The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPG Kampus Kent (K-novaC2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dr. Ng Lee Fong, 2023-02-27 08:34:16

Buku Program K-novaC2023

Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPG Kampus Kent (K-novaC2023)

Keywords: KnovaC,pertandingan inovasi

Buku Program


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,, Salam Malaysia Madani, Salam KENT, Kerana Engkau Nama Terbilang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia Nabi Muhammad SAW. Saya ingin mengambil kesempatan di ruangan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Inovasi dan kreativiti (K-novaC2022) peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kent pada tahun ini. Saya yakin dengan kekuatan pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana yang ada di IPG Kampus Kent dapat memartabatkan pertandingan ini dan pastinya meninggalkan kenangan dalam menyelongkar kekuatan pemikiran yang kreatif dan kritis kepada semua yang terlibat secara aktif. Penganjuran KnovaC2023 ini telah membuka tirai pertandingan inovasi institut dan membuktikan bahawa seluruh warga Kampus Kent sentiasa komited dalam menjana ilmu, nilai, kemahiran dan kecekapan dalam bidang inovasi dan penyelidikan. Dengan adanya program seperti ini, sudah pasti dapat melahirkan “Warga Kreatif Aspirasi Globalisasi” sejajar dengan tema pertadingan tahun ini. Akhir kata, saya berharap agar seluruh warga IPG Kampus Kent yang menjadi tunjang kecemerlangan dalam pendidikan negara dapat menyahut cabaran melalui penyertaan dalam Pertandingan ini. Pendekatan ideal melalui pertandingan ini diharap menjadi asas kukuh untuk membudayakan inovasi sebagai satu perspektif profesionalisme pendidik IPG Kampus Kent yang dapat dipraktik dan diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna . Salam hormat dan terima kasih. DR HAMIDAH BINTI SAMSUDIN Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent KATA-KATA ALUAN PENGARAH


Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam KENT, Kerana Engkau Nama Terbilang. Syukur, kerana dengan izin-Nya saya ber-peluang mengabdikan kata alu-aluan dalam buku program Pertandingan Inovasi dan kreativiti (K-novaC203) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent tahun 2023. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Program Pertandingan KnovaC2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan inovasi ini merupakan satu platform yang amat strategik kepada para pensyarah, staf pengurusan dan AKP untuk mengasah bakat dalam mencipta sesuatu bagi menyumbang kepada dunia pendidikan. Hasil daripada penyelidikan dan inovasi ini turut dapat diaplikasikan dalam kalangan guru pelatih kepada skop yang lebih luas dan memberikan hasil yang memberangsangkan malah turut dapat dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penglibatan pensyarah, staf pengurusan dan AKP terhadap program seperti ini di mana setiap peserta dalam sedar atau tidak mampu membantu antara satu sama lain bagi menjana idea kreatif dan inovatif mereka di samping bersama-sama meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia selaras dengan adalah sejajar dengan Kluster 3 (Pembudayaan Penyelidikan & Inovasi) Transformasi IPG (2016-2025). Akhir kata, semoga program inovasi seperti K-novaC2023 akan terus menjadi program tahunan IPG Kampus supaya pembangunan inovasi dalam pendidikan berlaku secara berterusan dari semasa ke semasa di samping meningkatkan potensi diri dalam bidang kemajuan pendidikan. Sekian, terima kasih. Dr. Saimin bin Ginsari Pengerusi Ketua Jabatan Prancangan, Penyelidikan dan Inovasi KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


LATAR BELAKANG OBJEKTIF Pelaksanaan pertandingan Inovasi dan kreativiti IPG Kampus Kent (K-novaC2023) adalah sejajar dengan Kluster 3 (Pembudayaan Penyelidikan & Inovasi) Transformasi IPG (2016-2025). Pertandingan ini merupakan acara tahunan IPGK Kent yang akan memilih projek inovasi terbaik dalam kalangan pensyarah ke peringkat zon dan kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Pertandingan Inovasi dan Kreativiti IPGK Kent merupakan antara wadah perkongsian ilmu warga pendidik IPGK Kent dalam melestarikan budaya inovasi berasaskan kajian di samping meneroka penemuan-penemuan baharu dalam bidang pendidikan. Pelaksanaan K-novaC2023 ini juga adalah bertepatan dengan anjakan transformasi ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangan Pendidikan Negara Malaysia 2013- 2025 yang berhasrat membudayakan penyelidikan dan inovasi. ▪Memberi peluang kepada pensyarah untuk berkongsi hasil inovasi berkaitan dengan pedagogi dan amalan dalam bilik darjah. ▪Memberi pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada Institut Pendidikan dan pensyarahpensyarah dan pengurusan yang berjaya menghasilkan sesuatu inovasi. ▪Menggalakkan Institusi Pendidikan bersikap lebih kreatif, inovatif dan meningkatkan sumbangan ke arah pembangunan pendidikan. ▪Menyediakan saluran bagi menampilkan kreativiti. ▪Menyebar luas maklumat kreativiti dan inovasi bersama warga pendidik lain.


JAWATAN KUASA INDUK JAWATAN KUASA PELAKSANA Penasihat : Dr. Hamidah binti Samsudin Pengerusi : Dr. Saimin bin Ginsari Sekretariat : Dr. Ng Lee Fong Penolong Sekretariat : Dr Salina Abdullah Sangguro Bendahari : Pn. Elismah binti Sedim Urusetia : Dr. Hajah Rosnah@Nining Binti Sidek Dr. Maspi Bin Peran Puan Hapsah Binti Magit JAWATANKUASA TINDAKAN JK Pengumpulan laporan inovasi Dr. Ng Lee Fong JK Pendaftaran & e-sijil Dr. Kok Boon Shiong JK Teks Ucapan & Kata Aluan Dr. Hajah Rosnah @Nining Binti Sidek JK Majlis Penutupan Dr. Maspi bin Peran JK Pengacaraan Majlis Penutupan Encik Mohd Fauzi bin Azraii JK dokumentasi dan persembahan digital, Peralatan ICT Cik Alimah binti Muslim Encik Aznizam Bin Binsali Encik Anderson Joe @ Adnan Encik Vijaya Bin Hassim JK Publisiti, Banner dan Website Dr. Saimin bin Ginsari Cik Alimah binti Muslim JK Buku program, senarai nama, borang penilaian dan taklimat penilai Dr. Ng Lee Fong Penjaga masa Puan Dayang Khairiah binti Harun Cik Juvinnah Gatuah Bacaan doa penutupan Encik Mohd Faizal Noor bin Ariffin Setiausaha Dr. Salina Abdullah Sangguro JK Persediaan tapak pertandingan Puan Hapsah binti Magit Puan Jaidah binti Saidon @ Saidun JK Panel Penilai Dr. Saimin bin Ginsari JK Protokol En. Azman Anak Ismail En. Willie Basir @ Sazalee Encik Syhibin bin Japar JK Hadiah dan cenderahati Dr. Ng Lee Fong JK Jamuan Dr. Salina Abdullah Sangguro


Aturcara Pertandingan Inovasi dan Kreativiti IPG Kampus Kent 2023 (K-NoVAC2023) 28 Februari 2023 (Selasa) Aturcara Perasmian Penutupan Pertandingan Inovasi dan Kreativiti IPG Kampus Kent 2023 (K-NoVAC2023) 28 Februari 2023 (Selasa) Tempat: Dewan Kuliah 1 MASA ACARA TEMPAT 7.30- 8.00 am Pendaftaran Peserta dan Taklimat Peserta Perpustakaan MTK 8.00 - 8.30 am Minum Pagi Panel Ruang legar, Bilik Mesyuarat Utama 8.30 - 10.00 am • Taklimat Penilaian Pertandingan kepada Panel penilai • Penilaian laporan dan poster Bilik Mesyuarat Utama 10.00 am - 1.00 pm • Pembentangan Inovasi (Individu dan kumpulan: Kategori Akademik) • Pembentangan Inovasi Kategori Pengurusan dan Kategori Novis) Perpustakaan MTK 1.00 – 2.00 pm Rehat & Makan Tengahari Ruang legar, Bilik Mesyuarat Utama 2.00 – 3.00 pm Perbincangan Panel Penilai Bilik Mesyuarat Utama 3.00 – 4.30 pm Perasmian Penutupan DK 1 5.00 pm Majlis Bersurai 3.00 pm Ketibaan perserta, pembentang dan tetamu jemputan dan Ketua Jabatan dan Ketua Unit ~ Ketibaan Perasmi, Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Kent ~ Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu IPG ~ Bacaan doa Encik Mohd Fauzi bin Azraii, Pensyarah JPIP ~ Ucapan alu-aluan Dr. Saimin bin Ginsari, Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi ~ Persembahan Digital K-novaC2023 ~ Ucapan Perasmian Penutupan Dr. Hamidah binti Samsudin, Pengarah IPG Kampus Kent ~ Ulasan ketua hakim ~ Pengumuman Anugerah Inovasi (Gangsa, Perak, Emas) ~ Pengumuman Kedudukan Inovasi Terbaik - Kategori Novis - Kategori Pengurusan - Kategori Pensyarah Individu - Kategori Pensyarah Kumpulan ~ Sesi bergambar ~ Bersurai


JADUAL PEMBENTANGAN KATEGORI A: PENSYARAH INDIVIDU KOD NAMA TAJUK MASA A_1 BENNY KONG TZE LOONG ExcelBK_NumGuBet 10.00am - 10.15am A_2 DR. KHOO CHWEE HOON JPM 2.0 10.15am - 10.30am A_3 DR. KOK BOON SHIONG QGPT 10.30am - 10.45am A_4 ARUN BIN DAUD Panah Transisi 10.45am - 11.00am A_5 HASLAN BIN MANJA Fakta Tambah Ekspress 11.00am - 11.15am KATEGORI B: PENSYARAH KUMPULAN KOD KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN TAJUK MASA B_1 DR. ROSNAH @NINING BINTI SIDEK ARUN BUN DAUD DR. MASPI BIN PERAN ROKETKU TERBANG 11.15am - 11.30am B_2 BENNY KONG TZE LOONG LAJIWIN @ JOVINIA BINTI KUDUN DR. NG LEE FONG OP-KK-PBD 11.30am - 11.45am B_3 DR. KOK BOON SHIONG DR. NG LEE FONG DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO MyVoi4U 11.45am - 12.00pm B_4 ARUN BIN DAUD NORATIQAH @ DOROTHEA MARAKAU MOHAMMAD EDY BIN PIUT Papan celik Braille 12.00pm - 12.15pm B_5 DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO DR. ADELINE LEONG SUK YEE TAN CHO CHIEW WE CATCH WE SOLVE 12.15pm - 12.30pm B_6 DR. ADELINE LEONG SUK YEE DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO LbD 12.30pm - 12.45pm


KATEGORI C: PENGURUSAN KOD KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN TAJUK MASA C_1 INURNI BINTI SATI NANCY ANTHONY NORIFAH SAMAD EASY Tele-Prak 10.00am - 10.15am C_2 JAIDAH BINTI SAIDON @ SAIDUN TRECIAE BINTI MAJIT SUHANA BINTI MAIDIN BISTALI @ MASTARI DAUD DAYANG MUSLIHA MOHD BUNI BIN SANDUR RAK MAYA PERPUSTAKAAN DMTK 10.15am - 10.30am C_3 MOHD SAID BIN JULPIN NURUL FILDZA BINTI KUMIL ABDULLAH DR. KHOO CHWEE HOON LAJIWIN @ JOVINIA BINTI KUDUN DR. KOK BOON SHIONG DR. SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO DR. NG LEE FONG MAB 2.0 10.30am - 10.45am C_4 Ts. DR. EBON GANSOI DR. ADELINE LEONG SUK YEE HARUN BIN SARAIL SANTANA RAJAN A/L PERUMALE VICKNESWARAN NAKAR SALAPAN BENNY KONG TZE LOONG AINON BTE HADIM OPEN ACCESS REPOSITORY (OARJKA) 10.45am - 11.00am C_5 SHUFIANAH PUTERI BINTI YUSOF DR. JAIS BIN ABDUL HAMID ZAINUDIN BIN AB. GHANI RORYNA BINTI A.B. KOMON SOH CHIN KUI SUPIAN HENDREK GANANG DANIEL HEDWIG CHEW @ DANIEL LAWRENCE T-JPSS (Sistem Tempahan Bilik JPSS) 11.00am - 11.15am C_6 FOLOREN BIN UJIN MARLINI BINTI MICHAEL DZULKIFLEE RATNA BINTI TAMIN ZULIZAH BINTI JUDIN AZNIZAM BIN BINSALI VIJAYA BIN HASSIM ANDERSON JOE ALIMAH BINTI MUSLIM For Your Information (FYI) 11.15am - 11.30am


KATEGORI D: NOVIS KOD KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN TAJUK MASA D_1 DAISY CONSTANCE ANAK BANTA DARAINI BINTI OYOT Contemporary Children’s Literature Methods: Provocations of Practice 11.30am - 11.45am D_2 DARAINI BINTI OYOT DAISY CONSTANCE ANAK BANTA FIDELIA@ESTHER MATHEW SIPAUN END-JAM 11.45am - 12.00pm


ABSTRAK INOVASI ExcelBK_NumGuBet BENNY KONG TZE LOONG [email protected] Learning Mathematics is difficult for a lot of students, they cannot visualize abstract mathematics concepts. One of it is the comparing two numbers. Students usually have to memorize the sequence of numbers repeatedly in boring ways. ExcelBK_NumGuBet is a number guessing game developed by author in MS Excel. Students will guess a number between 1 to 100 with the excel will give auto respond either its “bigger” or “smaller” than the guessed number. Students will compete to use least guesses for It can engage and enhance the learning in more fun and meaningful ways compare the boring repeated memorization. ExcelBK_NumGuBet has been share with 5 different groups of PISMP Mathematics Major students in IPG Kent Campus. Fakta Tambah Ekspress HASLAN BIN MANJA [email protected] Fakta tambah ekspress ini diinovasikan semula dengan satu prototaip bahan maujud bagi mengukuhkan aktiviti hands on minds on dalam menambah dua nombor yang dikategorikan sebagai fakta asas tambah. Satu uijan kecekapan fakta asas tambah diberikan kepada sasaran murid tahun 4,5,6 atau tingkatan 1.Sekiranya murid menjawab mengisi hasil tambah 100 fakta asas melebihi 5 minit dia dikira lemah dan lambat serta tidak menguasai fakta asas tambah. Murid dikira menguasai fakta asas tambah dengan cemerlang jika melengkapkan 100 fakta asas kurang dari 2 minit.Biasanya murid yang sangat lemah dalam fakta asas tambah mengambil masa lebih 5 minit untuk melengkapkan fakta asas ini. Dengan inovasi fakta tambah ekspress ini adalah diharapkan. Murid yg kategori lemah akan menguasai pada tahdp baik iaitu kurang dari 5 minit untuk melengkapkan 100 fakta asas tambah.Dengan layihan lebih intensif murid yang baik ini boleh mencapai tahap cemerlang menggunskan inovasi fakta tambah ekspress ini. Kelbihan inovasi ini ialah ia berasaskan bahan konkrit, serta mengintegrasikan aktiviti Hands on Minds on. JPM 2.0 KHOO CHWEE HOON [email protected] Jari Pecahan Masa 2.0 (JPM 2.0) merupakan suatu kaedah inovasi pengajaran dan pembelajaran matematik yang direkacipta khas oleh inovator untuk murid yang belum menguasai kemahiran Penukaran Unit Masa melibatkan abad dengan dekad, abad dengan tahun, dekad dengan tahun, jam dengan minit, dan minit dengan saat. JPM 2.0 ini merupakan penambahbaikan daripada produk inovasi JPM dan mempunyai ciri-ciri yang lebih mesra pengguna. Keistimewaan utama JPM 2.0 adalah pengguna hanya perlu menggunakan dua hingga sepuluh jari tangan untuk mengira dan menyelesaikan soalan-soalan penukaran unit masa tanpa belanja sebarang kos. Tujuan produk inovasi ini adalah untuk membantu murid yang belum mahir menghafal sifir darab, operasi pembahagian, dan konsep pecahan untuk menyelesaikan soalan berkaitan Penukaran Unit Masa melibatkan melibatkan abad dengan dekad, abad dengan tahun, dekad dengan tahun, jam dengan minit, dan minit dengan saat dengan mudah, cepat, dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel kajian memperoleh min ujian pasca yang lebih tinggi (min = 86 markah) secara signifikan berbanding dengan min ujian pra (min = 0 markah). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan inovasi ini dapat menjimatkan 78.9% daripada tempoh masa menjawab. Persepsi murid terhadap penggunaan inovasi ini juga pada tahap ‘sangat setuju’ (97.2%). Secara kesimpulan, JPM 2.0 ini dapat mengatasi masalah penukaran unit masa dalam kalangan murid sekolah rendah dan menjimatkan masa murid menjawab soalan penukaran unit masa.


QGPT KOK BOON SHIONG [email protected] Aritificiant Intelligent atau dikenali sebagai AI banyak membantu manusia dalam menyelesaikan masalah kehidupan harian. Dengan kemajuan teknologi dan data raya dalam transformasi digital, QGPT mempunyai kemampuan dalam membantu guru mengurangkan beban kerja rutin seperti menggubal soalan, menyediakan lembaran kerja dan nota untuk PdPc. END-JAM DARAINI BINTI OYOT, DAISY CONSTANCE ANAK BANTA, FIDELIA@ESTHER MATHEW SIPAUN [email protected] End-Jam through Jam board is a useful application to be used by English language teachers for variety of purposes during the pre, while and post learning in order to enhance language learning experience for the students beyond the classroom setting. This short module aims to introduce the use of End-jam in English language learning to support teachers in performing an easy yet comprehensive formative assessment by the end of each lesson that cater specifically towards developing learners’ English vocabulary development. Furthermore, the application could be used to gauge students’ response, interest and thought based on the learning objectives of each lesson. In this course, teachers would be introduced to the general function and features of the jam board that is available via their delima account. In fact, applying technology in learning would give us the upper hand to make full use of the resources and application available for teachers and students to escalate language learning. T-JPSS (Sistem Tempahan Bilik JPSS) SHUFIANAH PUTERI BINTI YUSOF, DR. JAIS BIN ABDUL HAMID ZAINUDIN BIN AB. GHANI, RORYNA BINTI A.B. KOMON SOH CHIN KUI, SUPIAN HENDREK GANANG, DANIEL HEDWIG CHEW @ DANIEL LAWRENCE [email protected] Jabatan Pengajian Sains Sosial terdiri daripada Unit Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Unit Sejarah, Unit Pendidikan Seni Visual (PSV), Unit Muzik dan Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kesemua unitunit ini mempunyai biliknya tersendiri untuk PdP dan amali. Unit RBT mempunyai Bilik ERT dan Bengkel Pertukangan. Unit Sejarah Galeri Transformasi Kent, Unit PSV Galeri PSV, Unit Muzik Bilik Muzik, manakala Unit PJK mempunyai peralatan untuk aktiviti PJK yang boleh digunakan. Pengurusan peminjaman bilik-bilik khas dan peralatan yang ada dibilik tersebut sebelum ini tidak terurus dengan baik. Tiada data yang menyimpan maklumat siapa yang menempah bilik tersebut dan proses tempahan agak mengelirukan. Warga IPGK Kent juga tidak maklum dengan kewujudan bilik-bilik khas ini berdasarkan bukti status WhatsApp yang terdapat dalam kumpulan WhatsApp warga Kent sendiri. Kewujudan bilik-bilik khas seperti galeri yang hanya digunakan untuk pertunjukan pelawat amat merugikan warga Kent sendiri. Oleh itu sistem ini dibangunkan untuk memberi kesedaran kepada warga Kent tentang kewujudan bilik-bilik khas ini serta memudahkan warga Kent untuk menempah penggunaan bilik atau meminjam peralatan yang terdapat di bilik tersebut. .


OP-KK-PBD BENNY KONG TZE LOONG, LAJIWIN @ JOVINIA BINTI KUDUN, NG LEE FONG [email protected] Perancangan merupakan proses terpenting dalam memastikan kejayaan pembelajaran. SPI Bil 3/1999 KPM menyatakan bahawa perlu ada tiga perkara dalam sesuatu rancangan pengajaran harian(RPH) seorang guru. Ianya merujuk apa perlu dibelajari murid(objektif) bagaimana ianya dicapai (aktiviti pembelajaran) dan sejauh mana ianya tercapai(pentaksiran). Tiga perkara yang sama juga dipentingkan dalam kejajaran konstuktif(Constructive Alignment) oleh MQA. Ranc OP-KKPBD merupakan satu carta yang dapat membantu perancangan OP-KKPBD(Objektif Pembelajaran-Kriteria Kejayaan-Pentaksiran Bilik Darjah). Ianya seringkas sekeping kertas A4 dengan tiga langkah. Ianya telah dikongsikan dengan 250 epelajar PISMP ambilan Jun 2020 sebelum mereka memulakan praktikum Fasa 1. Ianya juga dikongsikan dengan pensyarah pembimbing praktikum. Konsep ini juga dikonsikan dengan guru-guru dari pra-sekolah (NGO Sabah) sejak tahun 2020. MyVoi4U KOK BOON SHIONG, NG LEE FONG, SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO [email protected] Audio merupakan salah satu elemen multimedia yang penting dalam Teknologi Pendidikan. Penggunaan audio dapat membantu dan mengatasi masalah sekolah yang tidak mempunyai LCD. MyVoi4U diperkenalkan untuk membantu guru memahami konsep asas audio dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunakan perisian Audacity dalam rakaman dan suntingan audio.dan menggunakan aplikasi Anchor dan Spotify dalam penyebaran rakaman audio WE CATCH WE SOLVE SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO, ADELINE LEONG SUK YEE [email protected] ‘You Catch and You Solve’ merupakan inovasi yang dicipta khusus untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah melibatkan stoikiometri kimia. Inovasi ini mengkhususkan kepada penyediaan prosedur penyelesaian masalah yang komprehensif namun ia turut menekankan kepada aplikasi pengetahuan konseptual yang diperlukan bagi memaksimumkan keberhasilan kejayaan pelajar untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Idea inovasi ini tercetus daripada kegagalan pelajar untuk menyelesaikan masalah berangka melibatkan pengkonsepan stoikiometri kimia. Hal ini dibuktikan menerusi dapatan Ujian Tahap Penguasaan Stokiometri Kimia (UTPSK) dan juga temubual fikir ujar dan temubual retrospektif. Majoriti pelajar mempunyai kerangka alternatif berhubung pengetahuan konseptual berkaitan tajuk stoikimetri kimia dan turut memiliki kemahiran pengetahuan prosedural yang lemah. Justeru, inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi kedua-dua masalah berkenaan. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan pelajar PPISMP semester 1 Ambilan Jun 2021. Seramai 25 orang pelajar telah dilibatkan dalam kajian. Penambahbaikan telah dilakukan berdasarkan maklum balas tersebut. Inovasi ini telah disebarluarkan ke beberapa buah sekolah di sekitar Daerah Kota Kinabalu. Dapatan analisis secara kualitatif menerusi latihan dan temubual mendapati inovasi ‘You Catch and You Solve’ dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah melibatkan tajuk stoikiometri dengan lebih berkesan.


LbD ADELINE LEONG SUK YEE, SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO [email protected] ‘LbD’ atau Learning by Doing merupakan inovasi yang dicipta khusus untuk membantu pelajar kimia menguasai tajuk polimer menerusi kaedah pembelajaran bermakna. Inovasi ini mengkhususkan kepada kaedah pembelajaran ‘by doing’ yang komprehensif namun ia turut menekankan kepada aplikasi pengetahuan konseptual yang diperlukan bagi memaksimumkan keberhasilan kejayaan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Idea inovasi ini tercetus daripada kurangnya penghayatan pelajar berhubung tajuk polimer. Hal ini dibuktikan menerusi dapatan ujian pra yang menunjukkan kurangnya penguasaan pelajar berhubung konsep saintifik berkenaan. Majoriti pelajar mempunyai kerangka alternatif berhubung pengetahuan konseptual berkaitan tajuk polimer. Justeru, inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi masalah berkenaan. Seramai 25 orang pelajar telah dilibatkan secara aktif dalam kajian. Dapatan analisis menerusi ujian pos, temubual berstruktur dan analisis dokumen mendapati inovasi ‘LbD’ dapat membantu pelajar dalam menghayati tajuk polimer dengan lebih berkesan. Panah Transisi ARUN BIN DAUD [email protected] Di Malaysia kekurangan aktiviti riadah untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) berbanding orang biasa menyebabkan golongan ini sukar untuk mencari aktiviti riadah yang sesuai. Untuk melakukan aktiviti riadah di luar, golongan ini terpaksa menggunakan alatan riadah orang biasa. Begitu juga di sekolah, peralatan aktiviti fizikal untuk golongan ini sangat terhad menyebabkan aktiviti sukar dijalankan. Murid-murid terpaksa melakukan aktiviti dengan orang biasa tetapi aktiviti tersebut sangat sukar dijalankan kerana murid pendidikan khas mengalami masalah seperti masalah otot, fizikal, saraf dan pembetukan postur yang kurang sempurna. Salah satu peralatan riadah yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk murid-murid pendidikan khas ialah alat memanah. Alat memanah ini telah dibekalkan pada tahun 2014. ROKETKU TERBANG ROSNAH@NINING BINTI SIDEK, ARUN BUN DAUD, MASPI BIN PERAN [email protected] ROKETKU TERBANG adalah satu inovasi bahan bantu mengajar (BBM) bagi beberapa subjek seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan PSV untuk Sekolah Rendah. Perlaksanaan KPPB (Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna) boleh diaplikasikan melalui alat inovasi ini. Seterusnya, penilaian murid melalui PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dapat dijalankan oleh guru-guru subjek yang terlibat. Inovasi BBM ini membolehkan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lancar, menyeronokkan dan memudahkan guru menyampaikan konsep pengajaran mereka. Murid perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran sambil bermain untuk menanam dan meningkatkan minat dan kreativiti mereka dalam meneroka pelbagai bidang ilmu dan konsepkonsep pembelajaran yang abstrak. Konsep STEM dapat dipraktikkan melalui Matematik dan Sains. Keterampilan diri melalui pembentangan, penceritaan dan penulisan boleh diaplikasikan melalui Bahasa Melayu. Manakala, Rekabentuk ROKETKU boleh digambarkan dan diilustrasikan secara kreatif melalui lakaran murid mengikut kreativiti masing-masing.


OPEN ACCESS REPOSITORY (OAR-JKA) EBON GANSOI, ADELINE LEONG SUK YEE, HARUN BIN SARAIL, SANTANA RAJAN A/L PERUMALE, VICKNESWARAN NAKAR SALAPAN, BENNY KONG TZE LOONG, AINON BTE HADIM [email protected] Dalam era teknologi maklumat, repositori merupakan pendekatan terkini dunia teknologi maklumat di mana ia berfungsi untuk menyimpan pelbagai bahan maklumat elektronik bagi tujuan perkongsian. Open Access Repository (OAR-JKA) menyediakan perkhidmatan maklumat elektronik dan menyimpan pelbagai bahan maklumat elektronik seperti Maklumat Kursus, Buku Panduan Akademik, Kalender Akademik, Jadual Waktu dan borang berkaitan. Repositori ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam talian yang mudah, berkesan dan boleh diakses pada bila-bila masa melalui Internet. Repositori ini memainkan peranan penting bagi memudahkan warga IPGK Kent untuk mendapat maklumat terkini berkaitan akademik serta menjadi “one-stop” platform dimana semua maklumat disimpan dalam satu platform bagi memudahkan pensyarah mendapat maklumat-maklumat berkaitan. Contemporary Children’s Literature Methods: Provocations of Practice DAISY CONSTANCE ANAK BANTA [email protected] As practice makes perfect, pupils therefore need to practice speaking English language frequently so that they are able to speak English fluently and appropriately in and outside the classroom. Limited vocabulary is also a barrier that hinders pupils from learning oral English language. It is necessary for English language teachers to manage an interesting classroom so that the pupils can gain interest and successfully learn oral English language. It is difficult to comprehend if pupils had limited grammar and vocabulary. The use of Contemporary Children’s Literature would be a hope and as a tool to improve pupils’ ability to learn and master spoken English language. Hence, this study aims to explore part and partial of Contemporary Children’s Literature in learning in Limbang Sarawak setting. EASY Tele-Prak INURNI BINTI SATI, NANCY ANTHONY, NORIFAH SAMAD [email protected] Inovasi EASY Tele-Prak merupakan penjenamaan daripada aplikasi Telegram untuk membantu kecemerlangan pengurusan Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Kent dalam merealisasikan transformasi IPG. Selain itu, ia dapat membantu memberikan perkhidmatan dan pengurusan amalan profesional yang melibatkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship. EASY Tele-Prak dapat membantu meningkatkan kualiti pengurusan dalam penyampaian info, pengedaran dokumen, penghantaran dokumen amalan profesional serta penjimatan dalam kos cetakan dokumen. Tinjauan awal menggunakan nota lapangan pemerhatian tidak berstruktur, analisis dokumen dan temu bual berstruktur mendapati bahawa pengedaran dokumen bercetak meningkatkan kos operasi percetakan. Oleh itu, penggunaan EASY Tele-Prak dapat menentukan sama ada pengurangan kos operasi dan kecepatan dalam penghantaran dokumen pelajar dapat dilakukan atau sebaliknya. Seramai 221 orang pelajar yang melibatkan pelajar PISMP ambilan Jun 2019 seramai 60 orang, PISMP ambilan Jun 2021 seramai 67 orang dan PDPP ambilan Oktober 2022 seramai 94 orang telah menjadi peserta kajian. Analisis dapatan kajian melalui nota lapangan pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual berstruktur mendapati bahawa EASY Tele-Prak telah membantu meningkatkan kualiti pengurusan penyampaian info, memudahkan pengedaran dokumen serta perbincangan antara pelajar lebih fleksibel. Secara keseluruhannya, pengurusan Unit praktikum lebih efektif dan efisien dalam memberikan perkhidmatan melalui EASY Tele-Prak.


RAK MAYA PERPUSTAKAAN DMTK JAIDAH BINTI SAIDON @ SAIDUN, TRECIAE BINTI MAJIT, SUHANA BINTI MAIDIN, BISTALI @ MASTARI DAUD [email protected] Inovasil ini bertujuan untuk menjadi satu transformasi kepada Perpustakaan Datuk Mary Tresa Kinanjil, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent (DMTK IPGK Kent) kepada sebuah pusat perkongsian pendidikan yang menyediakan pencarian maklumat yang mengikut teknologi terkini yang lebih fleksi dan santai agar penggunan perpustakaan lebih optimum Tinjauan awal mendapati bahawa sebilangan pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk datang ke perpustakaan. Oleh itu, bagi memenuhi matlamat perpustakaan digital ini Perpustakaan DMTK IPGK Kent telah menyediakan satu aplikasi yang boleh diakses seluas-luasnya oleh siapapun, di mana sahaja, dan pada bila-bila masa iaitu dengan terbinanya aplikasi Rak Maya. Istimewanya aplikasi ini kerana ianya hanya menggumpulkan hasil penulisan pensyarah IPGK Kent ini sendiri yang mana penulisan mereka ini sangat membantu para pelajar dalam membuat rujukan. Banyak impak yang boleh diperolehi melalui aplikasi ini. Antaranya adalah, banyak buku boleh disimpan sebab ianya tidak memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan buku-buku fizikal seperti perpustakaan tradisi. Penjimatan kos juga sangat tinggi. Selain itu, buku-buku juga boleh dicapai dengan mudah tanpa perlu pergerakan ke tempat lain. Aplikasi Rak Maya juga boleh diakses 24 jam sehari. Selain untuk kemudahan pelajar dan warga IPGK Kent, sesuai dengan matlamatnya sebagai platform perkongsian ilmu dan memberi kemudahan kepada pelajar aplikasi ini juga akan disebar luaskan ke agensi luar khasnya agensi pendidikan. MAB 2.0 NURUL FILDZA BINTI KUMIL ABDULLAH, MOHD SAID BIN JULPIN, KHOO CHWEE HOON, LAJIWIN @ JOVINIA BINTI KUDUN, KOK BOON SHIONG, SALINA BINTI ABDULLAH SANGGURO, NG LEE FONG [email protected] Modul Alangkah Baiknya 2.0 (MAB 2.0) merupakan satu aplikasi yang berkonsepkan self assess, self explanatory dan self healing. Penghasilan projek ini selaras dengan hasrat transformasi pendidikan yang didokong oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta sejajar dengan Revolusi Pendidikan 5.0. Program telah mendapat pengiktirafan daripada Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip, pakar psikologi dan kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perkembangan teknologi dengan penekanan pada cloud computing dalam Revolusi Industri 4.0. Justeru itu, aplikasi MAB 2.0 telah dibangunkan dan dijadikan lebih interaktif untuk pengguna. Penggunaan aplikasi MAB 2.0 merupakan satu penambahbaikan daripada MAB yang menggunakan Microsoft Powerpoint yang terhad kepada saiz fail yang besar dan pengguna sukar untuk mendapatkan maklum balas dalam masa yang singkat. Melalui aplikasi MAB 2.0, pengguna akan lebih mudah mendapatkan penerangan dan maklum balas daripada sistem. Keistimewaan projek ini ialah ia dapat dicapai pada bila-bila masa (anytime), di mana-mana sahaja (anywhere) dan di mana-mana peranti (any device). Kesimpulannya, MAB2.0 telah memecahkan tradisi perkhidmatan kaunseling yang konvensional dan menjadikan perkhidmatan sokongan psikologi lebih mudah, murah dan mobiliti serta menepati keperluan pelbagai situasi.


PAPAN CELIK BRAILLE ARUN BIN DAUD, NORATIQAH @ DOROTHEA MARAKAU MOHAMMAD EDY BIN PIUT [email protected] Akta Pendidikan bagi Individu Kurang Upaya atau IDEA (Individuals With Disabilities Education Act) merupakan peraturan persekutuan, yang turut merangkumi penyediaan proses formal bagi menjalankan penialaian terhadap murid kurang upaya serta menyediakan program dan perkhidmatan khusus untuk membantu mereka berjaya dalam pendidikan di sekolah (Siegel 2009). Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Braille adalah metode membaca melalui sentuhan, bukan dengan pandangan mata. Meskipun metode ini lebih banyak digunakan oleh mereka yang memiliki gangguan penglihatan, orang dengan penglihatan normal pun bisa mempelajari cara membaca huruf Braille. Mungkin Anda menganggap Braille sebagai bahasa, tetapi sebenarnya Braille lebih tepat disebut sebagai kode. Hampir semua bahasa memiliki kode Braille, begitu pula untuk berbagai disiplin ilmu tertentu seperti musik, matematika, dan computer. For Your Information (FYI) FOLOREN BIN UJIN, MARLINI BINTI MICHAEL DZULKIFLEE, RATNA BINTI TAMIN, ZULIZAH BINTI JUDIN, AZNIZAM BIN BINSALI, VIJAYA BIN HASSIM, ANDERSON JOE, ALIMAH BINTI MUSLIM [email protected] Isu ketidakhadiran aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) telah menyebabkan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP) memperolehi status NC semasa Audit Dalaman Bilangan 1, 2022 yang telah dijalankan pada bulan April 2022. Sehubungan dengan itu, ULDP telah mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan Sub-Unit ICT, Unit Khidmat Pengurusan telah memperkenalkan Kaedah For Your Information (FYI) menggunakan teknologi sebagai alat untuk menyebarkan aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) melalui gabungan Google Calendar, Google E-mail, Video dan Telegram yang bertujuan untuk menyelesaikan isu ketidakhadiran aktiviti PPB. Dengan berpandukan Model Kajian Kurt Lewin (1946), lapan langkah telah dijadikan sebagai strategi penyelesaian. Hasil/ respon awal melalui soal selidik mendapati bahawa kaedah ini sesuai dilaksanakan.


Pelan Kedudukan Booth Pameran Inovasi Lift Tangga A_5 A_4 A_3 A_2 A_1 Kaunter dan pejabat staf pusat sumber B_5 & B_4 B_3 B_2 B_1 B_6 D_1 D_2 C_1 C_2 C_3 C_4 C_5 C_6 Tandas Stor Tangga Kaunter pejabat Pintu Utama masuk Perputakaan Pintu Utama


Catatan Senarai Pemenang Kategori Johan Naib Johan Ketiga Pensyarah Individu Pensyarah Kumpulan Pengurusan Novis


Click to View FlipBook Version