The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA KERJASAMA (NoU) ANATA KVPTI DAN REXIL AGRO(M) SDN. BHD. PADA 22.10.2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by otsman.smt.tlkintan, 2021-11-04 05:40:07

KERTAS KERJA NoU

NOTA KERJASAMA (NoU) ANATA KVPTI DAN REXIL AGRO(M) SDN. BHD. PADA 22.10.2021

KERTAS KERJA
JALINAN USAHASAMA (NoU) KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK

INTAN BERSAMA ReXil AGRO (M) SDN. BHD.

OKTOBER 2021

1.0 PENGENALAN

Transformasi Pendidikan Vokasional telah diluluskan pada 20 Disember
2010 yang melibatkan penambahabaikan kurikulum sedia ada di samping
memperkenalkan bidang baharu mengikut unjuran keperluan tenaga mahir
negara.

Salah satu strategi utama yang digariskan dalam Pelan Strategik
Transformasi Pendidikan Vokasional adalah mempertingkatkan usaha kolaborasi
dengan rakan strategik dalam industry bagi memperluaskan akses dan menjamin
kualiti pendidikan pendidikan vokasional serta mempertingkatkan kebolehkerjaan
lulusan pendidikan vokasional.

Pendekatan ini secara tidak langsung membangunkan daya upaya
organisasi pendidikan vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
meneroka usaha ke arah menjalinkan kerjasama pintar dengan sektor swasta
yang berpotensi dengan tujuan membangunkan instiusi pendidikan vokasional
yang dapt menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk memenuhi
keperluan pasaran kerja berorientasikan penguasaan kemahiran serta bersedia
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Isu utama yang disering dihadapi oleh institusi pendidikan vokasional
berasaskan produk pertanian adalah untuk memenuhi keperluan tenaga mahir
yang menguasai kemahiran yang seiring dengan dengan keperluan dan kehendak
sebenar industri yang sentiasa berubah dengan pantas mengikut peredaran masa.

Sehubungan dengan itu, satu jalinan usahasama di antara Kolej Vokasional
(Pertanian) Teluk Intan dengan ReXil Agro(M) Sdn. Bhd. perlu dilaksanakan
untuk memastikan penguasaan dan kemahiran kompetensi pelajar seiring dengan
keperluan industri serta mewujudkan peluang pendedahan realiti alam pekerjaan

1

melalui Latihan On Job Training(OJT) di syarikat tersebut sebagai persediaan
untuk memenuhi permintaan pasaran kerja di masa hadapan.

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan
persetujuan pihak ReXil Agro(M) Sdn. Bhd. membantu memperluaskan peluang
On Job Training (OJT) di kalangan pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan
dan pendedahan kemahiran kompetensi dan pengetahuan yang relevan dengan
keperluan pihak industri.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

Jalinan usahasama ini penting untuk mendapat pertimbangan pihak pengurusan
ReXil Agro(M) Sdn. Bhd. bagi :

3.1 Menyediakan peluang latihan peningkatan kemahiran bagi murid di premis
SYARIKAT mengikut piawaian industri.

3.2 Memberi Latihan kepada guru secara Train the Trainers(ToT)di premis
SYARIKAT..

3.3 Mengeluarkan surat perakuan menjalani latihan kepada murid dan guru.
3.4 Menyediakan tenaga pengajar mengikut kepakaran yang diperlukan.
3.5 Mewujudkan hubungan baik dengan pihak industri melalui konsep

‘menang-menang’

2

4.0 USAHASAMA ANTARA KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
DAN ReXil AGRO(M) SDN. BHD.

5.1 KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN

Nama Kolej Kolej vokasional (Pertanian) Teluk Intan
Lokasi Jalan Changkat Jong 36000 Teluk Intan Perak.
Luas Kawasan 50 ekar
Cadangan Program 1. Program Agroindustri Tanaman
Terlibat 2. Program Akuakultur

5.2 ReXil AGRO(M) SDN. BHD

Nama Perniagaan REXIL AGRO(M) SDN. BHD.

Nombor Pendaftaran 201601013263 (1184194-K)

Lokasi Unit 1A-E, 4th Floor, Jalan USJ Business Centre, Usj 10,

47610 Subang Jaya, Selangor.

6.0 RUMUSAN

Jalinan usahasama Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan bersama ReXil
Agro(M) Sdn. Bhd. merupakan satu usaha yang wajar bagi memperkasakan
pembudayaan pembelajaran yang berasaskan Production Based Education(PBE)
dalam kalangan pensyarah dan pelajar melalui peluang dalam penglibatan On Job
Training(OJT) dan PTA pelajar tahun akhir diploma program yang terpilih.
Disamping itu, dapat mengeratkan hubungan baik antara kolej dan pihak industri
melalui konsep ‘menang-menang’.

3

4


Click to View FlipBook Version