ke TR1. Apabila harga menurun
dari P1 ke P0 menyebabkan jumlah hasil meningkat dari TR1 ke TR0.

Pada masa keluk permintaan tidak anjal, apabila harga menurun dari P0 ke P2 menyebabkan
jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan akan menurun dari TR0 ke TR2. Apabila harga meningkat
dari P2 ke P0 menyebabkan jumlah hasil meningkat dari TR2 ke TR0.

11

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

3.1.2. Keanjalan permintaan silang (Edxy)

a) Definisi keanjalan permintaan silang

Keanjalan permintaan silang ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta sesuatu barang apabila harga barang lain berubah dengan andaian ceteris
paribus.

b) Pengiraan keanjalan permintaan silang

Nilai keanjalan permintaan silang dapat diukur menerusi rumus berikut.

Exy = %∆ Qdx

%∆ Py
Qdx1– Qdx0 X 100
Exy = Qdx0

Py1 – Py0 X 100

Py0

Exy = Qdx1 – Qdx0 X Py0

Qdx0 Py1 – Py0

di mana:

Exy = keanjalan permintaan silang

Qdx1 = kuantiti x diminta baru
QdX0 = kuantiti x diminta asal
%∆Qdx = peratus perubahan kuantiti diminta barang x
Py1 = harga y baru
Py0 = harga y asal
%∆Py = peratus perubahan harga barang y

Keanjalan permintaan silang dapat menentukan perhubungan bagi dua atau lebih jenis
sesuatu barang sama ada barang pengganti, barang pengenap atau barang yang
tiada kaitan seperti jadual di bawah.

Jadual 3.7: Hubungan barang x dan barang y

Nilai keanjalan Hubungan
permintaan silang
Penggenap contoh kopi dan gula
(Edxy) Pengganti contoh milo dan vico
Tiada hubungan contoh bola tenis dan sudu
Negatif
Positif
Sifar

12

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Contoh pengiraan:

a. Berdasarkan jadual 3.8, hitung nilai keanjalan permintaan silang bagi barang
P,Q dan R apabila harga barang Z mengalami kenaikan dari RM 10 kepada
RM 20. Tentukan perhubungan antara barang Z dengan barang P,Q dan R.

Jadual 3.8: Keanjalan permintaan silang

Harga Kuantiti Diminta
barang Z
Barang P Barang Q Barang R
10 20
20 2 20 20
5 10

Penyelesaian:
Barang P:

Epz = Qp1 – Qp0 X Pz0

Qp0 Pz1 – Pz0

= 5 – 2 X 10
2 20 – 10

=3 X 10
2 10

= 1.5

Oleh itu barang Z dan barang P adalah pengganti antara satu sama lain kerana
nilai keanjalannya adalah positif.

Barang Q:

Eqz = Qq1 – Qq0 X Pz0

Qq0 Pz1 – Pz0

= 10 – 20 X 10
20 20 – 10

= -10 X 10
20 10

= -0.5

Oleh itu barang Z dan barang Q adalah penggenap antara satu sama lain
kerana nilai keanjalannya adalah negatif.

13

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Barang R:

Erz = Qr1 – Qr0 X Pz0
Qr0 Pz1 – Pz0

= 20 – 20 X 10

20 20 – 10

=0 X 10
20 10

=0

Oleh itu barang Z dan barang R tidak mempunyai apa-apa perkaitan antara
satu sama lain kerana nilai keanjalannya kosong ( sifar ).

b. Andaikan keanjalan permintaan silang bagi kereta berbanding perubahan
harga minyak petrol ialah 0.5. Sekiranya pada harga kereta RM 35,000
sebuah, bilangan kereta yang dijual dalam seminggu adalah sebanyak
12,000 buah. Jika harga kereta tidak berubah tetapi harga minyak petrol naik
dari RM 1.05 kepada RM 1.20 seliter, kirakan bilangan kereta yang akan
dijual.

Penyelesaian:

Exy = Qx1 – Qx0 X Py0
Qx0 Py1 – Py0

-0.5 = X – 12,000 X 1.05

12,000 1.20 – 1.05

-0.5 = X – 12,000 X 1.05
12,000 0.15

-0.5 = 1.05X – 12,600
1,800

-900 = 1.05X -12,600
1.05X = 11,700
X = 11,143 buah

3.1.3 Keanjalan permintaan pendapatan (Ey)

a) Definisi keanjalan permintaan pendapatan

Keanjalan permintaan pendapatan ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta sesuatu barangan kesan daripada perubahan tingkat pendapatan pengguna
dengan andaian ceteris paribus.

14

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

b) Pengiraan keanjalan permintaan pendapatan

Keanjalan permintaan pendapatan dapat diukur dengan menggunakan rumus berikut:

EY = %∆Qd
%∆Y

EY = Qdx1– Qdx0 X 100

Qdx0
Y1 – Y0 X 100

Y0

EY = Qdx1 – Qdx0 X Y0

Qdx0 Y1 – Y0

Di mana:

EY = keanjalan permintaan pendapatan
kuantiti diminta baru
Qdx1 = kuantiti diminta asal
peratus perubahan kuantiti diminta
Qdx0 = pendapatan baru
%∆Qd = pendapatan asal
peratus perubahan pendapatan
Y1 =

Y0 =
%∆Y =

Keanjalan permintaan pendapatan dapat menentukan jenis barangan seperti
ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jadual 3.9: Keanjalan pendapatan dan jenis barang.

Nilai keanjalan pendapatan Jenis barang
(Ey) Barang biasa

i. Positif

a. 0 < Ey < 1 Barang Biasa – kategori barang keperluan
– makanan, perabot

b. 1 < Ey < α Barang Biasa – kategori barang mewah –
jam Rolex

ii. Negatif Barang Bawahan (inferior) – beras hancur
iii. Sifar Barang Mesti - garam

Jadual 3.10: Keanjalan permintaan pendapatan

15

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Pendapatan (RM) Kuantiti yang diminta

7,500 Barang P Barang Q Barang R
12,500 2 20 4
5 10 5

a. Berdasarkan jadual 3.10, kirakan nilai keanjalan pendapatan bagi barang P,Q
dan R apabila tingkat pendapatan meningkat dari RM 7,500 ke RM 12,500.
Tentukan apakah barang-barang tersebut.

Penyelesaian:

Barang P:

EYp = Qp1 – Qp0 X Y0
Qp0 Y1 – Y0

=5–2 X 7,500

2 12,500 – 7,500

= 3 X 7,500
2 5,000

= 2.25

Barang P adalah barang mewah kerana nilai keanjalan pendapatannya
adalah positif dan lebih daripada satu.

Barang Q:

EYq = Qq1 – Qq0 X Y0
Qq0 Y1 – Y0

= 10 – 20 X 7,500

20 12,500 – 7,500

= -10 X 7,500
20 5,000

= - 0.75

Barang Q adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan
pendapatannya negatif.

Barang R:

16

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

EYr = Qr1 – Qr0 X Y0
Qr0 Y1 – Y0

=5–4 X 7,500

4 12,500 – 7,500

= 1 X 7,500
4 5,000

= 0.38

Barang R adalah barang biasa sebab nilai keanjalan pendapatannya
positif (0<Ey≤1)

b. Diberi fungsi permintaan untuk barang X ialah Qx = 500 – 3Px + 2Py - 0.2Y.

Di mana:
Qx = kuantiti permintaan x
Px = harga barang X
Py = harga barang Y
Y = tingkat pendapatan

Jika pada mulanya Px = RM 10, Py = RM20 dan Y = RM 1000, tentukan nilai
keanjalan permintaan pendapatan barang x sekiranya pendapatan pengguna naik
kepada RM 1500

Penyelesaian:

Pada Y = RM 1000

Qx = 500 – 3Px + 2PY - 0.2Y
= 500 – 3 (10) + 2 (20) - 0.2 (1000)
= 500 – 30 + 40 - 200

= 310

Pada Y = RM 1500

Qx = 500 – 3Px + 2PY - 0.2Y
= 500 – 3 (10) + 2 (20) - 0.2 (1500)
= 500 – 30 + 40 - 300

= 210

Eyp = Qx1 – Qx0 X Y0
Qx0 Y1 – Y0

= 210 – 310 X 1,000
310 1,500 – 1,000

= -100 X 1,000

17

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

310 500
= -0.65

Barang X adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan
pendapatannya adalah negatif.

Pada prinsip keanjalan permintaan dapat dibezakan mengikut darjah-darjah
keanjalannya yang berbeza seperti dalam jadual 3.11

Jadual 3.11: Ringkaskan tafsiran mengenai keanjalan permintaan pendapatan.

Bilangan Nilai keanjalan Sifat keanjalan Jenis barang

1 EY < 0 Peningkatan tingkat pendapatan Bawahan
2 EY = 0 menyebabkan penurunan dalam
3 0 < EY ≤1 kuantiti diminta dan sebaliknya Mesti
4 1 < EY< α Biasa
Sebarang perubahan tingkat (keperluan)
pendapatan tidak akan menyebabkan
Mewah
Perubahan kuantiti diminta

Peratus perubahan kuantiti diminta
kurang berbanding peratus
perubahan pendapatan

Peratus perubahan kuantiti diminta
lebih besar daripada peratus
perubahan
pendapatan

3.2 Keanjalan penawaran harga

a) Definisi keanjalan penawaran

Keanjalan penawaran harga ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti
ditawar sesuatu barang apabila harga barang itu sendiri berubah dengan andaian
ceteris paribus.

b) Pengiraan keanjalan penawaran

Keanjalan penawaran harga dapat ditentukan dengan mencari nisbah di antara
peratus perubahan kuantiti ditawar dengan peratus perubahan harga barang itu
sendiri. Secara rumus:

Es = %∆ QS
%∆P

18

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Es = Qs1– Qs0 X 100
Qs0

P1 – P0 X 100
P0

Es = Qs1 – Qs0 X P0
Q0 P1 – P0

Di mana,
Es = keanjalan penawaran harga
Qs1 = kuantiti ditawar yang baru
Qs0 = kuantiti ditawar yang asal
P1 = harga barang yang baru
P0 = harga barang yang asal
%∆Qs = peratus perubahan kuantiti ditawar
%∆P = peratus perubahan harga

Contoh 1:

Soalan:

Apabila harga barang X meningkat sebanyak 35 peratus, kuantiti ditawar
terhadap barang tersebut turut meningkat sebanyak 70 peratus. Hitungkan
keanjalan penawaran harga terhadap barang X.

Jawapan:

Es = %∆ QS
%∆P

= 70 %
35 %

=2

Ini bermakna apabila harga barang X naik sebanyak 1%, kuantiti ditawar ke
atas barang X meningkat sebanyak 2%.

Contoh 2:

Soalan:

Apabila harga barang Y jatuh daripada RM 12 ke RM 8 seunit, kuantiti ditawar
bagi barang tersebut berkurangan daripada 35 unit kepada 28 unit. Hitungkan
nilai keanjalan penawaran bagi barang Y.

Jawapan:

19

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Es = Qs1 – Qs0 X P0
Qs0 P1 – P0

Es = 28 – 35 X 12
35 8-12

Es = - 7 X 12
35 -4

Es = 0.6

Ini bermakna apabila harga barang Y turun sebanyak 1%, kuantiti ditawar ke
atas barang Y berkurangan sebanyak 0.6%.

c) Darjah-darjah keanjalan penawaran harga

Terdapat lima darjah keanjalan penawaran harga iaitu:

i. Anjal
Penawaran anjal apabila peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar
daripada peratus perubahan harga barang itu sendiri.
Dari rajah 3.14, apabila harga meningkat sebanyak 2%, kuantiti ditawar
meningkat sebanyak 6%. Jadi nilai keanjalan penawarannya ialah 3 iaitu anjal
dimana darjah keanjalan lebih besar dari satu dan kurang dari infiniti.

Rajah 3.14:Keluk penawaran anjal harga

ii. Tidak anjal

Penawaran tidak anjal apabila peratus perubahan kuantiti ditawar lebih kecil
daripada peratus perubahan harga barang itu sendiri.
Dari rajah 3.15, apabila harga meningkat sebanyak 6%, kuantiti ditawar
meningkat sebanyak 3%. Jadi keanjalan penawarannya ialah 0.5 iaitu tidak
anjal di mana darjah keanjalannya kurang dari satu atau lebih besar dari
kosong.

Rajah 3.15: Keluk penawaran tidak anjal harga

20

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

iii. Anjal Satu
Pewaran anjal satu apabila peratusan kuantiti ditawar sama dengan peratus
perubahan harga barang itu sendiri.
Dari rajah 3.16, apabila harga meningkat sebanyak 4%, kuantiti ditawar
meningkat sebanyak 4%. Nilai keanjalannya ialah 1. Keluk penawaran yang
bermula dari titik origin, darjah keanjalan penawarannya adalah satu.

Rajah 3.16: Keluk penawaran anjal satu (unitari)

iv. Tidak anjal sempurna
Penawaran tidak anjal sempurna apabila harga berubah, kuantiti ditawar
langsung tidak berubah. NIlai keanjalannya ialah kosong(sifar).

Bentuk keluk penawaranya adalah selari dengan paksi harga seperti
ditunjukkan dalam rajah 3.17.

Rajah 3.17:Keluk penawaran harga tidak anjal sempurna

21

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

v. Anjal sempurna
Penawaran anjal sempurna apabila perubahan harga yang sedikit
menyebabkan perubahan yang tak terhingga dalam kuantiti ditawar. Bentuk
keluk penawarannya selari dengan paksi kuantiti seperti rajah 3.18.
Ini menunjukkan apabila harga naik sedikit, kuantiti ditawar meningkat tidak
terhingga dan apabila harga jatuh sedikit kuantiti penawaran menjadi kosong
(sifar).

Rajah 3.18: Keluk penawaran anjal sempurna.

d) Penentu-penentu keanjalan penawaran

1. Faktor Masa Penyesuaian Input

Masa adalah faktor utama dalam menentukan keanjalan penawaran. Biasanya
semakin lama jangka masa, penawaran sesuatu barang akan lebih anjal
berbanding dengan masa singkat. Jangka masa pengeluaran dan
hubungannya dengan keanjalan penawaran boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu:

i. Jangka masa singkat

22

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Dalam jangka masa singkat, kenaikan dalam harga tidak akan diikuti oleh
kenaikan dalam penawaran. Jadi penawarannya adalah tidak anjal
sempurna seperti ditunjukkan oleh rajah 3.19. Semua input yang digunakan
dalam proses pengeluaran adalah input tetap.
Rajah 3.19: Keluk penawaran tidak anjal sempurna

Berdasarkan rajah 3.19, apabila harga meningkat dari P0 ke P1,
penawaran tetap q0. Ini kerana masa yang terlalu singkat menyebabkan
pengeluar tidak mempunyai masa untuk menambahkan kuantiti
pengeluaran. Contoh penawaran tidak anjal sempurna dalam jangka masa
singkat ialah barang-barang hasil pertanian seperti kelapa sawit yang
memerlukan masa untuk menambahkan kuantiti pengeluaran.
ii. Jangka masa pendek
Dalam jangka masa pendek, penawaran adalah tidak anjal. Peratus
perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti
penawaran. Ini kerana kenaikan harga dalam jangka masa pendek,
pengeluar hanya dapat menambahkan pengeluaran dengan
menambahkan kuantiti input berubah dan bukannya input tetap. Ini
ditunjukkan melalui rajah 3.20.

Rajah 3.20 : Keluk penawaran tidak anjal harga

iii. Jangka masa panjang

23

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Dalam jangka masa panjang, penawaran adalah anjal. Ini kerana pengeluar
mempunyai cukup masa untuk melakukan penyesuaian dalam
pengeluaran apabila berlaku perubahan dalam harga. Contohnya apabila
harga meningkat, pengeluar boleh meningkatkan pengeluaran dengan
menambahkan penggunaan input tetap dan input berubah (pengeluaran
jangka masa panjang) untuk menambahkan kuantiti pengeluaran. Ini
ditunjukkan melalui rajah 3.21.

Rajah 3.21: Keluk penawaran anjal harga

2. Tempoh masa pengeluaran

Sesuatu barang bersifat tidak anjal sekiranya pengeluaran barang itu
memerlukan jangka masa pengeluaran yang lebih panjang. Contohnya
penawaran hasil pertanian seperti minyak kelapa sawit bersifat tidak anjal
kerana pengeluaran minyak kelapa sawit tidak dapat ditambah dengan kadar
segera walaupun harganya naik kerana masa yang diperlukan untuk
menunggu buahnya masak.

3. Penambahan kos pengeluaran

Sekiranya tambahan penawaran sesuatu barang hanya memerlukan
tambahan kos pengeluaran yang kecil, penawaran barang tersebut akan
bersifat anjal. Tetapi apabila penambahan penawaran sesuatu barang
memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar maka penawaran barang
tersebut adalah tidak anjal. Biasanya tambahan kos pengeluaran bergantung
kepada keupayaan pengeluaran sesebuah firma. Jika terdapat masih banyak
faktor pengeluaran yang belum digunakan, tambahan keluaran akan
melibatkan tambahan kos yang kecil sahaja. Jika firma sudahpun mencapai
keupayaan maksimumnya iaitu semua faktor pengeluaran habis digunakan,
tambahan keluaran akan melibatkan tambahan kos pengeluaran yang besar
dan ini menyebabkan penawaran barang firma tersebut menjadi tidak anjal.

4. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran

24

KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3

Sekiranya faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu keluaran mudah dipindahkan dari satu firma ke firma yang lain atau
dari satu keluaran ke keluaran yang lain, penawaran sesuatu barangan
menjadi lebih anjal. Sebagai contoh, faktor-faktor pengeluaran untuk
menghasilkan keluaran elektronik mudah diperolehi sedangkan untuk
menghasilkan minyak petrol, sumber minyak hanya wujud di kawasan tertentu
sahaja dan sumber minyak ini tidak mempunyai sifat mobiliti. Oleh yang
demikian penawaran untuk keluaran elektronik akan cenderung menjadi lebih
anjal manakala penawaran untuk minyak petrol cenderung untuk menjadi
kurang anjal.

5. Pengantian faktor pengeluaran
Penawaran bersifat tidak anjal apabila input yang diperlukan untuk
menambahkan output sukar diganti atau didapati.Penawaran tidak mudah
ditambah kerana pengeluar memerlukan masa yang lebih panjang untuk
mencari faktor pengeluaran tersebut. Penawaran bersifat anjal jika input itu
mudah diperoleh atau mudah digantikan.

6. Bilangan firma yang ada dalam sesuatu industri
Semakin banyak firma yang ada dalam sesuatu industri, semakin banyak
keluaran yang dapat ditawarkan dan semakin anjal penawaran bagi keluaran
industri tersebut. Sebagai contoh industri kicap di Malaysia terdiri daripada
firma Kipas Udang, Cap Tiga Ayam, Cap Tamin, adabi dan sebagainya.
Sekiranya ada firma-firma baru yang masuk ke industri tersebut, contohnya
firma Kicap Cap Sauh, keluaran industri tersebut akan meningkat dan keluk
penawaran industri akan cenderung menjadi lebih anjal berbanding sebelum
kemasukan firma baru.

25


Click to View FlipBook Version