PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
BAHAGIAN A
1. Hukum penawaran menerangkan
A. apabila harga jatuh, penawaran akan bertambah.
B. apabila harga naik, penawaran akan berkurang.
C. apabila harga naik, kuantiti yang ditawar akan bertambah.
D. apabila harga jatuh, kuantiti yang ditawar akan bertambah.
2. Yang manakah di antara berikut tidak menyebabkan berlakunya anjakan keluk penawaran
suatu barang?
A. Perubahan teknologi.
B. Perubahan harga faktor pengeluaran
C. Perubahan kemahiran buruh
D. Perubahan harga barang tersebut
3. Yang manakah di antara berikut akan mengalih keluk permintaan barang X ke kanan?
A. Harga barang X turun, harga barang pengganti X naik
B. Harga barang X naik, harga barang penggenap X naik
C. Harga barang penggenap X naik, harga barang pengganti X turun.
D. Harga barang pengganti X naik, harga barang penggenap X turun.
4. Rajah dibawah menunjukkan peralihan keluk permintaan suatu barang dari DD ke Dl Dl
Harga
DI D
.
D
DI Kuantiti
Apakah yang mungkin menyebabkan keluk permintaan itu beralih ke D1D1?
A. Kenaikan kos pengeluaran barang itu
B. Kenaikan harga barang penggantinya
C. Peningkatan jumlah tenaga buruh
D. Penguncupan permintaan untuk barang penggenapnya
5. Antara yang berikut manakah akan berlaku jika keluk permintaan dan penawaran beralih ke
kiri secara serentak ?
A. Harga keseimbangan meningkat
B. Harga keseimbangan berkurang
C. Kuantiti keseimbangan meningkat
D. Kuantiti keseimbangan berkurang
1
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
6. Manakah di antara berikut menyebabkan keluk permintaan petrol beralih ke kanan?
A. Kenaikan harga kereta.
B. Kejatuhan harga kereta.
C. Kenaikan harga petrol sebanyak 20%
D. Kenaikan kadar tol di semua lebuhraya Malaysia sebanyak 15%.
7. Jika X adalah barang penggenap kepada Y, kejatuhan harga X menyebabkan
A. keluk penawaran barang X beralih ke kiri.
B. keluk permintaan barang Y beralih ke kiri.
C. keluk permintaan barang Y beralih ke kanan.
D. keluk permintaan barang X beralih ke kanan.
8. Faktor manakah antara berikut menyebabkan peralihan keluk permintaan buku teks ke
kanan?
A. Kejatuhan harga buku teks.
B. Kejatuhan harga kertas untuk membuat buku teks.
C. Peningkatan bilangan pelajar yang memasuki sekolah.
D. Peningkatan bilangan syarikat yang mencetak buku teks.
9. Yang manakah di antara pernyataan berikut tidak dapat menentukan arah perubahan harga
keseimbangan?
A. Permintaan menurun dan penawaran meningkat
B. Permintaan meningkat dan penawaran tetap
C. Permintaan meningkat dan penawaran menurun
D. Permintaan meningkat dan penawaran juga meningkat.
10.Semua di antara berikut adalah penentu permintaan melainkan
A. saiz penduduk
B. harga barang tersebut
C. bekalan bahan mentah
D. pendapatan pengguna
11.Diketahui bahawa barang Y dan Z adalah barang normal. Jika kuantiti diminta barang Y
menurun apabila harga barang Z naik, maka barang Y dan barang Z adalah:
A. barang mesti
B. barang pengganti
C. barang penggenap
D. barang tiada kaitan
2
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
12. Konsep perubahan kuantiti diminta ditunjukkan dengan
A. peralihan keluk permintaan ke kanan
B. peralihan keluk permintaan ke kiri
C. peralihan keluk permintaan ke kanan dan ke kiri
D. pergerakkan di sepanjang keluk permintaan
13. Jadual di bawah menunjukkan permintaan terhadap suatu barang oleh seorang pengguna.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
1.00 25
2.00 20
3.00 18
4.00 14
Apakah faktor yang menyebabkan hubungan antara harga dengan kuantiti yang diminta
adalah seperti dalam jadual di atas?
A. Perubahan polisi kerajaan
B. Pendapatan pengguna bertambah
C. Barang berkenaan merupakan barang normal
D. Cita rasa pengguna lebih menggemari barang pengganti
14. Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak barang tersebut ditawarkan dengan
andaian ceteris paribus adalah satu
A. teori penawaran
B. hukum penawaran
C. fungsi penawaran
D. kekecualian hukum penawaran
15. Semua yang berikut menambahkan penawaran sesuatu barang melainkan
A. perkembangan teknologi
B. penemuan bahan mentah
C. peningkatan daya buruh
D. kenaikan tingkat upah buruh
16. Semua faktor berikut mempengaruhi peralihan keluk permintaan terhadap daging lembu
kecuali
A. harga makanan lembu meningkat
B. harga daging ayam meningkat
C. pendapatan pengguna meningkat
D. perubahan cita rasa terhadap daging lembu akibat penyakit kuku dan mulut
17. Dengan andaian cateris paribus, kejatuhan harga telefon bimbit akan menyebabkan keluk
permintaan bagi bateri telefon bimbit
A. beralih ke kiri
B. beralih ke kanan
C. menjadi lebih curam
D. menjadi lebih landai
3
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
18. Yang manakah antara berikut tidak menyebabkan penurunan harga keseimbangan pasaran?
A. Penurunan permintaan kurang daripada penurunan penawaran
B. Pertambahan permintaan kurang daripada pertambahan penawaran
C. Penurunan permintaan lebih bsar daripada pertambahan penawaran
D. Penurunan permintaan dan pertambahan penawaran pada kadar yang sama.
19. Berikut merupakan penentu penawaran kecuali
A. teknologi
B. harga input
C. pendapatan
D. bilangan pengeluar
20. Satu kenaikan permintaan barang mungkin berpunca daripada
A. kenaikan cukai pendapatan individu
B. kejatuhan tingkat pendapatan pengguna
C. kejatuhan harga sumber pengeluaran
D. kejatuhan harga barang penggenap
21..Antara berikut, yang manakah benar jika barang A dan barang B ialah penawaran bersama?
A. kejatuhan harga barang A akan menyebabkan permintaan barang B bertambah
B. kejatuhan harga barang A akan menyebabkan penawaran barang B bertambah.
C. kenaikan harga barang A akan menyebabkan permintaan barang B berkurang
D. kenaikan harga barang A akan menyebabkan penawaran barang B bertambah
22. Konsep keseimbangan pasaran merujuk kepada keadaan apabila
A. lebihan permintaan tidak berlaku
B. lebihan penawaran tidak berlaku
C. permintaan pasaran bersamaan penawaran pasaran
D. permintaan pasaran bersamaan perbelanjaan pasaran
23. Apabila permintaan pasaran melebihi penawaran pasaran bagi barang X,
A. harga pasaran barang X akan meningkat
B. harga pasaran barang X akan menurun
C. harga pasaran X tetap
D. harga pasaran Y akan meningkat
25. Apabila harga barang X turun, kuantiti permintaan barang Y bertambah, manakala kuantiti
permintaan barang Z berkurangan. Apakah hubungan antara barang X,Y dan Z?
A. Barang X dan Y pengganti kepada barang Z.
B. Barang X ialah penggenap kepada barang Y dan pengganti kepada barang Z.
C. Barang X ialah pengganti kepada barang Y dan penggenap kepada barang Z.
D. Barang X ialah barang normal, barang Y ialah barang perlu dan barang Z ialah barang
bawahan.
4
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
26.Barang X dan barang Y merupakan barang pengganti. Jika harga barang Y
meningkat, kita akan menjangkakan
A. peralihan ke kanan keluk permintaan barang X
B. peralihan ke kiri keluk permintaan barang X
C. kuantiti barang X yang diminta akan bertambah
D. kuantiti barang X yang diminta akan berkurang
27..Jika permintaan untuk barang X naik apabila pendapatan pengguna bertambah dan turun
apabila pendapatan pengguna merosot, maka barang X dikatakan sebagai
A. barang giffen
B. barang pengganti
C. barang normal
D. barang penggenap
28 .Antara rajah berikut, yang manakah menunjukkan kesan kenaikan upah pekerja industri
kereta di pasaran kereta?
Harga Harga
So So
D1 Do
D1
Do Kuantiti
A Kuantiti
B
Harga S1 Harga
So So
S1
Do Do
Kuantiti Kuantiti
C D
5
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
29. Kuantiti diminta yang berlebihan cenderung untuk;
A. mendesak harga untuk jatuh.
B. mendesak harga untuk naik.
C. menyebabkan harga tetap.
D. menyebabkan permintaan meningkat.
30. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak akan mengalihkan keluk permintaan kopi
A. pengurangan harga gula
B. pertambahan harga kopi
C. pertambahan harga teh
D. perubahan cita rasa
31. Peralihan keluk penawaran ke kanan yang lebih besar daripada peralihan keluk permintaan
ke kiri akan menyebabkan
A. tingkat harga dan kuantiti keseimbangan jatuh.
B. tingkat harga keseimbangan jatuh dan kuantiti keseimbangan meningkat.
C. tingkat harga keseimbangan meningkat dan kuantiti keseimbangan jatuh.
D. tingkat harga keseimbangan jatuh dan kuantiti keseimbangan tidak berubah.
32. Lebihan pengeluar merupakan
A. perbezaan antara tingkat harga minimum dengan tingkat harga pasaran.
B. perbezaan antara tingkat harga pasaran dengan tingkat harga kawalan oleh kerajaan.
C. perbezaan antara tingkat harga yang sanggup diterima pengeluar dengan tingkat harga
pasaran.
D. Perbezaan antara permintaan dan penawaran di pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu.
33. Penawaran kereta Myvi akan bertambah jika
A. harga kereta Myvi semakin merosot.
B. kos pengeluaran kereta Myvi meningkat.
C. permintaan terhadap kereta Kelisa berkurangan.
D. kerajaaan mengurangkan cukai ke atas kereta Myvi.
6
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
34. Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke Sl Sl
Harga
S0 S1
S0
S1
Kuantiti
Antara berikut, yang manakah tidak akan menyebabkan peralihan keluk penawaran di atas?
A. Perubahan kualiti dan kuantiti faktor pengeluaran
B. Perubahan kos pengeluaran
C. Perubahan harga barang itu sendiri
D. Perubahan struktur pencukaian
35. Kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum terhadap barang-barang di mana harga
tersebut adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Dasar harga tersebut:
A. Akan menyebabkan lebih banyak kuantiti yang ditawarkan berbanding dengan
sebelumnya.
B. Akan menyebabkan berkurangnya kuantiti yang ditawarkan berbanding dengan
sebelumnya.
C. Akan menyebabkan jumlah hasil pengeluar pertanian lebih rendah berbanding
sebelumnya.
D. Akan mewujudkan kecekapan dalam penggunaan sumber-sumber pertanian.
36. Apabila kerajaan menjalankan dasar harga minimum, ia akan
A. Menguntungkan pengguna
B. Menguntungkan pengeluar
C. Merugikan pengimport
D. Merugikan kerajaan
37. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan kerajaan untuk campur tangan dalam Sistem
Ekonomi Pasaran?
A. Untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan
B. Mengawal ketakstabilan ekonomi
C. Untuk mengurangkan kuasa monopoli
D. Memberi kebebasan kepada individu untuk menjalankan kegiatan ekonomi
7
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
38 .Kerajaan melaksanakan dasar harga minimum terhadap keluaran pertanian. Harga
minimum tersebut:
A. harga jualan pengeluar lebih tinggi daripada harga keseimbangan dan lebihan penawaran
berlaku.
B. harga jualan pengeluar lebih tinggi daripada harga keseimbangan dan lebihan permintaan
berlaku.
C. harga jualan pengeluar lebih rendah daripada harga keseimbangan dan lebihan
penawaran berlaku.
D. harga jualan pengeluar lebih rendah daripada harga keseimbangan dan lebihan
permintaan berlaku.
39. Subsidi yang diberi oleh kerajaan kepada pengeluar akan menyebabkan
A. meningkatnya import
B. kejatuhan permintaan dalam negara seterusnya meningkatkan eksport
C. harga meningkat dan seterusnya mengurangkan permintaan.
D. perbelanjaan kerajaan meningkat dan dalam masa yang sama pendapatan firma akan
meningkat.
40. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang dasar harga maksimum?
A. Menyebabkan masalah lebihan penawaran
B. Bertujuan menjaga kebajikan pengguna.
C. Lebihan permintaan menyebabkan harga cenderung untuk naik.
D. Menggalakkan kewujudan pasaran gelap.
8
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
BAHAGIAN B
1. Apakah yang dimaksudkan dengan
a. Permintaan
b. Fungsi permintaan
2. Senaraikan empat (4) faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kanan
3. a. Nyatakan hukum permintaan
b. Apakah maksud permintaan individu dan permintaan pasaran
4. Nyatakan lima (5) faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran
5. a. Nyatakan hukum penawaran
b. Apakah maksud penawaran individu dan penawaran pasaran
6. a. Apakah maksud keseimbangan pasaran
b. Nyatakan tiga (3) faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kiri
7. Berikan definisi konsep-konsep berikut
a. Lebihan permintaan dan lebihan penawaran
b. Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar
c. Dasar harga minimum dan dasar harga maksimum
8. a. Dalam keadaan bagaimanakah kerajaan boleh melaksanakan dasar harga maksimum?
b. Nyatakan tiga tujuan dasar harga maksimum dilaksanakan oleh kerajaan.
9
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
BAHAGIAN C
Latihan 2.1 Teori Permintaan
1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara harga dan kuantiti diminta oleh Syafik.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
30 180
35 170
40 160
45 150
50 140
55 130
(a) Berikan maksud permintaan.
(b) Apakah hukum permintaan.
(c) Terbitkan fungsi permintaan Syafik.
(d) Lakarkan keluk permintaan Syafik.
Latihan 2.2 Teori Penawaran
1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara harga dan kuantiti ditawarkan oleh firma
A.
Harga (RM) Kuantiti ditawar(unit)
100 230
90 210
80 190
70 170
60 150
(a) Berikan maksud penawaran.
(b) Apakah hukum penawaran.
(c) Terbitkan fungsi penawaran firma A.
(d) Lakarkan keluk penawaran firma A.
10
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Latihan 2.3 Keseimbangan Pasaran
1. Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta dan ditawarkan bagi barang Z.
Harga (RM seunit)) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit)
1 80 5
2
3 60 15
4
5
6
7
8
(a) Terbitkan fungsi permintaan dan fungsi penawaran barang Z.
(b) Lengkapkan jadual di atas pada ruangan yang kosong. (c) Berapakah tingkat
harga dan kuantiti keseimbangan?
(d) Lakarkan keluk penawaran dan keluk permintaan di atas pada rajah yang sama.
(e) Jelaskan kesan kejatuhan harga barang Z ke RM3 seunit.
(f) Apakah kesan kenaikan pendapatan individu terhadap keseimbangan pasaran?
2. Sebuah pasaran mempunyai empat buah firma yang menawarkan kuantiti suatu barang yang
berbeza pada tingkat harga tertentu seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:
Harga Kuantiti ditawarkan (unit)
(RM)
Firma P Firma Q Firma R Firma S
1
3 22 10 14 18
5 32 14 20 26
7 42 18 26 34
9 52 22 32 42
62 26 38 50
(a) Terangkan maksud keluk penawaran pasaran.
(b) Dapatkan jadual penawaran pasaran. Bentukkan fungsi penawaran pasaran.
(c) Jika fungsi permintaan pasaran ialah Qd = 98 – 10P, hitung harga dan kuantiti
keseimbangan .
(d) Lakar rajah keseimbangan pasaran tersebut.
(e) Berapakah kuantiti yang ditawarkan oleh firma Q pada tingkat keseimbangan?
11
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
3. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan ditawarkan bagi pakaian sukan di bandar
Kangar.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawar (unit)
40 1800 600
50 1400 800
60 1000 1000
70 600 1200
80 200 1400
(a) Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran dalam satu rajah.
(b) Bentukkan fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi baju.
(c) Hitung harga dan kuantiti seseimbangan dengan menggunakan fungsi di atas.
(d) Apakah keadaan yang berlaku di pasaran jika harga barang tersebut adalah
RM80. Apakah yang anda jangkakan akan berlaku kepada harga tersebut.
4. Diberi jadual permintaan dan penawaran bagi barang Z.
Harga Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawar (unit)
(RM)
10 120
90 40 100
80 70 80
70 100 60
60 130 40
50
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran?
(b) Dapatkan fungsi permintaan dan penawaran barang tersebut.
(c) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan pasaran?
(d) Lakarkan rajah yang menunjukkan keseimbangan pasaran barang tersebut.
Tandakan harga dan kuantiti keseimbangan.
(e) Apakah keadaan yang berlaku di pasaran jika harga barang tersebut adalah RM50
seunit. Apakah yang anda jangkakan akan berlaku kepada harga barang tersebut?
(f) Jika permintaan barang tersebut bertambah sebanyak 60 unit pada setiap tingkat
harga kesan daripada peningkatan harga barang pengganti.
i. Dapatkan jadual permintaan yang baru dan tentukan keseimbangan yang
baru.
ii. Dengan menggunakan rajah, tunjukkan perubahan keseimbangan baru
tersebut.
12
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
5. Berbantukan rajah, huraikan kesan terhadap keseimbangan pasaran roti sekiranya perkara-
perkara berikut berlaku:
i. Tingkat teknologi dalam pembuatan roti menyebabkan daya pengeluaran meningkat,
ii. Harga kek telah naik, dan
iii. Harga tepung telah berubah daripada RM1.50 sekilogram kepada RM2.30 sekilogram.
6. Permintaan dan penawaran di pasaran beras digambarkan melalui persamaan
Qd = 43 – 4P Qs = 3 + 6P
Di mana,
Q d = keluk permintaan
Qs = keluk penawaran
P = harga sekilogram
(a) i. Melalui persamaan matematik, dapatkan harga dan kuantiti keseimbangan.
ii. Lakarkan keseimbangan di atas.
(b) Apakah yang terjadi di pasaran beras pada tingkat harga RM5.00 dan RM3.00?
(c) Jika teknologi penanaman padi bertambah baik, maka kuantiti penawaran akan
meningkat 50% pada setiap tingkat harga.
i. Lakarkan keluk penawaran yang baru pada gambar rajah (a) ii di atas.
ii. Tunjukkan harga dan kuantiti keseimbangan yang baru pada gambar rajah.
7. Dalam sesebuah ekonomi, fungsi penawaran bagi barang X ialah Qs = 21+ P dengan Qs
ialah kuantiti ditawar bagi barang X dan P ialah harga barang X. Permintaan barang X pada
pelbagai tingkat harga ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Harga (RM) 13 11 9 7 5 3 1
Kuantiti diminta 1 5 9 13 17 21 25
(unit)
(a) i. Dapatkan fungsi permintaan barang X dan ii. hitung harga dan kuantiti
keseimbangan.
(b) Dengan menggunakan rajah,
i. tunjukkan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X.
ii. lorekkan kawasan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar.
(c) Jika fungsi penawaran bertukar menjadi Qs = -3 + P,
i. Berapakah tingkat harga dan kuantiti keseimbangan.
ii. Lorekkan kawasan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar yang baru.
13
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
8. Jelaskan kesan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan ayam sekiranya:
i. harga ikan jatuh
ii. harga makanan ayam naik.
iii. berlaku penyakit selsema burung
iv. terdapat laporan daging ayam berkolestrol tinggi.
9. Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran individu.
Harga (RM)
SS
80
40 E
0 DD Kuantiti (unit)
40 80
Berdasarkan rajah di atas:
(a) Terbitkan fungsi permintaan individu dan fungsi penawaran individu
(b) Dengan menggunakan jawapan (a), buktikan harga dan kuantiti keseimbangan
pada RM40 dan 40 unit.
(c) Sekiranya harga pasaran berkurang kepada RM30, apakah kesan pada
keseimbangan pasaran.
(d) Berdasarkan jawapan (c), apakah kesan terhadap lebihan pengguna dan lebihan
pengeluar.
14
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
Latihan 2.4 Dasar Kerajaan
1. Fungsi permintaan dan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut:
Qd = 90 – 2P
Qs = - 10 + 2P
Di mana P = Harga (RM)
Q = kuantiti (unit)
a) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan di pasaran.
b) Apakah yang dimaksudkan dengan dasar harga maksimun? Sekiranya kerajaan
menetapkan harga maksimum RM1 berbeza dengan harga keseimbangan, apakah
masalah yang akan berlaku?
c) Bagaimanakah kerajaan dapat mengatasi masalah tersebut?
d) Apakah yang dimaksudkan dengan dasar harga minimum? Sekiranya kerajaan
menetapkan harga minimum RM1 berbeza dengan harga keseimbangan, apakah kesan
dasar itu?
e) Bagaimanakah kerajaan memastikan kejayaan dasar itu?
2. Huraikan kesan yang timbul daripada pelaksanaan dasar harga minimum dan dasar harga
maksimum yang dijalankan oleh kerajaan.
3. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan penawaran sesuatu barang.
Harga RM S
80 D
59 Harga minimum
E
45
25 Harga maksimum
10 S kuantiti
13 17 30 42 47 70
a) Apakah tujuan dasar harga maksimum dan dasar harga minimum dilaksanakan?
b) Apakah kelemahan dasar-dasar tersebut di (a)?
c) Hitung lebihan pengguna
(i). sebelum dan
(ii). selepas dasar harga minimum dijalankan
d) Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan untuk menjayakan dasar harga minimum ini?
e) Berapakah perubahan perbelanjaan pengguna selepas dasar harga minimum dijalankan?
15
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
4. Jadual berikut menunjukkan kuantiti diminta (Qd) dan kuantiti ditawar (Qs) suatu keluaran
pertanian pada pelbagai tingkat harga (P).
Harga (RM) Kuantiti diminta Kuantiti ditawar (unit)
(unit)
1 130 50
2 110 70
3 90 90
4 70 110
5 50 130
6 30 150
7 10 180
(a) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan di pasaran?
(b) Sekiranya kerajaan menetapkan RM5 sebagai harga minimum, (i) berapakah lebihan
permintaan atau lebihan penawaran di pasaran?
(ii) untuk memastikan dasar itu berjaya, berapakah perbelanjaan yang perlu dilakukan
oleh kerajaan?
(c) Jika kerajaan menetapkan harga RM2 sebagai harga maksimum, (i) berapakah
lebihan permintaan atau penawaran di pasaran?
(ii) nyatakan satu masalah yang mungkin berlaku kesan daripada lebihan permintaan
atau penawaran di pasaran.
(iii) sekiranya kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar, berapakah jumlah subsidi
yang perlu diberikan kepada pengeluar bagi mengatasi masalah lebihan permintaan
atau penawaran?
5. Diberi fungsi permintaan dan penawaran bagi durian crepe adalah
Qd = 20 – 2P
Qs = 4P – 10
Dimana,
Qd = kuantiti durian crepe diminta (unit)
Qs = kuantiti durian crepe ditawar (unit)
P = harga durian crepe (RM)
(a) Berdasarkan maklumat di atas, hitung harga dan kuantiti keseimbangan.
(b) Kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM1.50 untuk setiap kotak durian crepe.
(i) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu.
(ii) Lakarkan keluk permintaan dan penawaran dengan memberikan kuantiti dan harga
keseimbangan yang asal dan yang baharu.
(c) Hitung jumlah beban cukai pengguna dan pengeluar.
(d) Hitung peratus perubahan jumlah perbelanjaan pengguna selepas cukai.
16
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
6. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana beban cukai yang ditanggung oleh
pengguna dan pengeluar.
7. Diberi fungsi permintaan dan penawaran bagi adalah
Qd = 60 – 3P
Qs = 10 + 2P
Dimana,
Qd = kuantiti cili diminta (kg)
Qs = kuantiti cili ditawar (kg)
P = harga cili (RM)
(a) Hitung kuantititi dan harga keseimbangan cili.
(b) Jika kerajaan menetapkan cili pada RM15 sekilogram, berapakah kuantiti diminta dan
kuantiti di tawar bagi cili?
(c) Berdasarkan soalan (b), nyatakan dasar harga tersebut. Apakah kesannya kepada
pasaran cili?
(d) Lakarkan rajah bagi menggambarkan jawapan (a), (b) dan (c) di atas.
8. Rajah di bawah menunjukkan pasaran bagi barangan XYZ menyebabkan keluk
penawaran beralih ke kiri dari SS ke S1S1 akibat pengenaan cukai oleh kerajaan.
P (RM) E1 S1
E S
10
8
7
D
0 50 60 Q (unit)
(a) Kirakan peratus perubahan kuantiti jualan dan kadar kenaikan harga selepas cukai
jualan di kenakan.
(b) Kirakan jumlah beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan penjual.
(c) Kira peratus perubahan perbelanjaan terhadap barang XYZ selepas cukai.
(d) Berapakah jumlah hasil cukai yang diperolehi oleh kerajaan?
(e) Dengan melakarkan semula gambar rajah di atas, lorekkan kawasan beban cukai yang
ditanggung oleh pengguna dan penjual.
17
PERMINTAAN, PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN PASARAN BAB 2
9. Diberi fungsi permintaan dan penawaran bagi ayam adalah
Qd = 20 – 2P
Qs = 4P – 10
Dimana,
Qd ialah kuantiti diminta bagi ayam (‘000 kg)
Qs ialah kuantiti ditawar bagi ayam (‘000 kg)
P ialah harga (RM)
(a) Berdasarkan maklumat di atas, hitung harga dan kuantiti keseimbangan.
(b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi RM1.50 bagi setiap kilogram ayam.
(i) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu
(j) Lakarkan keluk permintaan dan penawaran dengan memberikan harga dan kuantiti
keseimbangan yang asal dan baharu.
(c) Hitung jumlah subsidi yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar
10. Diberi fungsi permintaan dan penawaran beras seperti berikut
P = 50 + 3Q
P = -2Q + 200
Dimana,
Q ialah kuantiti diminta bagi beras (‘000 kg)
P ialah harga (RM)
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran beras
(b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.00/kg
(i) Terbitkan fungsi penawaran yang baharu
(ii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu
(iii) Berapakah faedah subsidi/kg yang dinikmati oleh pengguna dan pengeluar
(iv) Berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan
(v) Apakah kesan dasar tersebut terhadap pasaran beras
(c) Lakarkan rajah keseimbangan pasaran beras sebelum dan selepas pemberian subsidi
oleh kerajaan.
11. Dengan bantuan rajah, Terangkan kesan pengenaan cukai dan pemberian subsidi
kerajaan terhadap harga dan kuantiti keseimbangan.
18