KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Perisian Untuk Penyelenggaraan
Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali
setiap bulan kerana ia berupaya memastikan kelompok ‘cluster’ pada cakera keras
berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan fungsi Disk
Cleanup, Error Checking dan Disk Defragmentor apabila anda melihat penurunan
prestasi pada sistem komputer anda.
i. Disk Cleanup
Kegunaannya adalah untuk membuang fail-fail yang tidak diperlukan dalam
sistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.
Dwi klik pada ikon My Computer
Klik pada drive C / D dan klik kanan, skrin di bawah akan dipaparkan.
51
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Pilih Properties, skrin di bawah akan dipaparkan.
Klik Disk Cleanup pada tab General
52
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Anda dikehendaki tandakan fail-fail yang anda hendak bersihkan dan klik
OK untuk memulakan proses pembersihan.
Satu mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda hendak
meneruskan proses pembersihan, sila klik Yes. Jika sebaliknya klik No.
53
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Pembersihan akan dijalankan dan anda hanya perlu tunggu sehingga
ianya selesai.
ii. Error Checking
Kegunaanya adalah untuk menyemak dan memperbetulkan kerosakan dan
kesalahan yang berlaku pada cakera (disk error) sama ada cakera keras
(hard disk), cakera liut (floppy disk) dan lain-lain storan.
Pilih Tool
54
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Klik pada Check Now
Tandakan kotak pada Check Disk Option dan klik Start
Setelah selesai proses tersebut, mesej di bawah akan dipaparkan.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kerosakan, ia akan
memaparkan mesej ralat serta tindakan yang perlu di ambil.
55
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
iii. Defragmentation
Kegunaannya adalah menyusun semula kedudukan fail dalam disk supaya ia
dapat mempercepatkan capaian data dalam komputer. Proses ini akan
mengambil masa yang agak lama, bergantung kepada saiz cakera keras dan
kekerapan anda melakukan defragmentasi.
Pilih Tool
Klik Defragment Now
56
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Klik butang Configure Schedule sekiranya anda ingin menetapkan
proses defragmentasi secara automatik sama ada secara mingguan
atau bulanan.
Klik butang Analyze sekiranya anda ingin melakukan analisa bagi
mengetahui samada cakera keras anda memerlukan proses defragment
atau tidak atau terus saja klik butang Defragment disk untuk memulakan
proses penyusunan semula.
Kaedah lain : perisian Defraggler, Smart Defrag
57
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
iv. Membuat Salinan (Backup)
Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat dielakkan jika
pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi keseluruhan sistem (sistem
operasi perisian, aplikasi dan dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk
memulakan fungsi Backup:
Klik Start dan pilih Control Panel.
Klik pada butang Backup and Restore
Klik pada Set up backup
58
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan.
Pengguna boleh membuat salinan ke dalam CD, DVD atau External
Hard Disk. Kaedah ini mudah, pantas, boleh dipercayai serta
menyimpan saiz storan yang lebih besar.
v. Uninstall Program
Kegunaanya adalah membuang aplikasi yang tidak diperlukan dalam sistem
komputer.
Klik Start dan pilih Control Panel
Klik pada butang View by dan pilih Category
59
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Klik pada butang Uninstall Program
Pilih aplikasi yang dikehendaki dan klik butang Uninstall / Change
vi. Buang Cookies, History dan Temporary Internet Files
Setiap kali kita melayari internet, segala cookies, history dan temporary
internet files akan tercipta dan akan disimpan. Cookies adalah kod
pengesahan yang diberikan oleh sesebuah laman web untuk kita login dan
gunakan perkhidmatan mereka. Cookies akan disimpan ke dalam cakera
keras komputer dan ianya boleh disalah guna oleh pihak lain untuk mencuri
data-data anda. Sekiranya tidak dibuang ia akan menjejaskan prestasi
komputer.
Buka aplikasi Internet Explore
Klik Menu Tools
Pilih Internet Option dan paparan skrin akan dipaparkan
60
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Klik pada Delete dan tandakan pada ruangan berkaitan.
61
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
vii. Hasilkan User Account
Sekiranya kita tidak mahu sesiapa menggunakan komputer kita, pengguna
perlu menciptakan password di komputer masing-masing.
Klik Start dan pilih Control Panel
Klik pada butang View by dan pilih Category
Klik pada Add or Remove User Accounts
Klik Create New Account dan isi maklumat berkaitan.
62
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
3.2 HOUSEKEEPING
Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer anda. Asas
komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem
PC beroperasi dengan baik. Selain penyelengaaraan perisian, perkakasan
(hardware) juga perlu selalu diselenggara dan dibersihkan untuk membolehkan ia
berfungsi dengan baik.
Penyelenggaraan Perkakasan
i. Kasing (Casing)
Alatan : kain bersih (lembut), cecair pembersih (alkohol) atau vacum
Langkah-langkah:
Matikan bekalan kuasa dan cabut kabel-kabel pada casing.
Semburkan cecair alkohol pasa kain bersih
Bersihkan habuk-habuk pada bahagian dalam dan luar menggunakan
kain tersebut. Vacum boleh digunakan untuk menyedut habuk pada
bahagian dalam casing.
Tutup kembali casing komputer dan pasang semua kabel seperti asal.
ii. Monitor (Display)
Alatan: kain bersih (lembut), cecair pembersih (alkohol) atau vacum
Langkah-langkah:
Matikan bekalan kuasa dan cabut semua kabel yang tersambung pada
monitor.
Semburkan cecair alkohol pada kain bersih.
Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat debu dan habuk. Setelah
selesai pasang kembali semua kabel seperti asal.
63
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
iii. Papan Kekunci (Keyboard)
Alatan: kain bersih (lembut), cecair pembersih (alkohol) atau vacum
Langkah-langkah:
Buka casing yang mengikat keyboard dengan membuka skru pada bahagian
belakang keyboard.
Bersihkan casing menggunakan kain lembut dan bersihkan papan litar
keyboard dengan menggunakan vacum untuk membuang habuk yang
melekat pada papan litar tersebut.
Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard (cungkil atau
gunakan pemutar skru) dan cuci dengan menggunakan kain bersih yang
lembap.
Setelah selesai, pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan
kembali skru yang dibuka.
Cara penjagaan keyboard:
Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer.
Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu Qaplus untuk
mengesan kekunci manakah yang kurang baik dan baiki kekunci yang rosak
Hindarkan dari habuk dengan menggunakan penutup keyboard.
Semasa membuat pembersihan, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya
segala bendasing yang terdapat di dalam atau di celah-celah kekunci jatuh.
iv. Thumb / Pen Drive
Tiada cara pembersihan yang khusus Cuma pengguna perlu tahu yang pen
drive tidak boleh jatuh. Cara penggunaannya perlu betul. Jangan sesekali terus
mencabut pen drive daripada PC sebaliknya gunakan langkah yang betul iaitu:
Klik pada MY Computer
Klik kanan pada pendrive dan tekan Eject
Atau klik pada taskbar dan klik ‘Safely to remove hardware’
64
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
4.0 PERALATAN PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER
Peralatan Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer
i) Pemutar Skru (Screw driver)
Screw driver digunakan untuk membuka skru pada casing dan perkakasan
komputer.
ii) Multimeter
Satu alat pengukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi
pengukuran dalam satu unit. A meter pelbagai tipikal termasuk ciri-ciri asas
seperti kebolehan untuk mengukur voltan, arus dan rintangan.
65
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
iii) Anti-elektrostatik gelang (Anti- electrostatic wrist band)
Gelang Ground adalah alat antistatic digunakan untuk selamat tanah
seseorang bekerja pada peralatan elektronik sangat sensitif, untuk
mengelakkan pengumpulan elektrik statik pada badan mereka, yang boleh
menyebabkan pelepasan elektrostatik (ESD). Ia digunakan dalam industri
elektronik oleh pekerja yang bekerja pada peranti elektronik yang boleh
menjadi rosak oleh ESD, dan kadang-kadang juga oleh orang-orang yang
bekerja di sekitar bahan letupan, untuk mengelakkan percikan api elektrik
yang boleh mencetuskan letupan.
iv) Pembersih vakum (vacuum cleaner)
Untuk mengeluarkan habuk dalam komponen sistem komputer. Vakum khas
ini berfungsi untuk menyedut habuk-habuk pada komputer riba dan papan
kekunci (keyboard) yang terdapat pada komputer peribadi. Vakum ini
menggunakan kuasa USB. Pengguna hanya perlu menyucuknya ke ruang
USB untuk menggunakannya.
66
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
v) Cleaning kit
Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci
CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi. Peralatan-peralatan ini
digunakan untuk membersihkan heat sink, power supply, dan perkakasan yang
lain.
Panduan Penjagaan Perkakasan Komputer
Sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer)
digunakan untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya
bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang
kurang stabil. Windows sangat tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia
memerlukan Shut Down yang sempurna. Peralatan UPS boleh juga
mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik
Disket dan CD-ROM diletakkan di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari
debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh
permukaan kilat.
67
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Komputer, monitor dan pencetak ditutup dengan penutup plastik atau kain
sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.
Penjagaan Monitor
Untuk memanjangkan hayat monitor, lubang udara jangan ditutup dengan
barang perhiasan atau kain tebal.
Monitor dan dinding dijarakkan sebanyak 20 cm untuk laluan udara.
Tisu atau kain lembap digunakan untuk lap habuk atau debu dan kesan-kesan
jari di permukaan skrin dan badan monitor.
Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.
Lubang udara divakum dengan dibantu berus kecil.
Suis kecerahan dan kontras diubah di panel monitor ketahap sederhana.
68
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Penjagaan Kotak Komputer (Casing) Dan Kandungannya
Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer adalah:
Vakum digunakan untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak
komputer seperti yang terdapat di dalam gambarajah di bawah. Berus kecil
digunakan untuk sampai di tempat-tempat terlindung atau sempit.
Kabel-kabel reben disusun dalam kotak komputer agar laluan udara tidak
dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk
mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah.
Sedikit ruang lebih kurang 20 cm harus ada untuk laluan udara antara kotak
komputer dan dinding.
69
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Penjagaan Bekalan Kuasa (Power Supply)
Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu dua
perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin akan
berlaku. Antaranya adalah:
Debu dan habuk divakum di kawasan kipas A dan di laluan udara B (rujuk
Gambar rajah 13). Dalam masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan
cepat menyimpan debu dan boleh menganggu operasi kipas.
Setelah selesai, kabel-kabel reben dipastikan tidak menghalang arah udara
masuk di bahagian B.
Semasa meletakkan komputer dekat dinding, laluan udara kipas unit bekalan
kuasa dipastikan tidak dihalang.
70
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Penjagaan CPU
Sedikit ruang lebih kurang 20 cm antara CPU dan dinding diberikan untuk laluan
udara.
CPU dipastikan jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu prestasi
komputer.
CPU diletakkan di kawasan yang sejuk dan kering, serta jauh dari pancaran
matahari. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam CPU.
CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan
bahaya kepada penggunaannya.
Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, celah-celah bilah kipas dan sink
haba divakum dan dibantu dengan berus kecil. Setelah selesai, kipas di atas
sink haba diskrukan semula dan kipas CPU dipastikan berpusing apabila
komputer dihidupkan
Kabel-kabel dalam CPU disusun agar laluan udara tidak dihalang di kawasan
CPU dan unit bekalan kuasa.
71
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Penjagaan Papan Kekunci (Keyboard)
Permukaan papan kekunci dicuci dengan kain atau tisu lembap.
Celah-celah kekunci divakum dengan dibantu berus kecil.
Cecair pencuci CD dengan tisu digunakan pada tanda-tanda degil.
Jangan membiasakan makan dan minum di depan komputer. Air minum yang
tertumpah pada papan kekunci boleh mengakibatkan takungan air dalamnya dan
merosakkan papan kekunci.
72
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Penjagaan Tetikus ( Mouse )
Penutup tetikus dipusingkan ke kiri atau ke kanan, bebola tetikus
dikeluarkan dan dicuci dengan kapas dengan dicampur setitik dua cecair
pencuci CD.
Kapas bayi digunakan untuk mencuci bahagian dalam tetikus.
Pad tetikus dicuci dengan kain lembap.
73
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
4.0 MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)
Kerosakan pada peralatan dan sistem computer boleh berlaku tanpa disedari. Adalah
penting untuk pengguna mengetahui tanda-tanda awal kerosakan computer bagi
mengelakan kerosakan yang lebih teruk berlaku. Kerosakan yang kecil juga boleh
diperbaiki sendiri tanpa perlu menghantar ke kedai yang sudah pasti akan melibatkan
kos yang tinggi.
Peralatan: Monitor
Masalah:
Gambar wujud pada tengah skrin
Contrast (background) terlalu cerah
Gambar / tulisan tidak jelas (skrin kabur)
Penyelesaian:
Periksa pada bahagian sambungan kabel vga
Periksa komponen pada horizontal area
Laras pada contrast di panel kawalan
Tukar monitor lain
Peralatan: Har Disk Drive (HDD)
Masalah:
Sistem hang / tidak boleh run c:
Penyelesaian
Periksa boot sector (F2 / F12)
Pastikan hard disk utility telah dibuat
Periksa sambungan kabel SATA/IDE
Tukar HDD baru
74
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Masalah:
Cari / baca data perlahan
Penyelesaian:
Ada virus / scan virus
Periksa kapasiti memori & CPU
Buat disk cleanup
Peralatan: Keyboard
Masalah:
Huruf tidak berfungsi
Error pada butang keyboard
Penyelesaian:
Cabut / bersihkan huruf tersebut
Periksa sambungan keyboard
Tukar keyboard baru
Perisian: Operating System (Windows XP, 7, 10)
Masalah:
System menjadi perlahan
Penyelesaian:
Periksa CPU dan Motherboard
Tambah kapasiti RAM
Periksa virus
Remove program yang tidak diperlukan
Check HDD
Format system komputer
75
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Perisian CCleaner
Ada kalanya computer akan beroperasi agak lambat kerana terdapat fail-fail yang tidak
berguna tetapi ianya disimpan secara tersembunyi dari anda. Untuk menyelesaikan
masalah ini, perisian CCLeaner boleh digunakan. Antara fungsi perisian ini adalah:
Dapat membuang file temporary atau sementara
Dapat membuang cookies
Kebolehan untuk membersihkan di bahagian Registry
Boleh membuang history internet.
Perisian ini boleh didapati dengan melayari laman web http://www.filehippo.com
76
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
5.0 PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Virus Komputer
Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di
dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di
kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector".Apabila kita menjalankan
perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan
mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai
perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain,memaparkan
maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan
cakera keras "hard disk". Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk
bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus
komputer dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu:-
i) Boot sector viruses
ii) Pasitic viruses
iii) Micro viruses.
Virus Sektor But. - Boot Sector Viruses
Sektor but adalah bahagian cekera keras yang memulakan proses penjanaan
maklumat sebaik sahaja kuasa dibekalkan pada komputer. Virus sektor boot
akan menggantikan sektor boot cekera yang asli dengan virusnya. Ia kemudian
akan memuatkan diri pada ingatan dan merebak ke cekera keras yang lain atau
cekera liut, setiap kali penjanaan maklumat dilakukan. Jangkitan pada cekera liut
juga boleh berlaku apabila janaan maklumat dilakukan dan terdapat cekera liut
pada pemacu.
Virus Fail Berjangkit - Parasitic viruses
Virus fail akan berjangkit pada lain-lain fail pelaksana (executable files), lazimnya
yang mempunyai sambungan . EXE atau .COM. Oleh yang demikian, virus akan
berada dalam keadaan aktif setiap kali aturcara tersebut dilaksanakan. Dengan
77
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
mengaktifkan aturcara, virus akan berjangkit kepada lain-lain fail atur cara, pada
sistem komputer atau pada sistem lain. Rangkaian dan penggunaan cekera liut
pada sistem yang berlainan akan membantu proses penyebaran virus tersebut.
Virus Makro - Macro viruses
Virus Makro adalah yang paling kerap ditemui disebabkan proses yang mudah
untuk menciptanya. Ia ditulis pada hamparan dalam bentuk bentuk bahasa
makro atau perisian pemprosesan kata. Virus ini kerap muncul dalam fail-fail
perisian kongsi seperti dokumen atau hamparan Microsoft Word dan Microsoft
Excel. Virus ini mampu membuat gangguan yang hebat seperti meletakkan
perkataan-perkataan ganjil dalam sesuatu dokumen, atau merosakkan fail
secara rambang.
Cecacing atau Worm
Worm atau cecacing pula adalah perisian yang boleh menghantar kandungannya
kepada computer lain sama ada melalui rangkaian atau emel. Kandungan cecacing
juga boleh mengandungi virus. Contoh cecacing adalah seperti worm Happy99, Mellisa
dan Love Bug.
Trojan Horse
Trojan horse atau kuda Trojan adalah perisian yang digunakan untuk memperdayakan
mangsa supaya memuat turunkan virus. Tidak ada sesiapa yang akan memuat
turunkan virus atau worm dengan sengaja. Oleh itu tidak ada perisian yang
mengandungi virus menamakan fail mereka ‘saya adlah virus .exe’.
Kebanyakan mereka menamakan perisian mereka dengan nama yang kita tidak
sangka yang ianya adalah virus. Sebagai contoh, macro virus yang terdapat di dalam
word kadangkala dihantar sebagai perisian permainan.
78
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Bagaimana Virus Merebak
Perisian (Software)
Perisian yang baru dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan ini lebih
besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu demonstrasi perisian
jurujual dalam computer juga merupakan satu sumber virus sekiranya perisian
tersebut telah dijangkiti virus.
Disket atau Pendrive
Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek dan dalam
system rangkaian.
Internet
Virus hanya merebak melalui attachment dalam emel (auto download tanpa
scanning) dan program yang dimuat turun dari internet. Namun demikian virus
hanya akan menjangkiti computer sekiranya program tersebut diinstalasikan ke
dalam computer.
Rangkaian
Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam rangkaian yang
sama oleh itu hanya terdapat satu salinan fail tersebut. Jika fail tersebut
dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah kepada
jangkitan virus.
79
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Kaedah Menguruskan Keselamatan Komputer
Langkah 1: Gunakan Internet Firewall
Sebelum anda menyambungkan computer anda ke internet, anda sepatutnya
memasang firewall. Ia merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu
menghalang penggodam dan banyak jenis virus dan cecacing daripada mengakses
computer anda. Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting
bagi keselamatan komputer.
Firewall Perkakasan
Firewall perkakasan merupakan alternative yang baik bagi versi Windows yang lebih
awal. Banyak titik akses tanpa wayar dan penghala jalur lebar bagi rangkaian kediaman
mempunyai perkakasan firewall terbina dalam. Ini memberikan perlindungan yang agak
baik bagi kebanyakan rangkaian kediaman. Stesen Tapak Tanpa Wayar Rangkaian
Jalur Lebar Microsoft (Microsoft Broadband Networking Wireless Base Station)
merupakan salah satu contoh titik akses tanpa wayar dengan firewall perkakasan
terbina dalam dan ciri-ciri rangkaian kediaman bersepadu yang lain.
80
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Firewall Perisian
Firewall perisian boleh didapati daripada beberapa pengeluar samada percuma atau
berbayar termasuk:
BlackICE PC Protection
McAfee Security
Symantec
Tiny Software: Tiny Personal Firewall
Zone Alarm
Sygate Personal Firewall
Sunbelt Personal Firewall
Peerguardian
Peerblock
Comodo Free Firewall
Untuk mendapatkan perisian firewall, anda boleh memuat turun perisian ini secara
percuma dari laman web http://filehippo.com atau http://www.softpedia.com atau dari
mana-mana laman web yang menyediakan pautan muat turun perisian ini.
81
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Dasar Firewall
Banyak organisasi mempunyai rangkaian perimeter firewall yang direka untuk
mencegah kemasukan trafik berniat jahat masuk ke rangkaian organisasi, tetapi tidak
mempunyai firewall berasaskan tuan rumah yang dibolehkan pada setiap komputer di
dalam organisasi. Asas Firewall Dasar Design membantu anda untuk melindungi
komputer dalam organisasi anda daripada trafik rangkaian yang tidak diingini yang
mendapat melalui pertahanan perimeter, atau yang berasal dari dalam rangkaian anda.
Dalam reka bentuk ini, anda menggunakan peraturan firewall untuk setiap komputer
dalam organisasi anda untuk membolehkan lalu lintas yang diperlukan oleh program
yang digunakan.
Penetapan Keselamatan di Pelayar Internet (Internet Browser)
Kita juga boleh membuat penetapan keselamatan di pelayar Internet di
komputer masing-masing.
Langkah 2: Dapatkan Kemas Kini Komputer
Sekiranya anda sedang menggunakan Microsoft Windows 2000 Service Pack 3 atau
yang lebih baharu (Windows XP, Vista, Wnidows 7, Windows 10), anda boleh
menggunakan kelebihan Kemas Kini Automatik yang boleh memuat turun secara
82
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
automatic kemas kini keselamatan Microsoft yang terbaharu semasa computer anda
terpasang dan tersambung kepada internet.
Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apa-
apa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft:
Klik Start dan pilih Control Panel
Klik pada Windows Update
Klik pada Check for update
83
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Langkah 3: Gunakan Perisian Antivirus Terkini
Perisian antivirus ialah atur cara yang sama ada sedia terpasang pada computer anda
atau yang anda beli sendiri. Ia membantu melindungi computer anda daripada
kebanyakan virus, cecacing, Trojan dan penceroboh lain yang tidak dikehendaki yang
boleh membuat computer anda sakit atau rosak. Virus seringkali melakukan perbuatan
jahat seperti memadamkan fail, mengakses data peribadi atau menggunakan computer
anda untuk menyerang computer lain.
Terdapat banyak perisian antivirus yang ada di pasaran malahan terdapat yang
percuma yang boleh di muat turun dari laman web tertentu. Antara antivirus yang
terdapat di pasaran adalah seperti berikut:
Avira Personal (Percuma)
Avast! Free Antivirus (Percuma)
AVG Free Edition (Percuma)
BitDefender Free
ClamWin (Percuma)
Kapersky (Berbayar)
NOD32 Antivirus (Berbayar)
Norton Antivirus (Berbayar)
Perisian-perisian ini boleh dimuat turun dari laman web http://filehippo.com atau
http://www.softpedia.com atau dari laman web pengeluar perisian itu sendiri.
84
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Spyware and Adware Removers
Spyware adalah satu program yang berada dalam komputer tanpa pengetahuan
pengguna dan mengumpul maklumat pengguna secara rahsia melalui internet.
Adware adalah satu progam yang memaparkan iklan atas talian pada emel,
laman web atau lain-lain.
Kadang kala spyware disembunyikan dalam adware.
Spyware remover adalah satu program yang mengesan dan membuang.
Sesetengah sistem operasi memasukkan spyware dan adware removers.
Bagi window OS windows defender.
85
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
6.0 BACKUP DATA MENGGUNAKAN APLIKASI KOMPUTER
Salinan Perisian (Software back-up)
Banyak aplikasi yang dapat kita gunakan untuk melakukan backup dan restore data
baik yang bawaan sistem operasi misalnya windows dan juga aplikasi pihak ketiga (
third party ). Berikut disampikan beberapa aplikasi yang dapat digunakan.
i) Sistem menetapkan back-up (System setting back-up)
86
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
ii) OS memulihkan back-up (OS restore back-up)
Nero Start Smart / Nero Essensials
Salah satu software backup yang cukup popular adalah Nero Start Smart. Fungsi utama
Nero sebagai software burning CD sangat mempermudah keperluan backup. Aplikasi
Nero Burning ROM merupakan software aplikasi untuk melakukan backup software
komputer dengan cara melakukan transfer dan copy program / file dari PC ke media
penyimpan CD atau DVD menggunakan periferal bantu yaitu CD Writer (CD-RW) atau
DVD-RW. Kapasitas simpan dalam CD bervariasi antara lain: 180Mb, 650 Mb dan 750
Mb sedangkan kapasitas simpan sebuah DVD adalah 4,7
87
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
NTBACKUP.EXE
Microsoft Windows XP memiliki fitur Ntbackup.exe, software bawaan Windows XP.
Dalam beberapa kasus, penggunaan Ntbackup.exe sudah mencukupi untuk backup
data. Ntbackup.exe dapat diakses dari menu Run, ketik: Ntbackup.exe. Dapat juga
diakses dari Start menu Accesesoris System Tools Backup. Seperti software-
software windows lain, Ntbackup.exe sangat mudah digunakan, apalagi dengan fasilitas
wizard yang disertakan. Proses restore data pun sama mudahnya. Tinggal ikuti saja
langkah-langkah yang diberikan dan tunggu proses sampai selesai.
Tuneup Utilities
Tune Up Utilities adalah software utilitas yang cukup familiar di kalangan pengguna
komputer. Selain fungsi utamanya untuk melakukan perawatan PC, kostumisasi,
tweaking, ia juga memiliki fitur untuk melakukan fungsi restore (Recovery) data yang
telah di delete dengan memanfaatkan fitur System Restore, namun hasilnya belum
tentu sama dengan sebelumnya dan fitur ini juga tergantung dari aktif atau
tidaknya System Restore pada komputer pengguna. tapi juga versi sebelumnya.
88
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
7.0 PENYELENGGARAAN DAN PERLINDUNGAN OPTIMUM KOMPUTER
Penyelenggaraan komputer samada komputer peribadi atau komputer riba perlu
dilakukan secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan baik
dan lancar. Ramai di antara pengguna yang mengambil ringan perkara ini mungkin
disebabkan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan takut berlaku kerosakan
atau kehilangan data. Berikut merupakan kepentingan penyelenggaraan komputer
dijalankan :
Menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli atau membaik pulih perkakasan
yang rosak.
Mengurangkan atau mengelakkan kerosakan kecil.
Memanjangkan jangka hayat komputer
Memanjangkan jangka hayat perkakasan aksesori computer
JENIS PENYELENGGARAAN KOMPUTER
Terdapat dua jenis penyelenggaraan komputer yang sering dijalankan,iaitu :
Preventive Maintenance (Penyelenggaraan Pencegahan)
Penyelenggaraan Pencegahan adalah satu aktiviti berkala yang dilaksanakan
mengikut satu tempoh tertentu bagi memastikan setiap peralatan yang
dibekalkan berada dalam keadaan yang baik dan optimum.Ia juga dilakukan
sebelum berlakunya kerosakan komputer. Aktiviti ini merangkumi aspek fizikal
dan maya di mana peralatan diselenggarakan secara menyeluruh dan
hasilnya,peralatan tersebut akan beroperasi dengan lebih baik dan mempunyai
jangka hayat yang lebih lama berbanding peralatan yang tiada aktiviti
penyelenggaraan.
89
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Corrective Maintenance (Penyelenggaraan Pembetulan)
Penyelenggaraan pembetulan adalah kerja penyelenggaraan yang dijalankan
untuk membetulkan sistem selepas terjadi kegagalan.Ia dilakukan untuk
mengenal pasti, mengasingkan, dan membetulkan kesilapan sehingga
peralatan, mesin, atau sistem gagal dapat dikembalikan kepada keadaan
operasi dalam toleransi atau had yang dibenarkan untuk operasi dalam
perkhidmatan.
Maklumat Laporan Penyelenggaraan Lepas
Maklumat berkaitan penyelenggaraan yang lepas diperlukan bagi memudahkan
pengguna memahami kondisi komputer. Ini dapat memberi gambaran yang jelas
mengenai tahap komputer dan memberi panduan bagi tindakan yang boleh dilakukan
jika masalah yang sama/ berkaitan berlaku lagi. Maklumat yang perlu diketahui ialah:
1. Fault history
Rekod kerosakan yang pernah berlaku
2. Corrective history
Rekod pembaikan yang telah dibuat bagi mengatasi kerosakan yang lepas.
3. User history
Rekod pengguna yang pernah menggunkan komputer terbabit. Rekod tersebut
termasuklah sama ada digunakan oleh individu/ awam, jenis kegunaan, nama
jabatan dan sebagainya.
Kepentingan penyelenggaraan computer
Mengenalpasti masalah pada peringkat awal.
Bagi mengelak virus atau malware.
Bagi meningkatkan kelajuan komputer.
Maksimumkan efficiency perisian.
Memastikan perisian antivirus up to date.
90
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Rutin Penyelenggaraan Menghalang
Harian:
Cuba salin (back up) data sekurang-kurangnya sekali sehari bagi megelakkan
kehilangan data penting.
Scan malware bagi mengelakkan virus
Semak updates setiap hari bagi tertinggal penambahbaikan yang terkini pada
antivirus.
Jika menggunakan komputer pada jangka masa yang lama, sekurang-kurangnya
restart komputer sekali sehari bagi mengelakkan komputer menjadi perlahan.
Jangan shut down komputer menggunakan butang tapi gunalah pilihan start
menu
Bulanan:
Buat defragmentasi bagi membolehkan komputer bekerja dengan laju dan
efisyen.
Scan cakera keras bagi ralat bagi mengelakkan masalah logikal dan fizikal
Bersihkan cakera keras setiap beberapa minggu.
Bersihkan komputer secara fizikal menggunkan air (udara) bagi
menyemburdebu-debu dan kotoran kecil yang mana boleh menyebabkan
computer mengalami overheating.
Jika perlu:
Uninstall program jika tidak lagi digunakan bagi mengosongkan ruang memory
pada cakera keras.
Elakkan bagi melayari laman web yang tidak dipercayai di mana
kemungkinanboleh terkena malware.
Tukar kata laluan sekerap mungkin sebagai halangan umum bagi
mengelakdigodam.
91
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Peralatan Penyelenggaraan
Memperbaiki komputer yang boleh menjadi tugas yang mudah apabila anda
mempunyai peralatan yang betul dan buku-buku yang berkaitan dengan PC dan
pembaikan komputer dan laptop. Berikut adalah antara peralatan penyelenggaraan
komputer.
Alat pemotong (Cutter)
Peralatan ini digunakan untuk melucutkan dan memotong kabel dan wayar.Ia
sesuai digunakan untuk kabel yang berbentuk bulat atau rata. Bilah yang mudah
dialih menghalang dari mencacatkan konduktor semasa proses pelucutan. Ia
juga mudah dikendalikan.
Plier
Plier dibuat dalam berbagai bentuk dan saiz dan untuk pelbagai keperluan.
Ada yang digunakan untuk menggenggam pusingan sesuatu seperti paip atau
rod , ada yang digunakan untuk wayar berpusing, dan lain-lain yang direka
bentuk untuk digunakan bagi gabungan tugas termasuk memotong wayar.
Terdapat juga alat-alat yang digunakan hanya untuk memotong wayar
(bertentangan dengan kabel wayar dan tali). Gunakan plier yang betul dan
sesuai untuk membuat kerja.
92
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
i) Side cutting plier
Diaplikasikan bagi banyak tujuan iaitu tujuan, komunikasi dan kerja
pembinaan. Digunakan juga untuk menggenggam, memotong wayar
serta melucutkan penebat.
ii) Long nose plier
Digunakan untuk memegang objek kecil, untuk memudahkan
pencapaian ke tempat yang sempit dan memegang wayar.
iii) Diagonal cutting plier
Digunakan bagi kerja memotong dan membuat penebat wayar,
memotong dan mengalihkan pin,paku dan pengetat.
Crimping Tool
Crimping tool adalah alat untuk memasang kabel UTP ke penyambung RJ45 /
RJ11 bergantung kepada keperluannya. RJ merupakan singkatan dari
(Registered Jack). Ia mempunyai saiz yang pelbagai dan berfungsi untuk
memotong kabel, memotong pelindung kabel, mengepit kepala RJ dan lain-lain
lagi.
93
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Cable Stripper
Cable Stripper digunakan untuk memotong benang halus yang berada di dalam
kabel dan juga boleh digunakan untuk memotong pelindung kabel.
Cable Tester
Cable Tester adalah alat yang digunakan untuk menguji hasil pemasangan kabel
internet / UTP (Unshielded Twisted Pair) yang dipasang RJ 11 atau RJ 45
sebelum digunakan. Terdapat 8 lampu LED yang akan menyala mengikut
turutan sekiranya kabel dipasang dengan betul.
94
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Screw Driver
Alatan ini sering kali digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru yang
kepalanya berbentuk pemutar skru Philip,pemutar skru rata dan pemutar skru
kekotak. Pemutar skru digunakan untuk memasang skru pada CPU dan lain-lain
lagi.
Vacuum Cleaner
Vacuum cleaner atau penyedut habuk digunakan untuk menyedut habuk atau
debu bagi menghalang dari berlakunya perkara seperti overheat atau panas
yang melampau pada komputer atau laptop pengguna.
95
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Thermal Paste
Thermal paste yang biasanya digunakan sebagai antara muka antara sink haba
dan sumber haba (contohnya, alat-alat yang berkuasa tinggi semikonduktor).
Thermal paste ini memberikan kekuatan mekanikal untuk ikatan antara sink haba
dan sumber haba, tetapi lebih penting, ia menghilangkan udara (yang merupakan
penebat haba) dari kawasan antara muka.
96
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
8.0 RANGKAIAN KOMPUTER
Jenis rangkaian ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu.
Selain daripada itu perbezaan di antara skema rangkaian – rangkaian tersebut turut
melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya ia berorientasikan kerangka pusat dan
menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk
menghantar data. Terdapat 3 jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:-
i) Rangkaian kawasan setempat (Local Area Network-LAN)
ii) Rangkaian kawasan metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)
iii) Rangkaian kawasan luas (Wide Area Network-WAN)
Rangkaian komputer merupakan dua atau lebih komputer yang dihubungkan yang
dapat berhubungan dan berkomunikasi sehingga akan menimbulkan efisiensi,
sentralisasi dan optimasi kerja
Jenis-Jenis Jaringan Perhubungan Komputer
LAN (Local Area Network)
i. Definisi
Rangkaian kawasan setempat (LAN) adalah sekumpulan komputer dan peranti yang
berkaitan yang berkongsi talian komunikasi biasa atau pautan tanpa wayar ke pelayan.
Biasanya, LAN merangkumi komputer dan perkakasan yang disambungkan ke pelayan
dalam kawasan geografi yang berbeza seperti pejabat atau penubuhan komersil.
Komputer dan peranti mudah alih lain menggunakan sambungan LAN untuk berkongsi
sumber seperti pencetak atau storan rangkaian.
97
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
ii. Contoh jaringan perhubungan LAN:
Rangkaian kawasan setempat (Local Area Network-LAN)
Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya
rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi
asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam
kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan
dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau
minikomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih
daripada satu batu jaraknya.Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan
pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian
telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.
Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui
oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan
supaya menjalankan atur cara yang tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara
yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh
seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu
komputer khusus. Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi
dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh
individu pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail juga seharusnya
mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem
rangkaian itu.
98
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang
berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung
kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstations). Stesen kerja tidak
semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan komputer namun begitu, komputer-
komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-
masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail
dikenali sebagai pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian
supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.
Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer
individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara
untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatannya. Sebaik sahaja
komputer mendapat perkhidmatan rangkaian , ia haruslah mempunyai cara untuk
menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya
menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.
Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi
perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam
LAN.
Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN
bagi rangkaian pelanyan - pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:
I) Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
ii) Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
iii)Topologi Gelang Token (Token Ring)
99
KURSUS PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KESELAMATAN KOMPUTER
WAN (Wide Area Network)
i. Definisi
WAN (Wide Area Network) merupakan jaringan komputer yang mencakup area yang
besar sebagai contoh yaitu jaringan computer antara wilayah, kota atau bahkan negara,
atau dapat diidefinisikan juga sebagai jaringan komputer yang membutuhkan router dan
saluran komunikasi publik. Jaringan WAN (Wide Area Network) merupakan kumpulan
dari LAN dan/atau Workgroup yang dihubungkan dengan menggunakan alat
komunikasi modem dan jaringan Internet, dari/ke kantor pusat dan kantor cabang,
maupun antar kantor cabang. WAN digunakan untuk menghubungkan jaringan area
lokal yang satu dengan jaringan lokal yang lain, sehingga pengguna atau komputer di
lokasi yang satu dapat berkomunikasi dengan pengguna dan komputer di lokasi yang
lain.
Contoh jaringan perhubungan WAN:
100