KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Bahagian A
1. Di sepanjang keluk permintaan yang bercerun negatif, apabila tingkat harga meningkat,
maka
A. Keanjalan permintaan harganya kosong
B. keanjalan permintaan harganya infiniti
C. keanjalan permintaan harganya akan bertambah
D. keanjalan permintaan harganya akan berkurang
2. Jika permintaan untuk satu barang tidak anjal dengan perubahan harga, maka kenaikan
harga dengan peratus yang kecil menyebabkan
A. jumlah hasil akan berkurang
B. kuantiti berubah dengan kadar yang sama
C. kuantiti akan berkurang dengan peratus yang lebih kecil
D. kuantiti akan berkurang dengan peratus yang lebih besar
3. Keanjalan permintaan harga diperolehi dengan
A. perubahan kuantiti diminta dibahagi perubahan dalam harga
B. perubahan dalam harga dibahagi perubahan dalam kuantiti
C. peratus perubahan harga dibahagi peratus perubahan kuantiti
D. peratus perubahan kuantiti diminta dibahagi peratus perubahan harga.
4. Antara kenyataan yang berikut, yang manakah tidak benar tentang keanjalan
permintaan?
A. Keanjalan permintaan silang bagi barang penggenap adalah negatif
B. Keanjalan permintaan pendapatan adalah negatif bagi barang bawahan
C. Jika keanjalan permintaan harga kurang dari satu, maka kejatuhan harga akan
mengurangkan jumlah perbelanjaan
D. Jika keanjalan permintaan harga lebih dari satu, maka kenaikan harga akan
menambahkan jumlah perbelanjaan.
5. Keanjalan permintaan untuk barang Z adalah tidak anjal. Jumlah hasil pengeluar untuk
barang Z akan
A. meningkat jika harga Z jatuh
B. meningkat jika harga Z naik
C. berkurang jika harga Z meningkat
D. tetap jika harga Z meningkat.
6. Sekiranya perubahan harga sesuatu barang tidak mempengaruhi perubahan
perbelanjaan pengguna, maka keanjalan permintaaan harga adalah
A. anjal
B. anjal satu
C. tidak anjal
D. tidak anjal sempurna.
1
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Soalan 7 hingga 9 berdasarkan rajah di bawah:
P
DC
E
B
Q
7. Keluk yang mana menunjukkan permintaan anjal satu?
A. A
B. B
C. C
D. D
8. Keluk yang manakah menunjukkan keanjalan permintaan adalah sifar?
A. A
B. B
C. C
D. D
9. Keluk permintaan yang manakah menunjukkan bahawa jumlah perbelanjaan akan
meningkat apabila harga meningkat?
A. D dan C
B. E dan B
C. A,B dan C
D. B, C dan D
10. Antara faktor berikut yang manakah tidak mempengaruhi keanjalan permintaan harga?
A. Kewujudan barang pengganti
B. Peratus perbelanjaan daripada pendapatan
C. Tempoh masa penyelarasan terhadap perubahan harga
D. Kepentingan sesuatu barang sama ada barang perlu atau barang mewah.
11. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang keanjalan
permintaan?
A. Jika keanjalan permintaan harga kurang daripada satu, maka kejatuhan harga akan
menambahkan jumlah perbelanjaan.
B. Jika keanjalan permintaan harga lebih besar daripada satu, maka kenaikan harga akan
menambahkan jumlah perbelanjaan.
C. Keanjalan permintaan pendapatan adalah negatif bagi barang bawahan.
D. Keanjalan permintaan silang bagi barang penggenap adalah positif.
2
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
12. Manakah di antara perkara-perkara berikut menyebabkan permintaan terhadap
sesuatu barang menjadi lebih anjal?
A. Sedikit barang pengganti.
B. Kewujudan banyak barang pengganti.
C. Pengurangan dalam cita rasa pengguna.
D. Pengurangan dalam tingkat pendapatan pengguna.
13. Bagi sesuatu barang yang memerlukan peratus perbelanjaan daripada pendapatan yang
kecil maka keanjalan permintaannya adalah
A. sama dengan sifar.
B. sama dengan infiniti.
C. lebih daripada sifar tetapi kurang dari satu.
D. lebih daripada satu tetapi kurang dari infiniti.
14. Sekiranya nilai keanjalan permintaan harga sesuatu barang bersamaan – 2, permintaan
barang tersebut adalah
A. Anjal
B. Tidak anjal
C. Anjal satu
D. Anjal sempurna
15. Sekiranya suatu barang mempunyai banyak kegunaan, ini bermakna permintaan
terhadap barang tersebut adalah
A. anjal C. anjal sempurna
B. tidak anjal D. tidak anjal sempurna
16. Keanjalan permintaan silang mengukur
A. peratus perubahan kuantiti diminta suatu barang apabila harga barang lain berubah.
B. peratus perubahan harga suatu barang apabila harga barang lain berubah.
C. peratus perubahan kuantiti diminta suatu barang apabila harga barang pengganti
berubah.
D. peratus perubahan harga barang penggenap apabila kuantiti diminta berubah.
17. Rajah di bawah ini merupakan satu keluk permintaan.
Harga(P)
=
X
= Kuantiti (Q)
0
Pada titik X, jumlah hasil adalah
A. kosong C. maksimum
B. minimum D. bertambah
3
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
18. Sekiranya keanjalan permintaan harga sesuatu barang bersifat infiniti, apabila
harganya meningkat, ini akan mengakibatkan
A. jumlah perbelanjaannya sifar
B. jumlah perbelanjaannya jatuh
C. jumlah perbelanjaannya tetap
D. jumlah perbelanjaannya meningkat.
19. Keanjalan permintaan silang harga diantara sabun Fab dengan sabun Breeze adalah
A. negatif kerana kedua-duanya adalah barang penggenap.
B. positif kerana kedua-duanya adalah barang penggenap.
C. negatif kerana kedua-duanya adalah barang pengganti.
D. positif kerana kedua-duanya adalah barang pengganti.
20. Pengkelasan sesuatu barang sama ada barang tersebut dikategorikan sebagai barang
biasa, barang bawahan atau barang mesti boleh diketahui melalui
A. keanjalan titik
B. keanjalan silang
C. keanjalan pendapatan
D. keanjalan permintaan harga
21. Di antara barang-barang di bawah ini, manakah yang mempunyai nilai keanjalan
permintaan yang paling kecil sekali?
A. Gula
B. Berlian
C. Kereta
D. Perabot
22. Permintaan terhadap suatu barang adalah anjal apabila
A. perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada perubahan harga.
B. perubahan kuantiti diminta adalah lebih kecil daripada perubahan harga.
C. peratus perubahan kuantiti diminta adalah lebih kecil daripada peratusan perubahan
harga.
D. peratusan perubahan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada peratusan
perubahan harga.
23. Dua barang mempunyai nilai keanjalan permintaan silang 2.5. Dua barang tersebut
ialah
A. Pen dan komputer
B. Roti canai dan teh Tarik
C. Marjerin dan mentega
D. Mee goreng dan daging ayam
24. Tindak balas perubahan kuantiti diminta terhadap sesuatu barang kesan daripada
perubahan harga barang itu sendiri merupakan definisi keanjalan
A. permintaan harga
B. permintaan silang
C. penawaran
D. permintaan pendapatan
4
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
25. Perkara-perkara berikut mempengaruhi keanjalan penawaran kecuali
A. Bilangan pengeluar
B. Perubahan kos yang terlibat
C. Jangkamasa penghasilan sesuatu barang
D. Banyak atau sedikitnya barang pengganti yang diperolehi.
26. Penawaran adalah tidak anjal sekiranya dengan
A. input yang diperlukan untuk menambah pengeluaran mudah diperolehi.
B. bilangan firma dalam pasaran ramai.
C. tambahan pengeluaran memerlukan tambahan kos yang besar
D. pengeluar dapat menambah pengeluaran dalam masa yang cepat
penggunaan teknologi dan mesin.
27. Kenaikan yang besar pada harga membawa kepada kenaikan yang kecil pada kuantiti
yang ditawarkan, maka keluk penawaran ini mempunyai keanjalan yang
A. anjal
B. anjal Satu
C. tidak anjal
D. tidak anjal sempurna.
28. Penawaran sesuatu barang dikatakan anjal jika
A. peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti ditawar.
B. peratus perubahan harga lebih kecil daripada peratus perubahan kuantiti ditawar.
C. peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti ditawar.
D. Kuantiti ditawar tidak berubah apabila berlaku perubahan dalam harga.
29. Walaupun harga durian meningkat 50%, namun kuantiti yang ditawarkan bagi durian
tersebut kekal pada kuantiti asal. Ini beerti, nilai keanjalan penawaran durian itu adalah
A. anjal satu
B. anjal
C. tidak anjal sempurna
D. anjal sempurna
30. Keluk penawaran yang bermula dari titik origin adalah
A. tidak anjal
B. anjal satu
C. anjal sempurna
D. tidak anjal sempurna
5
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Bahagian B
Soalan Struktur
1. Jelas maksud (2 markah)
i. Keanjalan permintaan harga (2 markah)
ii. Keanjalan permintaan silang (2 markah)
iii. Keanjalan permintaan pendapatan
2. Jelaskan dua (2) darjah keanjalan permintaan harga. (4 markah)
3. Terangkan maksud keanjalan permintaan harga anjal dan tak anjal sempurna.
(4 markah)
4. Huraikan secara ringkas dua (2) faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan
harga. (4 markah)
5. Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil di
sepanjang keluk permintaan yang sama.
(4 markah)
6. Terangkan bagaimana perubahan harga mempengaruhi perbelanjaan pengguna
terhadap barang tersebut jika permintaanya:
i. Anjal (2 markah)
ii. Tidak anjal (2 markah)
iii. Anjal sempurna (2 markah)
7. i. Apakah maksud keanjalan penawaran. (2 markah)
ii. Terangkan dua (2) darjah keanjalan penawaran. (4 markah)
8. Terangkan dua (2) faktor penentu keanjalan penawaran. (4 markah)
9. Kenapakah penawaran keluaran pertanian tidak anjal berbanding dengan keluaran
industri. (3 markah)
10. Terangkan tiga (3) faktor yang menyebabkan keanjalan penawaran tidak anjal.
(3 markah)
6
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Bahagian C
Soalan Kuantitatif dan Esei
Latihan 3.1 Keanjalan Permintaan Harga
1. a) Diberi fungsi permintaan bagi tepung jagung ialah Qd = 6000 – 1500P.
i) Hitung keanjalan permintaan harga apabila harga meningkat daripada RM2
kepada RM3. Tafsirkan nilainya. (2 markah)
ii) Hitung keanjalan permintaan pada harga RM2 dan RM3. (2 markah)
b) Jelaskan kenapa keanjalan permintaan bagi kereta lebih anjal berbanding
keanjalan permintaan bagi gula.
(6 markah)
2. Sebuah syarikat telah menganggarkan permintaan bagi kasut yang dijualnya di
pasaran pada tingkat harga tertentu digambarkan pada rajah di bawah.
Harga (RM)
25
20
10
10 30 D
50 Kuantiti kasut
a) Kira keanjalan permintaan pada tingkat harga RM10.00, RM20.00 dan RM25.00
dan nyatakan darjah keanjalannya. (3 markah)
b) Hitung keanjalan permintaan harga jika harga kasut meningkat dari RM10.00
kepada RM20.00. (2 markah)
c) Sekiranya firma menjual sepasang kasut pada harga RM20.00, apakah yang perlu
dilakukan jika firma tersebut ingin meningkatkan jumlah hasilnya.
(1 markah)
d) Apabila harga sepasang kasut jatuh, apakah yang berlaku kepada jumlah
perbelanjaan jika permintaan,
i) Anjal harga (2 markah)
ii) Tidak anjal harga (2 markah)
7
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
3. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 25
6 20
8 15
10 10
12 5
14 0
a i. Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila harga menurun dari RM8
kepada RM6. Tafsirkan nilainya. (2 markah)
ii.Lakarkan keluk permintaan tersebut. (2 markah)
iii.Berpandukan (ii) di atas, hitung nilai keanjalan harga pada harga RM6 dan
RM10. Nyatakan darjah keanjalannya. (3 markah)
iv.Hitung jumlah perbelanjaan pada setiap tingkat harga. (3 markah)
b Terangkan kesan kenaikan harga terhadap jumlah perbelanjaan jika
permintaannya adalah anjal dan tidak anjal. (8 markah)
4. Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta dan permintaan harga dalam dua
pasaran bagi sebuah firma.
Pasaran Harga X (RM) Kuantiti diminta X Keanjalan
(unit) Permintaan harga
P1 5.00
P2 10.00 100 15 0.01
0.40
a Hitung jumlah hasil firma ini. (2 markah)
b Jika firma ini meningkatkan harga di pasaran P2 sebanyak 50%,
i. berapakah tingkat harga baru bagi barang X dalam pasaran P2?
(1 markah)
ii. berapakah perubahan kuantiti diminta dalam pasaran P2? (1 markah)
c hitung jumlah hasil yang baru dan nyatakan perubahan yang berlaku.
(2 markah)
8
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
d Jika firma ini meningkatkan harga dalam pasaran P1 kepada RM7.50, kuantiti
X yang diminta akan berkurang sebanyak 0.5 unit . Hitung jumlah hasil firma
ini. (2 markah)
5. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta sesuatu barang pada pelbagai tingkat
harga.
Harga (RM) Kuantiti (unit) Keanjalan titik Jumlah hasil
10 0
9 100
8 200
7 300
6 400
5 500
4 600
3 700
a Hitung keanjalan permintaan titik pada setiap harga.
(3 markah)
b Hitung jumlah hasil pada setiap harga. (3 markah)
c Nyatakan hubungan antara nilai keanjalan permintaan harga dengan jumlah
hasil. (3 markah)
d Tabiat penggunaan terhadap sesuatu barang mempengaruhi keanjalan
permintaan harga. Terangkan faktor lain selain tabiat penggunaan yang
mempengaruhi keanjalan permintaan harga.
(8 markah)
9
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Latihan 3.2 Keanjalan Permintaan Silang
1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara harga barang A dengan kuantiti
yang diminta untuk barang A,B,C dan D.
Harga Barang A Kuantiti diminta (unit)
(RM) Barang B Barang C Barang D
Barang A
10 20 80 100 75
50
8 40 160 100
a) Hitung keanjalan permintaan harga bagi barang A jika harganya menurun dari
RM10 kepada RM8. (2 markah)
b) Hitung keanjalan permintaan silang di antara harga barang A dengan kuantiti
barang B,C dan D apabila harga barang A meningkat dari RM8 kepada RM10
(6 markah)
c) Apakah hubungan antara barang A dengan barang B, barang C dan barang D?
(2 markah)
2. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang P,Q dan R pada pelbagai
tingkat harga barang S.
Harga barang S Kuantiti barang Kuantiti barang Q Kuantiti barang R
(RM) P
80 65 80 45
100 55 90 45
a) Hitung keanjalan permintaan silang untuk barang P,Q dan R apabila harga barang
S menurun dari RM100 kepada RM80 (2 markah)
b) Berdasarkan nilai keanjalan permintaan di (a), nyatakan hubungan antara barang
S dengan barang P,Q dan R. Berikan alasan anda. (2 markah)
c) Jelaskan tiga (3) hubungan antara barang berdasarkan nilai kenjalan permintaan
silang. (6 markah)
10
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Latihan 3.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan
1. Kenaikan pendapatan Encik Kasim sebanyak 30% telah menyebabkan kuantiti barang
Z diminta bertambah daripada 20 unit kepada 50 unit.
a) Berapakah keanjalan permintaan pendapatan Encik Kasim? (2 markah)
b) Apakah jenis barang Z? (2 markah)
c) Terangkan pertalian antara keanjalan permintaan pendapatan dengan jenis
barang. (6 markah)
2. Diberi fungsi permintaan barang X seperti berikut:
Qdx = 600 – 3Px + 4Py – 0.2Y,
Di mana;
Qdx ialah kuantiti barang X
Px ialah harga barang X
Py ialah harga barang Y
Y ialah pendapatan
a) Pada mulanya Px ialah RM6.00, Py ialah RM10 dan Y ialah RM1000. Hitung
keanjalan permintaan harga bagi barang X apabila harganya meningkat dari RM6
kepada RM10. (2 markah)
b) Pada mulanya Px ialah RM6.00, Py ialah RM10 dan Y ialah RM1000. Hitung
keanjalan permintaan silang apabila harga Y jatuh sebanyak RM2. (2 markah)
c) Apakah hubungan antara barang X dengan barang Y? Nyatakan alasan anda.
(2 markah)
d) Pada mulanya Px ialah RM6.00, Py ialah RM10 dan Y ialah RM1000. Hitung
keanjalan permintaan pendapatan jika Y menurun kepada RM800. (2 markah)
e) Berdasarkan nilai keanjalan (d), apakah jenis barang X? Mengapa? (2 markah)
11
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
3. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara tingkat pendapatan,harga barang X,
kuantiti barang Y dan barang Z yang digunakan oleh isi rumah.
Harga barang X Pendapatan Kuantiti barang Y Kuantiti barang Z
(RM) (RM)
(unit) (unit)
10 1000 200 1500
20 2000 400 1000
30 3000 800 500
Berdasarkan jadual di atas, hitung
a) Hitung keanjalan permintaan silang bagi barang Y dan barang Z jika harga barang
X meningkat dari RM10 kepada RM20. (2 markah)
b) Hitung keanjalan permintaan pendapatan bagi bagi barang Y apabila pendapatan
menurun daripada RM3000 kepada RM2000. (2 markah)
c) Apakah hubungan antara barang X dengan barang Y dan barang Z? (2 markah)
d) Apakah jenis barang Y. (1 markah)
4. Berdasarkan maklumat di bawah, hitung nilai keanjalan, nyatakan jenis barang dengan
contoh yang sesuai bagi menggambarkan keadaan tersebut.
Keanjalan pendapatan (Ey) Nilai Jenis barang Contoh
keanjalan
a) Apabila pendapatan meningkat
10%,kuantiti diminta meningkat
5%
b) Apabila pendapatan meningkat
10%, kuantiti menurun sebanyak
10%
c) Apabila pendapatan meningkat
10%, kuantiti diminta tetap.
d) Apabila pendapatan meningkat
10%, kuantiti diminta
meningkat 20%
(6 markah)
12
KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN BAB 3
Latihan 3.4 Keanjalan Penawaran
1. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti kereta yang ditawarkan pada tingkat harga
tertentu.
Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)
25 000 3 000
30 000 4 000
35 000 5 000
a) Hitung keanjalan penawaran harga apabila harga meningkat dari RM25 000
kepada RM30 000. (2 markah)
b) Hitung keanjalan penawaran harga apabila harga menurun dari RM 35 000 kepada
RM30 000. (2 markah)
2. Rajah menunjukkan keluk penawaran firma bagi mengeluarkan buku pada tingkat
harga tertentu.
Harga Qs
(RM)
5
3
Kuantiti
0 5 15
a) Hitung keanjalan penawaran apabila harga meningkat daripada RM3 kepada
RM5. Tafsirkan nilai keanjalannya. (2 markah)
3. Fungsi penawaran barang X, diberi seperti berikut
Qs = 5P
Di mana;
Qs ialah kuantiti ditawar
P ialah harga
a) Hitung keanjalan penawaran harga sekiranya harga meningkat dari RM100
kepada RM200. Tafsirkan nilainya. (2 markah)
b) Hitung keanjalan penawaran harga jika harga meningkat daripada RM200 kepada
RM300. (2 markah)
c) Berdasarkan jawapan (a) dan (b), nyatakan darjah keanjalan. (1 markah)
d) Lakarkan keluk penawaran bagi menggambarkan keadaan di atas (2 markah)
4. Terangkan lima (5) darjah keanjalan penawaran. (8 markah)
5. Huraikan empat (4) faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran.
(8 markah)
13