The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT EKONOMI KMP, 2021-08-02 12:20:46

Bab 6

Bab 6

STRUKTUR PASARAN BAB 6

BAB 6

STRUKTUR PASARAN

6.1 Pengenalan Kepada Struktur Pasaran

Struktur pasaran didefinisikan sebagai pengkelasan firma-firma yang membawa kepada
pembentukkan pelbagai bentuk pasaran tertentu. Pengkelasan tersebut dibuat berdasarkan
kepada lima perkara asas seperti berikut:

a. Jenis barang yang dihasilkan
b. Bilangan firma yang wujud dalam sesuatu pasaran.
c. Kebebasan firma masuk atau keluar pasaran.
d. Kuasa firma dalam menentukan tingkat harga.
e. Keupayaan firma melaksanaan aktiviti persaingan bukan harga.

Umumnya pengkajian ekonomi membahagikan pasaran kepada dua iaitu pasaran
persaingan sempurna (PPS) atau pasaran persaingan tidak sempurna (PPTS). Berasaskan
kepada lima perkara di atas maka firma-firma boleh digolongkan kedalam salah satu bentuk
pasaran tersebut.

Berpandukan kepada Rajah 6.1 Struktur pasaran dibahagikan kepada dua iaitu pasaran
persaingan sempurna (PPS) dan pasaran persaingan tidak sempurna (PPTS). Pasaran
persaingan tak sempurna (PPTS) pula dibahagikan kepada tiga pasaran iaitu pasaran
monopoli, pasaran persaingan bermonopoli dan pasaran oligopoli.

Rajah 6.1: Struktur Pasaran Dalam Ekonomi

STRUKTUR PASARAN DALAM EKONOMI

PPS PPTS

PASARAN PERSAINGAN PASARAN
BERMONOPOLI OLIGOPOLI

PASARAN MONOPOLI

1

STRUKTUR PASARAN BAB 6

6.2 Konsep Hasil Dan Untung
a) Takrif Konsep Hasil Dan Untung

Jumlah Hasil (TR) ialah jumlah nilai penerimaan daripada penjualan sejumlah output
pada sesuatu tingkat harga. Jumlah hasil diperolehi dengan mendarabkan harga dan
kuantiti output yang terjual.

Jumlah Hasil = Harga x Output
TR = P x Q

Hasil Purata (AR) ialah purata hasil yang diterima oleh satu unit output yang terjual. Hasil
purata diperoleh dengan membahagikan jumlah hasil dengan jumlah output.

Hasil Purata = Jumlah Hasil/ Output
AR = TR/ Q

Hasil Sut (MR) ialah perubahan jumlah hasil kesan daripada tambahan satu unit output.
Hasil sut diperoleh dengan membahagikan perubahan jumlah hasil dengan perubahan
jumlah output.

Hasil Sut = Perubahan Jumlah Hasil/ perubahan Output
AR = ΔTR/ ΔQ

Untung ialah nilai perbezaan antara jumlah hasil (TR) dengan jumlah kos (TC). Untung
diperolehi dengan menolak jumlah hasil dengan jumlah kos.

Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
= TR – TC

b) Perbezaan Untung Ekonomi Dengan Untung Perakaunan

i) Untung Perakaunan ialah nilai perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah
kos eksplisit.
Untung Perakaunan = Jumlah Hasil – Jumlah Kos Eksplisit

ii) Untung Ekonomi ialah nilai perbezaan antara jumlah hasil dengan dengan jumlah
kos ekonomi.
Untung Ekonomi = Jumlah Hasil – Jumlah kos ekonomi
= Jumlah Hasil – ( Kos eksplisit + Kos Implisit)

2

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Perbezaan diantara untung perakaunan dengan untung ekonomi ialah kos implisit. Ini
bermaksud dalam perakaunan untung diperolehi dengan membezakan jumlah hasil
dengan jumlah kos sahaja, manakala dalam ekonomi untung deperolehi dengan
membezakan jumlah hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos implisit.

Contoh, seorang pengusaha telah memulakan perniagaannya dengan modal RM60 000
yang dikeluarkan daripada simpanan tabungannya di bank yang mendatangkan faedah
6% setahun. Sebelum ini beliau bekerja dengan Syarikat A dengan gaji tahunan sebanyak
RM60 000. Jumlah hasil dari perniagaannya ialah RM200 000 dan jumlah kos
perniagaannya ialah sebanyak RM50 000.

Untung Perakaunan = Jumlah Hasil – Jumlah Kos Eksplisit
= RM200 000 – RM50 000
= RM150 000

Untung Ekonomi = Jumlah Hasil – Jumlah Kos Eksplisit + Kos Implisit
= RM200 000 – [ ( RM50 000) + ( RM3 600 + RM60 000) ]
= RM 86 400

Daripada contoh di atas, didapati untung ekonomi sentiasa kurang daripada untung
perakuanan disebabkan wujudnya kos implisit.

6.3 Pasaran Persaingan Sempurna

6.3.1 Definisi
Pasaran persaingan sempurna (PPS) merupakan satu bentuk pasaran yang
mengandungi ramai penjual dan ramai pembeli yang tidak terhingga serta menjalankan
urusniaga terhadap barangan yang bersifat homogen. Setiap firma dalam pasaran adalah
pengambil harga kerana mereka mempunyai kebebasan untuk masuk atau keluar
daripada pasaran. Disebabkan sifat barang yang homogen dan pengetahuan pengguna
yang sempurna mengenai pasaran, maka firma tidak melakukan persaingan bukan harga
bagi tujuan mempengaruhi harga. Contoh firma yang tergolong dalam pasaran ini
kebanyakkannya terdiri daripada firma-firma yang menghasilkan keluaran pertanian.

Ciri-ciri Pasaran PersainganSempurna

a. Bilangan penjual dan pembeli yang relatif ramai
Bilangan penjual dan pembeli yang ramai dalam pasaran persaingan sempurna adalah
disebabkan wujudnya kebebasan keluar atau masuk firma dalam pasaran tersebut.

Ramainya penjual menyebabkan keluaran setiap firma adalah relatifnya kecil berbanding
dengan jumlah keseluruhan keluaran di pasaran. Begitu juga jika ianya dilihat dari segi
saiz setiap firma di pasaran relatifnya adalah kecil.

Keadaan ini menyebabkan kuasa dan pengaruh firma terhadap pasaran amat kecil. Ini
bermakna sebarang tindakan yang diambil oleh firma untuk mempengaruhi dan
mengubah keadaan di pasaran akan gagal. Sebagai contoh jika sebuah firma
mengurangkan jumlah penawaran barang di pasaran, ianya tidak akan sesekali

3

STRUKTUR PASARAN BAB 6

mempengaruhi harga di pasaran kerana ramai lagi penjual lain yang turut sama
mengeluarkan barang yang serupa dengannya.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada pengguna. Bilangan mereka yang ramai
menyebabkan sebarang bentuk tindakan yang dilakukan tidak sesekali mengubah
keadaan di pasaran.

b. Barangan homogen
Homogen bermaksud serba sama. Ini bermakna barang yang dihasilkan oleh setiap firma
tidak mempunyai sebarang perbezaan dari segi fizikal mahu pun kandungannya
disebabkan semua firma mempunyai pengetahuan yang sempurna dalam pengeluaran.

Sifat homogen barang tersebut bukan sahaja menyebabkan barang yang dihasilkan oleh
setiap firma merupakan pengganti sempurna di antara satu sama lain. Oleh itu setiap firma
tidak perlu melakukan persaingan bukan harga, seperti pengiklanan.

Barangan yang bersifat hemogen ini menyebabkan setiap firma tidak mempunyai kuasa
dalam menentukan mempengaruhi harga di pasaran.

Sebagai contoh disebabkan ciri-ciri homogennya sekiranya firma A menaikkan harga
produknya, maka pengguna akan bertindak untuk tidak membeli barang dari firma A
tersebut dan mengalihkan pembelian kepada firma firma lain yg mengeluarkan barangan
yang sama.

c. Kebebasan keluar masuk pasaran
Setiap firma mempunyai kebebasan untuk keluar masuk pasaran kerana mereka tidak
menghadapi sebarang sekatan untuk menghasilkan barang tersebut. Ini kerana
penghasilan barangan yang dikeluarkan sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar
mahupun tahap penggunaan teknologi tinggi.

d. Pengetahuan yang sempurna tentang pasaran
Dalam pasaran persaingan sempurna, masing-masing pihak mengetahui akan harga dan
kos yang terlibat. Ini bermakna setiap penjual tahu kos atau harga bagi pelbagai faktor
pengeluaran.Setiap penjual juga mengetahui harga yang sepatutnya diikuti atau yang
sepatutnya diletakkan.

Manakala setiap pembeli pula mengetahui harga yang telah diputuskan di pasaran. Oleh
itu pembeli tidak akan membeli barangan dari firma yang meletakkan harga lebih tinggi
dari harga yang ditentukan dipasaran

e. Kesempurnaan mobiliti faktor
Semua faktor pengeluaran bebas bergerak dari suatu tempat ke tempat lain dan mudah
di perolehi oleh semua firma tanpa sebarang halangan. Faktor mempunyai kecekapan
yang sama dan boleh digunakan oleh mana-mana firma.

f. Setiap firma adalah penerima harga
Penerima harga bermaksud bahawa setiap firma dalam pasaran tersebut hanya menerima
atau mengambil harga yang telah diputuskan di pasaran iaitu harga yang diputuskan

4

STRUKTUR PASARAN BAB 6

secara bersama oleh semua firma dan pembeli yang terdapat dalam pasaran tersebut
sebagai harga jualannya.

Setiap firma merupakan firma pengambil harga kerana mereka tidak mampu dan tidak
berkuasa menetapkan harga barangan mereka sendiri. Ini disebabkan dua ciri terdahulu
pasaran tersebut, iaitu bilangan firma yang ramai dan barangannya yang bersifat
homogen.

Setiap firma berhak menjual sebanyak mana kuantiti keluarannya tetapi mestilah pada
harga yang telah ditetapkan oleh pasaran. Ini kerana permintaan firma tersebut hanya
wujud pada harga tersebut sahaja.

6.3.2 Pembentukan Keluk Permintaan Firma Dan Pasaran
Berpandukan rajah 6.2 di bawah, harga keseimbangan pasaran ialah OP dan kuantiti
sebanyak OQ. Oleh kerana firma sebagai pengambil harga, maka pada tingkat harga OP
firma boleh menawarkan kuantiti sebanyak yang mungkin.

Jika fima itu menjual keluarannya dengan harga yang tinggi daripada harga OP yang
tersebut, maka dia akan kehilangan semua pelanggannya. Ini kerana pembeli akan
membeli barang tersebut daripada firma lain memandangkan barang tersebut sama
sahaja di antara firma dengan firma yang lain. Oleh itu firma ini mempunyai permintaan
yang sifar.

Akan tetapi sekiranya firma tersebut menjual keluarannya pada tingkat harga yang lebih
rendah daripada OP tingkat harga yang ditetapkan oleh pasaran, maka fima tersebut akan
mengalami kerugian dan akhirnya terpaksa menarik diri daripada pasaran.

Oleh itu, keluk permintaan firma berbentuk satu garis lurus yang selari dengan paksi
kuantiti ataupun anjal sempurna. Ini kerana permintaan sesebuah firma hanya wujud pada
suatu tingkat harga tertentu sahaja yang mana tingkat harga tersebut sebenarnya
merupakan tingkat harga yang telah diputuskan atau ditetapkan oleh pasaran.

Rajah 6.2: Keluk permintaan firma dan pasaran.

harga harga

PE S DD = 0
0 PD
D
Q kuantiti Firma tidak akan berbuat demikian
PASARAN
0 kuantiti
FIRMA

5

STRUKTUR PASARAN BAB 6
6.3.3 Konsep-konsep hasil firma dalam pasaran persaingan sempurna

Rajah 6.3: konsep-konsep hasil

Bagi membincangkan kesemua konsep hasil di atas jadual 6.1 di bawah adalah dirujuk.

Jadual 6.1: Konsep hasil firma pasaran persaingan sempurna.

Keluaran Harga Jumlah Hasil Hasil purata Hasil sut
(unit) (RM) (TR) (AR) (MR)

1 40 40 40 40
2 40 80 40 40
3 40 120 40 40
4 40 160 40 40
5 40 200 40 40
6 40 240 40 40
7 40 280 40 40
8 40 320 40 40

a. Jumlah Hasil (TR)

Jumlah hasil merupakan semua hasil yang diperoleh dari kuantiti keluaran yang terjual.
Ianya diperoleh dengan mendarabkan harga keluaran dengan jumlah keluaran.
Disebabkan harga keluaran adalah tetap, maka semakin tinggi jumlah keluaran yang
terjual, semakin tinggi jumlah hasil. Begitulah sebaliknya. Disebabkan tingkat harga
adalah tetap, maka jumlah hasil akan bertambah dengan jumlah yang sama bagi setiap
tambahan dalam jumlah keluaran.
Rajah 6.4: Keluk jumlah hasil (TR)

TR

TR

120
80
40

0 123 Qty

6

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Keluk jumlah hasil bersifat linear dan mencerun ke atas dari kiri ke kanan kerana jumlah
hasil bertambah dengan kadar yang sama bagi setiap tambahan dalam jumlah keluaran.
Ini dapat di lihat sebagai mana yang ditunjukkan pada rajah 6.4

b. Hasil sut (MR)
Hasil sut merupakan tambahan dalam jumlah hasil kesan daripada tambahan seunit
keluaran. Oleh kerana tingkat harga adalah tetap, maka tambahan dalam hasil total
berkadar sama dengan harga(hasil sut). Oleh itu hasil sut sama dengan harga bagi setiap
tambahan setiap unit keluaran.
Hasil sut boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut:

MR = ∆TR = ∆Q X P = P
∆Q ∆Q

Keluk hasil sut bersifat mendatar selari dengan paksi kuantiti ataupun bersifat anjal
sempurna (rujuk rajah 6.5). Keluk tersebut juga sama dengan garis harga sebagaimana
yang telah dibuktikan daripada rumus yang ditunjukkan di atas.

Rajah 6.5: Keluk hasil sut (MR)
MR

MR
0 Output

c. Hasil purata (AR)
Hasil purata ialah purata hasil yang diterima oleh satu unit output yang terjual. Hasil purata
diperoleh dengan membahagikan jumlah hasil dengan jumlah output. merupakan jumlah
hasil bagi seunit keluaran.
Hasil purata juga menyamai tingkat harga. Ini dapat dibuktikan berdasarkan rumus berikut.

AR = TR = P X Q = P
QQ

7

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Keluk hasil purata juga bersifat mendatar selari dengan paksi kuantiti ataupun bersifat
anjal sempurna. Keluk tersebut sama dengan garis harga sebagaimana yang telah
dibuktikan daripada rumus di atas. (rujuk rajah 6.6).
Rajah 6.6: Keluk hasil purata (AR)

AR

AR

Output

Dalam pasaran persaingan sempuna, kolek hasil sut sama dengan kelok hasil purata pada

sesuatu garisan harga. Ia dapat dibuktikan seperti berikut:

P = MR =AR
P = ∆ TR = TR

∆Q = Q
P = ∆Q x P = Q x P

∆Q Q

Oleh itu P = MR =AR

6.3.4 Keseimbangan firma pasaran persaingan sempurna jangka pendek

a. Penentuan Keseimbangan Firma Jangka Pendek

Penentuan keseimbangan firma boleh ditentukan melalui dua pendekatan iaitu

pendekatan sut dan pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos. Firma dikatakan mencapai

kecekapan apabila memenuhi syarat keseimbangan iaitu apabila hasil sut sama dengan

kos sut (pendekatan sut) atau mendapat untung yang maksimum ( pendekatan jumlah
hasil dan jumlah kos).

Jadual 6.2: Aplikasi pendekatan sut dan pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos.

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9)

Output Harga Jumlah Hasil Hasil Jumlah Kos Kos Untung
purata kos Sut Purata @ Rugi
(Q) (P) hasil sut (AR) (TC) (MC)
(TR) (MR) (AC) (RM)

1 20 20 20 20 32.5 - 32.5 - 12.5

2 20 40 20 20 48 15.5 24 - 8

3 20 60 20 20 57 9 19 3

4 20 80 20 20 62 5 15.5 18

5 20 100 20 20 73 11 14.6 27

6 20 120 20 20 93 20 15.5 27

7 20 140 20 20 122.5 29.5 17.5 17.5

8 20 160 20 20 160 37.5 20 0

8

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Berdasarkan jadual 6.2 di atas, firma pasaran persaingan sempurna mencapai
keseimbangan pada tingkat keluaran yang ke 6. Ini kerana pada tingkat keluaran tersebut
wujud perbezaan terbesar di antara hasil total (lajur 3) yang diperolehnya dengan jumlah
kos ( lajur 6 ) yang terpaksa dihadapinya. Dengan lain perkataan, pada tingkat keluaran
yang dinyatakan, firma tersebut memperoleh jumlah untung tertinggi atau untung
maksimum sebanyak RM27.
Pada peringkat keluaran tersebut juga, hasil sut (lajur 4) firma tersebut menyamai kos sut
(lajur 7) firma tersebut iaitu sebanyak 20. Bila ini berlaku, sekali lagi firma tersebut
dikatakan berada dalam keseimbangan. Keadaan ini sekaligus mencerminkan bahawa
pada ketika itu firma tersebut memperoleh untung maksimum.
Tingkat keluaran keseimbangan firma seperti yang diterangkan di atas boleh juga dilihat
menerusi kaedah rajah sebagaimana yang ditunjukkan pada rajah 6.7. Berdasarkan rajah
6.7 dan mengikut pendekatan jumlah, tingkat keluaran keseimbangan bagi firma pasaran
persaingan sempurna berlaku pada tingkat keluaran yang ke 6. Ini berdasarkan jarak
terpanjang di antara keluk hasil total (TR) dan keluk jumlah kos (TC) iaitu jarak C D.
Rajah 6.7: Aplikasi pandekatan total dan sut menerusi kaedah rajah dalam menentukan
tingkat keluaran keseimbangan.

Jarak terpanjang di antara dua keluk tersebut sebenarnya mencerminkan untung
maksimum yang diperoleh oleh firma berkenaan. Ini bermakna panjang jarak yang

9

STRUKTUR PASARAN BAB 6

berkenaan menyamai jumlah untung maksimum yang diperoleh oleh firma yang
berkenaan iaitu sebanyak RM 27.

Pada jarak terpanjang di antara dua keluk tersebut juga sebenarnya dalam masa yang
sama berlaku persilangan di antara keluk kos sut (MC) dan keluk hasil sut (MR) firma yang
berkenaan. Persilangan di antara dua keluk tersebut berlaku pada tingkat keluaran yang
ke 6. Dengan hal yang demikian tingkat keluaran tersebut merupakan tingkat keluaran
keseimbangan dan firma mencapai kecekapan yang maksimum.

Pada kuantiti kurang daripada 6 unit, tambahan hasil (MR) lebih tinggi daripada tambahan
kos (MC), oleh itu firma akan menambahkan kuantiti sehinggalah tambahan hasil (MR)
sama dengan tambahan kos (MC) iaitu pada kuantiti ke 6. Sebaliknya, pada kuantiti lebih
daripada 6 unit, tambahan hasil (MR) lebih kecil daripada tambahan kos (MC). Oleh itu
firma akan mengurangkan kuantiti sehimgga kuantiti ke 6 bilamana sehinggalah tambahan
hasil (MR) sama dengan tambahan kos (MC).

Pada tingkat keluaran tersebut untung firma berkenaan berada pada tahap tertinggi iaitu
berjumlah RM 27. Pada tingkat keluaran tersebut hasil total firma berkenaan diperoleh
dengan mendarabkan harga (P) atau hasil perata (AR) dengan jumlah keluarannya (Q).
Manakala jumlah kosnya pula diperoleh dengan mendarabkan jumlah kos puratanya (AC)
dengan jumlah keluaran (Q) firma berkenaan atau RM 15.5 X 6 unit = RM 93.

Untung maksimum dapat ditentukan dengan menolak jumlah kos daripada hasil total firma
berkenaan iaitu RM 20 X 6 = RM 120. Jadi jumlah keuntungan ialah RM 120 – RM 93 =

RM 27.

b. Keuntungan Firma Jangka Pendek

Sesebuah firma akan mencapai keseimbangan apabila kos sutnya (MC) menyamai hasil
sutnya (MR). Pada titik persilangan di antara kedua-dua keluk ini kecerunan keluk kos sut
(MC) menyamai kecerunan keluk hasil sut (MR). Pada titik persilangan itu juga wujud jarak
terpanjang di antara keluk jumlah hasil (TR) dan keluk jumlah kos (TC).

Pada titik keseimbangan tersebut, sesebuah firma akan memperolehi kecekapan
maksimum. Pada ketika itu firma mungkin memperolehi sama ada untung lebih normal,
untung normal atau untung kurang normal. Sekiranya firma tersebut memperoleh kerugian
pada masa itu, maka kerugian yang ditanggungnya merupakan kerugian yang paling
minimum.

Pengkelasan jenis-jenis keuntungan firma ditentukan apabila memenuhi syarat-syarat di
bawah jika ia memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan seperti jadual 6.3.

Jadual 6.3: Jenis-jenis keuntungan

Jenis keuntungan Syarat kewujudannya

Untung lebih normal TR > TC
Untung normal TR = TC
Untung kurang normal TR < TC

10

STRUKTUR PASARAN BAB 6

i) Untung lebih normal
Sesebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna akan memperoleh untung lebih
normal jika pada tingkat keseimbangan firma, jumlah hasil besar dari jumlah kos.
Berdasarkan rajah 6.8, firma mencapai keseimbangan apabila keluk MC bersilang dengan
keluk MR iaitu pada titik E di mana kuantiti dan harga keseimbangan ialah masing-masing
P0 dan q0. Pada keseimbangan ini, jumlah hasil adalah sebanyak 0P0Eq0 sedangkan
jumlah kos sebanyak 0CAq0. Jadi keuntungan yang diperoleh oleh firma adalah sebanyak
CP0EA.
Rajah 6.8: Untung lebih normal

ii) Untung normal
Sesebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna akan memperoleh untung normal
jika pada tingkat keseimbangan firma jumlah hasil sama dengan jumlah kos. Berdasarkan
rajah 6.9, firma mencapai keseimbangan apabila keluk MC bersilang dengan keluk MR
iaitu pada titik E di mana kuantiti dan harga keseimbangan ialah masing-masing P0 dan
q0. Pada keseimbangan ini, hasil total adalah sebanyak 0P0Eq0 dan kos total sebanyak
0P0Eq0. Jadi keuntungan yang diperoleh oleh firma adalah sebanyak kosong (sifar).
Rajah 6.9: Untung normal

11

STRUKTUR PASARAN BAB 6

iii) Untung kurang normal
Sesebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna akan memperoleh untung kurang
normal jika pada tingkat keseimbangan firma, jumlah hasil lebih kecil dari jumlah kos.
Berdasarkan tajah 6.10, firma mencapai keseimbangan apabila keluk MC bersilang
dengan keluk MR iaitu pada titik E di mana kuantiti dan harga keseimbangan ialah masing-
masing P0 dan q0. Pada keseimbangan ini jumlah hasil adalah sebanyak 0P0Eq0
sedangkan jumlah kos sebanyak 0CAq0. Jadi kerugian atau untung kurang normal yang
ditanggung oleh firma ini adalah sebanyak P0CAE.
Rajah 6.10: Untung kurang normal

c. Penentuan Titik Penutupan Firma
Dalam jangka masa pendek mahu pun panjang, sekiranya sesebuah firma itu
memperolehi untung lebih normal atau untung normal, maka ia sesungguhnya tidak
menghadapi sebarang masalah untuk meneruskan operasi pengeluarannya. Sekiranya ia
memperoleh untung kurang normal atau kerugian, maka firma tersebut berkemungkinan
akan berhadapan dengan sedikit masalah untuk terus beroperasi. Bagi setiap firma yang
mengalami kerugian seperti itu, maka ia seharusnya tidak mengambil keputusan untuk
terus menutup operasi pengeluarannya.
Jika jumlah hasil (TR) yang diperolehnya masih lagi melebihi atau sekurang-kurangnya
menyamai jumlah kos berubahnya (TVC) ataupun pada ketika itu tingkat harganya (P)
melebihi atau sekurang-kurangnya menyamai kos berubah puratanya (AVC), maka ia
seharusnya tidak memberhentikan operasi pengeluarannya meskipun firma tersebut pada
hakikatnya sedang mengalami kerugian.

Ringkasnya jika:-
TR ≥ TVC @ P ≥ AVC
Firma boleh dan seharusnya meneruskan operasi pengeluarannya meskipun pada ketika
itu ia mengalami kerugian.

12

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Akan tetapi jika jumlah hasilnya (TR) lebih kecil berbanding jumlah kos berubahnya (TVC)
atau tingkat harganya (P) lebih rendah berbanding kos berubah puratanya (AVC), maka
firma itu mesti memberhentikan operasi pengeluarannya dalam jangka masa pendek.

Ringkasnya jika:-
TR < TVC @ P < AVC
Firma persaingan sempurna seharusnya memberhentikan operasi pengeluarannya.

.
Keadaan di mana firma yang mengalami kerugian dan terpaksa memberhentikan operasi
pengeluarannya dapat dilihat pada rajah 6.13.

i) Untung kurang normal ( boleh terus operasi keadaan optimum )
Berdasarkan rajah 6.11, firma mencapai keseimbangan pada kuantiti q0 dan pada harga
P0. pada keseimbangan tersebut jumlah hasil ialah 0P0Eq0 di mana jumlah kos tetap
ialah sebanyak C1CAF sedangkan jumlah kos berubah ialah 0C1Fq0. Dengan itu firma
mengalami untung kurang normal sebanyak P0CAE. Tetapi firma masih terus beroperasi
kerana jumlah hasil dapat menampung keseluruhan jumlah kos berubah (OC1Fq0) dan
sebahagian dari kos tetap iaitu sebanyak C1P0EF. Jika firma tutup operasi, kerugian yang
ditanggung adalah dalam bentuk jumlah kos tetap sebanyak
C1CAF sedangkan jika terus beroperasi kerugian adalah sebanyak P0CAE. Jadi bagi
meminimumkam kerugian, firma akan terus beroperasi walaupun rugi kerana keseluruhan
kos berubah dan sebahagian dari jumlah kos tetap dapat ditampung.
Rajah 6.11: Firma memperoleh untung kurang normal tetapi masih beroperasi.

ii) Untung kurang normal ( boleh terus operasi keadaan yang minimum)
Berdasarkan rajah 6.12, firma mencapai keseimbangan pada kuantiti q0 dan harga P0.
pada keseimbangan tersebut jumlah hasil ialah 0P0Eq0. Jumlah kos ialah 0CAq0 di mana
jumlah kos tetap ialah sebanyak P0CAE sedangkan jumlah kos berubah ialah 0P0Eq0.
13

STRUKTUR PASARAN BAB 6
Dengan itu firma mengalami untung kurang normal sebanyak P0CAE. Dengan kata lain,
kerugian yang ditanggung adalah sebanyak jumlah kos tetap jika meneruskan atau
menutup operasi. Dalam kes ini firma biasanya akan meneruskan operasi bagi menjaga
nama baik firma, menjaga pelanggan-pelanggan tetap dan tidak mahu kehilangan tenaga-
tenaga kerja mahir.
Rajah 6.12: Firma memperoleh untung kurang normal tetapi masih beroperasi.

iii) Untung kurang normal tutup operasi
Berdasarkan rajah 6.13, firma mencapai keseimbangan pada kuantiti q0 dan harga P0.
pada keseimbangan tersebut jumlah hasil ialah 0P0Eq0. Jumlah kos ialah 0CAq0 di mana
jumlah kos tetap ialah sebanyak C1CAF sedangkan jumlah kos berubah ialah 0C1Fq0.
Dengan itu jika teruskan operasi firma memperoleh untung kurang normal sebanyak
P0CAE. Sedangkan jika tutup operasi, firma akan mengalami kerugian dalam bentuk kos
tetap sebanyak C1CAF. Jadi dalam kes ini, firma akan menutup operasinya bagi
meminimumkan kerugiannya.
Rajah 6.13: Firma memperoleh untung kurang normal dan tutup operasi

Alasan-alasan tertentu mengapa firma yang mengalami kerugian tetapi masih
meneruskan operasinya dapat diterangkan seperti berikut:
a. Jumlah Hasilnya masih mampu menampung keseluruhan jumlah kos berubahnya. Ini
bermakna, jumlah hasil yang diperolehnya masih mampu membeli bahan-bahan mentah,
membayar gaji buruh dan seumpamanya bagi membolehkan ia meneruskan operasi
pengeluarannya.

14

STRUKTUR PASARAN BAB 6

b. Dalam keadaan-keadaan yang tertentu firma yang berkenaan juga mungkin
berkemampuan menampung sebahagian daripada jumlah kos tetapnya selain daripada
menampung keseluruhan jumlah kos berubah.

c. Menjaga nama baik syarikat. Ini bermakna imej atau prestij syarikat masih lagi tinggi. Bila
ini berlaku, maka syarikat mudah memperoleh pembiayaan pinjaman jika ia memohon
pembiayaan tertentu.

d. Syarikat dapat mengekalkan pelanggan-pelanggannya yang sedia ada berikutan barang
tersebut masih wujud secara berterusan di pasaran. Ini bermakna syarikat masih mampu
mempertahankan sebahagian pasarannya yang sedia ada.

e. Syarikat juga masih dapat mengekalkan pekerja-pekerja mahir sedia ada. Keadaan ini
sememangnya menguntungkan firma tersebut di mana sekiranya ia memberhentikan
operasi pengeluarannya, maka ia terpaksa membayar gaji yang lebih tinggi bagi
mendapatkan pekerja-pekerja mahir atau terlatih sekiranya ia mahu memulakan semula
perniagaannya pada masa hadapan. Sekiranya ia mahu melatih pekerja-pekerja baru bagi
tujuan tersebut, maka ia terpaksa menyediakan sejumlah tertentu perbelanjaan yang
besar yang pastinya membebankan syarikat tersebut.

f. Menerusi masa, penerusan operasi pengeluaran syarikat sebenarnya meningkatkan
kecekapan pekerja. Bila ini berlaku maka daya pengeluaran pekerja meningkat.
Seterusnya jumlah keluaran, jumlah hasil dan jumlah keuntungan syarikat akan
bertambah. Keadaan ini membolehkan firma tersebut melepasi tahap kerugian yang
dialaminya.

15

STRUKTUR PASARAN BAB 6
d. Pembentukan keluk penawaran firma persaingan sempurna jangka pendek

Rajah 6.18: Keluk penawaran firma persaingan sempurna jangka pendek.

Rajah 6.18, menunjukkan pelbagai tingkat keseimbangan persaingan sempurna pada
pelbagai tingkat harga yang berbeza. Keadaan keseimbangan tersebut masing-masing
tercapai pada titik E, E1, E2 dan E3 bila mana keluk kos sut (MC) memotong keluk-keluk
hasil sut MR, MR1,MR2 dan MR3.
Sebagaimana diketahui sesebuah firma akan hanya memberhentikan operasinya
pengeluarannya dalam jangka masa pendek jika tingkat harga produknya didapati lebih
rendah daripada tingkat kos berubah purata yang dihadapinya. Ini bermakna pada titiktitik
keseimbangan E, E1, E2 dan E3 firma tersebut masih boleh meneruskan operasi
pengeluarannya berikutan keupayaannya melepasi syarat yang mengharuskannya untuk
bertindak sebaliknya. Keadaan ini memberi implikasi bahawa pada titik-titik keseimbangan
tersebut, firma itu sedang menawarkan barangannya di pasaran.
Sehubungan itu bagi membentuk keluk penawaran firma jangka pendek, maka
sebahagian daripada keluk kos sut (MC) yang mewakili titik-titik leseimbangan firma yang
terletak pada atau lebih tinggi daripada tingkat harga OP akan membentuk keluk
penawaran firma persaiangan sempurna jangka pendek.

16

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Pembentukan keluk penawaran pasaran bagi pasaran persaingan sempurna dalam
jangka masa pendek

Keluk penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara horizontal jumlah
penawaran yang dihadapi oleh setiap firma pada setiap tingkat harga. Sebagai contoh,
dari jadual 6.4 pada tingkat harga RM1.00, jumlah penawaran firma X dan Y
masingmasing 35 dan 30 unit. Ini menjadikan jumlah penawaran pasaran kesemuanya
berjumlah 65 unit.

Berdasarkan rajah 6.19, keluk penawaran pasaran lebih anjal atau lebih landai berbanding
keluk penawaran kedua-dua firma X dan Y kerana ianya diperoleh dengan menjumlahkan
penawaran yang dihadapi oleh kedua-dua firma tersebut.

Jadual 6.4: Jadual penawaran firma dan pasaran

Harga (RM) Kuantiti di tawar (unit)

1.00 Firma X Firma Y Pasaran
2.00
3.00 35 30 65
40 45 85

48 60 108

Rajah 6.19: Rajah pembentukan keluk penawaran pasaran

P SP SP S

3
2
1

35 40 48 kuantiti 30 45 60 kuantiti 65 85 108 kuantiti

6.3.5 Keseimbangan firma persaingan sempurna dalam jangka masa panjang

a. Proses Keseimbangan Firma Jangka Panjang

Dalam jangka masa panjang, firma persaingan sempurna mencapai keseimbangan
dengan memperoleh untung normal sahaja. Keadaan ini disebabkan wujudnya
kebebasan masuk keluar firma dalam pasaran. Pada kebiasaannya firma-firma baru akan
memasuki pasaran apabila industri memperoleh untung lebih normal dan menarik diri
keluar daripada pasaran apabila pasaran mengalami untung kurang normal.

17

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Bagaimana firma persaingan sempurna hanya memperoleh untung normal sahaja dalam
jangka masa panjang dapat diterangkan seperti berikut:
Bila sesuatu industri memperoleh untung lebih normal, maka banyak firma baru turut
berminat memasuki pasaran dengan turut sama mengeluarkan produk tersebut di
pasaran. Dalam masa yang sama firma yang sedia ada dalam pasaran akan turut
meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka.
Semua keadaan ini menyebabkan jumlah penawaran produk tersebut di pasaran
bertambah dengan banyak. Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran SS
ke S1S1 ( rujuk rajah 6.14). Bila ini berlaku maka tingkat harga produk tersebut jatuh dari
OP ke OP1. Kejatuhan dalam harga akhirnya menyebabkan kejatuhan dalam hasil total
yang diterima oleh setiap firma. Kejatuhan dalam jumlah hasil pula akan menyebabkan
keluk hasil purata (AR) firma beralih ke bawah dan akhirnya menyebabkan persaingan
sempurna hanya memperoleh untung normal sahaja.
Rajah 6.14: Penyesuaian keseimbangan jangka pendek ke jangka panjang

Bila sesuatu industri itu memperoleh untung kurang normal pula, maka banyak firma yang
sedia ada dalam pasaran tersebut akan keluar daripada pasaran. Manakala firmafirma
yang belum memasuki pasaran tersebut kurang berminat untuk menyertai pasaran.
Keadaan ini menyebabkan jumlah penawaran produk tersebut berkurangan di pasaran.
Ini ditunjukkan menerusi peralihan keluk penawaran industri dari SS ke S1S1 (rajah 6.15).
Bila ini berlaku maka tingkat harga produk tersebut di pasaran akan meningkat. Keadaan
ini tentunya akan meningkatkan jumlah hasil setiap firma.
Kenaikan dalam jumlah hasil firma menyebabkan hasil purata mereka turut meningkat. Ini
menyebabkan keluk hasil purata (AR) beralih ke atas dari AR=MR=P kepada
AR1=MR1=P1. Keadaan ini akhirnya menyebabkan firma persaiangan sempurna mampu
memperbaiki prestasinya dan seterusnya berupaya memperoleh untung normal.

18

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Rajah 6.15: Penyesuaian keseimbangan jangka pendek ke jangka panjang.

Penyesuaian keseimbangan jangka panjang firma persaingan sempurna.
i) Dari untung lebih normal kepada untung normal sahaja

Rajah 6.16: Penyesuaian keseimbangan firma jangka panjang

Dalam rajah 6.16, firma persaingan sempurna pada mulanya mencapai keseimbangan di
titik E bila mana keluk kos sutnya (SMC) memotong keluk hasil sutnya (MR). Pada ketika
itu firma tersebut memperoleh hasil sebanyak OPEQ dan berhadapan dengan kos
sebanyak OCAQ. Keadaan ini menyebabkan firma tersebut memperoleh untung lebih
normal sebanyak CPEA.
Untung lebih normal yang diperoleh oleh firma tersebut telah menarik lebih banyak firma
baru masuk ke pasaran di mana dengan kemasukan firma telah menyebabkan tingkat
harga di pasaran tersebut jatuh dari paras OP ke OP1.

19

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Kejatuhan harga di pasaran menyebabkan jumlah hasil yang diterima oleh firma tersebut
berkurangan dan keadaan ini akhirnya menyebabkan firma tersebut hanya memperoleh
untung normal sahaja dalam jangka masa panjang. Keadaan ini ditunjukkan pada titik
keseimbangan E1 bila mana keluk kos sut SMC1 firma berkenaan memotong keluk hasil
sut firma berkenaan pada keluk MR1. Pada titik permotongan itu, keluk kos puratanya
tangen dengan garis P1=AR1=MR1=DD1.

Bagi menunjukkan bahawa keseluruhan proses tersebut berlaku dalam jangka panjang,
keluk kos purata dan kos sut jangka panjang firma berkenaan seterusnya boleh dibentuk.
Proses pembentukan keluk-keluk tersebut seharusnya mengikut cara pembentukan keluk
kos purata jangka panjang sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori kos.

Keluk kos purata jangka panjang (LAC) firma yang berkenaan hanya tangen pada titik
minimum keluk kos purata jangka pendek pada keluk SAC1. Keluk kos sut jangka panjang
(LMC) firma berkenaan itu pula memotong keluk kos purata jangka panjang firma yang
berkenaan pada titik minimumnya. Keadaan ini akhirnya menyebabkan pada titik
keseimbangan E1 wujud suatu keadaan di mana SMC1 = SAC1 = LMC = LAC = P1 =
DD1.

ii) Dari untung kurang normal kepada untung normal

Rajah 6.17: Penyesuaian keseimbangan firma jangka panjang

Dari rajah 6.17, firma persaingan sempurna pada mulanya mencapai keseimbangan pada
titik E bila mana keluk kos sutnya (SMC) memotong keluk hasil sutnya (MR). Pada ketika
itu firma tersebut memperoleh hasil sebanyak OPEQ dan berhadapan dengan kos
sebanyak OCAQ. Keadaan ini menyebabkan firma tersebut memperoleh untung kurang
normal sebanyak PCAE.

Untung kurang normal yang diperoleh oleh firma dalam pasaran persaingan sempurna
tersebut telah menyebabkan firma-firma yang tidak mampu bersaing dalam pasaran
mengambil keputusan keluar dari pasaran. Kesannya bilangan firma dalam pasaran telah
berkurangan dan dengan itu permintaan untuk setiap firma akan meningkat. Ini telah
menyebabkan tingkat harga di pasaran tersebut meningkat dari paras OP ke OP1.

20

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Kenaikan dalam tingkat harga di pasaran menyebabkan jumlah hasil yang diterima oleh
firma tersebut meningkat dan keadaan ini akhirnya menyebabkan firma tersebut
memperoleh untung normal dalam jangka masa panjang. Keadaan ini ditunjukkan pada
titik keseimbangan E, bila mana keluk kos sut SMC1 firma berkenaan memotong keluk
hasil sut firma berkenaan pada keluk MR1. Pada titik permotongan itu, keluk kos
puratanya tangen dengan garis P1 = AR1 = MR1 = DD1.

Bagi menunjukkan bahawa keseluruhan proses tersebut berlaku dalam jangka masa
panjang, keluk kos purata dan kos sut panjang firma yang berkenaan seterusnya boleh
dibentuk. Proses pembentukan keluk-keluk tersebut haruslah mengikut cara
pembentukan keluk kos purata jangka panjang sebagaimana yeng telah diterangkan
dalam teori kos. Keluk kos purata jangka panjang (LAC) firma yang berkenaan hanya
bertangen pada titik minimum keluk kos purata jangka pendek pada keluk kos purata
jangka pendek SAC1. Keadaan ini ekhirnya menyebabkan pada titik keseimbangan E1
wujud keadaan di mana SMC1 = SAC1 = LMC = LAC = P1 = DD1 meskipun keluk kos sut
jangka panjang firma yang berkenaan tidak dapat ditunjukkan.

6.4 Pasaran monopoli

6.4.1 Definisi dan ciri pasaran monopoli
Monopoli merupakan sebuah struktur pasaran yang terdiri daripada sebuah firma tunggal
yang mengeluarkan barangan dan pekhidmatan yang tiada pengganti hampir. Jadi dalam
monopoli, firma itu juga adalah merupakan industri. Firma monopoli dilindungi daripada
persaingan oleh halangan-halangan yang menghalang kemasukan firma-firma lain ke
dalam industri seperti halangan dari segi pemilikan ekslusif bahan mentah/sumber,
ekonomi mengikut bidangan, halangan yang dikenakan oleh karajaan dan halangan
undang-undang tertentu.

a. Firma atau pengeluar tunggal dalam industri
Jika sekiranya hanya terdapat sebuah sahaja firma dalam industri, firma ini dikenali
sebagai monopoli tulen. Dengan itu pengguna tiada pilihan dan terpaksa membeli
daripada firma tersebut. Oleh kerana terdapat hanya sebuah firma dalam industri
monopoli, maka tindakan firma ini akan mempengaruhi harga pasaran. Ini kerana firma
monopoli mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas harga barangan/perkhidmatan yang
dijual kerana ia merupakan firma tunggal. Firma ini boleh menetapkan harga yang
disukainya. Gelagat ini diistilahkan sebagai penentu harga. Untuk meningkatkan harga
output, firma akan mengurangkan penawaran. Sebaliknya apabila penawaran
bertambah, harga akan jatuh. Walau bagaimanapun, kuasa monopoli bukan satu kuasa
yang mutlak kerana monopoli tidak boleh mengawal harga dan kuantiti pasaran secara
serentak. Sebaliknya ia boleh mengawal harga atau kuantiti sahaja, misalnya firma
bebas menaikkan atau menurunkan harga sesuatu barang, tetapi kuantiti yang diminta
bergantung kepada reaksi pengguna. Pengguna mungkin mengurang atau
menambahkan pembelian.

b. Barangan dan perkhidmatan tiada pengganti hampir
Sebagai pemonopoli, output yang dihasilkan oleh firma monopoli tiada pengganti
hampir. Kesannya pengguna tiada pilihan dan terpaksa membeli output yang

21

STRUKTUR PASARAN BAB 6

dikeluarkan oleh firma monopoli itu dalam situasi apa sekalipun. Sebab itulah keluk
permintaan monopoli adalah tidak anjal.

c. Tiada kebebasan masuk dan keluar firma dalam industri.
Supaya sesebuah monopoli menjadi lebih stabil, tiada kebebasan masuk dan keluar
dalam industri monopoli. Firma di luar pasaran disekat dan dihalang daripada memasuki
industri monopoli seperti halangan dari segi pemilikan ekslusif bahan mentah, ekonomi
mengikut bidangan, monopoli yang diberi kerajaan, dan monopoli gabungan firma-firma.
Dengan adanya sekatan-sekatan ini firma monopoli dapat mengekalkan kuasa
monopolinya. Disamping itu halangan masuk ke pasaran menyebabkan firma monopoli
sentiasa memperolehi untung lebih normal walaupun dalam jangka masa panjang.

6.4.2 Faktor-faktor kewujudan pasaran monopoli
Monopoli dalam sesuatu industri terbentuk dan wujud disebabkan perkara-perkara berikut:

a. Perlindungan undang-undang
Monopoli boleh wujud apabila kerajaan memberi hak cipta dan hak paten kepada
sesebuah firma. Firma monopoli ini terbentuk kesan daripada proses perundangan. Ini
berlaku apabila kerajaan bertindak menyekat firma-firma lain daripada menghasilkan
barangan yang sama seperti dikeluarkan oleh firma monopoli atau memasuki sesuatu
profesion atau industri. Ia boleh dilakukan dengan menggubal undang-undang seperti hak
paten,lesen atau hak cipta. Contohnya kerajaan memberi hak kepada pengeluar tertentu
seperti syarikat penerbitan buku dan karya atau lagu.

b. Keperluan saiz modal yang besar
Untuk menubuhkan sebuah firma yang besar, wang yang banyak diperlukan. Ini
merupakan halangan kepada firma yang baru, terutama firma kecil untuk memasuki
pasaran. Kesukaran untuk memperolehi pinjaman yang besar juga menghalang firma
untuk memasuki pasaran.

c. Keupayaan teknologi
Sesetengah barang dan perkhidmatan memerlukan modal yang besar dan tingkat
teknologi yang canggih untuk beroperasi dengan cekap. Misalnya penghasilan kapal
terbang, kereta api dan perkhidmatan pengangkutan udara. Firma ini akan semakin cekap
jika saiz pengeluaran yang besar. Keadaan ini menyebabkan firma lain sukar untuk
bersaing dengannya walaupun mempunyai tingkat modal yang mencukupi.

d. Pemilikan sumber
Sebuah monopoli akan terbentuk jika terdapat sebuah firma yang dimiliki atau mengawal
keseluruhan penawaran bahan mentah/sumber yang diperlukan dalam pengeluaran
sesuatu output. Ini kerana firma tersebut boleh menghalang persaingan daripada
firmafirma lain yang menghasilkan output yang sama. Contoh, syarikat De Beers yang
membekalkan 80% bekalan berlian dunia.

e. Gabungan firma-firma dalam pasaran
Monopoli juga boleh terbentuk daripada gabungan firma-firma yang berada dalam
sesebuah pasaran melalui pembelian firma-firma pesaing oleh firma induk. Bila ini berlaku,
tidak wujud lagi firma-firma lain dalam pasaran kecuali monopoli yang baru terbentuk.

22

STRUKTUR PASARAN BAB 6

6.4.3 Keluk permintaan monopoli

Firma monopoli merupakan pengeluar tunggal dalam pasaran. Dengan itu keluk
permintaan bagi firma monopoli juga merupakan keluk permintaan bagi industri monopoli.
Sesebuah firma monopoli boleh mengubah tingkat harga atau output tanpa kehilangan
kesemua pengguna. Ini bermakna bagi meningkatkan kuantiti output yang diminta, harga
output perlu diturunkan dan sebaliknya. Berdasarkan keadaan di atas, firma monopoli
mempunyai keluk permintaan (DD) yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

Jadual 6.5: Jadual permintaan monopoli

Harga seunit (P) 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2
Kuantiti diminta (Qd) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Dalam jadual 6.5, apabila monopoli menurunkan harga, kuantiti yang diminta akan
bertambah. Dari jadual di atas, keluk permintaan monopoli boleh diterbitkan seperti rajah
6.21

Rajah 6.21: Keluk permintaan monopoli

Kerana keluk permintaan monopoli berkecerunan negatif, jadi persamaan umum keluk
permintaan ialah:

P = a – bQ

Di mana: P = harga output
a = Pemalar ( harga pada kuantiti kosong )
b = Kecerunan keluk permintaan
Q = Kuantiti output

23

STRUKTUR PASARAN BAB 6
Dari rajah di atas, fungsi permintaan boleh ditulis seperti berikut:

P = 12 – 1Q

6.4.4 Konsep hasil dalam pasaran monopoli
Ada tiga konsep hasil yang penting iaitu jumlah hasil (TR), hasil purata (AR) dan hasil sut
(MR)
Jumlah hasil (TR) ialah kuantiti diminta darab dengan harga, iaitu:

TR = P X Q

Kerana keluk permintaan monopoli berkecerunan negatif, harga tidak akan sama dengan
hasil sut tetapi sama dengan hasil purata. Hasil purata ialah hasil bagi setiap unit output
yang dijual. Ianya boleh dikira dengan menggunakan formula berikut.

AR = TR / Q

Keluk permintaan monopoli juga merupakan keluk hasil purata (AR). Ia memberikan
tingkat harga bagi setiap unit output monopoli. Telah diberi persamaan umum permintaan
monopoli sebagai P = a – bQ. Oleh itu, persamaan hasil purata (AR) juga merupakan P =
a – bQ.
Hasil sut (MR) monopoli sentiasa lebih rendah daripada tingkat harga kerana harga
terpaksa diturunkan untuk menambahkan kuantiti diminta. Hasil sut (MR) merupakan
tambahan dalam jumlah hasil apabila terdapat tambahan dalam satu unit output. Ianya
boleh dikira dengan menggunakan formula di bawah:

MR = ∆TR / ∆Q

Jadual 6.6: Tingkat output, harga, jumlah hasil , hasil purata dan hasil sut firma monopoli
24

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Kuantiti Harga Jumlah Hasil Hasil purata Hasil sut (MR)
(unit) (RM) (TR) RM (AR) RM RM

0 17.50 0 - -
1 16.00 16.00 16.00 16.00
2 14.50 29.00 14.50 13.00
3 13.00 39.00 13.00 10.00
4 11.50 46.00 11.50 7.00
5 10.00 50.00 10.00 4.00
6 8.50 51.00 8.50 1.00
7 7.00 49.00 7.00 - 2.00
8 5.50 44.00 5.50 - 5.00
9 4.00 36.00 4.00 - 8.00

Jadual 6.6 menunjukkan hasil sut (MR) monopoli adalah lebih rendah daripada harga. Ini
adalah kerana apabila monopoli ingin menambahkan output, ia perlu menurunkan harga
bukan sahaja bagi output yang ditambah tetapi semua output yang dijual yang sepatutnya
boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Kerana monopoli menghadapi keluk permintaan yang berkecerunan negatif, harga mesti
diturunkan untuk menambah jualan (jadual 6.6). Daripada jadual tersebut, dapat
dibentukkan keluk-keluk seperti rajah 6.22.

Berdasarkan rajah 6.22, dapat dilihat bahawa antara output 0 hingga q1, permintaan
adalah anjal atau lebih daripada satu. Pada output q1, permintaan keanjalan satu. Pada
output melebihi q1, permintaan berkeanjalan kurang daripada satu.

Di bahagian keluk permintaan yang anjal (e > 1), apabila harga jatuh, lebih banyak kuantiti
dapat dijual dan dengan itu hasil total akan meningkat. Oleh itu pada peringkat ini hasil
sut adalah positif. Sebaliknya jika keluk permintaan adalah tidak anjal (e < 1), dengan
kejatuhan harga hanya sedikit sahaja tambahan dalam kuantiti dijual. Dengan itu hasil sut
negatif pada peringkat ini.

25

STRUKTUR PASARAN BAB 6
Rajah 6.22: Keluk permintaan, jumlah hasil dan keluk-keluk sut monopoli

P

TR
0 Qty

q1
P

e >1

e=1
e <1

0 Qty
q1

Dengan itu dalam monopoli, hasil purata adalah selalu lebih tinggi daripada hasil sut dan
kecerunan keluk hasil adalah dua kali lebih curam dari keluk hasil purata.

Dari gambarajah di atas , apabila keanjalan permintaan adalah lebih besar daripada satu,
hasil sut adalah positif. Apabila keanjalan permintaan sama dengan satu, hasil sut kosong.
Hasil sut negatif pada keluk permintaan yang keanjalan kurang dari satu.

6.4.5 Keseimbangan monopoli dalam jangka pendek
Seperti dalam PPS, dalam monopoli keseimbangan pasaran boleh dilihat melalui dua
pendekatan iaitu pendekatan total dan pendekatan sut.

a. Penentuan Keseimbangan Jangka Pendek Monopoli

i. Pendekatan Jumlah Hasil ( Jumlah Hasil [TR] dan jumlah kos [TC] )

Berdasarkan pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos, sebuah firma monopoli akan
memaksimumkan keuntungan dengan mengeluarkan output yang menghasilkan
perbezaan positif di antara jumlah hasil (TR) dengan jumlah kos (TC) yang paling besar.

26

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Jadual 6.7: Keseimbangan monopoli melalui jadual

Ringgit Malaysia

Kuantiti Harga Jumlah Hasil Hasil Jumlah Kos Kos Untung
(unit) sut Kos purata sut / rugi
(P) Hasil purata (MR) (TC) (AC) (MC)
(TR) (AR) - 10.00
- - 8.00
0 17.50 0 - - 10.00 - 14.00 - 1.00
6.00 4.00
1 16.00 16.00 16.00 16.00 24.00 14.00 5.00 4.00
7.00 0.00
2 14.50 29.00 14.50 13.00 30.00 15.00 8.00 - 7.50
8.50 - 22.40
3 13.00 39.00 13.00 10.00 35.00 11.67 12.90 - 54.40
27.00 - 90.00
4 11.50 46.00 11.50 7.00 42.00 10.50 27.60

5 10.00 50.00 10.00 4.00 50.00 10.00

6 8.50 51.00 8.50 1.00 58.50 9.75

7 7.00 49.00 7.00 - 2.00 71.40 10.20

8 5.50 44.00 5.50 - 5.00 98.40 12.30

9 4.00 36.00 4.00 - 8.00 126.00 14.00

Dari jadual 6.7, Melalui pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos, keseimbangan firma
tercapai pada tingkat output ke 4 di mana untung maksimum yang diperoleh sebanyak
RM 4.00. ini juga boleh dilihat berdasarkan rajah 6.23 di bawah yang menunjukkan
perbezaan positif yang paling besar antara TC dan TR ialah pada unit output ke 4.

Rajah 6.23: Rajah pendekatan total.

ii. Pendekatan Hasil Sut dan Kos Sut
Walaupun pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos bagi menentukan output dan harga
pemaksimuman untung penting, tetapi pendekatan sut digunakan dengan lebih meluas.
Berdasarkan pendekatan ini, monopoli akan memaksimumkan keuntungan dengan
menghasilkan output apabila hasil sut adalah sama dengan kos sut.

MR = MC

27

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Dari jadual 6.7, hasil sut (MR) sama dengan kos sut (MC) pada unit output ke 4 di mana
untung maksimum yang diperoleh ialah sebanyak RM4.00. Ini boleh juga ditunjukkan
melalui rajah 6.24 di bawah.

Rajah 6.24: Pemaksimum untung monopoli melalui pendekatan sut

Kos/Hasil/Harga

11.5 A MC
10.5 AC
E
7 MR AR
Kuantiti
0 4

Merujuk rajah 6.24, MR = MC = RM7.00 pada output ke 4 di mana hasil purata ialah
RM11.50 dan kos purata ialah RM10.50. Jadi untung per unit ialah RM1.00 (RM11.50 –
RM10.50) dan jumlah keuntungan ialah RM4.00 (RM1.00 X 4 unit).

Keseimbangan monopoli juga boleh ditentukan melalui pendekatan matematik. Katakan
diberi fungsi:

P = 31.5 – 5Q
MC = 5 + 12Q
MR = 93 – 10Q

Keseimbangan tercapai apabila MR = MC.

MR = MC
93 – 10Q = 5 + 12Q
12Q + 10Q = 93 – 5
22Q = 88
Q = 88/22
Q = 4 unit
P = 31.5 – 5 (4)
P = RM11.50

Sekiranya monopoli mengeluarkam output bila hasil sut lebih besar daripada kos sut (MR
> MC), ia tidak akan memaksimumkan keuntungan. Ini kerana hasil sut adalah lebih besar
daripada kos sut. Firma mesti menambahkan output sehingga MR = MC dan keuntungan

28

STRUKTUR PASARAN BAB 6

akan dapat dimaksimumkan. Sekiranya firma mengeluarkan output pada kos sut lebih
besar daripada hasil sut (MC > MR) output perlu dikurangkan sehingga tahap di mana MC
= MR dan keuntungan dapat dimaksimumkan.

b. Bentuk keuntungan firma monopoli dalam jangka pendek

i) Untung normal (P=AC)
Dalam jangka pendek, firma monopoli mencapai untung normal apabila pada tingkat
keseimbangan (MR = MC) hasil purata (AR) sama dengan kos purata (AC) ataupun jumlah
hasil (TR) sama dengan jumlah kos (TC).

Rajah 6.25: Untung normal monopoli dalam jangka pendek
Kos/Hasil/Harga
MC
AC

A
P0

E AR
MR
Kuantiti

0 q0

Berdasarkan rajah 6.25, MR = MC pada output qo. Pada tingkat output ini kos purata ialah
Po dan hasil purata Po ataupun:

TC = 0PoFqo
TR = 0poFqo
Keuntungan = Jumlah hasil – Jumlah Kos (TR – TC)

= 0poFqo - 0poFqo
Keuntungan = 0 ( untung normal)

Jadi firma monopoli hanya memperoleh untung normal sahaja.

ii) Untung kurang normal (P< AC)
Dalam jangka pendek, firma monopoli mencapai untung kurang normal apabila pada
tingkat keseimbangan (MR = MC) hasil purata (AR) lebih rendah berbanding kos purata
(AC) ataupun jumlah hasil (TR) lebih kecil daripada jumlah kos (TC).

29

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Rajah 6.26: Untung kurang normal monopoli dalam jangka pendek
Kos/Hasil/Harga
MC
AC
B
P0
P1 A

E AR
MR
Kuantiti

0 q0

Berdasarkan rajah 6.26, MR = MC pada output qo. Pada tingkat output ini kos purata ialah Po
dan hasil purata P1 ataupun:

TR = 0P1Aqo

TC = 0PoBqo
Keuntungan = Jumlah hasil – Jumlah kos ( TR – TC )

= 0P1Aqo – 0PoBqo

keuntungan = PoP1AB ( untung kurang normal)

Jadi firma monopoli memperoleh untung kurang normal.

iii) Untung lebih normal (P> AC)
Dalam jangka pendek, firma monopoli mencapai untung lebih normal apabila pada tingkat
keseimbangan (MR = MC) hasil purata (AR) lebih tinggi berbanding kos purata (AC)
ataupun jumlah hasil (TR) lebih besar daripada jumlah kos (TC).

Rajah 6.27: Untung lebih normal monopoli dalam jangka pendek

Kos/Hasil/Harga

MC
AC

H
P0
P1 G

E AR
MR
Kuantiti

0 q0

30

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Berdasarkan rajah 6.27, MR = MC pada output qo. Pada tingkat output ini hasil purata
ialah Po dan kos purata P1 ataupun:

TR = 0PoHqo

TC = 0P1Gqo
Keuntungan = TR – TC

= 0PoHqo – 0P1Gqo

Keuntungan = PoP1GH ( untung lebih normal)

iv) Titik tutup firma monopoli
Dalam jangka pendek apabila firma monopoli mengalami untung kurang normal dan
jumlah hasil tidak dapat menampung jumlah kos berubah purata, firma akan menutup
operasi. Keadaan ini ditunjukkan melalui rajah 6.28.
Rajah 6.28: Titik tutup firma

Kos/Hasil/Harga AC

MC AVC
P1

H
P0

E AR
MR
Kuantiti

0 q0

Berdasarkan rajah 6.28, keseimbangan tercapai pada kuantiti dan harga qo dan Po di
mana firma memperoleh untung kurang normal. Pada peringkat ini jumlah hasil dapat
menampung keseluruhan jumlah kos berubah purata iaitu hasil purata sama dengan kos
berubah purata (AVC = AR). Jadi titik H merupakan titik di mana firma akan membentuk
keputusan sama ada untuk meneruskan operasi atau tutup firma. Jika harga lebih rendah
daripada Po, firma akan menutup operasi kerana jumlah hasil tidak dapat menampung
jumlah kos berubah dan dengan tindakan itu ianya dapat meminimumkan kerugian.

6.4.6 Keseimbangan monopoli jangka panjang
Tanpa saingan, keseimbangan dalam jangka panjang bagi firma monopoli akan tercapai
hanya melalui perubahan saiz loji. Dalam jangka pendek apabila firma monopoli
memperoleh untung ia akan cuba mengubah saiz lojinya dalam jangka panjang supaya
untung yang lebih besar akan diperoleh. Firma monopoli dalam jangka panjang akan
mengubah saiz lojinya sehingga hasil sut (MR) sama dengan kos sut jangka panjang
(LMC). Loji yang dipilih itu bukanlah pada kos purata jangka panjang yang minimum
sebaliknya yang sedang menurun.

31

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Rajah 6.29: Keseimbangan monopoli jangka panajng.

Harga,kos, hasil

LAC

SMC1

po SAC1

P1 SMC2 SAC2
LMC

E AR
MR
kuantiti
q0 q1

Berdasarkan rajah 6.29, keseimbangan firma monopoli dalam jangka pendek tercapai
pada tingkat output qo dan harga Po serta memperoleh untung lebih normal. Dalam jangka
panjang firma monopoli akan mengeluarkan output sehingga hasil sut sama dengan kos
sut jangka pendek dan kos sut jangka panjang (MR = MC2 = LMC) pada tingkat output q1
dan harga yang lebih rendah iaitu P1 serta memperoleh keuntungan yang lebih banyak
berbanding keuntungan dalam jangka masa pendek. Ini kerana firma monopoli tidak
mempunyai saingan.

6.4.7 Perbandingan antara Pasaran Persaingan Sempurna dengan monopoli dalam
jangka panjang

a. Harga dan Kuantiti
Berdasarkan rajah 6.32, dengan andaian kedua-dua industry menghadapi kelok kos dan
hasil yang sama. Monopoli sentiasa menjalankan pengeluaran pada satu tingkat output
lebih rendah daripada PPS (monopoli keluarkan output sebanyak qo sedangkan PPS
keluarkan output sebanyak q1) . Ini disebabkan PPS mempunyai terlalu banyak firma-
firma dalam industri, jadi jumlah keluarannya adalah banyak. Manakala bagi monopoli,
firma hanya ada satu. Oleh itu firma dan industri adalah sama, maka secara relatifnya
keluaran PPS lebih besar dari keluaran monopoli.

Harga di pasaran monopoli lebih tinggi daripada PPS ( harga monopoli pada P1
sedangkan PPS po). Ini disebabkan monopoli berkuasa dalam menentukan harga
keluaran disebabkan ciri-ciri pasaran monopoli itu sendiri, manakala ciri-ciri PPS
menyebabkan harga ditentukan oleh makanisma pasaran. OLeh itu harga PPS lebih
rendah daripada harga monopoli. Kebajikan pengguna pengguna diukur berdasarkan
perbezaan di antara harga dengan kos marginal. Semakin besar perbezaan harga dengan
kos marginal kebajikan pengguna semakin rendah. Oleh itu itu kebajikan pengguna dalam
PPS lebih besar kerana P=MC berbanding berbanding dengan kebajikan pengguna dalam
pasaran monopoli kerana P › MC. Rajah 6.32: Perbandingan antara pasaran PPS dengan
pasaran monopoli.

32

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Kos/Hasil/Harga MC
AC

(M)P1 A Kuantiti
P B

(PS)P0 E AR=DD
MR(M)
0
q0(M) q1(PS)

b. Keuntungan
Dalam jangka panjang, pasaran persaingan sempurna hanya menikmati untung normal
sahaja pada tingkat keseimbangan dimana hasil purata (AR) adalah sama dengan kos
purata (AC). Manakala bagi pasaran monopoli pula, oleh kerana hasil purata (AR)
melebihi kos purata (AC). Maka firma monopoli menikmati untung lebih normal
sebanyak PP1AB.

c. Peruntukan sumber (P=MC)
Sesebuah pasaran mencapai kecekapan dalam penggunaan sumber apabila ia
mengeluarkan output pada titik di mana harga sama dengan kos sut ( P = MC ). Keadaan
ini juga dikenali sebagai harga optimum sosial. Berdasarkan rajah 6.32, pasaran monopoli
mencapai keseimbangan pada tingkat output qo. Pada tingkat output tersebut harga lebih
besar daripada kos sut ( P > MC ). Jadi pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan
dalam peruntukan sumber. Ini berbeza dengan PPS di mana PPS mencapai
keseimbangan pada tingkat output q1 dan pada tingkat output ini harga sama dengan kos
sut ( P = MC). Jadi PPS mencapai kecekapan dalam peruntukan sumber.

d. Kecekapan pengeluaran ( P = AC minimum)
Sekiranya monopoli mengeluarkan pada P = AC ia merupakan keluaran pada harga
pulangan adil. Sesebuah pasaran mencapai kecekapan dalam pengeluaran apabila ia
mengeluarkan output pada titik di mana kos purata paling minimum. Berdasarkan rajah
6.32, monopoli mencapai keseimbangan pada kos purata sedang menurun sedangkan
PPS mencapai keseimbangan pada kos purata paling minimum. Jadi PPS mencapai
kecekapan dalam pengeluaran sedangkan monopoli tidak tercapai.

6.3.8 Kawalan harga oleh kerajaan terhadap monopoli

Kerajaan akan menjalankan langkah tertentu untuk mengawal monopoli kerana monopoli
akan sentiasa mengenakan tingkat harga yang tinggi dan menghasilkan tingkat output

33

STRUKTUR PASARAN BAB 6

yang kurang. Ini merugikan kebajikan masyarakat terutamanya jika firma monopoli
menghasilkan barang dan perkhidmatan yang penting kepada masyarakat.
Kawalan monopoli terbahagi kepada 2 iaitu kawalan secara langsung dan kawalan secara
tidak langsung.

Kawalan langsung: Kerajaan boleh mengawal tingkat harga yang dikenakan oleh firma
monopoli, iaitu memaksa monopoli menurunkan tingkat harganya supaya pada masa
yang sama, tingkat keluaran dinaikkan. Di antara tingkat harga yang boleh ditetapkan oleh
kerajaan terdiri daripada:
1. Hasil purata sama dengan kos purata (P=AC)
2. Harga pasaran sama dengan kos sut (P=MC) iaitu firma mencapai kecekapan

peruntukan.
3. Harga pada P = AC minimum, pada kapasiti pengeluaran yang optimum iaitu firma

mencapai kecekapan pengeluaran.

a) Harga sama kos purata ( P = AC)

Kos/Hasil/Harga MC
AC
A
PO B
P1 MR

AR

Q0 Q1 Q

Rajah menunjukkan keseimbangan monopoli yang memperoleh untung lebih normal.

Apabila kerajaan menetapkan harga monopoli sama dengan AC ( P=AC) pada titik B,

monopoli hanya memperoleh untung normal sahaja. Tindakan kerajaan ini juga

dinamakan harga pulangan adil. Kesannya harga monopoli semakin rendah manakala
kuantitinya meningkat.

34

STRUKTUR PASARAN BAB 6

b) Harga sama dengan kos sut ( P = MC)

MC

P0 A AC

P2 D

P1 B

E AR
MR Q

Q0 Q1

Rajah menunjukkan keseimbangan monopoli yang memperoleh untung lebih normal.
Apabila kerajaan menetapkan harga monopoli sama dengan MC ( P=MC) pada titik D.
Harga monopoli menurun dari Po ke P2 dan output meningkat dari Q0 ke Q1 . kebajikan
pengguna bertambah kerana harga menurun, kuantiti meningkat dan lebihan pengguna
bertambah sebanyak P2P0AD. Firma monopoli masih menikmati untung lebih normal
kerana jumlah hasil melebihi jumlah kos.

6.5 Pasaran persaingan bermonopoli (monopolistik)

Pasaran persaingan bermonopoli merupakan satu struktur pasaran yang mempunyai
banyak firma tetapi tidak sebanyak firma dalam PPS yang mengeluarkan barang yang
berbeza corak tetapi merupakan pengganti yang hampir antara satu sama lain.

6.5.1 Ciri-ciri pasaran persaingan bermonopoli

a. Bilangan firma yang banyak
Pasaran persaingan bermonopoli ialah satu bentuk pasaran yang mempunyai banyak
firma akan tetapi bilangannya tidak sebanyak bilangan firma di dalam pasaran persaingan
sempurna. Saiz firma adalah kecil jika dibandingkan dengan industri. Oleh yang demikian,
output yang dihasilkan oleh setiap firma adalah kecil berbanding dengan output dalam
industri.

b. Jenis barang
Barangan persaingan bermonopoli berbeza secara fizikal di antara firma tetapi merupakan
pengganti yang hampir. Perbezaan fizikal tersebut antaranya ialah cara pembungkusan,
bentuk dan jenama. Perbezaan corak fizikal menyebabkan barang yang dihasilkan oleh
firma-firma persaingan bermonopoli bukan bersifat pengganti sempurna kepada barang
yang dikeluarkan oleh firma lain. Contohnya ubat gigi Darlie, Sparkle dan Colgate.

c. Kebebasan keluar dan masuk
Firma mempunyai kebebasan untuk masuk dan keluar dalam industri walaupun terdapat
halangan untuk kemasukannya. Kemasukan firma dalam industri tidak sesukar memasuki

35

STRUKTUR PASARAN BAB 6

pasaran monopoli dan tidak semudah pasaran persaingan sempurna. Ini kerana setiap
firma dalam pasaran persaingan bermonopoli mempunyai segolongan pelanggan tetap
yang setia kepada jenama keluaran masing-masing. Halangan untuk masuk ke pasaran
bermonopoli lebih sukar berbanding dengan pasaran persaingan sempurna disebabkan
oleh modal yang diperlukan untuk menubuhkan suatu firma bermonopoli lebih banyak jika
dibandingkan dengan firma dalam pasaran persaingan sempurna. Setiap firma baru yang
ingin menyertai persaingan bermonopoli juga harus menghasilkan barang berbeza corak
berbanding dengan barang yang sedia ada di pasaran.

d. Mempunyai sedikit kuasa untuk menetapkan tingkat harga keluaran
Barangan firma persaingan bermonopoli yang berbeza corak dan bukan pengganti
sempurna memberi sedikit kuasa kepada firma-firma dalam pasaran persaingan
bermonopoli menentukan harga keluaran mereka. Apabila sesebuah firma menaikkan
harga keluaran, firma tersebut tidak akan kehilangan semua pelanggannya. Begitu juga
kalau sesebuah firma menurunkan harga bagi keluarannya, firma tersebut tidak mungkin
menarik semua pelanggan dari firma-firma lain. Ini kerana setiap firma mempunyai
pelanggan setia maing-masing.

e. Persaingan bukan harga
Persaingan bukan harga banyak berlaku di kalangan firma-firma persaingan bermonopoli.
Antara bentuk-bentuk persaingan tersebut ialah pengiklanan, tawaran istimewa, reka
bentuk baru dan peraduan-peraduan yang memerlukan bukti pembelian.

6.5.2 Keluk permintaan Firma Persainagan Bermonopoli

Keluaran yang dihasilkan oleh firma bermonopoli merupakan pengganti yang hampir. Oleh
itu permintaan terhadap keluaran firma persaingan bermonopoli adalah anjal. Jadi keluk
permintaan persaingan bermonopoli adalah keluk yang bercerun ke bawah dari kiri ke
kanan.

Keanjalan keluk permintaan sesuatu firma bergantung kepada perbezaan keluaran firma
tersebut dengan firma lain. Semakin besar pengguna menganggap perbezaan tersebut,
semakin kurang anjal keluk permintaan. Sebaliknya jika pengguna menganggap bahawa
keluaran firma itu dapat digantikan dengan mudah dengan keluaran firma-firma lain, keluk
permintaan firma adalah lebih anjal.

6.5.3 Keluk hasil firma pasaran monopolistik

Oleh kerana keluk hasil purata (AR) adalah bercerun ke bawah dari kiri ke kanan, keluk
hasil sut (MR) juga bercerun ke bawah dari kiri ke kanan. Ini bermakna bahawa keluk MR
adalah sama bentuk keluk MR monopoli tetapi keluk tersebut adalah lebih anjal daripada
monopoli. Keluk permintaan, keluk hasil purata dan keluk hasil sut ditunjukkan oleh rajah
6.37.

36

STRUKTUR PASARAN BAB 6
Rajah 6.37: Keluk hasil sut, keluk purata dan keluk permintaan.

Kesimpulannya, firma di bawah persaingan bermonopoli mempunyai keluk permintaan
yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan dan keluk hasil sut akan sentiasa berada di
bawah keluk permintaan.
6.5.4 Keseimbangan firma pasaran persaingan bermonopoli
Firma persaingan bermonopoli boleh mendapat untung lebih normal, untung normal atau
mengalami kerugian dalam jangka pendek. Sesebuah firma tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menambahkan saiz pengeluaran dalam jangka pendek dan firma lain pula
tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam industri tersebut. Dalam jangka pendek, firma
hanya boleh membuat penyesuaian harga dan output untuk memaksimumkan
keuntungan. Firma akan mencapai tingkat keseimbangan apabila output dikeluarkan pada
tingkat di mana hasil sut sama dengan kos sut ( MR = MC).
a. Untung normal
Firma memperoleh untung normal apabila tingkat keseimbangan, kos purata sama hasil
purata (AR = AC) gambaran untung normal ditunjukkan pada rajah 6.38.

37

STRUKTUR PASARAN BAB 6
Rajah 6.38: Untung normal bagi firma pasaran bermonopoli

Kos/Hasil/Harga

MC
AC

A
P0

E
AR

MR
Kuantiti

0 q0

Daripada rajah 6.38, kuantiti dan harga keseimbangan masing-masing ialah 0q0 dan P0
apabila hasil sut bersamaan dengan kos sut, MR = MC. Pada tingkat keseimbangan, firma
peroleh untung normal kerana jumlah hasil bersamaan jumlah kos iaitu 0P0Aq0 =
0P0Aq0.

b. Untung lebih normal
Pada tingkat keseimbangan ( MR = MC ), hasil purata lebih besar daripada kos purata
(AR>AC) atau jumlah hasil lebih besar daripada jumlah kos (TR>TC). Gambaran untung
lebih normal ditunjukkan oleh rajah 6.39.

Rajah 6.39: Untung lebih normal bagi firma pasaran persaingan bermonopoli
Kos/Hasil/Harga
MC
AC

A
P1
P0 B

E
AR

MR
Kuantiti

0 q0

Berdasarkan rajah 6.39, firma berada dalam keseimbangan apabila MR=MC. Kuantiti dan
harga keseimbangan masing-masing adalah q0 dan P1. Pada tingkat keseimbangan
jumlah hasil (0P1Aq0) lebih besar daripada jumlah kos (0P0Bq0). Pada tingkat
keseimbangan firma memperoleh untung lebih normal sebanyak P0P1AB.

38

STRUKTUR PASARAN BAB 6

c. Untung kurang normal
Apabila pada tingkat keseimbangan (MC=MR) hasil purata lebih kecil berbanding dengan
kos purata (AR = AC) atau jumlah hasil lebih kecil daripada jumlah kos (AR<AC).
Gambaran mengenai untung kurang normal ditunjukkan oleh rajah 6.40.

Rajah 6.40: Untung kurang normal firma pasaran persaingan bermonopoli

Kos/Hasil/Harga AC
MC

A
P1
P0 B

E
AR

MR
Kuantiti

0 q0

Berdasarkan rajah 6.40, firma berada di dalam keseimbangan apabila MR = MC. Keluaran
dan tingkat harga keseimbangan ialah 0q0 dan 0P0. Pada tingkat keseimbangan, jumlah
hasil sebanyak 0P0Bq0 lebih kecil daripada jumlah kos 0P1Aq0. Jumlah kerugian yang
ditanggung oleh firma ialah P0P1AB.

d. Tutup operasi
Pada tingkat keseimbangan (MC = MR), hasil purata lebih kecil daripada kos purata dan
kos berubah purata (AR<AVC). Gambaran mengenai tutup operasi ditunjukkan oleh rajah
6.41.

39

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Rajah 6.41: Titik tutup firma pasaran persaingan bermonopoli

Kos/Hasil/Harga G AC
P1 MC AVC

P0
H

E AR
MR Kuantiti

0 q0

Berdasarkan rajah 6.41, keseimbangan tercapai pada kuantiti harga qo dan Po di mana
firma memperoleh untung kurang normal. Pada peringkat ini jumlah hasil dapat
menampung keseluruhan jumlah kos berubah purata iaitu hasil purata sama dengan kos
berubah purata (AVC = AR). Jadi titik H merupakan titik di mana firma akan membuat
keputusan sama ada untuk meneruskan operasi atau tutup firma. Jika harga lebih rendah
daripada Po, firma akan menutup operasi kerana jumlah hasil tidak dapat menampung
jumlah kos berubah dan dengan tindakan itu ianya dapat meminimumkan kerugian.

6.5.5 Keseimbangan firma dalam jangka panjang
Dalam jangka panjang, firma persaingan bermopoli bebas untuk masuk atau keluar
industri. Kebebasan masuk dan keluar dari industri menyebabkan firma akan mendapat
untung normal dalam jangka masa panjang.

Jika industri mendapat untung lebih normal, firma-firma baru akan memasuki industri,
manakala firma-firma sedia ada akan mengembangkan pengeluaran mereka. Kesannya
jumlah penawaran dalam pasaran bertambah. Keadaan ini sehinggalah menyebabkan
harga barang akan jatuh dan akhirnya firma mendapat untung normal sahaja.

Sebaliknya jika industri mengalami kerugian, sesetengah firma akan keluar dari pasaran
dan sesetengah firma akan mengurangkan penawaran. Dengan itu jumlah penawaran
dalam pasaran akan berkurang. Pengurangan penawaran akan menyebabkan harga naik.
Dan seterusnya mengurangkan kerugian firma. Akhirnya firma kan mendapat untung
normal dalam jangka panjang.

40

STRUKTUR PASARAN BAB 6

Rajah 6.46: Keseimbangan firma pasaran persaingan bermonopoli dalam jangka panjang.

Dari rajah 6.46, syarat firma persaingan bermonopoli berada dalam keseimbangan jangka
panjang ialah pada titik E, di mana SMC = LMC = MR. Firma memaksimumkan
keuntungan pada tingkat harga OPo dengan kuantiti keluaran OQo. Jumlah Hasil yang
diperoleh sebanyak (OPoAQo) sama dengan jumlah kos (OP0AQo). Oleh itu firma hanya
mendapat untung normal dalam jangka panjang.

6.5.6 Persaingan bukan harga
Persaingan bukan harga merupakan usaha yang dilakukan oleh pengeluar untuk menarik
lebih ramai pembeli untuk membeli keluarannya selain menurunkan harga keluaran.

Firma bermonopoli melakukan persaingan bukan harga dengan tujuan untuk menarik
minat para pembeli. Antara bentuk-bentuk persaingan bukan harga ialah pengiklanan,
galakan jualan dan perkhidmatan selepas jualan.

a. Pengiklanan
Pengiklanan bertujuan untuk meyampaikan maklumat mengenai sesuatu barang seperti
kegunaan, harga, barangan baru di pasaran, tempat sesuatu barang itu boleh diperoleh
dan pelbagai lagi maklumat lain yang perlu diketahui oleh pembeli.

b. Galakan jualan
Berbagai galakan jualan yang diberikan oleh firma seperti tawaran hadiah percuma dan
tawaran istimewa. Walaubagaimanapun, pengiklanan merupakan bentuk galakan jualan
yang sering digunakan oleh firma monopoli dan oligopoly disebabkan keupayaannya
untuk menyebarkan maklumat kepada sasaran pengguna yang ramai.

c. Perkhidmatan selepas jualan.
Khidmat selepas jualan yang diberi oleh sesetengah firma telah mewujudkan perbezaan
keluaran pada tanggapan pembeli seperti perkhidmatan penghantaran dan pemberian
waranti.

d. Penjenamaan
Penjenamaan membezakan keluaran firma dengan pesaing-pesaingnya di pasaran
melalui nama, istilah, tanda, simbol dan reka bentuk produk yang tersendiri atau
kombinasi kesemuanya.

41

STRUKTUR PASARAN BAB 6
e. Pembungkusan
Pembungkusan merangkumi aktiviti mereka bentuk pembungkus yang sesuai untuk
melindungi dan memlihara kualiti sesuatu barangan. Reka bentuk yang kreatif
memudahkan penghantaran, penyimpanan dan pameran keluaran. Penampilan yang
berbeza melalui reka bentuk pembungkusan yang unik dapat menarik perhatian
pelanggan.

Dampingilah orang yang berjaya
sekiranya anda inginkan kejayaan

42


Click to View FlipBook Version