The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROGRAM BUGAR KOMPETENSI FORMULASI BAJA TANAMAN STRUKTUR PERSEKITARAN TERKAWAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by otsman.smt.tlkintan, 2021-11-04 05:31:58

KERTAS CADANGAN TRAIN THE GTRAINERS

PROGRAM BUGAR KOMPETENSI FORMULASI BAJA TANAMAN STRUKTUR PERSEKITARAN TERKAWAL

KERTAS CADANGAN
TRAIN THE TRAINERS
PROGRAM BUGAR KOMPETENSI FORMULASI
BAJA TANAMAN STRUKTUR PERSEKITARAN
TERKAWAL

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

Disediakan oleh:
OTSMAN BIN AHAMED KHATIDIN
SMGH2
IAB CAWANGAN GENTING HIGHLANDS
AMBILAN 1 TAHUN 2021
Disediakan untuk:
DR. HAMIDON BIN A RAHMAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Transformasi Pendidikan Vokasional telah diluluskan pada 20
Disember 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan ke-195 dengan penjenamaan semula SMV kepada
Kolej Vokasional (KV). Penjenamaan semula ini melibatkan
penambahbaikan kurikulum sedia ada di samping memperkenalkan
bidang baharu mengikut unjuran keperluan tenaga mahir negara.

1.2 Keterangan bagi tujuan mentransformasikan pendidikan vokasional
telah diluluskan pada 17 Jun 2011 bagi memenuhi keperluan yang
dinyatakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Pembangunan Modal Insan (JKMPMI) Bil. 2/2011.

1.3 JKMPMI Bil. 3/2011 yang diadakan pada 22 September 2011 telah
meluluskan cadangan pelaksanaan Transformasi Pendidikan
Vokasional

1.4 Sehubungan dengan itu, Mesyuarat JKKP Bil. 5/2011, dipengerusikan
oleh KPPM telah menerima dan meluluskan konsep Kurikulum
Standard Kolej Vokasional dan pelaksanaannya di lima belas (15) KV
KPM rintis pada tahun 2012.

1.5 Bagi memperluaskan akses kepada pendidikan vokasional, sebanyak
80 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dinaik taraf sebagai
Kolej Vokasional (KV) bermula tahun 2013.

1.6 Ianya merupakan salah satu Aspirasi Sistem Pendidikan iaitu akses
kepada pendidikan berkualiti seperti yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025.

1.7 Berdasarkan Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional,
terdapat lima (5) strategi utama digariskan iaitu:

1.7.1 Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang dapat
menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk pasaran
kerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.

1.7.2 Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat
menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja
serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.

1.7.3 Mempertingkatkan usaha kolaborasi dengan rakan strategik
dalam industri bagi memperluaskan akses dan menjamin kualiti
pendidkan vokasional serta mempertingkatkan kebolehkerjaan
lulusan pendidikan vokasional.

1.7.4 Menyediakan mekanisme pentaksiran yang menjurus kepada
pantauliahan dan pengiktirafan lulusan pendidikan vokasional.

1.7.5 Mempertingkatkan daya upaya organisasi pendidikan
vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.8 Kurikulum yang digunakan ialah Kurikulum Standard Kolej Vokasional
(KSKV) yang terdiri daripada komponen akademik dan komponen
vokasional dengan nisbah pemberatan 20:80.

1.9 Komponen vokasional merangkumi modul yang berasaskan Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( National Occupational Skills
Standard – NOSS) yang ditetapkan oleh industri dan aras
pembelajaran menepati keperluan Kerangka Kelayakan Kemahiran
Sumber Malaysia.

1.10 KSKV juga memberi fokus kepada elemen Production Based
Education (PBE), Competency-Based Education (CBE) dan On Job
Training (OJT). Elemen tersebut bertujuan memberi pendedahan
kepada realiti alam pekerjaan yang secara tidak langsung memenuhi
permintaan dan pasaran kerja. Penekanan kepada konsep School
Enterprise (SE) sebagai persediaan sekiranya menceburi bidang
keusahawanan atau berdikari dengan bekerja sendiri.

1.11 Penguasaan pengetahuan dan kemahiran kompetensi tenaga
pengajar merupakan elemen utama yang perlu dibangunkan bertujuan
memenuhi keperluan dan semasa industri berasaskan produk
pertanian.

1.12 Sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja
yang boleh menjadi global player dengan ciri-ciri yang unggul seperti
sifat peribadi yang unggul, kreatif, inovatif, kreatif dan berkemahiran
bagi menangani cabaran arus globalisasi(Mohamad, 2002).

1.13 Abu bakar & Ikhsan (2003) menyatakan produk berkualiti dalam sistem
pendidikan adalah terhasil daripada kualiti pengajaran guru-guru
manakala kualiti pengajaran guru-guru pula adalah terhasil daripada
kualiti pengurusan pemimpin sekolah.

1.14 Pemimpin sekolah perlu memberi fokus kepada sumber manusia
supaya diuruskan secara terancang dan sitematik. Peminpin sekolah
perlu merancang dan melaksanakan program pembangunan
profesionalisme, menilai keberkesanan program dan mengambil
tindakan susulan mengikut keperluan danmengambil kira
perkembangan pendidikan atau perkhidmatan semasa secara
menyeluruh dan berterusan ( Farah M.Zain, Yahya Don & Yaakob
Daud, 2020).

1.15 Penguasaan kompetensi kemahiran perlu selari dan seiring dengan
tuntutan keperluan pihak industri berkaitan yang pantas berubah dari
masa ke semasa. Keadaan ini bertepatan seperti apa yang dinyatakan
oleh Rolf Medina(2018), iaitu apabila berlaku sesuatu perubahan yang
pantas, sesuatu organisasi amat perlu untuk turut berupaya memahami

perubahan tersebut dengan pantas dan dapat menguasai kompetensi
pengetahuan dan kemahiran yang baharu dengan cepat dan
berterusan. Bagi memastikan serta mencapai matlamat pembangunan
kompetensi secara berterusan, sesuatu organisasi perlu menjana dan
menguasai kompetensi yang baharu dengan pantas secara
memahami dimensi kompetensi yang ingin dipelajari dan
mengenalpasti faktor yang dapat menjana kompetensi tersebut.
Pengurusan di peringkat organisasi perlu memahami bagaimana
kompetensi yang ingin dikuasai berevolusi dan bagaimana ianya boleh
digunapakai sepenuhnya oleh organisasi yang dipimpin serta
kaitannya kepada pencapaian visi dan misi organisasi.

2.0 PROGRAM INTERVENSI

TRAIN THE TRAINERS
Program Bugar Kompetensi Formulasi Baja Tanaman Struktur Persekitaran
Terkawal

3.0 MAKLUMAT PROGRAM

Aktiviti Train The Trainers - Program Bugar Kompetensi Formulasi Baja
Tanaman Struktur Persekitaran Terkawal
i. Formulasi baja tanaman struktur persekitaran terkawal mengikut

peringkat umur

Biodata Ringkas Penceramah:
En. Suhaimi Bin Sobrie
Pelajar Sepenuh Masa Peringkat Sarjana
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengalaman :

- Sijil Train The Trainer ( Jabatan Pembangunan
Kemahiran)

- Sijil SKM Tahap 5
- Berpengalaman Panel Penulis Buku teks Sains

Pertanian (Tingkatan 4&5)
- Pegawai Penilai Jabatan Pembangunan

Kemahiran , Kementerian Sumber manusia
- Mengikuti pelbagai kursus dan pendedahan

berkaitan pengurusan sistem tanaman fertigasi
- Berpengalaman sebagai guru hampir 15 tahun

Tarikh 13.10.2021

Masa 9.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat Unit Pascatuai Program Agroindustri Tanaman
Medium Google Meet/ Bersemuka (perbengkelan)

4.0 RASIONAL
Isu kritikal utama yang dihadapi oleh tenaga pengajar Kolej

Vokasional (Pertanian) Teluk intan ialah penguasaan pengetahuan dan
kemahiran kompetensi kritikal yang menentukan kejayaan pengeluaran
hasil tanaman fertigasi terutamanya yang melibatkan pengurusan
tanaman infrastruktur persekitaran terkawal.

Dapatan soal selidik yang melibatkan 19 tenaga pengajar yang
terlibat secara langsung dalam kompetensi pengurusan tanaman struktur
persekitaran terkawal (Jadual 1) telah memilih kemahiran teknikal
formulasi baja tanaman struktur persekitaran terkawal merupakan
kompetensi yang tidak dapat di fahami dan dikuasai dengan baik( 10.5%
responden menyatakan sukar dan 89.5% menyatakan amat sukar) bagi
memastikan kualiti penyampaian serta penguasaan kemahiran pelajar
berada pada tahap kompeten.

Jadual 1: Soal selidik tahap kesukaran penguasaan pengetahuan dan kemahiran
kritikal pengurusan tanaman struktur persekitaran terkawal

Kompetensi Kritikal Berdasarkan Tahap kesukaran penguasaan kompetensi
CU (SVM) /Kandungan Kursus kritikal pengurusan tanaman struktur
persekitaran terkawal
(Diploma) 1-Amat mudah 2- Mudah
3- Sederhana 4- Sukar 5-Amat sukar
Sistem Pengairan Tanaman
Kaedah Pemangkasan Tanaman 1 234 5
Pembinaan Sokongan Tanaman
Formulasi Baja 0 16 3 0 0
Pendebungaan Berbantu
0 19 0 0 0

7 12 0 0 0

0 0 0 2 17

0 4 13 2 0

Berdasarkan dapatan tersebut, proses mengenalpasti isu dan punca
masalah telah dilaksanakan menggunakan 5Why’s dan mengenalpasti
tindakan yang diambil bagi mengatasi isu tersebut(Lampiran 1):

Rajah 1:Mengenalpasti isu dan punca utama bagi tujuan pemilihan tindakan
bersesuaian

Berdasarkan lampiran 1 di atas, kelemahan kualiti guru dari aspek
penguasaan kompetensi kritikal formulasi baja tanaman struktur
persekitaran terkawal dipengaruhi oleh faktor berikut:
4.1 Sukar kuasai kemahiran menyediakan Formulasi Baja A dan Baja B

tanaman fertigasi mengikut peringkat umur.
4.2 Kekurangan maklumat dan pendedahan kompetensi berkaitan

formulasi baja disebabkan faktor kerahsiaan industri dan syarikat
swasta yang terlibat dalam bidang usaha ini.
4.3 Berdasarkan analisis persekitaran :
4.3.1 Menunjukkan 66.7% keseluruhan tenaga pengajar kolej terdiri

daripada gred DG 41 iaitu dengan tempoh perkhidmatan
kurang daripa 5 tahun dan daripada jumlah tersebut terdapat
78.9% (15 daripada 19 orang kumpulan sasaran program
intervensi) tenaga pengajar yang terlibat secara langsung
dengan kompetensi yang dinyatakan termasuk dalam
kumpulan gred DG 41 serta kurang pengetahuan dan

kemahiran dalam kompetensi kritikal pengurusan tanaman
struktur persekitaran terkawal.
4.3.2 Hanya 37 orang tenaga pengajar kolej mempunyai SKM Tahap
3 dari keseluruhan tenaga pengajar aliran pertanian dan
daripa jumlah tersebut terdapat 78.9% (15 daripada 19 orang
kumpulan sasaran program intervensi ) yang yang
menjejaskan penguasaan kemahiran kompetensi kritikal
dikalangan pelajar dalam kemahiran formulasi baja tanaman
struktur persekitaran terkawal .
4.3.3 Tenaga pengajar memilih kaedah PdPc kompetensi formulasi
baja secara konvensional dengan berfokus kepada kelas
teori dan tidak melaksanakan latihan amali dengan berkualiti
dan tidak menepati standard yang ditetapkan dalam NOSS
dan keperluan industri.
4.3.4 Faktor halangan pemindahan teknologi berkaitan kompetensi
kritikal formulasi baja fertigasi atas kepentingan kerahsiaan
pihak industri menyulitkan usaha pihak pengurusan
memantapkan kualiti kemahiran tenaga pengajar dalam
kompetensi berkenaan.

4.4 Dengan menggunakan dapatan analisis persekitaran, beberapa

inisiatif/strategi telah dihasilkan menggunakan TOWS MATRIKS iaitu:

4.4.1 Strategi 1: Meningkatkan kemahiran guru pertanian
melalui kursus peningkatan kemahiran kompetensi kritikal
pengurusan tanaman struktur persekitaran terkawal
dengan kerjasama pemegang taruh, komuniti sekitar
IPTA/IPTS.

4.4.2 Strategi 2: Mengupaya pelaksanaan program sangkutan di
industri dan Pusat Latihan Kemahiran Pertanian

4.4.3 Strategi 3: Meningkatkan kemudahan ICT dan Pusat Sumber
4.4.4 kolej dengan Kerjasama PIBG dan ALUMNI

4.4.5 Strategi 4: Mengupayakan peningkatan Latihan kemahiran
pertanian dengan Kerjasama Pusat Latihan Kemahiran
Pertanian dan agensi pertanian dengan bantuan sumber
kewangan daripada PIBG

Strategi 5: Melestarikan hubungan yang baik dengan ALUMNI
untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kebajikan

murid

4.5 Dengan menggunakan Matriks Ranking, Inisiatil/Strategi 1 telah
dipilih iaitu:

4.5.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru pertanian
melalui kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran
kompetensi kritikal pengurusan tanaman struktur persekitaran
terkawal dengan kerjasama pemegang taruh, komuniti sekitar
dan IPTA/IPTS .

4.5.2 Program intervensi yang dipilih ialah Train The Trainers-
Program Bugar Kompetensi Formulasi Baja Tanaman Struktur
Persekitaran Terkawal

4.5.3 Bidang Keberhasilan Utama

4.5.3.1 Kualiti guru

4.5.4 Bidang Fokus

4.5.4.1 Pengurusan dan pembangunan sumber manusia

4.6 Bagi mengatasi isu tersebut dan setelah membuat analisis
persekitaran seperti yang dinyatakan, satu program intervensi telah
dilaksanakan iaitu Train The Trainers: Program Bugar Kompetensi
Formulasi Baja Tanaman Struktur Persekitaran Terkawal. Untuk
menjayakan program intervensi tersebut saya telah membuat penilaian dan
pemilihan sumber kepakaran untuk penganjuran kursus dan perbengkelan
peningkatan kemahiran kompetensi yang dinyatakan seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: penilaian dan pemilihan sumber kepakaran untuk penganjuran
kursus dan perbengkelan

Berdasarkan Jadual 6 di atas, Pemilihan En. Suhaimi Sobrie bin Rosli
sebagai penceramah jemputan untuk perkongsian kepakaran di buat setelah
saya bersama Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Unit ULKS, Ketua
Jabatan Agroindustri, Ketua Program Agroindustri Tanaman dan penyelaras
projek intervensi mengenalpasti latar belakang pengalaman dan kepakaran
beliau dalam bidang yang berkaitan dengan isu yang di hadapi oleh
pensyarah yang terlibat’

5.0 OBJEKTIF

Objektif utama Program Train The Trainers - Program Bugar
Kompetensi Formulasi Baja Tanaman Struktur Persekitaran Terkawal
adalah seperti berikut:

5.1 Peningkatan % penguasaan pengetahuan dan kemahiran pensyarah
membuat campuran formulasi baja set A dan Set B dan pengurusan
tanaman struktur persekitaran terkawal.

5.2 Peningkatan % pensyarah terlibat dapat menghasilkan bancuhan baja
dengan bacaan EC yang betul mengikut peringkat umur tanaman .

5.3 Meningkatkan % pensyarah yang mempunyai eviden jurang
kompetensi formulasi baja dan pengurusan tanaman struktur
persekitaran terkawal bagi persijilan SKM.

5.4 Meningkatkan % pensyarah yang dapat menghasilkan produk baja set
A dan Set B menggunakan formulasi yang ditetapkan .

6.0 SASARAN

6.1 Kumpulan tenaga pengajar gred DG41 aliran vokasional (tempoh
perkhidmatan kurang 5 tahun) dan yang melebihi 5 tahun
perkhidmatan bagi program Agroindustri Tanaman, SKM Tanaman
dan Program Hortikultur.

6.2 Tenaga pengajar aliran vokasional dengan SKM Tahap 3 yang
berpotensi untuk permohonan SKM Tahap 5 bagi program
Agroindustri Tanaman, SKM Tanaman dan Program Hortikultur

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TRAIN THE TRAINER

Jawatan Nama Perincian Tugas
Penasihat En. Nor Azman bin Marjuki
Pengerusi I Otsman bin Ahamed Khatidin Khidmat nasihat dan pemantauan program

Pn Fauziah binti Kamaruddin a. Mengendalikan mesyuarat

En Sham Sani bin Timan@Hj b. Pemantauan pelaksanaan
Salleh
Pn. Normasnira bt Mat program
Hassan
Timbalan Membantu pengerusi
Pengerusi
Timbalan I mengendalikan mesyuarat. Dan
Pengerusi
Fasilitator II pemantaun pelakasanaan program
I
a. Penyeliaan Program
b. Pakar Rujuk

Fasilitator II Pn. Nahdzatul Akma bt. a. berbincang dengan pihak pengurusan
Penyelaras Mohamad Mokhtar mengenai program yang akan
Program Pn. Sanizah bt Abdul dilaksanakan.
Rahman
Setiausaha b. menyediakn carta gantt perlaksanaan
Cik Tn. Nor Ashikin bt. Tuan program.
Soh
c. menyediakan kertas kerja.
d. menyediakan anggaran perbelanjaan.
e. mendapat maklumat awal daripada

penceramah jemputan.

a. Menyedia surat panggilan mesyuarat.
b. Membuat minit mesyuarat.

Pendaftaran dan Cik Munira nabila bt a. menyediakan senarai pendaftaran
peserta
SPLKM Mustapher
b. merekod dan mendaftar
Jemputan Pn. Nur Hazima bt. Mat penyertaan peserta di dalam sistem
Jusoh SPLKM

Cik Nor Hamizah bt Rozali c. Menyediakan Borang maklum
Balas Google Form

a. Menyedia dan menghantar surat
jemputan

Fotografi Pn. Siti Nuranis Sofea bt. a. Merakam gambar sepanjang majlis
Rakaman video Mohamad Fauzi berlangsung.
Dokumentasi
Teknikal Pn. Nur Nadia Fazreen bt b. Merakam video sepanjang program
Ahmad Munir berlangsung.

c. Membuat dokumentasi bergambar.

a. Memastikan sistem siar raya berfungsi

dengan baik. Bekerjasama dengan

juruteknik siar raya.

b. Memastikan pembesar suara

Pn Rafidah bt. Dahlan mencukupi (penceramah, pengacara
En Izzat Imel bin Arobi
dan sesi soal jawab)

Tajaan a. Menghubungi dan membuat

permohonan kepada

penaja/penyumbang yang

berpotensi

b. Menguruskan sumbangan dengan

kerjasama Bendahari PIBG

Cenderahati Puan Nurul Husna bt Rizzuan a. Menentukan menu dan kadar harganya.
Dan Sijil b. Menempah makanan.
Cik Siti Anisha bt Abdul c. Membuat anggaran perbelanjaan.
Moderator Manas d. Memastikan tempat jamuan bersih.
Streamer dan e. Menyediakan cenderahati dan sijil
Backdrop En Zulkhair bin Mohd
Nohrovi untuk penceramah.
Bacaan doa
Pengurusan Pn Masleha bt Sarikon a. Menyediakan skrip
Tempat dan b. Menjadi juruacara majlis
Alatan En. Mohd Fairos bin Abd. a. Merangka streamer
rahman b. Menghantar untuk dicetak
En. Muhammmad hafis bin c. Membuat anggaran perbelanjaan
Idris d. Mengambil dan memasang streamer
En Zulkhair bin Mohd Nohrovi e. Menyediakan backdrop.(pancar LCD)
a. Menyediakan skrip bacaan doa.
b. membaca doa.

a. menyediakan 1 meja lipat untuk
penceramah

c. menyediakan banquet/kerusi untuk
peserta semuka

d. memastikan bilik dalam keadaan
kondusif, bersih dan selamat.

e. memastikan bilik dalam keadaan
kondusif, bersih dan selamat.

8.0 TENTATIF PROGRAM Tarikh Masa Tindakan

Bil Aktiviti 13 Oktober 2021 9.00 Penyelaras
Pagi Program
Train The Trainer
Sesi 1 (Atas Talian) Pengerusi
Formulasi Baja Tanaman Struktur majlis
1 Persekitaran Terkawal
11.00 – 11.30 Pagi
Kata Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa 11.30 - 1.00 Penyelaras
Kata Aluan Pengerusi Projek Petang Program
Sesi Perkongsian Ilmu bermula
2 REHAT Pengerusi majlis
….Sambungan sesi 1 :

3

4 REHAT TENGAHARI 1.00 – 2.00 petang

Sesi 2 (Perbengkelan) Penyelaras
Perbengkelan Peserta: 2.30 – 4.30 Petang Pengerusi Majlis

i. Penyediaan formulasi Peserta
5 baja mengikut peringkat

tanaman
ii. Penyediaan campuran

formulasi baja Set A dan

Set B mengikut 4.30-5.00 Petang Penyelaras
peringkata umur tanaman Pengerusi Majlis
iii. Packaging dan pelabelan Semua AJK
formulasi baja Peserta

Sesi Soal jawab

Sesi 3:
6 Majlis Perasmian & Penutup

Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Streamer/ Back Drop 2 60.00
2. Peralatan dan Bahan
Unsur Mikro (Bahan dan
Formulasi Baja Unsur makro peralatan
Penimbang Sedia ada di
3. Minum pagi Digital Unit
4. PA System Tanaman)
20
1 Set 100.00
200.00
Jumlah 360.00

10.0 CARTA PERBATUAN

11.0 PENILAIAN PROGRAM
11.1 Penilaian program menggunakan analisis borang maklum balas
Google Form

11.2 Pemerhatian
11.3 Penghasilan produk formulasi baja, packaging dan pelabelan produk
11.4 Ulasan penceramah

12.0 SYOR

Pihak tuan adalah dipohon untuk memberikan pertimbangan dan
sokongan serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan kualiti guru dari
segi penguasaan kompetensi sasaran dapat dipertingkatkan untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran setiap program aliran
vokasional yang terlibat dapat dilaksanakan secara berkesan untuk
melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan
negara dan industri seperti yang dihasratkan dalam hala tuju Transformasi
Pendidikan Vokasional.

Disediakan oleh,

………..……….……….................................

(OTSMAN BIN AHAMED KHATIDIN)

Diluluskan oleh,

………..……….………............................

(DR. HAMIDON BIN A RAHMAN)
Pensyarah Kanan
Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands


Click to View FlipBook Version